Kehidupan
adalah anugerah utama Illahi. Anugerah kehidupan memberi gambaran
kebesaranNya buat kita manusia, yang wajib kita syukuri dan hargai.
Internet adalah kemudahan buat umat manusia. Justeru itu,
manafaatkan ia untuk kesejahteraan diri kita dan umat sejagat.
Sentiasalah kita beringat, apa yang kita lakukan, akan dipertanggung
jawabkan pada kemudian hari.
Gunakan sebaik-baiknya kurnia Allah swt kepada kita. Halalkan
kegunaan akal, hati dan lidah pada perkara yang bakal membawa
kecemerlangan diri kita dunia dan akhirat. Kita hidup hanya sekali.
Sekali 'pergi' tak kan kembali. Buat baik berpada-pada, dan buat
jahat JANGAN sekali-kali. Kewujudan website penulisan2u dengan blog
sebagai wadah untuk meningkatkan nilai diri. Bermatlamatkan
penyatuan ummah dengan ciri-ciri kemurnian budi dan budaya. Walaupun,
dunia terus maju dengan teknologi, kita akan terus kekal dengan
akhlak dan jati diri insani.
Cuti sekolah sudah bermula. Sudah 3 tahun alam sekolah rendah ditinggalkan. 3 tahun itu jugalah Hilda tidak mendengar berita langsung tentang Haris. Hakikatnya, 3 tahun juga Hilda tidak menghubungi teman-teman lamanya di As-Syifa’ dulu. Cuma Sufiah sahaja yang masih kekal baik dengannya. Rindula pulak. Dicapainya buku telefon lama yang telah diedarkan ke satu kelas pada hari-hari terakhir mereka di as-Syifa’ bagi mendapatkan nombor telefon rumah semua rakan-rakan sekelasnya. Dicuba setiap nombor. Kebanyakan nombor tersebut sudah tiada dalam perkhidmatan. Tibalah giliran nombor rumah Haris. Berdebar-debar hati Hilda mendail. Sedang dia berdebar-debar menunggu..
"Harap maaf. Nombor yang anda dail tiada dalam perkhidmatan. Terima kasih." Alamak, tak best nya. Apa cerita Haris sekarang agaknya?
Yang lebih menyedihkan Hilda, Haris sudah tidak berhubung dengan teman-teman yang lain. Jika hendak diharapkan Hilda mencari Haris, sudah pasti terkubur saja impian itu. Malu Hilda lebih besar dari keinginan bertemu Haris. Sedang dia mengelamun melayan perasaannya, adiknya Fairuz terhendap-hendap di belakangnya.
"hah, kak Hilda! Menung apa ha??" tersentak Hilda mendengar jerkahan adiknya. Dia merenung Fairuz tajam. Fairuz tersengih-sengih selamba.
"dah tak ada kerja lain nak buat ke hah? Terkejut kakak tau tak?" marah Hilda. Sudah la Haris dah hilang entah ke mana, Fairuz pulak memeningkan kepalanya.
"kak Hilda buat apa tadi? Telefon kawan? Haris ek?" Fairuz tersenyum nakal. Hilda memalingkan muka. Takkan nak mengaku kot?
"tak la. Bukan dia ja manusia kat muka bumi ni yang ada telefon. Yang Yus sibuk-sibuk ni kenapa? Pergila main bola. Kacau je." Marah Hilda lagi.
Hakikatnya, dia malu kerana Fairuz memang mengetahui kisahnya dengan Haris kerana Fairuz berkawan dengan teman sekelasnya, Akil. Pada ketika ini, Hilda merasa geram pula dengan Akil kerana memecahkan cerita ini kepada Fairuz.
"dia dah hilang ek? Dulu selalu jugak jumpa dia kat kedai makan Cik Jah. Dia kat mana sekarang kak?" tanya Fairuz lagi. Dia kini bersekolah dia sekolah menengah yang tidak berapa jauh dari rumah mereka dalam tingkatan satu. Beza antara Fairuz dan Hilda cuma 2 tahun. Kerana itulah mereka agak rapat.
"entah. Mati dah kot. Biar la dia. Kakak bukan telefon dia pun tadi. Kakak telefon semua kawan-kawan yang bagi nombor tadi tapi nasib tak baik. Ramai yang dah tukar nombor telefon rumah. Tak best langsung." Adu Hilda. Masam sahaja mukanya. Haris, di mana kau? Malam itu, Hilda mencuba nombor rumah Akil pula. Yes!!! Ada lagi! Soraknya apabila deringan talian kedengaran. Sekejap sahaja dia menunggu sudah berangkat. Gugup pula dia hendak berbicara.
"assalamualaikum, boleh saya cakap dengan Akil?"
"saya Akil. Ni siapa?" alamak, Akil ke? Besarnya suara. Takut pulak aku. Macam bapak dia je. Tipu kot? Hilda mengagak-agak di dalam hati.
"Akil ke ni?" tanyanya lagi meminta kepastian.
"iya la, awak ni sapa?" tanya suara itu lagi.
"Akil, kenapa suara kau besar sangat?" teragak-agak Hilda meluahkan kata-kata.
"Hilda! La, kau ke?"
"aku la sapa lagi. Kau ingat ada awek nak telefon kau ke hah?" Hilda bersuara. Yakin kali ini. Ingatkan bapak dia dah tadi.
"hahaha! Kau ni still hampeh cam dulu la. Tak pernah bagi support langsung. Tau nak kutuk je tau!" kedengaran Akil ketawa besar.
"biasa lah aku. Macam tak kenal. Akil, serius aku ingat bapak kau yang bercakap ni. Gila suara kau berubah. Takut aku!"
"eh hello kawan! Aku ni laki, kalau tak berubah suara aku habisla, jadi sotong! Hahaha!"
"tak de la, dahsyat sangat ni. Hehe, jangan marah arr. Eh, kau masih kat sekolah yang dulu tu ke? Tak pindah tahun depan?"
"tak la. Aku stay je sampai form 5. Senang sikit. Sedih lak tinggal separuh jalan. Kau apa cerita? Sibuk dengan Haris ke sampai lupa kawan?" usik Akil.
"eh jangan main tuduh-tuduh ar. Haris tu kan dah vanish. Tak ada sapa yang tau dia kat mana sekarang tau." Gurau Hilda dengan suara yang ditekankan sedikit. Haris lagi yang nak disebut. Dah tak ada cerita lain. Kalau dengan Sufiah pun nama Haris juga yang nak dibincangkan. Alahai Haris, di manalah kau?
"yela, kawan memang la tak tau. Kau tu bukan kawan dia. Takkan la kau tak tau." Jolok Akil lagi. Dia masih belum puas hati dengan jawapan Hilda.
"hello, aku ni memang bukan kawan dia sebab kitorang tak pernah berkawan pun. So lagi la mustahil untuk dia contact aku. Dia dengan aku tak ade apa-apa la." Tegas Hilda.
"eleh, yelah tu. Entah-entah kau sorok dia tak? Yela, korang malu orang tau korang still keep in touch sebab tu dia senyap je. Kau pun sama bersubahat." Akil ketawa di hujung talian.
"Akil, dengan nama Allah Akil. Aku dah tak dengar cerita pasal dia dah sejak habis sekolah dulu. Aku memang ternanti-nanti berita dia. Tapi kadang-kadang aku fikir balik, entah-entah aku je yang terhegeh-hegeh fikirkan dia. Dia tak pernah kisahkan aku. Aku tak pernah lupakan dia. Susah. Mungkin orang kata cinta monyet tak lama tapi apa cerita aku? Masih teringatkan dia sampai sekarang. Entah kat mana pulak dia sekarang." Sayu sahaja bicaranya. Tawa Akil mati serta-merta.
"Hilda, aku simpati dengan kau tapi dalam masa yang sama aku kagum dengan kau. Rupanya perasaan kau yang kau luahkan masa darjah 2 dulu tak main-main ek. Tapi kisah korang dulu memang akan diingati orang sampai bila-bila sebab korang pasangan yang unik. Hilda yang tegas dan Haris yang samseng. Hmm... aku memang dah lama tak dengar berita dia Hilda dan aku tak berani nak kata sama ada perasaan dia sekarang masih sama atau dah berubah. Tapi, yang aku pasti, dulu, dia memang sukakan kau cuma dia tak pernah cakap dengan kau je. Tapi kau boleh nampak kan dari perbuatannya? Macam mana dia ikut cakap kau bila cikgu pun dia lawan. Aku percaya Hilda, korang berjodoh. Aku sentiasa berharap korang akan bersatu. Betul Hilda. Aku tak main-main." Tegas suara Akil. Hilda tersenyum kecil.
"yelah tu. Baru tingkatan 3 dah fikir macam tu. Lucula kau ni. Tapi apa-apapun thanks sebab sentiasa menyokong aku. Aku amat memerlukan sokongan tu. Dari kecik kita kawan. Kau memang banyak membantu aku especially dalam hal Haris. Thanks again Akil."
"yela kan, apa gunanya kawan kalau tak bantu kan? Anyway, kau pindah sekolah tahun depan?"
"tak kot. Tengokla dulu. Sayang jugak nak pindah. Kalau dapat elok pun mungkin aku tak pindah."
"hmm..tu la kan? Sayang nak tinggal. 3 tahun dah kat situ." Akil bersuara setuju. Tiba-tiba kedengaran suara Fairuz memanggil Hilda.
"ok la Akil. Fairuz panggil la. Apa pulak dia nak tu. Nanti-nanti kita sembang lagi."
"oh,ok,ok. Kirim salam kat dia. Lama tak jumpa dia."
"ok,bye. Assalamualaikum." Gagang diletakkan setelah salamnya berjawab. Berlari-lari dia mendapatkan Fairuz.
2004 – Hilda dan Adi
Argh!! Bencinya!!! Hilda mencapai diarinya. Hanya diari itu yang memahaminya. Dia mula mencoret isi hatinya.
1 Februari 2004 Aku benci Adi!!!! Kenapa mesti dia sekolah kat sini??? Sejak aku pindah sini hidup aku tak pernah aman!! Ummi, Hilda dah cakap dah Hilda tak nak pindah! Sedihnya, dah la mak sendiri tak nak faham aku, datang sini ada bala pulak yang menunggu! Kalau la aku tau Adi sekolah sini takkan aku jejak kat sini! Benci! Hari ni dia buat bunyi kambing pulak bila aku masuk kelas! Hari tu bunyi lembu! Hari ni bunyi kambing! Esok bunyi khinzir pulak apa??? Benci betul!
Sebaik habis ayat terakhir, dia menekup muka dengan bantalnya. Kerana Adilah dia menjadi penulis diari. Kalau tak, aku gembira je! Kalau Adi ada, aku musnah! Dia menjerit di dalam hati. Sarina, teman sekamarnya dan juga teman sekelasnya yang sedari tadi memerhatikan lagaknya menghampiri Hilda.
"Hilda, awak ada masalah ke? Saya tengok awak sedih je dari tadi." Lembut suaranya menegur. Hilda memanggung mukanya. Memang aku sedih dengan nasib malang aku. Dah la kena paksa pindah sekolah, jumpa pulak dengan anak setan tu!
"tak ada apa-apa la. Saya okey." Hilda bersuara lemah.
"betul ni? Tadi saya tengok bila masuk kelas je awak terus muram. Boleh saya tahu kenapa? Maaflah kalau saya ni macam busybody je tapi saya kesiankan awak. Awak budak baru so saya rasa bertanggungjawab untuk tolong awak kalau awak ada apa-apa masalah." Sarina tersenyum lagi. Manis. Hilda mengeluh kecil. Dia membetulkan duduknya. Tidak sampai hati membiarkan Sarina yang baik hati pergi dengan hampa. Baik aku bercerita je kat dia. Dari bercakap dengan diari yang bisu ni, buat apa?
"dudukla. Betul awak nak tau kenapa saya selalu resah je dalam kelas?" Sarina melabuhkan punggung sambil mengangguk laju. Rasa ingin tahu yang menebal terpampang di wajahnya. Hilda pun bercerita perihal mereka bersekolah sama dahulu dan bagaimana kelakuan Adi dahulu. Sarina mendengar dengan tekun.
"tu lah sebabnya saya menyampah sangat bila masuk kelas. Adi selalu mengusik. Saya ni kan budak baru. Saya risau dia bawak mulut pada orang la Sarina. Dah cukup dia buat bunyi-bunyian tu tapi kalau dia bawak mulut, habis la saya." Ujar Hilda risau.
"tak la. Saya percaya Adi takkan buat macam tu. Dia budak baik la. Selama ni, dia okay je. Macam tak percaya pula saya dengar cerita awak tadi. Dia dah berubah la Hilda. Dia tak pernah buat nakal dengan budak perempuan kat sini. Betul. Cikgu-cikgu pun sayangkan dia. Pandai pulak tu." Ujar Sarina. Hilda mencebik.
"memang la dia ok selama ni. Tapi saya tau dia berdendam dengan saya sebab saya malukan dia dulu. Sebab tu sekarang dia nak malukan saya balik Sarina. Percayala. Tadi awak tak dengar ke dia buat bunyi-bunyi tadi?"
"tak ada pun. Perasaan awak je kot. Dia berdehem je la. Mesti awak salah dengar ni."ujar Sarina penuh yakin. Padanya Adi tidak begitu. Sememangnya Adi tidak begitu. Namun hakikatnya hanya Hilda yang tahu.
"ish, nyesal saya bagitau awak pasal ni." Rungut Hilda. Hajat untuk menenangkan hati yang gundah tak kesampaian. Lagi sakit ada la. Ada ke dia nak menangkan budak gila tu? Sarina tersenyum lagi mendengar rungutan Hilda.
"okla okla. Macam ni. Apa kata esok kita masuk kelas sama-sama, kita dengar apa yang awak cakap tu betul atau tak. Kalau betul, saya akan tolong awak lepas ni untuk selesaikan masalah ni. Kalau tak, saya mintak maaf la. Saya tak dapat tolong awak. Deal?" ujar Sarina seraya memeluk bahu Hilda.
"ok." Hilda berkata lemah. Kalau esok dia senyap, matila aku. Hilda berkira-kira sendiri.
Keesokannya, kejutan yang lain pula menanti Hilda tanpa diketahuinya. Di tempat duduknya, ada sebuah kotak yang kecil berbungkus cantik menantinya. Sebaik masuk ke kelas, suasana senyap sahaja. Amir, ketua kelas menghampiri Hilda sebaik dia masuk ke kelas bersama Sarina. Adi masih belum masuk ke kelas nampaknya, bisiknya sendiri.
"Hilda, ada hadiah untuk kau." Kata Amir tersengih-sengih.
"apa? Siapa bagi?" Hilda pantas menuju ke tempat duduknya. Tangannya pantas mencapai hadiah di atas kerusinya itu. Comel.
"comelnya Hilda. Bukak la. Saya pun tak pernah dapat hadiah macam ni tau selama belajar kat sini." Ujar Sarina ceria.
"Amir, siapa pengirimnya?" tanya Hilda lagi. Rasa ingin tahu memenuhi fikirannya. Amir menjungkit bahu tanda tidak tahu.
"aku masuk tadi dah ada. Kawan-kawan lain pun tak tau." Ujar Amir lagi. Raut wajahnya nampak jujur.
\"Hilda, apa lagi, bukak la. Saya dah tak sabar dah ni." Desak Sarina lagi. Lantas Hilda menarik reben yang mengikat kotak tersebut dan membuka penutupnya perlahan.
Serentak dengan itu mereka terjerit kuat sehinggakan memecahkan keheningan pagi itu. Rakan-rakan di kelas yang lain yang sudah datang turut bertandang apabila terdengarkan jeritan kuat Hilda dan Sarina. Masing-masing ingin tahu apa sebenarnya yang telah terjadi. Sementara itu, seorang pelajar lelaki yang berdiri di sebalik dinding tidak jauh dari kelasnya ketawa kuat apabila mendengar jeritan nyaring itu.
dalam KP (3), saya tersilap tulis nama Sarina sbg Sabrina...harap dimaafkan ya...
Catat Ulasan
TINGGALKAN ULASAN DAN KOMEN, PADA SETIAP KARYA YANG ANDA BACA Penulis memerlukan ulasan dan komen, bagi memperbaiki penulisan dan memperbetulkan kesilapan. Komen dan ulasan anda akan memberi satu semangat kepada penulis, untuk terus menulis karya dan seterusnya menghasilkan karya yang menarik. Kerjasama & sokongan daripada pembaca amat kami hargai. Sebab itulah kami menyediakan HADIAH, sebagai penghargaan kepada penulis dan juga kepada pembaca yang aktif memberi komen & ulasan
"Dia
hidup bukan kerana cinta. Dia hidup kerana
kehadiran Prince Charming yang menyelamatkannya.
Semuanya gara-gara dia mengoyak Carta Prince
Charming—carta misteri yang tiada sesiapa tahu
dari mana datangnya. Yang pasti, memang dia
langsung tidak percaya dengan sumpahan yang
dikatakan berkaitan dengan Carta Prince
Charming.
"Sumpahan puteri? Kau ingat ini cerita dongeng
ke? Puteri apa yang nak sumpah aku ni? Puteri
bunian? Puteri lindungan bulan?”
Desakan daripada Sofea membawanya ke Kelab Bola
Sepak. Di situlah Prince Charming berkumpul.
Tetapi hanya seorang sahaja Prince Charming yang
dicari-carinya. Namun, untuk mencari Prince
Charming bukanlah mudah, namun dia yakin, antara
mereka, pasti salah seorang adalah penyelamatnya.
Orang tu pun satu! Dah selamatkan nyawa orang,
tak reti-reti ke nak munculkan diri? Bukan ke
lagi senang kalau datang berdiri depan aku dan
cakap, Sayalah yang selamatkan awak daripada
kena langgar semalam. Finish! Tak adalah nak
panjangkan cerita sampai beratus muka surat
semata-mata nak cari Prince Charming!
Tajuk:
Prince Charming
Penulis: Ratu Bulan
Terbitan: Fajar Pakeer
Harga:
RM19.90
Ulasan:
NOVEL
HANGAT DIPASARAN
Pertemuan
pertama memberi impak yang berbeza kepada dua insan. Maria
malu mengenang, sedang Hisyam mahu mendekat. Maria semakin
resah apabila Hisyam terus-terusan mendesak. Dalam benci
ada rindu. Bijak Hisyam memujuk, mereka akhirnya disatukan.
Salina hadir menjadi duri dalam daging. Bagi Hisyam, gadis
itu ialah sahabatnya yang terbaik. Insan paling dipercayai.
Namun, dalam diam, Salina meracuni hubungan mereka. Salina
ada agenda yang tersendiri.
Semakin hari, semakin nipis rasa percaya Maria terhadap
Hisyam. Namun, dia tidak mungkin menghindar rasa kasih
yang sudah menebal. Demi menunaikan permintaan Maria,
Hisyam tega melamar Salina walau ada luka di hati.
Sanggupkah Hisyam menduakan Maria yang pernah dicintai
sepenuh hati? Dan, Maria, mampukah membiarkan suami
tersayang jatuh ke tangan Salina? Atau, Mariakah orang
ketiga yang tidak lagi diperlukan kehadirannya oleh Hisyam?
Penulisan2u
sedang
berkerjasama dengan Penerbit Novel bagi memberi peluang kepada penulis-penulis berbakat dan karya yang menarik.
Antara novel yang sudah di terbitkan
2 Pengulas paling AKTIF dengan memberi komen yang ikhlas dan
membina, pada setiap karya cerpen / novel di penulisan2u akan
menerima hadiah sebuah NOVEL.
•
Creative Enterprise Sdn. Bhd., sedang mencari manuskrip kanak-kanak atau remaja. Ini kerana pihak kami ingin memperluaskan dan memperbanyakkan bahan bacaan untuk kanak-kanak dan remaja. Di samping itu kami juga ingin memupuk minat membaca dalam kalangan kanak-kanak dan remaja.
( klik disini
)
•Karyaseni Enterprise ingin memaklumankan
kepada anda yang berminat untuk menghantar manuskrip
anda kepada KS untuk penilaian, sila email kan
sinopsis dan tiga bab awal ke alamat email berikut:
Manuskrip@karyaseni.my
•KarnaDya Solutions Sdn
Bhd. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
hantarkan karya anda. Sebelum anda menghantarkan
manuskrip anda, sila hantarkan butiran berikut terlebih
dahulu melalui emel/pos. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•NB Kara Sdn Bhd dengan berbesar hati
menjemput mana-mana penulis yang merasakan diri mereka
layak menjadi penulis yang versatil, menghantar
manuskrip mereka kepada NB Kara Sdn Bhd. Tulisan anda
terlebih dahulu akan dinilai oleh penulis prolifik
Norhayati Berahim dan juga beberapa panel editor sebelum
diluluskan untuk terbitan.
(
klik disini )
•Jemari Seni Publishing. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
Untuk tujuan pengiriman manuskrip, JEMARI SENI telah
menggariskan panduan kepada penulis-penulisnya. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•
Alaf 21 Sdn Bhd. Tahun 2008 bakal menjanjikan sinar
kecemerlangan seandainya karya anda terpilih untuk
diterbitkan oleh Alaf 21, penerbit novel tersohor di
Malaysia.
Jika
anda mempunyai salah satu manuskrip tersebut, kami ingin
menatap dan menilainya. Sekiranya sesuai, pihak kami
ingin menerbitkannya di bawah jenama ALAF21.
( klik disini)
•
tip kehidupan, zodiak, horoskop, petua, tip, puisi,
pantun, sajak, dan pelbagai artikel menarik layari di
http://istimewa2u.blogspot.com
•
Blog Berkaitan agama, topik-topik tazkirah, audio, video
ceramah, mendengar 114 surah Al-quran secara online,
radio-radio dakwah, layari di
http://dakwah2u.blogspot.com
•
Blog Media, Tv streaming online, radio streaming online,
surat khabar, rakaman drama, radio era, hot.fm, tv1,
tv2,tv3 dan lain-lain. layari di
http://mymedia2u.blogspot.com
•
Blog Koleksi cerita lawak, lucu, kelakar dan video lawak,
lucu dan kelakar. layari di laman
http://kelakar2u.blogspot.com
•
Laman web
syarikat penerbit novel Creative
Enterprise Sdn Bhd (CESB). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.cesb.net.my
•
Laman web
syarikat penerbit
Kaki Novel
Enterprise. Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.kakinovel.com
•
Laman web
syarikat penerbit NB kara Sdn Bhd.
Dimiliki oleh penulis terkenal Norhayati Berahim, Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.nbkara.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit Buku Prima Sdn Bhd.
Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.bukuprima.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit novel
jemari Seni Publishing (JS Publishing). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.jemariseni.com
•
Laman web syarikat penerbit novel Alaf21 Sdn Bhd
(alaf21). Untuk melihat novel-novel terbaru dari Alaf21
layari di
http://www.alaf21.com.my
•
Laman web syarikat penerbit novel Fajar Pakeer Sdn Bhd). Untuk melihat novel-novel terbaru layari di
laman
http://www.fajarnovels.com.my
Kata Kunci
koleksi novel, koleksi novel
cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik,
novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen
cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru,
teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen
melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram,
cerita, cerita cinta, cerita pendek, cerita melayu, cerita online
Malaysia Group
Blog
Koleksi
Cerpen & Novel proudly powered by Blogger. Best display view 1024x768.
Google Inc
Koleksi Cerpen
& Novel dari Malaysia, Indonesia, Singapore & Brunei
sambung lagi???
cpt la smbg..
best3x