Kehidupan
adalah anugerah utama Illahi. Anugerah kehidupan memberi gambaran
kebesaranNya buat kita manusia, yang wajib kita syukuri dan hargai.
Internet adalah kemudahan buat umat manusia. Justeru itu,
manafaatkan ia untuk kesejahteraan diri kita dan umat sejagat.
Sentiasalah kita beringat, apa yang kita lakukan, akan dipertanggung
jawabkan pada kemudian hari.
Gunakan sebaik-baiknya kurnia Allah swt kepada kita. Halalkan
kegunaan akal, hati dan lidah pada perkara yang bakal membawa
kecemerlangan diri kita dunia dan akhirat. Kita hidup hanya sekali.
Sekali 'pergi' tak kan kembali. Buat baik berpada-pada, dan buat
jahat JANGAN sekali-kali. Kewujudan website penulisan2u dengan blog
sebagai wadah untuk meningkatkan nilai diri. Bermatlamatkan
penyatuan ummah dengan ciri-ciri kemurnian budi dan budaya. Walaupun,
dunia terus maju dengan teknologi, kita akan terus kekal dengan
akhlak dan jati diri insani.
Ku sangka hidup ini mudah untuk dihadapi. Rupanya ujian tuhan tak pernah berhenti untuk menduga hambanya..
Waktu ini, aku masih kanak-kanak..tersenyum bila ingatkan telatahku dahulu.
'Oi, betina! Ko datang sini jap!' merah muka Hafiz menahan amarah. Dan aku laju berlari menyorok di belakang teacher Nawal. Sah, mamat ni nak mengamuk. Tapi, lancang betul mulut dia panggil aku betina. Baik aku selamatkan diri sebelum si Hafiz tu tempeleng aku. Budak tu bukan boleh dijangka.
'betina, ko meh sini kejap. Tak payah nak menyorok belakang teacher Nawal. Aku nak tempeleng ko sekali. Meh sini kejap!' Hafiz masih memegang pipinya yang kemerahan. Amirul dan Mamat pula masih cuba mententeramkan sahabat mereka yang bagai dirasuk itu.
Waaaaa...suka hati je panggil aku keluar. Malas ler aku nak layan ko sekor tau! Lantas aku, terusan tersengih di belakang teacher Nawal. Juliana mencuitku,'Mas, macam mana ni?' tanyanya gusar. 'macam mana apa lak?' tanyaku kembali dalam nada bodoh. 'kau ni, tak nampak si Hafiz tu dok mengamuk!'
Aku memandang wajah guru bahasa Inggeris kelasku yang masih kebingungan melayan telatah pelajarnya.
'habis, nak suruh aku pergi cium pipi dia tu? Melutut mintak maaf? Gila apa?' jawabku separuh berbisik. 'aku takut ler.' 'aik, buat apa ko pula nak takut? Hafiz tu nak tempeleng aku, bukan ko!' Juliana mengangguk, ye tak ye jugak.
Su, Liza, Mastura dan rakan-rakan ku yang lain tercengang melihat gelagat kami. Sedikit gusar, bimbang perang dunia bakal meletus. Tiba-tiba ku lihat Cikgu Noriza, bini guru kelasku yang berada di hujung padang berlari menuju ke arah kami. Hairan jugak kitorang, macam mana cikgu kami yang lawa kecik molek tu boleh jatuh hati dengan Cikgu Azman yang kami gelar harimau kumbang tu. Dahler suara cam petir, garangnya pun boleh mengecutkan perut kami. Aik, sibuk lak aku ni. Setan dok menanduk kat depan tu dah lupa ke?
'apahal ni?' tanya cikgu Noriza cemas. Sebagai ketua jurulatih pasukan bola baling sekolah, dia rasa bertanggungjawab menghuraikan kekusutan yang berlaku saat ini. Cikgu Noriza memandang teacher Nawal yang masih sibuk melindungiku.
'betina ni cikgu! Perangai macam hantu!' telunjuknya diarah padaku. Aku bengang plus meluat. 'wes, jantan. Dah nama main, rilekslah. Apa nak kecoh pulak.'aku pulak yang mula nak mengamuk. Tak boleh tahan aku dengan mamat ni. Panas terik di tengah gelanggang bola baling di sekolahku semakin bertambah suhunya. Apatah lagi bila gelanggang kami bagai disihir puteri bunian menjadi gelanggang boxing. Apa taknya, si Hafiz dah kepalkan buku limanya tu. waaaa.... Takutnya! Hehehe!
Ku lihat air mata si Hafiz menitik. Ada rasa kesian lak meniti di tubir hatiku tapi nak buat macam mana, aku bukannya sengaja. Kalau terkasar sikit tu, mintak maaf pohon ampunlah. Buat apa nak kecoh lagi! Macam mana nak lawan team sekolah lain kalau main ngan team pompuan pun dah nangis.
'kenapa ni, Nawal?' tanya Cikgu Noriza 'sebenarnya macam ni, Kak Za. Diorang tengah main tadi tapi entah macam mana Masnida ni tercakar muka Hafiz. Tak berdarah, tapi pedihlah sikit,' jelas Teacher Nawal perlahan.
'ok, dah gaduh. Perkara ni pun terjadi bukan sengaja. Hafiz, maafkan aje Masnida ye. Kita sambung latihan semula. Hafiz nak sapu ubat? Meh, ikut cikgu' ujar Cikgu Noriza untuk meredakan suasana.
Ku lihat budak manja keledek itu berjalan di belakang Cikgu Noriza sambil menjelingku. Amboi, nak kena cungkil ke bijik mata tu? Biar juling baru tau! Lantas ku jelirkan lidahku padanya. 'Masnida, dahlah tu. Kang marah lagi Hafiz tu,' tegur teacher Nawal.
Aku tersengih sambil berkata sendirian di benakku, budak macam tu bukan boleh bagi muka! Macam mana boleh pilih dia jadi kapten pasukan ni? Baru kena cakar sikit ngan kapten pasukan pompuan, dah banjir satu padang.tak perkasa langsung!
Tiba-tiba ku terasa bagai aku diperhatikan. Aku berpaling ke arah belakangku dan mataku beradu dengan sepasang mata kuyu miliknya. Tapi tak lama kerana, dia terlebih dahulu mengalihkan pandangannya.
'tahu pun takut. Lain kali, aku cungkil dengan pahat kat umah aku baru tau! Mata tu tak boleh nak tengok benda lain ke?' marahku. Juliana berpaling padaku.'kenapa Mas?' 'budak yang kat bucu padang tu. Asyik tengok orang je!' 'admirer ko?' Aku menjengilkan mata. 'kepala hotak ko. Budak tu dah berkhatan ke belum. Ada hati nak mengorat anak dara orang.'
Juliana mengangakan mulutnya. 'Mas, ko cakap apa?' 'cakap apa?' 'tak baik cakap macam tu. Diakan baik.' Juliana cuba membela.
Aku malas melayan Juliana. Latihan diteruskan dan mamat cute kat hujung padang tu masuk menggantikan si Hafiz yang secara sukarela mengangkat kad merah untuk keluar padang. Memprotes tak puas hati ler tu. Ikut suka hati ko ler!
Ingatan terhadap memori kanak-kanakku terganggu tatkala namaku diseru seseorang.
'akak, tepon!' panggil kak Maslinda. Beza 2 tahun antara kami menyebabkan hubungan kami agak rapat berbanding dengan kakak dan abangku yang lain. Mungkin kami sekepala kot!
'sape kak Lin?'tanyaku malas.
Bukan apa, jam dah hampir ke pukul 12 tengah malam. Aku tak suka tidur lewat pasal aku dah programkan otakku mesti menepati masa. Kalau tak, sah esok aku bangun lewat dan natijahnya pasti tertinggal bas. Nanti bising pulak beruang kutub dalam kelas aku tu dok mengejek!
'tak tahu, akak.' jawab kak Lin perlahan.
Mesti hairan kan, kenapa aku dipanggil akak sedangkan aku adik kak Maslinda. Tu nama manja aku ler. Tapi, kalau kat luar pun orang mesti ingat aku yang lebih tua daripada kakak2ku pasal wajahku yang lebih matang daripada usiaku dan aku juga lebih tinggi berbanding mereka. Walaupun aku ni tak lawa sangat.
'hello, assalamualaikum' aku memberi salam. 'waalaikummussalam.' jawabnya perlahan. 'sape ni?' aku sedikit hairan.
Tak pernah aku bagi nombor telefonku kat orang lelaki. Habis, mamat mana yang terbabas tepon aku malam-malam buta ni. Aku agak kehairanan dan kerisauan. Biarpun abah dan mak dah tidur tapi aku gusar diorang tersedar mendengar deringan telefon tadi. Lantas, abah mengangkat ganggang telefon di biliknya dan mendengar anak daranya yang sorang ni dok bergayut dengan budak jantan!
Tak pasal-pasal berak cair aku kena bebel. Ayah aku senang je, nak menggatal sangat, baik korang terus kawin je. Kalau tak, pergi sekolah belajar bebetul!
Contohi kak Masnita ataupun aku panggilnya, kak long. Masih belum berpunya biarpun sudah hampir tamat pengajian di Universiti Malaya. Bukan apa, itu lebih baik agar tumpuan dapat diberikan lebih pada pelajaran.
'saya,'jawabnya.
Aku mula geram. Main tahi ayam rupanya mamat ni dengan aku ek!
'saya tu sape?' tanyaku keras namun masih perlahan. 'sayalah'jawapannya menguji kesabaranku.
Memang nak tempah penampar aku mamat ni malam-malam buta ni. Tambahan pula, aku ni bukannya sabar sangat.
'nak cakap ke tak ni. Kalau tak saya nak berambus!' marahku. 'garangnya,'ujarnya mengusik.
Aku dah mula nak mendidih ni! 'nak dengar pantun lewat malam tak, saudara?'tanyaku. 'emmmm…..boleh gak' 'emmm...beli yoyo kat pusat beli-belah, woi toyol ko boleh blah!' marahku.
Dan pemanggil itu sekadar ketawa. Waaaa...seronoknya dia ketawa. Okey, aku nak chow!
'wait, Mas….' 'woi, tak payah nak panggil aku macam tu. Geli tau,' pantang kalau orang lelaki memanggilnya dengan panggilan ringkasnya. 'sorry, dear. Imi kat sini' 'Imi?' aku terpinga-pinga. Imi mana pulak ni? `Khuzaimi Kamaruddin'. 'awak?'
best citer nie...mamat tu yg duduk tepi pdg gantikan Hafiz main bola baling kan ? mcm kuiz plak..hehehe ^sakura hana^
Catat Ulasan
TINGGALKAN ULASAN DAN KOMEN, PADA SETIAP KARYA YANG ANDA BACA Penulis memerlukan ulasan dan komen, bagi memperbaiki penulisan dan memperbetulkan kesilapan. Komen dan ulasan anda akan memberi satu semangat kepada penulis, untuk terus menulis karya dan seterusnya menghasilkan karya yang menarik. Kerjasama & sokongan daripada pembaca amat kami hargai. Sebab itulah kami menyediakan HADIAH, sebagai penghargaan kepada penulis dan juga kepada pembaca yang aktif memberi komen & ulasan
"Dia
hidup bukan kerana cinta. Dia hidup kerana
kehadiran Prince Charming yang menyelamatkannya.
Semuanya gara-gara dia mengoyak Carta Prince
Charming—carta misteri yang tiada sesiapa tahu
dari mana datangnya. Yang pasti, memang dia
langsung tidak percaya dengan sumpahan yang
dikatakan berkaitan dengan Carta Prince
Charming.
"Sumpahan puteri? Kau ingat ini cerita dongeng
ke? Puteri apa yang nak sumpah aku ni? Puteri
bunian? Puteri lindungan bulan?”
Desakan daripada Sofea membawanya ke Kelab Bola
Sepak. Di situlah Prince Charming berkumpul.
Tetapi hanya seorang sahaja Prince Charming yang
dicari-carinya. Namun, untuk mencari Prince
Charming bukanlah mudah, namun dia yakin, antara
mereka, pasti salah seorang adalah penyelamatnya.
Orang tu pun satu! Dah selamatkan nyawa orang,
tak reti-reti ke nak munculkan diri? Bukan ke
lagi senang kalau datang berdiri depan aku dan
cakap, Sayalah yang selamatkan awak daripada
kena langgar semalam. Finish! Tak adalah nak
panjangkan cerita sampai beratus muka surat
semata-mata nak cari Prince Charming!
Tajuk:
Prince Charming
Penulis: Ratu Bulan
Terbitan: Fajar Pakeer
Harga:
RM19.90
Ulasan:
NOVEL
HANGAT DIPASARAN
Pertemuan
pertama memberi impak yang berbeza kepada dua insan. Maria
malu mengenang, sedang Hisyam mahu mendekat. Maria semakin
resah apabila Hisyam terus-terusan mendesak. Dalam benci
ada rindu. Bijak Hisyam memujuk, mereka akhirnya disatukan.
Salina hadir menjadi duri dalam daging. Bagi Hisyam, gadis
itu ialah sahabatnya yang terbaik. Insan paling dipercayai.
Namun, dalam diam, Salina meracuni hubungan mereka. Salina
ada agenda yang tersendiri.
Semakin hari, semakin nipis rasa percaya Maria terhadap
Hisyam. Namun, dia tidak mungkin menghindar rasa kasih
yang sudah menebal. Demi menunaikan permintaan Maria,
Hisyam tega melamar Salina walau ada luka di hati.
Sanggupkah Hisyam menduakan Maria yang pernah dicintai
sepenuh hati? Dan, Maria, mampukah membiarkan suami
tersayang jatuh ke tangan Salina? Atau, Mariakah orang
ketiga yang tidak lagi diperlukan kehadirannya oleh Hisyam?
Penulisan2u
sedang
berkerjasama dengan Penerbit Novel bagi memberi peluang kepada penulis-penulis berbakat dan karya yang menarik.
Antara novel yang sudah di terbitkan
2 Pengulas paling AKTIF dengan memberi komen yang ikhlas dan
membina, pada setiap karya cerpen / novel di penulisan2u akan
menerima hadiah sebuah NOVEL.
•
Creative Enterprise Sdn. Bhd., sedang mencari manuskrip kanak-kanak atau remaja. Ini kerana pihak kami ingin memperluaskan dan memperbanyakkan bahan bacaan untuk kanak-kanak dan remaja. Di samping itu kami juga ingin memupuk minat membaca dalam kalangan kanak-kanak dan remaja.
( klik disini
)
•Karyaseni Enterprise ingin memaklumankan
kepada anda yang berminat untuk menghantar manuskrip
anda kepada KS untuk penilaian, sila email kan
sinopsis dan tiga bab awal ke alamat email berikut:
Manuskrip@karyaseni.my
•KarnaDya Solutions Sdn
Bhd. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
hantarkan karya anda. Sebelum anda menghantarkan
manuskrip anda, sila hantarkan butiran berikut terlebih
dahulu melalui emel/pos. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•NB Kara Sdn Bhd dengan berbesar hati
menjemput mana-mana penulis yang merasakan diri mereka
layak menjadi penulis yang versatil, menghantar
manuskrip mereka kepada NB Kara Sdn Bhd. Tulisan anda
terlebih dahulu akan dinilai oleh penulis prolifik
Norhayati Berahim dan juga beberapa panel editor sebelum
diluluskan untuk terbitan.
(
klik disini )
•Jemari Seni Publishing. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
Untuk tujuan pengiriman manuskrip, JEMARI SENI telah
menggariskan panduan kepada penulis-penulisnya. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•
Alaf 21 Sdn Bhd. Tahun 2008 bakal menjanjikan sinar
kecemerlangan seandainya karya anda terpilih untuk
diterbitkan oleh Alaf 21, penerbit novel tersohor di
Malaysia.
Jika
anda mempunyai salah satu manuskrip tersebut, kami ingin
menatap dan menilainya. Sekiranya sesuai, pihak kami
ingin menerbitkannya di bawah jenama ALAF21.
( klik disini)
•
tip kehidupan, zodiak, horoskop, petua, tip, puisi,
pantun, sajak, dan pelbagai artikel menarik layari di
http://istimewa2u.blogspot.com
•
Blog Berkaitan agama, topik-topik tazkirah, audio, video
ceramah, mendengar 114 surah Al-quran secara online,
radio-radio dakwah, layari di
http://dakwah2u.blogspot.com
•
Blog Media, Tv streaming online, radio streaming online,
surat khabar, rakaman drama, radio era, hot.fm, tv1,
tv2,tv3 dan lain-lain. layari di
http://mymedia2u.blogspot.com
•
Blog Koleksi cerita lawak, lucu, kelakar dan video lawak,
lucu dan kelakar. layari di laman
http://kelakar2u.blogspot.com
•
Laman web
syarikat penerbit novel Creative
Enterprise Sdn Bhd (CESB). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.cesb.net.my
•
Laman web
syarikat penerbit
Kaki Novel
Enterprise. Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.kakinovel.com
•
Laman web
syarikat penerbit NB kara Sdn Bhd.
Dimiliki oleh penulis terkenal Norhayati Berahim, Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.nbkara.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit Buku Prima Sdn Bhd.
Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.bukuprima.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit novel
jemari Seni Publishing (JS Publishing). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.jemariseni.com
•
Laman web syarikat penerbit novel Alaf21 Sdn Bhd
(alaf21). Untuk melihat novel-novel terbaru dari Alaf21
layari di
http://www.alaf21.com.my
•
Laman web syarikat penerbit novel Fajar Pakeer Sdn Bhd). Untuk melihat novel-novel terbaru layari di
laman
http://www.fajarnovels.com.my
Kata Kunci
koleksi novel, koleksi novel
cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik,
novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen
cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru,
teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen
melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram,
cerita, cerita cinta, cerita pendek, cerita melayu, cerita online
Malaysia Group
Blog
Koleksi
Cerpen & Novel proudly powered by Blogger. Best display view 1024x768.
Google Inc
Koleksi Cerpen
& Novel dari Malaysia, Indonesia, Singapore & Brunei
salamulaikom
entah laaa ..do no ..
~mrhyde~
dont stop d music