Kehidupan
adalah anugerah utama Illahi. Anugerah kehidupan memberi gambaran
kebesaranNya buat kita manusia, yang wajib kita syukuri dan hargai.
Internet adalah kemudahan buat umat manusia. Justeru itu,
manafaatkan ia untuk kesejahteraan diri kita dan umat sejagat.
Sentiasalah kita beringat, apa yang kita lakukan, akan dipertanggung
jawabkan pada kemudian hari.
Gunakan sebaik-baiknya kurnia Allah swt kepada kita. Halalkan
kegunaan akal, hati dan lidah pada perkara yang bakal membawa
kecemerlangan diri kita dunia dan akhirat. Kita hidup hanya sekali.
Sekali 'pergi' tak kan kembali. Buat baik berpada-pada, dan buat
jahat JANGAN sekali-kali. Kewujudan website penulisan2u dengan blog
sebagai wadah untuk meningkatkan nilai diri. Bermatlamatkan
penyatuan ummah dengan ciri-ciri kemurnian budi dan budaya. Walaupun,
dunia terus maju dengan teknologi, kita akan terus kekal dengan
akhlak dan jati diri insani.
Farhan meninjau sambil melilau matanya mencari keadaan sekeliling. Apa yang pasti dia mencari seseorang. seseorang yang amat di rinduinya. Seseorang amat di kasihinya. Seseorang yang buatnya rasa gembira hanya dengan satu panggilan telefon tadi. "Abang Farhan." Mendengar namanya di sebut, farhan berpaling. Kelihatan gadis yang di tunggunya. Iman Umairah. "Iman." Farhan pantas menghampiri Iman lalu memerluk gadis itu. Dia terlalu rindukan Iman, satu-satunya saudara kandungnya. Selepas kematian ibu mereka Farhan mengikut Aunt Sue, kawan baik ibu ke negara asing ini. Di sini dia bersekolah dan di sini juga sekarang dia menuntut. Bukan tak teringin balik menjenguk adiknya cuma keadaan tak mengizinkannya. "Apalah abang nie. Malu lah adik." Iman menumbuk lembut bahu abangya. Pantas tangan Iman di tangkap. Jari yang berinai dan tersarung cincin itu di tenung lembut. Adiknya sudah jadi milik orang. "Adik betul-betul kahwin ye? Abang ingatkan adik main-main je." Syahdu suara Farhan. Iman tahu abangnya sedih tak dapat menghadiri majlis pernikahannya. Bukan salah abangnya sudah itu suratan takdirnya. Kalau abangnya datang nanti tak ke kecoh tambahan lagi ada papanya. Mahu WWE jadi di majlis pernikahannya. Bukan dia tak tahu kedua-duanya tak boleh berjumpa. "Itu lah abang. Adik cakap betul, abang tak percaya. Kalau adik tipu, fuhh bukan main percaya lagi. Sekarang ada percaya kah?" Tanya Iman dalam nada lucu. Seboleh mungkin dia tak mahu abangnya tahu kisah di sebail perkahwinannya. "Hehehe. Jom adik. Mama Sue dah tunggu." Farhan mengajak adiknya. Segera mengambil semua harta adiknya. Di hati Iman bersorak gembira. Bestnya… mula hari ini dia bebas…Bebas sebebasnya… Hahaha… terima kasih Danish atas syarat awak yang ketiga. Padan muka awak… hehehe silap orang la awak nak buli Danish. Saya lagi suka sebenarnya syarat-syarat awak tu…
Iman baru selesai kuliah. Kepenatan membawanya berehat seketika di sofa empuk. Pejam celik, sudah hamper setahun dia berada di bumi asing ini. Dia bahagia sekarang. Saban waktunya terisi dengan kasih sayang dari mama Sue dan abangnya. Kehidupannya lengkap. DANISH….hahahaha lelaki itu dia sudah lupakan sama sekali. Well buat apa nak ingat? Buat sakit otak je… Lebih baik mereka begini. Danish dengan dunianya di London dan dia dengan hidupnya di Liverpool. Asalkan atuk tak tahu sudah. Entah berapa lama dia mengenangkan hidupnya akhirnya Iman ketiduran di sofa. Kalau tidak kerana telefon berbunyi minta di angkat mungkin Iman tak akan tersedar. Dengan mamai, Iman mengangkat telefon. "Hello." Suara Iman sedikit serak. " Assalamualaikum Iman. Pak Mat ni. Iman sabar ya. Pak Mat nak bagi tahu yang Tuan Haji Aman kemalangan. Atuk Iman dah tak ada." Suara Pak Mat tersekat-sekat menyampaikan berita. Iman terasa ingin pengsan. Dadanya bagai hendak pecah. "Pak Mat janganlah bergurau dengan Iman." Kolam air mata Iman sudah pecah. Nafas Iman mula tersekat-sekat " Iman sabar ya nak." Kata-kata itu bagai meragut separuh dari hidup Iman. Baru dua tahun dia di bumi asing ini. Rasanya baru semalam dia meninggalkan Tuan Haji Aman. Sekarang dia di tinggalkan. " Pak Mat. Iman akan balik sekarang." Tanpa menunggu dengan kelam-kabut Iman mengemas diri dan bergerak ke lapangan terbang. Air matanya menitis sepanjang jalan. Penerbangan berjam itu belum mampu menenangkan hati Iman. "Iman." Terdengar suara Pak Mat memanggil Iman. Iman segera ke arah Pak Mat. Dia melabuhkan punggungnya di sebelah tempat pemandu. "Apa terjadi sebenarnya Pak Mat?" Iman Tak sabar-sabar bertanya. "Hari selasa lepas. Tuan Haji, Dato dan Encik Johan keluar. Kami pun tak tahu mereka keluar ke mana cuma mereka nampak kalut sikit. Entah apa yang jadi, Pak Mat pun tak tahu. Kami tahu bila dok polis telefon bagitahu yang mereka kemalangan." Pak Mat seakan berat nak memberitahu apa yang berlaku. Macam masih ada yang di rahsiakan. "Dato dan abang Johan macam mana?" Iman tak sabar ingin tahu. Kalau sudah menyebabkan kematian tak mustahil keadaan kemalangan itu teruk. "Dato masih dalam ICU dan Encik Johan baru sahaja pergi pagi tadi. Doktor dah tak boleh tolong encik Johan katanya kecederaan teruk kat kepala. Kat rumah sekarang memang ribut Iman. Encik Danish pula tak balik lagi." Pak Mat sepertinya mengharap kepulangan Iman akan meredakan sedikit keadaan. Iman pula tahu di harus kuat dari sekarang kerana dia yang akan jadi tunggak keluarga untuk seketika ini. ‘Ya Allah kuatkan semangat ku.’ Hanya itu doa Iman sekarang. Dia tahu dalam masa sekarang dia perlu kuat dan menjadi tunggak kepada hidup keluarga ini. Perlu memberi semangat kepada Arrisya.
Danish melihat dari jauh kegigihan Iman menjadi tunggak keluarganya. Sudah hapir sebulan dia pulang ke Malaysia sebenarnya. Sejak dia tahu berita kemalangan itu lagi. Dari jauh dia memerhatikan semuanya. Setiap hari dia ke kubur atuk dan abang iparnya. Kepulangannya memang tanpa pengetahuan sesiapa. Danish belum ada kekuatan bersama dengan keluarganya saat ini. Sungguh dia memang tak mampu melihat air mata ibu dan kakaknya gugur saban hari. Sedih… Melihat dari jauh sahaja hatinya sudah terluka dalam apatah lagi berada disisi mereka. Baru dia sedar yang dia memang lelaki pengecut. Mendengar masalah pada keluarganya sahaja sudah membuat Danish tak cukup kuat berhadapan dengan mama dan kakaknya. Dia sendiri mengambil masa yang agak lama untuk baik dari kejutan itu. Saat ini dia bersyukur mempunyai gadis segigih dan setabah Iman di dalam keluarganya. Setiap gerak geri gadis itu di perhatikan tanpa jemu. Tak sedar hatinya berbisik kasih pada si gadis. Semalam dia berikrar di hadapan nisan atuknya yang dia tak akan lepaskan Iman dan akan cuba mengenali Iman. Danish juga berdoa pada satu saat hatinya dan hati Iman akan terbuka.
Iman cuba memejam matanya. Setitik air mata jatuh ke pipinya. Sedih hatinya. Sakit menanggung beban seorang diri. Danish.... entah di mana? Iman berasa bertanggungjawab kepada keluarga mertuanya sebenarnya. Dia merasakan dirinya lah menyebabkan Danish menjauhkan diri. Tidak pulang walaupun di saat yang paling malang terjadi di dalam keluarga ini. Ahh... rasa bersalah itu mengcengkam jiwanya lagi. Iman menoleh ke sebelahnya. Kelihatan Arrisya sedang nyenyak. Harap malam ini tidur kakaknya itu tak terganggu lagi. Biarlah kakaknya bangun saat kapal terbang ini sudah mendarat ke negara beratu nanti. Setelah sebulan di Malaysia dan kelihatan ayah mertuanya sudah pulih akhirnya Iman berkeputusan untuk pulang ke sini bagi menyambung pelajarannya yang tertinggal. Arrisya di bawa bersamanya dengan harapan gadis itu bisa memulakan hidup baru di sana nanti. Kalau tidak memulakan hidup baru pun harap berjauhan dari bumi Malaysia kini dapat mengubat hati Arrisya yang remuk itu. Cuma sebelum itu target utama Iman sekarang adalah untuk ke Kondo Danish dulu. Bersemuka dengan Danish. Bertanya kenapa lelaki itu tidak pulang? Itu yang penting sekarang. Melepaskan rasa bersalahnya...
P/S SORRY LAMBAT HANTAR KARYA... HOPE YOU ALL ENJOY WITH THIS N3...NANTIKAN EPISODE SETERUSNYA...LEBIH MENARIK
hye..baru je join sini..but ur writing rily attracted me..hehehe..rily nice..and makes me wanna read it more n more.. hey..keep up ur good work.. cite nih best..leh feel macam iman rasa..walaupun agak stereotaip ngan novel2 cinta nowadays, but it got something that interesting.. congrates.. cepat2 la post new entry ek..
sedihla plk...tp episod ni mcm x strong ckit..anyway good jobs!
Catat Ulasan
TINGGALKAN ULASAN DAN KOMEN, PADA SETIAP KARYA YANG ANDA BACA Penulis memerlukan ulasan dan komen, bagi memperbaiki penulisan dan memperbetulkan kesilapan. Komen dan ulasan anda akan memberi satu semangat kepada penulis, untuk terus menulis karya dan seterusnya menghasilkan karya yang menarik. Kerjasama & sokongan daripada pembaca amat kami hargai. Sebab itulah kami menyediakan HADIAH, sebagai penghargaan kepada penulis dan juga kepada pembaca yang aktif memberi komen & ulasan
"Dia
hidup bukan kerana cinta. Dia hidup kerana
kehadiran Prince Charming yang menyelamatkannya.
Semuanya gara-gara dia mengoyak Carta Prince
Charming—carta misteri yang tiada sesiapa tahu
dari mana datangnya. Yang pasti, memang dia
langsung tidak percaya dengan sumpahan yang
dikatakan berkaitan dengan Carta Prince
Charming.
"Sumpahan puteri? Kau ingat ini cerita dongeng
ke? Puteri apa yang nak sumpah aku ni? Puteri
bunian? Puteri lindungan bulan?”
Desakan daripada Sofea membawanya ke Kelab Bola
Sepak. Di situlah Prince Charming berkumpul.
Tetapi hanya seorang sahaja Prince Charming yang
dicari-carinya. Namun, untuk mencari Prince
Charming bukanlah mudah, namun dia yakin, antara
mereka, pasti salah seorang adalah penyelamatnya.
Orang tu pun satu! Dah selamatkan nyawa orang,
tak reti-reti ke nak munculkan diri? Bukan ke
lagi senang kalau datang berdiri depan aku dan
cakap, Sayalah yang selamatkan awak daripada
kena langgar semalam. Finish! Tak adalah nak
panjangkan cerita sampai beratus muka surat
semata-mata nak cari Prince Charming!
Tajuk:
Prince Charming
Penulis: Ratu Bulan
Terbitan: Fajar Pakeer
Harga:
RM19.90
Ulasan:
NOVEL
HANGAT DIPASARAN
Pertemuan
pertama memberi impak yang berbeza kepada dua insan. Maria
malu mengenang, sedang Hisyam mahu mendekat. Maria semakin
resah apabila Hisyam terus-terusan mendesak. Dalam benci
ada rindu. Bijak Hisyam memujuk, mereka akhirnya disatukan.
Salina hadir menjadi duri dalam daging. Bagi Hisyam, gadis
itu ialah sahabatnya yang terbaik. Insan paling dipercayai.
Namun, dalam diam, Salina meracuni hubungan mereka. Salina
ada agenda yang tersendiri.
Semakin hari, semakin nipis rasa percaya Maria terhadap
Hisyam. Namun, dia tidak mungkin menghindar rasa kasih
yang sudah menebal. Demi menunaikan permintaan Maria,
Hisyam tega melamar Salina walau ada luka di hati.
Sanggupkah Hisyam menduakan Maria yang pernah dicintai
sepenuh hati? Dan, Maria, mampukah membiarkan suami
tersayang jatuh ke tangan Salina? Atau, Mariakah orang
ketiga yang tidak lagi diperlukan kehadirannya oleh Hisyam?
Penulisan2u
sedang
berkerjasama dengan Penerbit Novel bagi memberi peluang kepada penulis-penulis berbakat dan karya yang menarik.
Antara novel yang sudah di terbitkan
2 Pengulas paling AKTIF dengan memberi komen yang ikhlas dan
membina, pada setiap karya cerpen / novel di penulisan2u akan
menerima hadiah sebuah NOVEL.
•
Creative Enterprise Sdn. Bhd., sedang mencari manuskrip kanak-kanak atau remaja. Ini kerana pihak kami ingin memperluaskan dan memperbanyakkan bahan bacaan untuk kanak-kanak dan remaja. Di samping itu kami juga ingin memupuk minat membaca dalam kalangan kanak-kanak dan remaja.
( klik disini
)
•Karyaseni Enterprise ingin memaklumankan
kepada anda yang berminat untuk menghantar manuskrip
anda kepada KS untuk penilaian, sila email kan
sinopsis dan tiga bab awal ke alamat email berikut:
Manuskrip@karyaseni.my
•KarnaDya Solutions Sdn
Bhd. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
hantarkan karya anda. Sebelum anda menghantarkan
manuskrip anda, sila hantarkan butiran berikut terlebih
dahulu melalui emel/pos. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•NB Kara Sdn Bhd dengan berbesar hati
menjemput mana-mana penulis yang merasakan diri mereka
layak menjadi penulis yang versatil, menghantar
manuskrip mereka kepada NB Kara Sdn Bhd. Tulisan anda
terlebih dahulu akan dinilai oleh penulis prolifik
Norhayati Berahim dan juga beberapa panel editor sebelum
diluluskan untuk terbitan.
(
klik disini )
•Jemari Seni Publishing. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
Untuk tujuan pengiriman manuskrip, JEMARI SENI telah
menggariskan panduan kepada penulis-penulisnya. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•
Alaf 21 Sdn Bhd. Tahun 2008 bakal menjanjikan sinar
kecemerlangan seandainya karya anda terpilih untuk
diterbitkan oleh Alaf 21, penerbit novel tersohor di
Malaysia.
Jika
anda mempunyai salah satu manuskrip tersebut, kami ingin
menatap dan menilainya. Sekiranya sesuai, pihak kami
ingin menerbitkannya di bawah jenama ALAF21.
( klik disini)
•
tip kehidupan, zodiak, horoskop, petua, tip, puisi,
pantun, sajak, dan pelbagai artikel menarik layari di
http://istimewa2u.blogspot.com
•
Blog Berkaitan agama, topik-topik tazkirah, audio, video
ceramah, mendengar 114 surah Al-quran secara online,
radio-radio dakwah, layari di
http://dakwah2u.blogspot.com
•
Blog Media, Tv streaming online, radio streaming online,
surat khabar, rakaman drama, radio era, hot.fm, tv1,
tv2,tv3 dan lain-lain. layari di
http://mymedia2u.blogspot.com
•
Blog Koleksi cerita lawak, lucu, kelakar dan video lawak,
lucu dan kelakar. layari di laman
http://kelakar2u.blogspot.com
•
Laman web
syarikat penerbit novel Creative
Enterprise Sdn Bhd (CESB). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.cesb.net.my
•
Laman web
syarikat penerbit
Kaki Novel
Enterprise. Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.kakinovel.com
•
Laman web
syarikat penerbit NB kara Sdn Bhd.
Dimiliki oleh penulis terkenal Norhayati Berahim, Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.nbkara.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit Buku Prima Sdn Bhd.
Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.bukuprima.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit novel
jemari Seni Publishing (JS Publishing). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.jemariseni.com
•
Laman web syarikat penerbit novel Alaf21 Sdn Bhd
(alaf21). Untuk melihat novel-novel terbaru dari Alaf21
layari di
http://www.alaf21.com.my
•
Laman web syarikat penerbit novel Fajar Pakeer Sdn Bhd). Untuk melihat novel-novel terbaru layari di
laman
http://www.fajarnovels.com.my
Kata Kunci
koleksi novel, koleksi novel
cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik,
novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen
cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru,
teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen
melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram,
cerita, cerita cinta, cerita pendek, cerita melayu, cerita online
Malaysia Group
Blog
Koleksi
Cerpen & Novel proudly powered by Blogger. Best display view 1024x768.
Google Inc
Koleksi Cerpen
& Novel dari Malaysia, Indonesia, Singapore & Brunei
mmm...yang ke-5 ni boring sikit tapi harap yg seterusnya lebih menarik