Kehidupan
adalah anugerah utama Illahi. Anugerah kehidupan memberi gambaran
kebesaranNya buat kita manusia, yang wajib kita syukuri dan hargai.
Internet adalah kemudahan buat umat manusia. Justeru itu,
manafaatkan ia untuk kesejahteraan diri kita dan umat sejagat.
Sentiasalah kita beringat, apa yang kita lakukan, akan dipertanggung
jawabkan pada kemudian hari.
Gunakan sebaik-baiknya kurnia Allah swt kepada kita. Halalkan
kegunaan akal, hati dan lidah pada perkara yang bakal membawa
kecemerlangan diri kita dunia dan akhirat. Kita hidup hanya sekali.
Sekali 'pergi' tak kan kembali. Buat baik berpada-pada, dan buat
jahat JANGAN sekali-kali. Kewujudan website penulisan2u dengan blog
sebagai wadah untuk meningkatkan nilai diri. Bermatlamatkan
penyatuan ummah dengan ciri-ciri kemurnian budi dan budaya. Walaupun,
dunia terus maju dengan teknologi, kita akan terus kekal dengan
akhlak dan jati diri insani.
"Mama..jauhnya sayang termenung?Ingatkan siapa tu?boleh papa tau?" sapaan lembut dari Azhan mengembalikan aku dari dunia khayalan ku. Tangan yang melingkar dibahu kusentuh lembut,secarit senyuman ku hulur buat kekasih hatiku kini. "tak ada apa..ma cuma terkenang masa kita dulu. Pa…terima kasih kerana beri peluang pada ma,maafkan ma sebab banyak lukakan hati papa" ada getar dalam suara ku di saat menuturkan kata maaf, setitis air jernih mengalir di sudut mata ku,wajah ku tundukkan memaku pandangan kekaki Azhan. "Sayang..kenapa ni..Pa dah lama lupakan hal dulu. Ma tahukan Pa betul-betul cintakan mama,pa tak pernah berdendam pada ma sayang…kenapa tiba-tiba ma teringat kisah lama ni..pa tak nak ma sedih macam ni. Ma,kasih pa pada mama seikhlas hati, lagipun pa juga ada salahkan? Sayang..anggaplah apa yang berlaku hanya dugaan cinta kita berdua. Jangan sedih lagi, ma kan good girl papa. Good girl dia tak nangis, dia selalu senyum. Senyum sikit good girl papa ni, lagipun kalau good girl papa tak senyum nanti baby keluar dia pun ikut macam mama dia suka cengeng" air mata ku diseka, dagu ku diangkat senyum ku hulur. Terasa beban yang kutanggung menjauh sedikit dari kamar hatiku. "Terima kasih papa.." sekali lagi air mata ku gugur,sebak di hati sukar ku usir. Entah kenapa setelah 3 tahun berlalu tetapi hati ku masih lagi diburu rasa bersalah tak bertepi. "Pa..kenapa pa sayang sangat ma? Pa tak rasa menyesal ke pilih mama? Pa tak nak jumpa mak ke? Ma rasa bersalah pa, sebab mama,pa dibuang keluarga, sebab ma…" pantas jari kasar itu menutup lembut bibir ku dari terus berkata-kata. Mata ku arah padanya, kepalanya digelengkan tanda aku tidak harus berkata-kata lagi. Ada duka dimata bening milik suami ku itu. "Ma..papa pernah cakap pada ma kan. Pa sanggup lakukan apa saja asalkan pa dapat miliki mama. Pa tak sanggup kehilangan mama untuk kesekian kalinya, cukuplah dulu pa hilang mama. Pa cukup derita dengan kehilangan itu mama. Pa derita ma….Mama insan yang paling papa sayang, terlalu papa cinta. Peluang yang ada tak mungkin papa lepaskan, penantian papa terbalas bila mama sudi terima papa, ma tahukan berapa lama papa tunggu mama. Mamalah segalanya pada papa. Papa tak pernah menyesali tindakan papa. Bagi pa inilah pengorbanan pa untuk cinta pa pada mama" Katanya sambil memeluk erat tubuhku. Setitis air matanya jatuh lembut dipundakku. " Looked! my baby boy, mesti menangis bila cakap tentang mak. Pa..kita jumpa mak? Ma tahu pa mesti rindu mak kan?" kata ku memujuk. " Pa..sebagai anak kita perlu mengalahkan..Lagipula,syurga seorang anak lelaki samada belum atau telah berkhawin masih lagi di bawah telapak kaki ibunya bukan isterinya, pa tahukan betapa besarnya darjat seorang ibu.." Kusambung bicara yang terhenti bila Azhan masih lagi kaku memeluk tubuhku, ku selitkan sedikit kata mengingatkan dia tentang besarnya tanggungjawabnya kepada ibu berbanding diriku yang hanya isteri dunia yang entahkan bakal bertemu diakhirat entahkan tidak. Sayu hatiku melihat kesungguhannya terhadap diriku. Aku tahu kekasih hati ku ini sarat dengan rindu pada ibunya, tapi kerana ingin melindungi aku dia sanggup pendamkan perasaannya. Disebabkan perkara ini lah sepanjang tempoh kami melayari bahtera perkahwinan hati ku sentiasa di bayangi rasa bersalah. Aku merasa yang aku telah merampas kasih seorang anak dari seorang ibu. Terfikir oleh benak ku, bagaimana andai satu hari nanti anak yang ku kandung sembilan bulan 10 hari, anak yang ku belai, yang ku beri kasih sayang, yang ku tatang bagai minyak yang penuh tiba-tiba diambil orang. Perasaan bersalah itu semakin mencengkam diri apatah lagi kini buah cinta kami yang pertama sedang membenih di dalam rahim ku. Aku takut andai satu hari nanti anak ku pula dirampas kasih sayangnya dari aku. Sungguh aku tak mampu untuk menghadapi andai ia menjadi satu kenyataan. " Tapi ma…pa tak sanggup tengok mama diketepikan, dihina, dikeji, diherdik. Ma insan yang papa sayang, mak pula insan yang paling pa sanjung tinggi. Pa tak sanggup untuk melukakan kedua hati wanita yang penting dalam hidup papa..ma fahamkan sayang. Pa dah janji pada ma yang pa tak akan benarkan sesiapa pun menyakiti hati mama. Pa tak mungkin mungkiri janji yang pa buat" terlihat jelas kerinduan dari nada suara suamiku, walaupun yang terucap adalah kata untuk mempertahankan ku, tetapi sebagai isteri aku tahu persis suamiku amat merindui ibunya. Rambutnya ku usap perlahan, pipinya ku cium dengan segumpal kasih sayang, penuh hati-hati ku tutur bicara bimbang kata-kata bakal mengguris hatinya. " Ma faham sayang...Pa jumpa mak sendirian, ma tak ikut. Ma tahu mak masih marah pada kita, tapi mak tak pernah membenci mama apatah lagi papa. Pa pujuklah mak ye. Kalau sungguh pa sayangkan mama, pa baliklah rumah mak, pa pujuk mak. Ma akan terus memohon kepada-Nya agar dibukakan hati mak untuk menerima ma sebagai menantu di dalam keluarga papa. Lagi satu, jangan lupa khabarkan pada mak yang dia bakal menjadi granny, walaupun mungkin kehadiran cucunya ini tidak diharapkan" di hujung kata ku, aku terisak sendiri, sayu hati ini bila mengingati yang aku ini tidak dianggap sebahagian dari keluarga Azhan, sedangkan keluarga ku dengan mudah menerima kembali kehadiran suami ku dalam kelompok keluarga kami. " sayang…" tak terluah kata-kata, hanya tubuhku di dakap kejap. Akhirnya kami sama-sama menangis. Aku bersyukur kerna dikurniakan suami sebaik Azhan. Terima kasih ya Allah dengan limpahan kurnia mu kepada ku, walaupun aku kurang kasih dari ibu mertua ku, tapi aku mewah dengan kasih sayang dari suami ku. Lama kami berdakapan. Azhan melepas pelukan, mukaku dipegang dengan kedua belah telapak tanganya, terasa hangat disitu " Ma tahu tak, kerana sifat pemaaf mama ni lah yang buat papa jatuh hati pada mama. Ma tak pernah berdendam pada siapa pun walaupun orang tu telah menyakiti mama dan papa juga pernah melukakan hati mama. Papa bangga punya isteri sebaik mama, pa bahagia punya suri hati seperti mama" setelah puas menangis akhirnya suamiku bersuara. Aku tersenyum memandang wajahnya. Jelas jalur keikhlasan dari sinar matanya. " Terima kasih sayang…dan pa tahu kenapa ma sayang papa? Sebab papa mama ni sangat penyabar melayan kerenah mama and selalu manjakan mama, tak pernah jemu menanti mama. Thank you so much dear!! And I love you with all my heart" sekali lagi aku diraih kedalam pelukan. Aku larut dalam kasih sayangnya. Dalam hati ku berdoa agar kasih kami berkekalan walau beribu rintangan yang menjadi penghalang.
Perut ku di usap perlahan, Azhan suka sekali berbicara dengan anak di dalam kandungan ku. Setiap malam dia tak pernah lupa membacakan ayat-ayat suci buat si kecil. Kadangkala perutku di letakkan earphone, dibukakan surah Yassin, baik untuk bayi katanya, aku senang dengan perhatian dan kasih sayang Azhan buat ku. Syukur ku panjatkan kerana akhirnya impian ku sejak aku tahu apa erti keluarga telah dijadikan kenyataan.
Sejak usia ku sembilan (9) tahun disaat aku sangat perlukan seorang bapa, diwaktu corak hidupku baru ingin bermula aku telah dipisahkan dari ayah, setiap kali soalan tentang ayah ku hamburkan mak hanya beri jawapan ayah kerja jauh, ayah outstation, ayah banyak kerja sebab nak belikan kakak mainan, sebagai kanak-kanak apalah yang aku tahu kala itu. Segala jawapan yang sebenarnya alasan dari mak aku terima sepenuhnya tanpa ada rasa ragu. Usia ku berinjak sebelas (11) tahun ayah kembali semula, waktu itu aku mula mengerti yang ayah tidak lagi bersama mak. Aku pernah terdengar perbualan antara mak dan tok nani, mak sedih kerana ayah tidak jujur padanya, ayah 'makan luar', apalah yang aku faham dengan maksud 'makan luar' waktu itu. Tapi dari perbualan mereka aku dapat merasakan sesuatu berlaku antara mak dan ayah, dan yang pasti mak tak mungkin menangis jika tidak kerana terluka. Sejak dari itu hati itu aku mula memasang angan, aku inginkan keluarga ku semula. Semasa hari jadi ku yang ke dua belas (12) aku bermohon pada Allah s.w.t, aku ingin hadiah hari jadiku adalah keluarga ku semula walau hanya sehari cuma. Tenyata permintaan ku dimakbulkan, tetapi aku mula sedar yang antara mak dan ayah telah tiada sayang dihati mereka. Mak dan ayah hanya berbaik kerana kami, kerana aku dan adik lelaki ku Qalid Uwais. Mereka tidak mahu kerana kepincangan keluarga kami aku dan Uwais kehilangan kasih sayang.
Aku beranjak sebagai gadis remaja, jiwa ku memberontak. Aku mula faham apa itu 'makan luar', sedikit demi sedikit perasaan benci pada ayah bercambah, aku benci dengan semua lelaki. Bagi ku lelaki semua sama seperti ayah. Aku kecewa, aku rasa terluka, tertipu, segala yang berlaku sewaktu umur ku mentah bagai wayang gambar berputar di depan ku tatkala ayah datang menemui aku dan Uwais. Sesekali aku terasa ingin meluahkan semua kebencian dalam hati ini pada ayah, namun aku tiada daya,aku tahu batas seorang anak. Aku tidak punya hak mengadilinya. Walaubagaimana pun perasaan benci tidak mudah ku kikis, semakin hari semakin mengurung sebati dalam jiwa. Aku tidak punya kenalan yang yang berlawanan jantina, jika ada mereka hanyalah musuh bagi ku. Aku menjadi terlalu pesimis dengan kaum ini. Sedikit demi sedikit aku menjauhkan diri dari ayah, terasa perasaan ku berbuku setiap kali aku perlu berjumpa ayah. Sebulan sekali ayah akan datang rumah Tok Nani untuk memberi duit nafkah aku dan Uwais, dan setiap kali itu juga aku sering mencari alasan supaya tidak bertemu ayah. Puas sudah mak dan tok Nani memujuk, tapi aku masih tetap berkeras bagiku tanpa dia aku masih boleh hidup. Aku masih punya mak yang mampu membesarkan aku dan Uwais. Ayah telah membuat hidup ku tak keruan, aku malu setiap kali ada pertanyaan berkaitan ibu bapa. Aku malu bila ada yang tahu mak dan ayah ku tidak lagi sebumbung terasa diri kerdil melihat keluarga mereka. Sungguh aku merasakan yang aku ini kekurangan berbanding teman-teman lain. Pedihnya melalui zaman remaja sebagai anak 'broken home'. Pelbagai andaian bisa diunjuk kepada ku, mungkin sahaja anak tidak cukup didikan, anak liar atau apa saja yang buruk mereka boleh julukkan kepada ku. Oleh kerana pahitnya aku melalui zaman remaja ku maka aku menyimpan angan, menyimpan cita-cita jika dewasa kelak keluarga bahagia adalah perancangan ku untuk anak-anak ku. Sama sekali tak mungkin aku benarkan anak ku melalui duka yang pernah ku alami. Sungguh aku berjanji!!
boleh x guna panggilan sayang je.. ni sekejap mama,sekejap sayang.belit-belit. apa-apa pun penggunaan tatabahasa yang baik
Catat Ulasan
TINGGALKAN ULASAN DAN KOMEN, PADA SETIAP KARYA YANG ANDA BACA Penulis memerlukan ulasan dan komen, bagi memperbaiki penulisan dan memperbetulkan kesilapan. Komen dan ulasan anda akan memberi satu semangat kepada penulis, untuk terus menulis karya dan seterusnya menghasilkan karya yang menarik. Kerjasama & sokongan daripada pembaca amat kami hargai. Sebab itulah kami menyediakan HADIAH, sebagai penghargaan kepada penulis dan juga kepada pembaca yang aktif memberi komen & ulasan
"Dia
hidup bukan kerana cinta. Dia hidup kerana
kehadiran Prince Charming yang menyelamatkannya.
Semuanya gara-gara dia mengoyak Carta Prince
Charming—carta misteri yang tiada sesiapa tahu
dari mana datangnya. Yang pasti, memang dia
langsung tidak percaya dengan sumpahan yang
dikatakan berkaitan dengan Carta Prince
Charming.
"Sumpahan puteri? Kau ingat ini cerita dongeng
ke? Puteri apa yang nak sumpah aku ni? Puteri
bunian? Puteri lindungan bulan?”
Desakan daripada Sofea membawanya ke Kelab Bola
Sepak. Di situlah Prince Charming berkumpul.
Tetapi hanya seorang sahaja Prince Charming yang
dicari-carinya. Namun, untuk mencari Prince
Charming bukanlah mudah, namun dia yakin, antara
mereka, pasti salah seorang adalah penyelamatnya.
Orang tu pun satu! Dah selamatkan nyawa orang,
tak reti-reti ke nak munculkan diri? Bukan ke
lagi senang kalau datang berdiri depan aku dan
cakap, Sayalah yang selamatkan awak daripada
kena langgar semalam. Finish! Tak adalah nak
panjangkan cerita sampai beratus muka surat
semata-mata nak cari Prince Charming!
Tajuk:
Prince Charming
Penulis: Ratu Bulan
Terbitan: Fajar Pakeer
Harga:
RM19.90
Ulasan:
NOVEL
HANGAT DIPASARAN
Pertemuan
pertama memberi impak yang berbeza kepada dua insan. Maria
malu mengenang, sedang Hisyam mahu mendekat. Maria semakin
resah apabila Hisyam terus-terusan mendesak. Dalam benci
ada rindu. Bijak Hisyam memujuk, mereka akhirnya disatukan.
Salina hadir menjadi duri dalam daging. Bagi Hisyam, gadis
itu ialah sahabatnya yang terbaik. Insan paling dipercayai.
Namun, dalam diam, Salina meracuni hubungan mereka. Salina
ada agenda yang tersendiri.
Semakin hari, semakin nipis rasa percaya Maria terhadap
Hisyam. Namun, dia tidak mungkin menghindar rasa kasih
yang sudah menebal. Demi menunaikan permintaan Maria,
Hisyam tega melamar Salina walau ada luka di hati.
Sanggupkah Hisyam menduakan Maria yang pernah dicintai
sepenuh hati? Dan, Maria, mampukah membiarkan suami
tersayang jatuh ke tangan Salina? Atau, Mariakah orang
ketiga yang tidak lagi diperlukan kehadirannya oleh Hisyam?
Penulisan2u
sedang
berkerjasama dengan Penerbit Novel bagi memberi peluang kepada penulis-penulis berbakat dan karya yang menarik.
Antara novel yang sudah di terbitkan
2 Pengulas paling AKTIF dengan memberi komen yang ikhlas dan
membina, pada setiap karya cerpen / novel di penulisan2u akan
menerima hadiah sebuah NOVEL.
•
Creative Enterprise Sdn. Bhd., sedang mencari manuskrip kanak-kanak atau remaja. Ini kerana pihak kami ingin memperluaskan dan memperbanyakkan bahan bacaan untuk kanak-kanak dan remaja. Di samping itu kami juga ingin memupuk minat membaca dalam kalangan kanak-kanak dan remaja.
( klik disini
)
•Karyaseni Enterprise ingin memaklumankan
kepada anda yang berminat untuk menghantar manuskrip
anda kepada KS untuk penilaian, sila email kan
sinopsis dan tiga bab awal ke alamat email berikut:
Manuskrip@karyaseni.my
•KarnaDya Solutions Sdn
Bhd. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
hantarkan karya anda. Sebelum anda menghantarkan
manuskrip anda, sila hantarkan butiran berikut terlebih
dahulu melalui emel/pos. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•NB Kara Sdn Bhd dengan berbesar hati
menjemput mana-mana penulis yang merasakan diri mereka
layak menjadi penulis yang versatil, menghantar
manuskrip mereka kepada NB Kara Sdn Bhd. Tulisan anda
terlebih dahulu akan dinilai oleh penulis prolifik
Norhayati Berahim dan juga beberapa panel editor sebelum
diluluskan untuk terbitan.
(
klik disini )
•Jemari Seni Publishing. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
Untuk tujuan pengiriman manuskrip, JEMARI SENI telah
menggariskan panduan kepada penulis-penulisnya. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•
Alaf 21 Sdn Bhd. Tahun 2008 bakal menjanjikan sinar
kecemerlangan seandainya karya anda terpilih untuk
diterbitkan oleh Alaf 21, penerbit novel tersohor di
Malaysia.
Jika
anda mempunyai salah satu manuskrip tersebut, kami ingin
menatap dan menilainya. Sekiranya sesuai, pihak kami
ingin menerbitkannya di bawah jenama ALAF21.
( klik disini)
•
tip kehidupan, zodiak, horoskop, petua, tip, puisi,
pantun, sajak, dan pelbagai artikel menarik layari di
http://istimewa2u.blogspot.com
•
Blog Berkaitan agama, topik-topik tazkirah, audio, video
ceramah, mendengar 114 surah Al-quran secara online,
radio-radio dakwah, layari di
http://dakwah2u.blogspot.com
•
Blog Media, Tv streaming online, radio streaming online,
surat khabar, rakaman drama, radio era, hot.fm, tv1,
tv2,tv3 dan lain-lain. layari di
http://mymedia2u.blogspot.com
•
Blog Koleksi cerita lawak, lucu, kelakar dan video lawak,
lucu dan kelakar. layari di laman
http://kelakar2u.blogspot.com
•
Laman web
syarikat penerbit novel Creative
Enterprise Sdn Bhd (CESB). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.cesb.net.my
•
Laman web
syarikat penerbit
Kaki Novel
Enterprise. Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.kakinovel.com
•
Laman web
syarikat penerbit NB kara Sdn Bhd.
Dimiliki oleh penulis terkenal Norhayati Berahim, Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.nbkara.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit Buku Prima Sdn Bhd.
Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.bukuprima.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit novel
jemari Seni Publishing (JS Publishing). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.jemariseni.com
•
Laman web syarikat penerbit novel Alaf21 Sdn Bhd
(alaf21). Untuk melihat novel-novel terbaru dari Alaf21
layari di
http://www.alaf21.com.my
•
Laman web syarikat penerbit novel Fajar Pakeer Sdn Bhd). Untuk melihat novel-novel terbaru layari di
laman
http://www.fajarnovels.com.my
Kata Kunci
koleksi novel, koleksi novel
cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik,
novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen
cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru,
teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen
melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram,
cerita, cerita cinta, cerita pendek, cerita melayu, cerita online
Malaysia Group
Blog
Koleksi
Cerpen & Novel proudly powered by Blogger. Best display view 1024x768.
Google Inc
Koleksi Cerpen
& Novel dari Malaysia, Indonesia, Singapore & Brunei
boleh x guna panggilan sayang je..
ni sekejap mama,sekejap sayang.belit-belit.
apa-apa pun penggunaan tatabahasa yang baik