BLOG KOLEKSI CERPEN , NOVEL & CERITA ONLINE

   LAMAN UTAMA  | KOLEKSI CERPEN  | KOLEKSI NOVEL  | HANTAR KARYA | HANTAR PESANAN | AJAK KAWAN | BUAT PERMINTAAN LAGU | IKUTI BLOG INI | FACEBOOK

      Radio Online

 

klik "STOP" untuk hentikan siaran radio. Semoga terhibur.

  Koleksi Cerpen 

Jika itu takdirNya

Takdir milik Allah

Disini mawar disana penawar

Bidadari cinta

Awekku gengster nyerr

Black vs white

Aku dan dia

Memang berbaloi

Best friend not boy friend, Nyah

Beda tipis

Aku tidak bernyawa lagi

Roommate yg romantik II

Loves comes around

Hati

Cinta remaja

Kasih anak

Selamat tinggal luqman

Kerana dia ayahku

Terima kasih cinta

Aku kan ader

Nilai sebuah persahabatan

Hanya kau

Mahakarya agung sebuah kemerdekaan

Kerana umar adha

Biarkan cinta itu pergi

1 Disember

Diari seorang lelaki

Sebuah memori

Suci nur kasih

Badai cinta pertama

Ceritera aku dan dia

Ku bawa memori itu

Darul Taqwa & dato Dr Johar

Kau boleh blah!!

My miss nanny

Seandainya ku tahu

Diari hati firdaus

Mimpi yang pasti

Sampai syurga

Memang ku cinta

Unsaid?

Cinta lagi?

Cinta bukan jaminan

Cinta hakiki

Aku, dia dan pantai

Bisikan hati

Selamanya Sarah

Peeya dan payus lagilah

Hikmah perpisahan II

Dia

Cinta dalam diam

Kata terakhir darimu is love u

Aku bukan siapa-siapa

Aril & Akim

Kalau ku turutkan kata hati

Minah skuter

Jadilah seperti aku

Privite investigator putput

Gadis kebaya putih

Isteriku

Adam II

Misteri tengah malam

Dollah loves joyah

Biarku sentuh cintamu

Lifetimes lover

Saat itu

Hanya dirimu

Kasih famili

Mulanya disini

Ikatan kasih

Dan akhirnya

Kembalilah sayang

Pelangi anganku musnah

Cinta dalam hati

Pergi tak kembali

Adakah dia milikku

Pungguk dan bulan

Cinta terlarang

Cintaku di RNR tapah

Lisa

Kasih aini hidayah

Kantoi, jodoh atau kebetulan

Adakah cinta bukan milikku

Kuning vs ungu

Pelangi cinta

Adam

Biarlah rahsia

Achmad firdaus

Jalan berliku

Rintihan kekasih

Namaku Aishah

Zani pencuri rambutan

Nur hawa balqis

Itu sudah takdirnya

You are my boss

Cinta

Antara 2 cinta

Tragedi zam & chom

Benang merah di-fa

Terima kasih sayang

Jiwa-jiwa luka

Taqdir cinta kita

Cintaku selamannya

1 hari aku jatuh cinta

Biarku sentuh cintamu

Aku dan kimi = cinta atau tidak?

Cincin untuk Aisyah

Kenapa begini jadinya

Cinta, i need you

Lakaran cinta abadi

Cioccolato Caldo

Tragedi lombong lama

Yang sebenarnya

Ketuk pintu hati

Dia masih sayang

Teman

Cinta untukmu

Adil fitri

Kau, aku & mereka gila

Hikmah perkahwinan

Mengenangmu

Mungkin Nanti

Mencintainya

Cinta si pengesek biola

Maafkan aku luftan hafiy

Kasih

Hanya itu yang ku mahu

Bermulanya diari cintaku

Menantu untuk mama

Sumpah itu hantu

Diari lukisan

Cinta gila

Romantik

Cintaku, dia dia kamu

Kau atau dia

Indahnya cinta maya

Seseorang itu

Nur alia natasya

Mamat disperate

Mencari jannah

Cukup sekadar disini

Sebuah memori

Keras dan lembut

Katak oh katak

Hacks 1437

Dialah suamiku

Selamat tinggal kawan terbaik

Pandangan matanya

Kerana mobil

Dia tunanganku

Maria dan azri

Aku terperasan je

Blind date

Roda hidup

Kasihku seputih salju

Wanginya bunga kantan

Mahligai rindu

Aku, dulu, kini dan selamannya

Prinsip cinta aina

Ikan emas, jom kawen

Man in black vs Dona karen penang

Cubit peha kiri

Bantal busuk

Hujan

Maafkan daku

Tombol pintu hidayah III

Gara-gara G

Diari seorang member

 

Klik disini untuk keseluruhan koleksi cerpen....

Novel Bersiri
      Novel pilihan

sinopsis klik pada gambar

      Novel Di Pasaran

Kenangan Terindah - Hezzy Azra

Serasi di hati - Nora Ismail

Nama aku N - Aina Emir

Bunga Syurga - Anita Aruszi

Episod cinta luka - Fateen Najwa

Sandaran kasih - Aini Marisha

Fitrah kasih - Ilani Mysara

Bukan yg pertama - Salina Ibrahim

Ternyata cinta - Damya Hanna

Selagi ada dia - Aisya Sofea

Kembalikan cintaku - Norhayati NB

Warna hati - Meen Zulaikha

Seribu kali sayang - Anis Ayuni

Menanti kasih - Norzailina nordin

Cahaya - Nura zulaikha

Dakapan cinta - Eny Ryhanna

Hanya kita berdua - Aina emir

Ku Utus Rindu - Intan Arnida

Usikan rindu - Qaira Qasidah

Segalanya untukmu - A.Anessa

 

Dapatkan dikedai berhampiran anda

      html banner

klik di bawah dan "paste" ke dalam website, homepage, blog, friendster, myspace anda

 

      Jumlah Pelawat

      Untuk Anda

 

  Kehidupan adalah anugerah utama Illahi. Anugerah kehidupan memberi gambaran kebesaranNya buat kita manusia, yang wajib kita syukuri dan hargai. Internet adalah kemudahan buat umat manusia. Justeru itu, manafaatkan ia untuk kesejahteraan diri kita dan umat sejagat. Sentiasalah kita beringat, apa yang kita lakukan, akan dipertanggung jawabkan pada kemudian hari.

  Gunakan sebaik-baiknya kurnia Allah swt kepada kita. Halalkan kegunaan akal, hati dan lidah pada perkara yang bakal membawa kecemerlangan diri kita dunia dan akhirat. Kita hidup hanya sekali. Sekali 'pergi' tak kan kembali. Buat baik berpada-pada, dan buat jahat JANGAN sekali-kali. Kewujudan website penulisan2u dengan blog sebagai wadah untuk meningkatkan nilai diri. Bermatlamatkan penyatuan ummah dengan ciri-ciri kemurnian budi dan budaya. Walaupun, dunia terus maju dengan teknologi, kita akan terus kekal dengan akhlak dan jati diri insani. 

 

PERCUMA KARYA CERPEN, NOVEL, CERITA TERBARU DAN AKAN DATANG DARI PIHAK KAMI TERUS KE EMAIL ANDA. MASUKKAN EMAIL ANDA:-

 

email:

 

Rabu, Disember 31, 2008
Novel : Hyperzia 4
Nama Pena : Kronika

Bab 8 : Muslihat Red Level

2015 adalah tahun getir bagi penduduk bumi. Manusia berkerutunan Aramus semakin ramai yang menonjolkan diri. Mereka terdiri dari dua fahaman yang berlainan. Pro-Chaos dan Anti Chaos. Pro-Chaos adalah golongan yang menyokong Raja Chaos di zaman kegemilangan Aramus satu ketika dulu dengan pemerintahan yang bersikap terbuka dengan dunia luar manakala Anti-Chaos pula golongan yang tidak menyokong dasar luar Raja Chaos sekaligus menyalahkan Raja Chaos dalam malapetakan yang menimpa Aramus dan separuh dari dunia ini suatu ketika dahulu . Pergolakan antara mereka sudah cukup menimbulkan huru hara di dunia yang serba moden ini. Ditambah pula dengan ramalan purba Aramus yang mengatakan sesuatu dari luar bumi akan memusnahkan semua hidupan di bumi demi mencari sesuatu yang asalnya milik mereka.
Golongan Anti-Chaos bersedia mengabdikan diri kepada tetamu dari luar bumi itu dengan harapan tidak dibunuh oleh mereka. Manakala Pro-Chaos sedia mengorbankan diri untuk mempertahankan bumi dari diceroboh oleh makhluk lain.
Hanya waris Raja Chaos dan Panglima Sonjasa (pemberontak di zaman Raja Chaos) saja yang mampu memberi saingan di hujung perjuangan penduduk bumi nanti. Siapakah kedua-dua waris itu? Mampukah mereka berdua bersatu walaupun dari fahaman yang berlainan dalam keturunan Aramus?
Sophia, Ima dan Zaitun Sudah mengetahui kebenaran yang selama ini berselirat di pemikiran mereka. Rakan sekelas mereka yang mereka kenali sebagai seorang gadis yang lemah lembut dan langsung tidak mempunyai ciri-ciri kesatria seperti mereka sebenarnya adalah penyelamat ketika pertempuran di menara Guan Teak Lim tidak lama dahulu. Terperanjat besar mereka apabila Noor hanya mengambil masa sepuluh minit untuk menghentikan ribut yang melanda Bandar Metropolitan Sungai Buloh bertepatan dengan jangkamasa yang Noor janjikan. Kawalan Tenaga Sejagat asas angin yang di kuasai oleh Noor antara yang terhebat pernah disaksikan oleh mereka bertiga. Dimaklumkan oleh mereka bertiga selepas kejadian ribut itu, Noor hanya menggunakan separuh kekuatan asas anginnya untuk menghadapi ribut itu.
Ini bermakna Noor begitu hebat untuk mereka bayangkan. Orang kuat kumpulan jenayah Red Level bergelar elius yang berjaya menundukkan Sophia sangat mudah ditewaskan oleh Noor di menara Guan Tek Lim. Walhal Sophia memiliki Kawalan Tenaga Sejagat yang paling ampuh di antara mereka bertiga.
Identiti Noor sebagai seorang berketurunan Aramus bagaimanapun hanya Sophia, Ima dan Zaitun yang tahu. Noor meminta supaya identitinya tidak didedahkan kerana dia adalah anak kepada Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohd. Jafri. Lagipun segala rahsia bapanya yang merupakan pemimpin tertinggi kumpulan Red Level sudah di dedahkan oleh Noor kepada tiga rakannya yang di beri gelaran 'Dashing Doll' oleh orang ramai gara-gara insiden rompakan oleh kumpulan Red Level di heaven Square dahulu.
Kini Noor hanya menjadi bantuan sokongan tidak rasmi kepada Dashing Doll sekiranya Dashing Doll memerlukan bantuan. Identiti Noor tidak didedahkan kepada pihak polis atas permintaan Noor sendiri. Manusia berketurunan Aramus dari seluruh pelusuk benua yang selama ini mendiamkan diri kini sudah mula sedar dan mungkin akan menonjolkan diri kerana ramalan purba tamadun Aramus yang mengatakan bencana dari luar bumi akan bermula apabila ramai keturunan Aramus muncul dan bertempur menggunakan Kawalan Tenaga Sejagat.
Bagi mereka yang berdarah Aramus, mereka tidak menyalahkan siapa yang memulakan pertempuran kerana mereka yakin benda itu sudah termaktub dalam ramalan purba Aramus. Segala kata-kata ahli nujum generasi akhir zaman pemerintahan tamadun Aramus akan lebih diyakini oleh segelintir mereka yang kurang percaya sekiranya ada tanda-tanda kewujudan makhluk dari angkasa suatu hari nanti.

Bandar Metropolitan Sungai Buloh...

Keadaan semasa kini begitu heboh dengan Kemunculan seorang lagi manusia ajaib yang baru semalam berjaya menghentikan ribut yang hampir melumpuhkan Bandar Metropolitan Sungai Buloh. Ramai yang perasan kelibat manusia itu di udara semasa ribut melanda. Media hari ini banyak menulis tentang pengalaman penduduk yang menyaksikan kehebatan manusia ajaib itu. Ada yang cuba mengagak identitinya dan macam-macam cerita tentangnya diterbitkan hampir di semua suratkhabar dan televisyen. Kebanyakan saksi mengatakan ianya adalah seorang gadis, bertubuh kecil, dan yang paling mengejutkan orang ramai ialah gadis itu bertudung! Bererti dia adalah seorang muslim. Yang menjadi persoalan kepada orang ramai sekarang ialah, apakah jenis ilmu yang digunakan oleh mereka itu? Tiga wirawati 'Dashing Doll' juga beragama islam. Adakah mereka menggunakan Ilmu hitam atau ilmu yang bertentangan dengan ajaran agama. Itu yang menjadi antara buah mulut rakyat Malaysia Raya dan masyarakat islam amnya.

Sungai Buloh : Ribut 'terjah' yang telah memusnahkan bandar kepong dan sebahagian besar Damansara yang menyaksikan korban terkini memcecah hampir 1200 nyawa hampir juga melenyapkan Bandar Metropolitan Sungai Buloh semalam dalam siri kejadian ribut terburuk pernah berlaku dalam sejarah Malaysia Raya. Namun ribut itu lenyap sebelum ia meratah seluruh bangunan di pusat bandar yang diiktiraf paling moden di dunia itu.
Lenyapnya ribut itu secara tiba-tiba telah menjadi tanda tanya kepada pakar kaji cuaca dalam dan luar negara sehingga ianya terjawab dengan tampilnya ramai saksi yang merupakan penduduk Bandar Metropolitan Sungai Buloh sendiri yang memberi keterangan kepada pihak media mengatakan ianya ada kaitan dengan seorang gadis bertudung yang dilihat berada di tengah-tengah ribut yang terjadi tengahari semalam. Gadis itu....

"Wah! Top lah kau lepas ni Noor. Semua suratkhabar cerita pasal kau je... Kau tengok tajuk ni... 'Siapakah gadis hebat itu?'... 'Benarkah dia gadis bertudung?'... 'Gadis bertudung wirawati baru selepas Dashing Doll'... wah...tenggelam cerita kita orang bertiga. Kau yang menguasai akhbar hari ni." Sophia membelek-belek suratkhabar yang baru dibelinya pagi tadi. Hari ini diumumkan cuti umum bagi semua sekolah daerah Sungai Buloh akibat ribut yang melanda semalam. Semua pelajar Sekolah Menengah Sains Malaysia Raya, Sungai buloh hadir ke sekolah hari ini untuk membantu guru-guru dan sukarelawan bagi membaik pulih sekolah mereka yang mengalami sedikit kerosakan.
Pukul 10.00 pagi kebanyakan pelajar, guru-guru dan sukarelawan berhenti rehat sebentar sebelum menyambung kembali kerja-kerja membaik pulih. Makanan dan minuman disediakan oleh PIBG sekolah. Sophia, Ima dan Zaitun serta Noor berehat di bawah astaka yang mereka dirikan kembali setelah roboh dipukul ribut. mereka sedang khusyuk membaca suratkhabar yang sophia beli dari satu-satunya kedai yang menjalankan operasi sepanjang jalan dari rumahnya ke sekolah. Noor masih lagi kelihatan seperti dulu. Masih mengekalkan identitinya sebagai gadis yang lemah lembut dan bersopan santun. Dia yang duduk ditengah-tengah tiga rakannya menjadi bahan pujian.
"Noor, Aku tak sangka betul lah... perempuan yang lembik macam kau ni sebenarnya ada kuasa yang sangat hebat dan pandai bertarung. Aku betul-betul rasa macam mimpi tengok transformasi kau semalam. T-shirt putih dan seluar jeans yang kau pakai semalam tu memang kau hari-hari jadi pakaian dalam kau ke?" Tanya Zaitun yang sambil menarik kolar baju sukan yang Noor pakai hari itu.
"Semenjak kau orang jadi 'Dashing Doll' dan bertugas sebagai pasukan khas polis simpanan persekutuan. Sengaja aku bersiap sedia takut kau orang memerlukan bantuan. Kebetulan pulak korang bertarung dengan seseorang yang aku kenal, orang kanan bapak aku. Aku sedar lawan korang masa tu mungkin tak dapat korang atasi." Noor menjelaskan tentang kostum wira yang digunakannya.
"Tapi aku betul-betuk 'impress' tengok kasut sekolah kau tiba-tiba tumbuh tumit tinggi. Macamana kau buat ye? boleh aku tiru nanti." Sophia pula mencelah.
"Tu semua adalah dari kawalan tenaga aku. Semua benda yang bersentuhan dengan badan aku boleh aku kawal bentuknya. Macam sarung tangan aku tu, sebenarnya dua helai kain hitam tebal dalam kocek aku. apabila aku seluk tangan aku dalam kocek ianya dengan sendiri akan membalut tangan aku sampai paras siku. Korang kena ada Kawalan Tenaga Sejagat Asas Angin untuk buat semua itu." Jelas Noor kepada rakan-rakannya. Sophia, Ima dan Zaitun mendengar dengan penuh perhatian sambil mengangguk-angguk kecil.
"Boleh kau terangkan sedikit tentang Kawalan Tenaga Sejagat Asas Angin kau tu? Nampaknya ia paling hebat pernah aku lihat." Ima meminta dengan penuh harapan sambil Sophia melipat suratkhabar yang mereka belek dengan harapan dapat mendengar penjelasan Noor tentang Kawalan Tenaga Sejagatnya.
"Ok... se..." Noor tak dapat meneruskan. seseorang telah memotong kata-katanya.
"Sebenarnya Kawalan Tenaga Sejagat Asas Angin adalah antara asas yang paling hebat dalam semua Kawalan Tenaga Sejagat milik keturunan Aramus. Raja Chaos iaitu raja Aramus terakhir pernah menggunakan asas ini sebelum dia beralih menguasai asas lain yang lebih hebat. ianya terbahagi kepada lima bahagian semuanya. Bahagian terakhirnya bergelar 'Pertualangan Ribut syurga' menghasilkan kekuatan berpuluh-puluh kali ganda tenaga tolakan angin dari ribut yang berlaku semalam dan boleh dikawal serta dimanipulasikan. Sesetengah Kawalan Tenaga Sejagat hanya bergantung kepada satu atau dua faktor samada kekuatan momentum, kepantasan gerakan atau ketepatan sasaran serta kebolehan melancarkan kuasa berulang kali dalam waktu yang lama. Contohnya, Asas Kilat Sophia walaupun kuat tetapi tetap mementingkan kepantasan dalam setiap tahap. Asas Besi milik aku pula walaupun cukup pantas tetapi pada setiap tahap, kekuatan serangan yang banyak meningkat. Begitu juga Ima, Walaupun kekuatan dan kepantasan hayunan 'Nuclear Stick' tidak boleh disangkal lagi, tetapi setiap tahap kuasa asas Magnet lebih meningkatkan ketepatan sasaran serangan. Ini bermakna Ima lebih sesuai berdepan dengan lebih dari dua orang musuh sekali gus. Dia boleh menyerang tepat mana-mana sasaran yang dia kehendaki walaupun sasarannya itu sebesar butiran pasir pantai. Berbeza dengan asas angin milik Noor yang memiliki kesemua faktor kepantasan gerakan, kekuatan momentum, ketepatan sasaran dan penyimpanan tenaga yang berkekalan. 'Selembut Bayu, seindah daunan melambai, sekekal udara, sepantas ribut dan sekejam taufan'. Sekian terima kasih." Zaitun sedikit tersenyum selepas mengakhiri kata-katanya. Nampaknya banyak yang Zaitun tahu tentang Asas Angin milik Noor.
Melopong Sophia, Ima dan Noor mendengar penjelasan Ima.
"mana kau ta.."
"Atuk aku cerita. Dia sempat melihat aksi kau menghentikan ribut semalam. Dia kata kalau tak silap kau sebatikan angin ribut semalam menjadi sebahagian dari gerakan tahap ketiga asas angin kau." Sekali lagi Zaitun menyambut pertanyaan Noor yang terpacul separuh jalan.
"Kau ni pandai meramal pertanyaan orang lah Tun. Betullah apa kata datuk kau tu. Lagi satu... Aku suka ungkapan yang kau sebut pasal asas angin tadi." Noor menepuk manja bahu Zaitun.
"Oh, itu adalah ungkapan purba dari zaman pemerintahan Raja Aramus yang pertama untuk menggambarkan kekuatan Asas Angin. Atuk aku cakap, dalam pertarungan tahunan di istana Aramus, seorang pengamal Asas Titanium yang mengungkapkannya setelah dia tewas di tangan Raja Aramus sebagai tanda penghormatan terhadap kehebatan asas Angin." Zaitun menghabiskan kata-katanya sambil tersenyum.
"Kau tak tau ke Noor, dia kan keturunan ahli Nujum diraja Aramus." Ima menambah hangat perbualan.
"Ye ke? Baguslah tu. Banyakkan cerita pasal Aramus pada aku tau. Kita ada kamus Tamadun Aramus kat sini!" Noor tergelak sopan dan disambut dengan tawa kurang sopan oleh Sophia dan Ima.
Sedang mereka asyik bercerita dan melayan tawa masing-masing, mereka telah didatangi oleh beberapa orang yang merupakan wartawan dari sebuah syarikat akhbar. Noor yang menyedari kedatangan wartawan itu lebih awal terus beredar dari situ. Sophia, Ima dan Zaitun ditanya beberapa soalan tentang kejadian ribut semalam.
Seorang dari mereka bertanya kepada Sophia sambil beberapa flash kamera memancar ke wajah mereka bertiga," Awak kenal tak siapa gadis yang menghentikan ribut 'terjah' semalam?"
"Mmmm...Kami pun sedang mencari identiti seseorang yang didakwa gadis tu. Yang pasti, kami tidak mengenali dia dan dia mempunyai kuasa yang lebih hebat daripada kami jika merujuk kepada tindakannya yang larat meredakan angin kencang semalam. Kami bertiga pun tak mampu nak lakukan seperti yang dia buat semalam." Sophia menjawab dengan tenang sambil Ima dan Zaitun mengangguk tanda setuju.
" Adakah anda mengalu-alukan gadis itu untuk tampil lagi bagi membantu anda dalam membenteras jenayah di Malaysia Raya ini?" Tanya seorang lagi wartawan.
"Ya! Kemunculannya menjadi satu harapan bagi kami bertiga. Saya yakin satu hari dia pasti akan muncul lagi." Giliran Zaitun pula menjawab pertanyaan.
"Boleh tak kami bertanya soalan yang agak peribadi sedikit? Dari mana anda bertiga dapat kuasa ajaib itu? Adakah ianya berasal dari amalan yang menyimpang dari ajaran agama islam atau bagaimana? Dan sekiranya anda tahu... adakah gadis semalam itu juga memiliki kuasa dari jenis yang sama seperti anda?" Lagi soalan diajukan.
Sambil tersenyum Zaitun menjawab, "Anda semua tak perlu risau. Ilmu kami bukan berasal daripada ritual keagamaan atau ilmu hitam dan sebagainya. Ianya adalah gabungan ilmu fizik, kimia dan biologi serta kawalan pernafasan, minda dan tubuh badah yang telah mencapai tahap yang begitu tinggi sehingga tidak dapat dijelaskan oleh sesiapa pada masa ini dan mungkin dalam jangkamasa yang lama kehadapan. Kami tetap seorang Muslimah yang berpegang dengan ajaran Rasulullah S.A.W. Kami juga yakin gadis yang dikatakan bertudung itu juga adalah seorang muslim dan mempunyai asas ilmu yang sama dengan kami. Apa yang kami miliki ini juga bukannya mukjizat atau karomah. Ianya adalah kecapaian ilmu duniawi antara yang paling hebat pernah dicipta oleh hamba Allah di buminya. Dari mana asal ilmu ini, diharap anda semua tak payahlah tanya lagi... Biarlah ianya menjadi rahsia kami. Sesungguhnya tiada yang lebih berkuasa di alam semesta ini melainkan Allah S.W.T. dan kami adalah selemah-lemah hamba yang akan kembali menghadapNya suatu hari nanti."
Terdiam seketika semua wartawan termasuk yang sedang mengambil gambar mereka bertiga. Satu jawapan yang telah menerangkan dengan jelas semua persoalan yang timbul tentang ilmu tempur yang mereka ada. Sophia dan Ima juga tak sangka dengan jawapan panjang lebar dari Zaitun. Zaitun nampak semakin bijak pada hari itu.
Setelah pulang wartawan-wartawan itu, Sophia dan Ima tak habis-habis memuji Zaitun.
"Wah...Hebatnya jawapan kau bagi...Otak siapa yang kau pinjam tadi?"
" Otak Atuk aku la..! Tu atuk aku yang ajar. Kalau ada sesiapa tanya tentang kuasa ajaib yang kita ada, kena jawab macam tu... biar orang faham..." Zaitun membalas.
Sementara itu Noor yang beredar dari astaka tempat mereka berehat tidak kembali semula ke situ.
"Mana Noor?" Ima memandang sekeliling. Tiada kelibat Noor. Cuma kelibat guru-guru dan pelajar sedang bekerjasama membersihkan bangunan sekolah.
"Ah, Biarlah Noor tu. Mungkin dia tengah tolong cikgu kat kelas kita kot." Sophia bingkas bangun sambil mencapai suratkhabarnya dan diselitkan ke pelipat ketiaknya.
"Kau nak kemana?" Tanya Ima yang masih duduk bersama Zaitun dibangku astaka.
"Aku ke tandas jap.. Korang pergilah ke kelas dulu. Nanti aku pergi seorang." Sambil sophia melangkahkan kakinya menuju ke arah tandas tingkat bawah bangunan blok A.
Ima dan Zaitun hanya mengangguk dan bingkas dari tempat duduk mereka.
"Hai... Awak Sophia kan?" Satu suara datang dari arah belakang Sophia sebelum sempat dia tiba di pintu tandas. Suara seorang lelaki.
"Ya Saya... Kenapa?" Sophia menjawab sambil menoleh ke belakang. Rupanya-rupanya seorang lelaki yang kelihatan sebaya sepertinya. Tapi dari raut wajahnya dia bukan pelajar di sekolah itu.
"Wah! Boleh tahan... Kacak... tinggi... kemas... Siapa dia ni agaknya..?" Hati Sophia berbisik. Jantung Sophia tiba-tiba berdegup kencang.
"Saja je tegur. Siapa yang tak kenal awak. Salah seorang dari tiga Dashing Doll yang hebat tu kan? Saya peminat awak. Selalu saya ikuti perkembangan awak. Kenalkan... Saya Razdi. Panggil saja Raz." Sambil dia menghulurkan tangan kepada sophia tanda perkenalan.
Kembang kuncup Sophia dipuji oleh pemuda itu. Tanpa berlengah, dia menyambut tangan pemuda yang bernama Raz itu.
"Sophia.." Berderau darah Sophia apabila Raz menggoncang tangannya.
"Erm...Awak bukan pelajar sekolah ni kan? Tak pernah nampak pun?" Sambung Sophia lagi seraya melepaskan tangannya dari tangan Raz.
"Dulu memang bukan... Tapi mulai hari ni sekolah inilah tempat saya belajar." Raz membalas pertanyaan Sophia sambil mengukir senyuman yang sedikit sebanyak membuatkan Sophia hilang keseimbangan badan.
"Ye ke?! Kelas mana?" Sophia kelihatan teruja sekali.
"Kelas 4 Hikmah. Saya tahu itu kelas awak. Ima dan Zaitun pun kelas yang sama kan?"
Wah! Semakin meriah perasaan Sophia. Perasaan seronoknya tak dapat disorok lagi apabila pelajar baru yang tampan dan tinggi itu akan duduk sekelas dengan dia. bertambah semangatlah dia selepas ini bangun pagi untuk ke sekolah. Dah dua pelajar baru masuk kelas Sophia. Lepas Noor, Raz pula Muncul. "Noor...?!" Tiba-tiba Sophia terbayang Noor yang comel dan bersopan santun sedang berkenalan dengan pelajar baru itu.
"Alamak...Ni aku lemah ni. Kenapalah Noor Sekelas ngan aku. Mesti dia potong line aku nanti. Terpaksalah aku bersaing dengan Noor lepas ni."
"Sepatutnya hari ni hari pertama saya. Tapi oleh kerana hari ni cuti mengejut, esoklah hari pertama saya." Raz kelihatan semakin mesra dengan Sophia yang sebenarnya sudah tidak tahan ingin buang air kecil dari tadi.
"A ah... Betullah tu... Err... Awak, Boleh tunggu sekejap tak? Saya nak masuk tandas jap. Jangan kemana-mana tau. Tunggu saya. Awak nak berkenalan dengan dua lagi kawan saya tak?" kata Sophia sambil memegang pintu tandas.
"Hm! Sounds great... Betul ke? Baik! Saya tunggu awak kat sini." Raz setuju dengan pelawaan Sophia.
Sophia pun masuk ke tandas sambil memandang wajah Raz yang tampan itu sehingga hilang dari pandangannya.
Tiga minit kemudian Sophia keluar semula dari tandas.
"Jom kita ke kelas baru awak..." Ajak Sophia yang sudah kelihatan agak kemas sedikit daripada tadi.
"Mari.." Balas Raz yang tidak sedar bahawa Sophia sempat memperkemaskan solekan wajah dan penampilan dirinya di hadapan cermin sewaktu di dalam tandas sebentar tadi.
Sophia dapat membayangkan yang Ima dan Zaitun pasti terkejut besar melihat dia ditemani jejaka tampan setibanya di kelas nanti. Dia juga sedar yang Noor juga akan berada di sana. Itu perkara yang sedikit melemahkan semangatnya.
Setibanya dikelas, Ima dan Zaitun sedang membantu beberapa pelajar lain memasang langsir kelas yang tercabut dipukul ribut semalam. Manakala Noor pula tidak kelihatan.
"Ima! Tun! Sini jap... Ada seseorang nak berkenalan dengan korang." Sophia memanggil dua rakannya dari pintu utama kelas 4 Hikmah sambil Raz berada di belakangnya. Ima dan Zaitun menoleh. Begitu juga dengan beberapa pelajar lain.
Sangkaan Sophia seinci pun tak meleset. Bukan sahaja Ima dan Zaitun yang melopong, malah semua pelajar perempuan kelas mereka yang ada di situ turut sama terkejut melihat Sophia ditemani seorang jejaka tampan. Ima dan Zaitun pantas meluru ke arah Sophia. Begitu juga pelajar perempuan yang lain.
"Wah! Raz, Nampaknya aku terpaksa kenalkan kau dengan semua orang. Bukan sahaja dengan Ima dan Zaitun." Reaksi Sophia melihat sambutan yang diberikan.
"Itu lagi bagus!" Balas Raz spontan dan penuh keterujaan.
"Baiklah... Kawan-kawan, Kenalkan ini teman kelas baru kita. Nama dia Razdi." Sophia bersuara agak kuat di hadapan pelajar-pelajar perempuan yang berkerumun dihadapannya.
"Hai Razdi!!" Sahutan hampir serentak dari semua pelajar perempuan yang ada di situ. Semua pelajar lelaki ditugaskan di luar kelas bagi memperbaiki kerosakan yang agak serius.
"Hai Semua... Cukup panggil Raz je..." Balas Raz dengan suara yang matang dan senyuman yang menunjukkan lesung pipitnya.
"Uuuu....!! Raaz!" Kata-kata Raz tadi menyebabkan pelajar perempuan di situ tergoda dan bersorak nakal.
"Mana kau jumpa mamat ni Sophia?" Tanya Zaitun yang tak berapa teruja seperti rakannya yang lain. Manakala Ima pula hanya melopong memandang Raz yang sedang malu-malu kucing siam itu.
"Aku jumpa dia kat tandas perempuan tadi..." Jawab Sophia.
"Semua yang ada di situ terdiam seketika. Ada sesuatu yang tak kena pada jawapan Sophia.
"Errr..maksud Sophia di luar tandas perempuan..." Raz memecah kesunyian.
"Ooooo.......Ingat dalam tandas perempuan tadi....". Jawab seorang dari rakan mereka sambil kedengaran sekali lagi sorakan selepas itu. Sophia memandang sekeliling lalu tersenyum sendiri. "He he he... buat masa ni selamat... Noor tak ada kat sini.." Bisik hatinya.
Seketika selepas itu seseorang muncul di pintu kelas. Siapa lagi kalau bukan Noor yang baru selesai menolong Ustazah Nor Baiyah mengangkat buku ke bilik guru. Situasi yang tak disukai oleh Sophia...
Sophia yang sedar kedatangan Noor terus meluru ke arah Noor dengan Harapan Noor tidak menuju ke arah kelompok rakan mereka.
"Ha, korang bermesralah dulu dengan Raz ye. Tanyalah apa-apa soalan kat dia. sekolah lama dia, tinggal kat mana, adik beradik berapa, aku ada hal dengan Noor jap. Ok?!" Sophia pantas meluru ke arah Noor yang sudah ternampak kumpulan rakan-rakannya yang mengerumuni seorang lelaki.
"Eer.. Siapa tu Sophia? Kenapa semua orang berkumpul kat sana?" Tanya Noor sambil Sophia memaut leher Noor dan membawanya ke arah lain iaitu ke luar kelas. Sophia mengatakan sesuatu pada Noor. Pada masa yang sama, Noor sempat menoleh muka ke belakang. Dia ingin tahu siapa lelaki itu. Noor dapat melihat wajah Raz di celah-celah susuk tubuh rakan-rakannya yang sedang berkumpul itu. Raz juga mencuri pandang ke arah Noor kerana dia ingin melihat semua pelajar perempuan di kelas barunya itu. Pelajar lelaki mungkin esok baru dapat jumpa. Dia terkejut melihat wajah Noor yang seakan-akan pernah dilihatnya sebelum ini. "Dia ni macam dalam gambar..."
Raz mengukir senyuman tapi tiada tindakbalas oleh Noor yang memalingkan kembali wajah ke hadapan. Raz sempat memuji kecantikan dan kemanisan wajah Noor di dalam hatinya. Dia tersenyum sendirian dalam hujanan pertanyaan pelajar-pelajar perempuan yang mengerumuninya. Namun senyuman manis yang menghiasi bibirnya hilang setelah dia memikirkan satu perkara. Sepertinya dia tidak boleh mendekati Noor atas arahan seseorang.
Sementara itu Sophia tidak sedar yang Noor mencuri pandang ke arah Raz dan dia rasakan situasi masih lagi selamat. Walaupun Noor tidak membalas senyuman Raz, tetapi senyuman Raz telah terpahat di ingatannya. Sepertinya Noor sedikit tergoda pada Raz! Macam mana kalau Sophia tahu!?
Selesai beramah mesra dengan rakan-rakan barunya, Raz meminta diri untuk keluar dari kelas dan pulang ke rumah dan mengatakan esok mereka akan berjumpa lagi. Setibanya di luar kelas, Raz menyeluk saku dan mengeluarkan telefon bimbit Nokia Ericsson NV95nya. Sejak tahun 2012, dua syarikat gergasi pengeluar telefon bimbit telah bergabung. Ditekan-tekannya papan kekunci telefonnya itu sehingga muncul satu gambar pada skrin. Gambar seorang gadis bersama Tan Sri Jafri. Gambar itu diambil dua tahun lepas jika merujuk kepada tarikh di sudut kanan bawah gambar.
"Budak cun tadi mirip dengan gadis dalam gambar yang Tan Sri 'Bluetooth' kat aku ni. Hm... Tak de peluang lah aku nak tackle dia.." Bisik hati Raz.
Persoalannya sekarang apa kaitan Raz dengan Tan Sri Jafri alias pemimpin tertinggi Kumpulan Red Level dan kenapa dia bersekolah di sekolah yang sama dengan Dashing Doll serta apa kaitan Raz dengan Noor sehinggakan dia ada menyimpan gambar Noor?

Banjaran Titiwangsa

"Bagaimana hari pertama kamu di sekolah?" Tuan Jaque yang berada di tempat duduk utamanya bertanya kepada seorang remaja berusia 16 tahun yang berdiri di hadapannya. Beberapa orang pengikut atasannya juga turut sama dalam pertemuan itu.
Remaja yang menundukkan kepala dari awal perhimpunan itu sedikit demi sedikit mendongak dan menghadapkan muka ke arah ketuanya. Rupa-rupanya dia adalah Raz!
Karektor yang ditunjukkan begitu berlainan dengan karektornya semasa di sekolah siang tadi. Raut wajahnya nampak serius dan kelihatan bengis dalam ketampanan yang dimiliki. "Saya suka sekolah baru saya Tuan. Saya juga suka layanan tiga gadis itu kepada saya. Saya rasa, budak yang bernama Sophia tak lama lagi akan masuk perangkap saya. Dia sukakan saya. Begitu juga dengan yang lain."Jelas Raz dengan nada agak garau dan tidak menampakkan usianya yang sebenar.
"Bagus, tak sia-sia aku ambil kau jadi anggota kumpulan ini. Kau harus ingat, tujuan kau berada di sekolah itu tidak lain dan tidak bukan adalah untuk menjadi mata dan telinga kumpulan ini dan kalau boleh jalinkanlah hubungan palsu dengan salah seorang dari mereka supaya lebih mudah tugas kamu. Kaji latarbelakang kuasa tempur yang mereka miliki. Jangan kamu cuba-cuba nak jadi hero ingin membunuh mereka bertiga kerana mereka tidak dapat ditewaskan dengan mudah. Asas titanium kamu tak sampai kemana pun. Kalau dia tahu kamu seorang pengintip, bila-bila masa kamu boleh terbunuh. Kamu Ingat tu!"
"Ingat Tuan!" Sahut Raz sambil menundukkan kembali kepalanya. "Cis! Dia cakap Asas titanium aku tak seberapa.... Satu hari nanti aku akan cabar asas Titanium kau tu!!" Panas hati Raz bila Tuan Jaque memperkecilkan ilmunya.
"Err... Kamu ada terjumpa dengan anak perempuan aku?" Tuan Jaque menuding jarinya ke arah Raz.
"Ada Tuan... Dia satu kelas dengan Dashing Doll. Kelihatannya mereka sangat rapat Tuan.." Raz menjawab pantas sambil terbayang wajah anak tuannya itu.
"Biarkan mereka berkawan rapat. Itu tak menjadi masalah kerana Noor tidak tahu apa-apa. Kamu tolong tengok-tengokkan anak aku sekali. Itu tugas sampingan kau." Tuan Jaque bangun dari kerusinya dan berjalan menuju Raz.
"Ha.. Tu yang aku nak dengar tu..." Bisik hati Raz.
"Tapi Ingat!! Jangan sekali-kali kau ganggu dia. Kau hanya boleh perhatikan dia sahaja. Faham?!" Tuan Jaque bagaikan mendengar bisikan hati Raz.
Raz hanya mengangguk dan tidak berkata apa-apa. "Aduh... Tu yang malas nak dengar tu.." Bisik hatinya lagi.
Rupa-rupanya Raz adalah anggota baru Kumpulan Red Level di bawah pimpinan Tuan Jaque alias Tan Sri Mohd. Jafri, Ketua Polis Negara. Tuan Jaque mempunyai ramai orang suruhan dalam mencari keturunan Aramus yang berideologi seperti mereka. Raz adalah remaja sebatang kara yang kematian ibu bapa di usia muda. Dia dibesarkan di rumah anak yatim di Rembau, Negeri Sembilan. Semasa umurnya 17 tahun, dia mula meninggalkan rumah anak yatim yang menjadi tempat tinggalnya semenjak kecil. Dunia luar telah mengheret Raz ke dunia gansterisme. Dia menjadi pengedar dadah semasa umurnya 18 tahun dan sudah beberapa kali ditahan pihak berkuasa.
Bibit pertemuan jodoh Raz dengan kumpulan Red Level bermula apabila dia berjaya meloloskan diri dari tahanan polis sebelum ditangkap oleh anggota Red Level di sebuah lorong gelap di ibu kota Kuala Lumpur. Raz dibawa ke Markas Red Level di Banjaran Himalaya untuk di uji samada dia berdarah Aramus atau tidak. Setiap hari ada saja orang baru dibilik tahanan sementara bawah tanah kumpulan Red Level. Mereka yang bukan berdarah Aramus samada akan dibebaskan dengan otak kosong atau menjadi anggota sokongan tanpa mengetahui kewujudan tamadun Aramus. Begitulah proses kumpulan Red Level mencari anggota baru. Mereka memilih orang yang mempunyai masalah disiplin dan yang sering melakukan jenayah. Ada juga orang yang berketurunan Aramus tampil sendiri dan dengan rela hati menyertai kumpulan itu. Kumpulan Red Level ada cara untuk mengesan seseorang yang mempunyai Kawalan Tenaga Sejagat. Mudah saja... Mereka hanya perlu bertarung dengan seseorang dari keturunan Aramus yang mempunyai Kawalan Tenaga Sejagat. Sekiranya orang itu mempunyai Kawalan Tenaga Sejagat, kuasanya pasti dapat dirasa oleh lawannya walaupun dia tidak pernah menggunakannya sebelum itu. Begitu juga ceritanya dengan Raz. Dia baru sedar yang dia memiliki Kawalan Tenaga Sejagat Asas Titanium setelah ujian yang sebegitu. Sekarang dia dalam proses memantapkan lagi ilmunya. Sebab itu Tuan Jaque melarang Raz menggunakan kuasanya yang masih lemah.
Walaupun kini Raz sudah berumur 19 tahun, Tuan Jaque memalsukan identiti Raz supaya Raz boleh mendekati dan mengawasi pergerakan Dashing Doll.
Di markas Red Level ini jugalah Raz diberitahu tentang Tamadun Aramus dan kenapa ditubuhkan kumpulan Red Level. Kumpulan Red Level adalah golongan Anti-Chaos. Mereka mengutuk Raja terakhir Aramus iaitu Raja Chaos dengan sikap keterbukaannya dan menganggap dia adalah penyebab Aramus musnah. Kini Red Level perlu mejadi satu pertubuhan yang besar dan kuat bagi mengalu-alukan kedatangan makhluk dari luar bumi supaya mereka selamat dari ancaman. Bagi mereka Raja Chaos juga adalah penyebab kedatangan tetamu luar itu kerana dia terkorban dengan meninggalkan sesuatu milik makhluk asing yang semua orang tak tahu dimana benda itu berada sekarang ini. Benda itu juga adalah asas kepada Kawalan Tenaga Sejagatnya.
Kini Raz sudah direkrut menjadi anggota tegar kepada kumpulan itu. Proses merekrut anggota lain masih lagi berjalan sehingga kini. Ini bermakna ramai lagi keturunan Aramus Anti-Chaos akan muncul dan cuba untuk menghapuskan golongan Pro-Chaos yang baru beberapa orang sahaja yang muncul. Begitu besar sekali bencana yang akan berlaku di bumi suatu saat nanti. Pertempuran orang-orang Aramus yang sepatutnya bersatu akan menjadi lebih buruk dengan kehadiran tetamu dari angkasa lepas.
posted by Penulisan2u @ 2:23 PTG  

Kongsi Karya Ini Di Dinding Facebook Anda
0 Comments:

Catat Ulasan

TINGGALKAN ULASAN DAN KOMEN, PADA SETIAP KARYA YANG ANDA BACA Penulis memerlukan ulasan dan komen, bagi memperbaiki penulisan dan memperbetulkan kesilapan. Komen dan ulasan anda akan memberi satu semangat kepada penulis, untuk terus menulis karya dan seterusnya menghasilkan karya yang menarik. Kerjasama & sokongan daripada pembaca amat kami hargai. Sebab itulah kami menyediakan HADIAH, sebagai penghargaan kepada penulis dan juga kepada pembaca yang aktif memberi komen & ulasan

<< Home

 

 

 NOVEL TERBARU DI PASARAN

 

 

"Dia hidup bukan kerana cinta. Dia hidup kerana kehadiran Prince Charming yang menyelamatkannya. Semuanya gara-gara dia mengoyak Carta Prince Charming—carta misteri yang tiada sesiapa tahu dari mana datangnya. Yang pasti, memang dia langsung tidak percaya dengan sumpahan yang dikatakan berkaitan dengan Carta Prince Charming.

"Sumpahan puteri? Kau ingat ini cerita dongeng ke? Puteri apa yang nak sumpah aku ni? Puteri bunian? Puteri lindungan bulan?”

Desakan daripada Sofea membawanya ke Kelab Bola Sepak. Di situlah Prince Charming berkumpul. Tetapi hanya seorang sahaja Prince Charming yang dicari-carinya. Namun, untuk mencari Prince Charming bukanlah mudah, namun dia yakin, antara mereka, pasti salah seorang adalah penyelamatnya.

Orang tu pun satu! Dah selamatkan nyawa orang, tak reti-reti ke nak munculkan diri? Bukan ke lagi senang kalau datang berdiri depan aku dan cakap, Sayalah yang selamatkan awak daripada kena langgar semalam. Finish! Tak adalah nak panjangkan cerita sampai beratus muka surat semata-mata nak cari Prince Charming!

Tajuk: Prince Charming
Penulis: Ratu Bulan
Terbitan: Fajar Pakeer

Harga: RM19.90
Ulasan:

 


 

NOVEL HANGAT DIPASARAN

 

 

Pertemuan pertama memberi impak yang berbeza kepada dua insan. Maria malu mengenang, sedang Hisyam mahu mendekat. Maria semakin resah apabila Hisyam terus-terusan mendesak. Dalam benci ada rindu. Bijak Hisyam memujuk, mereka akhirnya disatukan.

Salina hadir menjadi duri dalam daging. Bagi Hisyam, gadis itu ialah sahabatnya yang terbaik. Insan paling dipercayai. Namun, dalam diam, Salina meracuni hubungan mereka. Salina ada agenda yang tersendiri.

Semakin hari, semakin nipis rasa percaya Maria terhadap Hisyam. Namun, dia tidak mungkin menghindar rasa kasih yang sudah menebal. Demi menunaikan permintaan Maria, Hisyam tega melamar Salina walau ada luka di hati.

Sanggupkah Hisyam menduakan Maria yang pernah dicintai sepenuh hati? Dan, Maria, mampukah membiarkan suami tersayang jatuh ke tangan Salina? Atau, Mariakah orang ketiga yang tidak lagi diperlukan kehadirannya oleh Hisyam?

 

Baca bab awal dari bab 1-15 di www.takmungkinkuhindar.blogspot.com
 

Tajuk: Tak Mungkin Kuhindar
Penulis: Ana Sofiya
Terbitan: Fajar Pakeer

Harga: RM22.90
Ulasan:

 


       Karyaseni

www.karyaseni.my
www.karyaseni.com.my
       Menarik Klik Dibawah
    50 Karya Terbaru

  Info Karya Terkini

      Baca Karya Pilihan

  Pelukan Cinta - Novel cinta yang 90% adalah kisah benar, wujud lagikah manusia sebegini?

 

  Suami Aku Ustaz - Bila Suami Yang Merupakan ustaz kini menjadi suamiku, Sebuah novel yang banyak menekan nilai-nilai islamik

 

  Terlerai Kasih Sebuah novel yang heroinnya bertudung, novel yang begitu menarik. selamat membaca

 

  Kahwin Ganti - Novel yang pasti dapat memikat hati pembaca. bagaimana seorang yang sakit menjadi suamiku

 

  Kemilau Karya Kasih - Kisah  anti novel melayu, yang memandang jijik dan hina novel melayu. ikuti kisah menarik ini.

 

  Opps pintu hatiku - Kisah yang menarik pilihan yang mampu memberi keseronokan membaca

 

  Pilihan Mama - perlukah ikut pilihan mama, sedangkan pilihan mama umpama manusia yang tidak berperikemanusian

 

  Tak Mungkin Kuhindar - Novel yang mendapat sambutan dan popular di penulisan2u

 

  Dibius Cinta - Cucukan jarum cinta manakah yang mampu membius hatiku. Kalau sudah membaca novel ini kali pertama, pasti tidak akan berhenti.

 

 

klik pada tajuk untuk membaca karya pilihan di atas

 

      Iklaneka

 

125 

 

 

 

 

 

Berminat iklan di blog penulisan2u? hubungi kami di email : Bantuan@penulisan2u.net

      Tarikh Karya

 

Ikuti blog ini | Follow this blog

      Berita Hangat

Penulisan2u sedang berkerjasama dengan Penerbit Novel bagi memberi peluang kepada penulis-penulis berbakat dan karya yang menarik. Antara novel yang sudah di terbitkan

 

  Biarlah YM Berbicara

  Baju Pengantin Mak Andam

  Siapakah Di hatiku

  Hot Gimmick

  Pergilah Air Mata

  Sepupuku Suamiku

  Hadirmu Takdirku

  Cermin

  Tak Mungkin Kuhindar

  Bini Aku Tomboy Ke?

  Jodoh Atau Cinta

  Prince Charming

  AD + IZ 

 

Tunggu kemunculan novel-novel terbaru dari penulis penulisan2u setiap bulan di pasaran.

      Ingin Hadiah?

PERADUAN KUIZ . Tahniah kepada 10 Pemenang Kuiz, Hadiah ditaja oleh Syarikat Penerbitan Kaki novel Enterprise. Klik Disini untuk melihat Senarai pemenang.

 

UNTUK PENULIS. 5 Penulis terbaik pilihan pembaca setiap bulan. akan menerima hadiah sebuah novel. Blog pertama dan satunya2 blog yang memberi hadiah kepada penulis. Klik Disini untuk melihat senarai Penulis terbaik pilihan pembaca setiap bulan

 

UNTUK PENGULAS & PEMBACA?

2 Pengulas paling AKTIF dengan memberi komen yang ikhlas dan membina, pada setiap karya cerpen / novel  di penulisan2u akan menerima hadiah sebuah NOVEL.

 

      Bilik Sembang

Info
TAG

koleksi novel, koleksi novel cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik, novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru, teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram, cerita, cerita cinta, cerita melayu

UCAPAN

1/1/2009:
Tahun baru misi baru, cerpen dan novel pun baru. semoga terhibur bersama blog kami

KATA HIKMAH

1) Cara yang pasti untuk terlepas dari berjaya ialah terlepas peluang

2)"Jika saya ingin memulakan kembali perniagaan saya, maka saya akan memilih perniagaan network (MLM)"DONALD TRUMPH

3) "ada menyebut, 9/10 daripada rezeki berpunca daripada perniagaan" HADIS

4)Dalam tempoh lima tahun akan datang hanya wujud 2 jenis perniagaan iaitu perniagaan yang menggunakan INTERNET sebagai platform ATAU perniagaan tanpa internet yang akan terkeluar dari persaingan dunia perniagaan.” Apabila ditanya kepada beliau, bagaimana awak boleh jadi di antara orang yang terkaya di dunia? Jawab beliau,“Saya berada ditempat yang betul tepat pada masanya, saya melihat VISI dan yang sangat penting. Saya melakukan TINDAKAN!!”. BILL GATES

5) "Daripada 40 orang terkaya yang berumur di bawah 40 tahun, separuh daripada mereka berjaya melalui INTERNET."  -MAJALAH FORTUNE-

6) Jika anda mahu melakukan sesuatu anda akan mencari jalan dan jika anda tidak mahu melakukan sesuatu anda akan mencari alasan

7) Siapa yang tidak pernah gagal, dia tidak akan menjadi kaya -charles h.spungeon-

8) Ingatlah Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum melainkan kaum itu sendiri berusaha mengubahnya - al-Radu [13]: 11-

9) 99% kejayaan dibina dari kegagalan yang lalu, siapa yang mahu dan tidak bertindak, dia adalah haiwan perosak -willim blake-

9) Banyak hal yang kita sebut sebagai was-was untuk bertindak seringkali dapat diubah menjadi kejayaan dan keuntungan, hanya dengan mengubah sedikit sahaja sikap dalam diri seseorang daripada rasa takut bertukar untuk berjuang

10) semasa kita berhenti dari berfikir, kita biasanya terlepas satu peluang

11) Ilmu melalui bukunya, kemahiran melalui pengalamanya, kejayaan melalui usahanya


TAG

koleksi novel, koleksi novel cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik, novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru, teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram, cerita, cerita cinta, cerita melayu

Inspirasi kejayaan yang cemerlang di
www.kerjaya.net
      Chit-Chat Corner

online
     Rakan Niaga

Rahsia dari 8 Jutawan Malaysia

Rahsia penjimatan elektrik

117 Idea Bisnes Luar Biasa

Webhosting Terbaik Malaysia

Video Tutorial Bisnes Internet

Peluang Bisnes SMS

Google Adsense jana Duit

Rahsia perniagaan digital

Business Internet

Cara Format PC

Perkakasan membina website

Cara membina Blog wordpress

Buat Duit dengan Ebook

Rahsia sistem merekrut MLM

Menjana pendapatan di EBAY

Tingkatkan Traffik ke website

Tiada duit untuk kahwin?

Rahsia Bisnes di Internet

Panduan asas membina blog

Jana wang dgn unit trust

Belajar design grafik

Bengkel website

10 Model Bisnes internet

Pakej bisnes internet

Belajar HTML website

Rahsia teknik bisnes di EBAY

      Novel pilihan

sinopsis klik pada gambar

   Diari Penulis

    • Aisya Sofea

    • Anis Ayuni

    • Bikash Nur Idris

    • Damya Hanna

    • Dhiya Zafira

    • Eny Ryhanna

    • Salina ibrahim

    Dina Najat

    • Ahadiat Akashah

    • Norhayati Berahim

    • Aina Emir

    • Hafirda Afiela

    • Hani Fazuha

    • Dewi Sukma

    • Sri Diah

    • Zn Isa

    • Lily Suraini

    • Lily Haslina

    • Nia Azalea

    • Rose Harissa

    • Norzailina Nordin

    • Aleya Aneesa

    • Liza Zahira

    • Ida Nardiel

    • Eka fahara

    Syima Syawal

    • Meen Zulaikha

    • Rose harissa

    • Aleya Aneesa

    • Lynn Dayana

    • Mersik Romoyu

         Ingin Menjadi Penulis?

Creative Enterprise Sdn. Bhd., sedang mencari manuskrip kanak-kanak atau remaja. Ini kerana pihak kami ingin memperluaskan dan memperbanyakkan bahan bacaan untuk kanak-kanak dan remaja. Di samping itu kami juga ingin memupuk minat membaca dalam kalangan kanak-kanak dan remaja. ( klik disini )

Karyaseni Enterprise ingin memaklumankan kepada anda yang berminat untuk menghantar manuskrip anda kepada KS untuk penilaian, sila email kan sinopsis dan tiga bab awal ke alamat email berikut: Manuskrip@karyaseni.my

KarnaDya Solutions Sdn Bhd. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan? hantarkan karya anda. Sebelum anda menghantarkan manuskrip anda, sila hantarkan butiran berikut terlebih dahulu melalui emel/pos. untuk maklumat lanjut ( klik disini )

NB Kara Sdn Bhd dengan berbesar hati menjemput mana-mana penulis yang merasakan diri mereka layak menjadi penulis yang versatil, menghantar manuskrip mereka kepada NB Kara Sdn Bhd. Tulisan anda terlebih dahulu akan dinilai oleh penulis prolifik Norhayati Berahim dan juga beberapa panel editor sebelum diluluskan untuk terbitan.
 ( klik disini )

Jemari Seni Publishing. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan? Untuk tujuan pengiriman manuskrip, JEMARI SENI telah menggariskan panduan kepada penulis-penulisnya. untuk maklumat lanjut ( klik disini )

 

Alaf 21 Sdn Bhd. Tahun 2008 bakal menjanjikan sinar kecemerlangan seandainya karya anda terpilih untuk diterbitkan oleh Alaf 21, penerbit novel tersohor di Malaysia. Jika anda mempunyai salah satu manuskrip tersebut, kami ingin menatap dan menilainya. Sekiranya sesuai, pihak kami ingin menerbitkannya di bawah jenama ALAF21. ( klik disini)

   Ahli Pelawat
      Novel Di Pasaran

Kenangan Terindah - Hezzy Azra

Serasi di hati - Nora Ismail

Nama aku N - Aina Emir

Bunga Syurga - Anita Aruszi

Episod cinta luka - Fateen Najwa

Sandaran kasih - Aini Marisha

Fitrah kasih - Ilani Mysara

Bukan yg pertama - Salina Ibrahim

Ternyata cinta - Damya Hanna

Selagi ada dia - Aisya Sofea

Kembalikan cintaku - Norhayati NB

Warna hati - Meen Zulaikha

Seribu kali sayang - Anis Ayuni

Menanti kasih - Norzailina nordin

Cahaya - Nura zulaikha

Dakapan cinta - Eny Ryhanna

Hanya kita berdua - Aina emir

Ku Utus Rindu - Intan Arnida

Usikan rindu - Qaira Qasidah

Segalanya untukmu - A.Anessa

 

Dapatkan dikedai berhampiran anda

      Bantuan Carian

Dua cara asas untuk memudahkan anda melayari laman blog penulisan2u pada masa akan datang. pastikan anda set laman penulisan2u sebagai  "homepage utama" atau dengan "add to favorite" di pelayar komputer anda. caranya dgn klik dibawah:-

 

      Web & Blog Terbaik

Koleksi cerpen & novel online terbaik dari Malaysia, Indonesia, SIngapore & Brunei. Layari di http://penulisan2u.net

Koleksi artikel isu semasa, artikel yang menarik dan hangat http://semasa2u.blogspot.com

tip kehidupan, zodiak, horoskop, petua, tip, puisi, pantun, sajak, dan pelbagai artikel menarik layari di http://istimewa2u.blogspot.com

Blog Berkaitan agama, topik-topik tazkirah, audio, video ceramah, mendengar 114 surah Al-quran secara online, radio-radio dakwah, layari di http://dakwah2u.blogspot.com

Blog Media, Tv streaming online, radio streaming online, surat khabar, rakaman drama, radio era, hot.fm, tv1, tv2,tv3 dan lain-lain. layari di http://mymedia2u.blogspot.com

Blog Koleksi cerita lawak, lucu, kelakar dan video lawak, lucu dan kelakar. layari di laman http://kelakar2u.blogspot.com

Laman web penerbit novel KarnaDya Penerbitan Karyaseni Syarikat penerbitan yang dimiliki oleh Penulisan2u. Novel-novel dari laman penulisan2u akan diterbitkan oleh Karyaseni http://www.karyaseni.my

Laman web syarikat penerbit novel Creative Enterprise Sdn Bhd (CESB). Untuk melihat novel-novel terbaru yang berada di pasaran, layari di http://www.cesb.net.my

Laman web syarikat penerbit Kaki Novel Enterprise. Untuk melihat novel-novel terbaru yang berada di pasaran, layari di http://www.kakinovel.com

Laman web syarikat penerbit NB kara Sdn Bhd. Dimiliki oleh penulis terkenal Norhayati Berahim, Untuk melihat novel-novel terbaru yang berada di pasaran, layari di http://www.nbkara.com.my

Laman web syarikat penerbit Buku Prima Sdn Bhd. Untuk melihat novel-novel terbaru yang berada di pasaran, layari di http://www.bukuprima.com.my

Laman web syarikat penerbit novel jemari Seni Publishing (JS Publishing). Untuk melihat novel-novel terbaru yang berada di pasaran, layari di http://www.jemariseni.com

Laman web syarikat penerbit novel Alaf21 Sdn Bhd (alaf21). Untuk melihat novel-novel terbaru dari Alaf21 layari di http://www.alaf21.com.my

Laman web syarikat penerbit novel Fajar Pakeer Sdn Bhd). Untuk melihat novel-novel terbaru  layari di laman http://www.fajarnovels.com.my

      Kata Kunci

koleksi novel, koleksi novel cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik, novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru, teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram, cerita, cerita cinta, cerita pendek, cerita melayu, cerita online

      Malaysia Group