BLOG KOLEKSI CERPEN , NOVEL & CERITA ONLINE

   LAMAN UTAMA  | KOLEKSI CERPEN  | KOLEKSI NOVEL  | HANTAR KARYA | HANTAR PESANAN | AJAK KAWAN | BUAT PERMINTAAN LAGU | IKUTI BLOG INI | FACEBOOK

      Radio Online

 

klik "STOP" untuk hentikan siaran radio. Semoga terhibur.

  Koleksi Cerpen 

Jika itu takdirNya

Takdir milik Allah

Disini mawar disana penawar

Bidadari cinta

Awekku gengster nyerr

Black vs white

Aku dan dia

Memang berbaloi

Best friend not boy friend, Nyah

Beda tipis

Aku tidak bernyawa lagi

Roommate yg romantik II

Loves comes around

Hati

Cinta remaja

Kasih anak

Selamat tinggal luqman

Kerana dia ayahku

Terima kasih cinta

Aku kan ader

Nilai sebuah persahabatan

Hanya kau

Mahakarya agung sebuah kemerdekaan

Kerana umar adha

Biarkan cinta itu pergi

1 Disember

Diari seorang lelaki

Sebuah memori

Suci nur kasih

Badai cinta pertama

Ceritera aku dan dia

Ku bawa memori itu

Darul Taqwa & dato Dr Johar

Kau boleh blah!!

My miss nanny

Seandainya ku tahu

Diari hati firdaus

Mimpi yang pasti

Sampai syurga

Memang ku cinta

Unsaid?

Cinta lagi?

Cinta bukan jaminan

Cinta hakiki

Aku, dia dan pantai

Bisikan hati

Selamanya Sarah

Peeya dan payus lagilah

Hikmah perpisahan II

Dia

Cinta dalam diam

Kata terakhir darimu is love u

Aku bukan siapa-siapa

Aril & Akim

Kalau ku turutkan kata hati

Minah skuter

Jadilah seperti aku

Privite investigator putput

Gadis kebaya putih

Isteriku

Adam II

Misteri tengah malam

Dollah loves joyah

Biarku sentuh cintamu

Lifetimes lover

Saat itu

Hanya dirimu

Kasih famili

Mulanya disini

Ikatan kasih

Dan akhirnya

Kembalilah sayang

Pelangi anganku musnah

Cinta dalam hati

Pergi tak kembali

Adakah dia milikku

Pungguk dan bulan

Cinta terlarang

Cintaku di RNR tapah

Lisa

Kasih aini hidayah

Kantoi, jodoh atau kebetulan

Adakah cinta bukan milikku

Kuning vs ungu

Pelangi cinta

Adam

Biarlah rahsia

Achmad firdaus

Jalan berliku

Rintihan kekasih

Namaku Aishah

Zani pencuri rambutan

Nur hawa balqis

Itu sudah takdirnya

You are my boss

Cinta

Antara 2 cinta

Tragedi zam & chom

Benang merah di-fa

Terima kasih sayang

Jiwa-jiwa luka

Taqdir cinta kita

Cintaku selamannya

1 hari aku jatuh cinta

Biarku sentuh cintamu

Aku dan kimi = cinta atau tidak?

Cincin untuk Aisyah

Kenapa begini jadinya

Cinta, i need you

Lakaran cinta abadi

Cioccolato Caldo

Tragedi lombong lama

Yang sebenarnya

Ketuk pintu hati

Dia masih sayang

Teman

Cinta untukmu

Adil fitri

Kau, aku & mereka gila

Hikmah perkahwinan

Mengenangmu

Mungkin Nanti

Mencintainya

Cinta si pengesek biola

Maafkan aku luftan hafiy

Kasih

Hanya itu yang ku mahu

Bermulanya diari cintaku

Menantu untuk mama

Sumpah itu hantu

Diari lukisan

Cinta gila

Romantik

Cintaku, dia dia kamu

Kau atau dia

Indahnya cinta maya

Seseorang itu

Nur alia natasya

Mamat disperate

Mencari jannah

Cukup sekadar disini

Sebuah memori

Keras dan lembut

Katak oh katak

Hacks 1437

Dialah suamiku

Selamat tinggal kawan terbaik

Pandangan matanya

Kerana mobil

Dia tunanganku

Maria dan azri

Aku terperasan je

Blind date

Roda hidup

Kasihku seputih salju

Wanginya bunga kantan

Mahligai rindu

Aku, dulu, kini dan selamannya

Prinsip cinta aina

Ikan emas, jom kawen

Man in black vs Dona karen penang

Cubit peha kiri

Bantal busuk

Hujan

Maafkan daku

Tombol pintu hidayah III

Gara-gara G

Diari seorang member

 

Klik disini untuk keseluruhan koleksi cerpen....

Novel Bersiri
      Novel pilihan

sinopsis klik pada gambar

      Novel Di Pasaran

Kenangan Terindah - Hezzy Azra

Serasi di hati - Nora Ismail

Nama aku N - Aina Emir

Bunga Syurga - Anita Aruszi

Episod cinta luka - Fateen Najwa

Sandaran kasih - Aini Marisha

Fitrah kasih - Ilani Mysara

Bukan yg pertama - Salina Ibrahim

Ternyata cinta - Damya Hanna

Selagi ada dia - Aisya Sofea

Kembalikan cintaku - Norhayati NB

Warna hati - Meen Zulaikha

Seribu kali sayang - Anis Ayuni

Menanti kasih - Norzailina nordin

Cahaya - Nura zulaikha

Dakapan cinta - Eny Ryhanna

Hanya kita berdua - Aina emir

Ku Utus Rindu - Intan Arnida

Usikan rindu - Qaira Qasidah

Segalanya untukmu - A.Anessa

 

Dapatkan dikedai berhampiran anda

      html banner

klik di bawah dan "paste" ke dalam website, homepage, blog, friendster, myspace anda

 

      Jumlah Pelawat

      Untuk Anda

 

  Kehidupan adalah anugerah utama Illahi. Anugerah kehidupan memberi gambaran kebesaranNya buat kita manusia, yang wajib kita syukuri dan hargai. Internet adalah kemudahan buat umat manusia. Justeru itu, manafaatkan ia untuk kesejahteraan diri kita dan umat sejagat. Sentiasalah kita beringat, apa yang kita lakukan, akan dipertanggung jawabkan pada kemudian hari.

  Gunakan sebaik-baiknya kurnia Allah swt kepada kita. Halalkan kegunaan akal, hati dan lidah pada perkara yang bakal membawa kecemerlangan diri kita dunia dan akhirat. Kita hidup hanya sekali. Sekali 'pergi' tak kan kembali. Buat baik berpada-pada, dan buat jahat JANGAN sekali-kali. Kewujudan website penulisan2u dengan blog sebagai wadah untuk meningkatkan nilai diri. Bermatlamatkan penyatuan ummah dengan ciri-ciri kemurnian budi dan budaya. Walaupun, dunia terus maju dengan teknologi, kita akan terus kekal dengan akhlak dan jati diri insani. 

 

PERCUMA KARYA CERPEN, NOVEL, CERITA TERBARU DAN AKAN DATANG DARI PIHAK KAMI TERUS KE EMAIL ANDA. MASUKKAN EMAIL ANDA:-

 

email:

 

Ahad, Disember 21, 2008
Novel : Euwww..please lah! 3
Nama Pena : Ara Ariani Aris

"Lepaskan tangan aku!" marah Ara tiba-tiba. Irfan memandang Ara tidak percaya.
"Lepaskan tangan aku! Kau tak faham bahasa Melayu? Aku tahulah kau mix, tapi kau tetap orang Melayu, tahu! Lepaslah, lembap!" Ara merentap tangannya daripada pegangan Irfan. Dia terus berlari keluar dari panggung wayang sehingga terlupa untuk mengambil beg galasnya di atas kerusi. Irfan pantas mengejar Ara yang sudah jauh meninggalkannya.

"Ara Ariani! Ara!" laung Irfan berulang kali tetapi gadis itu tetap tidak menoleh ke arahnya. Irfan masih mahu mengejar Ara tetapi gadis itu sudah berada di seberang jalan. Keadaan jalan raya benar-benar sibuk sehingga menyukarkan Irfan untuk menyeberanginya. Seketika kemudian, Ara hilang dalam lautan manusia. Irfan benar-benar buntu. Kenapa Ara tiba-tiba berubah?

"Are you serious Ara?" soal Leha sambil memegang kedua-dua belah bahu Ara. Gadis itu mengangguk perlahan lalu tunduk.

"Oh, my God!" Leha ketawa berdekah-dekah sambil terguling-guling di atas katil Ara. Habis berkeronyok cadar gadis itu. Ara menampar punggung Leha yang seronok mentertawakannya.

"Ketawalah kau sampai mati!" marah Ara lalu menarik muka. Dia merenung ke luar jendela.

"Aku tak percayalah kau boleh cakap macam tu! Well, yelah..at last, kau puji Irfan baik, bertanggungjawab, berani, seorang yang melindungi dan apa lagi..sweet! Kahkahkah!"

"Cukuplah tu, Leha! Aku hunus pisau ni dalam mulut kau baru tahu!" ujar Ara sambil menyuakan pisau buah ke muka Leha. Sahabatnya itu berhenti ketawa.

"Sorry..ehehee.." kata Leha sambil mencium pipi Ara.

"Entahlah Leha..aku pun tak tahu kenapa aku sensitive sangat sekarang ni..mudah melenting tak tentu pasal.."

"Eleh, kau memang macam tu, Ara! Apa yang peliknya?" balas Leha selamba sambil menyumbat sepotong epal ke dalam mulutnya.

"Bukanlah! Maksud aku….dengan Irfan" tuturnya lambat-lambat. Leha memandang Ara lama. Dia ketawa kecil.

"Itu tandanya kau jatuh cinta dengan dia!" kata Leha sambil menarik kedua-dua belah pipi Ara. Ara mengaduh kesakitan sambil menampar tangan Leha.

"Gila! NO and NEVER!" bantah Ara.

"Tapi, itulah hakikatnya! YES and FOREVER!" balas Leha. Ara memandangnya tajam. Leha pantas menyambung.

"Kau kena ingat, Ara. Semua itu tak mustahil kan? Kau pun tahu,sejak kebelakangan ini kau dan dia kerap menghabiskan masa bersama. Susah dan senang sama-sama tanggung. Duduk pun di bawah satu bumbung. Apatah lagi sekarang, dia telah tolong kau selamatkan diri dari Hazrul jahanam tu! Baru kau nampak kebaikkannya. Sebelum ini, kau asyik kutuk saja dia! Pantang bertemu, ada saja yang diperdebatkan! Tapi, keadaan berbeza sekarang Ara..tapi, mungkin juga aku salah..aku cuma menyatakan pandangan aku sahaja.." terang Leha. Ara diam.

"Aku rasalah kan..Irfan tu baik juga. Cuma maybe dia tak biasa dengan girl kot? Tak tahulah juga..mama dia pun perempuan tapi bukan girl, sudah woman! Aku dapat rasakan kau secocok dengan dia, Ara! Eh, Ara! Kau dengar tak ni? Ara! Ara! Ya, Allah! Tidur! Ish, teruk betul!" Leha merungut sambil menggolek-golekkan badan Ara. Dia masih tidak berganjak. Leha bingkas bangun. Dia mahu pulang ke rumah. Hampir separuh hari dia menghabiskan masa dan menemani Ara di rumahnya. Sebaik Leha memulas tombol pintu bilik Ara untuk keluar, wajah Irfan terjengul di muka pintu.

"Terkejut aku, Irfan!" ujar Leha sambil mengurut dada.

"Aku pun terkejut juga..kau nak balik?" kata Irfan sambil cuba mengawal perasaan gemuruhnya.

"Aku sudah sehari lepak di sini! Aku chow dulu!" balas Leha sambil melambai tangan kepada Irfan. Dia terus melangkah ke tangga untuk turun ke bawah. Dalam pada itu, Leha masih sempat memandang plastik berisi bubur nasi di tangan lelaki itu. Argh, pedulikanlah! Leha terus melangkah keluar.

Irfan menolak sedikit daun pintu bilik Ara. Gadis itu terbaring di atas katil sambil menekupkan mukanya dengan kedua-dua belah tangannya.
Irfan menolak daun pintu dengan berhati-hati. Belum sempat Irfan membuka mulut, Ara tiba-tiba bangun. Gadis itu menjerit apabila melihatnya.

"Irfannnn!! Apa kau buat di sini?" jerkah Ara. Sebenarnya dia pura-pura tidur tadi. Sebaik Leha melangkah keluar dari biliknya, Ara bingkas bangun. Sememangnya, hatinya mengakui segala kata-kata Leha sebentar tadi. Dia sudah mula jatuh cinta kepada lelaki bernama Irfan itu!

"Aku cuma..cum.." ujar Irfan tersekat-sekat. Dia menunjukkan plastik berisi bubur nasi. Kenapa dengan Ara ni? Sensitif betul sejak akhir-akhir ini..

"Apa? Heh..kau ingat kau siapa hah? Kau ingat kau setelah mak kau kahwin dengan bapak aku, kau boleh buat rumah ni macam rumah kau?! Suka hati kau sahaja keluar masuk bilik aku! Abang aku pun tak buat macam ni!" tambah Ara lagi. Aik, apa yang aku merepek ni? Wajah Irfan berubah.

"Aku cuma nak bagi kau bubur nasi ni aje..tak ada niat nak.."

"Aku tak suka cara kau layan aku akhir-akhir ni!" hambur Ara lagi. Tiba-tiba dia teringat peristiwa ketika menonton wayang bersama Irfan tadi.

"Haha! Lucu gila! Best juga layan cerita jiwang petang ni! Tapi, aku tak suka mana dengan watak utama filem ni. Kasihan kat hero, heroin ganas sangat! Macam jantan! Kasar, ingat dia brutal! Huh! Benci aku perempuan macam tu! Kalau aku yang jadi hero, dah lama aku lesing betina macam tu!" komen Irfan sambil mengunyah popcorn. Amboi, mulut! Macam sindir aku sahaja! Ara di sisinya mula terasa hati. Sebab itulah, dia lari meninggalkan Irfan ketika itu juga. Dia tahu, dia bukan gadis yang diimpikan oleh lelaki seperti Irfan!

"Aku tak faham, maksud kau?" soal Irfan.

"Aku tak perlukan rasa kasihan kau! Aku boleh jaga diri aku!" balas Ara kasar.

"Jadi, kau ingat aku caring tentang kau selama ini sebab kasihanlah, begitu?" duga Irfan. Aku ingat kau mengerti Ara! Aku ingat kau faham hati aku!

"Jangan layan aku macam aku ni adik kau yang sebenar! Ingat, ada perkataan tiri di akhir nama hubungan kita!" Ara bergegas keluar lalu melanggar Irfan.

"Tapi, kau harus ingat..kita ada satu jenis hubungan lain lagi!"

Ara berhenti melangkah.

"Mana ada istilah kawan tiri, kan?"

Ara diam. Tapi, aku tidak mahu hubungan ini hanya sekadar kawan, Irfan! Takkanlah aku mahu berterus-terang! Gila! Aku ni serius ke apa?

"Bila masa aku berkawan dengan kau?" balas Ara lalu meninggalkan Irfan terkebil-kebil di situ. Sejak detik itu, mereka tidak lagi bertegur sapa. Masing-masing membuat hal sendiri. Ara juga jarang bertemu Irfan di sekolah mahupun di rumahnya. Irfan pula lebih senang menghadiri kelas tambahan yang hanya diwajibkan bagi pelajar yang lemah. Sedikit sebanyak Ara berasa bersalah. Gara-gara perasaan cemburu kerana melihat Irfan bersama Tasya, sikapnya terhadap Irfan terus berubah, padahal mereka sudah jarang benar bergaduh kebelakangan ini.

"Jom, keluar!" ajak Leha ketika di kelas. Deraman turut berada di sisinya.

"Pergi mana?" soal Ara malas. Sebenarnya, dia tidak berminat untuk mengikut Leha dengan Deraman. Dia lebih senang berada di rumah dan menunggu Irfan pulang.

"Tengok wayanglah! Then, macam biasa..KFC! Deraman belanja!"

"Aku pulak! Kau lah!" sanggah Deraman. Leha menjelirkan lidahnya.

"Kedekut! Sial! Padahal kau baru menang duit! Kau tahu tak Ara.." Deraman pantas menekupkan mulut Leha.

"Apa?" soal Ara pantas. Mereka berdua saling bertolakan.

"Alah..aku bagitahu sajalah.." kata Leha.

"Biar aku sendiri yang beritahu! Sebenarnya, aku masuk pertandingan melukis potret paling mirip!"

"Dia lukis gambar aku!" kata Leha dengan bangga. Mereka berdua ketawa.

"Eleh, kalau Ara ada time tu, aku sudah lukis dia lah! Tapi, aku kasihan dengan kau! Kalau bukan aku yang nak lukis, tak ada orang nak lukis wajah kau! Perasan!" dalih Deraman.

"Padahal kau terpikat dengan wajah aku yang sangat memikat hati ini! Haha! Tak sangka..wajah aku ni bertuah juga!"

"Perasan!" Deraman memulas telinga Leha.

"Dapat wang lima ratus ringgit!" tambah Leha lagi. Ara tersenyum penuh makna pada Deraman yang mula malu. Hebatkah cinta sehingga tanpa seseorang yang dicintai di depan mata, kita mampu melukis wajahnya dengan sebegitu mirip mengikut rasa hati? Hebatkah?

"Yelah..aku ikut kau!" Ara memberi persetujuan. Deraman dan Leha bersorak.

"Kau tak nak ajak Irfan ke? At least, kau bagitahulah dia sepatah dua tentang kau nak keluar ni, nanti dia tercari-cari!" pesan Leha apabila melihat kelibat Irfan. Tiba-tiba Tasya datang lalu memeluk lengan Irfan. Wajah Ara berubah.

"Tak usahlah.." kata Ara. Sakit betul hati! Kenapa sejak akhir-akhir ini, mereka sering berdua? Tasya asyik bertanya soalan sahaja pada Irfan, padahal ramai lagi orang lain! Dasar gedik!

"Hebat kan, Irfan? Dia dah jadi mentor, tahu? Mengajar budak yang low sikit bab study ni! Si tasya tu mantee dia! Sukalah tu, betina tu!" ucap Leha. Ara pantas menarik lengan Deraman dan Leha supaya berlalu dari situ. Tidak sanggup rasanya menonton drama murah seperti tadi!

Ara mengeluh lagi. Dia mengerling jam pemberian Irfan ketika majlis perkahwinan daddynya hari itu. Sudah pukul 12:45 pagi. Alamak, Irfan pasti sudah menunggunya di rumah! Ara bergegas membuka pintu pagar lalu melangkah masuk. Dia tidak sedar masa berlalu. Sebenarnya, dia telah mengajar Leha membuat ulang kaji fizik tadi. Dia makan malam pun di rumah sahabatnya itu. Badan Ara benar-benar letih. Dia menyelongkar beg sekolahnya lalu mengeluarkan kunci rumah. Belum sempat dia memasukkan anak kunci ke dalam mangganya, pintu rumah sudah terbuka. Ara terkejut besar.

"Mana kau pergi?" jerkah Irfan. Hatinya benar-benar panas. Dia mencari Ara merata-rata tempat sehingga lupa makan dan tidak dapat belajar. Telefon bimbit Ara juga tidak dapat dihubungi. Dia bimbang andai perkara yang sama menimpa Ara lagi. Apabila melihatkan Ara hanya membisu, Irfan pantas mencekak lengan gadis itu lalu mengheretnya masuk.

"Kau ni melampau, Ara!" tengkingnya lagi.

"Kau siapa nak marah aku ha?!" balas Ara pula.

"Disebabkan kau, aku tak dapat study malam ni! Tu, kau tengok! Atas meja makan tu! Aku penat-penat masak tapi membazir begitu sahaja! Kau ing.."

"Siapa suruh kau masak? Jadi, jangan nak salahkan aku!" balas Ara. Sebenarnya dia begitu terharu.

"Kau memang! Hati batu! Tak pernah nak faham perasaan orang! Kau ego, Ara!" marah Irfan. Ada lirih dalam nada suaranya. Dia benar-benar terasa hati.

"Heh! Ini rumah aku! Jadi, sedar diri! Mama kau kahwin dengan daddy pun sebab aku tahu! Kalau aku tak setuju, kau dan mama takkan mer.." belum sempat Ara menghabiskan kata-katanya, Irfan telah menampar Ara sehingga gadis itu jatuh terjelopok di sisi sofa. Ara menangis sambil memegang pipinya. Irfan menjadi kaget apabila melihat bibir Ara berdarah. Kuat sangat ke? Ah, sudah!

"Aku benci kau Irfan! Aku benci kau! Jangan pedulikan aku lagi!" Ara lari ke biliknya sambil menangis teresak-esak. Irfan menumbuk dinding. Maafkan aku Ara! Tapi, kau sudah terlalu kurang ajar! Dia mengeluh. Hubungan kita bertambah buruk..bagaimana caranya supaya aku bisa menghabiskan masa bersama, bergurau dan bergaduh dengan kau macam dahulu lagi?

Keesokkan harinya, Irfan menghabiskan masa di rumah dengan menonton televeisyen. Ara juga ada sedang menonton televisyen. Masing-masing membisu. Irfan berhasrat untuk meminta maaf pada waktu itu juga! Aduh, malu lah pulak! Macam mana nak mula ni..

"Ara..aku minta maaf!" kata Irfan sedikit kuat ketika Ara sedang ralit menonton televisyen. Gadis itu segera menutup telinganya. Aik, Irfan minta maaf! Hati Ara mula berbunga.

"Apa? Aku tak dengarlah! Cuba kau ulang?"

"Geram aku kau ni! Kau ni kan.."

"Eit..eit..! Kau dah minta maaf, kan? Tak boleh marah aku lagi tahu!"

"Yelah!" balas Irfan kasar. Ara ketawa besar. Dia senang menghabiskan masa bersama Irfan hari ini walaupun mereka tidak bertegur sapa. Sebenarnya, dia juga berasa bersalah. Dia juga ingin meminta maaf tetapi memandangkan Irfan sudah terlebih dahulu memohon maaf, maka dia terus membatalkan hasratnya! Ego! Memang aku ego! Irfan juga kata begitu!

"Ampunkan dosa aku! Aku nak berdamai dengan kau!"

"Betul ke apa yang aku dengar ni?" ejek Ara. Irfan pantas menarik rambut Ara.

"Sakitlah! Wes..lepas! Lepas!"

"Betullah ni..! Sakit tak aku tampar kau?" suara Irfan berubah serius. Ara pula jadi kaget.

"Sakitlah!" Ara pura-pura marah sambil memegang pipi kanannya. Irfan menarik hidung Ara.

"Tipu! Aku tampar pipi kau semalam! Bukan pipi kanan! Jangan nak kelentong!"

"Ha? Iya ke? Yelah..tampar pipi kiri..pipi kanan pun terasa juga!"

"Mengarut! Sini kau! Cepat! Duduk sebelah aku!" arah Irfan sambil menepuk-nepuk tempat duduk di sebelahnya. Ara yang hanya baring di karpet menggeliat kemalasan.

"Cepatlah!" gesa Irfan lagi. Ara bangun lalu duduk di sebelah Irfan.

"Apa dia?"

"Mana tempat yang aku tampar semalam? Maaflah..aku betul-betul hilang sabar semalam..sakit ke?" bisik Irfan sambil menyentuh pipi Ara dengan lembut. Dia mengelus pipi itu beberapa kali. Dia berasa amat bersalah.

"Kau maafkan aku tak?" tanya Irfan lembut. Hati Ara tersentap. Baiknya! Ara terpempan. Belum pernah dia berasa tenang seperti ini. Wajah Irfan semakin kemas memeluk tangkai hatinya.

"Yelah! Aku nak naik tidur!" Ara bingkas bangun. Kenapa dengan aku ni? Aku tak boleh berhadapan dengan situasi seperti ini lagi! Tidak boleh! Aku amat menyayangi Irfan! Tahukah kau, Irfan? Betul ke wahai hati? Mengapa aku selalu ragu-ragu, ha?



"Waa..comelnya! Hello? Saya Ara! Apa khabar si comel yang gemuk? Hee.."

"Eleh, hamster yang berbulu hodoh macam ni kau kata comel! Huh!"

"Eh, kau ni memang tak tahu menilai senilah Irfan! Tengok bulu dia! Comel apa! Colour hitam campur putih! Maaflah..si comel! Jangan terasa hati ye? Kawan saya memang jahat! Dia dengki sebab dia tak ada bulu macam awak! Jangan sedih ye?"

"Gila! Aku dengki? Macam skirt polka dot kau saja! Haha! Huh! Benci aku! Jom lah! Buat apa lepak kat kedai haiwan ni? Jom, kita pergi tengok wayang! Cepatlah!" Irfan mengheret Ara yang masih duduk mencangkung di sisi sangkar hamster. Disebabkan terlampau kuat tarikannya, Ara jatuh terduduk di lantai. Irfan ketawa pula.

"Hoi, kau ni hantu betullah! Bukan nak tolong angkat! Tapi, gelakkan aku pulak! Jahat!" Ara melempar kasutnya kepada Irfan.

"Hoi, hoi! Hoi! Kotorlah kasut kau! Habis baju aku ni! Baju baru pula tu! Okey..Sorry..sorry! Kasut kau hari tu ada lagi dalam bilik aku, tahu! Kau nak bagi aku kasut ni pula! Sudah..sudah! Aku minta maaf! Biar aku pakaikan kasut pada kaki kau yang berbulu lebat ni! Haha!"

"Hei, bila masa kaki aku berbulu, ha! Licin ni, tak ada cela pun!"

"Perasan! Ha..cepat! Hulur kaki tu!" arah Irfan yang sedang berlutut di hadapan Ara.

"Nah!" Ara menghulurkan kakinya. Irfan mendongak memandang wajah Ara yang tersengeh memandangnya. Cantiknya kaki Ara! Kulitnya memang bersih dan lembut.

"Yelah..kaki kau memang cantik" puji Irfan sambil menyarungkan kasut ke kaki Ara.
Dia mengikat tali kasut dengan cermat.

"Pandainya kau ikat tali kasut! Comel!"

"Tengok oranglah..ni Zarith Irfan! Tuan pun kacak..bijak..hebat, pand.."

"Dah! Dah! Mulalah tu..mengarut betul! Jom kita pergi!"

"Kau nak makan ais-krim tak?" soal Irfan tanpa memandang kepada Ara. Ketika itu mereka sedang berjalan di salah sebuah pusat membeli-belah yang terkemuka di ibu kota. Tangan gadis berpakaian dress paras peha berwarna pink itu masih di dalam gengaman Irfan. Ara menoleh kepada Irfan. Dia berhenti melangkah. Irfan pantas menoleh.

"Kenapa kau baik sangat dengan aku? Kenapa tiba-tiba kau jadi caring tentang aku? Semua benda yang aku buat, kau ambil tahu. Kau jarang maki aku. Tak macam dulu lagi. Tapi semua ni..tiba-tiba. Kenapa kau berubah?" tanya Ara sambil menarik tangannya daripada Irfan. Lelaki itu hanya ketawa kecil.

"Aku kan dah janji dengan mama untuk take care kau! Sudahlah..now, kau pilih nak perisa apa?" Irfan mengubah topik. Dia mengheret Ara ke kaunter menjual ais-krim. Ara hanya memerhatikan Irfan memesan pelbagai snek dan makanan sampingan yang lain. Kenapa dengan aku ni? Kenapa aku macam janggal saja dengan jantan ni? Macam ada satu perasaan halus..Aduh, gila! Sekarang aku rasa Irfan ni jauh berbeza dari apa yang aku sangkakan selama ini. Ternyata lelaki ini seorang yang memahami juga. Betul ke?

"Ara! Hello…" Irfan memetik jarinya beberapa kali. Ara segera tersentak. Irfan senyum lagi sehingga menyerlahkan lesung pipitnya. Dia memandang Ara atas dan bawah beberapa kali sambil mengangguk kecil.

"Kau comel sangat hari ni..nampak girly!" puji Irfan sambil tersenyum lebar. Ara berasa malu. Wawawawa..comelnya lesung pipit Irfan! Kenapa sebelum ni aku tak pernah perasan akan lesung pipit yang dimilikinya selama ini? Aku yang buta atau salah aku juga yang tak pernah memandang Irfan sebagai seorang manusia biasa? Argh..masakan salah aku! Irfan mana pernah senyum! Asyik marah aku saja! Hilang terus lesung pipitnya! Eh, ego lagi aku ni!

"Ara..cepat! Pilih saja..biar aku bayar!" kata Irfan sambil menarik hidung Ara.

"Berangan lagi.." Irfan pura-pura marah. Ara mencebik.

" Vanilla..campur colat chips, ye?" Ara membuat pesanan. Jurujual itu pantas mencedok ais-krim yang diminta ke dalam bekas plastic bersaiz sederhana. Kemudian, dia menaburkan coklat chips ke atas ais-krim tersebut. Setelah membayar segalanya, mereka berdua mengorak langkah ke bangku yang disediakan di setiap penjuru bangunan membeli-belah.

"Banyaknya kau beli..snek, coklat, roti, kek, wafer, ais-krim, corn, yogurt.." belum sempat Ara menghabiskan kata-katanya, Irfan pantas memotong.

"Aku beli untuk kau! Semua untuk kau! Kali ni, aku belanja kau memandangkan kau sedih. Well, yelah..kata orang, makan adalah cara terbaik untuk melupakan kesedihan. Haha!"

"Banyak sangat..membazir sahaja!"

"Alah..aku kan ada! Apa? Kau ingat, aku beli untuk kau makan sahaja? Sorry! Rugi lah kalau macam tu! Bukan aku tak kenal kau, Ra! Makan sikit macam budak tadika! Makanan ada tapi tak makan! Baik aku beli tapi kita kongsi! Aku tarik balik lah kata-kata aku tadi! Daripada makanan ni basi or rosak, bagi pada aku! Biar aku habiskan!Itu baru namanya tak membazir!"

Cis, aku ingat kau ikhlas Irfan! Huh! Si bakhil! Bencinya! Ara baru sahaja ingin menyuap sesudu ais-krim ke mulutnya ketika telefon bimbit Irfan berbunyi. Irfan pantas menekan punat angkat lalu menjawab panggilan tersebut.

"Hello, Amir! Haha! Lama tak dengar khabar! Bila kau datang sini? Oh, semalam! Aku? Aku sihat! Kau kat mana ni? Ha?? Aku pun kat mall ni juga! Kau kat bahagian mana? Floor berapa? Ha? Kau dah nampak aku tadi? Awek? Bukanlah..dia adik aku lah! Haha! Aku tak nampak pun kau tadi..tunggu aku! Aku nak jumpa kau sekejap!"

"Siapa tu?" tanya Ara. Irfan bangun. Pertanyaan Ara hanya dibiar sepi. Dia kalut memasukkan roti yang baru separuh dimakan ke dalam plastiknya balik.

"Kau tunggu sini, ek? Aku nak jumpa member aku kejap. Kejap sahaja. Tunggu tu! Kau makan dulu. Tapi, simpan untuk aku juga! Kejap lagi aku datang balik.." Irfan bergegas meninggalkan Ara di situ. Ara hanya memandang Irfan melangkah menjauhinya sehinggalah kelibatnya hilang di celah orang ramai. Ara mengeluh. Sepi kembali menguasai jiwanya. Aku yakin kali ni aku sudah mula sukakan Irfan. Are you sure, Ara? Sebelah hatinya bertanya. Yes, definitely..positive hundred percent! Jawab hatinya yang sebelah lagi.

"Saya nak perisa vanilla..campur coklat chips, ye?" satu suara tiba-tiba mengganggu lamunan Ara. Kelihatan seorang lelaki yang berpakaian serba hitam sedang membuat pesanan di kaunter ais-krim yang sama, tidak jauh dari tempat Ara duduk.

"Sorrylah..sudah habis. Ais-krimnya tak cukup untuk satu bekas, kalau encik nak campur dengan perisa lain, boleh. Kita ada strawberry..coklat..bluberry.."

"Habis?" soalnya sambil mengeluh. Ada riak kecewa di wajahnya.

"It’s okay..saya tak nak perisa lain..maybe next time..thanks!" Lelaki itu meminta diri untuk berlalu.

"Nanti!" halang Ara. Eh, kenapa dengan aku ni? Lelaki itu menoleh ke arahnya sambil mengangkat sebelah keningnya.

"Excuse me..yes..kenapa?" soalnya. Ara pantas menghulurkan bekas ais-krimnya.

"Awak ambik yang saya punya! Saya tak makan lagi..tak sentuh lagi.."

"Eh, tak apalah..awak makanlah! Kenapa bagi pada saya pula?" Lelaki itu ketawa. Ara hanya tersenyum. Pelik betul perempuan ni!

"Ambillah..vanilla, campur coklat chips"

"Ha? Awak pun pesan benda yang sama?" Ara hanya mengangguk. Ara melangkah merapati lelaki itu. Tingginya dia! Pemain bola keranjang ke?

"Tapi, kenapa bagi saya?" soalnya lagi. Ara mengangkat bahu.

"Entah..tiba-tiba saya rasa tak nak makan. Jadi, bagi awak saja lah!" balas Ara lalu meletakkan bekas ais-krim tersebut ke dalam pegangan lelaki itu.

"Tapi.."

"Saya kena pergi! Bye!" Ara pantas berlari mendapatkan Irfan sebaik terdengar lelaki itu menjerit memanggil namanya. Belum sempat lelaki itu mengeluarkan dompetnya, Ara sudah hilang daripada pandangannya. Aik, cepatnya! Bekas ais-krim di tangannya dipandang sambil tersenyum sendiri.

"Aik, cepatnya kau makan ais-krim!" tegur Irfan apabila melihat Ara hanya mengunyah coklat dari tadi. Ketika itu mereka sedang berjalan pulang ke rumah. Irfan melihat kepada tangan Ara. Bekas ais-krimnya sudah tiada. Ara tersedak. Dia terus batuk. Irfan segera menepuk belakang Ara.

"Aku silap cakap ke?" soal Irfan sambil berterusan menepuk belakang Ara.

"Hoi, perlahan sikit boleh tak? Kau tepuk macam nak pukul pula! Rasa nak putus nyawa aku!"

"Iya ke? Kalau gitu, aku gosok sajalah!" balas Irfan lalu menukar tindakannya.

"Eii..geli lah! Macam meraba pula! Sudahlah..!" Ara menepis tangan Irfan. Lelaki itu hanya ketawa. Ara segera mencubit perut Irfan.

"Gatal!"

"Alah..aku gurau saja!" ujar Irfan sambil berusaha menghalang tangan Ara daripada mencubit perutnya. Dia masih ketawa seperti tadi.

"Tak kira! Aku nak kau rasa cubitan aku yang maha bisa ini!" tempik Ara lalu mencubit Irfan tanpa henti. Mereka ketawa bersama sambil menolak satu sama lain dengan mesra. Irfan menyilangkan tangan Ara sehingga mereka berdua seakan berpeluk. Masing-masing berhenti ketawa. Dalam kedudukan serapat itu, Ara dapat mendengar nafas Irfan, saat wajah lelaki itu hanya seinchi dari wajahnya. Hatinya berdegup kencang. Tangannya sudah sejuk. Dia dapat merasa Irfan semakin mengemaskan genggamannya. Apa yang aku rasa kala ini? Mengapa aku seperti takut akan berhentinya saat ini? Masa..lambatlah engkau berlalu! Adakah benar aku mula menyayangi lelaki ini? Semudah itukah cintaku terhadap Hazrul berubah? Oh, hati! Sudah kah kau berpaling?

"Ra..aku.." bisik Irfan perlahan ke telinga Ara. Bergetar jiwanya saat dadanya berlaga dengan lekuk tubuh Ara. Gadis itu hanya membisu. Irfan semakin mendekatkan bibirnya ke telinga Ara.

"Hoi, apa yang korang buat ha?" laung Leha dari jauh. Irfan segera melepaskan Ara. Kedua-duanya tersentak. Irfan melambai Leha yang sedang berlari ke arah mereka, di sisinya turut ada Deraman.

"Bukan main romantik korang berdua! Ehem..ehem! Ada apa-apa yang kitorang tak tahu ke?" usik Deraman sambil menggoyangkan punggungnya seperti tarian hawai. Ara pantas menepuk dahi Deraman.

"Aduh!"

"Aku nak jatuh tadi! Nasib baik Irfan sambut! That’s all!" bohong Ara tanpa menoleh kepada Irfan. Leha tersengeh.

"Alah, kalau korang ada apa-apa pun apa salahnya, betul tak Deraman?"

"Betul sekali!"

"Ha..see?"

"Mengarutlah..takkan ada benda macam ni!" sanggah Irfan pula. Ara pantas menoleh kepada Irfan. Mereka berpandangan seketika. Betul ke takkan ada benda macam ni? Ara cepat-cepat melarikan anak matanya ke tepi apabila Irfan berpaling ke arah lain.

"Yelah! Yelah! Takkan Irfan mahu gadis lasak macam kau pula!" Leha mengalah.

"Betul tu! Ara pula takkan mahukan lelaki yang mulut busuk macam si Irfan ni!" sampuk Deraman pula. Ara dan Irfan berpaling kepada satu sama lain serentak. Masing-masing teragak-agak untuk membuka mulut.

"Sudahlah..kami just kidding! Haha! Tengok, aku pun pandai speaking sekarang! Haha! Jom, kita tengok cd hantu di rumah korang!" ajak Deraman sambil menunjukkan satu cd di dalam beg sandangnya.

"Tajuk apa? Latest ke?" soal Ara tidak sabar sambil cuba mengambil cd dari beg Deraman. Leha menepuk tangan Ara.

"Kau tak boleh tengok lagi! Kita tengok kat rumah kau lah! Panas lah kat sini! Jom lah! Jom!" Leha mengheret lengan Ara. Kemudian, mereka semua berjalan sambil bergurau senda menuju ke kediaman Ara dan Irfan sambil diperhatikan seseorang dari jauh.

Malam itu, hujan turun dengan lebatnya. Ara masih khusyuk membuat kerja sekolah di biliknya. Peperiksaan SPM cuma tinggal beberapa bulan sahaja lagi. Dia mula kalut. Banyak lagi yang masih belum dikuasai. Apabila difikirkan kembali, dia mula menyesal kerana kerap ponteng kelas dahulu. Nasib baik, walaupun dia bertindak demikian, Ara masih muncul sebagai salah seorang pelajar cemerlang di sekolahnya. Tapi, dia terpaksa belajar sehingga tidak tidur malam setiap kali menjelang peperiksaan! Ara mencapai buku fizik di rak buku sebelah meja belajarnya. Dia membelek ke muka surat pertama.

"Aku nak study tajuk Pressure, yang lain semua dah cover kecuali tajuk Light.." dia berkata sendiri lalu menarik kertas kuning yang ditampal di dinding. Kertas yang tertera senarai tajuk yang masih belum ditelaah dipandang sepintas lalu.

"Electromagnetism Form Five, aku lansung tak faham! Benci aku tajuk ni! Aku tak belajar pun..mana aku pergi time tu ha? Oh..ingat! Ingat! Aku ponteng school seminggu gara-gara bergaduh dengan daddy sebab bertumbuk dengan Irfan hari tu! Then, aku join team hoki, tuang kelas lagi! Adus, gila!" Ara menumbuk permukaan meja sehingga pen birunya tercampak lalu jatuh ke lantai. Ara pantai membongkok untuk mengambil pen tersebut.

"Ara! Kau nak air nescaf..alamak!" Irfan pantas menutup semula pintu. Ara pantas berpaling ke pintu. Kenapa Irfan cakap macam tu? Ara segera bangun lalu menuju ke pintu. Kenapa aku rasa pelik ni? Oh, mak! Aku hanya bertuala sahaja! Waa…malunya! Macam mana aku boleh lupa pakai baju selepas keluar toilet tadi! Gila! Gila! Sebenarnya, disebabkan berasa mengantuk, Ara mandi lagi untuk kali kedua. Setelah keluar dari bilik mandi dia terus duduk di meja belajar. Malu gila, beb! Semua ni gara-gara fizik! Ara segera mengunci pintu biliknya. Dia segera menyarungkan baju tidur yang tersadai di atas katil. Setelah menyikat rambut, Ara segera memulas tombol pintu untuk keluar.

"Aku minta maaf..aku tak ada niat nak intai kau.." suara Irfan tiba-tiba. Ara terkejut. Irfan ada di tepi dinding. Ara buat tidak tahu. Sengaja dia menebalkan mukanya. Setelah mendapati tiada reaksi daripada Ara, Irfan mengeluh lega. Walaupun Ara sudah lengkap berpakaian, Irfan masih terbayang-bayang lurah dada Ara ketika dia membongkok untuk mengambil pen di lantai tadi. Seksi gila! Irfan meneguk air liurnya. Rambut Ara yang masih basah membuatkan dia jadi resah.

"Terima kasih sebab buatkan aku air ni! Bye!" Ara pantas mencapai gelas di tangan Irfan lalu masuk semula ke biliknya. Belum sempat Irfan berkata apa-apa, terdengar pintu bilik dikunci dari dalam. Irfan mengeluh. Dia memandang set soalan Sejarah yang diselitkan poket belakang seluarnya.

"Aku baru nak tanya kau soalan..tak apalah.." ucap Irfan perlahan seakan berbisik kepada dirinya. Dia tidak jadi mengetuk pintu bilik Ara. Kecewa! Irfan melangkah ke biliknya. Baru sahaja beberapa langkah, dia berpaling semula ke pintu bilik Ara. Sambil membuat gaya flying kiss, Irfan menyebut sesuatu. Tiba-tiba, pintu bilik terbuka. Wajah Ara sudah di muka pintu. Alamak, dia nampak kah?

"Apa kau buat tadi?" soal Ara sambil berkerut kening. Irfan kelu. Ah, sudah!

"Aku nak tanya soalan ni.." Irfan pantas menunjukkan set soalan tadi. Ara mencapai set soalan tersebut sambil cuba meneliti soalan yang ditanya.

"Apakah faktor yang mendorong Vyner Brooke menyerahkan Sarawak kepada British? Alah, dia nak satu jawapan sahaja kan? First, uzur! Second, tiada pewaris yang sesuai!"

"Kau sure ke?" soal Irfan ragu walaupun dia sudah tahu Ara memang bijak Sejarah.

"Entahlah..kalau kau tak sure, kau check lah! Aku pun tak berapa sure sangat, tak study lagi bab tu! Rasanya macam betul dah!" balas Ara lalu berlalu menuju ke tangga.

"Kau nak pergi mana tu? Tak nak study ke?" soal Irfan lagi.

"Otak aku ni sudah retak, tau! Sejak pukul lapan lebih lagi aku study, sekarang sudah pukul sebelas lebih! Penat, wei! Aku nak turun bawah kejap, nak bakar roti! Lapar!"

"Aku nak turun jugalah!"

"Kenapa pulak? Kenapa kau nak ikut aku? Menyibuk sahaja!"

"Eleh, kereklah minah ni! Mana ada aku ikut kau! Aku temankan kau saja, mana tahu kot-kot ada hantu dalam cerita yang kita tengok petang tadi di belakang dapur? Heh!"

"Irfan! Mengarutlah kau ni!"

"Kenapa? Takut? Haha!"

"Bukanlah! Entah-entah kau tu yang takut tinggal sorang-sorang dekat tingkat atas ni? Haha!"

"Aku pulak! Tengok orang lah!"

"Okay..we will see.."

Sebaik sampai di dapur, mereka berdua saling menolak untuk memasang suis lampu. Hujan di luar sana semakin lebat.

"Pasanglah lampu kalau kau berani sangat!" arah Ara sambil menjentik telinga Irfan.

"Sakitlah! Aku pulak! Kau lah! Suruh-suruh orang pulak!"

"Mengaku sajalah kau ni penakut! Haha! Mana ada hantu! Biar aku saja yang pasang lampu! Penakut!" balas Ara lalu menghulur tangan untuk memetik suis lampu. Irfan hanya mencebik. Tiba-tiba Ara berasa ada tangan yang memegang tangannya. Matanya terbeliak.

"Irfan.." bisik Ara cemas. Irfan pantas mendekatkan dirinya dengan Ara. Dia terus terbayangkan hantu dalam cerita yang ditontonnya petang tadi. Ada babak mayat yang bergolek jatuh dari tangga. Irfan menjeling tangga di belakangnya. Macam mana kalau benda itu betul-betul terjadi? Dia melihat pergelangan tangannya. Bulu romanya sudah menegak.

"Aku rasa ada benda yang pegang tangan aku, Irfan!" adu Ara cemas. Irfan kalut.

"Mengarutlah! Cepat tarik tangan kau!" marah Irfan. Peluhnya mula menitik. Dia memeluk bahu Ara dengan kejap. Tiba-tiba ada benda jatuh bergolek dari tangga. Mereka berdua segera berpaling. Pasu yang diletakkan di tingkat dua jatuh bergolek sehingga berdecing-decing bunyinya. Irfan menekupkan mukanya ke belakang Ara. Seketika kemudian, pasu itu sampai ke lantai paling bawah lalu pecah. Irfan dan Ara bertempik serentak. Ara pantas menarik tangannya yang tersekat tadi lalu memeluk leher Irfan. Kain putih jatuh di kaki Ara sebaik dia menarik tangannya. Irfan cuba menarik nafas. Dia menyepak kain putih itu ke tepi tetapi kain itu terbuka pula. Ada darah! Ara menjerit lagi! Irfan segera menarik tangan Ara lalu mereka lari ke ruang tamu. Guruh dan kilat datang serentak. Semua lampu padam. Keadaaan menjadi gelap-gelita. Ara memandang sekeliling. Dia tidak dapat melihat apa-apa. Irfan mula sesak nafas.

"Blackout.." bisik sambil Irfan memeluk Ara dengan kemas. Mereka duduk di sofa panjang di ruang tamu sambil membongkok.

"Jangan-jangan.." bisik Ara perlahan.

"Apa? Kau nak cakap apa, Ara?" balas Irfan seakan berbisik. Janganlah kau nak mengarut..cakap yang bukan-bukan..nanti masin mulut kau..

"Ada pencuri kat tingkat dua!"

"Mengarut! Aku sudah lock semua tingkap dan pintu!"

"Sure?"

"Surelah!"

"Sliding kat beranda belakang tingkat dua pun?"

"Tak!" balas Irfan sambil mengeluh kecewa. Ara mengangkat wajahnya. Dia meraba wajah Irfan dalam gelap.

"Aduh, kau tercucuk mata aku! Ni muka aku!" Irfan meletakkan kedua-dua belah tapak tangan Ara di pipi kiri dan pipi kanannya.

"Kita kena berani! Mungkin kebetulan sahaja semua ni! Mana ada hantu! Aku syak ada seseorang dekat tingkat atas..we have to fight!"

"No! Aku rasa tak! No!" balas Irfan cepat. Tiba-tiba terdengar bunyi benda pecah di tingkat dua. Kemudian, bunyi pintu dikopak.

"Kau masih nak bertegas tak ada orang lain lagi?"

"Kalau lah betul ada orang lain dalam rumah ni, bahaya Ara! Kita hanya berdua! Mereka mungkin ramai! Manalah tahu, diorang ada senjata! Aku tak mahu salah seseorang daripada kita tercedera atau diapa-apakan! Aku tak mahu semua tu berlaku!"

"Habis tu, kau nak biar saja diorang ambil semua barang berharga kita? Macam tu?"

"Tiada apa yang lebih berharga daripada kau, Ara!"

Ara menarik tangannya dari wajah Irfan.

"Kau penakut, Irfan! Aku kecewa dengan kau! Sudahlah, aku nak naik atas!"

"Ara, tunggu!" panggil Irfan. Ara sudah hilang. Irfan mula cemas. Degil sungguh Ara! Dia mula mengejar Ara yang sudah menaiki tangga menuju ke tingkat atas.

"Ara, tunggu dulu!"

"Diamlah penakut! Pengecut!"

Irfan mula bimbang akan keselamatan mereka berdua apabila terpandangkan wayar telefon yang sudah dikerat. Jantungnya berdegup kencang. Jadi, betullah ada orang lain dalam rumah ni? Belum sempat dia memanggil Ara, terdengar jeritan Ara dari tingkat atas.

"Irfan! Irfan! Lari! Diorang ada pistol! Lari!" Irfan terpaku di anak tangga ke sembilan. Dia meraba poket seluarnya. Mana telefon bimbit aku? Ha? Tiada! Mustahil!Baru aku ingat, dalam bilik! Tengah charge! Gila! Kenapa jadi begini? Mama..maafkan Irfan!

"Lari Irfan! Lari!" jerit Ara lagi. Kedengaran suara beberapa orang lelaki ketawa besar.

"Lepaskan aku, bodoh! Jangan sentuh aku! Jangan! Jangan!" jerit Ara lagi.

Takkan aku nak biarkan Ara begitu saja? Dia melangkah ke tingkat atas dengan cepat. Tetapi, dia tiba-tiba berhenti. Tak boleh! Maafkan aku Ara! Aku akan tolong kau, sayang! Sabar! Tapi, siapa yang akan tolong aku? Deraman! Irfan pantas berlari turun. Ada satu lagi telefon di bilik tetamu di belakang dapur! Mungkin diorang tak perasan akan bilik ni! Irfan pantas mencapai gagang telefon lalu mendail. Baru sahaja bebarapa deringan, Deraman sudah berada di hujung talian.

"Man, tolong aku!" Nafas Irfan sudah termengah-mengah.

"Tolong apa lagi? Apa? Tolol? Heh, siapa yang tolol? Hello, apa? Tak dengarlah.."

"Aku dan Ara dirompak!" tempik Irfan. Deraman ternganga di hujung talian.

"MasyaAllah..habis tu macam mana? Apa perlu aku buat? Tak dengar lah.." Deraman mula kalut. Buku rujukan Biologi dicampak terus ke bawah katil. Sayup sahaja suara Irfan di hujung talian. Dia tidak dengar apa yang diberitahu oleh lelaki itu.

"Call pol.." belum sempat Irfan menghabiskan kata-katanya, seorang lelaki berpakaian serba hitam dan berserkup kepala sudah berada di muka pintu sambil memegang pistol. Irfan ternganga.

"Irfan! Irfan..aku datang sekarang! Irfan kau take care Ara! Irfan kau dengar tak ni? Irfan? Hello..hello? Helloooo.." Deraman menjerit di hujung talian. Jiwanya seperti ingin pecah. Dia memanggil Irfan lagi. Tiba-tiba dia mendengar bunyi tembakan dilepaskan. Suara Irfan sudah tidak kedengaran. Talian sudah putus. Deraman terduduk di lantai. Air matanya jatuh menitis.

Deraman bingkas bangun. Ara! Aku mesti selamatkan Ara. Dia pantas mendail nombor kecemasan. Setelah itu, Deraman mendail pula Leha dan beberapa temannya yang lain. Dia bergegas keluar. Sepanjang perjalanan, dia benar-benar berharap dia masih belum terlambat. Air matanya tidak henti-henti mengalir. Maafkan aku andai aku benar-benar terlambat! Dia terbayangkan wajah Irfan. Selama ini dia menjadi pendengar setia luahan hati Irfan tentang betapa letihnya lelaki itu terpaksa menjaga Ara. Setiap malam lelaki itu tidak dapat melelapkam mata dengan lena kerana bimbangkan keselamatan Ara. Terlalu berat amanah yang terpaksa dipikul oleh Irfan apabila bibiknya terpaksa menyambung cuti setelah suaminya yang sakit telah meninggal dunia. Pengawal keselamatan mereka juga jatuh sakit dua hari lepas. Pemandu mereka pula sudah tidak tinggal bersama mereka lagi setelah bernikah minggu lepas. Maka, segala hal harus difikirkan oleh Irfan. Air mata Deraman menitik lagi.

"Jangan sentuh aku! Jangan! Korang jahat! Jahat! Binatang!" sumpah Ara apabila perompak seramai lima orang itu mula menanggalkan pakaiannya. Ara menggelepar sesungguh hati. Rumahnya sudah berselerak. Daddy! Abang Alif! Abang Aqif! Mama! Irfan! Seru hatinya berulang kali.

"Kata-kata terakhir sebelum aku tarik nyawa kau!" Seorang perompak menghumbankan tubuh Irfan ke kaki Ara. Irfan!! Lelaki itu sudah tinggal nyawa-nyawa ikan. Ada kesan tembakan di bahu Irfan. Kesan tumbukan dan pukulan jelas dan ketara sekali pada wajah dan badan Irfan. Baju lelaki itu juga sudah koyak. Mungkin telah dibelasah oleh perompak berbadan besar itu.

"Irfannnnn!!!!" raung Ara sambil menangis tidak henti-henti. Irfan mengangkat wajahnya.

"Ra..r..ra.."

Dia menangis sambil memegang betis Ara. Maafkan aku Ara andai aku terlambat! Ara cuba mencapai tangan Irfan tetapi dihalang oleh perompak tersebut.

"Maa..maafkan..a..aa..aku" tutur Irfan tersekat-sekat. Perompak yang dipanggil Joe oleh teman-temannya menyepak muka Irfan sehingga muntah darah. Dia memijak kepala Irfan sambil ketawa besar. Ara menjerit.

"Jangan buat macam tu, bodoh!" jerkah Ara! Binatang! Manusia jenis apakah mereka? Dia terus ditampar beberapa kali.

"Berani kau kata aku bodoh! Dasar betina! Tanggalkan pakaian dia! Kita kasi dia kaw-kaw! Ramai-ramai!" arahnya. Irfan menjerit.

"Jangan! Binatang! Jangan sentuh dia!" tempik Irfan sesungguh hati. Dadanya berasa sakit sekali. Jantungnya seakan ingin pecah akibat diterajang oleh perompak berbadan besar itu. Kepala Irfan terasa berdenyut-denyut setelah dipukul dengan kayu hoki. Irfan berasa kakinya sudah patah setelah dipukul dengan kayu hoki akibat dia melawan. Sakitnya hanya tuhan yang tahu! Ngilu!


"Kenapa liat sangat nyawa kau, ha?" Mereka menyepak Irfan di dada berkali-kali sehingga Irfan muntah darah. Irfan mengerang kesakitan.

"Aku nak kau tengok kami kerjakan adik kau ni! Haha! Cepat! Terlentangkan perempuan tu!"

Ara menjerit sekuat hati. Perompak itu mencarikkan pakaian Ara dengan rakus. Irfan mengengsot mendekati Ara yang sudah diheret ke ke kerusi. Air matanya menitik. Aku tidak rela melihat gadis aku diperkosa di depan mata!

"Irfan..tolong aku! Tolong aku!" raung Ara.

Irfan cuba menjerit tetapi dadanya berasa sakit sekali. Darah tidak henti keluar dari bekas tembakan di bahu kirinya. Pandangannya mula berpinar-pinar. Dalam kesamaran pandangannya, Irfan melihat Ara sudah separuh bogel. Dia menangis semahu-mahunya. Aku tak boleh menyerah begini! Ara adalah tanggungjawab aku! Dia cuba bangun lalu mencapai pistol yang diletakkan di atas meja. Dalam keadaan terhuyung-hayang Irfan memberanikan diri melepaskan tembakan. Satu! Dua! Tiga!

"Jahanam!" tempik salah seorang daripada mereka. Dia berpusing lalu terus mengacukan pistol ke arah Irfan lalu melepaskan sedas tembakan. Tembakannya tepat mengenai dada Irfan. Ara kelu. Irfan rebah. Pandangannya mula gelap. Dia dapat melihat Ara menjerit dan meraung lalu mendekatinya tetapi dihalang oleh dua orang perompak lain. Tiga lagi sudah senasib dengannya. Irfan merasa nafasnya mula putus. Dia menitiskan air matanya lagi untuk kali terakhir apabila melihat Ara ditarik lagi oleh perompak itu.

"Allah.." sebut Irfan perlahan. Pandangannya silau dan berpinar-pinar. Keadaaan sekelilingnya seperti berpusing-pusing. Wajah mama dan seluruh orang yang pernah hadir dalam hidupnya seperti menari-nari di alamnya yang sedang berputar kuat. Sebelum matanya benar-benar tertutup, kedengaran bunyi siren polis. Selepas itu, Irfan terus tidak sedarkan diri.


Enam tahun kemudian…
posted by Penulisan2u @ 5:43 PM  

Kongsi Karya Ini Di Dinding Facebook Anda
19 Comments:
  • At 21/12/08 8:01 PM, Anonymous Tanpa Nama said…

    kesiannye ara & irfan..
    cepat - cepat sambung ye..
    x sabar nak tau apa akan jadi seterusnya...

     

  • At 21/12/08 11:09 PM, Blogger keSENGALan teserlah.. said…

    waaaaaa...
    naek blu roma akuh..
    cpat2 smbung...

     

  • At 21/12/08 11:27 PM, Anonymous Tanpa Nama said…

    wow best la cite nih. ade blog x? tlg bg

     

  • At 22/12/08 1:38 AM, Anonymous Tanpa Nama said…

    sedeyh lar cite nie...smbng lar cpt...

     

  • At 22/12/08 12:43 PM, Anonymous Tanpa Nama said…

    best ar cerita ni cpt nk new n3....penulis ade blog sendiri ke?

     

  • At 22/12/08 3:20 PM, Anonymous Tanpa Nama said…

    giler la ak rase mcm real plak cite ni~

    gd job 2 da writer..

    keep it up keh~

     

  • At 23/12/08 1:50 PM, Anonymous aifa said…

    suspen nye...
    rsa nk tmbuk je prompak tuu..
    krang ajr giler...
    ape jd ngan irfan???ara pn cam na??
    cpt smbng tau...
    x sbar nk bca lg...

     

  • At 25/12/08 4:44 PM, Anonymous Tanpa Nama said…

    besh2x...
    aku jrg bc citer kat cnie...
    juz smpt nk upload n3 citer aku jew..
    salute arh..
    um0 k0 bper erk?


    -zachwan-

     

  • At 25/12/08 6:20 PM, Anonymous Tanpa Nama said…

    thnks utk smua comments,
    nwy, nk ans ques some of u,
    maaf rr, sy xda blog, and kpd
    zachwan, sy bru abis spm
    thnks again sbb read my story,
    insyallah sy akn upload n3 xlama ag

    salam,
    Ara Ariani

     

  • At 5/1/09 1:23 AM, Anonymous Tanpa Nama said…

    the best story yang pernah saya baca...slumber tapi seronok dibaca!buatlah blog...boleh saya copy and paste cerita ni..please...saya nak collect this story as my collections!

     

  • At 8/1/09 2:12 AM, Blogger LyAna said…

    wow..
    amazing lo..
    smbng cepat..
    please smbng cepat..

     

  • At 8/1/09 2:13 AM, Blogger LyAna said…

    haha..
    bestnyer citer..
    smbng lg ..
    cepat dong..

     

  • At 20/1/09 9:45 PM, Anonymous Tanpa Nama said…

    cpt la smbg...
    jgn la bg irfan mati..kst2,buat la romantik skit..

     

  • At 6/2/09 12:42 AM, Anonymous alkene87 said…

    salam..
    wei smbung ar cpat
    jgn biar trgantung cmni
    xlame lg aku busy nk g kursus
    rekrut ni...
    kalo ade blog lg bgus
    leh aku save
    tmbah koleksi NILAM aku..
    hohoho

     

  • At 9/2/09 10:41 AM, Anonymous Tanpa Nama said…

    slm........
    cpt la smbg....
    ish dh lma sgt nie xkuar2 gak ke...

     

  • At 9/2/09 5:32 PM, Anonymous Tanpa Nama said…

    adoy cpatla smbung.
    dh bln 2 ni..
    bw cie ni best3

     

  • At 15/2/09 8:48 PM, Anonymous Tanpa Nama said…

    ye la..sambung ah..lama da tunggu ni,dari bulan 12 lg ni..huhu..sibuk ka penulis dia??
    -b.b-

     

  • At 1/3/09 1:31 PM, Anonymous Tanpa Nama said…

    bile nak sambung niiee!!!!!!!
    3 bulan tunggu!!
    cepatla cket..!!
    buat penat jer...
    NYAMPAH!

    ~~PapaTul~~

     

  • At 11/9/09 11:16 PM, Anonymous Tanpa Nama said…

    waaaaaaaa....sadisss!! kesian irfan!!!!

    ~rama-rama~

     

Catat Ulasan

TINGGALKAN ULASAN DAN KOMEN, PADA SETIAP KARYA YANG ANDA BACA Penulis memerlukan ulasan dan komen, bagi memperbaiki penulisan dan memperbetulkan kesilapan. Komen dan ulasan anda akan memberi satu semangat kepada penulis, untuk terus menulis karya dan seterusnya menghasilkan karya yang menarik. Kerjasama & sokongan daripada pembaca amat kami hargai. Sebab itulah kami menyediakan HADIAH, sebagai penghargaan kepada penulis dan juga kepada pembaca yang aktif memberi komen & ulasan

<< Home

 

 

 NOVEL TERBARU DI PASARAN

 

 

"Dia hidup bukan kerana cinta. Dia hidup kerana kehadiran Prince Charming yang menyelamatkannya. Semuanya gara-gara dia mengoyak Carta Prince Charming—carta misteri yang tiada sesiapa tahu dari mana datangnya. Yang pasti, memang dia langsung tidak percaya dengan sumpahan yang dikatakan berkaitan dengan Carta Prince Charming.

"Sumpahan puteri? Kau ingat ini cerita dongeng ke? Puteri apa yang nak sumpah aku ni? Puteri bunian? Puteri lindungan bulan?”

Desakan daripada Sofea membawanya ke Kelab Bola Sepak. Di situlah Prince Charming berkumpul. Tetapi hanya seorang sahaja Prince Charming yang dicari-carinya. Namun, untuk mencari Prince Charming bukanlah mudah, namun dia yakin, antara mereka, pasti salah seorang adalah penyelamatnya.

Orang tu pun satu! Dah selamatkan nyawa orang, tak reti-reti ke nak munculkan diri? Bukan ke lagi senang kalau datang berdiri depan aku dan cakap, Sayalah yang selamatkan awak daripada kena langgar semalam. Finish! Tak adalah nak panjangkan cerita sampai beratus muka surat semata-mata nak cari Prince Charming!

Tajuk: Prince Charming
Penulis: Ratu Bulan
Terbitan: Fajar Pakeer

Harga: RM19.90
Ulasan:

 


 

NOVEL HANGAT DIPASARAN

 

 

Pertemuan pertama memberi impak yang berbeza kepada dua insan. Maria malu mengenang, sedang Hisyam mahu mendekat. Maria semakin resah apabila Hisyam terus-terusan mendesak. Dalam benci ada rindu. Bijak Hisyam memujuk, mereka akhirnya disatukan.

Salina hadir menjadi duri dalam daging. Bagi Hisyam, gadis itu ialah sahabatnya yang terbaik. Insan paling dipercayai. Namun, dalam diam, Salina meracuni hubungan mereka. Salina ada agenda yang tersendiri.

Semakin hari, semakin nipis rasa percaya Maria terhadap Hisyam. Namun, dia tidak mungkin menghindar rasa kasih yang sudah menebal. Demi menunaikan permintaan Maria, Hisyam tega melamar Salina walau ada luka di hati.

Sanggupkah Hisyam menduakan Maria yang pernah dicintai sepenuh hati? Dan, Maria, mampukah membiarkan suami tersayang jatuh ke tangan Salina? Atau, Mariakah orang ketiga yang tidak lagi diperlukan kehadirannya oleh Hisyam?

 

Baca bab awal dari bab 1-15 di www.takmungkinkuhindar.blogspot.com
 

Tajuk: Tak Mungkin Kuhindar
Penulis: Ana Sofiya
Terbitan: Fajar Pakeer

Harga: RM22.90
Ulasan:

 


       Karyaseni

www.karyaseni.my
www.karyaseni.com.my
       Menarik Klik Dibawah
    50 Karya Terbaru

  Info Karya Terkini

      Baca Karya Pilihan

  Pelukan Cinta - Novel cinta yang 90% adalah kisah benar, wujud lagikah manusia sebegini?

 

  Suami Aku Ustaz - Bila Suami Yang Merupakan ustaz kini menjadi suamiku, Sebuah novel yang banyak menekan nilai-nilai islamik

 

  Terlerai Kasih Sebuah novel yang heroinnya bertudung, novel yang begitu menarik. selamat membaca

 

  Kahwin Ganti - Novel yang pasti dapat memikat hati pembaca. bagaimana seorang yang sakit menjadi suamiku

 

  Kemilau Karya Kasih - Kisah  anti novel melayu, yang memandang jijik dan hina novel melayu. ikuti kisah menarik ini.

 

  Opps pintu hatiku - Kisah yang menarik pilihan yang mampu memberi keseronokan membaca

 

  Pilihan Mama - perlukah ikut pilihan mama, sedangkan pilihan mama umpama manusia yang tidak berperikemanusian

 

  Tak Mungkin Kuhindar - Novel yang mendapat sambutan dan popular di penulisan2u

 

  Dibius Cinta - Cucukan jarum cinta manakah yang mampu membius hatiku. Kalau sudah membaca novel ini kali pertama, pasti tidak akan berhenti.

 

 

klik pada tajuk untuk membaca karya pilihan di atas

 

      Iklaneka

 

125 

 

 

 

 

 

Berminat iklan di blog penulisan2u? hubungi kami di email : Bantuan@penulisan2u.net

      Tarikh Karya

 

Ikuti blog ini | Follow this blog

      Berita Hangat

Penulisan2u sedang berkerjasama dengan Penerbit Novel bagi memberi peluang kepada penulis-penulis berbakat dan karya yang menarik. Antara novel yang sudah di terbitkan

 

  Biarlah YM Berbicara

  Baju Pengantin Mak Andam

  Siapakah Di hatiku

  Hot Gimmick

  Pergilah Air Mata

  Sepupuku Suamiku

  Hadirmu Takdirku

  Cermin

  Tak Mungkin Kuhindar

  Bini Aku Tomboy Ke?

  Jodoh Atau Cinta

  Prince Charming

  AD + IZ 

 

Tunggu kemunculan novel-novel terbaru dari penulis penulisan2u setiap bulan di pasaran.

      Ingin Hadiah?

PERADUAN KUIZ . Tahniah kepada 10 Pemenang Kuiz, Hadiah ditaja oleh Syarikat Penerbitan Kaki novel Enterprise. Klik Disini untuk melihat Senarai pemenang.

 

UNTUK PENULIS. 5 Penulis terbaik pilihan pembaca setiap bulan. akan menerima hadiah sebuah novel. Blog pertama dan satunya2 blog yang memberi hadiah kepada penulis. Klik Disini untuk melihat senarai Penulis terbaik pilihan pembaca setiap bulan

 

UNTUK PENGULAS & PEMBACA?

2 Pengulas paling AKTIF dengan memberi komen yang ikhlas dan membina, pada setiap karya cerpen / novel  di penulisan2u akan menerima hadiah sebuah NOVEL.

 

      Bilik Sembang

Info
TAG

koleksi novel, koleksi novel cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik, novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru, teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram, cerita, cerita cinta, cerita melayu

UCAPAN

1/1/2009:
Tahun baru misi baru, cerpen dan novel pun baru. semoga terhibur bersama blog kami

KATA HIKMAH

1) Cara yang pasti untuk terlepas dari berjaya ialah terlepas peluang

2)"Jika saya ingin memulakan kembali perniagaan saya, maka saya akan memilih perniagaan network (MLM)"DONALD TRUMPH

3) "ada menyebut, 9/10 daripada rezeki berpunca daripada perniagaan" HADIS

4)Dalam tempoh lima tahun akan datang hanya wujud 2 jenis perniagaan iaitu perniagaan yang menggunakan INTERNET sebagai platform ATAU perniagaan tanpa internet yang akan terkeluar dari persaingan dunia perniagaan.” Apabila ditanya kepada beliau, bagaimana awak boleh jadi di antara orang yang terkaya di dunia? Jawab beliau,“Saya berada ditempat yang betul tepat pada masanya, saya melihat VISI dan yang sangat penting. Saya melakukan TINDAKAN!!”. BILL GATES

5) "Daripada 40 orang terkaya yang berumur di bawah 40 tahun, separuh daripada mereka berjaya melalui INTERNET."  -MAJALAH FORTUNE-

6) Jika anda mahu melakukan sesuatu anda akan mencari jalan dan jika anda tidak mahu melakukan sesuatu anda akan mencari alasan

7) Siapa yang tidak pernah gagal, dia tidak akan menjadi kaya -charles h.spungeon-

8) Ingatlah Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum melainkan kaum itu sendiri berusaha mengubahnya - al-Radu [13]: 11-

9) 99% kejayaan dibina dari kegagalan yang lalu, siapa yang mahu dan tidak bertindak, dia adalah haiwan perosak -willim blake-

9) Banyak hal yang kita sebut sebagai was-was untuk bertindak seringkali dapat diubah menjadi kejayaan dan keuntungan, hanya dengan mengubah sedikit sahaja sikap dalam diri seseorang daripada rasa takut bertukar untuk berjuang

10) semasa kita berhenti dari berfikir, kita biasanya terlepas satu peluang

11) Ilmu melalui bukunya, kemahiran melalui pengalamanya, kejayaan melalui usahanya


TAG

koleksi novel, koleksi novel cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik, novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru, teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram, cerita, cerita cinta, cerita melayu

Inspirasi kejayaan yang cemerlang di
www.kerjaya.net
      Chit-Chat Corner

online
     Rakan Niaga

Rahsia dari 8 Jutawan Malaysia

Rahsia penjimatan elektrik

117 Idea Bisnes Luar Biasa

Webhosting Terbaik Malaysia

Video Tutorial Bisnes Internet

Peluang Bisnes SMS

Google Adsense jana Duit

Rahsia perniagaan digital

Business Internet

Cara Format PC

Perkakasan membina website

Cara membina Blog wordpress

Buat Duit dengan Ebook

Rahsia sistem merekrut MLM

Menjana pendapatan di EBAY

Tingkatkan Traffik ke website

Tiada duit untuk kahwin?

Rahsia Bisnes di Internet

Panduan asas membina blog

Jana wang dgn unit trust

Belajar design grafik

Bengkel website

10 Model Bisnes internet

Pakej bisnes internet

Belajar HTML website

Rahsia teknik bisnes di EBAY

      Novel pilihan

sinopsis klik pada gambar

   Diari Penulis

    • Aisya Sofea

    • Anis Ayuni

    • Bikash Nur Idris

    • Damya Hanna

    • Dhiya Zafira

    • Eny Ryhanna

    • Salina ibrahim

    Dina Najat

    • Ahadiat Akashah

    • Norhayati Berahim

    • Aina Emir

    • Hafirda Afiela

    • Hani Fazuha

    • Dewi Sukma

    • Sri Diah

    • Zn Isa

    • Lily Suraini

    • Lily Haslina

    • Nia Azalea

    • Rose Harissa

    • Norzailina Nordin

    • Aleya Aneesa

    • Liza Zahira

    • Ida Nardiel

    • Eka fahara

    Syima Syawal

    • Meen Zulaikha

    • Rose harissa

    • Aleya Aneesa

    • Lynn Dayana

    • Mersik Romoyu

         Ingin Menjadi Penulis?

Creative Enterprise Sdn. Bhd., sedang mencari manuskrip kanak-kanak atau remaja. Ini kerana pihak kami ingin memperluaskan dan memperbanyakkan bahan bacaan untuk kanak-kanak dan remaja. Di samping itu kami juga ingin memupuk minat membaca dalam kalangan kanak-kanak dan remaja. ( klik disini )

Karyaseni Enterprise ingin memaklumankan kepada anda yang berminat untuk menghantar manuskrip anda kepada KS untuk penilaian, sila email kan sinopsis dan tiga bab awal ke alamat email berikut: Manuskrip@karyaseni.my

KarnaDya Solutions Sdn Bhd. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan? hantarkan karya anda. Sebelum anda menghantarkan manuskrip anda, sila hantarkan butiran berikut terlebih dahulu melalui emel/pos. untuk maklumat lanjut ( klik disini )

NB Kara Sdn Bhd dengan berbesar hati menjemput mana-mana penulis yang merasakan diri mereka layak menjadi penulis yang versatil, menghantar manuskrip mereka kepada NB Kara Sdn Bhd. Tulisan anda terlebih dahulu akan dinilai oleh penulis prolifik Norhayati Berahim dan juga beberapa panel editor sebelum diluluskan untuk terbitan.
 ( klik disini )

Jemari Seni Publishing. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan? Untuk tujuan pengiriman manuskrip, JEMARI SENI telah menggariskan panduan kepada penulis-penulisnya. untuk maklumat lanjut ( klik disini )

 

Alaf 21 Sdn Bhd. Tahun 2008 bakal menjanjikan sinar kecemerlangan seandainya karya anda terpilih untuk diterbitkan oleh Alaf 21, penerbit novel tersohor di Malaysia. Jika anda mempunyai salah satu manuskrip tersebut, kami ingin menatap dan menilainya. Sekiranya sesuai, pihak kami ingin menerbitkannya di bawah jenama ALAF21. ( klik disini)

   Ahli Pelawat
      Novel Di Pasaran

Kenangan Terindah - Hezzy Azra

Serasi di hati - Nora Ismail

Nama aku N - Aina Emir

Bunga Syurga - Anita Aruszi

Episod cinta luka - Fateen Najwa

Sandaran kasih - Aini Marisha

Fitrah kasih - Ilani Mysara

Bukan yg pertama - Salina Ibrahim

Ternyata cinta - Damya Hanna

Selagi ada dia - Aisya Sofea

Kembalikan cintaku - Norhayati NB

Warna hati - Meen Zulaikha

Seribu kali sayang - Anis Ayuni

Menanti kasih - Norzailina nordin

Cahaya - Nura zulaikha

Dakapan cinta - Eny Ryhanna

Hanya kita berdua - Aina emir

Ku Utus Rindu - Intan Arnida

Usikan rindu - Qaira Qasidah

Segalanya untukmu - A.Anessa

 

Dapatkan dikedai berhampiran anda

      Bantuan Carian

Dua cara asas untuk memudahkan anda melayari laman blog penulisan2u pada masa akan datang. pastikan anda set laman penulisan2u sebagai  "homepage utama" atau dengan "add to favorite" di pelayar komputer anda. caranya dgn klik dibawah:-

 

      Web & Blog Terbaik

Koleksi cerpen & novel online terbaik dari Malaysia, Indonesia, SIngapore & Brunei. Layari di http://penulisan2u.net

Koleksi artikel isu semasa, artikel yang menarik dan hangat http://semasa2u.blogspot.com

tip kehidupan, zodiak, horoskop, petua, tip, puisi, pantun, sajak, dan pelbagai artikel menarik layari di http://istimewa2u.blogspot.com

Blog Berkaitan agama, topik-topik tazkirah, audio, video ceramah, mendengar 114 surah Al-quran secara online, radio-radio dakwah, layari di http://dakwah2u.blogspot.com

Blog Media, Tv streaming online, radio streaming online, surat khabar, rakaman drama, radio era, hot.fm, tv1, tv2,tv3 dan lain-lain. layari di http://mymedia2u.blogspot.com

Blog Koleksi cerita lawak, lucu, kelakar dan video lawak, lucu dan kelakar. layari di laman http://kelakar2u.blogspot.com

Laman web penerbit novel KarnaDya Penerbitan Karyaseni Syarikat penerbitan yang dimiliki oleh Penulisan2u. Novel-novel dari laman penulisan2u akan diterbitkan oleh Karyaseni http://www.karyaseni.my

Laman web syarikat penerbit novel Creative Enterprise Sdn Bhd (CESB). Untuk melihat novel-novel terbaru yang berada di pasaran, layari di http://www.cesb.net.my

Laman web syarikat penerbit Kaki Novel Enterprise. Untuk melihat novel-novel terbaru yang berada di pasaran, layari di http://www.kakinovel.com

Laman web syarikat penerbit NB kara Sdn Bhd. Dimiliki oleh penulis terkenal Norhayati Berahim, Untuk melihat novel-novel terbaru yang berada di pasaran, layari di http://www.nbkara.com.my

Laman web syarikat penerbit Buku Prima Sdn Bhd. Untuk melihat novel-novel terbaru yang berada di pasaran, layari di http://www.bukuprima.com.my

Laman web syarikat penerbit novel jemari Seni Publishing (JS Publishing). Untuk melihat novel-novel terbaru yang berada di pasaran, layari di http://www.jemariseni.com

Laman web syarikat penerbit novel Alaf21 Sdn Bhd (alaf21). Untuk melihat novel-novel terbaru dari Alaf21 layari di http://www.alaf21.com.my

Laman web syarikat penerbit novel Fajar Pakeer Sdn Bhd). Untuk melihat novel-novel terbaru  layari di laman http://www.fajarnovels.com.my

      Kata Kunci

koleksi novel, koleksi novel cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik, novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru, teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram, cerita, cerita cinta, cerita pendek, cerita melayu, cerita online

      Malaysia Group