Kehidupan
adalah anugerah utama Illahi. Anugerah kehidupan memberi gambaran
kebesaranNya buat kita manusia, yang wajib kita syukuri dan hargai.
Internet adalah kemudahan buat umat manusia. Justeru itu,
manafaatkan ia untuk kesejahteraan diri kita dan umat sejagat.
Sentiasalah kita beringat, apa yang kita lakukan, akan dipertanggung
jawabkan pada kemudian hari.
Gunakan sebaik-baiknya kurnia Allah swt kepada kita. Halalkan
kegunaan akal, hati dan lidah pada perkara yang bakal membawa
kecemerlangan diri kita dunia dan akhirat. Kita hidup hanya sekali.
Sekali 'pergi' tak kan kembali. Buat baik berpada-pada, dan buat
jahat JANGAN sekali-kali. Kewujudan website penulisan2u dengan blog
sebagai wadah untuk meningkatkan nilai diri. Bermatlamatkan
penyatuan ummah dengan ciri-ciri kemurnian budi dan budaya. Walaupun,
dunia terus maju dengan teknologi, kita akan terus kekal dengan
akhlak dan jati diri insani.
"Wani, kamu pastikah mengenai hal ini? Jangan main-main dalam hal macam ni," ujar Puan Halimah terkejut. Cerita yang keluar daripada mulut anaknya itu sangat sukar untuk dipercayai. Apatah lagi ia melibatkan kawan baiknya sendiri.
"Buat apa Wani mahu membohongi papa dan mama dalam hal begini? Bukankah nanti Wani yang kecewa. Itu...lelaki itu kawan baik Nazirah dahulu. Itu...anak perempuan Nazirah. Wani bukan bodoh tidak menyiasat terlebih dahulu. Wani pasti pa, ma," kata Syazwani tegas.
"Kalau begitu, apa yang Wani mahu lakukan sekarang?" tanya Encik Naasier pula.
"Wani mahu batalkan perkahwinan ini. Wani tak kisah apa orang kata. Wani mahu Nazirah dan Lokman bersatu kembali dan Wani mahu Aunty Suria dikenakan tindakan," jawab Syazwani.
"Jangan Wani," jerit Fahmie masuk campur perbualan mereka. Syamimi dibiarkan dibawa oleh pembantu rumah untuk mandi memandangkan hari yang masuk senja.
"Wani...Nazirah tak akan benarkan perkara itu terjadi. Nazirah bukan orang yang berdendam. Biarlah Yang Esa membalas perbuatan jahat Puan Suria itu. Mie pasti...Puan Suria akan insaf nanti. Biarlah Lokman dan Nazirah yang mengambil keputusan mengenai hal itu. Kita tidak usahlah masuk campur. Perkara paling penting sekarang adalah peranan Uncle dan Aunty untuk mengkhabarkan pembatalan majlis perkahwinan ini kepada Puan Suria," ujar Fahmie yakin.
Suasana sunyi seketika. Syazwani membenarkan kata-kata Fahmie itu. Encik Naasier dan Puan Halimah juga cuba mencari jalan terbaik mengenai masalah itu.
"Wani...papa dan mama akan sentiasa menyokong Wani. Kami tahu jalan yang Wani pilih adalah jalan terbaik. Papa dan mama akan uruskan mengenai bagaimana untuk menberitahu Puan Suria akan keputusan Wani itu. Cuma papa dan mama harap Wani tidak akan menyesal," ujar Encik Naasier perlahan.
Sesungguhnya si ayah itu amat meyakini anak gadisnya itu. Si emak pula hanya tersenyum dan menganggukkan kepala tanda setuju. Syazwani riang.
"Esok kita akan sama-sama pergi rumah Puan Suria. Papa nak selesaikan benda ni secepat mungkin. Papa tak mahu lambat-lambatkan. Telefon Lokman suruh dia datang esok pagi. Kita akan bincang esok apa nak dilakukan," ujar Encik Naasier lagi.
"Baiklah pa," kata Syazwani memberi lampu hijau.
"Mie, nanti Mie telefon Man ye. Wani rasa tak manis Wani telefon Man atau Zira. Mimi biarlah Wani yang jaga," kata Syazwani ketika mengiringi Fahmie ke kereta apabila jejaka itu menyatakan niatnya untuk pulang selepas selesai makan malam di rumah Syazwani.
"Baiklah Wani. Mie akan uruskan mengenai hal itu. Mimi jangan nakal-nakal ya. Esok pagi mama datang sini dengan papa Mimi. Tidur dengan Aunty Wani ya malam ni," kata Fahmie sambil mendukung Syamimi dan mencium pipinya.
"Okey. Tapi esok mama datangkan," tanya Syamimi meminta kepastian sekali lagi.
Syazwani dan Fahmie hanya menganggukkan kepala sambil tersenyum. Syamimi diberikan kepada Syazwani. Anak kecil itu nampak letih setelah seharian bermain dan berjalan.
"Pulang dulu Wani. Assalamualaikum," ucap Fahmie sebelum masuk ke dalam kereta.
Syazwani menjawab salam. Lambaian Syazwani dan Syamimi mengiringi Fahmie.
Sebaik sahaja sampai di rumah, Fahmie terus menghubungi Lokman. Jam menunjukkan pukul 10 malam. Fahmie rasa bersalah namun dia sedar tanggungjawabnya untuk menghubungi Lokman secepat yang mungkin. Nasibnya baik apabila deringannya tidak lama.
Kedengaran suara Lokman di hujung talian, "Assalamualaikum"
"Waa’laikummussalam Man. Aku ni Fahmie."
"Owh...Mimi mana Mie?"
"Ingat dah tak ingat tadi kat puteri kau tu. Aku tinggalkan dia dengan Wani. Korang kat maner tu?"
"Aku kat restoran. Tengah makan. Terima kasih banyak-banyak kat kau dengan Wani. Menyusahkan kau je. Nazirah dah rindu sangat dengan Mimi. Nanti kitorang ambil Mimi lepas ni."
"Tak apalah Man. Aku ngan Wani bagi can dekat kau dengan Zira. Tapi esok pagi-pagi kau mesti datang rumah Wani dangan Zira. Kita ada banyak benda yang nak diuruskan ni."
"Maksud kau? Aku tak pahamlah."
"Wani dah bagitahu papa dengan mama dia tentang Zira petang tadi. Papa dia mahu kita sume pergi rumah mama kau pagi esok lepas sarapan. Dia nak selesaikan benda ni secepat mungkin. Dia yang pesan suruh kau datang pagi esok."
"Tapi Mie..aku dengan Zira..."
"Tak ada tapi-tapinya Man. Kau kena gak datang pagi esok. Kita settle sume benda esok juga. Wani dah nekad. Aku pun rasa baik kita jangan tangguhkan."
"Erm...okay. Esok pagi aku datang. Thanks a lot Mie. Jasa kau aku tak tahu nak balas macammana."
"Man...Zira tu kawan aku. Wani pun kawan aku. So kau pun dikira kawan aku. Kawan kenala tolong kawan. Anyway take care tau. Jangan bawa kereta laju-laju."
"Okay Mie. Ni Zira nak cakap dengan kau."
Telefon pada tangan Lokman diserahkan pada Nazirah. Isterinya itu tersenyum manis.
"Mie...terima kasih banyak-banyak. Zira minta maaf atas kebodohan Zira. Zira tersangatlah terhutang budi dengan Mie."
Fahmie menarik nafas panjang. Dia tersenyum seorang di hujung talian.
"Zira...Mie takkan biarkan orang yang Mie sayang menderita. Wani yang merancang semua ni. Mie hanya menjayakan. Mie doakan Zira akan terus tersenyum selepas ini."
"Mie..."
"Sudahlah Zira. Mie pasti yang Zira telah dapat apa yang terbaik untuk hidup Zira di dunia ini. Jaga Lokman dan Mimi baik-baik."
"Thanks a lot Mie..."
"You are welcome my beloved friends. Nak tidur...assalamualaikum."
"Waa’laikummussalam."
Fahmie memberhentikan talian. Dia berasa sangat lapang kini. Fahmie berbaring dan mencuba melelapkan matanya. Banyak kerja yang harus dilakukan esok.
Lokman dan Nazirah pula berasa sangat bahagia. Mereka berbincang apa yang bakal dilakukan esok pagi. Kedua-duanya tidak sudah-sudah bergurau senda sepanjang malam.
------------------
"Assalamualaikum..." suara seorang lelaki kedengaran di luar rumah Syazwani. Gadis itu melangkah ke pintu sambil diiringi Fahmie, Encik Naasier dan Puan Halimah.
Terpacul di muka pintu Lokman dan Nazirah yang manis berpakaian sedondon berwarna hijau. Kedua-duanya menguntum senyuman.
"Wani..." jerit Nazirah dan terus memeluk gadis itu. Air matanya gugur lagi.
Syazwani membalas erat pelukan itu. Air mata gadis itu juga menitis.
"Zira...Wani doakan Zira bahagia. Wani minta maaf Zira."
"Tidak Wani. Zira yang bersalah. Zira yang melarikan diri daripada masalah. Budi Wani tak tahu macam maner Zira nak balas."
"Sudahlah tu Wani, Zira. Semuanya dah kembali pulih sekarang. Kita ada perkara lebih penting untuk dibincangkan," suara Encik Naasier memecah esakan kedua-dua perempuan itu. Mereka tersipu malu.
Mereka semua duduk di ruang tamu.
"Mimi mana, Wani. Dari tadi Zira tak nampak dia," tanya Nazirah tiba-tiba. Riak wajahnya nampak resah.
"Mak Som tengah siapkan dia kot. Tadi dia baru bangun," jawab Syazwani tersenyum memahami gelora jiwa si ibu itu.
"Mama...," suara Syamimi memberhentikan perbualan itu.
Si gadis cilik itu berlari kepada Nazirah sambil tersenyum lebar. Nazirah mencium mesra anaknya itu melepaskan rindu. Syamimi tergelak. Namun si kecil itu pelik melihat lelaki di sebelah Nazirah itu.
"Uncle Lokman?" tanya Syamimi hairan.
"Mimi...inilah papa Mimi. Uncle Lokman ni papa Mimi," kata Nazirah pantas.
"Tapi ma...Mimi dah pernah jumpa Uncle ni. Uncle ni tak cakap pun dia papa Mimi," ujar Syamimi dengan petah.
"Papa saja je nak buat suprise untuk Mimi. Papa minta maaf ya. Mimi tak nak peluk papa ke?" ujar Lokman bersahaja sambil menguntum senyuman manis.
Syamimi menarik muka masam namun akhirnya anak itu memeluk papanya. Beban rindu kedua-duanya terubat kini. Semua mata yang melihat adegan itu hanya tersenyum bahagia. Nazirah menitiskan air mata tapi pantas diseka oleh Lokman.
"Kamu pastikah dengan keputusan kamu ini Man?" tanya Encik Naasier apabila Lokman menyatakan cadangannya.
"Uncle...Man pasti. Man minta maaf andai Uncle rasa tindakan Man ini keterlaluan. Tapi Man tak dapat nak berhadapan dengan mama. Man takut Man akan bertindak kurang ajar dengan mama. Man rasa ini jalan terbaik. Biarlah Man pergi jauh daripada mama daripada Man meninggikan suara Man pada mama. Sebagai bukti semua ini adalah keputusan Man sendiri, Uncle bawalah surat ini dan tunjukkan pada mama. Man tak mahu mama cakap Wani yang melakukan semua angkara ini. Man minta restu Uncle, Aunty dan Wani," jawab Lokman panjang lebar. Tangannya menggenggam erat tangan Nazirah di sebelahnya.
Encik Naasier, Puan Halimah dan Syazwani berpandangan sesama sendiri.
"Baiklah Man. Wani setuju. Wani faham kedudukan Man dan Zira. Cuma Wani harap Man tidak putus hubungan dengan Puan Suria. Bagaimanapun Puan Suria tetap mama Man," ujar Syazwani.
"Jangan risau Wani. Zira takkan benarkan Man buat begitu pada mama," ujar Nazirah pula.
Semuanya bersetuju dengan keputusan Lokman dan Nazirah. Suami isteri itu telah sehati dan sejiwa untuk membawa diri mereka ke luar negara tanpa memberitahu Puan Suria.
-------------------- "Man....," jerit Puan Suria sebaik sahaja membaca surat daripada Lokman. Wanita itu tidak menyangka sama sekali kejadian sebegini akan berlaku. Apatah lagi yang membawa surat itu adalah Syazwani dan keluarganya bukan Lokman.
"Wani...mana Lokman?" tanya Puan Suria sambil menggoncang-goncangkan bahu Syazwani.
"Man dah pergi aunty...dia cuma pesan pada Wani agar beritahu Aunty supaya halalkan makan minum dia. Papa dan mama dah tahu segala-galanya Aunty. Kami merelakan Man pergi," jawab Syazwani tergagap-gagap.
Air mata Puan Suria gugur. Wanita itu terduduk di atas lantai. Puan Halimah sempat memautnya. Dia cuba menenangkan wanita itu.
"Anak aku dah buang aku Mah...Anak aku dah buang aku," kata Puan Suria dalam esakannya.
"Sabarlah Suria. Berilah Lokman masa untuk ubat hati dia yang luka. Lokman tak buang kau daripada hidup dia Suria, cuma dia perlukan masa. Aku pasti dia akan pulang juga nanti," pujuk Puan Halimah sambil mengusap kepala sahabatnya itu.
Puan Suria terus menangis. Syazwani memandangnya sayu. Encik Naasier melarikan pandangannya. Lokman yang sebenarnya berada di luar rumah hanya memandang sayu mamanya itu. Ingin dia berlari memujuk mamanya namun sakit hatinya tidak membenarkan dia berbuat sedemikian. Lokman berjalan ke kereta yang diletakkan di seberang jalan. Nazirah sedia menunggunya. Mereka berlalu pergi.
"Jaga diri baik-baik ya, Zira. Jangan lupa kol Wani selalu. Mesej ke? Tak kesahla asalkan Zira contact Wani. Don’t forget Wani dekat sini. Wani akan ridukan Zira dan Mimi," ujar Syazwani ketika berpelukan dengan Nazirah. Hatinya sayu untuk melepaskan mereka namun dia cuba untuk merelakan.
"Wani pun jagalah diri baik-baik. Cepatlah kahwin. Umur dah masuk 26. Nanti tak ada orang nak. Jaga mama untuk Zira ya. Zira pasti akan pulang juga nanti untuk menetap di Malaysia semula," kata Nazirah sambil menghadiahkan senyuman buat gadis itu.
Fahmie dan Lokman juga bertukar-tukar nasihat. Lokman sempat berbisik di telinga Fahmie, "Wani gadis yang baik. Suntinglah dia sebelum terlambat." Fahmie hanya tersenyum.
Syazwani tidak lupa mencium Syamimi. Berat hatinya untuk berpisah dengan si cilik yang petah itu. Air matanya menitis namun disekanya dengan pantas. Teringat janjinya untuk tidak menangis ketika menghantar Nazirah dan Lokman di airport.
Lambaian tangan Fahmie dan Syazwani mengiringi keluarga itu. Sebelum masuk ke balai perlepasan Lokman sempat menjerit, "Jaga Wani elok-elok Mie." Kedua-duanya tersipu-sipu mendengar amanat Lokman itu. Kedua-duanya senyap tanpa sebarang kata.
-------------------
"Assalamualaikum..." Fahmie memberi salam selepas keluar dari pintu keretanya. Rumah besar itu nampak sunyi dan kosong. Seingat Fahmie sudah sebulan mungkin dia tidak bertandang ke situ kerana sibuk menguruskan cawangan restorannya di pantai timur.
Puan Halimah terpacul di muka pintu rumah besar itu, menjawab salam Fahmie dan mempersilakannya masuk.
"Owh..begitu. maksudnya dah 2 minggu Wani ke luar negara?" tanya Fahmie setelah mendengar cerita yang keluar dari mulut wanita veteran itu.
"Begitulah Mie. 2 minggu lepas."
"Aunty tahu kenapa?"
"Entahla Mie. Aunty pun tak tahu pemikiran anak Aunty yang seorang tu. Lain daripada yang lain. Tapi dia ada cakap dia mahu bersendirian dan menenangkan dirinya. Telefon bimbitnya pun jarang dibukanya. Dia selalu menelefon dengan telefon awam di sana. Kenapa Mie? Ada apa-apa yang pentingkah yang mahu kamu beritahu pada Wani. Cakaplah. Nanti kalau Wani ada kol Aunty beritahu dia."
"Tak apalah Aunty. Biar Mie sendiri yang beritahu dia. Ini soal hati dan perasaan. Mie rasa Aunty faham maksud Mie."
Puan Halimah tersenyum lebar. Hati ibu itu sangat tenang mendengar pengakuan ikhlas Fahmie itu. Puan Halimah juga sememangnya senang dengan sikap dan tingkah laku jejaka itu. Wanita itu sedar selama hampir setahun Lokman ke luar negara, Fahmie selalu bertandang ke rumah dan membawa anak gadisnya bersiar-siar.
Budi pekerti Fahmie yang baik tidak memberatkan hatinya dan suami melepaskan Syazwani keluar bersama Fahmie.
Namun sejak sebulan yang lalu, Fahmie tidak berkunjung lagi. Apabila ditanya pada Syazwani jawapan yang keluar dari mulut anak gadisnya hanyalah, "Mie ke pantai timur." Syazwani juga agak muram. Apabila ditanya, Syazwani hanya menggeleng-gelengkan kepalanya dan tersenyum. Namun senyuman itu tidak ikhlas. Nampak benar Syazwani hanya berpura-pura. Namun baik Encik Naasier mahupun Puan Halimah, kedua-duanya tidak mahu masuk campur selagi Syazwani tidak mahu buka mulut.
Apabila Syazwani menyatakan keputusannya untuk ke luar negara, suami isteri itu hanya bersetuju tanpa banyak soal. Mungkin Syazwani perlukan ketenangan dengan bersendirian. Kini apabila Fahmie menyatakan isi hatinya, Puan Halimah mengucap syukur ke hadrat ilahi dan memohon agar jodoh Syazwani tidak ke mana.
Fahmie meminta diri untuk pulang dan berjanji pada Puan Halimah bahawa dia akan membawa Syazwani pulang dalam masa terdekat.
mner endingnyer... nk lagi.. mcm x cukup jer.. nk lagi... thnkz penulis... lakukan yg terbaik lagi... -nua-
Catat Ulasan
TINGGALKAN ULASAN DAN KOMEN, PADA SETIAP KARYA YANG ANDA BACA Penulis memerlukan ulasan dan komen, bagi memperbaiki penulisan dan memperbetulkan kesilapan. Komen dan ulasan anda akan memberi satu semangat kepada penulis, untuk terus menulis karya dan seterusnya menghasilkan karya yang menarik. Kerjasama & sokongan daripada pembaca amat kami hargai. Sebab itulah kami menyediakan HADIAH, sebagai penghargaan kepada penulis dan juga kepada pembaca yang aktif memberi komen & ulasan
"Dia
hidup bukan kerana cinta. Dia hidup kerana
kehadiran Prince Charming yang menyelamatkannya.
Semuanya gara-gara dia mengoyak Carta Prince
Charming—carta misteri yang tiada sesiapa tahu
dari mana datangnya. Yang pasti, memang dia
langsung tidak percaya dengan sumpahan yang
dikatakan berkaitan dengan Carta Prince
Charming.
"Sumpahan puteri? Kau ingat ini cerita dongeng
ke? Puteri apa yang nak sumpah aku ni? Puteri
bunian? Puteri lindungan bulan?”
Desakan daripada Sofea membawanya ke Kelab Bola
Sepak. Di situlah Prince Charming berkumpul.
Tetapi hanya seorang sahaja Prince Charming yang
dicari-carinya. Namun, untuk mencari Prince
Charming bukanlah mudah, namun dia yakin, antara
mereka, pasti salah seorang adalah penyelamatnya.
Orang tu pun satu! Dah selamatkan nyawa orang,
tak reti-reti ke nak munculkan diri? Bukan ke
lagi senang kalau datang berdiri depan aku dan
cakap, Sayalah yang selamatkan awak daripada
kena langgar semalam. Finish! Tak adalah nak
panjangkan cerita sampai beratus muka surat
semata-mata nak cari Prince Charming!
Tajuk:
Prince Charming
Penulis: Ratu Bulan
Terbitan: Fajar Pakeer
Harga:
RM19.90
Ulasan:
NOVEL
HANGAT DIPASARAN
Pertemuan
pertama memberi impak yang berbeza kepada dua insan. Maria
malu mengenang, sedang Hisyam mahu mendekat. Maria semakin
resah apabila Hisyam terus-terusan mendesak. Dalam benci
ada rindu. Bijak Hisyam memujuk, mereka akhirnya disatukan.
Salina hadir menjadi duri dalam daging. Bagi Hisyam, gadis
itu ialah sahabatnya yang terbaik. Insan paling dipercayai.
Namun, dalam diam, Salina meracuni hubungan mereka. Salina
ada agenda yang tersendiri.
Semakin hari, semakin nipis rasa percaya Maria terhadap
Hisyam. Namun, dia tidak mungkin menghindar rasa kasih
yang sudah menebal. Demi menunaikan permintaan Maria,
Hisyam tega melamar Salina walau ada luka di hati.
Sanggupkah Hisyam menduakan Maria yang pernah dicintai
sepenuh hati? Dan, Maria, mampukah membiarkan suami
tersayang jatuh ke tangan Salina? Atau, Mariakah orang
ketiga yang tidak lagi diperlukan kehadirannya oleh Hisyam?
Penulisan2u
sedang
berkerjasama dengan Penerbit Novel bagi memberi peluang kepada penulis-penulis berbakat dan karya yang menarik.
Antara novel yang sudah di terbitkan
2 Pengulas paling AKTIF dengan memberi komen yang ikhlas dan
membina, pada setiap karya cerpen / novel di penulisan2u akan
menerima hadiah sebuah NOVEL.
•
Creative Enterprise Sdn. Bhd., sedang mencari manuskrip kanak-kanak atau remaja. Ini kerana pihak kami ingin memperluaskan dan memperbanyakkan bahan bacaan untuk kanak-kanak dan remaja. Di samping itu kami juga ingin memupuk minat membaca dalam kalangan kanak-kanak dan remaja.
( klik disini
)
•Karyaseni Enterprise ingin memaklumankan
kepada anda yang berminat untuk menghantar manuskrip
anda kepada KS untuk penilaian, sila email kan
sinopsis dan tiga bab awal ke alamat email berikut:
Manuskrip@karyaseni.my
•KarnaDya Solutions Sdn
Bhd. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
hantarkan karya anda. Sebelum anda menghantarkan
manuskrip anda, sila hantarkan butiran berikut terlebih
dahulu melalui emel/pos. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•NB Kara Sdn Bhd dengan berbesar hati
menjemput mana-mana penulis yang merasakan diri mereka
layak menjadi penulis yang versatil, menghantar
manuskrip mereka kepada NB Kara Sdn Bhd. Tulisan anda
terlebih dahulu akan dinilai oleh penulis prolifik
Norhayati Berahim dan juga beberapa panel editor sebelum
diluluskan untuk terbitan.
(
klik disini )
•Jemari Seni Publishing. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
Untuk tujuan pengiriman manuskrip, JEMARI SENI telah
menggariskan panduan kepada penulis-penulisnya. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•
Alaf 21 Sdn Bhd. Tahun 2008 bakal menjanjikan sinar
kecemerlangan seandainya karya anda terpilih untuk
diterbitkan oleh Alaf 21, penerbit novel tersohor di
Malaysia.
Jika
anda mempunyai salah satu manuskrip tersebut, kami ingin
menatap dan menilainya. Sekiranya sesuai, pihak kami
ingin menerbitkannya di bawah jenama ALAF21.
( klik disini)
•
tip kehidupan, zodiak, horoskop, petua, tip, puisi,
pantun, sajak, dan pelbagai artikel menarik layari di
http://istimewa2u.blogspot.com
•
Blog Berkaitan agama, topik-topik tazkirah, audio, video
ceramah, mendengar 114 surah Al-quran secara online,
radio-radio dakwah, layari di
http://dakwah2u.blogspot.com
•
Blog Media, Tv streaming online, radio streaming online,
surat khabar, rakaman drama, radio era, hot.fm, tv1,
tv2,tv3 dan lain-lain. layari di
http://mymedia2u.blogspot.com
•
Blog Koleksi cerita lawak, lucu, kelakar dan video lawak,
lucu dan kelakar. layari di laman
http://kelakar2u.blogspot.com
•
Laman web
syarikat penerbit novel Creative
Enterprise Sdn Bhd (CESB). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.cesb.net.my
•
Laman web
syarikat penerbit
Kaki Novel
Enterprise. Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.kakinovel.com
•
Laman web
syarikat penerbit NB kara Sdn Bhd.
Dimiliki oleh penulis terkenal Norhayati Berahim, Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.nbkara.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit Buku Prima Sdn Bhd.
Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.bukuprima.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit novel
jemari Seni Publishing (JS Publishing). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.jemariseni.com
•
Laman web syarikat penerbit novel Alaf21 Sdn Bhd
(alaf21). Untuk melihat novel-novel terbaru dari Alaf21
layari di
http://www.alaf21.com.my
•
Laman web syarikat penerbit novel Fajar Pakeer Sdn Bhd). Untuk melihat novel-novel terbaru layari di
laman
http://www.fajarnovels.com.my
Kata Kunci
koleksi novel, koleksi novel
cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik,
novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen
cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru,
teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen
melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram,
cerita, cerita cinta, cerita pendek, cerita melayu, cerita online
Malaysia Group
Blog
Koleksi
Cerpen & Novel proudly powered by Blogger. Best display view 1024x768.
Google Inc
Koleksi Cerpen
& Novel dari Malaysia, Indonesia, Singapore & Brunei
mner endingnyer...
nk lagi..
mcm x cukup jer..
nk lagi...
thnkz penulis...
lakukan yg terbaik lagi...
-nua-