BLOG KOLEKSI CERPEN , NOVEL & CERITA ONLINE

   LAMAN UTAMA  | KOLEKSI CERPEN  | KOLEKSI NOVEL  | HANTAR KARYA | HANTAR PESANAN | AJAK KAWAN | BUAT PERMINTAAN LAGU | IKUTI BLOG INI | FACEBOOK

      Radio Online

 

klik "STOP" untuk hentikan siaran radio. Semoga terhibur.

  Koleksi Cerpen 

Jika itu takdirNya

Takdir milik Allah

Disini mawar disana penawar

Bidadari cinta

Awekku gengster nyerr

Black vs white

Aku dan dia

Memang berbaloi

Best friend not boy friend, Nyah

Beda tipis

Aku tidak bernyawa lagi

Roommate yg romantik II

Loves comes around

Hati

Cinta remaja

Kasih anak

Selamat tinggal luqman

Kerana dia ayahku

Terima kasih cinta

Aku kan ader

Nilai sebuah persahabatan

Hanya kau

Mahakarya agung sebuah kemerdekaan

Kerana umar adha

Biarkan cinta itu pergi

1 Disember

Diari seorang lelaki

Sebuah memori

Suci nur kasih

Badai cinta pertama

Ceritera aku dan dia

Ku bawa memori itu

Darul Taqwa & dato Dr Johar

Kau boleh blah!!

My miss nanny

Seandainya ku tahu

Diari hati firdaus

Mimpi yang pasti

Sampai syurga

Memang ku cinta

Unsaid?

Cinta lagi?

Cinta bukan jaminan

Cinta hakiki

Aku, dia dan pantai

Bisikan hati

Selamanya Sarah

Peeya dan payus lagilah

Hikmah perpisahan II

Dia

Cinta dalam diam

Kata terakhir darimu is love u

Aku bukan siapa-siapa

Aril & Akim

Kalau ku turutkan kata hati

Minah skuter

Jadilah seperti aku

Privite investigator putput

Gadis kebaya putih

Isteriku

Adam II

Misteri tengah malam

Dollah loves joyah

Biarku sentuh cintamu

Lifetimes lover

Saat itu

Hanya dirimu

Kasih famili

Mulanya disini

Ikatan kasih

Dan akhirnya

Kembalilah sayang

Pelangi anganku musnah

Cinta dalam hati

Pergi tak kembali

Adakah dia milikku

Pungguk dan bulan

Cinta terlarang

Cintaku di RNR tapah

Lisa

Kasih aini hidayah

Kantoi, jodoh atau kebetulan

Adakah cinta bukan milikku

Kuning vs ungu

Pelangi cinta

Adam

Biarlah rahsia

Achmad firdaus

Jalan berliku

Rintihan kekasih

Namaku Aishah

Zani pencuri rambutan

Nur hawa balqis

Itu sudah takdirnya

You are my boss

Cinta

Antara 2 cinta

Tragedi zam & chom

Benang merah di-fa

Terima kasih sayang

Jiwa-jiwa luka

Taqdir cinta kita

Cintaku selamannya

1 hari aku jatuh cinta

Biarku sentuh cintamu

Aku dan kimi = cinta atau tidak?

Cincin untuk Aisyah

Kenapa begini jadinya

Cinta, i need you

Lakaran cinta abadi

Cioccolato Caldo

Tragedi lombong lama

Yang sebenarnya

Ketuk pintu hati

Dia masih sayang

Teman

Cinta untukmu

Adil fitri

Kau, aku & mereka gila

Hikmah perkahwinan

Mengenangmu

Mungkin Nanti

Mencintainya

Cinta si pengesek biola

Maafkan aku luftan hafiy

Kasih

Hanya itu yang ku mahu

Bermulanya diari cintaku

Menantu untuk mama

Sumpah itu hantu

Diari lukisan

Cinta gila

Romantik

Cintaku, dia dia kamu

Kau atau dia

Indahnya cinta maya

Seseorang itu

Nur alia natasya

Mamat disperate

Mencari jannah

Cukup sekadar disini

Sebuah memori

Keras dan lembut

Katak oh katak

Hacks 1437

Dialah suamiku

Selamat tinggal kawan terbaik

Pandangan matanya

Kerana mobil

Dia tunanganku

Maria dan azri

Aku terperasan je

Blind date

Roda hidup

Kasihku seputih salju

Wanginya bunga kantan

Mahligai rindu

Aku, dulu, kini dan selamannya

Prinsip cinta aina

Ikan emas, jom kawen

Man in black vs Dona karen penang

Cubit peha kiri

Bantal busuk

Hujan

Maafkan daku

Tombol pintu hidayah III

Gara-gara G

Diari seorang member

 

Klik disini untuk keseluruhan koleksi cerpen....

Novel Bersiri
      Novel pilihan

sinopsis klik pada gambar

      Novel Di Pasaran

Kenangan Terindah - Hezzy Azra

Serasi di hati - Nora Ismail

Nama aku N - Aina Emir

Bunga Syurga - Anita Aruszi

Episod cinta luka - Fateen Najwa

Sandaran kasih - Aini Marisha

Fitrah kasih - Ilani Mysara

Bukan yg pertama - Salina Ibrahim

Ternyata cinta - Damya Hanna

Selagi ada dia - Aisya Sofea

Kembalikan cintaku - Norhayati NB

Warna hati - Meen Zulaikha

Seribu kali sayang - Anis Ayuni

Menanti kasih - Norzailina nordin

Cahaya - Nura zulaikha

Dakapan cinta - Eny Ryhanna

Hanya kita berdua - Aina emir

Ku Utus Rindu - Intan Arnida

Usikan rindu - Qaira Qasidah

Segalanya untukmu - A.Anessa

 

Dapatkan dikedai berhampiran anda

      html banner

klik di bawah dan "paste" ke dalam website, homepage, blog, friendster, myspace anda

 

      Jumlah Pelawat

      Untuk Anda

 

  Kehidupan adalah anugerah utama Illahi. Anugerah kehidupan memberi gambaran kebesaranNya buat kita manusia, yang wajib kita syukuri dan hargai. Internet adalah kemudahan buat umat manusia. Justeru itu, manafaatkan ia untuk kesejahteraan diri kita dan umat sejagat. Sentiasalah kita beringat, apa yang kita lakukan, akan dipertanggung jawabkan pada kemudian hari.

  Gunakan sebaik-baiknya kurnia Allah swt kepada kita. Halalkan kegunaan akal, hati dan lidah pada perkara yang bakal membawa kecemerlangan diri kita dunia dan akhirat. Kita hidup hanya sekali. Sekali 'pergi' tak kan kembali. Buat baik berpada-pada, dan buat jahat JANGAN sekali-kali. Kewujudan website penulisan2u dengan blog sebagai wadah untuk meningkatkan nilai diri. Bermatlamatkan penyatuan ummah dengan ciri-ciri kemurnian budi dan budaya. Walaupun, dunia terus maju dengan teknologi, kita akan terus kekal dengan akhlak dan jati diri insani. 

 

PERCUMA KARYA CERPEN, NOVEL, CERITA TERBARU DAN AKAN DATANG DARI PIHAK KAMI TERUS KE EMAIL ANDA. MASUKKAN EMAIL ANDA:-

 

email:

 

Sabtu, Disember 27, 2008
Novel : Dari KL ke Luxembourg 16
Nama Pena : aisya sarah

BAB 16

PETANG itu, Rafidah berjanji hendak memasakkan makanan kegemaran Qaseh dan Datuk. Qaseh sedang leka mengemas bilik arwah Tuan Nizam dan Puan Yasmin. Dikemas almari baju. Album-album lama yang berada di dalam almari itu dikeluarkan. Satu persatu dibeleknya. Gambar dia daripada kecil hinggalah dia meningkat remaja. Qaseh memang gemar bergambar dari kecil. Cuma semenjak pemergian kedua ibubapanya, dia jarang mengambil gambar. Betapa mesra mereka bertiga dahulu. Mereka selalu bergambar bertiga. Benarlah kata-kata orang tua dahulu. Jangan ambil gambar bertiga, nanti ada yang pergi meninggalkan kita. Air mata Qaseh menuruni pipinya dengan laju. Menitik di atas album yang sudah usang. Gambar Papa dan Mama tersenyum riang semasa menyambut kelahirannya jelas tergambar di dalam gambar tersebut walaupun warna semakin pudar. Sewaktu menyambut hari lahir Qaseh yang ke-6, dia pernah di masukkan ke hospital dan menerima 6 jahitan di dahi.
Zaman kanak-kanak Qaseh memang menarik. Dia pernah memanjat pokok rambutan di kebun Datuk. Jadi, Qaseh mahu mencuba bakatnya memanjat pokok di hadapan rumah. Tetapi entah apa silapnya, dia terjatuh. Nasib baik dia terjatuh ke atas rumput. Pokok itu lagi rendah daripada pokok rambutan yang dipanjatnya di kebun Datuk. Dia tergelincir. Seminggu dia tidak dapat menghadirkan diri ke sekolah. Masih ada bekas parut jahitan di dahinya. Tetapi dia menutupnya dengan rambut. Tidak mahu orang bertanyakan peristiwa parut itu. Cukuplah dia, Datuk, Papa dan Mama sahaja yang tahu. Masih diselak lagi album tersebut. Gambar-gambar di dalam album itu ditatapnya sepuas hati. Ditutup album tersebut. Diletakkan di atas lantai dan diambil album kedua daripada dalam almari tersebut.
Tiba-tiba, matanya tertancap pada satu sampul surat berwarna coklat yang berada di bawah album-album tersebut. Diambil sampul surat itu. Hatinya tertanya-tanya. Apakah isi kandungan surat tersebut? Qaseh menghampiri katil Papa dan Mama. Dia duduk di birai katil sambil tangannya masih lagi memegang sampul surat tersebut. Perlahan-lahan dikoyak sampul surat itu. Dikeluarkan isi kandungan sampul surat. Sebuah surat perjanjian. Ditandatangani oleh Tuan Nizam dan Puan Yasmin. Saksinya juga turut menurunkan tandatangan di atas surat perjanjian itu. Mata Qaseh terbeliak. Dia kenal dengan saksi tersebut. Tan Sri Firdaus dan Puan Sri Marlisa. Segera dibaca isi kandungan surat itu. Dia ingin tahu apakah isi kandungan surat wasiat itu.
Qaseh terpana. Dia tidak sangka. Papa dan Mama telah membuat satu perjanjian semenjak dia berusia 2 tahun lagi. Berulangkali isi kandungan surat itu dibaca. Memang tidak silap lagi. Papa dan Mamanya telah berjanji akan mengahwinkan anak-anak mereka berdua setelah umur Qaseh mencecah 25 tahun. Dan surat itu juga menyatakan sebahagian daripada harta Tuan Nizam dan Puan Yasmin akan diberikan kepada Tan Sri Firdaus dan Puan Sri Marlisa setelah kedua ibubapa Qaseh tiada lagi. Harta itu adalah sebagai bayaran kepada Tan Sri Firdaus dan Puan Sri Marlisa setelah Qaseh dijadikan menantu mereka. Perjanjian apakah ini? Air mata Qaseh menitis laju. Lebih laju dari tadi.
Datuk yang melintas di hadapan bilik anak dan menantunya berhenti sebentar di hadapan pintu bilik itu. Dijenguk ke dalam bilik yang pintunya terbuka sedikit. Qaseh berada di dalam. Pintu bilik Tuan Nizam dan Puan Yasmin terkuak. Qaseh mengalihkan pandangan ke arah pintu tersebut. Datuk tercegat di hadapan pintu bilik itu. Datuk melihat wajah Qaseh yang kuyup. Matanya jatuh pada tangan Qaseh yang memegang surat itu dengan erat. Nampaknya, Qaseh sudah tahu akan hal itu. Hal yang disembunyikan selama ini. Datuk berjalan ke arah Qaseh. Punggung Qaseh masih melekat di katil itu. Datuk duduk bersebelahan Qaseh. Diserahkan surat itu kepada Datuk. Dia masih lagi menunggu penjelasan dari mulut Datuk. Dia mahukan kepastian. Datuk memegang surat itu. Dia memandang wajah cucunya. Kesian anak ini. Tidak tahu apa-apa, bisik hati kecil Datuk.
" Surat apa ni, Atuk?" tanya Qaseh. Datuk hanya bertindak mendiamkan diri. Datuk tidak memberikan sebarang reaksi positif.
" Atuk…Qaseh tanya ni. Ini surat apa?" berkerut-kerut dahi Datuk cuba menjawab pertanyaan cucunya.
" Apa yang Qaseh baca dalam surat ni adalah benar." Akhirnya Datuk memberi jawapan yang pasti. Qaseh terpempan. Air matanya turun lagi.
" Uncle Fir dan Auntie Lisa…." Tergantung pertanyaan Qaseh. Datuk memandang ke arah jendela yang terbuka luas. Ditarik nafas dalam-dalam. Dia mahu menceritakan perkara sebenar.
" Betulkah dia orang akan ambil harta peninggalan Papa dan Mama bila Qaseh dah menjadi menantu mereka?" pertanyaan Qaseh kali ini benar-benar membuatkan Datuk yakin dia harus menceritakan perkara sebenar.
" Dia orang tak ambil harta Papa dan Mama. Dia orang nakkan Qaseh jadi menantu mereka tanpa apa-apa bayaran. Mereka berdua sayangkan Qaseh macam anak mereka sendiri. Qaseh jangan salah sangka di atas kebaikan mereka." Terang Datuk. Qaseh semakin jelas dengan keadaan sebenar. Dia menantikan butir bicara seterusnya dari Datuk.
" Sebenarnya…" Datuk mula menceritakan perihal sebenar kepada Qaseh.
" Papa kawan dengan Uncle Fir sejak kecil lagi. Sebab Atuk kawan dengan Atuk Syed. Jadi, secara tak langsung mereka pun menjadi kawan baik. Segala hal diceritakan kepada Uncle Fir. Uncle Fir sangat memahami Papa. Selepas Papa dan Mama berkahwin, mereka masih lagi menjadi kawan baik. Mama dan Auntie Lisa juga berkawan. Satu hari, Papa dan Mama ajak Uncle Fir dan Auntie Lisa pergi pejabat peguam tanpa pengetahuan Atuk. Mereka buat wasiat inilah. Mahu tak mahu, kawan punya pasal. Uncle Fir dan Auntie Lisa terpaksa menandatangani perjanjian ini. Bukan kemahuan mereka. Hanya sesetengah syarat saja yang Uncle Fir dan Auntie Lisa ikut." Jelas Datuk panjang lebar. Terangguk-angguk Qaseh mendengar cerita Datuk. Ditatap lagi wajah tua itu.
" Siapa yang tahu kewujudan surat ni?" tanya Qaseh lagi.
" Hanya Papa, Mama, Uncle Fir dan Auntie Lisa. Sekarang, Qaseh."
" Termasuk Atuk?"
" Termasuk Atuk." Datuk tersenyum kepada Qaseh. Qaseh memeluk datuknya, erat. Datuk melepaskan keluhan besar.
" Mak Ngah Idah?"
" Mak Ngah Idah tahu Papa buat wasiat tapi tak tahu isi kandungan surat ni."
" Baguslah! Atuk jangan beritahu orang lain tentang surat ni. Biar jadi rahsia kita berdua." Ujar Qaseh. Datuk mengangguk.
" Yalah."
" Atuk janji dulu." Kata Qaseh. Datuk tergelak dengan perangai kanak-kanak yang ditunjukkan Qaseh.
" Iya. Atuk janji." Mereka berpelukan sekali lagi. Sedang mereka berpelukan, Rafidah masuk ke bilik arwah adiknya. Sudah seminggu, Rafidah sekeluarga bermalam di rumah Tuan Nizam dan Puan Yasmin.
" Ayah…Fir dan Lisa datang." Kata Rafidah. Datuk memandang Qaseh. Mereka sama-sama berdiri. Datuk dan Qaseh jalan beriringan menuruni anak tangga menuju ke ruang tamu dimana tetamu-tetamu mereka sedang menunggu. Mereka tidak mahu tetamu-tetamu itu menunggu dengan lebih lama lagi.






PUAN SRI MARLISA bersalaman dengan Qaseh dan datuk. Qaseh tersenyum kepada Puan Sri Marlisa. Tetapi Qaseh terkesan sesuatu. Puan Sri Marlisa nampak gelisah tetapi Tan Sri Firdaus nampak lebih tenang.
" Apa hajat Fir dan Lisa datang?" tanya Datuk, lembut. Mematikan lamunan Qaseh. Qaseh memandang wajah Datuk yang duduk di sebelahnya.
" Saja nak melawat, Uncle." Tan Sri Firdaus tersenyum. Perbualan mereka terhenti sebentar apabila Rafidah datang membawa sejag air oren. Rafidah menyusun gelas-gelas tersebut dihadapan tetamu-tetamu mereka itu. Qaseh menuangkan air ke dalam gelas-gelas tersebut. Rafidah melabuhkan punggungnya di sebelah Qaseh.
" Uncle tak percaya Fir saja datang nak melawat Uncle. Ni mesti ada sebab lain. Ah! Tak usahlah berahsia dengan Uncle. Cakap sajalah. Lisa?" Datuk mengalihkan pandangannya ke arah Puan Sri Marlisa. Puan Sri Marlisa membalas pandangan Datuk kembali.
" Kami datang ni memang ada hajat." Ayat Puan Sri Marlisa terhenti. Dia cuba mencari kekuatan untuk terus menyampaikan niat mereka kepada orang-orang dihadapannya. Memandang suami disebelah. Tan Sri Firdaus tersenyum dan mengangguk. Puan Sri Marlisa menarik nafas dalam-dalam dan mengatur ayat supaya sedap di pendengaran mereka semua tentang apa yang cuba disampaikannya.
" Kami nak meminang Qaseh untuk Fareez." Akhirnya terluah juga ayat-ayat yang dipendamkan selama ini. Rafidah terkejut. Datuk dan Qaseh nampak tenang. Syarat terakhir di dalam wasiat. Qaseh teringat kembali akan wasiat yang baru dijumpainya sebentar tadi.
" Qaseh minta diri dulu." Terus sahaja kaki Qaseh melangkah ke arah tangga dan didaki tangga itu untuk menuju ke biliknya yang terletak di tingkat atas.
" Kenapa, Bang? Kita salah cakap ke?" tanya Puan Sri Marlisa, gelisah. Tan Sri Firdaus menyabarkan Puan Sri Marlisa. Dia tahu isterinya amat risau kalau-kalau Qaseh menolak lamaran mereka.
" Qaseh dah ada yang punya ke, Uncle?" pertanyaan Tan Sri Firdaus menimbulkan rasa kasihan di hati Datuk. Dia tidak sampai hati hendak menolak peminangan tersebut. Tetapi dia harus bertanya kepada Qaseh terlebih dahulu.
" Macam nilah, Fir. Fir dan Lisa balik dulu. Bagi Qaseh masa. Biar dia fikirkan." Kata Datuk. Mereka berdua mengangguk.
" Jemputlah minum, Fir…Lisa.." kata Datuk.
Selepas tetamu-tetamu tersebut beredar, Datuk terus menuju ke bilik Qaseh. Diketuknya pintu bilik Qaseh. Tiada jawapan. Diketuk sekali lagi. Mungkin Qaseh tidak dengar. Masih tiada jawapan. Datuk mengetuk sekali lagi. Kali ini lebih kuat. Diharapnya Qaseh akan dengar.
" Qaseh…" panggil Datuk sambil memulas tombol pintu bilik Qaseh. Tidak berkunci. Datuk segera masuk. Tiada kelibat Qaseh di dalam bilik itu. Datuk memeriksa bilik air. Masih tiada tanda-tanda Qaseh berada di dalam bilik itu. Datuk berjalan keluar dari bilik Qaseh. Datuk melintasi bilik arwah anak dan menantunya. Datuk menjenguknya sekali lalu. Tiba-tiba, matanya menangkap sesusuk tubuh yang berada di atas katil tersebut. Disini rupanya, desis hati Datuk.
" Qaseh…" panggil Datuk. Qaseh yang pada mulanya membaringkan diri segera duduk apabila perasan akan kehadiran Datuk.
" Apa Atuk cakap pada Uncle Fir dan Auntie Lisa?" tanya Qaseh. Dia ingin tahu perkembangan daripada perbincangan itu.
" Atuk cakap, beri masa pada Qaseh." Datuk duduk di sebelah cucunya di birai katil. Qaseh mengeluh.
" Qaseh dah fikir masak-masak. Qaseh…terima." Kata-kata Qaseh begitu mengejutkan Datuk. Dipandangnya wajah cucu itu. Tidak berkelip.
" Betul ke apa yang Qaseh buat ni?" tanya Datuk. Inginkan kepastian daripada Qaseh. Dia tidak mahu Qaseh menyesal di kemudian hari. Qaseh mengangguk perlahan.
" Qaseh tak menyesal?" tanya Datuk lagi. Qaseh menggelengkan kepalanya. Datuk juga turut mengeluh.
" Jangan kerana wasiat Qaseh turutkan. Ikut kata hati Qaseh. Kalau Qaseh rasa apa yang Qaseh buat ni betul, Atuk akan menerima lamaran mereka. Tapi kalau akan membuatkan hati Qaseh merana di kemudian hari, Atuk tak setuju." Panjang lebar Datuk cuba menyakinkan cucunya itu supaya tidak silap membuat keputusan. Qaseh menarik nafas dan dilepaskannya perlahan-lahan. Dia mengumpul segala kekuatan.
" Qaseh yakin Qaseh tak menyesal." Kata Qaseh tegas. Penuh keyakinan dan semangat. Datuk tersenyum memandang Qaseh. Perangai cucunya itu serupa Tuan Nizam. Tidak akan berpaling ke belakang setelah membuat sesuatu keputusan. Mereka memang tegas. Datuk tersenyum. Qaseh membalas senyuman itu dengan hati yang gusar. Adakah keputusannya betul mengahwini Fareez? Kemudian hatinya mengeluh. Dia tidak patut meragui keputusannya. Dia harus tegas dengan segala keputusan yang diambilnya.




ROMBONGAN peminangan dilakukan cara yang penuh dengan adab Melayu. Acara peminangan sekali dengan bertunang dibuat di rumah arwah Tuan Nizam dan Puan Yasmin. Itu permintaan Qaseh.
Aishah membetulkan selendang yang melitupi sebahagian rambut Qaseh. Wajah Qaseh dirias oleh Aishah sendiri kerana Aishah mempunyai kepakaran dalam mengandam. Nampak kecantikan Qaseh semulajadi. Mengatasi mekap yang dipakainya. Qaseh terduduk malu di birai katil. Menanti kehadiran keluarga bakal mentuanya. Rombongan pihak lelaki masih belum sampai. Qaseh sudah resah menanti. Datuk yang berada di bawah juga resah menanti. Sebagaimana perasaan cucunya, begitu jugalah perasaan Datuk.
" Mana dia orang ni?" kata Datuk. Mundar mandir dia di ruang tamu. Risau jika pertunangan itu tidak berjalan seperti yang dirancang.
" Itu pun dia orang, Ayah." Kata Rafidah sambil berjalan ke arah pintu rumah. Dia menjemput tetamu-tetamu yang baru tiba itu masuk ke dalam rumah. Keluarga pihak lelaki membawa barang hantaran masuk.
" Uncle Fir dan Auntie Lisa dah sampai, Kak." Kata Nuralis sambil menjenguk ke tingkat bawah. Melihat tetamu-tetamu yang mula memenuhi ruang. Qaseh yang berada di dalam bilik hanya menundukkan mukanya. Aishah tersenyum. Dia juga seperti Nuralis. Terjenguk-jenguk ke bawah. Keriuhan suara di bawah membuatkan Qaseh tidak senang duduk. Apa yang dibincangkan? Dia ingat majlis pertunangan, senang. Rupanya, rumit juga.
" Hajat kami ingin memetik bunga di taman larangan Tuan Rashid. Adakah bunga itu sudah dimiliki oleh sang kumbang?" tanya Tuan Syed, berkias. Datuk tersenyum. Memang sahabatnya itu pandai berkata-kata dalam kiasan.
" Bunga yang berada di taman larangan saya, belum ada kumbang yang ter‘sangkut’." Kata Datuk yang juga berkias.
" Kalau begitu, bunga Tuan Rashid sudilah menerima sang kumbang kami?" tanya Tuan Syed. Walaupun sebelum ini dia tahu Datuk sudah menerima pinangan itu tetapi dia ingin bertanya sekali lagi. Manalah tahu Qaseh berubah fikiran. Datuk mengangguk sambil tersenyum. Mereka semua lega dengan anggukan yang diberikan oleh Datuk.
" Tuan Rashid bolehlah tetapkan syarat." Ujar Tuan Syed.
" Apa pulak bertuan dengan aku ni, Syed. Idah?" Datuk beralih ke arah anaknya yang sedari tadi hanya mendiamkan diri. Rafidah yang tahu mengenai syarat yang diperkatakan oleh Tuan Syed. Datuk tidaklah arif sangat bila berkaitan hal-hal syarat ini. Rafidah mengengsot sedikit ke hadapan supaya tetamu-tetamunya dapat mendengar dengan jelas syarat-syarat mereka. Rafidah menelan air liur apabila semua mata memandang ke arahnya. Dia menyusun ayat untuk dituturkan dengan senang supaya keluarga pihak lelaki faham akan permintaan mereka.
" 15 dulang berbalas 12 dulang. Hantaran RM 15,555.55 sen. Bagaimana? Setuju?" tanya Rafidah. Antara syarat-syarat yang ditetapkan oleh Rafidah. Mereka yang mendengar terangguk-angguk.
" Kalau hantaran mahal sangat, kami boleh kurangkan." Kata Rafidah. Dia tidak mahu keluarga pihak lelaki fikir mereka ingin menjual anak.
" Kami setuju." Kata Tuan Syed dan Tan Sri Firdaus. Puan Sri Marlisa tersenyum. Lega kerana perbincangan hampir selesai.
" Bila tarikh yang sesuai untuk pernikahan mereka berdua?" tanya Tuan Syed lagi. Rafidah memandang wajah Ayahnya. Datuk melurut-lurutkan janggut yang sudah ditumbuhi rambut-rambut putih.
" Aku tak kisah. Ikut kamu lah." Kata Datuk. Dia sebenarnya tidak kisah. Dia ikut sahaja kata bakal besannya.
" Apa kata kalau 3 bulan dari sekarang?" cadang Tuan Syed. Terbeliak biji mata Datuk dan Rafidah. 3 bulan dari sekarang?
" Cepatnya." kata Rafidah.
" Lagi cepat, lagi bagus kan, Idah. Saya dah tak sabar nak jadikan Qaseh menantu saya." Kata Puan Sri Marlisa. Rafidah memandang wajah Datuk. Datuk tersenyum dan mengangguk kepada Rafidah.
" Baiklah, kami setuju dengan cadangan tu." Kata Datuk.
" Jadi, boleh kita teruskan dengan acara pertunangan?" tanya Puan Sri Marlisa setelah selesai perbincangan mereka mengenai tarikh pernikahan Qaseh dan Fareez. Kesemua tetamu bangun tetapi hanya Puan Sri Marlisa, Fitri Shaliza, Fitri Marlis dan Rafidah sahaja yang menaiki tangga untuk ke tingkat atas. Yang lain, hanya menunggu di bawah.
" Qaseh…" panggil Rafidah. Qaseh mendongakkan mukanya memandang wajah Rafidah yang tersenyum. Puan Sri Marlisa sudah berdiri dihadapannya. Qaseh perlahan menghulurkan tangan dan Puan Sri Marlisa mencapai tangan Qaseh. Disarungkan cincin tersebut ke jari manis Qaseh. Ini bererti gadis itu sudah dimiliki.








SELESAI sahaja majlis pertunangan, mereka semua dijamu dengan masakan Rafidah. Aroma masakan tersebut menusuk hidung sesiapa sahaja yang menghidunya. Qaseh juga turun ke bawah untuk menikmati hidangan bersama tetamu-tetamu. Selepas menjamu selera, tetamu-tetamu tersebut meminta diri untuk pulang. Qaseh masuk ke dalam rumah beriringan dengan Aishah. Entah kenapa, Qaseh rasa bahagia sangat apabila sudah bergelar tunangan orang. Walaupun, Fareez tidak pernah meluahkan kata sayang kepadanya. Mungkinkah dia memang ada perasaan cinta kepada Fareez?
" Akhirnya, jadi kenyataan jugak." Kata-kata Aishah tidak dapat difahami oleh Qaseh. Dia memandang Aishah.
" Apa maksud kau?"
" Encik Fareez milik kau." Kata-kata Aishah membuatkan wajah Qaseh merona merah. Menahan malu.
" Ada-ada sajalah kau ni. Kau pulak bila nak kahwin dengan Zahrien?" tanya Qaseh. Membidas sahabatnya itu.
" InsyaAllah. Kalau tak ada aral melintang, mungkin hujung tahun ni." Kata Aishah. Qaseh memeluk sahabatnya itu. Tandanya mengucapkan tahniah. Aishah tergelak. Mereka menaiki tangga menuju ke bilik Qaseh. Leka mereka berdua bersembang sehingga tidak sedar waktu yang berlalu. Aishah melihat jam di tangan.
" Eh! Aku balik dululah. Malam nanti aku nak dinner dengan Zahrien." Kata Aishah seraya bangun dari duduknya. Qaseh mengangguk.
" Kenapa Zahrien tak datang?"
" Hari ni, adik dia bertunang juga."
" Oh, ye ke? Kau tak pergi?"
" Taklah. Sebab aku dah kata kat dia yang aku nak pergi majlis pertunangan kau." Aishah mencapai beg tangannya.
" Apa kata Encik Sulaiman dan Puan Widya?"
" Dia orang ucapkan tahniah. Dia orang tak kisah. Sebab aku dah beritahu awal-awal lagi yang aku nak pergi majlis kau. Manalah tahu adik dia pun nak bertunang hari yang sama." Jelas Aishah. Qaseh tersenyum sambil mengangguk perlahan.
" Kalau kau nak aku tolong apa-apa, jangan lupa call aku." Kata Qaseh.
" Kau tolong aku ke atau aku tolong kau?"
" Hah?" Qaseh terpinga-pinga.
" Kan lagi 3 bulan je kau nak kahwin."
" Iyalah. Tapi kalau kau nak suruh aku tolong ikut kau shopping, jangan lupa call aku." Ujar Qaseh lagi.
" Aku ingat. Apa-apapun, tahniah sekali lagi aku ucapkan." Aishah berkata. Mereka berpelukan seketika.
" Oklah, aku minta diri dulu."
" Ok. Nanti hari Isnin, kita jumpa, ya?"
" Ok." Aishah terus sahaja beredar. Meninggalkan Qaseh keseorangan di dalam kamar tidurnya.
Qaseh asyik membelek cincin pertunangannya. Bahagia dia menjadi milik seseorang. Tetapi adakah bahagia ini akan ada selama-lamanya apabila dia menjadi isteri orang itu? Dia mahu saat dan kenangan ini dikekalkan begini. Pasti Papa dan Mamanya bangga kerana dia tidak lama lagi akan menjadi menantu sahabat baik mereka. Menjadi isteri kepada seorang lelaki dan menjadi ibu kepada anak-anaknya. Qaseh begitu ingin kongsi saat ini bersama Tuan Nizam dan Puan Yasmin. Tidak lama lagi mereka akan ada cucu. Itulah yang diiginkan oleh setiap datuk dan nenek. Tetapi perasaan itu tidak akan dapat dirasai oleh mereka.
Setitis air mata jatuh di atas telapak tangannya. Adakah Fareez akan melayannya dengan baik? Adakah Fareez akan membelai dirinya seperti mana yang dibayangkan oleh Qaseh setiap hari? Qaseh memang membayangkan seorang putera akan membawanya jauh dari derita ini. Membawanya ke alam yang belum pernah dirasai. Seketika kemudian, dia tersenyum sendirian. 3 bulan dirasakan terlalu singkat. Dia belum bersedia hendak meninggalkan Datuk dan Rafidah. Tetapi Qaseh tahu. Lambat-laun masa itu akan datang jua. Masa untuk dia berdikari sudah sampai.


BERSAMBUNG....
posted by Penulisan2u @ 1:47 PM  

Kongsi Karya Ini Di Dinding Facebook Anda
4 Comments:
  • At 1/1/09 6:01 AM, Anonymous Tanpa Nama said…

    cepatah sambung....tak sabar nak bace....

     

  • At 28/1/09 9:30 AM, Blogger ecah hamzah said…

    kat sini dh lame x post.....
    bace la kat blog...
    http://ecahyourbestfriend4eva.blogspot.com

     

  • At 20/8/09 5:39 PM, Anonymous Tanpa Nama said…

    tak leh access la blog awak....

     

  • At 11/9/09 2:34 AM, Anonymous Tanpa Nama said…

    dah x nak smbg ker citer nie??????????
    nape lame x antar n3 baru?????????
    citer nie bestla........
    good job writer!!!!!!!!!!!!!!!!!

     

Catat Ulasan

TINGGALKAN ULASAN DAN KOMEN, PADA SETIAP KARYA YANG ANDA BACA Penulis memerlukan ulasan dan komen, bagi memperbaiki penulisan dan memperbetulkan kesilapan. Komen dan ulasan anda akan memberi satu semangat kepada penulis, untuk terus menulis karya dan seterusnya menghasilkan karya yang menarik. Kerjasama & sokongan daripada pembaca amat kami hargai. Sebab itulah kami menyediakan HADIAH, sebagai penghargaan kepada penulis dan juga kepada pembaca yang aktif memberi komen & ulasan

<< Home

 

 

 NOVEL TERBARU DI PASARAN

 

 

"Dia hidup bukan kerana cinta. Dia hidup kerana kehadiran Prince Charming yang menyelamatkannya. Semuanya gara-gara dia mengoyak Carta Prince Charming—carta misteri yang tiada sesiapa tahu dari mana datangnya. Yang pasti, memang dia langsung tidak percaya dengan sumpahan yang dikatakan berkaitan dengan Carta Prince Charming.

"Sumpahan puteri? Kau ingat ini cerita dongeng ke? Puteri apa yang nak sumpah aku ni? Puteri bunian? Puteri lindungan bulan?”

Desakan daripada Sofea membawanya ke Kelab Bola Sepak. Di situlah Prince Charming berkumpul. Tetapi hanya seorang sahaja Prince Charming yang dicari-carinya. Namun, untuk mencari Prince Charming bukanlah mudah, namun dia yakin, antara mereka, pasti salah seorang adalah penyelamatnya.

Orang tu pun satu! Dah selamatkan nyawa orang, tak reti-reti ke nak munculkan diri? Bukan ke lagi senang kalau datang berdiri depan aku dan cakap, Sayalah yang selamatkan awak daripada kena langgar semalam. Finish! Tak adalah nak panjangkan cerita sampai beratus muka surat semata-mata nak cari Prince Charming!

Tajuk: Prince Charming
Penulis: Ratu Bulan
Terbitan: Fajar Pakeer

Harga: RM19.90
Ulasan:

 


 

NOVEL HANGAT DIPASARAN

 

 

Pertemuan pertama memberi impak yang berbeza kepada dua insan. Maria malu mengenang, sedang Hisyam mahu mendekat. Maria semakin resah apabila Hisyam terus-terusan mendesak. Dalam benci ada rindu. Bijak Hisyam memujuk, mereka akhirnya disatukan.

Salina hadir menjadi duri dalam daging. Bagi Hisyam, gadis itu ialah sahabatnya yang terbaik. Insan paling dipercayai. Namun, dalam diam, Salina meracuni hubungan mereka. Salina ada agenda yang tersendiri.

Semakin hari, semakin nipis rasa percaya Maria terhadap Hisyam. Namun, dia tidak mungkin menghindar rasa kasih yang sudah menebal. Demi menunaikan permintaan Maria, Hisyam tega melamar Salina walau ada luka di hati.

Sanggupkah Hisyam menduakan Maria yang pernah dicintai sepenuh hati? Dan, Maria, mampukah membiarkan suami tersayang jatuh ke tangan Salina? Atau, Mariakah orang ketiga yang tidak lagi diperlukan kehadirannya oleh Hisyam?

 

Baca bab awal dari bab 1-15 di www.takmungkinkuhindar.blogspot.com
 

Tajuk: Tak Mungkin Kuhindar
Penulis: Ana Sofiya
Terbitan: Fajar Pakeer

Harga: RM22.90
Ulasan:

 


       Karyaseni

www.karyaseni.my
www.karyaseni.com.my
       Menarik Klik Dibawah
    50 Karya Terbaru

  Info Karya Terkini

      Baca Karya Pilihan

  Pelukan Cinta - Novel cinta yang 90% adalah kisah benar, wujud lagikah manusia sebegini?

 

  Suami Aku Ustaz - Bila Suami Yang Merupakan ustaz kini menjadi suamiku, Sebuah novel yang banyak menekan nilai-nilai islamik

 

  Terlerai Kasih Sebuah novel yang heroinnya bertudung, novel yang begitu menarik. selamat membaca

 

  Kahwin Ganti - Novel yang pasti dapat memikat hati pembaca. bagaimana seorang yang sakit menjadi suamiku

 

  Kemilau Karya Kasih - Kisah  anti novel melayu, yang memandang jijik dan hina novel melayu. ikuti kisah menarik ini.

 

  Opps pintu hatiku - Kisah yang menarik pilihan yang mampu memberi keseronokan membaca

 

  Pilihan Mama - perlukah ikut pilihan mama, sedangkan pilihan mama umpama manusia yang tidak berperikemanusian

 

  Tak Mungkin Kuhindar - Novel yang mendapat sambutan dan popular di penulisan2u

 

  Dibius Cinta - Cucukan jarum cinta manakah yang mampu membius hatiku. Kalau sudah membaca novel ini kali pertama, pasti tidak akan berhenti.

 

 

klik pada tajuk untuk membaca karya pilihan di atas

 

      Iklaneka

 

125 

 

 

 

 

 

Berminat iklan di blog penulisan2u? hubungi kami di email : Bantuan@penulisan2u.net

      Tarikh Karya

 

Ikuti blog ini | Follow this blog

      Berita Hangat

Penulisan2u sedang berkerjasama dengan Penerbit Novel bagi memberi peluang kepada penulis-penulis berbakat dan karya yang menarik. Antara novel yang sudah di terbitkan

 

  Biarlah YM Berbicara

  Baju Pengantin Mak Andam

  Siapakah Di hatiku

  Hot Gimmick

  Pergilah Air Mata

  Sepupuku Suamiku

  Hadirmu Takdirku

  Cermin

  Tak Mungkin Kuhindar

  Bini Aku Tomboy Ke?

  Jodoh Atau Cinta

  Prince Charming

  AD + IZ 

 

Tunggu kemunculan novel-novel terbaru dari penulis penulisan2u setiap bulan di pasaran.

      Ingin Hadiah?

PERADUAN KUIZ . Tahniah kepada 10 Pemenang Kuiz, Hadiah ditaja oleh Syarikat Penerbitan Kaki novel Enterprise. Klik Disini untuk melihat Senarai pemenang.

 

UNTUK PENULIS. 5 Penulis terbaik pilihan pembaca setiap bulan. akan menerima hadiah sebuah novel. Blog pertama dan satunya2 blog yang memberi hadiah kepada penulis. Klik Disini untuk melihat senarai Penulis terbaik pilihan pembaca setiap bulan

 

UNTUK PENGULAS & PEMBACA?

2 Pengulas paling AKTIF dengan memberi komen yang ikhlas dan membina, pada setiap karya cerpen / novel  di penulisan2u akan menerima hadiah sebuah NOVEL.

 

      Bilik Sembang

Info
TAG

koleksi novel, koleksi novel cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik, novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru, teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram, cerita, cerita cinta, cerita melayu

UCAPAN

1/1/2009:
Tahun baru misi baru, cerpen dan novel pun baru. semoga terhibur bersama blog kami

KATA HIKMAH

1) Cara yang pasti untuk terlepas dari berjaya ialah terlepas peluang

2)"Jika saya ingin memulakan kembali perniagaan saya, maka saya akan memilih perniagaan network (MLM)"DONALD TRUMPH

3) "ada menyebut, 9/10 daripada rezeki berpunca daripada perniagaan" HADIS

4)Dalam tempoh lima tahun akan datang hanya wujud 2 jenis perniagaan iaitu perniagaan yang menggunakan INTERNET sebagai platform ATAU perniagaan tanpa internet yang akan terkeluar dari persaingan dunia perniagaan.” Apabila ditanya kepada beliau, bagaimana awak boleh jadi di antara orang yang terkaya di dunia? Jawab beliau,“Saya berada ditempat yang betul tepat pada masanya, saya melihat VISI dan yang sangat penting. Saya melakukan TINDAKAN!!”. BILL GATES

5) "Daripada 40 orang terkaya yang berumur di bawah 40 tahun, separuh daripada mereka berjaya melalui INTERNET."  -MAJALAH FORTUNE-

6) Jika anda mahu melakukan sesuatu anda akan mencari jalan dan jika anda tidak mahu melakukan sesuatu anda akan mencari alasan

7) Siapa yang tidak pernah gagal, dia tidak akan menjadi kaya -charles h.spungeon-

8) Ingatlah Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum melainkan kaum itu sendiri berusaha mengubahnya - al-Radu [13]: 11-

9) 99% kejayaan dibina dari kegagalan yang lalu, siapa yang mahu dan tidak bertindak, dia adalah haiwan perosak -willim blake-

9) Banyak hal yang kita sebut sebagai was-was untuk bertindak seringkali dapat diubah menjadi kejayaan dan keuntungan, hanya dengan mengubah sedikit sahaja sikap dalam diri seseorang daripada rasa takut bertukar untuk berjuang

10) semasa kita berhenti dari berfikir, kita biasanya terlepas satu peluang

11) Ilmu melalui bukunya, kemahiran melalui pengalamanya, kejayaan melalui usahanya


TAG

koleksi novel, koleksi novel cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik, novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru, teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram, cerita, cerita cinta, cerita melayu

Inspirasi kejayaan yang cemerlang di
www.kerjaya.net
      Chit-Chat Corner

online
     Rakan Niaga

Rahsia dari 8 Jutawan Malaysia

Rahsia penjimatan elektrik

117 Idea Bisnes Luar Biasa

Webhosting Terbaik Malaysia

Video Tutorial Bisnes Internet

Peluang Bisnes SMS

Google Adsense jana Duit

Rahsia perniagaan digital

Business Internet

Cara Format PC

Perkakasan membina website

Cara membina Blog wordpress

Buat Duit dengan Ebook

Rahsia sistem merekrut MLM

Menjana pendapatan di EBAY

Tingkatkan Traffik ke website

Tiada duit untuk kahwin?

Rahsia Bisnes di Internet

Panduan asas membina blog

Jana wang dgn unit trust

Belajar design grafik

Bengkel website

10 Model Bisnes internet

Pakej bisnes internet

Belajar HTML website

Rahsia teknik bisnes di EBAY

      Novel pilihan

sinopsis klik pada gambar

   Diari Penulis

    • Aisya Sofea

    • Anis Ayuni

    • Bikash Nur Idris

    • Damya Hanna

    • Dhiya Zafira

    • Eny Ryhanna

    • Salina ibrahim

    Dina Najat

    • Ahadiat Akashah

    • Norhayati Berahim

    • Aina Emir

    • Hafirda Afiela

    • Hani Fazuha

    • Dewi Sukma

    • Sri Diah

    • Zn Isa

    • Lily Suraini

    • Lily Haslina

    • Nia Azalea

    • Rose Harissa

    • Norzailina Nordin

    • Aleya Aneesa

    • Liza Zahira

    • Ida Nardiel

    • Eka fahara

    Syima Syawal

    • Meen Zulaikha

    • Rose harissa

    • Aleya Aneesa

    • Lynn Dayana

    • Mersik Romoyu

         Ingin Menjadi Penulis?

Creative Enterprise Sdn. Bhd., sedang mencari manuskrip kanak-kanak atau remaja. Ini kerana pihak kami ingin memperluaskan dan memperbanyakkan bahan bacaan untuk kanak-kanak dan remaja. Di samping itu kami juga ingin memupuk minat membaca dalam kalangan kanak-kanak dan remaja. ( klik disini )

Karyaseni Enterprise ingin memaklumankan kepada anda yang berminat untuk menghantar manuskrip anda kepada KS untuk penilaian, sila email kan sinopsis dan tiga bab awal ke alamat email berikut: Manuskrip@karyaseni.my

KarnaDya Solutions Sdn Bhd. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan? hantarkan karya anda. Sebelum anda menghantarkan manuskrip anda, sila hantarkan butiran berikut terlebih dahulu melalui emel/pos. untuk maklumat lanjut ( klik disini )

NB Kara Sdn Bhd dengan berbesar hati menjemput mana-mana penulis yang merasakan diri mereka layak menjadi penulis yang versatil, menghantar manuskrip mereka kepada NB Kara Sdn Bhd. Tulisan anda terlebih dahulu akan dinilai oleh penulis prolifik Norhayati Berahim dan juga beberapa panel editor sebelum diluluskan untuk terbitan.
 ( klik disini )

Jemari Seni Publishing. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan? Untuk tujuan pengiriman manuskrip, JEMARI SENI telah menggariskan panduan kepada penulis-penulisnya. untuk maklumat lanjut ( klik disini )

 

Alaf 21 Sdn Bhd. Tahun 2008 bakal menjanjikan sinar kecemerlangan seandainya karya anda terpilih untuk diterbitkan oleh Alaf 21, penerbit novel tersohor di Malaysia. Jika anda mempunyai salah satu manuskrip tersebut, kami ingin menatap dan menilainya. Sekiranya sesuai, pihak kami ingin menerbitkannya di bawah jenama ALAF21. ( klik disini)

   Ahli Pelawat
      Novel Di Pasaran

Kenangan Terindah - Hezzy Azra

Serasi di hati - Nora Ismail

Nama aku N - Aina Emir

Bunga Syurga - Anita Aruszi

Episod cinta luka - Fateen Najwa

Sandaran kasih - Aini Marisha

Fitrah kasih - Ilani Mysara

Bukan yg pertama - Salina Ibrahim

Ternyata cinta - Damya Hanna

Selagi ada dia - Aisya Sofea

Kembalikan cintaku - Norhayati NB

Warna hati - Meen Zulaikha

Seribu kali sayang - Anis Ayuni

Menanti kasih - Norzailina nordin

Cahaya - Nura zulaikha

Dakapan cinta - Eny Ryhanna

Hanya kita berdua - Aina emir

Ku Utus Rindu - Intan Arnida

Usikan rindu - Qaira Qasidah

Segalanya untukmu - A.Anessa

 

Dapatkan dikedai berhampiran anda

      Bantuan Carian

Dua cara asas untuk memudahkan anda melayari laman blog penulisan2u pada masa akan datang. pastikan anda set laman penulisan2u sebagai  "homepage utama" atau dengan "add to favorite" di pelayar komputer anda. caranya dgn klik dibawah:-

 

      Web & Blog Terbaik

Koleksi cerpen & novel online terbaik dari Malaysia, Indonesia, SIngapore & Brunei. Layari di http://penulisan2u.net

Koleksi artikel isu semasa, artikel yang menarik dan hangat http://semasa2u.blogspot.com

tip kehidupan, zodiak, horoskop, petua, tip, puisi, pantun, sajak, dan pelbagai artikel menarik layari di http://istimewa2u.blogspot.com

Blog Berkaitan agama, topik-topik tazkirah, audio, video ceramah, mendengar 114 surah Al-quran secara online, radio-radio dakwah, layari di http://dakwah2u.blogspot.com

Blog Media, Tv streaming online, radio streaming online, surat khabar, rakaman drama, radio era, hot.fm, tv1, tv2,tv3 dan lain-lain. layari di http://mymedia2u.blogspot.com

Blog Koleksi cerita lawak, lucu, kelakar dan video lawak, lucu dan kelakar. layari di laman http://kelakar2u.blogspot.com

Laman web penerbit novel KarnaDya Penerbitan Karyaseni Syarikat penerbitan yang dimiliki oleh Penulisan2u. Novel-novel dari laman penulisan2u akan diterbitkan oleh Karyaseni http://www.karyaseni.my

Laman web syarikat penerbit novel Creative Enterprise Sdn Bhd (CESB). Untuk melihat novel-novel terbaru yang berada di pasaran, layari di http://www.cesb.net.my

Laman web syarikat penerbit Kaki Novel Enterprise. Untuk melihat novel-novel terbaru yang berada di pasaran, layari di http://www.kakinovel.com

Laman web syarikat penerbit NB kara Sdn Bhd. Dimiliki oleh penulis terkenal Norhayati Berahim, Untuk melihat novel-novel terbaru yang berada di pasaran, layari di http://www.nbkara.com.my

Laman web syarikat penerbit Buku Prima Sdn Bhd. Untuk melihat novel-novel terbaru yang berada di pasaran, layari di http://www.bukuprima.com.my

Laman web syarikat penerbit novel jemari Seni Publishing (JS Publishing). Untuk melihat novel-novel terbaru yang berada di pasaran, layari di http://www.jemariseni.com

Laman web syarikat penerbit novel Alaf21 Sdn Bhd (alaf21). Untuk melihat novel-novel terbaru dari Alaf21 layari di http://www.alaf21.com.my

Laman web syarikat penerbit novel Fajar Pakeer Sdn Bhd). Untuk melihat novel-novel terbaru  layari di laman http://www.fajarnovels.com.my

      Kata Kunci

koleksi novel, koleksi novel cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik, novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru, teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram, cerita, cerita cinta, cerita pendek, cerita melayu, cerita online

      Malaysia Group