Kehidupan
adalah anugerah utama Illahi. Anugerah kehidupan memberi gambaran
kebesaranNya buat kita manusia, yang wajib kita syukuri dan hargai.
Internet adalah kemudahan buat umat manusia. Justeru itu,
manafaatkan ia untuk kesejahteraan diri kita dan umat sejagat.
Sentiasalah kita beringat, apa yang kita lakukan, akan dipertanggung
jawabkan pada kemudian hari.
Gunakan sebaik-baiknya kurnia Allah swt kepada kita. Halalkan
kegunaan akal, hati dan lidah pada perkara yang bakal membawa
kecemerlangan diri kita dunia dan akhirat. Kita hidup hanya sekali.
Sekali 'pergi' tak kan kembali. Buat baik berpada-pada, dan buat
jahat JANGAN sekali-kali. Kewujudan website penulisan2u dengan blog
sebagai wadah untuk meningkatkan nilai diri. Bermatlamatkan
penyatuan ummah dengan ciri-ciri kemurnian budi dan budaya. Walaupun,
dunia terus maju dengan teknologi, kita akan terus kekal dengan
akhlak dan jati diri insani.
"Ok.. Syamir. Panggil semua masuk baris", arah Encik Azahari pada Syamir. Pada hari ini, latihan ujian kawad akan dijalankan sebagai persediaan bagi pegawai-pegawai kadet peringkat senior yang bakal menghadapi ujian kawad pada latihan berterusan mereka nanti. Ujian kawad ini merupakan salah satu daripada ujian-ujian yang perlu dilalui oleh semua pegawai kadet sebelum mereka ditauliahkan.
Syamir bergerak ke tengah padang kawad. Berdiri tegak menghadap skuadnya sebelum memberikan arahan.
"Skuad.. dengar sini semua sekali..", laung Syamir sebagai memberikan amaran kepada skuadnya bahawa arahan akan dikeluarkan. Semua ahli skuad yang sedang melepak dan bersembang di bawah pokok dipinggir padang kawad terus diam dan memberikan tumpuan pada Syamir.
"Apabila mendapat hukuman, tiga baris dihadapan saya, gerak. Skuad dikehendaki berlari, berbaris dalam tiga barisan, dihadapan, ditengah-tengah, di mana tempat saya mengadap. Faham tu skuad?", Syamir memberikan arahan dengan jelas dan tegas.
"Faham, skuad..", sambut ahli-ahli skuad yang lain.
"Tiga barisan dihadapan saya, gerak!!", Syamir memberikan arahannya. Dengan langkah berlari, ahli-ahli skuad membuat tiga barisan dihadapan Syamir sambil menghentakkan kaki, menanti Syamir memberikan arahan supaya berhenti.
"Skuaaaaaad, ti..", arah Syamir lagi.
"Luruskan barisan..", pantas skuad menoleh ke kanan dan meluruskan barisan mereka. Setelah barisan diluruskan, barulah gerakan kaki dan kepala mereka semua kembali mengadap Syamir dihadapan.
"Senang diri.."
"Skuad sedia.. Diam, langut dan terus pandang ke hadapan..", pesan Syamir sebelum bergerak untuk melapor pada Encik Azahari, Pegawai Waran II yang juga merupakan jurulatih peringkat.
Ketika Syamir sedang melapor, kelihatan Tuan Ismadi yang merupakan Pegawai Latih mereka tiba. Tuan Ismadi berkata sesuatu kepada Encik Azahari dan Syamir. Setelah mendapat arahan, Syamir kembali ke skuadnya.
"Qila, bila dapat arahan keluar baris, kau keluar and pergi berjumpa dengan Tuan Ismadi. Ok.. Qila sahaja. Keluar baris..", Farah Aqilah membuat kawad-kawad untuk keluar baris dan berjalan beriringan bersama Syamir.
"Entah.. Fasal paper work hari tu kot. Hari tu dia ada jugak cakap kat aku yang dia nak suruh kita present paper work tu kat TK", jawab Syamir.
"Adoi.. malasnya.. kau pergi sorang tak boleh ke Syamir?", rungut Farah Aqilah.
"Eh, mana boleh!! Kau kan aku punya savior, aku punya orang kanan, aku punya orang kuat. Lagi pun, semua tu pun memang kau yang buat pun, kan? Aku just sign je.. Kalau TK tanya nanti, aku mana tau nak jawab ape..", balas Syamir sambil tersengih.
"Huh!! Balik-balik aku jugak yang kena..", rungut Farah Aqilah di dalam hati.
Syamir memberikan arahan berhenti sebaik sahaja mereka berdua tiba di hadapan Tuan Ismadi. Benar tekaan Syamir tadi, mereka berdua diarahkan untuk pergi berjumpa dengan Timbalan Komandan yang juga merangkap sebagai Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar), UTM untuk melakukan pembentangan kertas kerja. Kertas kerja mereka pada kali ini adalah untuk mendapatkan dana bagi menjalankan latihan intensif sebagai persediaan untuk menghadapi pertandingan antara universiti bagi aktiviti merempuh halangan, merentas desa dan juga kawad sempena pentauliahan mereka nanti.
Setelah mendapat arahan selanjutnya daripada Tuan Ismadi, Farah Aqilah dan Syamir masuk ke dalam kenderaan bersama-sama Tuan Ismadi untuk berjumpa dengan Timbalan Komandan.
* * *
[Villa Cendana Wira, Balik Pulau, Pulau Pinang ~ 2015]
Farah Aqilah turun dari kereta sebaik sahaja Syamir mematikan enjin keretanya. Farah Aqilah memerhatikan suasana persekitarannya. Cantik dan mendamaikan. Di hadapannya terdapat sebuah rumah berbentuk kolonial Inggeris lama. Di sebelahnya pula terdapat sebuah sungai yang mengalir deras. Kelihatan sebuah kayu yang diletakkan merentasi sungai tersebut, memandangkan jambatan masih lagi dalam proses pembinaan. Di seberang sungai itu pula terdapat sebuah pondok kecil yang sangat indah. Bunga-bungaan yang memagari pondok kecil itu, membuatkannya kelihatan sangat istimewa. Pohon-pohon buah-buahan yang merimbun pula menjadikan suasana di sekitar Villa Cendana Wira kelihatan redup dan menyamankan. Farah Aqilah leka dengan suasana disekelilingnya.
"Cantiknya..", Farah Aqilah berbisik lembut.
Syamir hanya tersenyum melihat keasyikkan Farah Aqilah. Perlahan-lahan Farah Aqilah didekatinya.
"Farah..", panggil Syamir, lembut.
Farah Aqilah berpaling.
"Jom masuk..", ajak Syamir. Syamir mendahului Farah Aqilah membuka langkah. Namun langkah Syamir terhenti apabila menyedari bahawa dia hanya berjalan sendiri. Farah Aqilah masih lagi kaku berdiri di tempat tadi. Wajah Farah Aqilah yang masih ragu-ragu direnungnya lembut.
"Farah.. jangan bimbang. Mak Dah ada di dalam..", ucap Syamir untuk membuang gundah di hati Farah Aqilah. Syamir tahu Farah Aqilah masih lagi fobia dengan kenangan lalu.
"Betul?", tanya Farah Aqilah bagi mendapatkan kepastian.
"Ya Allah.. betul sayang..", Syamir berlari menuju ke pintu rumah. Tidak lama kemudian, kelihatan seorang perempuan tua di hadapan pintu. Pantas Syamir menyambar tangan perempuan tua itu lalu menciumnya lembut sebelum berkata sesuatu kepadanya. Perempuan tua tersebut membalas sesuatu, lalu menyarung seliparnya sebelum berjalan mendekati Farah Aqilah dengan diiringi oleh Syamir.
"Apa khabar nak? Marilah masuk..", ramah wanita tua itu menjemput.
"Hmm.. sekarang Farah dah percaya?", tanya Syamir.
Farah Aqilah hanya tersenyum kelat.
Perempuan tua itu menampar lengan Syamir.
"Ish.. ada ke cakap macam tu dengan Farah. Dah Farah, jangan dilayan si Mus ni. Mari masuk..", perempuan tua itu memaut bahu Farah Aqilah dan membawanya masuk ke dalam rumah. Mata Farah Aqilah sekali lagi takjub dengan suasana yang dilihat di dalam rumah itu. Sungguh cantik dan mendamaikan. Hiasan rumah tersebut nampak elegan tetapi cukup menyegarkan dengan pokok serta perhiasannya.
"Nak duduklah dulu ye..", jemput wanita tua itu sekali lagi.
Farah Aqilah hanya mengangguk lalu menurut. Punggungnya dilabuhkan ke sofa dua berangkai. Sedang Farah Aqilah asyik menikmati keindahan hiasan ruang tamu tersebut, tiba-tiba Syamir menghenyakkan punggungnya disebelah Farah Aqilah. Sengaja dia pergi menyempit disitu. Farah Aqilah terkejut. Hasil tindakan refleks, spontan Farah Aqilah berdiri. Namun belum pun separuh dia berdiri, Farah Aqilah kembali terduduk apabila tangan kekar Syamir pantas menariknya duduk kembali.
"Eh... apa ni Syamir? Lepaslah..!!", marah Farah Aqilah.
"Duduk dulu sayang. Bagilah peluang pada Amir untuk nyatakan sesuatu..", pujuk Syamir lembut.
"Yang tadi tu siapa, Amir?", Farah Aqilah menukar topik.
Syamir melepaskan keluhan berat. Cuba mengumpulkan kembali kesabaran yang semakin menipis. Ikutkan hatinya yang baran, mahu sahaja dia memaksa Farah Aqilah untuk mengikut setiap kata-katanya. Namun, kata-kata serta sindiran yang sering diterimanya, terutamanya daripada Pak Long Fuad benar-benar memberikannya kesedaran. Sikapnya selama inilah yang sering menjadi punca masalah antara dirinya dan Farah Aqilah sukar untuk diselesaikan. Tambahan pula dengan keadaan hati Farah Aqilah yang masih lagi terluka. Semua itu menjadikan keadaan semakin sukar.
"Mak Dah..", jawab Syamir ringkas.
"Siapa Mak Dah..?", tanya Farah Aqilah lagi. Entah mengapa hatinya ingin benar tahu apa perkaitannya antara Mak Dah itu dengan Syamir.
"Er.."
"Mus, kau bawakan beg Farah masuk ke bilik tamu..", Mak Dah bersuara tiba-tiba.
Farah berpaling hairan mendengarkan kata-kata Mak Dah itu.
"Err.. mana dia ada bawak beg, mi..", jawab Syamir sambil tersengih.
"Lah.. Kenapa pulak macam tu..?"
"Datang sini bukannya planning pun mi. Spontan je Mus bawakkan Farah ke sini. Petang nanti kita orang balik kot..", jawab Syamir lagi.
"Balik petang ni? Hmm.. Kamu jangan nak ngada-ngada Mus. Tak pe.. nanti suruh aja si Farah ni pakai baju-baju Masyitah kat dalam almari tu..", tegah Mak Dah.
"Kamu duduk sini dua tiga hari ye, Farah..", kata Mak Dah pada Farah Aqilah pula. Melihatkan pada raut wajah ikhlas dan mesra dihadapannya, Farah Aqilah tidak sampai hati untuk mengatakan tidak. Perlahan Farah Aqilah memberi persetujuan. Tambahan pula, Hanim tiada dirumah. Daripada tinggal seorang diri di rumah sewanya, lebih baik dia hidup berteman di sini, fikir Farah Aqilah.
Hati Syamir berbunga riang.
"Nasib Mus memang tinggal banyak baju kat sini..", kata Syamir tiba-tiba. Mak Dah memandang Syamir.
"Hm.. malam ni kamu tidur di Pondok Undang, Syamir"
"Eh.. mana boleh macam tu mi..", bangkang Syamir sambil menarik muka. Terdiam Farah Aqilah melihat gelagat Syamir yang manja. Siapa Mak Dah pada Syamir ye? Kenapa Syamir memanggil Mak Dah, mi?
"Kamu jangan nak mengada-ngada. Nanti mi tarik telinga baru tahu. Lelaki dan perempuan bukan muhrim mana boleh tinggal sebumbung..", selar Mak Dah.
"Alah mi.. Mus bukan nak buat apa-apa pun pada Farah. Boleh la mi..", Syamir masih lagi memujuk. Mak Dah hanya menggeleng.
"No.. Mi cakap Mus tidur Pondok Undang, so tidur Pondok Undang. Jangan merengek-rengek kat sini. Tak malu ke tunjuk perangai depan Farah?", sengaja Mak Dah berkata demikian. Rimas benar dia dengan rengekan Syamir itu. Orangnya sudah besar panjang, namun manjanya makin menjadi-jadi.
"Erk..", Syamir menyorokkan wajahnya daripada pandangan Farah Aqilah. Malu. Lupa bahawa Farah Aqilah ada bersama-sama mereka.
"Oklah mi.. tapi lepas pukul dua belas baru Mus duduk sana eh?", kata Syamir sambil bersuara sayu. Masih lagi cuba untuk mendapatkan simpati Mak Dah.
"Hmm.. yelah..", Mak Dah memberikan persetujuan.
"Dah.. Mus, kamu hantarkan Farah ni ke bilik. Mungkin dia nak rehat-rehat sekejap. Nanti mi hantarkan baju pada dia..", kata Mak Dah sebelum bangun dan berlalu.
Saya pun nantikan sambungannya.. harap cptlah pihak penulisan postingkan..
~Putri Lily~
Catat Ulasan
TINGGALKAN ULASAN DAN KOMEN, PADA SETIAP KARYA YANG ANDA BACA Penulis memerlukan ulasan dan komen, bagi memperbaiki penulisan dan memperbetulkan kesilapan. Komen dan ulasan anda akan memberi satu semangat kepada penulis, untuk terus menulis karya dan seterusnya menghasilkan karya yang menarik. Kerjasama & sokongan daripada pembaca amat kami hargai. Sebab itulah kami menyediakan HADIAH, sebagai penghargaan kepada penulis dan juga kepada pembaca yang aktif memberi komen & ulasan
"Dia
hidup bukan kerana cinta. Dia hidup kerana
kehadiran Prince Charming yang menyelamatkannya.
Semuanya gara-gara dia mengoyak Carta Prince
Charming—carta misteri yang tiada sesiapa tahu
dari mana datangnya. Yang pasti, memang dia
langsung tidak percaya dengan sumpahan yang
dikatakan berkaitan dengan Carta Prince
Charming.
"Sumpahan puteri? Kau ingat ini cerita dongeng
ke? Puteri apa yang nak sumpah aku ni? Puteri
bunian? Puteri lindungan bulan?”
Desakan daripada Sofea membawanya ke Kelab Bola
Sepak. Di situlah Prince Charming berkumpul.
Tetapi hanya seorang sahaja Prince Charming yang
dicari-carinya. Namun, untuk mencari Prince
Charming bukanlah mudah, namun dia yakin, antara
mereka, pasti salah seorang adalah penyelamatnya.
Orang tu pun satu! Dah selamatkan nyawa orang,
tak reti-reti ke nak munculkan diri? Bukan ke
lagi senang kalau datang berdiri depan aku dan
cakap, Sayalah yang selamatkan awak daripada
kena langgar semalam. Finish! Tak adalah nak
panjangkan cerita sampai beratus muka surat
semata-mata nak cari Prince Charming!
Tajuk:
Prince Charming
Penulis: Ratu Bulan
Terbitan: Fajar Pakeer
Harga:
RM19.90
Ulasan:
NOVEL
HANGAT DIPASARAN
Pertemuan
pertama memberi impak yang berbeza kepada dua insan. Maria
malu mengenang, sedang Hisyam mahu mendekat. Maria semakin
resah apabila Hisyam terus-terusan mendesak. Dalam benci
ada rindu. Bijak Hisyam memujuk, mereka akhirnya disatukan.
Salina hadir menjadi duri dalam daging. Bagi Hisyam, gadis
itu ialah sahabatnya yang terbaik. Insan paling dipercayai.
Namun, dalam diam, Salina meracuni hubungan mereka. Salina
ada agenda yang tersendiri.
Semakin hari, semakin nipis rasa percaya Maria terhadap
Hisyam. Namun, dia tidak mungkin menghindar rasa kasih
yang sudah menebal. Demi menunaikan permintaan Maria,
Hisyam tega melamar Salina walau ada luka di hati.
Sanggupkah Hisyam menduakan Maria yang pernah dicintai
sepenuh hati? Dan, Maria, mampukah membiarkan suami
tersayang jatuh ke tangan Salina? Atau, Mariakah orang
ketiga yang tidak lagi diperlukan kehadirannya oleh Hisyam?
Penulisan2u
sedang
berkerjasama dengan Penerbit Novel bagi memberi peluang kepada penulis-penulis berbakat dan karya yang menarik.
Antara novel yang sudah di terbitkan
2 Pengulas paling AKTIF dengan memberi komen yang ikhlas dan
membina, pada setiap karya cerpen / novel di penulisan2u akan
menerima hadiah sebuah NOVEL.
•
Creative Enterprise Sdn. Bhd., sedang mencari manuskrip kanak-kanak atau remaja. Ini kerana pihak kami ingin memperluaskan dan memperbanyakkan bahan bacaan untuk kanak-kanak dan remaja. Di samping itu kami juga ingin memupuk minat membaca dalam kalangan kanak-kanak dan remaja.
( klik disini
)
•Karyaseni Enterprise ingin memaklumankan
kepada anda yang berminat untuk menghantar manuskrip
anda kepada KS untuk penilaian, sila email kan
sinopsis dan tiga bab awal ke alamat email berikut:
Manuskrip@karyaseni.my
•KarnaDya Solutions Sdn
Bhd. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
hantarkan karya anda. Sebelum anda menghantarkan
manuskrip anda, sila hantarkan butiran berikut terlebih
dahulu melalui emel/pos. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•NB Kara Sdn Bhd dengan berbesar hati
menjemput mana-mana penulis yang merasakan diri mereka
layak menjadi penulis yang versatil, menghantar
manuskrip mereka kepada NB Kara Sdn Bhd. Tulisan anda
terlebih dahulu akan dinilai oleh penulis prolifik
Norhayati Berahim dan juga beberapa panel editor sebelum
diluluskan untuk terbitan.
(
klik disini )
•Jemari Seni Publishing. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
Untuk tujuan pengiriman manuskrip, JEMARI SENI telah
menggariskan panduan kepada penulis-penulisnya. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•
Alaf 21 Sdn Bhd. Tahun 2008 bakal menjanjikan sinar
kecemerlangan seandainya karya anda terpilih untuk
diterbitkan oleh Alaf 21, penerbit novel tersohor di
Malaysia.
Jika
anda mempunyai salah satu manuskrip tersebut, kami ingin
menatap dan menilainya. Sekiranya sesuai, pihak kami
ingin menerbitkannya di bawah jenama ALAF21.
( klik disini)
•
tip kehidupan, zodiak, horoskop, petua, tip, puisi,
pantun, sajak, dan pelbagai artikel menarik layari di
http://istimewa2u.blogspot.com
•
Blog Berkaitan agama, topik-topik tazkirah, audio, video
ceramah, mendengar 114 surah Al-quran secara online,
radio-radio dakwah, layari di
http://dakwah2u.blogspot.com
•
Blog Media, Tv streaming online, radio streaming online,
surat khabar, rakaman drama, radio era, hot.fm, tv1,
tv2,tv3 dan lain-lain. layari di
http://mymedia2u.blogspot.com
•
Blog Koleksi cerita lawak, lucu, kelakar dan video lawak,
lucu dan kelakar. layari di laman
http://kelakar2u.blogspot.com
•
Laman web
syarikat penerbit novel Creative
Enterprise Sdn Bhd (CESB). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.cesb.net.my
•
Laman web
syarikat penerbit
Kaki Novel
Enterprise. Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.kakinovel.com
•
Laman web
syarikat penerbit NB kara Sdn Bhd.
Dimiliki oleh penulis terkenal Norhayati Berahim, Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.nbkara.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit Buku Prima Sdn Bhd.
Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.bukuprima.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit novel
jemari Seni Publishing (JS Publishing). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.jemariseni.com
•
Laman web syarikat penerbit novel Alaf21 Sdn Bhd
(alaf21). Untuk melihat novel-novel terbaru dari Alaf21
layari di
http://www.alaf21.com.my
•
Laman web syarikat penerbit novel Fajar Pakeer Sdn Bhd). Untuk melihat novel-novel terbaru layari di
laman
http://www.fajarnovels.com.my
Kata Kunci
koleksi novel, koleksi novel
cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik,
novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen
cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru,
teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen
melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram,
cerita, cerita cinta, cerita pendek, cerita melayu, cerita online
Malaysia Group
Blog
Koleksi
Cerpen & Novel proudly powered by Blogger. Best display view 1024x768.
Google Inc
Koleksi Cerpen
& Novel dari Malaysia, Indonesia, Singapore & Brunei
hey lea.. ati hope ending story ni best k.. anwy cite ni best la.. ati tggu sambngannya,