Kehidupan
adalah anugerah utama Illahi. Anugerah kehidupan memberi gambaran
kebesaranNya buat kita manusia, yang wajib kita syukuri dan hargai.
Internet adalah kemudahan buat umat manusia. Justeru itu,
manafaatkan ia untuk kesejahteraan diri kita dan umat sejagat.
Sentiasalah kita beringat, apa yang kita lakukan, akan dipertanggung
jawabkan pada kemudian hari.
Gunakan sebaik-baiknya kurnia Allah swt kepada kita. Halalkan
kegunaan akal, hati dan lidah pada perkara yang bakal membawa
kecemerlangan diri kita dunia dan akhirat. Kita hidup hanya sekali.
Sekali 'pergi' tak kan kembali. Buat baik berpada-pada, dan buat
jahat JANGAN sekali-kali. Kewujudan website penulisan2u dengan blog
sebagai wadah untuk meningkatkan nilai diri. Bermatlamatkan
penyatuan ummah dengan ciri-ciri kemurnian budi dan budaya. Walaupun,
dunia terus maju dengan teknologi, kita akan terus kekal dengan
akhlak dan jati diri insani.
"Kenapa muka kau orang ni sembab aja? Macam tak cukup tidur aja?" Shafik menyoal Athira, Fatin, Melissa dan Azleen apabila mereka turun untuk bersarapan.
"Kau orang buat apa semalam?" soal Iqbal pula.
"Tak ada apalah," Fatin enggan menceritakan peristiwa yang menimpa mereka berempat malam semalam. Bimbang mereka ditertawakan. Satu malam mereka tidak dapat tidur kerana diganggu oleh ketukan itu.
"Bilik kau orang ada bunyi apa-apa tak semalam?" Azleen bertanya kepada Shafik. Mungkin Shafik juga mendengar apa yang mereka dengar.
Fatin menyiku Azleen. Dia tidak mahu mereka mengetahuinya.
"Bunyi apa?" soal Shafik hairan.
"Bunyi orang ketuk pintu?" Azleen tidak mempedulikan jelingan Fatin. Biarlah Shafik dan yang lain-lain tahu. Mungkin juga mereka mengetahui sesuatu.
"Owh…ada," balas Shafik.
"Ada? Pukul berapa?" Melissa mencelah. Entah-entah dia orang pun diganggu oleh ketukan itu?
"Dalam pukul sebelas agaknya. Masa tu kita orang tengah syok tengok cerita seram kat TV3. Tiba-tiba kita orang terdengar macam ada orang ketuk pintu. Kita orang ingatkan kita orang salah dengar. Tapi lama-lama bunyi tu semakin kuat," cerita Shafik bersungguh-sungguh.
"Habis, apa kau orang buat?" tanya Melissa. Hatinya berdebar-debar mendengar cerita Shafik.
"Aku suruhlah Iqbal tengok."
"Beraninya kau," ujar Azleen penuh kagum.
"Kita orang kan lelaki. Kenalah berani. Kau orang tahu apa yang kita orang nampak?"
"Apa dia?" soal Melissa dan Azleen hampir serentak. Athira dan Fatin turut memasang telinga. Tidak sabar mereka mahu mengetahui cerita Shafik.
"Kita orang nampak…" Shafik teragak-agak untuk meneruskan ceritanya. Dia dan Iqbal saling berpandangan.
"Apa yang kau orang nampak? Bagi tahulah kita orang!" gesa Fatin.
"Nak bagi tahu ke, Ball?" Shafik meminta pendapat Iqbal.
"Bagi tahu ajalah. Nanti tak senang pula hati dia orang," balas Iqbal.
"Kita orang nampak…" Shafik diam seketika. Sengaja dia membiarkan Athira, Fatin, Melissa dan Azleen tertanya-tanya. "Bila kita orang buka pintu, kita orang nampak Zahid yang hanya bertuala mandi."
"Cis! Buat saspen aja," marah Melissa. Apa nak dihairankan?
"Eh, cuba kau bayangkan betapa seksinya Zahid masa tu," seloroh Shafik. "Oleh sebab bebudak bilik dia semua tidur mati, dia yang tengah mandi terpaksa buka pintu bila Cikgu Zamri datang untuk tengok samada kita semua dah masuk bilik ke belum. Yang kelakarnya, dia terkunci pintu dan tak boleh nak masuk. Terpaksalah dia tidur bilik kita orang semalam."
"Kita orang ingatkan…"
"Kau orang ingat apa? Hantu?" Shafik memotong kata-kata Azleen. Azleen terdiam. "Kau orang ni. Mana ada hantu kat tempat ni."
"Kau yakin ke?"
"Kenapa? Kau orang kena kacau ke semalam?"
"Pintu bilik kita orang kena ketuk dek orang semalam. Tapi bila kita orang buka, tak ada sesiapa pun kat luar," cerita Azleen.
"Semalaman kita orang tak dapat tidur," Melissa mencelah.
"Kesian kau orang," Shafik dan Iqbal bersimpati dengan cerita mereka. "Habis, kau orang buat apa sepanjang malam semalam?"
"Tak buat apa. Tunggu ajalah bunyi ketukan tu hilang. Kita orang pun tak sedar bila waktunya kita orang dapat tidur dengan lenanya," ujar Melissa.
"Cepat sikit makan tu. Lepas ni, sila berkumpul di dewan semalam untuk taklimat," suara Cik Mazleen membantutkan perbualan mereka.
"Taklimat apa lagi? Kita datang sini nak dengar taklimat aja ke? Kalau nak dengar taklimat, baik tak payah datang sini. Kat sekolah pun boleh buat. Tiba-tiba aku rasa kita datang sini semata-mata untuk dengar taklimat aja. Aku rasa tertipu. Tipah tertipu bang. Tipah tertipu," Shafik mengajuk dialog watak Sheila Majid dalam drama Ali Setan.
Iqbal, Melissa, Azleen dan yang lain-lain tertawa melihat telatah Shafik yang gila-gila itu.
"Aku pun setuju dengan cakap kau, Chap. Ni mesti taktik supaya kita semua datang sini. Bertuah Riz tak ikut sekali. Mesti dia tengah senang lenang lagi atas katil," ujar Iqbal.
***
Selepas mendengar satu demi satu taklimat daripada cikgu-cikgu sepanjang pagi itu, akhirnya tepat jam satu tengah hari taklimat berakhir untuk memberi laluan kepada mereka menikmati makan tengah hari dan menunaikan solat Zohor.
Selepas itu, mereka bebas membuat aktiviti sendiri. Inilah masa yang ditunggu-tunggu oleh mereka.
"Petang nanti kita pergi jalan-jalan kat pantai nak?" cadang Athira sejurus dia dan Fatin naik ke bilik.
"Malaslah. Aku mengantuklah," Fatin merebahkan dirinya ke katil. Tak lama kemudian, dia terlena.
"Kalau macam tu, aku pergi sendirilah," Athira bangkit menuju ke pantai.
Di pantai, angin petang bertiup kencang. Namun itu tidak menghalang rombongan pelajar dan guru dari SMK Abdul Rahman Talib, Kuantan itu untuk menghabiskan masa bersantai di pantai.
Masing-masing bebas menjalani aktiviti sendiri. Pelajar lelaki rancak bermain bola sepak pantai sementara pelajar perempuan hanya memerhati. Ada juga yang mengambil kesempatan itu untuk bergambar kenangan.
Athira berjalan-jalan sendirian di gigi air sambil menghayati keindahan pemandangan tempat itu.
"Tya…"
Athira berpaling. Seorang pelajar lelaki mendekatinya.
"Sorang aja?"
Athira menjungkit bahu
"Boleh saya duduk sini?"
Athira menggangguk.
"Apa yang Tya menungkan tadi?"
"Tak ada apa. Saja. Tengok pantai."
"Ingat kat buah hati ya?"
Athira diam.
"Diam tu maknanya betullah tu kan?"
"Kenapa Sham tak main dengan dia orang?" Athira mengalihkan topik perbualan. Dia tidak mahu bercakap perihal Azrizal dengan Shamsul.
"Saya tengok Tya sorang sebab tu saya datang sini," balas Shamsul. "Fatin mana? Dia tak turun sekali ke?"
"Dia kat bilik. Anyway, malam ni kita nak buat persembahan apa?"
"Persembahan?" "Laa…kan tadi cikgu kata setiap kelas kena sediakan sekurang-kurangnya satu persembahan untuk malam nanti. Sham tak dengar ke?"
"Owh… itu? Tya nak buat persembahan apa?"
"Biasanya Riz, Shafik dan Iqbal yang perform."
"Riz yang nyanyi?"
Athira menggeleng.
"Riz tu mana reti nyanyi. Dia tahu main gitar aja. Shafik main bass. Iqbal pula main drum."
"Jadi, siapa yang menyanyi?"
"Siapa-siapa ajalah. Dia orang tu konon nak buat band sendiri. Tapi sampai sekarang tak ada apa-apa pun," ujar Athira. Memang Azrizal pernah meluahkan hasratnya untuk mendirikan sebuah band muzik. Tapi dia sendiri tidak tahu sejauh mana kesungguhan Azrizal. Entah-entah hanya hangat-hangat tahi ayam aja.
"Kalau Riz tak ada, macam mana kita nak perform?" tanya Iqbal apabila mereka sekelas duduk berbincang untuk persembahan malam nanti.
"Gantilah dengan orang lain," cadang Azleen.
"Siapa?"
"Macam ni ajalah. Apa kata kita buat dikir barat aja? Semua boleh join," suara Fatin.
"Dikir barat? Tak rocklah beb!"
"Habis tu?"
"Nyanyi?"
"Siapa yang nak nyanyi?"
Semua diam.
***
Malamnya mereka mengadakan majlis makan malam di ballroom. Seperti biasa, Shafik dan Iqbal lambat turun. Termengah-mengah mereka mencari ballroom yang dikatakan.
"Apalagi? Masuklah," gesa Iqbal apabila Shafik masih mengintai di celah pintu. Dia sudah tidak sabar untuk mengisi perut. Makanan di hotel mesti mewah.
"Kau ni tak sabar-sabar. Aku tahulah kau lapar. Aku pun lapar juga," Shafik menguak pintu bilik itu perlahan-lahan untuk memastikan yang mereka tidak tersalah bilik.
"Lembablah kau ni!" Iqbal menolak Shafik lalu bergegas ke tempat makanan yang dihidangkan secara bufet.
"Hish…budak ni. Kalau pasal makanan…" Shafik mengikut langkah Iqbal.
Sementara itu di sebuah meja. Athira sedang rancak berbual dengan Fatin apabila Shamsul menghampiri mereka.
"Hai, boleh join?" soalnya. Athira teragak-agak namun Fatin pantas menerima pelawaan itu.
"Sure. Duduklah," Fatin mempersilakan Shamsul. Athira memandang Fatin tanda tidak setuju. Fatin tidak menghiraukannya. Shamsul menarik kerusi di sebelah Athira.
"Ball, nak duduk mana?" Shafik sempat mengunyah makanan di pinggannya sambil mencari meja yang strategik.
"Mana-manalah," ujar Iqbal yang memang jenis yang tidak kisah.
"Ball, kau tengok tu," Shafik memuncung ke arah meja di depan. Iqbal melihat ke arah yang dimaksudkan.
"Bukan main lagi," Shafik mengkritik sikap dan tingkah laku Shamsul yang duduk di sebelah Athira.
"Tak payah sibuklah. Pandailah si Tya tu. Nak duduk mana ni?" soal Iqbal. Dia sudah tidak larat memegang pinggan yang sarat dengan makanan itu.
"Chap! Ball!" suara itu memanggil.
"Kita duduk dengan dia oranglah," Shafik dan Iqbal melangkah ke arah meja Melissa dan yang lain-lain. Farok dan Ashraf sudah pun terpacak di situ.
"Eh, Lis mana kawan baik kau Laily?" soal Shafik sambil melihat sekeliling. Mungkin Laily ada di sekitar. Sejak semalam pun dia tak nampak Laily.
"Dia tak ikut," ujar Melissa.
"Kenapa?"
"Biasalah. Ayah dia tak bagi."
"Hai dah besar macam itu pun ayah tak bagi keluar ikut kawan-kawan ke? Lagipun kan ke ada cikgu sekali?"
"Itulah. Kau tak kenal lagi ayah dia."
"Ayah dia garang ke?"
"Tak juga tapi mungkin terlalu mengongkong."
"Aku rasa sebab sikap ayah dia yang kuat mengongkong itulah Laily tu tak berapa nak campur dengan orang. Kasihan Laily."
"Mungkin ada betulnya cakap kau tu tapi apa yang boleh kita buat? Kawan kau orang yang sorang lagi pula mana?"
"Dia tak boleh ikut."
"Kenapa pula?"
"Keluarga dia ada hal," bohong Shafik. Walaupun Azrizal tidak pernah menceritakan secara terperinci namun dia tahu Azrizal dan ibu bapanya jarang-jarang berjumpa. Sebagai kawan, dia turut berasa kekurangan sesuatu jika Azrizal tidak ada bersama mereka. Pernah dia menawarkan bantuan kewangan agar Azrizal dapat sama-sama menyertai mereka di sini namun Azrizal sendiri menolak keras. "Tapi aku rasa Riz telah membuka peluang kepada Shamsul untuk mendekati Tya."
"Aku pun rasa macam tu," Melissa bersetuju dengan kata-kata Shafik. "Si Shamsul tu pun satu. Macam dah tak ada perempuan lain."
"Hai, macam frust aja bunyinya," Iqbal sengaja menduga.
"Aku nak frust buat apa? Aku kan dah ada Shafik."
"Kau dengar tu, Ball?" ucap Shafik bangga.
"Leen, kau tak ada siapa-siapa kan? Kau dengan aku ajalah," ujar Iqbal. Riz ada Tya. Chap ada Lis. Aku?
"Boleh. Boleh blah!"
"Sampai hati kau layan aku macam ni, Leen. Yalah, mentang-mentanglah aku ni bukan siapa-siapa. Kau tengoklah bila aku dah jadi drummer band popular nanti…" Iqbal pura-pura merajuk.
"Selamat malam semua. Seperti yang dijanjikan, sambil kamu semua menjamu selera, kita akan menyaksikan persembahan istimewa daripada kawan-kawan kamu. Sebagai pembuka tirai, kita persilakan Noraini dari kelas 5SA untuk mendendangkan sebuah lagu yang dipopularkan oleh Siti Nurhaliza. Terimalah ‘Kumahu’!"
Para pelajar bersorak. Kebanyakan persembahan pada malam itu adalah nyanyian. Yang berbeza mungkin persembahan daripada seorang pelajar kelas 5SC yang mendeklmasikan sajak. Apabila tiba giliran kelas 5KH…
"Siapa nak pergi ni?"
Beberapa orang pelajar 5KH berbisik-bisik sesama sendiri. Keadaan sepi seketika apabila tiada seorang pun pelajar dari kelas 5KH yang tampil ke hadapan. Tiba-tiba seorang pelajar lelaki bangun lalu melangkah ke atas pentas.
"Apa dia buat tu?"
"Dia nak buat silap mata ke?"
"Dia nak buat lawak agaknya."
Semua mata tertumpu ke arah pelajar lelaki itu apabila pengerusi majlis mengumumkan namanya untuk persembahan yang seterusnya. Semua yang ada di situ bagaikan terpaku apabila pelajar lelaki itu mula menyanyikan lagu Yang Pernah daripada Estranged itu termasuk Shafik dan Iqbal.
Silakan puas sudah disuruh
Nyatakan mimpi yang tak pernah lengkap
Lakukan apa saja yang kamu mahu
Sudahlah biar yang telah lalu
Lepaskan semua yang pernah ada
Alihkan kalau ada masih tertinggal
Cukuplah kalau benarnya ada
Di samping kamu selalu
Andainya aku tahu ertinya disuruh
Semua kan pernah minta
Tibalah waktu untuk bersedar
Kerana giliran sudah menyeru
Yang pasti yang panggil itu suci lagi
Berilah sedikit tunjuk aku
Hilangkan rasa hati yang tak percaya
Biarkan dia yang bilang jangan lagi
Cukuplah kalau benarnya ada
Di samping kamu selalu
Andainya aku tahu ertinya disuruh
Semua kan pernah minta
Andainya aku cari di mana dituju
Semua kan pernah jumpa
"Fuyoo…. Powerlah suara dia," ujar Melissa.
"Adakah dia vokalis yang kita cari?" Shafik dan Iqbal berbalas pandang.
Athira turut mengagumi suara itu. Jika dulu dia terpikat dengan petikan gitar oleh jemari Azrizal namun kini hatinya mula terpikat pada suara itu.
TINGGALKAN ULASAN DAN KOMEN, PADA SETIAP KARYA YANG ANDA BACA Penulis memerlukan ulasan dan komen, bagi memperbaiki penulisan dan memperbetulkan kesilapan. Komen dan ulasan anda akan memberi satu semangat kepada penulis, untuk terus menulis karya dan seterusnya menghasilkan karya yang menarik. Kerjasama & sokongan daripada pembaca amat kami hargai. Sebab itulah kami menyediakan HADIAH, sebagai penghargaan kepada penulis dan juga kepada pembaca yang aktif memberi komen & ulasan
"Dia
hidup bukan kerana cinta. Dia hidup kerana
kehadiran Prince Charming yang menyelamatkannya.
Semuanya gara-gara dia mengoyak Carta Prince
Charming—carta misteri yang tiada sesiapa tahu
dari mana datangnya. Yang pasti, memang dia
langsung tidak percaya dengan sumpahan yang
dikatakan berkaitan dengan Carta Prince
Charming.
"Sumpahan puteri? Kau ingat ini cerita dongeng
ke? Puteri apa yang nak sumpah aku ni? Puteri
bunian? Puteri lindungan bulan?”
Desakan daripada Sofea membawanya ke Kelab Bola
Sepak. Di situlah Prince Charming berkumpul.
Tetapi hanya seorang sahaja Prince Charming yang
dicari-carinya. Namun, untuk mencari Prince
Charming bukanlah mudah, namun dia yakin, antara
mereka, pasti salah seorang adalah penyelamatnya.
Orang tu pun satu! Dah selamatkan nyawa orang,
tak reti-reti ke nak munculkan diri? Bukan ke
lagi senang kalau datang berdiri depan aku dan
cakap, Sayalah yang selamatkan awak daripada
kena langgar semalam. Finish! Tak adalah nak
panjangkan cerita sampai beratus muka surat
semata-mata nak cari Prince Charming!
Tajuk:
Prince Charming
Penulis: Ratu Bulan
Terbitan: Fajar Pakeer
Harga:
RM19.90
Ulasan:
NOVEL
HANGAT DIPASARAN
Pertemuan
pertama memberi impak yang berbeza kepada dua insan. Maria
malu mengenang, sedang Hisyam mahu mendekat. Maria semakin
resah apabila Hisyam terus-terusan mendesak. Dalam benci
ada rindu. Bijak Hisyam memujuk, mereka akhirnya disatukan.
Salina hadir menjadi duri dalam daging. Bagi Hisyam, gadis
itu ialah sahabatnya yang terbaik. Insan paling dipercayai.
Namun, dalam diam, Salina meracuni hubungan mereka. Salina
ada agenda yang tersendiri.
Semakin hari, semakin nipis rasa percaya Maria terhadap
Hisyam. Namun, dia tidak mungkin menghindar rasa kasih
yang sudah menebal. Demi menunaikan permintaan Maria,
Hisyam tega melamar Salina walau ada luka di hati.
Sanggupkah Hisyam menduakan Maria yang pernah dicintai
sepenuh hati? Dan, Maria, mampukah membiarkan suami
tersayang jatuh ke tangan Salina? Atau, Mariakah orang
ketiga yang tidak lagi diperlukan kehadirannya oleh Hisyam?
Penulisan2u
sedang
berkerjasama dengan Penerbit Novel bagi memberi peluang kepada penulis-penulis berbakat dan karya yang menarik.
Antara novel yang sudah di terbitkan
2 Pengulas paling AKTIF dengan memberi komen yang ikhlas dan
membina, pada setiap karya cerpen / novel di penulisan2u akan
menerima hadiah sebuah NOVEL.
•
Creative Enterprise Sdn. Bhd., sedang mencari manuskrip kanak-kanak atau remaja. Ini kerana pihak kami ingin memperluaskan dan memperbanyakkan bahan bacaan untuk kanak-kanak dan remaja. Di samping itu kami juga ingin memupuk minat membaca dalam kalangan kanak-kanak dan remaja.
( klik disini
)
•Karyaseni Enterprise ingin memaklumankan
kepada anda yang berminat untuk menghantar manuskrip
anda kepada KS untuk penilaian, sila email kan
sinopsis dan tiga bab awal ke alamat email berikut:
Manuskrip@karyaseni.my
•KarnaDya Solutions Sdn
Bhd. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
hantarkan karya anda. Sebelum anda menghantarkan
manuskrip anda, sila hantarkan butiran berikut terlebih
dahulu melalui emel/pos. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•NB Kara Sdn Bhd dengan berbesar hati
menjemput mana-mana penulis yang merasakan diri mereka
layak menjadi penulis yang versatil, menghantar
manuskrip mereka kepada NB Kara Sdn Bhd. Tulisan anda
terlebih dahulu akan dinilai oleh penulis prolifik
Norhayati Berahim dan juga beberapa panel editor sebelum
diluluskan untuk terbitan.
(
klik disini )
•Jemari Seni Publishing. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
Untuk tujuan pengiriman manuskrip, JEMARI SENI telah
menggariskan panduan kepada penulis-penulisnya. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•
Alaf 21 Sdn Bhd. Tahun 2008 bakal menjanjikan sinar
kecemerlangan seandainya karya anda terpilih untuk
diterbitkan oleh Alaf 21, penerbit novel tersohor di
Malaysia.
Jika
anda mempunyai salah satu manuskrip tersebut, kami ingin
menatap dan menilainya. Sekiranya sesuai, pihak kami
ingin menerbitkannya di bawah jenama ALAF21.
( klik disini)
•
tip kehidupan, zodiak, horoskop, petua, tip, puisi,
pantun, sajak, dan pelbagai artikel menarik layari di
http://istimewa2u.blogspot.com
•
Blog Berkaitan agama, topik-topik tazkirah, audio, video
ceramah, mendengar 114 surah Al-quran secara online,
radio-radio dakwah, layari di
http://dakwah2u.blogspot.com
•
Blog Media, Tv streaming online, radio streaming online,
surat khabar, rakaman drama, radio era, hot.fm, tv1,
tv2,tv3 dan lain-lain. layari di
http://mymedia2u.blogspot.com
•
Blog Koleksi cerita lawak, lucu, kelakar dan video lawak,
lucu dan kelakar. layari di laman
http://kelakar2u.blogspot.com
•
Laman web
syarikat penerbit novel Creative
Enterprise Sdn Bhd (CESB). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.cesb.net.my
•
Laman web
syarikat penerbit
Kaki Novel
Enterprise. Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.kakinovel.com
•
Laman web
syarikat penerbit NB kara Sdn Bhd.
Dimiliki oleh penulis terkenal Norhayati Berahim, Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.nbkara.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit Buku Prima Sdn Bhd.
Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.bukuprima.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit novel
jemari Seni Publishing (JS Publishing). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.jemariseni.com
•
Laman web syarikat penerbit novel Alaf21 Sdn Bhd
(alaf21). Untuk melihat novel-novel terbaru dari Alaf21
layari di
http://www.alaf21.com.my
•
Laman web syarikat penerbit novel Fajar Pakeer Sdn Bhd). Untuk melihat novel-novel terbaru layari di
laman
http://www.fajarnovels.com.my
Kata Kunci
koleksi novel, koleksi novel
cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik,
novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen
cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru,
teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen
melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram,
cerita, cerita cinta, cerita pendek, cerita melayu, cerita online
Malaysia Group
Blog
Koleksi
Cerpen & Novel proudly powered by Blogger. Best display view 1024x768.
Google Inc
Koleksi Cerpen
& Novel dari Malaysia, Indonesia, Singapore & Brunei
Catat Ulasan
TINGGALKAN ULASAN DAN KOMEN, PADA SETIAP KARYA YANG ANDA BACA Penulis memerlukan ulasan dan komen, bagi memperbaiki penulisan dan memperbetulkan kesilapan. Komen dan ulasan anda akan memberi satu semangat kepada penulis, untuk terus menulis karya dan seterusnya menghasilkan karya yang menarik. Kerjasama & sokongan daripada pembaca amat kami hargai. Sebab itulah kami menyediakan HADIAH, sebagai penghargaan kepada penulis dan juga kepada pembaca yang aktif memberi komen & ulasan