Kehidupan
adalah anugerah utama Illahi. Anugerah kehidupan memberi gambaran
kebesaranNya buat kita manusia, yang wajib kita syukuri dan hargai.
Internet adalah kemudahan buat umat manusia. Justeru itu,
manafaatkan ia untuk kesejahteraan diri kita dan umat sejagat.
Sentiasalah kita beringat, apa yang kita lakukan, akan dipertanggung
jawabkan pada kemudian hari.
Gunakan sebaik-baiknya kurnia Allah swt kepada kita. Halalkan
kegunaan akal, hati dan lidah pada perkara yang bakal membawa
kecemerlangan diri kita dunia dan akhirat. Kita hidup hanya sekali.
Sekali 'pergi' tak kan kembali. Buat baik berpada-pada, dan buat
jahat JANGAN sekali-kali. Kewujudan website penulisan2u dengan blog
sebagai wadah untuk meningkatkan nilai diri. Bermatlamatkan
penyatuan ummah dengan ciri-ciri kemurnian budi dan budaya. Walaupun,
dunia terus maju dengan teknologi, kita akan terus kekal dengan
akhlak dan jati diri insani.
Sabtu, 7 Julai 2009, tepat 5.00 petang, masih lagi kelihatan seseorang yang setia di tepi pusara yang tertulis AHMAD AFZAR BIN NIZAM terpahat di batu nisan. Sayu sahaja pandangan Ana sambil mencabut anak rumput yang mula tumbuh di tepi-tepi kubur Afzar. Setiap bulan, mengunjungi pusara itu adalah satu kemestian bagi diri Ana. Dia masih tidak dapat melupai jejaka tersebut, langsung tidak mahu keluar segala kenangannya dengan Afzar daripada memorinya. Adakalanya Ana seolah-olah berputus asa dengan takdirnya, seperti mahu ikut sama Afzar ke dunianya. Namun, dengan segala kudrat yang masih ada, Ana tetap meneruskan hidupnya, dia masih mengingati kata-kata Kamala,
'Ana, Tuhan lebih sayangkan dia. Tiada gunanya kalau kau duduk termenung, menangis 24 jam, makan tak lalu, diri kau tak terurus. Apa yang kau dapat Ana? Mahu ke Afzar tu hidup semula? Sudah-sudahlah Ana, bangunlah semula, sudah tentu si Afzar tu mahu tengok kau tersenyum kembali. I really miss Ana yang dulu. Tolonglah kembalikan Ana yang dulu,'
Ana cuba bangun perlahan-lahan dari kisah dukanya. Setiap yang dikatakan Kamala sememangnya benar. Ana tidak akan memperolehi apa-apa jika dia terus bersedih dan bersedih. Ana membersihkan pusara Afzar dengan sebaik mungkin sebagaimana dia menjaganya ketika hayatnya masih ada. Ana memerhati sekeliling, sungguh sunyi, sesunyi hatinya. Ana memerhati di hadapannya, melihat gelagat seorang lelaki membacakan yaasin untuk insan yang disayanginya. Pusaranya betul-betul bersebelahan dengan pusara Afzar. Ana dapat merasai kesedihan yang ditanggung oleh lelaki itu, memahami segala yang dilaluinya. Ana hanya menanti, menanti sehingga bacaan yaasin selesai dibaca, seulit senyuman terukir di bibir Ana. Sungguh baik lelaki itu, sanggup meluangkan masanya, sedangkan yang lain sibuk dengan urusan sendiri sehingga sanggup meninggalkan mereka yang telah pergi buat selama-lamanya terbiar.
Lelaki tersebut perasan akan Ana yang dari tadi asyik memerhatinya. Dia segera bangun, membalas pandangan Ana. Ana tergamam, malah dia juga turun bangun serta-merta. Seakan tidak mempercayai akan apa yang disaksikannya, betul-betul dihadapannya. Adakah ini kuasa Tuhan menemukan dirinya dengan roh Afzar? Rindu yang selama ini dipendam, adakah Allah ingin Ana meluahkannya?
"AFZAR?" itulah ungkapan yang terpacul daripada bibirnya, sambil menitiskan air mata kegembiraan.
Lelaki tersebut hanya tersenyum. Matanya melirik ke arah batu nisan, kemudian mengangguk.
"Afzar? Kau ke?" semakin deras air mata mengalir.
Lelaki itu masih terpacak di hadapan Ana tanpa berkata apa-apa. Wajahnya menampakkan kerisauan. Sambil tersenyum, lelaki terbabit berlalu meninggalkan Ana.
"Afzar! Tunggu Ana! Afzar! Jangan tinggalkan Ana!" Ana cuba mengejar lelaki itu namun langkahnya semakin lemah, dan semakin lama semakin gelap....teramat gelap.
"ANA! AZHANA!"
Ana membuka matanya perlahan-lahan, kepalanya masih terasa seakan berpusing. Kamala tersenyum memandanganya. Ana hairan, di mana dia berada sekarang? Afzar?! Di mana Afzar?
"Kamala! Afzar mana? Aku jumpa dia tadi. Kat mana dia sekarang Kamala? Bawa aku jumpa dia Kamala!" Ana meronta sedikit. Kamala cuba sehabis baiknya untuk menenteramkan sahabatnya.
"Apa kau merepek ni Ana? Afzar dah mati dah! Kau banyak berfikir Ana,"
"Tak Kamala. Aku jumpa dia tadi. Dia senyum kat aku, dia mengaku yang dia Afzar. Tapi aku tak sempat nak cakap dengan dia. Kamala, aku rindukan dia. Tolonglah bawa aku keluar daripada sini. Aku mahu jumpa dia. Aku nak jumpa Afzar!" Ana semakin mengganas.
"ANA! Dengar cakap aku, Afzar dah mati! Sudah tiga bulan dia pergi! Kau berhalusinasi Ana! Afzar dah mati, kau tak jumpa dia langsung. Tolonglah ANA!!!"
Ana menggeleng beberapa kali, Dicuba lepaskan tangannya daripada genggaman Kamala. Dia mahu pergi dari situ. Dia mahu pergi menemui Afzar.
"Aku nak pergi Kamala! Afzar tunggu aku di sana. Dia tahu aku akan datang!" Ana menggunakan sekuat tenaga menolak Kamala ke sisi. Pintu wad 3B dibuka seluas-luasnya. Dia mencari jalan keluar dan jalan untuk melarikan diri dari Kamala yang dari jauh memanggil-manggil namanya. Suasana di situ amat tegang, Ana menjadi buruan Kamala, doktor dan nurse.
"Tangkap dia!"
Ana tidak mampu lari jauh, dia kehabisan tenaga. Oleh sebab itu, akhirnya dia jatuh ke tangan doktor. Ana meronta sekerasnya, tetapi keras lagi kudrat lelaki. Ana tidak mampu melawan. Jarum suntikan dibenamkan ke tubuhnya, ubat penenang mengalir ke seluruh badannya.
"Lepaskan Ana! Lepaskan! Ana nak jumpa Afzar. Dia tunggu Ana. Ana nak.... Afzar...." Ana hanya mampu berkata sedemikian. Matanya kembali tertutup rapat. Ubat tersebut sudah mula memberikan kesan. Namun, Ana masih mampu mendengar tangisan yang paling dikenalinya, tangisan seorang sahabat, tangisan Kamala.
"Bagaimana doktor?"
"Dia mengalami kemurungan, tetapi tidak begitu serius,"
"Kemurungan? Bahaya ke dokotr?"
"Stage dia tidak begitu bahaya. Tetapi jika terus dilayani perasaan sedihnya, ia akan boleh menjadi serius. Tekanan berat yang diterimanya membebani fikirannya, kami risau dia lama-kelamaan dia akan hilang kewarasannya,"
"Dia tak pernah begini doktor. Selama ni dia baik sekali, langsung tidak pernah jadi seteruk ini,"
"Mungkin luarannya tidak ditunjukkan tetapi di sebalik semua itu dia menyembunyikan pelbagai rahsia sehingga dia mengalami tekanan sebegini,"
"Doktor, dia cakap dia ada jumpa kawannya, sedangkan kawannya sudah tiga bulan mati. Kenapa begitu? Adakah dia sudah gila?"
"Ini merupakan sesuatu yang normal ke atas peskit yang mengalami kemurungan, malah ada sesetengah daripadanya bercakap seorang diri dengan alasan orang tersebut ada di sebelahnya. Ini memang common, lebih-lebih lagi kes seperti Ana ini, kehilangan orang yang disayangi. Dia tidak gila, hanya berhalusinasi dengan dunianya. Saya berharap cik Kamala jagalah dia sebaiknya, jangan biarkan dia bersendirian. Kami di sini akan cuba sehabis baik kami untuk merawatnya agar semangatnya pulih semula,"
"Baik doktor, terima kasih,"
Perbualan antara Kamala dan doktor sayup-sayup didengari oleh Ana. 'Aku gila ke?'
"Kamala, aku nak balik,"
"Sabarlah dulu Ana, kau tu tak sihat lagi. Dah sihat nanti barulah boleh kau pulang," Kamala membelai lembut rambut sahabatnya itu. Rasa simpati membenih dalam hatinya. Dia langsung tidak menyangka Ana yang selama ini tabah, terus hilang semangatnya hanya kerana Afzar.
"Aku nak balik Kamala. Aku nak pulang ke kampung aku. Aku nak tinggal kat sana, aku nak jumpa dengan ibu aku,"
"Tapi Ana..,"
"Tolong Kamala, aku merayu pada kau. Aku memang nak sihat semula, dan aku fikir, kampunglah tempat aku. Bawalah aku pulang Kamala. Aku mahu mulakan hidup baruku di sana," Ana mengenggam erat tangan sahabatnya penuh dengan harapan.
"Baiklah Ana. Aku akan cakap kat doktor nanti. Kau rehatlah dulu,"
"Thanks Kamala,"
"Tapi kau kena ingat pesanan aku, sampai di kampung, aku mahu kau lupakan segala-galanya. Biar ambil masa tapi berkesan. Aku tahu kau tabah Ana, jangan influence diri kau dengan perasaan kau sendiri. Lawan balik Ana. Kalau aku free, aku akan lawat kau di sana,"
Ana hanya tersenyum.
Ana berasa lebih tenang berada di samping keluarganya. Ana menceritakan segalanya kepada keluarganya. Mereka amat terkejut kerana tidak menyangka Ana akan sampai ke tahap begitu. Kini, semangat dan sokongan keluarganya amat Ana harapkan. Ana lebih banyak meluangkan masa bersama ibunya, ke mana sahaja ibunya berada di situlah dia akan berada. Ahli keluarganya tidak banyak bertanya kerana tidak mahu Ana mengenang semula apa yang telah terjadi.
"Kenapa tak beritahu ibu. Kenapa tak bawa jumpa ibu? Tengok Ana begini merisaukan hati ibu,"
"Ana minta maaf ibu. Ana tahu Ana bersalah. Ana memang nak bawa jumpa dia, dia sudah berjanji nak jumpa keluarga kita, tapi dia telah berjumpa dengan Tuhan terebih dahulu. Tak sempat ibu. Tak sempat," bicara Ana menitiskan air mata.
"Sudahlah Ana, jangan diratap lagi pemergiannya, kasihanilah rohnya Ana. Berbanyaklah sedekahkan Al-Fatihah untuknya. Ana kena kuat hadapi semua ini, rohani Ana kena kuat. Ana kembalilah menetap di sini. Ibu tahu Ana seorang yang tabah, anak-anak ibu semuanya kental emosinya. Kalau Ana rasa gelisah, sedih, basahilah bibir Ana dengan ayat suci Al-Quran. Carilah ketenangan melaluinya. Sudah Ana, jangan bersedih lagi. Ukirkanlah senyuman Ana semula, ibu tak pernah lihat Ana tersenyum semenjak pulang seminggu lepas," ujar ibunya, menghadiahkan ciuman mesra kepada anaknya dengan penuh harapan dan doa agar anaknya sembuh sepenuhnya.
Kata-kata ibunya berbekas di hati Ana. Tiga bulan dihabiskan masanya di sana, dan Ana sudah mampu untuk tersenyum kembali. Dia sudah mula yakin dengan matlamat hidupnya. Dia sudah mula untuk menerima kehilangan Afzar seperti mulanya ketika Afzar dikebumikan. Malah, Ana sudah mendapat kerja yang tetap di salah sebuah syarikat telekomunikasi berhampiran dengan rumahnya sebagai penyambut tetamu. Kerja tersebut walaupun ringan pada pandangan orang lain, namun bagi Ana pekerjaan tersebut amat bermakna kerana dia boleh berkenalan dengan ramai orang.
"Selamat pagi. Tumpang tanya, kalau nak daftar mobile phone kat mana ye? Saya terima surat ni, tapi tak nyatakan pun di mana perlu saya laporkan diri," katanya sambil menghulurkan sepucuk surat kepada Ana.
"Ooo, encik naik tingkat empat, belok kiri, encik akan jumpa tempatnya," balas Ana.
"Ok, thanks," katanya.
Ana cuba melemparkan senyuman namun tidak kesampaian, jantungnya berdegup kencang.
"Afzar?"
"Maaf cik. Cik ni sudah salah orang. Kalau tak silap saya cik la yang pengsan tempoh hari, kat tanah perkuburan kan?"
'Dia bukan Afzar? Tapi wajahnya mirip Afzar. Aku yakin dialah yang aku jumpa kat kubur hari tu. Ana, kawal perasaan kau. Aku tak boleh terlalu ikut perasaan aku,' Ana monolog sendirian.
"Cik?"
"Awak bukan Afzar?"
Balasnya sambil tersenyum,
"Bukan cik. Saya tak tahu siapa Afzar. Waktu cik jerit nama Afzar dulu, saya buat tak tahu sajalah, sebab bukan saya. Saya faham cik kehilangan orang yang tersayang, sebab itu saya tinggalkan cik sendirian. Tapi tak sangka cik pengsan,"
Ana terdiam seketika. Benarlah selama ini, bukan Afzar yang dia temui tapi orang lain yang seakan-akan Afzar.
"Wajah saudara memang mirip wajahnya. Saya ingatkan saudara adalah dia. Tapi, sangkaan saya selama ini salah," jawab Ana dengan tenang sekali.
"Sebab itulah cik panggil saya Afzar. Sebenarnya, nama saya hampir sama dengan nama tersebut, Cuma tukarkan 'f' dan 'z' sahaja. Saya Azfar, bukan Afzar,"
Ana tergamam. Wajah sama, nama pun hampir sama tapi yang lainnya, dia bukan Afzar. Hati Ana sedikit kecewa tetapi dia cuba menenangkan dirinya. Ana menundukkan kepalanya dan cuba mencari helah,
"Baik encik cepat, lagi sepuluh minit pejabat akan tutup," Ana terpaksa menipu.
"Oh ye ke? Cepat pula tutupnya, baru pukul 3 petang, tapi tak apalah, terima kasih banyak cik...Azhana,"
Ana dapat lihat murahnya senyuman di bibir lelaki itu, lelaki yang disangkakan kekasihnya tetapi sebenarnya orang lain. Benar kata Kamala, aku banyak berfikir, terlalu banyak berfikir....
"Ibu, Ana nak tukar nombor telefonlah ibu,"
"Kenapa pula Ana? What's wrong with that number?"
"Tak ada apa, saja je,"
"Tak payahlah Ana nak tipu ibu. Ibu tengok Ana asyik termenung je. Kalau ada apa-apa, cakap saja pada ibu,"
Ana meletakkan kepala di ribaan ibunya. Dengan lembut, rambut Ana dibelai manja oleh ibunya.
"Ibu, kita manusia ni ada tujuh orang kembar kan?"
"Em, kenapa?"
"Ibu, dulu Ana pernah cakap, Ana nampak arwah Afzar kan?"
"Ana, kan ibu dah cakap jangan ungkit lagi,"
"Ibu, dengarlah dulu. Lagipun Ana dah ok sekarang,"
"Baiklah, apa dia?"
"Ana bukan nampak arwah Afzar dan Ana juga bukannya berhalusinasi. Ana jumpa kembar dia ibu,"
"Apa yang Ana cakapkan ni?"
"Ibu tentu tak percaya. Ana jumpa seseorang yang wajahnya semirip Afzar. Namanya pun hampir sama, Azfar,"
"Betul ni Ana?"
"Betul ibu. Ana jumpa dia sekali lagi bulan lepas kat ofiice Ana, depan mata Ana. Dan sekarang, dia selalu kacau Ana, nak jumpa dengan Ana, nak keluar dengan Ana. Ana rimaslah ibu. Sebab tu Ana nak tukar nombor,"
"Kenapa sayang ibu buat begitu?"
Ana mengeluh berat,
"Ana tak boleh nak terima ibu. Ana tak boleh nak berkawan dengannya. Ana akan teringatkan Afzar setiap kali memandangnya. Ana tak tenteram, Ana sedih ibu,"
"Ana, yang sudah pergi tidak akan kembali lagi. Ana cuba buka hati Ana untuk menerima orang baru. Ini semuanya hikmah dari-NYA,"
"Tapi ibu, Ana sayangkan Afzar seorang. Ana tidak akan berpaling ke arah orang lain,"
"Sampai bila Ana nak sayangkan dia? Ana, jangan sia-siakan hidup Ana sebegini. Fikirlah sebaiknya Ana,"
Ana memejamkan matanya. Dia tidak boleh membayangkan dirrinya bersama dengan Azfar.
Sejurus itu, telefon bimbit Ana berbunyi. Ana tahu siapa pemanggilnya. Dia hanya membiarkan sahaja.
"Kenapa tak angkat?"
"Malaslah ibu,"
"Budak tu call kan? Angkat sahaja Ana. Berdepan dengannya,"
Ana mendengar nasihat ibunya. Dia mengangkat panggilan Azfar.
"Assalamualaikum Ana,"
"Waalaikummussalam,"
"Kenapa tak angkat panggilan saya tempoh hari?"
"Sibuk,"
"Ke Ana nak larikan diri daripada saya?"
"Buat apa nak larikan diri? Dunia ni terlalu kecil untuk berlari,"
"Kalau begitu, saya mahu berjumpa dengan Ana esok selepas waktu kerja,"
"Saya sibuklah Afzar,"
"Ana.."
"Maafkan saya. Azfar, saya sibuk,"
"Tolong jangan bagi alasan sedemikian. Saya ingin sangat-sangat berjumpa dengan Ana,"
"Untuk apa?"
"Kita jumpa esok, saya akan jemput awk esok, bye,"
"Azfar!"
Ana mengeluh sekali lagi. Dia sudah tersalah cakap dan sekarang Azfar mahuberjumpa dengannya. Untuk apa?
8.30 malam, Jumaat, Restoran 'Sabar Menanti'.
"Ana nak makan apa?"
"Kenyang,"
"Macam ni lah cik, sila bawakan nasi goreng Cina dua. Terima kasih,"
'Nasi goreng Cina? Afzar suka makanan tu,'
"Ana, kenapa ni?"
"Kenapa apa?"
"Yelah, Ana macam tak suka je,"
"Memang Ana tak suka. Ana tak suka berjumpa dengan Azfar,"
Azfar terdiam. Lama mereka mendiamkan diri sehinggalah pesanan tiba.
"Kita makan dulu,"
Ana hanya makan separuh sahaja. Dia langsung tidak berselera.
"Ana, saya nak Ana dengar sahaja apa yang saya nak katakan,"
"Selama ni pun Ana hanya mendengar,"
Azfar hanya tersenyum,
"Saya tak tahu kenapa Ana tak suka bertemu dengan saya, tetapi saya sebaliknya. Saya ingin mengenali diri Ana dengan lebih mendalam,"
"Ana tak boleh buat macam tu,"
"Kenapa?"
"Ana masih menyukai Afzar dan akan sentiasa menyukainya. Ana tak boleh nak terima cinta sesiapa lebih-lebih lagi awak. Awak mirip dirinya, saya takut untuk menyukai awak. Ana takut bukan Azfar yang Ana cintai tetapi jelmaan Afzar,"
"Ana.."
"Cukup Azfar. Berhentilah menyukai diri saya. Awak ada hidup awak dan saya ada hidup saya. Dunia kita berbeza. Saya tak boleh terima,"
"Walaupun sikit?"
"Maafkan saya. Saya nak pulang. Minta diri,"
"Ana nanti dulu!"
Ana membaringkan dirinya di atas katil. Dirinya sedikit tenang setelah menunaikan solat Isyak sebentar tadi. Jam menunjukkan 10 malam. Walaupun malam masih muda, tetapi Ana terasa amat penat.
'Ya ALLAH, aku harap keputusan aku ini adalah yang terbaik. Maafkan Ana Azfar, maafkan Ana ibu, maafkan Ana Afzar, maafkan Ana Ya ALLAH. Kenapa aku penat semacam ni? Mengantuknya...'
Ana terlelap setelah beberapa saat. Ana berada dalam dunia mimpinya. Gelap-gelita, kosong. Ana berjalan seorang diri sambil memandang di sekililingnya. Dia tahu yang dia berada dalam dunia mimpinya sendiri, tetapi dia dapat merasakan dirinya sendiri berada di dalamnya, seakan real semuanya. Ana meneruskan jalannya sehinggalah dia nampak sebuah pintu yang diukir dengan ukiran bersalut emas, sangat cantik. Perlahan-lahan Ana membuka pintu tersebut.
Ana terpegun dengan apa yang dilihatnya. Sebuah taman yang amat cantik sekali. Burung berterbangan sambil menyanyi, pohon yang menghijau, kelihatan juga arnab yang berkejar-kejaran antara satu sama lain. Ana terpegun dengan semua itu. Dia berjalan perlahan-lahan menuju ke arah sebuah pondok yang didiami oleh seseorang, seorang lelaki. Lelaki itu sedang asyik bermain dengan serulingnya, amat merdu alunan seruling itu.
Menyedari kehadiran Ana, lelaki terbabit berhenti meniup. Sambil berpaling,
"Sudah lama saya menunggu kehadiran Ana,"
Bercucuran air mata Ana melihat lelaki tersebut.
"Afzar?"
"Benar. Yang berada di hadapan Ana ini adalah Afzar. Mari, duduk sini," katanya.
"Ana bermimpi ke?"
Afzar tergelak,
"Memang Ana sedang bermimpi, tetapi mimpi ini Ana akan ingat sampai bila-bila,"
"Ana rindukan Afzar. Ana sedih kehilangan Afzar,"
"Tidak perlulah Ana terlalu bersedih, Afzar berbahagia di sini. Afzar juga berharap Ana akan berbahagia dengan dunia Ana. Afzar harap Ana lupakanlah memori kita, jangan terlalu taksub dengan semua itu. Afzar tahu Ana disukai oleh orang lain, dan begitu juga dengan diri Ana,"
"Azfar? Ana tak pernah suka dia. Ana hanya menyukai diri Afzar,"
"Ana, dunia Afzar di sini, Afzar tidak dapat membalas cinta Ana. Lebih baik Ana mencintai orang yang mencintai diri Ana sekarang. Cuba pandang dirinya dengan seikhlas hati Ana, Insyaallah, Ana akan mampu melihat Azfar di mata hati Ana dan bukannya Afzar. Kita tidak dapat bersama. Ini sahaja pesanan Afzar,"
"Tapi..."
"Pertemuan Azfar dan Ana memang sudah diatur oleh-NYA. Cantik sekali aturannya, tetapi Ana tidak mahu menerimanya. Terimalah Ana. Percayalah pada ALLAH, DIA amat menyayangi dirimu, sebab itu DIA aturkan semua ini untuk Ana,"
"Ana menyukai dia bukan?"
Ana terdiam seketika,"Ana tak pernah nak sukakannya. Afzar pun tahu hati Ana ini pada siapa," sambungnya sambil memndang tepat bebola mata Afzar.
"Ana," Afzar cuba tersenyum.
"Apa yang telah berlaku, biarkanlah berlaku. Berilah masa pada diri Ana, jangan diseksa hati dan jiwa Ana. Afzar tidak mahu memaksa, hanya ingin melihat Ana bahagia,"
"Afzar tahu apa itu kebahagiaan Ana," Ana seakan berbisik.
"Baiklah Ana, masa untuk Afzar tidak panjang. Fikirlah Ana. Fikirlah sebaiknya. Afzar akan sentiasa di sisi Ana, meskipun jasad Afzar jauh dari pandangan Ana,"
Ana hanya melihat Afzar hilang begitu sahaja. Tiada ucapan selmat tinggal, kerana dia yakin, dia akan ketemu dengan Afzar suatu hari nanti.
Ana terjaga dari tidurnya. Dia mengesat air matanya. Ana termenung seketika dan berfikir akan mimpinya tadi. Hatinya sedikit gembira kerana dapat bertemu dengan Afzar. Jam menunjukkan 3 pagi. Ana membersihkan dirinya dengan wudu'. Sejadah dibentangkan, Ana menunaikan solat sunat dan menyatakan rasa syukurnya atas petunjuk yang diberikan oleh-NYA. Ana kembali termenung di tikar sejadahnya.
'Perlukah aku ikut naluri aku ataupun kata-kata Afzar sendiri?'
Ana menjalani rutin hariannya seperti biasa. Dua hari dia tidak menerima sebarang panggilan daripada Azfar. Ana pasrah, dia membiarkan takdir menentukan masa baginya. Ana mahu ke Tanjung Malim untuk menziarahi pusara Afzar. Sudah lama dia tidak ke sana. Ana berbincang dengan ibunya, ingin mendapat persetujuannya. Akhirnya, Ana bertolak ke Tanjung Malim. Dua jam perjalanan, Ana sudah berada di perkarangan 'Tanah Perjuburan Tanjung Malim'.
Ana mengatur langkahnya menuju pusara Afzar. Pusaranya berada dalam keadaan baik, seperti baru dibersihkan oleh seseorang. Kelihatan juga cangkul, gunting, sarung tangan berselerakan di antara pusaran Afzar dan pusara di sebelahnya. Ana mengambil perkakas tersebut, dan meletakkannya di tepi,
"Ana,"
Ana mendongak. Azfar di hadapannya.
"Saya minta maaf. Peralatan tu saya yang bawa. Saya pergi jumpa pak cik yang gali kubur sana tu, pinjam barang sikit, lupa nak kemas tadi,"
"Tak ada apa sangat," Ana bangun. Ana melontarkan pandangan ke pusara sebelah pusara Afzar.
"Adik Azfar ya?"
Azfar tersenyum,
"Bukanlah. Saya anak tunggal. Nur Balqisyiah adalah insan yang istimewa dalam hidup saya. Saya hidup sampai ke hari ini pun kerana dia,"
Ana memandang Azfar dengan penuh tanda tanya.
"Dia terlibat dalam kemalangan jalan raya dan dia wasiatkan supaya hatinya didermakan kepada saya", Azfar membalas pandangan Ana sambil tersenyum.
"Atas sebab?"
"Saya penghidap kanser hati. Dia dermakan hatinya untuk diri saya. Inilah yang saya ingin ceritakan kepada Ana dulu , tetapi tidak kesampaian," Azfar menundukkan kepalanya sambil mengusap-usap batu nisan pusara Balqisyiah.
"Dia buah hati Azfar?"
"Boleh dikatakan begitu. Ini gambarnya,"
Ana mengambil cermat sekeping gambar yang dihulurkan kepadanya. Gadis yang berbaju kurung itu mirip wajahnya. Ana memandang Azfar untuk mendapatkan jawapan.
"Saya tahu tak manis saya cakap di sini. Tapi, saya takut tak ada masa lagi dah. Itulah dia Balqis. Wajahnya amat mirip wajah Ana. Sekilas saya pandang Ana, saya teringat Balqis, sebagaimana Ana teringat akan Afzar. Saya memahami perasaan Ana. Tapi saya tidak pernah menyukai Ana kerana Ana seakan Balqis, saya menyukai Ana seikhlas hati saya melalui hati murni Balqis yang ada dalam diri saya ini. Saya tahu siapa Balqis dan Ana. Dua orang yang amat berbeza. Walaupun saya mencintai Balqis sedalam lautan dunia sekalipun, saya tahu dia bukan jodoh saya. Tetapi jika saya mencintai Ana, saya tahu cinta saya akan dibalas. Oleh itu, saya cuba berfikiran terbuka, saya bukakan hati saya ini," kata Azfar sambil meletakkan tangannya di dadanya.
"Dulu, hati saya amat lemah untuk menerima cinta dari sesiapa pun, tetapi kini hati saya sudah kuat untuk menerima cinta terutama cinta dari Ana,"
Ana memandang sahaja Azfar. Dia ingin menceritakan akan perihal mimpinya, namun dibatalkan hajatnya. Dia tidak mahu sebarang perubahan pada diri Azfar.
"Afzar mirip awak, Balqis mirip Ana. Tapi mereka telah pergi menemui Ilahi awal dari kita berdua, dan mereka juga dikebumikan sebelah menyebelah," bicara Ana.
"Ana?"
Ana mahu berterus-terang dengan dirinya juga dengan diri Azfar. Mimpinya bertemu dengan Afzar memberikannya kekuatan untuk meluahkan apa yang tersirat.
"Maafkan Ana. Ana tahu hati Azfar ikhlas. Tapi Ana tak boleh menerimanya,"
Azfar setia mendengar,
"Ana masih tidak boleh lupakan Afzar. Dialah insan yang berjaya menambat hati Ana. Jika Ana menyukai Azfar, buat masa sekarang, itu bukan kerana Ana jujur, tapi hanya kerana Azfar mirip dirinya. Maafkan Ana. Ana takut Ana mencintai bayangan Afzar walaupun berlainan sikap dan juga kelakuan. Ana masih tidak boleh menerima cinta sesiapa buat masa ini," Ana mengukirkan senyuman buat lelaki di hadapannya.
Azfar mengangguk beberapa kali. "Saya faham,"
"Biarlah waktu menentukannya," Ana kembali bersuara.
"Tapi, kita masih boleh berkawan kan?" Azfar juga mula tersenyum.
Ana memandang dirinya, lantas mengangguk. " Saya Nur Farhana Hamdi," katanya sambil menghulurkan salam pengenalan.
TINGGALKAN ULASAN DAN KOMEN, PADA SETIAP KARYA YANG ANDA BACA Penulis memerlukan ulasan dan komen, bagi memperbaiki penulisan dan memperbetulkan kesilapan. Komen dan ulasan anda akan memberi satu semangat kepada penulis, untuk terus menulis karya dan seterusnya menghasilkan karya yang menarik. Kerjasama & sokongan daripada pembaca amat kami hargai. Sebab itulah kami menyediakan HADIAH, sebagai penghargaan kepada penulis dan juga kepada pembaca yang aktif memberi komen & ulasan
"Dia
hidup bukan kerana cinta. Dia hidup kerana
kehadiran Prince Charming yang menyelamatkannya.
Semuanya gara-gara dia mengoyak Carta Prince
Charming—carta misteri yang tiada sesiapa tahu
dari mana datangnya. Yang pasti, memang dia
langsung tidak percaya dengan sumpahan yang
dikatakan berkaitan dengan Carta Prince
Charming.
"Sumpahan puteri? Kau ingat ini cerita dongeng
ke? Puteri apa yang nak sumpah aku ni? Puteri
bunian? Puteri lindungan bulan?”
Desakan daripada Sofea membawanya ke Kelab Bola
Sepak. Di situlah Prince Charming berkumpul.
Tetapi hanya seorang sahaja Prince Charming yang
dicari-carinya. Namun, untuk mencari Prince
Charming bukanlah mudah, namun dia yakin, antara
mereka, pasti salah seorang adalah penyelamatnya.
Orang tu pun satu! Dah selamatkan nyawa orang,
tak reti-reti ke nak munculkan diri? Bukan ke
lagi senang kalau datang berdiri depan aku dan
cakap, Sayalah yang selamatkan awak daripada
kena langgar semalam. Finish! Tak adalah nak
panjangkan cerita sampai beratus muka surat
semata-mata nak cari Prince Charming!
Tajuk:
Prince Charming
Penulis: Ratu Bulan
Terbitan: Fajar Pakeer
Harga:
RM19.90
Ulasan:
NOVEL
HANGAT DIPASARAN
Pertemuan
pertama memberi impak yang berbeza kepada dua insan. Maria
malu mengenang, sedang Hisyam mahu mendekat. Maria semakin
resah apabila Hisyam terus-terusan mendesak. Dalam benci
ada rindu. Bijak Hisyam memujuk, mereka akhirnya disatukan.
Salina hadir menjadi duri dalam daging. Bagi Hisyam, gadis
itu ialah sahabatnya yang terbaik. Insan paling dipercayai.
Namun, dalam diam, Salina meracuni hubungan mereka. Salina
ada agenda yang tersendiri.
Semakin hari, semakin nipis rasa percaya Maria terhadap
Hisyam. Namun, dia tidak mungkin menghindar rasa kasih
yang sudah menebal. Demi menunaikan permintaan Maria,
Hisyam tega melamar Salina walau ada luka di hati.
Sanggupkah Hisyam menduakan Maria yang pernah dicintai
sepenuh hati? Dan, Maria, mampukah membiarkan suami
tersayang jatuh ke tangan Salina? Atau, Mariakah orang
ketiga yang tidak lagi diperlukan kehadirannya oleh Hisyam?
Penulisan2u
sedang
berkerjasama dengan Penerbit Novel bagi memberi peluang kepada penulis-penulis berbakat dan karya yang menarik.
Antara novel yang sudah di terbitkan
2 Pengulas paling AKTIF dengan memberi komen yang ikhlas dan
membina, pada setiap karya cerpen / novel di penulisan2u akan
menerima hadiah sebuah NOVEL.
•
Creative Enterprise Sdn. Bhd., sedang mencari manuskrip kanak-kanak atau remaja. Ini kerana pihak kami ingin memperluaskan dan memperbanyakkan bahan bacaan untuk kanak-kanak dan remaja. Di samping itu kami juga ingin memupuk minat membaca dalam kalangan kanak-kanak dan remaja.
( klik disini
)
•Karyaseni Enterprise ingin memaklumankan
kepada anda yang berminat untuk menghantar manuskrip
anda kepada KS untuk penilaian, sila email kan
sinopsis dan tiga bab awal ke alamat email berikut:
Manuskrip@karyaseni.my
•KarnaDya Solutions Sdn
Bhd. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
hantarkan karya anda. Sebelum anda menghantarkan
manuskrip anda, sila hantarkan butiran berikut terlebih
dahulu melalui emel/pos. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•NB Kara Sdn Bhd dengan berbesar hati
menjemput mana-mana penulis yang merasakan diri mereka
layak menjadi penulis yang versatil, menghantar
manuskrip mereka kepada NB Kara Sdn Bhd. Tulisan anda
terlebih dahulu akan dinilai oleh penulis prolifik
Norhayati Berahim dan juga beberapa panel editor sebelum
diluluskan untuk terbitan.
(
klik disini )
•Jemari Seni Publishing. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
Untuk tujuan pengiriman manuskrip, JEMARI SENI telah
menggariskan panduan kepada penulis-penulisnya. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•
Alaf 21 Sdn Bhd. Tahun 2008 bakal menjanjikan sinar
kecemerlangan seandainya karya anda terpilih untuk
diterbitkan oleh Alaf 21, penerbit novel tersohor di
Malaysia.
Jika
anda mempunyai salah satu manuskrip tersebut, kami ingin
menatap dan menilainya. Sekiranya sesuai, pihak kami
ingin menerbitkannya di bawah jenama ALAF21.
( klik disini)
•
tip kehidupan, zodiak, horoskop, petua, tip, puisi,
pantun, sajak, dan pelbagai artikel menarik layari di
http://istimewa2u.blogspot.com
•
Blog Berkaitan agama, topik-topik tazkirah, audio, video
ceramah, mendengar 114 surah Al-quran secara online,
radio-radio dakwah, layari di
http://dakwah2u.blogspot.com
•
Blog Media, Tv streaming online, radio streaming online,
surat khabar, rakaman drama, radio era, hot.fm, tv1,
tv2,tv3 dan lain-lain. layari di
http://mymedia2u.blogspot.com
•
Blog Koleksi cerita lawak, lucu, kelakar dan video lawak,
lucu dan kelakar. layari di laman
http://kelakar2u.blogspot.com
•
Laman web
syarikat penerbit novel Creative
Enterprise Sdn Bhd (CESB). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.cesb.net.my
•
Laman web
syarikat penerbit
Kaki Novel
Enterprise. Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.kakinovel.com
•
Laman web
syarikat penerbit NB kara Sdn Bhd.
Dimiliki oleh penulis terkenal Norhayati Berahim, Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.nbkara.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit Buku Prima Sdn Bhd.
Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.bukuprima.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit novel
jemari Seni Publishing (JS Publishing). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.jemariseni.com
•
Laman web syarikat penerbit novel Alaf21 Sdn Bhd
(alaf21). Untuk melihat novel-novel terbaru dari Alaf21
layari di
http://www.alaf21.com.my
•
Laman web syarikat penerbit novel Fajar Pakeer Sdn Bhd). Untuk melihat novel-novel terbaru layari di
laman
http://www.fajarnovels.com.my
Kata Kunci
koleksi novel, koleksi novel
cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik,
novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen
cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru,
teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen
melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram,
cerita, cerita cinta, cerita pendek, cerita melayu, cerita online
Malaysia Group
Blog
Koleksi
Cerpen & Novel proudly powered by Blogger. Best display view 1024x768.
Google Inc
Koleksi Cerpen
& Novel dari Malaysia, Indonesia, Singapore & Brunei
salam
wel..cam bes cite...kip up k..
~freze~