Kehidupan
adalah anugerah utama Illahi. Anugerah kehidupan memberi gambaran
kebesaranNya buat kita manusia, yang wajib kita syukuri dan hargai.
Internet adalah kemudahan buat umat manusia. Justeru itu,
manafaatkan ia untuk kesejahteraan diri kita dan umat sejagat.
Sentiasalah kita beringat, apa yang kita lakukan, akan dipertanggung
jawabkan pada kemudian hari.
Gunakan sebaik-baiknya kurnia Allah swt kepada kita. Halalkan
kegunaan akal, hati dan lidah pada perkara yang bakal membawa
kecemerlangan diri kita dunia dan akhirat. Kita hidup hanya sekali.
Sekali 'pergi' tak kan kembali. Buat baik berpada-pada, dan buat
jahat JANGAN sekali-kali. Kewujudan website penulisan2u dengan blog
sebagai wadah untuk meningkatkan nilai diri. Bermatlamatkan
penyatuan ummah dengan ciri-ciri kemurnian budi dan budaya. Walaupun,
dunia terus maju dengan teknologi, kita akan terus kekal dengan
akhlak dan jati diri insani.
Aku sampai dirumah kira-kira jam 7.00 malam. Hatiku hairan kerana rumahku kelihatan gelap gelita. Lampu diluar rumah pun tidak dinyalakan. Mata perginya ibu dan abah? Hatiku tertanya. Kalau nak pergi mana-mana tu cakaplah lain kali. Nak dijadikan cerita aku pula terlupa hendak membawa kunci spare. Hatiku mulai resah. Waktu maghrib sudah dekat. Aku pula belum menunaikan solat asar. Hai macam mana ni? Terlepas asar nanti. Tak pasal-pasal kena qadak solat. Itulah, sudah tahu kerja banyak mahu juga aku habiskan hari ini. Konon, tidak mahu menganggu waktu rehatku pada waktu malam. Akhirnya diri sendiri yang susah. Lalu, aku mengeluarkan telefon bimbit. Berniat ingin menelefon orang tuaku. Selepas beberapa deringan kedengaran suara ibu menyambut panggilanku. "Hello sayang. Dah sampai rumah ke?" "Dah, ibu kat mana ni? Kenapa tak balik lagi?" "Ibu dekat rumah mak long ni. Dah lama tak melawat mak long dengan pak long Ifa ni. Kejap lagi ibu dengan abah balik. Dah dekat nak maghrib ni. So, ingat nak tunggu maghrib terus lah. Tak elok pulak balik rumah waktu maghrib." "Alah, Ifa tak bawa kunci ni bu. Ifa kat luar rumah ni. Solat asar pun belum ni." "Laa..kenapa tak bawa kunci? So, macam mana ni? Nak ibu dengan abah balik sekarang ke?" Aku berfikir sejenak sambil melihat jam di pergelangan tangan. "Emm..tak pelah bu. Ifa sembahyang dekat masjid lah. Ibu dengan abah tak usahlah tergesa-gesa. Lepas maghrib pun tak apa. Ifa tunggu." "Betul ni?" tanya ibu meminta kepastian. "Yup, lagipun dah lama Ifa tak solat kat masjid. Agaknya masjid tu pun dah rindukan Ifa," sempat lagi aku bergurau. Lalu, disambut oleh suara ketawa kecil ibu. "Yelah tu. Pandailah nak bergurau. Okaylah, kejap lagi lepas maghrib ibu dengan abah balik. Bye, sayang." "Bye bu." Aku melepaskan keluhan berat. Hai, jadi baik aku hari ni. Solat kat masjid. Perkara yang jarang sekali aku lakukan. Kecuali, jika bulan ramadhan ataupun masa sembahyang raya. Kalau tak jangan harap nak nampak muka aku dekat masjid tuh. Selepas solat maghrib berjemaah aku mencapai senaskhah Al-Quran lalu aku membacanya. Agak lama juga aku tidak mengaji. Sudah terasa keras lidahku hendak menyebut ayat-ayat suci al-quran ini. Baru aku tahu, kiranya aku ini sudah terlalu lama leka dengan hal duniawi. Ada hikmah juga ibu dengan abah balik lambat. Kalau tidak entah bilalah agaknya aku hendak membaca al-quran. Leka aku membaca sehingga tidak sedar sudah masuk ke helaian yang kelima. Beginilah selalunya. Bila sudah mula membaca terasa tidak mahu berhenti pula. Namun, bacaan aku yang agak lancer itu terganggu dengan suara mak cik-mak cik yang sibuk membuat ketupat. Hai, dalam masjid pun sempat lagi mereka mengumpat. Sepatutnya masjid ini dipenuhi dengan aktiviti ibadah, bukan maksiat. Malas aku hendak ambil pusing. Lalu, meneruskan pembacaan. Namun, sekali lagi bacaanku terhenti apabila kedengaran satu suara menyebut nama yang teramat aku kenal. Terus telingaku mengamati. "Alah, Halifah anak si Shima dengan Hassan tu. Takkan kau tak ingat?" "Oh ya, baru aku ingat. Tapi betul ke dia tak jadi bertunang?" Berdesing telinga aku mendengarnya. Tidakku sangka sungguh cepat berita itu tersebar. Seingatku baru semalam ibu dan abah bersepakat hendak memutuskan pertunanganku. "Betul. Kak Esah yang cerita dekat aku." Memang sudah kujangkakan. Mak Cik Esah sebelah rumahku itu yang memukul gendang. Sebelum ini pun berita pertunanganku tersebar angkaranya juga. Memang dasar tak boleh simpan rahsia. "Itulah, bangga sangat maknya. Kononnya, anak ditunangkan dengan anak orang kaya. Sekali tak jadi, siapa yang malu?" "Mereka dan keluarga mereka lah hahaha…" Bergema seisi masjid dengan hilai tawa mereka. Hatiku semakin sakit mendengarnya. Bukan sakit kerana berita pertunangan itu tak menjadi dicanang orang. Tapi sakit hati kerana mereka telah mengata ibuku. Pantang aku mendengar orang mengumpat ibuku. Kalaulah mereka tahu yang aku turut berada di dalam masjid itu sudah tentu mereka tidak berani hendak membuka mulut. "Tapi kenapa ek agaknya Halifah tak jadi bertunang?" "Alah, macamlah kau tak tahu. Adalah benda tak baik yang dibuatnya tuh. Kalau tak kenapa lelaki tu minta batalkan pertunangan?" "Betul jugak tuh. Alah budak tuh tengok saja baik. Tapi dalam kita tak tahu, betul tak?" "Betul tu." Sahut mak cik-mak cik yang lain. Hatiku semakin panas. "Tak bukan pihak lelaki yang minta batalkan pertunangan, tapi saya yang minta dibatalkan." Aku pantas bersuara. Terkejut mak cik-mak cik itu. mungkin tidak menyangka kehadiranku disitu. Kedudukanku yang membelakangkan mereka, ditambah pula dengan memakai kain telekung memang tidak aka nada sesiapa yang menyangka itu aku.
erm.lain kali boleh x kalau nk buat sambungan tu buat la panjang2 sikit..x berbaloi pembaca2 yg lain tunggu sikit punye lama nk baca cerpen awk..last2 stakat brape perenggan ni je yg awk bg..
salam semua..maaf sebab lambat sangat masukkan.. saya dah upload 3 chapter terbaru. tapi ada rombakan sikit ek.. chapter 9 ni sya dah gantikan dengan yang baru. so, citenyer dah lain..tiba-tiba saja dapat idea lain.. harap akan memenuhi citarasa semua. tp saya ada soalan. rasanya sape yg berhak jadi hero cite ni? Rizal ke Daniel? tlg bg pandangan. sbb sy akan buat ikut kata semua org.
TINGGALKAN ULASAN DAN KOMEN, PADA SETIAP KARYA YANG ANDA BACA Penulis memerlukan ulasan dan komen, bagi memperbaiki penulisan dan memperbetulkan kesilapan. Komen dan ulasan anda akan memberi satu semangat kepada penulis, untuk terus menulis karya dan seterusnya menghasilkan karya yang menarik. Kerjasama & sokongan daripada pembaca amat kami hargai. Sebab itulah kami menyediakan HADIAH, sebagai penghargaan kepada penulis dan juga kepada pembaca yang aktif memberi komen & ulasan
"Dia
hidup bukan kerana cinta. Dia hidup kerana
kehadiran Prince Charming yang menyelamatkannya.
Semuanya gara-gara dia mengoyak Carta Prince
Charming—carta misteri yang tiada sesiapa tahu
dari mana datangnya. Yang pasti, memang dia
langsung tidak percaya dengan sumpahan yang
dikatakan berkaitan dengan Carta Prince
Charming.
"Sumpahan puteri? Kau ingat ini cerita dongeng
ke? Puteri apa yang nak sumpah aku ni? Puteri
bunian? Puteri lindungan bulan?”
Desakan daripada Sofea membawanya ke Kelab Bola
Sepak. Di situlah Prince Charming berkumpul.
Tetapi hanya seorang sahaja Prince Charming yang
dicari-carinya. Namun, untuk mencari Prince
Charming bukanlah mudah, namun dia yakin, antara
mereka, pasti salah seorang adalah penyelamatnya.
Orang tu pun satu! Dah selamatkan nyawa orang,
tak reti-reti ke nak munculkan diri? Bukan ke
lagi senang kalau datang berdiri depan aku dan
cakap, Sayalah yang selamatkan awak daripada
kena langgar semalam. Finish! Tak adalah nak
panjangkan cerita sampai beratus muka surat
semata-mata nak cari Prince Charming!
Tajuk:
Prince Charming
Penulis: Ratu Bulan
Terbitan: Fajar Pakeer
Harga:
RM19.90
Ulasan:
NOVEL
HANGAT DIPASARAN
Pertemuan
pertama memberi impak yang berbeza kepada dua insan. Maria
malu mengenang, sedang Hisyam mahu mendekat. Maria semakin
resah apabila Hisyam terus-terusan mendesak. Dalam benci
ada rindu. Bijak Hisyam memujuk, mereka akhirnya disatukan.
Salina hadir menjadi duri dalam daging. Bagi Hisyam, gadis
itu ialah sahabatnya yang terbaik. Insan paling dipercayai.
Namun, dalam diam, Salina meracuni hubungan mereka. Salina
ada agenda yang tersendiri.
Semakin hari, semakin nipis rasa percaya Maria terhadap
Hisyam. Namun, dia tidak mungkin menghindar rasa kasih
yang sudah menebal. Demi menunaikan permintaan Maria,
Hisyam tega melamar Salina walau ada luka di hati.
Sanggupkah Hisyam menduakan Maria yang pernah dicintai
sepenuh hati? Dan, Maria, mampukah membiarkan suami
tersayang jatuh ke tangan Salina? Atau, Mariakah orang
ketiga yang tidak lagi diperlukan kehadirannya oleh Hisyam?
Penulisan2u
sedang
berkerjasama dengan Penerbit Novel bagi memberi peluang kepada penulis-penulis berbakat dan karya yang menarik.
Antara novel yang sudah di terbitkan
2 Pengulas paling AKTIF dengan memberi komen yang ikhlas dan
membina, pada setiap karya cerpen / novel di penulisan2u akan
menerima hadiah sebuah NOVEL.
•
Creative Enterprise Sdn. Bhd., sedang mencari manuskrip kanak-kanak atau remaja. Ini kerana pihak kami ingin memperluaskan dan memperbanyakkan bahan bacaan untuk kanak-kanak dan remaja. Di samping itu kami juga ingin memupuk minat membaca dalam kalangan kanak-kanak dan remaja.
( klik disini
)
•Karyaseni Enterprise ingin memaklumankan
kepada anda yang berminat untuk menghantar manuskrip
anda kepada KS untuk penilaian, sila email kan
sinopsis dan tiga bab awal ke alamat email berikut:
Manuskrip@karyaseni.my
•KarnaDya Solutions Sdn
Bhd. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
hantarkan karya anda. Sebelum anda menghantarkan
manuskrip anda, sila hantarkan butiran berikut terlebih
dahulu melalui emel/pos. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•NB Kara Sdn Bhd dengan berbesar hati
menjemput mana-mana penulis yang merasakan diri mereka
layak menjadi penulis yang versatil, menghantar
manuskrip mereka kepada NB Kara Sdn Bhd. Tulisan anda
terlebih dahulu akan dinilai oleh penulis prolifik
Norhayati Berahim dan juga beberapa panel editor sebelum
diluluskan untuk terbitan.
(
klik disini )
•Jemari Seni Publishing. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
Untuk tujuan pengiriman manuskrip, JEMARI SENI telah
menggariskan panduan kepada penulis-penulisnya. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•
Alaf 21 Sdn Bhd. Tahun 2008 bakal menjanjikan sinar
kecemerlangan seandainya karya anda terpilih untuk
diterbitkan oleh Alaf 21, penerbit novel tersohor di
Malaysia.
Jika
anda mempunyai salah satu manuskrip tersebut, kami ingin
menatap dan menilainya. Sekiranya sesuai, pihak kami
ingin menerbitkannya di bawah jenama ALAF21.
( klik disini)
•
tip kehidupan, zodiak, horoskop, petua, tip, puisi,
pantun, sajak, dan pelbagai artikel menarik layari di
http://istimewa2u.blogspot.com
•
Blog Berkaitan agama, topik-topik tazkirah, audio, video
ceramah, mendengar 114 surah Al-quran secara online,
radio-radio dakwah, layari di
http://dakwah2u.blogspot.com
•
Blog Media, Tv streaming online, radio streaming online,
surat khabar, rakaman drama, radio era, hot.fm, tv1,
tv2,tv3 dan lain-lain. layari di
http://mymedia2u.blogspot.com
•
Blog Koleksi cerita lawak, lucu, kelakar dan video lawak,
lucu dan kelakar. layari di laman
http://kelakar2u.blogspot.com
•
Laman web
syarikat penerbit novel Creative
Enterprise Sdn Bhd (CESB). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.cesb.net.my
•
Laman web
syarikat penerbit
Kaki Novel
Enterprise. Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.kakinovel.com
•
Laman web
syarikat penerbit NB kara Sdn Bhd.
Dimiliki oleh penulis terkenal Norhayati Berahim, Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.nbkara.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit Buku Prima Sdn Bhd.
Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.bukuprima.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit novel
jemari Seni Publishing (JS Publishing). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.jemariseni.com
•
Laman web syarikat penerbit novel Alaf21 Sdn Bhd
(alaf21). Untuk melihat novel-novel terbaru dari Alaf21
layari di
http://www.alaf21.com.my
•
Laman web syarikat penerbit novel Fajar Pakeer Sdn Bhd). Untuk melihat novel-novel terbaru layari di
laman
http://www.fajarnovels.com.my
Kata Kunci
koleksi novel, koleksi novel
cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik,
novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen
cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru,
teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen
melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram,
cerita, cerita cinta, cerita pendek, cerita melayu, cerita online
Malaysia Group
Blog
Koleksi
Cerpen & Novel proudly powered by Blogger. Best display view 1024x768.
Google Inc
Koleksi Cerpen
& Novel dari Malaysia, Indonesia, Singapore & Brunei
nape pendek sgt...
cepat la sambung lg...