Kehidupan
adalah anugerah utama Illahi. Anugerah kehidupan memberi gambaran
kebesaranNya buat kita manusia, yang wajib kita syukuri dan hargai.
Internet adalah kemudahan buat umat manusia. Justeru itu,
manafaatkan ia untuk kesejahteraan diri kita dan umat sejagat.
Sentiasalah kita beringat, apa yang kita lakukan, akan dipertanggung
jawabkan pada kemudian hari.
Gunakan sebaik-baiknya kurnia Allah swt kepada kita. Halalkan
kegunaan akal, hati dan lidah pada perkara yang bakal membawa
kecemerlangan diri kita dunia dan akhirat. Kita hidup hanya sekali.
Sekali 'pergi' tak kan kembali. Buat baik berpada-pada, dan buat
jahat JANGAN sekali-kali. Kewujudan website penulisan2u dengan blog
sebagai wadah untuk meningkatkan nilai diri. Bermatlamatkan
penyatuan ummah dengan ciri-ciri kemurnian budi dan budaya. Walaupun,
dunia terus maju dengan teknologi, kita akan terus kekal dengan
akhlak dan jati diri insani.
6 Leah menarik pangkal baju Camie untuk membangunkannya secara paksa. Tubuh Camie ditolak kasar ke dinding. Wajah gadis itu dicengkam kemas dihadapkan ke arahnya. "Hye… aku dengar kau buat Dew bengang tempohari." "Err…" "Disebabkan kau budak baru, aku akan maafkan kesalahan kau pada The Taiko… tapi kau tetap akan terima hukuman daripada kami." Erk… alamak! Aku macam dah masuk sarang ular sawa dalam kandang harimau pula. Jeremy, tolong selamatkan aku… Camie mendongak ke langit. Seolah-olah mencari roh sang kekasihnya. Kan bagus kalau Jeremy masih ada di sisi aku seperti dulu. Kepala yang mendongak tadi jatuh dan terpanah kepada seorang lagi Jeremy yang sedang duduk bersenang-senang di atas meja di satu sudut. Shit… he is not my Jeremy! kenapa takdir aku dipertemukan dengan lelaki macam dia. Huh~~ *mengeluh panjang… Jeremy hanya memerhatikan Camie yang sedang dibuli tiga orang gadis tadi tanpa ada sedikit perasaan untuk mempertahankan gadis itu. Heh, mana mungkin Jeremy nak selamatkan Camie kalau dia yang suruh Leah lakukan tindakan tersebut. Lelaki itu menonton tanpa perasaan sambil menghisap lollipop yang di rompak dari beg sandang Leah tadi. Camie memandang dengan sakit hati. Jeremy mengangkat sebelah kakinya ke atas meja. Tangan kanannya memegang rambut yang terjuntai di dahi. Kemudian mengocak-ngocak rambutnya yang sudah semakin panjang tidak dipotong. Rambutnya jadi berserabut. Jeremy sangat selekeh kini dengan keadaan rambut yang kusut dan kemeja tidak dikemaskan ke dalam seluar dan dibiarkan tidak berbutang. Dia terus menyaksikan Leah dan Mandy yang sedang mengerjakan Camie. Sementara Dya pula sedang menyelongkar beg Camie. Semua buku-buku dan segala isi beg berselerak di atas lantai. Dya menyelak salah satu buku-buku Camie. Dia ketawa. Jeremy tak tahu apa yang menggelikan hati Dya dan dia memang tidak mahu ambil tahu. Mandy yang tertarik mendengar tawa temannya segera menghampiri Dya untuk ambil tahu apa yang sedang Dya belek. Leah tak ambil port. Dia membiarkan teman-temannya menyelongkar barang-barang Camie. "Whoa~~!!" Tiba-tiba jeritan Mandy dan Dya menarik perhatian yang lain. Jeremy turun dari meja dan menjenguk mereka dari tempat statiknya. Leah yang sedang memeluk tengkuk Camie turut melontar pandang kepada Mandy dan Dya. "J-jere…Jeremy… Dew!" Kata Mandy tergagap-gagap sambil matanya tepat memandang Jeremy. Tangannya menuding pada dompet Camie. Sama juga dengan Dya yang sedang tergamam pada waktu ini. Jeremy garu kepala. Tidak faham dengan maksud yang cuba disampaikan oleh Mandy. Namun dia masih belum tertarik untuk pergi mendapatkan kepastian daripada mereka berdua. Camie yang sedar dompetnya turut diselongkar segera menolak rangkulan Leah untuk pergi menyelamatkan hartanya. Bukan duit yang dia risaukan tetapi gambar yang lebih bernilai daripada nyawanya yang terselit di dalam dompet tersebut. "Bagi barang aku!" Camie cuba merapas dompetnya. Namun Dya lebih pantas menyelamatkan dompet tersebut daripada tangan Camie. Dia tidak akan menyerahkan barang Camie selagi dia tidak mendapatkan penjelasan tentang gambar yang baru dilihatnya bersama Mandy. Dia mahu penjelasan daripada Jeremy dan Camie sendiri. "Tak semudah itu." Leah menarik belakang baju Camie. Camie jatuh melanggar dinding di belakang Leah. Leah segera mendapatkan teman-temannya untuk melihat apa yang menarik perhatian mereka tadi. "Hah~!" Leah turut terperanjat setelah melihat foto tersebut. Dia membawa foto tersebut pergi mendapatkan Jeremy. Jeremy yang menyilang tangan di hadapan tubuh itu memandang Leah yang sedang menghampirinya. Apa kes perempuan ni?? "Dew, apa makna gambar ni? Sejak bila kau berkenalan rapat dengan perempuan hodoh ni?!" Leah Nampak marah. Matanya menjegil memandang Jeremy. Namun begitu Jeremy cukup tenang tanpa sebarang reaksi. Baginya selagi belum tahu hujung pangkal cerita lebih baik jangan terlalu emosional. Tapi yang peliknya kenapa Leah Nampak marah semacam ni? Foto di tangan Leah diambil dan dilihatnya. Jeremy kaku lama merenung foto tersebut. Dahinya berkerut hebat. Kening macam sudah hendak bercantum menahan perasaan marah... eh, bukan… sebenarnya pelik… dan cuak juga. Apa tak cuaknya bila tengok diri sendiri bersama perempuan yang tidak pernah dikenali sebelum ini (walaupun Cuma di dalam gambar). Apa yang sedang aku lihat sekarang? Kenapa ada gambar macam ni dalam simpanan perempuan pelik ni? Bila pula aku ambil gambar dengan perempuan ni? Siap berpeluk manja pula tu. Gila betul… aku sedang bermimpi atau apa ni. Erm, ataupun ini sebenarnya foto edit. Perempuan hodoh ni yang cantum gambar aku dengan dia… tapi sejak bila pula dia ada gambar aku. Kenal aku pun tidak sebelum ni… hah! Entah-entah aku ni secret admire dia. Oh… tidak~ tak mau, tak mau…! Lebih baik aku ambil Leah jadi awek aku daripada couple dengan perempuan hodoh ni. Jeremy segera menyampak foto tersebut ke belakang. Dia melangkah mendapatkan Mandy dan Dya. Dua orang gadis itu ditarik bangun. Kemudian bersama-sama Leah ditolak mereka semua keluar dari bilik stor sukan. Tiga orang gadis itu terpinga-pinga. "Woi, tunggu sekejap!" Leah menepis tangan Jeremy yang sedang menolaknya. Dia memusing badan dan menghadap Jeremy. "Kau belum jelaskan hubungan sebenar kau dengan perempuan tu. Cepat bagi tau, siapa dia?!" jelas wajah Leah menggambarkan ketidak puasan hatinya terhadap Jeremy. "Jangan banyak cakaplah. Jom blah!" Kata Jeremy seraya menolak semula Leah dan yang lain-lain keluar dari situ meninggalkan Camie. "Eh, tapi kita kan tengah…" "Diamlah, Mandy!" Tengking Jeremy. Mandy memuncung. Apasal marah aku pula. Dew ni peliklah. Tiba-tiba je nak kami berambus pula. Bukan ke tadi dia yang suruh main dengan Camie, si perempuan hodoh tu… Camie diam melihat mereka semua yang diarah keluar secara paksa oleh Jeremy. sebaik mereka semua hilang dari pandangannya Camie segera mengutip barang-barangnya yang bertaburan di atas lantai. Buku-buku dan peralatan belajarnya dikumpulkan dan dimasukkan semula ke dalam beg sandangnya. Dan kemudian matanya terpandang fotonya yang dicampak Jeremy berdekatan dengan kaki meja. Camie berlari pantas pergi mendapatkannya. Dikucup foto kesayangannya itu bertalu-talu. Camie menangis merenung insan yang paling dicintai di dalam foto tersebut. Terima kasih, Jeremy… awak dah selamatkan saya hari ni. Walaupun awak tiada di sisi saya lagi tapi saya percaya yang awak tetap akan melindungi saya sepanjang masa. Awak tak mungkir janji awak, sayang. Oh ya… kenapa air muka Jeremy berubah lepas tengok gambar ni? Hurm… agaknya dia terkejut tengok cinta hati aku yang seiras dengan dia kot. Padan muka kau. Lepas ni dia mesti tak berani nak buli aku lagi. Dalam tangisan yang masih berlagu itu Camie tersenyum puas. Terima kasih kepada Jeremy yang telah menakutkan Jeremy The Taiko.
7 Hari-hari yang berikutnya…
Kelas berjalan seperti biasa. Camie agak tenang dan seronok kerana dalam beberapa hari ini Jeremy tidak membulinya. Barangkali Jeremy takut dan masih dibayangi peristiwa kelmarin. Hahaha… kalaulah boleh aku nak ketawa kuat-kuat sekarang. Sesekali Camie menjeling ke sebelah, memandang Jeremy yang masih dengan gaya supermannya, lena ketika guru hampir nak kering tekak berceramah di hadapan kelas. Tapi kalau difikir-fikirkan semula, aku tak boleh terlalu gembira. Jeremy bukannya tak berani nak buli aku tapi mungkin dia tak berkesempatan nak mengenakan aku. Kelmarin dia tak datang kelas. Aku tak tau kenapa. Siapa yang berani nak tanya The Taiko tu… Semalam banyak masa kami terbuang di luar kelas sebab ada aktiviti luar, ceramah tentang kesedaran penyalahgunaan dadah… Cuma hari ini kami banyak menghabiskan waktu di dalam kelas. Dan Jeremy pula lebih banyak menghabiskan masa dengan tidur sepanjang hari. Peliklah Jeremy ni. Selalu kata aku perempuan pelik tapi dia pun pelik juga sebab boleh tidur dalam kelas cikgu Maka yang bersuara lantang dan kuat ni. Cikgu Maka, tak boleh ke cikgu sergah Jeremy daripada terus tidur! Huh~ cikgu-cikgu kat sekolah ni pun ada masalah juga. Anak murid tidur dalam kelas pun diorang buat dek je… "Woi, budak pelik." Suara yang memanggil itu sedikit mengejutkan Camie. Alamak… baru je nak rasa tenang lama sikit, tiba-tiba dah bangun pula. Apa pula kali ni? Janganlah buat aku kecut lagi… "Kau ambik buku ni…" Jeremy yang masih menggenyeh-genyeh mata selepas bangun tidur itu menyuakan buku tulisnya kepada Camie. Camie yang tidak tahu apa-apa menurut saja mengambil buku tersebut. Jeremy menjeling sekejap guru yang sedang mengajar di hadapan sebelum kembali mengerling Camie. "Kau salin semua nota yang cikgu bagi untuk aku… oh ya, termasuk apa yang cikgu cakap juga. Isi penting saja. Jangan kau lurus bendul sangat nak salin semuanya bulat-bulat." Arah Jeremy. Suaranya dikawal perlahan tapi tegas. "Ha…?" apasal aku pula yang kena?! Hallah~~ "Tapi…" "Apa tapi-tapi, kau tak puas hati? Nak kena lagi dengan aku ke?" Ujar Jeremy keras. Camie diam tertunduk. Akur sekali lagi menurut arahan Jeremy. Tiba-tiba Jeremy bangun dari tempat duduk. Kerusinya yang ditolak dengan kasar jatuh terlentang ke belakang. Semua yang berada dalam kelas tertumpu kepadanya termasuk cikgu Maka. Turut berhenti memberi penerangan tentang subjek Ekonominya. Jeremy buat tak faham dengan perhatian semua orang yang tertumpu kepadanya kini. Dia mencapai beg sandangnya dan mula melangkah mahu meninggalkan kelas. "Jeremy!" Panggil cikgu Maka sebaik Jeremy sampai di tengah pintu. Tstt… Jeremy berdecit. Tidak senang dipanggil oleh guru tersebut. Namun dia tetap berpaling kepada gurunya. "Kemana kamu nak pergi? Duduk semula di tempat kamu." Cikgu Maka memberi arahan dengan berani walaupun jelas yang wajahnya nampak takut-takut. He? Takkan cikgu takut dengan anak murid… "Tak nak." Jawab Jeremy selamba. "Jeremy… duduk!" "Jangan anggap saya macam budak kecil. Cikgu yang membosankan." Cikgu yang membosankan? Huhuhu… aku baru saja di kritik oleh pelajar aku. Teruknya perasaan aku sekarang. Cikgu Maka tergamam. Kelibat Jeremy menghilang dari pandangannya selepas itu. Sebab inilah aku tak nak tegur dia. Sampai hati budak tu kata aku ni membosankan. Melampau betul! Camie terus memandang kelibat Jeremy yang sudah hilang. Dalam hati terdetik untuk mengetahui siapa Jeremy yang sebenarnya sehingga guru-guru juga tidak berani menentangnya. Si pembuli merangkap gangster kolej macam Jeremy sepatutnya sudah lama dikenakan tindakan disiplin tapi kenapa semua orang seperti tak berani menentangnya? Aku tak pernah nampak dia belajar dengan serius. Belajar dengan serius? Lebih sesuai aku katakan dia tak pernah belajar semasa dalam kelas… jadi untuk apa dia masuk ke kelas kalau dia tak nak belajar?
Pagi hari yang seterusnya… Ketika Jeremy tiba di kelas, semua buku-buku notanya Camie sudah letakkan di atas meja. Kemudian Camie cepat-cepat cabut lari keluar dari kelas. Jeremy yang melihat Camie seperti cuba melarikan diri daripadanya cuma tersenyum sinis. Kau nak lari ke mana? Setiap saat dan waktu kau dalam genggaman aku. Nak lari, larilah. Kejap lagi kau terpaksa masuk kelas semula dan berhadapan dengan aku juga. Jeremy terus melangkah ke mejanya di penjuru belakang sekali. Sebaik tiba di tempatnya dia segera menyemak nota yang diarahkannya kepada Camie untuk disiapkan. Tiba-tiba segaris kerutan menghiasi wajahnya. Tidak puas hati. Oo… patutlah kau larikan diri daripada aku tadi. Rupaya sebab nota ni tak lengkap ya. Siap kau Camily… kejap lagi Jeremy The Taiko nak beri pengajaran pada kau!
Jeremy bodoh! Plus baka! Huhuhu… aku kena buat semula semua nota dia. Why… why me?! Rasa macam nak menangis siapkan nota Ekonomi yang banyak ni. Dah lah subjek paling aku tak suka. Sakit jiwa betul. Aku kerling Jeremy yang sedang duduk di atas meja di tengah kelas sambil berkipas. Rambutnya yang panjang mencecah telinga itu dimain-main dengan hujung jarinya. Kemudian daripada sentuh sikit-sikit, tangan Jeremy mula meraba seluruh kepalanya… dan akhirnya rambut itu kusut dan berserabut. Hai, Jeremy, Jeremy… macam budak-budaklah buat macam tu. "Apa pandang-pandang… siapkan nota tu cepat!" Camie tersentak lantas segera kembali menulis. Tak sempat aku nak melepaskan rindu pandang wajah cinta hati aku. Tiba-tiba kena tengking balik. Selepas 10 minit Camie mengangkat perlahan-lahan kepalanya. Kembali mengerling Jeremy. Lelaki itu kini berdiri di hadapan kelas. Menconteng sesuatu di papan putih. Camie tidak pasti apa yang sedang dilukis oleh Jeremy tetapi ia nampak seperti Jeremy cuba melukis sebuah graffiti. Dengan tangan kiri. Oo… baru aku tahu yang dia ni tangan kidal. Hehe… tapi Jeremy aku tak kidal. Jeremy yang sedang khusyuk melukis di papan putih terasa satu aura yang sedang memerhatikannya ketika ini. Apa yang perempuan hodoh ni sedang buat? Dia sedang memerhatikan aku lagi ke? Ini tak boleh jadi. Mana boleh biarkan dia terus suka pada aku. Eh, tak cukup garang ke aku pada dia selama ni? Argh… kena buat sesuatu! Pap! "Ouch!" Camie meraba dahi yang baru saja menjadi mangsa kekejaman Jeremy. Sebatang maker yang di smash oleh Jeremy tepat mengena dahinya. Sakit… pedih gile! "Dah siap ke belum?!" Jeremy mencerling Camie. Seram Camie melihat air muka Jeremy waktu ini. Grr… Jeremy ni manusia ke syaitan? "D-dah… err, tak… lagi sikit nak siap." Pantas jari Camie kembali menulis di dada buku nota. "Menyusahkan betul." Rengus Jeremy perlahan. Dia segera mencapai beg sandang yang tersadai di meja guru dan beredar keluar dari kelas tersebut meninggalkan Camie. Dah tak kuasa nak terus menunggu lebih lama di situ. Pelik… perempuan ni bukan saja berpenampilan pelik tapi perangai dia pun pelik. Takkan lah aku dah buli dia teruk-teruk setiap hari pun dia masih boleh terjatuh cinta pada aku? Ish… pelik ni. Takkan pula dia suka dengan perangai ‘baik’ aku ni? Hmm… nampaknya aku perlu lakukan sesuatu untuk selesaikan si perempuan hodoh ni. Apa yang patut aku buat? Mengelak daripada dia… no way! Itu macam nak menjatuhkan maruah The Taiko. Pengecut namanya tu. Jadi apa kata kalau aku tingkatkan usaha untuk siksa dia dengan lebih teruk lagi. Mesti lepas tu dia tak berani menaruh perasaan kepada aku lagi. Hahaha… (gelak super jahat) ini yang terbaik. Aku akan pastikan dia tinggalkan kolej lepas ni. Selepas kelibat Jeremy hilang Camie melepaskan semula pennya. Dia mendongak melihat lukisan graffiti yang dilukis Jeremy di papan putih. Amende yang dia lukis ni? D…err, B lah…E… E ke? Apsal terbalik? Hmm, seni lah kononnya kot. W…hihihi… W dengan ekor devil. Sangat sesuai untuk dia…B.E.W…Bew? eh, pelik pula bunyinya. D.E.W paling tepat. Tapi graffitinya belum siap. Ada perkataan yang belum lengkap di hujung perkataan DEW. Mungkin dia nak tulis ‘King’. Agaknyalah… Segaris senyuman terkoyak di bibir gadis itu. Walaupun Jeremy bukan lelaki yang baik tapi aku berharap dia akan berubah jadi baik. Sedikit sajapun jadilah. Sekurang-kurangnya dapat bergaul baik dengannya. Mungkin agak mustahil the devil nak berubah menjadi the angel tapi agak menarik kalau dapat berkenalan dengan Jeremy versi jahat… plus gangster The Taiko plus pembuli plus Superdevil… argh, semuanyalah!
Erm… Jeremy nak buli Camie dengan cara yang lebih kejam dan Camie pula semakin tertarik untuk mengetahui diri Jeremy versi penjahat tahap S* ini. Tapi dapatkah dia bertahan dengan siksaan Jeremy yang seterusnya?
*-tahap serius dan bahaya. (melampau ke? Tak kot…hehehe…;)
yeah.. cpt arr smbg.. cite nie ot bad gak.. de cm cite devil bside u sket.. sket je arr.. ;)
Catat Ulasan
TINGGALKAN ULASAN DAN KOMEN, PADA SETIAP KARYA YANG ANDA BACA Penulis memerlukan ulasan dan komen, bagi memperbaiki penulisan dan memperbetulkan kesilapan. Komen dan ulasan anda akan memberi satu semangat kepada penulis, untuk terus menulis karya dan seterusnya menghasilkan karya yang menarik. Kerjasama & sokongan daripada pembaca amat kami hargai. Sebab itulah kami menyediakan HADIAH, sebagai penghargaan kepada penulis dan juga kepada pembaca yang aktif memberi komen & ulasan
"Dia
hidup bukan kerana cinta. Dia hidup kerana
kehadiran Prince Charming yang menyelamatkannya.
Semuanya gara-gara dia mengoyak Carta Prince
Charming—carta misteri yang tiada sesiapa tahu
dari mana datangnya. Yang pasti, memang dia
langsung tidak percaya dengan sumpahan yang
dikatakan berkaitan dengan Carta Prince
Charming.
"Sumpahan puteri? Kau ingat ini cerita dongeng
ke? Puteri apa yang nak sumpah aku ni? Puteri
bunian? Puteri lindungan bulan?”
Desakan daripada Sofea membawanya ke Kelab Bola
Sepak. Di situlah Prince Charming berkumpul.
Tetapi hanya seorang sahaja Prince Charming yang
dicari-carinya. Namun, untuk mencari Prince
Charming bukanlah mudah, namun dia yakin, antara
mereka, pasti salah seorang adalah penyelamatnya.
Orang tu pun satu! Dah selamatkan nyawa orang,
tak reti-reti ke nak munculkan diri? Bukan ke
lagi senang kalau datang berdiri depan aku dan
cakap, Sayalah yang selamatkan awak daripada
kena langgar semalam. Finish! Tak adalah nak
panjangkan cerita sampai beratus muka surat
semata-mata nak cari Prince Charming!
Tajuk:
Prince Charming
Penulis: Ratu Bulan
Terbitan: Fajar Pakeer
Harga:
RM19.90
Ulasan:
NOVEL
HANGAT DIPASARAN
Pertemuan
pertama memberi impak yang berbeza kepada dua insan. Maria
malu mengenang, sedang Hisyam mahu mendekat. Maria semakin
resah apabila Hisyam terus-terusan mendesak. Dalam benci
ada rindu. Bijak Hisyam memujuk, mereka akhirnya disatukan.
Salina hadir menjadi duri dalam daging. Bagi Hisyam, gadis
itu ialah sahabatnya yang terbaik. Insan paling dipercayai.
Namun, dalam diam, Salina meracuni hubungan mereka. Salina
ada agenda yang tersendiri.
Semakin hari, semakin nipis rasa percaya Maria terhadap
Hisyam. Namun, dia tidak mungkin menghindar rasa kasih
yang sudah menebal. Demi menunaikan permintaan Maria,
Hisyam tega melamar Salina walau ada luka di hati.
Sanggupkah Hisyam menduakan Maria yang pernah dicintai
sepenuh hati? Dan, Maria, mampukah membiarkan suami
tersayang jatuh ke tangan Salina? Atau, Mariakah orang
ketiga yang tidak lagi diperlukan kehadirannya oleh Hisyam?
Penulisan2u
sedang
berkerjasama dengan Penerbit Novel bagi memberi peluang kepada penulis-penulis berbakat dan karya yang menarik.
Antara novel yang sudah di terbitkan
2 Pengulas paling AKTIF dengan memberi komen yang ikhlas dan
membina, pada setiap karya cerpen / novel di penulisan2u akan
menerima hadiah sebuah NOVEL.
•
Creative Enterprise Sdn. Bhd., sedang mencari manuskrip kanak-kanak atau remaja. Ini kerana pihak kami ingin memperluaskan dan memperbanyakkan bahan bacaan untuk kanak-kanak dan remaja. Di samping itu kami juga ingin memupuk minat membaca dalam kalangan kanak-kanak dan remaja.
( klik disini
)
•Karyaseni Enterprise ingin memaklumankan
kepada anda yang berminat untuk menghantar manuskrip
anda kepada KS untuk penilaian, sila email kan
sinopsis dan tiga bab awal ke alamat email berikut:
Manuskrip@karyaseni.my
•KarnaDya Solutions Sdn
Bhd. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
hantarkan karya anda. Sebelum anda menghantarkan
manuskrip anda, sila hantarkan butiran berikut terlebih
dahulu melalui emel/pos. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•NB Kara Sdn Bhd dengan berbesar hati
menjemput mana-mana penulis yang merasakan diri mereka
layak menjadi penulis yang versatil, menghantar
manuskrip mereka kepada NB Kara Sdn Bhd. Tulisan anda
terlebih dahulu akan dinilai oleh penulis prolifik
Norhayati Berahim dan juga beberapa panel editor sebelum
diluluskan untuk terbitan.
(
klik disini )
•Jemari Seni Publishing. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
Untuk tujuan pengiriman manuskrip, JEMARI SENI telah
menggariskan panduan kepada penulis-penulisnya. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•
Alaf 21 Sdn Bhd. Tahun 2008 bakal menjanjikan sinar
kecemerlangan seandainya karya anda terpilih untuk
diterbitkan oleh Alaf 21, penerbit novel tersohor di
Malaysia.
Jika
anda mempunyai salah satu manuskrip tersebut, kami ingin
menatap dan menilainya. Sekiranya sesuai, pihak kami
ingin menerbitkannya di bawah jenama ALAF21.
( klik disini)
•
tip kehidupan, zodiak, horoskop, petua, tip, puisi,
pantun, sajak, dan pelbagai artikel menarik layari di
http://istimewa2u.blogspot.com
•
Blog Berkaitan agama, topik-topik tazkirah, audio, video
ceramah, mendengar 114 surah Al-quran secara online,
radio-radio dakwah, layari di
http://dakwah2u.blogspot.com
•
Blog Media, Tv streaming online, radio streaming online,
surat khabar, rakaman drama, radio era, hot.fm, tv1,
tv2,tv3 dan lain-lain. layari di
http://mymedia2u.blogspot.com
•
Blog Koleksi cerita lawak, lucu, kelakar dan video lawak,
lucu dan kelakar. layari di laman
http://kelakar2u.blogspot.com
•
Laman web
syarikat penerbit novel Creative
Enterprise Sdn Bhd (CESB). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.cesb.net.my
•
Laman web
syarikat penerbit
Kaki Novel
Enterprise. Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.kakinovel.com
•
Laman web
syarikat penerbit NB kara Sdn Bhd.
Dimiliki oleh penulis terkenal Norhayati Berahim, Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.nbkara.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit Buku Prima Sdn Bhd.
Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.bukuprima.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit novel
jemari Seni Publishing (JS Publishing). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.jemariseni.com
•
Laman web syarikat penerbit novel Alaf21 Sdn Bhd
(alaf21). Untuk melihat novel-novel terbaru dari Alaf21
layari di
http://www.alaf21.com.my
•
Laman web syarikat penerbit novel Fajar Pakeer Sdn Bhd). Untuk melihat novel-novel terbaru layari di
laman
http://www.fajarnovels.com.my
Kata Kunci
koleksi novel, koleksi novel
cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik,
novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen
cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru,
teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen
melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram,
cerita, cerita cinta, cerita pendek, cerita melayu, cerita online
Malaysia Group
Blog
Koleksi
Cerpen & Novel proudly powered by Blogger. Best display view 1024x768.
Google Inc
Koleksi Cerpen
& Novel dari Malaysia, Indonesia, Singapore & Brunei
cepat la sambung..semakin mendebarkan..hehe..very best.. i like...tahniah