Kehidupan
adalah anugerah utama Illahi. Anugerah kehidupan memberi gambaran
kebesaranNya buat kita manusia, yang wajib kita syukuri dan hargai.
Internet adalah kemudahan buat umat manusia. Justeru itu,
manafaatkan ia untuk kesejahteraan diri kita dan umat sejagat.
Sentiasalah kita beringat, apa yang kita lakukan, akan dipertanggung
jawabkan pada kemudian hari.
Gunakan sebaik-baiknya kurnia Allah swt kepada kita. Halalkan
kegunaan akal, hati dan lidah pada perkara yang bakal membawa
kecemerlangan diri kita dunia dan akhirat. Kita hidup hanya sekali.
Sekali 'pergi' tak kan kembali. Buat baik berpada-pada, dan buat
jahat JANGAN sekali-kali. Kewujudan website penulisan2u dengan blog
sebagai wadah untuk meningkatkan nilai diri. Bermatlamatkan
penyatuan ummah dengan ciri-ciri kemurnian budi dan budaya. Walaupun,
dunia terus maju dengan teknologi, kita akan terus kekal dengan
akhlak dan jati diri insani.
Ezani membelek-belek kulit luar novel ditangannya. Telah usang namun masih lagi berada dalam keadaan yang baik. Tajuk novel tersebut direnung lama. Seredup Kasihmu. Suatu senyuman tersiat dibibirnya. Akhirnya berjaya juga aku menemui ‘Emir Safwan’ku, kata Ezani perlahan di dalam hati. Ezani tenggelam dalam kenangan lalu.
Tit tit.. Bunyi telefon bimbit di tangan Ezani. Menandakan ada satu pesanan ringkas masuk. Mesej tersebut dibaca dengan penuh debaran dihati. Sesungguhnya mesej tersebutlah yang sedang dinantikannya sejak dari malam tadi.
[Keputusan Permohonan Melanjutkan Pelajaran ke IPTA] [Status : Berjaya] [Kod Universiti : K07] [Nama Universiti : Universiti Teknologi Malaysia] [Untuk maklumat lanjut sila rujuk surat tawaran atau laman web universiti yang berkenaan. Tahniah diucapkan]
"Yaaaahoooooooo!!", jerit Ezani disuatu pagi.
"Yes.. yes..! Akhirnya aku berjaya", jeritnya lagi. Novel yang berada di sebelah bantalnya diambil dan direnung perlahan.
"Lea.. Emir.. Nantikan kedatanganku.. Yuhuuuu..", kata Ezani girang. Sungguh tidak disangkanya, permohonannya untuk ke UTM diluluskan. Nanti aku mesti cari semua port Emir dengan Lea. Hehe.. Silap-silap mana tau aku boleh jumpa Emir aku sekali, getus Ezani di dalam hati.
Seminggu kemudian, hari pendaftaran pun tiba. Teruja sungguh rasa hatinya tatkala itu. Sewaktu kereta papa melalui pintu gerbang UTM, kelihatan sebuah tasik dikanannya. Hah! tempat diorang clash, hati Ezani bertepuk girang.
"Adik, pendaftaran di Kolej Perdana kan?", tanya papa.
"A’ah", jawab Ezani ringkas. Mengiyakan pertanyaan papa. "Happy betul mama tengok Hanna hari ni", giat mama pula sambil tersenyum. Lantas Ezani berkalih tempat duduknya menuju ke belakang tempat duduk mama. Bahu mama dipeluk perlahan.
"Adik happy sangat. Tak sabar rasanya adik nak start belajar...", kata Ezani penuh semangat. "Dan tak sabar jugak adik nak cari kisah fasal Emir dengan Lea... hehe..", sambung Ezani di dalam hati.
Bau tumisan didapur telah menarik minat Ezani. Lantas lamunannya tadi dibiarkan sepi. Ezani menarik nafas dalam. Menikmati aroma masakkan tersebut. Emm.. Sedapnya bau. Bau apa ni? "Ayam goreng..", jawab hati Ezani nakal sambil meniru gaya Ipin. Ezani tersenyum nakal.
Buku ditangannya diletakkan. Ezani bangun dan melangkah menuju ke dapur.
"Wah sedapnya bau. Mak masak ape?", tanya Ezani. Mak Cik Limah berpaling sambil tersenyum ke arah menantunya itu.
"Mak masak, masak cabai udang", jawab Mak Cik Limah ringkas sambil tangannya lincah memasukkan udang ke dalam kuali. Garam, gula dimasukkannya secukup rasa.
"Sedapnya mak. Tak sabar Zani rasa nak tunggu abang balik. Rasa macam nak makan sekarang je", kecur sungguh air liur Ezani mengenangkan sambal tumis udang yang berada di dalam kuali. Jam di dinding dikilas sekali. 10.30 pagi. Alah..!! Abang nak balik lambat lagi, rungut hati Ezani. Tiba-tiba terasa sayu pula hati Ezani mengenangkan emak mentuanya itu.
"Kesian mak kan. Dah ada menantu pun mak masih kena masak lagi. Sepatutnya Zani yang masak untuk mak", kata Ezani tiba-tiba.
Mak Cik Limah tersenyum. Sambal tumis udang dialihkan ke dalam mangkuk. Lalu dibawa ke meja makan. Bahu Ezani dipeluk lembut.
"Mak tak kisah pun Zani. Mak lagi suka kalau Zani duduk kat depan tu, rehat-rehat", tiba-tiba Mak Cik Limah dan Ezani yang asyik berbual dikejutkan dengan bunyi hon yang agak panjang diluar rumah.
Lantas Mak Cik Limah menjenguk ke luar rumah untuk melihat siapakah yang datang?
"Ya Allah, budak bertuah ni. Balik rumah bukan nak bagi salam. Di mainnya pula tekan-tekan hon macam tu. Bising tahu..", marah Mak Cik Limah sebaik sahaja melihat Fakrul keluar dari keretanya bersama suatu sengihan yang panjang. Sebaik sahaja Fakrul melaluinya pantas Mak Cik Limah memiat telinga anaknya itu. His!! Dah nak jadi bapa budak pun masih kena piat telinga budak ni..
"Adeh.. Adeh.. Adeh.. Sakit mak.. Aahh!! Tolong", jerit Fakrul melebih-lebih pula. Ezani yang baru sahaja dari dapur ketawa melihat aksi suami kesayangannya itu dipiat telinga. Lucu. Dah tua-tua pun masih kena piat telinga.
Mendengarkan jeritan Fakrul yang berlebih-lebih itu, pantas tangan Mak Cik Limah menampar belakang Fakrul pula. Ezani pula masih seperti tadi. Ketawa dengan seronoknya.
Papp!!
"Adeh.. sakit la mak. Ini apa kes. Hari ni hari penderaan sedunia ke mak?", usik Fakrul lagi. Akibatnya suatu cubitan pula melekap dipinggangnya.
"Ha.. baru kau tahu. Dah nak ada anak pun perangai macam budak-budak lagi.. Ayul.. Ayul..", geleng Mak Cik Limah bersama ketawa dibibirnya.
"Aauuuw..!", jerit Fakrul lagi sambil melarikan diri. Pantas Ezani yang sedang berdiri itu didekatinya dan dipeluk dari belakang. Ezani yang masih ketawa itu hanya menampar lembut lengan suaminya yang berada dekat dengan lengannya.
"Oh.. seronok ya sayang ketawakan abang", kata-kata itu diiringi dengan sebuah ciuman ke pipi Ezani. Ezani ketawa lagi. Fakrul menggantungkan dagunya ke bahu Ezani. Serta-merta tangan Ezani melurut lembut rambut suaminya. Fakrul tersenyum bahagia.
"Sayang, petang ni after lunch sayang siap eh..", usul Fakrul. Ezani menolehkan wajahnya ke muka Fakrul. Pantas Fakrul mengambil peluang untuk mengucup bibir isterinya itu.
"Isk.. abang ni", tegur Ezani lembut. Fakrul hanya ketawa.
"Hah!! Kau nak bawa ke mana si Zani tu pulak Ayul?", sampuk Mak Cik Limah telah membuatkan ketawa Fakrul terhenti.
"Alah mak ni.. Kacau daun betullah. Ayul nak gi dating dengan Hanna la. Takkan tak boleh kot? Gi honeymoon lagi pun ok jugak", terkekeh-kekeh Fakrul ketawa setelah menuturkan kata-kata tersebut.
"Isk.. budak ni", kata Mak Cik Limah sambil menganggkat tangan seolah-olah hendak menampar Fakrul sekali lagi. Tangan Ezani yang ingin mencubit pipinya pantas ditangkap.
"Hep..! Tangan ni jangan nak curi-curi cubit abang eh. Berdosa", Ezani hanya mencebik mendengar teguran Fakrul itu. Tetapi dia ketawa besar apabila Fakrul menjerit sekali lagi tatkala Mak Cik Limah sekali lagi mencubit pinggang Fakrul.
"Waaaaa.. Mak, apa ni? Sakit la..", kata Fakrul sambil menarik muka. Merajuk agaknya. Ezani terus-terusan lagi ketawa.
"Ha.. rasakan. Mak tanya betul-betul kamu main-mainkan mak pulak ye Ayul. Kamu nak ke mana bawa si Zani tu? Dia tu bukannya sihat betul lagi", marah Mak Cik Limah.
"Alah mak ni. Ayul nak buat suspen sikit pun tak boleh. Ayul nak bawa Hanna pergi butik petang ni", jawab Fakrul yang masih lagi menggosok pinggangnya yang dicubit tadi. Pedih. Dah lama dia tak kena cubit begini. Dulu waktu kecik-kecik selalu la..
"Hmm.. pegi butik? Nak buat apa bang?", tanya Ezani pula.
"Tempah baju kahwin"
Hah..!! Baju kahwin?! Biar betul Ayul ni? Hampir ternganga Ezani dibuatnya gara-gara terkejut dengan jawapan ringkas yang diberikan oleh Fakrul tadi.
"Kau biar betul Ayul?", tanya Mak Cik Limah yang ternyata sama terkejut dengan menantunya. Tidak percaya dengan apa yang didengarinya.
"Betullah mak. Ayul dah tempah hotel tadi. Kad pun Ayul dah tempah. Katering. Semua-semua pun Ayul dah tempah. Tinggal Ayul dengan Zani nak pergi tengok baju je lagi. Hujung minggu ni kita orang nak bersanding", terang Fakrul panjang lebar.
"Kau nak bersanding? Dalam keadaan si Zani ni tengah mengandung ke, Fakrul?", tanya Mak Cik Limah lagi. Segalanya sudah pun ditempah. Baru kini dia diberitahu?
"Ok ape mak. Best ape kita orang boleh bersanding tiga orang. Lagi pun Ayul nak pastikan Hanna ada kenangan yang indah untuk dikenang bila kita orang dah tua kelak mak", terharu Ezani mendengarkan jawapan tulus daripada suaminya itu.
Fakrul berpaling menghadap isterinya.
"Abang tahu, Hanna berkecil hati sewaktu abang batalkan majlis persandingan kita dulu kan?", tanya Fakrul terhadap Ezani. Ezani hanya tertunduk mendengarkan pertanyaan tersebut.
"Mesti Hanna ingat abang buat semua tu sebab abang kecewa tak dapat kahwin dengan Nina. Tapi percayalah sayang. Abang lakukan semua itu dulu sebab abang tak nak menyusahkan sayang pada waktu itu. Lagi pun kalau pun kita buat pada waktu itu, pasti sayang tak dapat nak menjiwai majlis tersebut sepenuh hati sebab sayang rasa terpaksa pada waktu tu kan?", sambung Fakrul lagi. Manik-manik jernih yang mula membasahi wajah Ezani itu disekanya lembut. Kucupan tulus dihadiahkannya ke dahi Ezani.
"So abang nak sayang enjoy sepenuhnya pada hujung minggu ni ya. Abang akan pastikan ianya akan menjadi detik terindah dalam hidup sayang", kata Fakrul sambil memeluk isterinya erat.
wah...ni yg rasa mcm nak khwin cepat bila baca crita ni.....hopefully dapat suami nanti mcm ni...kat blog dia crita dia dah pnjang tp sampai sekarang xupdate pun lg.....
waaaa bahagianya.... so sweet la.... hopefully nothing bad happen to the mariage!!! diorang harus bahagia!! that's my pray ... ~-cuTey Da uNa-~
Catat Ulasan
TINGGALKAN ULASAN DAN KOMEN, PADA SETIAP KARYA YANG ANDA BACA Penulis memerlukan ulasan dan komen, bagi memperbaiki penulisan dan memperbetulkan kesilapan. Komen dan ulasan anda akan memberi satu semangat kepada penulis, untuk terus menulis karya dan seterusnya menghasilkan karya yang menarik. Kerjasama & sokongan daripada pembaca amat kami hargai. Sebab itulah kami menyediakan HADIAH, sebagai penghargaan kepada penulis dan juga kepada pembaca yang aktif memberi komen & ulasan
"Dia
hidup bukan kerana cinta. Dia hidup kerana
kehadiran Prince Charming yang menyelamatkannya.
Semuanya gara-gara dia mengoyak Carta Prince
Charming—carta misteri yang tiada sesiapa tahu
dari mana datangnya. Yang pasti, memang dia
langsung tidak percaya dengan sumpahan yang
dikatakan berkaitan dengan Carta Prince
Charming.
"Sumpahan puteri? Kau ingat ini cerita dongeng
ke? Puteri apa yang nak sumpah aku ni? Puteri
bunian? Puteri lindungan bulan?”
Desakan daripada Sofea membawanya ke Kelab Bola
Sepak. Di situlah Prince Charming berkumpul.
Tetapi hanya seorang sahaja Prince Charming yang
dicari-carinya. Namun, untuk mencari Prince
Charming bukanlah mudah, namun dia yakin, antara
mereka, pasti salah seorang adalah penyelamatnya.
Orang tu pun satu! Dah selamatkan nyawa orang,
tak reti-reti ke nak munculkan diri? Bukan ke
lagi senang kalau datang berdiri depan aku dan
cakap, Sayalah yang selamatkan awak daripada
kena langgar semalam. Finish! Tak adalah nak
panjangkan cerita sampai beratus muka surat
semata-mata nak cari Prince Charming!
Tajuk:
Prince Charming
Penulis: Ratu Bulan
Terbitan: Fajar Pakeer
Harga:
RM19.90
Ulasan:
NOVEL
HANGAT DIPASARAN
Pertemuan
pertama memberi impak yang berbeza kepada dua insan. Maria
malu mengenang, sedang Hisyam mahu mendekat. Maria semakin
resah apabila Hisyam terus-terusan mendesak. Dalam benci
ada rindu. Bijak Hisyam memujuk, mereka akhirnya disatukan.
Salina hadir menjadi duri dalam daging. Bagi Hisyam, gadis
itu ialah sahabatnya yang terbaik. Insan paling dipercayai.
Namun, dalam diam, Salina meracuni hubungan mereka. Salina
ada agenda yang tersendiri.
Semakin hari, semakin nipis rasa percaya Maria terhadap
Hisyam. Namun, dia tidak mungkin menghindar rasa kasih
yang sudah menebal. Demi menunaikan permintaan Maria,
Hisyam tega melamar Salina walau ada luka di hati.
Sanggupkah Hisyam menduakan Maria yang pernah dicintai
sepenuh hati? Dan, Maria, mampukah membiarkan suami
tersayang jatuh ke tangan Salina? Atau, Mariakah orang
ketiga yang tidak lagi diperlukan kehadirannya oleh Hisyam?
Penulisan2u
sedang
berkerjasama dengan Penerbit Novel bagi memberi peluang kepada penulis-penulis berbakat dan karya yang menarik.
Antara novel yang sudah di terbitkan
2 Pengulas paling AKTIF dengan memberi komen yang ikhlas dan
membina, pada setiap karya cerpen / novel di penulisan2u akan
menerima hadiah sebuah NOVEL.
•
Creative Enterprise Sdn. Bhd., sedang mencari manuskrip kanak-kanak atau remaja. Ini kerana pihak kami ingin memperluaskan dan memperbanyakkan bahan bacaan untuk kanak-kanak dan remaja. Di samping itu kami juga ingin memupuk minat membaca dalam kalangan kanak-kanak dan remaja.
( klik disini
)
•Karyaseni Enterprise ingin memaklumankan
kepada anda yang berminat untuk menghantar manuskrip
anda kepada KS untuk penilaian, sila email kan
sinopsis dan tiga bab awal ke alamat email berikut:
Manuskrip@karyaseni.my
•KarnaDya Solutions Sdn
Bhd. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
hantarkan karya anda. Sebelum anda menghantarkan
manuskrip anda, sila hantarkan butiran berikut terlebih
dahulu melalui emel/pos. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•NB Kara Sdn Bhd dengan berbesar hati
menjemput mana-mana penulis yang merasakan diri mereka
layak menjadi penulis yang versatil, menghantar
manuskrip mereka kepada NB Kara Sdn Bhd. Tulisan anda
terlebih dahulu akan dinilai oleh penulis prolifik
Norhayati Berahim dan juga beberapa panel editor sebelum
diluluskan untuk terbitan.
(
klik disini )
•Jemari Seni Publishing. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
Untuk tujuan pengiriman manuskrip, JEMARI SENI telah
menggariskan panduan kepada penulis-penulisnya. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•
Alaf 21 Sdn Bhd. Tahun 2008 bakal menjanjikan sinar
kecemerlangan seandainya karya anda terpilih untuk
diterbitkan oleh Alaf 21, penerbit novel tersohor di
Malaysia.
Jika
anda mempunyai salah satu manuskrip tersebut, kami ingin
menatap dan menilainya. Sekiranya sesuai, pihak kami
ingin menerbitkannya di bawah jenama ALAF21.
( klik disini)
•
tip kehidupan, zodiak, horoskop, petua, tip, puisi,
pantun, sajak, dan pelbagai artikel menarik layari di
http://istimewa2u.blogspot.com
•
Blog Berkaitan agama, topik-topik tazkirah, audio, video
ceramah, mendengar 114 surah Al-quran secara online,
radio-radio dakwah, layari di
http://dakwah2u.blogspot.com
•
Blog Media, Tv streaming online, radio streaming online,
surat khabar, rakaman drama, radio era, hot.fm, tv1,
tv2,tv3 dan lain-lain. layari di
http://mymedia2u.blogspot.com
•
Blog Koleksi cerita lawak, lucu, kelakar dan video lawak,
lucu dan kelakar. layari di laman
http://kelakar2u.blogspot.com
•
Laman web
syarikat penerbit novel Creative
Enterprise Sdn Bhd (CESB). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.cesb.net.my
•
Laman web
syarikat penerbit
Kaki Novel
Enterprise. Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.kakinovel.com
•
Laman web
syarikat penerbit NB kara Sdn Bhd.
Dimiliki oleh penulis terkenal Norhayati Berahim, Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.nbkara.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit Buku Prima Sdn Bhd.
Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.bukuprima.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit novel
jemari Seni Publishing (JS Publishing). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.jemariseni.com
•
Laman web syarikat penerbit novel Alaf21 Sdn Bhd
(alaf21). Untuk melihat novel-novel terbaru dari Alaf21
layari di
http://www.alaf21.com.my
•
Laman web syarikat penerbit novel Fajar Pakeer Sdn Bhd). Untuk melihat novel-novel terbaru layari di
laman
http://www.fajarnovels.com.my
Kata Kunci
koleksi novel, koleksi novel
cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik,
novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen
cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru,
teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen
melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram,
cerita, cerita cinta, cerita pendek, cerita melayu, cerita online
Malaysia Group
Blog
Koleksi
Cerpen & Novel proudly powered by Blogger. Best display view 1024x768.
Google Inc
Koleksi Cerpen
& Novel dari Malaysia, Indonesia, Singapore & Brunei
wah!bstny dpt suami cm 2... hehe..btuah zani.. tpi hrp2 ending cite ni jgn sad semacam plak yer.. nti ngalir air mta sya bce..huhu..