Kehidupan
adalah anugerah utama Illahi. Anugerah kehidupan memberi gambaran
kebesaranNya buat kita manusia, yang wajib kita syukuri dan hargai.
Internet adalah kemudahan buat umat manusia. Justeru itu,
manafaatkan ia untuk kesejahteraan diri kita dan umat sejagat.
Sentiasalah kita beringat, apa yang kita lakukan, akan dipertanggung
jawabkan pada kemudian hari.
Gunakan sebaik-baiknya kurnia Allah swt kepada kita. Halalkan
kegunaan akal, hati dan lidah pada perkara yang bakal membawa
kecemerlangan diri kita dunia dan akhirat. Kita hidup hanya sekali.
Sekali 'pergi' tak kan kembali. Buat baik berpada-pada, dan buat
jahat JANGAN sekali-kali. Kewujudan website penulisan2u dengan blog
sebagai wadah untuk meningkatkan nilai diri. Bermatlamatkan
penyatuan ummah dengan ciri-ciri kemurnian budi dan budaya. Walaupun,
dunia terus maju dengan teknologi, kita akan terus kekal dengan
akhlak dan jati diri insani.
Setibanya di rumah, Izzah terus merebahkan sekujur tubuhnya. Mindanya memaksa dirinya supaya berehat. Sungguhpun begitu, ingatannya masih menerawang kepada peristiwa yang berlaku sebentar tadi. MP3 bersaiz telapak tangan dicapai dari meja di sebelah katilnya. Hajatnya untuk merehatkan mindanya buat sementara. Untuk berwudhu’ dan menunaikan solat sunat dua rakaat bagi menenangkan fikirannya, dia sungguh tidak berdaya lagi. Sebaik MP3 tersebut mula berfungsi, berkumandang nasyid "Mahar Cinta" nyanyian Kumpulan Devotees di kedua-dua indera dengarnya;
Bukanlah aku sengaja melindungi rasa di jiwa Namun bimbang diri kan terleka Hanyut dibuai angan dan mimpi indah hingga terabai segala cita Sedang khayalan tak menjanjikan Segunung kebahagiaan sebagai mahar hantaran Apakah mungkin engkau mengerti setiap cinta yang dilafazkan Bukanlah sekadar mainan tetapi sebuah janji
Andainya dapat engkau mendengarkan Suara di hatiku melagukan rindu Kiranya engkau bisa mentafsirkan Setiap bait kata-kata yang terungkap Pasti dirimu dapat melihat rahsia kasih yang terpendam sekian lama di sudut hatiku Hanyalah untukmu... selamanya...
Setitis demi setitis manik air matanya gugur menyembah bumi. Tidak tertanggung lagi jiwanya tatkala mendengarkan kalimat demi kalimat yang dilantunkan daripada nasyid tersebut.
Percaya atau tidak. Lagu yang kita gemar dengar saban hari menggambarkan keadaan jiwa kita saat itu. Lebih-lebih lagi bagi yang menghayati dan mendalami setiap patah perkataan di dalam lirik lagu tersebut hinggakan ada yang mengalirkan air mata. Tapi, ini bagi yang benar benar menyelam makna yang tersiratnya sahajalah. Bagi yang dengar kerana minat atau salah seorang fan penyanyi itu dah kira masuk bab lainlah pula! Hah, fakta menarik tapi tiada sumber yang sahih dapat dikenalpasti. Hehehe... Sambung lagi. Benar, dia tidak menyangka sama sekali. Kerisauannya pagi itu ternyata menghambat dirinya. Segagah mungkin dia mencuba untuk menghadapi keadaan itu. Walaupun setenang mana raut wajahnya, tetapi dalamannya tetap meronta. Meronta untuk bergegas keluar dari semua persoalan ini. Semua ini adalah tanda tanya yang paling besar dalam hidupnya. Hatinya sering bersoal jawab, bilakah dia akan bertemu dengan penamat kisahnya ini? Apa yang dia mahukan cuma sekelumit penjelasan kepada semua tanda tanya ini. Walaupun dia juga tidak pasti, bilakah semua tanda tanya ini bermula dalam hidupnya. Apa yang penting saat ini adalah sebuah pengakhiran yang baik... Itulah suara hati dan harapannya yang didambakan dari Pencipta-NYA, Allah Yang Maha Adil.
*** *** ***
"Kring, kring," nyaring kedengaran telefon bimbitnya memecahkan kesunyian malam. Entah bila dia dapat melelapkan mata, dia sudah tidak menyedarinya.
"Masya-Allah, dah pukul 7.30 malam! Aku dah terlepas solat Asar," Izzah mengeluh sejurus matanya melirik ke arah jam yang melingkari tangannya. Telefon bimbitnya masih dibiarkan menjerit-jerit tanpa diangkat. Fikirannya masih kacau, dia kebingungan dan terpukul dengan kejadian petang tadi. Mindanya masih di bawah sedar. Beberapa ketika kemudian barulah dia...
"Hello, assalamualaikum," sapanya kepada pemanggil itu. Nombor siapa pula ni? Hatinya bermonolog sendirian. Tiada nama yang tertera di skrin telefon bimbitnya.
"Waalaikumsalam warahmatullah. Hmm... Nur Izzah Najihah, macam mana keadaan awak sekarang? Getting better? I really hope so..." soal pemanggil itu.
Hish, siapa pula ni? Pengenalan diri belum diberikan, langsung sahaja bertanyakan khabar. Hendak dikatakan silap mendail nombor telefon, masakan pemanggil ni tahu namanya. Siap nama panjangnya lagi. Hati Izzah terdetik sesuatu. Hanya ‘insan’ itu sahaja yang memanggilnya dengan nama itu!
"Hmm..." hanya itu yang terbias di bibir Izzah.
"Oh, maaf. Saya ni. Muhammad Anuar Shauqi," jelas pemanggil tersebut.
"Hmm... saya alhamdulillah dah ok sikit. Thanks for your concern. Jazakallahu khairan kathira," ucap Izzah tanda terima kasih.
"Awak, maafkan saya ye. I have to hang up now. Saya belum solat Maghrib lagi ni. Asar tadi pun dah terlepas. Menyesal betul terlajak tidur tadi," beritahu Izzah jujur.
"It’s ok. Saya faham. Tapi awak kan kurang sihat. Bukan tindakan sengaja. Awak tidak dihukum berdosa. And I bet you know this," ujar pemanggil itu kemudian.
"Hmm... lega hati saya bila dengar awak dah ok, kalau macam tu baiklah. Awak take care ye. Assalamualaikum," sambungnya sejurus selepas itu.
"Waalaikumsalamwarahmatullah," jawab Izzah seraya menekan butang cancel yang menandakan end of call di telefon bimbitnya.
Tanpa berlengah-lengah lagi, dicapainya towel untuk membersihkan diri terlebih dahulu sebelum menunaikan solat. Selesai sahaja mendirikan solat, Izzah beristighfar panjang. Harapannya agar kelalaiannya dalam menunaikan solat tadi diampunkan oleh Allah. Dia yakin Allah itu Maha Pengampun. Sebagai makhluk ciptaan-NYA, dia begitu takut sekiranya kecuaiannya itu dalam menjalankan perintah-NYA akan menjauhkan dirinya dari rahmat dan cinta Allah.
"Tok, tok, tok. Boleh aku masuk?" terdengar suara Aishah di balik pintu biliknya.
"Eh, kau Aishah. Masuklah," jemput Izzah.
"Kau macam mana? Dah ok sikit?" soal Aishah pula dengan dahi yang dikerutkan. Risau la tu gamaknya.
"Alhamdulillah. Aku dah ok ni. Don’t worry my friend. Thanks ye tadi kau tolong aku and sorry I’ve troubled you..." kata Izzah pada Aishah yang setia di sisinya.
"Ish, kau ni. Mana ada menyusahkan aku. Sikit pun tak. Patutnya aku yang say sorry pada kau. Sebabkan aku terlajak kata lah, kau jadi macam ni. I’m guilty towards you. So sorry..." balas Aishah pula.
"Hah, tengok tu, dia pula yang minta maaf. Ok. Dah dah. Aku kan dah ok ni. Jangan cedih cedih yer," pandai Izzah menjaga hati sahabatnya itu. Sedangkan hatinya sendiri sedang berkecamuk dengan pelbagai perkara yang mengusutkan.
"Izzah, sebenarnya kau ada masalah ke? Cerita la pada aku. Mana tahu aku boleh bantu," soal Aishah lembut.
"Kalau tiada masalah, tak dinamakan hidup, sayang. Nak tau kenapa? Hmm... hidup yang tanpa masalah umpama kerja tanpa cabaran. Hidup ni diibaratkan kerja sebab kita dijadikan Allah untuk akur dan patuh pada-Nya serta kita dah dilantik menjadi khalifah-Nya sejak dulu lagi. Masalah pula diumpamakan cabaran sebab minda kita akan lebih matang kalau kita menghadapi situasi yang mempunyai cabaran. Masalah dikurniakan untuk kita supaya kita bijak cari jalan penyelesaian dan menjadikan pengalaman yang berguna untuk masa hadapan. So, logik tak calculation tu?" soal Izzah pula tanpa menjawab persoalan Aishah seperti biasa.
"Memang logik. Huh, patutlah pun Allah takdirkan kau berkerjaya sebagai peguam. Sebaris aku tanya, empat lima baris kau jawab. Siap aku disoal pula tu!" ujar Aishah sambil tertawa.
"Hehe... Anyway thanks for your concern. I really appreciate that," itu je yang keluar dari bibir Izzah.
Cinta... boleh buat orang jadi bijak berkata-kata dan bagi nasihat TAPI cinta tu juga yang boleh buat orang jadi makhluk yang paling bodoh sebab menangis bila ditinggalkan tanpa kata oleh orang yang dicintai itu! Fikir-fikirkanlah kebenarannya...
*** *** ***
Keesokannya, pagi pagi lagi sudah kedengaran loceng di apartmen mereka. Kemudian disusuli pula dengan ucapan salam dilontarkan melalui interkom yang dipasang bersebelahan dengan daun pintu di kediaman mereka. Ternyata... suara itu adalah milik pemuda yang merupakan pemanggil yang amat merisaukan keadaan Izzah, suara itu juga merupakan milik seorang pemuda yang ditemui Izzah di suatu tempat yang telah digambarkan di dalam mimpinya dan pemuda itu juga merangkap ‘insan’ yang banyak menimbulkan tanda tanya dan persoalan yang tiada jawapannya di dalam hidup Izzah selama beberapa tahun ini. Dialah pemuda yang bernama Muhammad Anuar Shauqi. Dengan itu, sedikit demi sedikit, sehari demi sehari, satu demi satu persoalan yang wujud itu semakin terungkai.
"Waalaikumsalam warahmatullah," jawab Izzah kepada salam yang diberikan sebentar tadi.
Walaupun suara tersebut benar benar dikenalinya namun dia tidak segera membuka pintu. Perbualan yang singkat berlangsung hanya melalui bantuan alat interkom.
"Awak... Saya ni. Macam mana keadaaan kesihatan awak hari ni?" tanya Shauqi.
"Saya alhamdulillah sihat. Terima kasih sebab ambil berat tentang keadaan saya," balas Izzah.
"Hmm... Awak... Saya datang ni ada hajat. Kalau awak tak keberatan... saya nak jemput awak keluar dengan saya hari ni. Hmm... awak ajak sekali kawan awak, Aishah. Sebenarnya saya ada hal penting nak beritahu awak. Harap awak tak menolak," pinta Shauqi lagi. Kedengaran bait-bait dan nada yang ikhlas dari hatinya.
"Hmm... Baiklah," setuju Izzah setelah berfikir sejenak. Mungkin dia ingin meminta pertolonganku, detik hati Izzah. Tak salah jika menghulurkan bantuan tatkala dia benar benar menginginkannya. Detik hati Izzah lagi.
"Terima kasih awak. Saya betul-betul menghargainya. Saya tunggu awak di parking lot A ye. Take your time, I don’t mind," Shauqi memberi kelonggaran. Memang sepatutnya dia berbuat sedemikian kerana dia datang dalam keadaan yang on the spot. Izzah berhak untuk menolak pelawaan Shauqi tadi sekiranya dia mahu. Izzah bukan sebegitu orangnya.
Kira-kira lima belas minit kemudian kelibat Izzah dan Aishah kelihatan melewati tempat meletak kereta yang dimaksudkan. Belum pun sempat mereka berdua melilau mencari di manakah Shauqi, sebuah pacuan empat roda meluncur perlahan ke arah mereka. Kereta yang dipandu Shauqi sunyi sepi tanpa sebarang perbualan. Yang kedengaran hanyalah lagu dari pemain CD yang mendendangkan lagu Mahar Cinta dari kumpulan nasyid Devotees. Izzah tersentak, air mata laju menuruni pipinya. Lagu itulah yang didengarnya semalam...
"Maaflah buat awak menunggu," Izzah memohon maaf. Manik-manik air mata tadi segera dikesat. Bimbang disedari oleh mereka berdua.
"Tak, tak. Bukan awak yang salah tapi saya... Datang secara tiba-tiba. Maafkan saya but I really need to meet you as soon as possible," Shauqi pula memohon maaf.
"Hmm, boleh saya tahu dari mana awak tahu tempat saya tinggal?" soal Izzah ingin tahu.
"Sebenarnya, saya ikut kereta awak semalam sampai ke rumah awak. Saya bimbangkan keadaan awak. Saya pasti, kalau saya minta alamat awak, pasti awak tak beri. Jadi, saya buat macam tu. Saya harap awak tak marah. Nombor awak pula saya dapat daripada operator. I’m really worried about you and those ways je yang terlintas di fikiran saya masa tu. Maaf ye wak," Shauqi menjawab panjang lebar. Ucapan maaf tidak lekang dari bibirnya. Walaupun berasa sedikit bersalah, namun dia puas.
"It's ok. Never mind," kata Izzah lalu merehatkan badannya di sebuah bangku bersama Aishah. Manakala, Shauqi pula duduk di hadapan mereka berdua.
salam saudari nana_yoong. ini url nya ~ www.goldtinted.webs.com
blh klik pd ilham tinta emas ^_^
thanks for ur support!
Catat Ulasan
TINGGALKAN ULASAN DAN KOMEN, PADA SETIAP KARYA YANG ANDA BACA Penulis memerlukan ulasan dan komen, bagi memperbaiki penulisan dan memperbetulkan kesilapan. Komen dan ulasan anda akan memberi satu semangat kepada penulis, untuk terus menulis karya dan seterusnya menghasilkan karya yang menarik. Kerjasama & sokongan daripada pembaca amat kami hargai. Sebab itulah kami menyediakan HADIAH, sebagai penghargaan kepada penulis dan juga kepada pembaca yang aktif memberi komen & ulasan
"Dia
hidup bukan kerana cinta. Dia hidup kerana
kehadiran Prince Charming yang menyelamatkannya.
Semuanya gara-gara dia mengoyak Carta Prince
Charming—carta misteri yang tiada sesiapa tahu
dari mana datangnya. Yang pasti, memang dia
langsung tidak percaya dengan sumpahan yang
dikatakan berkaitan dengan Carta Prince
Charming.
"Sumpahan puteri? Kau ingat ini cerita dongeng
ke? Puteri apa yang nak sumpah aku ni? Puteri
bunian? Puteri lindungan bulan?”
Desakan daripada Sofea membawanya ke Kelab Bola
Sepak. Di situlah Prince Charming berkumpul.
Tetapi hanya seorang sahaja Prince Charming yang
dicari-carinya. Namun, untuk mencari Prince
Charming bukanlah mudah, namun dia yakin, antara
mereka, pasti salah seorang adalah penyelamatnya.
Orang tu pun satu! Dah selamatkan nyawa orang,
tak reti-reti ke nak munculkan diri? Bukan ke
lagi senang kalau datang berdiri depan aku dan
cakap, Sayalah yang selamatkan awak daripada
kena langgar semalam. Finish! Tak adalah nak
panjangkan cerita sampai beratus muka surat
semata-mata nak cari Prince Charming!
Tajuk:
Prince Charming
Penulis: Ratu Bulan
Terbitan: Fajar Pakeer
Harga:
RM19.90
Ulasan:
NOVEL
HANGAT DIPASARAN
Pertemuan
pertama memberi impak yang berbeza kepada dua insan. Maria
malu mengenang, sedang Hisyam mahu mendekat. Maria semakin
resah apabila Hisyam terus-terusan mendesak. Dalam benci
ada rindu. Bijak Hisyam memujuk, mereka akhirnya disatukan.
Salina hadir menjadi duri dalam daging. Bagi Hisyam, gadis
itu ialah sahabatnya yang terbaik. Insan paling dipercayai.
Namun, dalam diam, Salina meracuni hubungan mereka. Salina
ada agenda yang tersendiri.
Semakin hari, semakin nipis rasa percaya Maria terhadap
Hisyam. Namun, dia tidak mungkin menghindar rasa kasih
yang sudah menebal. Demi menunaikan permintaan Maria,
Hisyam tega melamar Salina walau ada luka di hati.
Sanggupkah Hisyam menduakan Maria yang pernah dicintai
sepenuh hati? Dan, Maria, mampukah membiarkan suami
tersayang jatuh ke tangan Salina? Atau, Mariakah orang
ketiga yang tidak lagi diperlukan kehadirannya oleh Hisyam?
Penulisan2u
sedang
berkerjasama dengan Penerbit Novel bagi memberi peluang kepada penulis-penulis berbakat dan karya yang menarik.
Antara novel yang sudah di terbitkan
2 Pengulas paling AKTIF dengan memberi komen yang ikhlas dan
membina, pada setiap karya cerpen / novel di penulisan2u akan
menerima hadiah sebuah NOVEL.
•
Creative Enterprise Sdn. Bhd., sedang mencari manuskrip kanak-kanak atau remaja. Ini kerana pihak kami ingin memperluaskan dan memperbanyakkan bahan bacaan untuk kanak-kanak dan remaja. Di samping itu kami juga ingin memupuk minat membaca dalam kalangan kanak-kanak dan remaja.
( klik disini
)
•Karyaseni Enterprise ingin memaklumankan
kepada anda yang berminat untuk menghantar manuskrip
anda kepada KS untuk penilaian, sila email kan
sinopsis dan tiga bab awal ke alamat email berikut:
Manuskrip@karyaseni.my
•KarnaDya Solutions Sdn
Bhd. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
hantarkan karya anda. Sebelum anda menghantarkan
manuskrip anda, sila hantarkan butiran berikut terlebih
dahulu melalui emel/pos. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•NB Kara Sdn Bhd dengan berbesar hati
menjemput mana-mana penulis yang merasakan diri mereka
layak menjadi penulis yang versatil, menghantar
manuskrip mereka kepada NB Kara Sdn Bhd. Tulisan anda
terlebih dahulu akan dinilai oleh penulis prolifik
Norhayati Berahim dan juga beberapa panel editor sebelum
diluluskan untuk terbitan.
(
klik disini )
•Jemari Seni Publishing. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
Untuk tujuan pengiriman manuskrip, JEMARI SENI telah
menggariskan panduan kepada penulis-penulisnya. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•
Alaf 21 Sdn Bhd. Tahun 2008 bakal menjanjikan sinar
kecemerlangan seandainya karya anda terpilih untuk
diterbitkan oleh Alaf 21, penerbit novel tersohor di
Malaysia.
Jika
anda mempunyai salah satu manuskrip tersebut, kami ingin
menatap dan menilainya. Sekiranya sesuai, pihak kami
ingin menerbitkannya di bawah jenama ALAF21.
( klik disini)
•
tip kehidupan, zodiak, horoskop, petua, tip, puisi,
pantun, sajak, dan pelbagai artikel menarik layari di
http://istimewa2u.blogspot.com
•
Blog Berkaitan agama, topik-topik tazkirah, audio, video
ceramah, mendengar 114 surah Al-quran secara online,
radio-radio dakwah, layari di
http://dakwah2u.blogspot.com
•
Blog Media, Tv streaming online, radio streaming online,
surat khabar, rakaman drama, radio era, hot.fm, tv1,
tv2,tv3 dan lain-lain. layari di
http://mymedia2u.blogspot.com
•
Blog Koleksi cerita lawak, lucu, kelakar dan video lawak,
lucu dan kelakar. layari di laman
http://kelakar2u.blogspot.com
•
Laman web
syarikat penerbit novel Creative
Enterprise Sdn Bhd (CESB). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.cesb.net.my
•
Laman web
syarikat penerbit
Kaki Novel
Enterprise. Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.kakinovel.com
•
Laman web
syarikat penerbit NB kara Sdn Bhd.
Dimiliki oleh penulis terkenal Norhayati Berahim, Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.nbkara.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit Buku Prima Sdn Bhd.
Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.bukuprima.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit novel
jemari Seni Publishing (JS Publishing). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.jemariseni.com
•
Laman web syarikat penerbit novel Alaf21 Sdn Bhd
(alaf21). Untuk melihat novel-novel terbaru dari Alaf21
layari di
http://www.alaf21.com.my
•
Laman web syarikat penerbit novel Fajar Pakeer Sdn Bhd). Untuk melihat novel-novel terbaru layari di
laman
http://www.fajarnovels.com.my
Kata Kunci
koleksi novel, koleksi novel
cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik,
novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen
cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru,
teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen
melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram,
cerita, cerita cinta, cerita pendek, cerita melayu, cerita online
Malaysia Group
Blog
Koleksi
Cerpen & Novel proudly powered by Blogger. Best display view 1024x768.
Google Inc
Koleksi Cerpen
& Novel dari Malaysia, Indonesia, Singapore & Brunei
penulis xde blog sendr ke?