BLOG KOLEKSI CERPEN , NOVEL & CERITA ONLINE

   LAMAN UTAMA  | KOLEKSI CERPEN  | KOLEKSI NOVEL  | HANTAR KARYA | HANTAR PESANAN | AJAK KAWAN | BUAT PERMINTAAN LAGU | IKUTI BLOG INI | FACEBOOK

      Radio Online

 

klik "STOP" untuk hentikan siaran radio. Semoga terhibur.

  Koleksi Cerpen 

Jika itu takdirNya

Takdir milik Allah

Disini mawar disana penawar

Bidadari cinta

Awekku gengster nyerr

Black vs white

Aku dan dia

Memang berbaloi

Best friend not boy friend, Nyah

Beda tipis

Aku tidak bernyawa lagi

Roommate yg romantik II

Loves comes around

Hati

Cinta remaja

Kasih anak

Selamat tinggal luqman

Kerana dia ayahku

Terima kasih cinta

Aku kan ader

Nilai sebuah persahabatan

Hanya kau

Mahakarya agung sebuah kemerdekaan

Kerana umar adha

Biarkan cinta itu pergi

1 Disember

Diari seorang lelaki

Sebuah memori

Suci nur kasih

Badai cinta pertama

Ceritera aku dan dia

Ku bawa memori itu

Darul Taqwa & dato Dr Johar

Kau boleh blah!!

My miss nanny

Seandainya ku tahu

Diari hati firdaus

Mimpi yang pasti

Sampai syurga

Memang ku cinta

Unsaid?

Cinta lagi?

Cinta bukan jaminan

Cinta hakiki

Aku, dia dan pantai

Bisikan hati

Selamanya Sarah

Peeya dan payus lagilah

Hikmah perpisahan II

Dia

Cinta dalam diam

Kata terakhir darimu is love u

Aku bukan siapa-siapa

Aril & Akim

Kalau ku turutkan kata hati

Minah skuter

Jadilah seperti aku

Privite investigator putput

Gadis kebaya putih

Isteriku

Adam II

Misteri tengah malam

Dollah loves joyah

Biarku sentuh cintamu

Lifetimes lover

Saat itu

Hanya dirimu

Kasih famili

Mulanya disini

Ikatan kasih

Dan akhirnya

Kembalilah sayang

Pelangi anganku musnah

Cinta dalam hati

Pergi tak kembali

Adakah dia milikku

Pungguk dan bulan

Cinta terlarang

Cintaku di RNR tapah

Lisa

Kasih aini hidayah

Kantoi, jodoh atau kebetulan

Adakah cinta bukan milikku

Kuning vs ungu

Pelangi cinta

Adam

Biarlah rahsia

Achmad firdaus

Jalan berliku

Rintihan kekasih

Namaku Aishah

Zani pencuri rambutan

Nur hawa balqis

Itu sudah takdirnya

You are my boss

Cinta

Antara 2 cinta

Tragedi zam & chom

Benang merah di-fa

Terima kasih sayang

Jiwa-jiwa luka

Taqdir cinta kita

Cintaku selamannya

1 hari aku jatuh cinta

Biarku sentuh cintamu

Aku dan kimi = cinta atau tidak?

Cincin untuk Aisyah

Kenapa begini jadinya

Cinta, i need you

Lakaran cinta abadi

Cioccolato Caldo

Tragedi lombong lama

Yang sebenarnya

Ketuk pintu hati

Dia masih sayang

Teman

Cinta untukmu

Adil fitri

Kau, aku & mereka gila

Hikmah perkahwinan

Mengenangmu

Mungkin Nanti

Mencintainya

Cinta si pengesek biola

Maafkan aku luftan hafiy

Kasih

Hanya itu yang ku mahu

Bermulanya diari cintaku

Menantu untuk mama

Sumpah itu hantu

Diari lukisan

Cinta gila

Romantik

Cintaku, dia dia kamu

Kau atau dia

Indahnya cinta maya

Seseorang itu

Nur alia natasya

Mamat disperate

Mencari jannah

Cukup sekadar disini

Sebuah memori

Keras dan lembut

Katak oh katak

Hacks 1437

Dialah suamiku

Selamat tinggal kawan terbaik

Pandangan matanya

Kerana mobil

Dia tunanganku

Maria dan azri

Aku terperasan je

Blind date

Roda hidup

Kasihku seputih salju

Wanginya bunga kantan

Mahligai rindu

Aku, dulu, kini dan selamannya

Prinsip cinta aina

Ikan emas, jom kawen

Man in black vs Dona karen penang

Cubit peha kiri

Bantal busuk

Hujan

Maafkan daku

Tombol pintu hidayah III

Gara-gara G

Diari seorang member

 

Klik disini untuk keseluruhan koleksi cerpen....

Novel Bersiri
      Novel pilihan

sinopsis klik pada gambar

      Novel Di Pasaran

Kenangan Terindah - Hezzy Azra

Serasi di hati - Nora Ismail

Nama aku N - Aina Emir

Bunga Syurga - Anita Aruszi

Episod cinta luka - Fateen Najwa

Sandaran kasih - Aini Marisha

Fitrah kasih - Ilani Mysara

Bukan yg pertama - Salina Ibrahim

Ternyata cinta - Damya Hanna

Selagi ada dia - Aisya Sofea

Kembalikan cintaku - Norhayati NB

Warna hati - Meen Zulaikha

Seribu kali sayang - Anis Ayuni

Menanti kasih - Norzailina nordin

Cahaya - Nura zulaikha

Dakapan cinta - Eny Ryhanna

Hanya kita berdua - Aina emir

Ku Utus Rindu - Intan Arnida

Usikan rindu - Qaira Qasidah

Segalanya untukmu - A.Anessa

 

Dapatkan dikedai berhampiran anda

      html banner

klik di bawah dan "paste" ke dalam website, homepage, blog, friendster, myspace anda

 

      Jumlah Pelawat

      Untuk Anda

 

  Kehidupan adalah anugerah utama Illahi. Anugerah kehidupan memberi gambaran kebesaranNya buat kita manusia, yang wajib kita syukuri dan hargai. Internet adalah kemudahan buat umat manusia. Justeru itu, manafaatkan ia untuk kesejahteraan diri kita dan umat sejagat. Sentiasalah kita beringat, apa yang kita lakukan, akan dipertanggung jawabkan pada kemudian hari.

  Gunakan sebaik-baiknya kurnia Allah swt kepada kita. Halalkan kegunaan akal, hati dan lidah pada perkara yang bakal membawa kecemerlangan diri kita dunia dan akhirat. Kita hidup hanya sekali. Sekali 'pergi' tak kan kembali. Buat baik berpada-pada, dan buat jahat JANGAN sekali-kali. Kewujudan website penulisan2u dengan blog sebagai wadah untuk meningkatkan nilai diri. Bermatlamatkan penyatuan ummah dengan ciri-ciri kemurnian budi dan budaya. Walaupun, dunia terus maju dengan teknologi, kita akan terus kekal dengan akhlak dan jati diri insani. 

 

PERCUMA KARYA CERPEN, NOVEL, CERITA TERBARU DAN AKAN DATANG DARI PIHAK KAMI TERUS KE EMAIL ANDA. MASUKKAN EMAIL ANDA:-

 

email:

 

Khamis, Disember 18, 2008
Cerpen : Pengorbanan
Nama Pena : kaira_syuma

Namia Shifa - Apakah kau tercipta untukku
Althaf - Kau membawa sinar dalam hidupku
Hana - Terima kasih atas pengorbanan mu sahabat
Irma - Sahabat, mulia sungguh hatimu
Mazlan - Terlewatkah aku
Hasnah - Kau milik ku

Suasana rumah batu tepi pantai yang damai itu agak sunyi. Hanya suara gemersik dari Agnes Monica yang menyanyi lagu 'Tanpa Kekasihku' menemani penghuninya yang sedang leka melayan perasaan sambil mendodoi anak kecil yang seakan-akan mengerti perasaan si ibu.
"Wan, jangan menangis ye. Wan mesti kuat. Wan mesti jaga mama tau. Mama dah takde sesiapa pun kat dunia ni. Mama hanya ada Wan sahaja. Sayang mama ye?" Si ibu memeluk tubuh kecil yang masih belum mengerti apa-apa itu.
"Sampai hati kau Mia. Kalau kau takde sesiapa, abis aku ni siapa?" Soal Irma merajuk sambil memeluk tubuh rakan karibnya itu. Namia Shifa tersedu. Tangisan kecil kedengaran di beranda rumah batu itu.
"Sabar Mia. Aku akan sentiasa membantu kau." Irma menyeka air matanya yang mengalir di pipi Mia. Wajah putih mulus yang sedang lena tidur dipangkuannya sedikit pun tidak bergerak. "Kuat tidur betul baby ni," Irma mencuit hidung mancung baby boy tersebut. "Jangan nakal-nakal tau. Baby boy hensem, jangan ikut perangai papanya yang tak hensem tu," Irma mengusik pipi baby yang comel itu. Mia mendiamkan diri. Teringat akan seseorang yang sudah lama ditinggalkan. ‘Apa khabar dia sekarang. Nia pulak tentu sudah bersekolah.' Bisik Mia sendirian.
"Kau dengar tak apa kau tanya ni?" Irma menepuk bahu Mia. Mia terpinga-pinga. "Apa dia?" Soalnya hairan. Irma merenung wajah yang sentiasa tenang itu sekalipun badai yang melanda dalam hatinya mampu merobohkan rumah banglo. "Baby ni dah menyusu ke?" Irma melihat baby boy yang sedang gelisah dipangkuan ibunya. "Belum. Kasihan anak mama." Mia terus menyua puting susunya ke mulut Ahmad Ikhwan. Dengan rakus, bayi tersebut menyusu tanda dia memang sudah kelaparan. Irma dan Mia tersenyum melihat bayi berusia 2 minggu itu menyusu. "Ummmm.. kiutnya. Aku nak jugak lah," Irma duduk memerhati Mia menyusu anaknya. "La.. kalau kau nak, kahwin lah. Tunggu apa lagi," Mia berkata senang. Irma muncung mulut. "Tak naklah. Nanti kalau dapat suami yang tak bertanggungjawab, kasihan kita tau. Biar Irma jaga Mia dan Ikhwan je," Irma berkata tegas. "Irma. Tak semua lelaki jahat kat dunia ni. Nasib aku je yang tak baik. Lagipun aku yang tinggalkan dia. Bukan dia yang halau aku," Mia cuba meredakan kemarahan rakannya itu. "Takpelah. Kalau ada jodoh, aku kahwin lah. Kau jangan bimbang," Irma mengendong Ikhwan lalu di bawa berjalan-jalan sekitar beranda rumah milik keluarganya itu. Mia melayan perasaan. Setitik air mata jatuh bila teringat akan peristiwa dua tahun yang lalu. Titik perubahan dalam hidupnya. Segala suka duka hidup yang tidak pernah di duga.

"Hana, Nia.. wah comelnya," Mia memeluk tubuh sahabat baiknya. Hana membalas sambil mencium pipi Mia. "Terima kasih," Mia menyambut teddy bear warna pink yang di hulur oleh Hana. Hari itu merupakan hari ulang tahunnya yang ke-24. Ramai rakan taulan di jemput hadir meraikan majlis sederhana itu. "Kamu berdua saja yang datang. Pemuda kamu tak datang sama?" Usik Mia. Hana tersenyum malu. "Ala.. sekali sekala bagi masa dia dengan orang lain pulak. Lagipun dia memang tengah sibuk sekarang ni. Biasalah orang makan gaji," Hana menjawab tenang. "Jum masuk. Nia meh sini, ibu pegang ye," Mia membimbing tangan Nia. Mereka bertiga jalan seiringan menuju ka ruang tamu.

Hampir pukul 11 malam barulah majlis tamat. Ketika itu, yang tinggal hanya Hana dan Nia menemani Mia. Ahli keluarga Mia juga sudah berehat di ruang tamu mereka. Hana lebih senang duduk di taman sambil menunggu suaminya.
"Minum dulu," Pelawa Mia. "Kenapa senyap je ni? Kau ada masalah?" Soal Mia hairan sambil menatap wajah yang sedikit cengkung itu. "Aku tak apa-apa. Nia dah tidur?" Mia angguk kepala. "Mengantuk sangat dia. Betul kau tak apa-apa? Macam tipu je?" Mia memang dapat mengesan perubahan dalam diri Hana. Mereka bersahabat semenjak di sekolah menengah lagi. Segala susah dan senang di kongsi bersama. Tiada rahsia juga di antara mereka. Hana menggenggam erat tangan Mia.
"Mia... Aku nak minta tolong kau boleh?" Hana memandang wajah Mia dengan penuh harapan. Hanya Mia yang dia percaya. Mia hairan. "Kau ni kenapa? Memang kau ada masalah kan? Cepat bagi tau aku," Mia mendesak. Hana serba salah. "Mia, selama ni kita berkongsi masalah dan cerita, aku tidak tahu pada siapa lagi aku harus minta tolong. Aku hanya percayakan kau," Hana tersenyum pahit. "Kau kan tahu, aku dan abang Althaf bukanlah pasangan yang berkahwin kerana cinta. Kami terpaksa," Hana memulakan bicara. Mia menanti dengan sabar. Ada sesuatu yang cuba disampaikan oleh temannya itu.
"Selama enam tahun kami berkahwin, aku masih tidak nampak sinar kebahagiaan diwajahnya. Dan aku yakin dia masih punya perasaan pada Kak Hasnah." Mia takun mendengar masalah sahabatnya. "Tak mungkin. Abang Althaf sayangkan kau. Aku yakin dia ada perasaan pada kau, cuma dia tidak mampu meluahkannya." Mia memujuk hati temannya. Hana hanya tersenyum kecil. "Entahlah Mia, aku tidak yakin selagi dia tidak meluahkannya. Dan dalam keadaan sekarang ni, aku semakin takut untuk terus tinggal bersamanya." Hana mengesat airmatanya. "Apa maksud kau, Hana?" Mia bertanya cemas. "Dia ada perempuan lain?" Mia bertanya berang. Hana geleng kepala. "Mia, sebenarnya aku sakit sekarang ni. Aku mengidap Barah Otak. Aku baru tahu 2 minggu lepas. Dan..." Hana terdiam. Mia terlopong. Tidak tahu apa yang patut di ucap. Dia terkejut sangat. Segera tubuh sahabatnya itu di peluk erat. "Jangan main-main Hana. Ini perkara serius. Kau dah bagitau abang Althaf?" Mia mengesat airmata temannya. Hana geleng kepala. "Kenapa?" Mia marah dengan tindakan Hana merahsiakan penyakitnya dari pengetahuan suaminya sendiri. "Kalau dia tahu, dia tentu susah hati. Aku nak minta tolong kau," Hana menggenggam tangan Mia. "Apa dia? Kalau aku boleh tolong, aku akan tolong," Mia sanggup membantu temannya yang dalam kesusahan itu. "Aku bimbang jika sesuatu terjadi pada aku, kasihan Nia. Aku tidak mahu dia kehilangan kasih sayang seorang ibu." Hana berkata perlahan.
"Jangan cakap macam tu, kita cari doctor yang dapat ubat penyakit kau tu," Mia memberi kata semangat kepada Hana. Hana geleng kepala.
"Aku dah tanya pada doctor. Dia cakap penyakit aku sudah berada di tahap kritikel. Aku tak dapat diselamatkan, Mia. Dah terlambat," Hana menangis. Mia turut sama menangis mengenangkan nasib yang menimpa sahabatnya itu.
"Mia, sudi tak kau jadi ibu kepada Nia? Tolong aku ye. Aku tak tahu pada siapa lagi nak minta tolong. Mungkin permintaan aku agak berat, tetapi aku tidak tahu pada siapa lagi harus aku mengadu." Mia tersentak dan tergamam.
"Jangan jadi bodohlah Hana. Kita cuba berusaha cari jalan bagaimana nak sembuhkan penyakit kau tu," Mia memarahi temannya. Hana geleng kepala.
"Mia, tolonglah aku ye. Aku dah tahu ajal aku dah dekat. Aku dah sakit tenat. Tolong ye. Sementara aku masih bernyawa, aku harap kau sudi jadi isteri abang Althaf." Mia meraup mukanya dengan kedua belah tangannya. Permintaan Hana adalah sesuatu yang amat berat.
"Hana.. aku.." Mia tidak mampu berkata-kata.
"Kalau kau setuju, nanti aku bagitau abang Althaf tentang penyakit aku ni. Kalau kau tidak setuju, aku akan pergi dari sini. Aku tidak mahu menyusahkan dia dengan keadaan aku yang tidak sihat ini," Mia geleng kepala.
"Habis kau nak menyusahkan aku?" Mia bertanya marah.
"Aku tau aku agak melampau. Tetapi aku lakukan ini kerana aku mahu kau yang menjadi ibu kepada Nia. Hanya kau yang layak. Tolong aku ye. Lagipun kau belum ada kekasihkan?" Mia sentuh kepalanya. Terasa sakit di setiap tempat dikepalanya. "Ingat tak dulu, masa kita di form 5, kau kata kau sanggup berkongsi apasaja dengan aku, termasuk berkongsi suami. Itu yang kau lafazkan dulu. Kau ingat tak?" Hana mengingatkan temannya.
"Itu aku gurau saja. Mana mungkin kita berkongsi suami. Hana, tolonglah,kalau kau nak aku jaga Nia, fine, aku boleh jaga dia. Tapi menjadi isteri abang Althaf.. itu mustahil. Apa kata orang kampung nanti, mak ayah aku tentu kecewa. Aku tak mahu," Mia berkata tegas. Hana mengeluh.
"Baik. Aku tak nak paksa kau. Aku bagi masa untuk kau berfikir. Kalau kau sayangkan aku, terimalah cadangan aku tu. Kalau kau tak sayangkan aku, kau anggap je kau tak tahu penyakit aku ni," Hana berjauh hati. Mia serba salah. Tetapi untuk menerima suami sahabat sendiri, itu adalah perkara yang mustahil. Bukan sedikit kesabaran yang diperlukan.
"Kau yang harus balik dan berfikir dengan elok. Berdoa minta petunjuk dari Allah. Aku yakin kalau kau berterus terang dengan abang Althaf, dia tentu faham. Siapa tidak sayangkan isteri. 6 tahun bukan singkat tau. Dulu pun dia janji nak jaga kau seumur hidup, aku yakin dia akan tunaikan janjinya," Mia memujuk temannya itu. Hana mengeluh.
"Aku tidak tahu. Sekarang ni pun, layanan dia dingin sekali. Lebih-lebih lagi kak Hasnah dah balik. Kak Hasnah pun selalu berhubung dengannya." Hana bercerita sambil air matanya mengalir di pipi. Mia merenung wajah yang jelas tidak bermaya itu.
"Hana, aku rasa lebih baik biar kak Hasnah kembali kepada dia. Mungkin dah jodoh mereka. Biar dia yang jaga Nia. Dia lebih berhak," Mia cuba menenangkan perasaan temannya. Hana tetap membisu.
"Ye, memang dia sayangkan abang Althaf. Tapi dia tak sayangkan Nia. Dia sendiri bagi tau aku, yang dia nak rampas abang Althaf, dia suruh aku dan Nia tinggalkan mereka. Mana mungkin aku sanggup pisahkan Nia dengan abah dia. Lagipun, abang Althaf memang sayangkan Nia. Dia selalu kata yang dia sayangkan Nia lebih dari diri dia," Hana terus meluahkan apa yang terpendam dihatinya. Mia kasihan melihat penderitaan temannya yang dulu sentiasa ceria. Rupanya ada duka yang terpendam tanpa diketahui oleh orang luar.
"Tolong aku ye. Kau saja yang mampu lakukannya. Abang Althaf tentu faham dengan niat kita," Hana masih memujuk Mia. Mia geleng kepala.
"Hana, kita tak boleh buat keputusan terburu-buru. Baik kau balik rumah, nanti kau tanya pendapat suami kau tu. Dia pun ada harga diri. Dulu dia kahwin dengan kau, sebab kak Hasnah lari masa kenduri. Sekarang kau nak jodohkan dia dengan aku pulak. Kau tak kasihankan dia? Hati dia macam mana? Apa perasaan dia, asyik orang lain yang buat keputusan untuk dia?" Mia mengingatkan temannya. Hana menangis lagi.
"Aku tak bermaksud begitu. Tetapi... Aku tak mahu anak aku terabai." Hana menjawab lemah.
"Hana, kau tak boleh berfikiran macam tu, kau kena fikir perasaan suami kau. Cuba berbincang dulu dengan dia. Tentu ada jalan penyelesaiannya." Mia menasihati Hana. 15 minit kemudian, telefon bimbit Hana berbunyi.
"Assalammualaikum," Hana menghulur salam.
"Owhhh. Tak pe. Kami berdua tidur di sini je. Lagi pun Nia dah tidur. Kasihan pulak kat dia," Hana mematikan talian setelah menjawab salam suaminya. Mia hanya memerhati. "Kenapa?" Mia memandang wajah murung temannya.
"Dia outstation. Malam ni jugak kena pergi China. Ada masalah kat syarikat mereka di sana." Hana menjawab lemah.
"Biarlah. Dia bekerja, cari duit untuk kamu sekeluarga." Mia menenangkan sahabatnya. "Tengok. Kalau aku sorang kat rumah tu nanti, kalau aku sakit, siapa nak jaga Nia? Sebab itu aku sangat berharap kau dapat tolong aku," Hana masih cuba memujuk Mia. Mia serba salah. Tetapi tidak mungkin dia sanggup memperjudikan masa depannya kepada seorang lelaki yang telah bergelar suami kepada kawannya sendiri. Semalaman Hana memujuk Mia untuk menerima cadangannya.

"Abang, tolonglah setuju ye. Mia tu baik. Hana yakin dia akan jaga abang dan Nia dengan baik. Hana kenal dia dah lama," Hana memujuk suaminya setelah gagal memujuk Mia 2 minggu lepas. Dia semakin terdesak, tempoh yang di beri oleh doctor semakin hampir. Dia berjanji akan memujuk suaminya kerana bila Althaf setuju, barulah Mia setuju.
"Aku hanya akan setuju kalau kau bagi tau abang Althaf tentang penyakit kau, dan dia setuju dengan rancangan bodoh kau tu," Hana teringat kata-kata Mia 2 minggu lepas. "Kenapa ni? Hana tak patut cakap macam tu. Walaupun, Hana rapat dengan Mia, takkan sampai nak berkongsi suami pulak. Tak masuk akal langsung," Althaf menggeleng kepala. Hana menangis.
"Kalau Hana tak sakit, Hana takkan buat macam tu," Akhirnya Hana berterus-terang. Althaf memandang wajah cekung itu. "Hana sakit bang, umur Hana tak panjang. Hana... Hana..." Hana tutup mulut menahan tangis. Althaf sentuh bahu Hana.
"Doktor kata penyakit Hana dah tenat. Barah otak tahap kritikel. Umur Hana tak panjang, bang." Hana memeluk tubuh suaminya. Althaf terkejut dengan berita yang baru didengarnya. Selama ini Hana sihat walafiat dimatanya.
"Hana jangan nak tipu abang. Perkara ni bukan boleh dimain-main," Althaf berkata marah. Hana berdiri kemudian mengambil laporan perubatannya.
"Hana baru sedar sebulan yang lalu. Itupun, doctor kata sudah terlambat. Memang selama ni, Hana selalu sakit kepala. Tapi, Hana ingatkan sakit biasa je," Althaf memandang wajah Hana.
"Kerana ini juga, Hana pujuk Mia supaya kahwin dengan abang sebelum Hana tutup mata. Hana hanya percayakan Mia. Hanya dia yang mampu jaga Nia seperti anaknya sendiri," Hana berkata tenang.
"Abang tak setuju. Kita cari jalan lain. Mungkin sudah ada cara bagaimana hendak mengubatinya." Althaf berkata tegas.
"Memang ada. Tapi, dah terlambat untuk Hana," Hana menjerit. Althaf pejam matanya. "Kalau abang tak setuju, Hana akan tinggalkan abang dan Nia. Biar Hana mati sorang diri," Hana berkata nyaring sambil menangis.
"Jangan berperangai macam budak-budak Hana." Althaf memeluk tubuh lesu itu. Hana menangis sepuas hatinya.

Semenjak mengetahui penyakit Hana, Althaf menghabiskan masa menemani isterinya. Kata-kata semangat selalu diberikan kepada Hana. Doa juga tidak putus dipanjatkan kepada Allah s.w.t supaya penyakit Hana sembuh. Namun semakin hari, keadaan Hana semakin tenat. Emosi Hana juga terganggu. Dia sering marah-marah dan mendesak Althaf supaya mengahwini Mia.
"Kalau kau tak setuju kahwin dengan Abang Althaf, jangan datang bila aku dah meninggal kelak." Hana mengunci bilik tidak mahu berjumpa dengan Mia yang datang melawat. Mia menangis sedih.
"Hana, sampai hati kau. Sejak kecil kita berkawan, sanggup kau kata macam tu kat aku. Kau hendak aku hidup menderita dengan Abang Althaf. Kahwin tanpa rasa cinta?" Mia memarahi temannya yang semakin berubah.
"Aku pun kahwin tanpa rasa cinta dengannya. Aku terpaksa, tapi aku bahagia jugak. Cuma yang aku kesalkan aku tak dapat membahagiakannya lebih lama. Dan aku.... Aku tak mahu Nia di jaga oleh orang lain," Ucapnya lemah. Hana bersandar di pintu bilik. Agak lama Hana mendiamkan diri sehingga menimbulkan rasa cemas di hati Mia. "Hana.. Hana.. buka pintu ni," Mia mengetuk pintu dengan kuat. Namun tiada sahutan. Mia gelabah. ‘Tenang.. tenang.. sabar Mia,' Bisiknya kepada diri sendiri. Mia mendail nombor telefon Althaf.

"Hello.. abang, Hana.. Hana," Mia menangis. Suaranya seperti tersekat dikerongkong.

"Sabar. Kejap lagi abang datang," Mia terduduk di pintu bilik Hana. Althaf ke rumah orang tuanya menghantar Nia bila keadaan Hana semakin tenat.

"Mia... Mana Hana?" Soalnya cemas sebaik sahaja sampai dirumahnya.

"Dalam bilik. Pintu bilik dikunci." Mia mengesat airmatanya. Althaf mengeluarkan kunci dalam simpanannya. Sebaik sahaja pintu dibuka. Wajah pucat Hana kelihatan di tepi pintu. Hana terbaring lesu. Althaf mendukung tubuh yang semakin ringan itu, lalu dibawanya ke katil.

"Hana, bangun sayang." Althaf menampar lembut pipi Hana. Perlahan Hana membuka mata. Kedua-dua wajah itu dipandang dengan sayu. Airmatanya mengalir deras. Althaf mengesat air mata isterinya. Mia menggenggam tangan sahabat yang sedang tenat itu.

"Abang, Mia... Maafkan Hana. Tapi tolonglah tunaikan permintaan Hana yang terakhir ini. Hana berharap sangat dapat tengok kamu berdua berkahwin sebelum Hana menutup mata," Hana berkata lemah. Althaf memandang wajah Mia. Mia turut memandang wajah Althaf. Kemudian mereka angguk kepala serentak. Hana tersenyum senang. Perlahan matanya terpejam.
"Hana, jangan tinggalkan Mia. Hana janji nak tengok kami kahwin, kan? Hana jangan pergi dulu." Mia menjerit sambil menggoncang tubuh Hana.
"Sabar Mia. Hana cuma pengsan tu." Althaf menarik tubuh Mia yang sedang memeluk Hana. Tangisan Mia masih kedengaran. Dia tertidur keletihan setelah menjaga Hana sehari suntuk. Dia belum balik kerumahnya lagi sejak mendapat panggilan dari Hana awal pagi tadi. Dari pejabat dia bergegas ke rumah Hana.

"Aku tak sangka, kau perempuan macam tu Mia. Ambil kesempatan di atas kesusahan sahabat baik kau sendiri." Mia tunduk lemah. Air mata terasa hampir menitis mendengar lauhan dari mulut lelaki yang begitu memujanya suatu ketika dulu.
"Patutlah kau begitu susah untuk di pikat. Rupanya kau mencintai suami kawan kau sendiri. Malang betul dapat sahabat seperti kau ni," Mia tersedu. Begitu sekali tuduhan yang di terimanya.

"Maafkan aku, Lan. Dah jodoh aku dengan dia." Hanya kata maaf yang mampu di ucap. Siapa yang akan percaya ceritanya. Hana juga sudah tiada. Seminggu selepas mereka berkahwin, Hana menghembuskan nafas terakhir dipangkuan Mia. Wajahnya tenang sekali.

"Maafkan Hana. Mia, Hana ucapkan terima kasih kerana sudi menjaga suami kita dan anak kita ya." Ucapnya payah sambil tersenyum. Mia menangis. Airmata mengalir tanpa dapat di tahan.

"Maaf jugak, sebab tak dapat nak jelaskan dengan orang tua Mia. Kerana Hana, semua orang benci pada Mia. Ampunkan Hana ye," Mia hanya mampu angguk kepala.

"Mia.... Sakit." Mia cemas.

"Mengucap Hana." Mia membantu Hana mengucap dua kalimah syahadah.

"Abang, maafkan Hana. Kalau Hana ada buat dosa. Hana lakukan semua ini sebab tidak mahu hidup abang menderita bila Hana tiada dunia ini. Abang terimalah Mia seperti abang tarima Hana dalam hidup abang. Abang jagalah Mia. Kerana permintaan Hana yang tidak masuk akal ini, dia di buang oleh keluarganya. Mia, tolong jaga Nia ye." Hana menggenggam tangan Mia dan Althaf.

"Abang maafkan Hana. Hana tak buat dosa pun dengan abang." Hana mengucap dua kalimah syahadah.

"Hana!!!!!!!!" Mia menjerit bila Hana menutup matanya sebaik sahaja selesai mengucap syahadah. Althaf tunduk mencium dahi Hana.

"Kenapa senyap? Rupanya pilihan kau adalah lelaki yang sudah berkahwin. Sanggup kau lukakan hati sahabat kau sendiri hanya untuk kebahagiaan diri. Kau tak mungkin bahagia Mia," Mazlan berkata sinis.

"Katalah apa saja. Aku dah lali. Selama dua bulan ni, aku dah terima lebih teruk dari ini. Aku yang mengatur hidup aku. Kau jangan risau, kalau Tuhan bagi peluang untuk aku bahagia, aku terima. Kalau tak, aku tak dapat nak kata apa," Mia berdiri bersedia untuk beredar. Pertemuan mereka petang itu adalah yang tidak di rancang. Mereka terserempak di pantai Damai. Mia berlalu menyusuri pantai yang damai petang itu. meninggalkan Mazlan yang hanya memerhati langkah lesu wanita yang amat dicintainya itu. ‘Maafkan aku, Lan, semua ini terjadi ada sebabnya, dan aku tidak mampu menceritakannya kepada sesiapa,' Mia berbisik sendirian. Mazlan, rakan sepejabat yang telah lama menyimpan perasaan terhadapnya. Mia belum terbuka hatinya untuk menerima sesiapa menolak dengan baik. Kemudian mereka menjadi kawan baik. Kini semua sudah berubah. Mia telah berhenti kerja, sekarang dia menjadi suri rumah sepenuh masa. Menjaga Nia dan menjadi isteri yang setia kepada Althaf. Tiada sesiapa yang tahu akan rahsia perkahwinan mereka.

"Mia, kamu pergi mana tadi. Dari pagi tak nampak?" Suara Datin Anis menegur menantu barunya. Dia memang suka sangat Mia menjadi menantunya. Dia sudah kenal Mia sejak Althaf berkahwin dengan Hana 6 tahun lalu. Orangnya lemah lembut, baik hati, ringan tulang dan peramah. Bila mendengar berita dari Althaf yang mereka akan berkahwin, Datin Anis tersenyum lebar. Memang dari dulu dia hendak menjodohkan Mia dengan Asraf anak bongsunya. Tetapi tidak kesampaian bila Asraf membawa balik anak mat salleh. Kecewanya hanya Tuhan dan suaminya yang tahu. Dan semenjak Hana meninggal dunia, Althaf membawa Mia dan Nia tinggal di rumah orang tuanya. Tidak sanggup tinggal di rumah lamanya. Rumah yang meninggalkan seribu kenangan bersama Hana. Mujur Mia hanya menurut.
"Mia pergi pantai sekejap, bu," Ucapnya perlahan setelah menyalami tangan tua itu. Datin Anis mengusap rambut Mia. Mia memeluk tubuh itu dengan erat. Datin Anis hairan. Kadangkala, pasangan muda itu tidak seperti suami isteri. Pernah terlintas dihatinya, mengatakan yang mereka menyimpan rahsia. Namun dia tidak mahu bertanya. Mungkin mereka ada sebab yang tersendiri. "Nia cari kamu dari tadi. Tercari-cari ibu dia." Datin Anis tersenyum lembut. "Ye ke , Bu? Mana dia?" Soal Mia cemas. Terlalu leka di pantai tadi, dia terlupa gadis kecil yang tidak pernah berenggang dengannya sejak ketiadaan Hana. Agak senang hendak menjaga Nia, kerana sejak lahir, Nia memang rapat dengannya dan memanggilnya ibu. "Tu... Di taman belakang, Althaf pun dah sampai. Mereka berdua di belakang sana," Mia segera bergerak menuju ke taman belakang.

" Ibu...." Nia berlari memeluk tubuh Mia. Althaf hanya memerhati dari jauh. "Wah!!!!! Comotnya muka. Nia makan apa ni?" Soalnya lembut sambil menyapu mulut Nia yang comot kesan coklat. "Abah belikan Nia coklat," Katanya manja. "Ibu, mama tak sayang Nia lagi kan?" Tiba-tiba mulut kecil itu bertanya. Mia merasakan jantungnya berhenti berdegup saat mendengar pertanyaan anak kecil itu. "Sayang. Mama sayang sangat dengan Nia. Tapi, Tuhan lebih sayangkan mama." Mia memeluk tubuh kecil itu. Setitik air mata jatuh menitis dipipinya. "Mama pergi jauh ye, bu?" Soalnya lagi. Mia angguk kepala. "Kenapa ibu menangis?" Soalnya sambil mengesat air mata di pipi Mia. Mia sentuh tangan halus itu lalu diciumnya. "Ibu teringatkan mama. Nia jangan nakal tau. Nanti ibu sedih," Nia angguk kepala. "Abah, ibu menangislah, bah." Nia menarik tangan ibunya berjalan menuju ke arah Althaf. Althaf memandang sayu wajah yang jelas menderita itu. Tanpa sedar Althaf menyentuh pipi Mia. Mereka saling berpelukan. Nia tersenyum melihat ibu dan abahnya berpelukan.

"Mia, abang dah balik." Althaf memanggil isterinya. Mia menghampiri Althaf dengan senyuman. Malam ini, genap setahun mereka berkahwin dan Mia telah menyiapkan sesuatu untuk makan malam mereka.
"Abang mandi dulu. Mia ada kejutan untuk abang," Mia menolak tubuh Althaf menuju ke bilik mereka. Althaf telah membeli sebuah rumah yang sederhana untuk keluarganya. Rumah lamanya dahulu kini didiami oleh ahli keluarga arwah Hana.
"Kejutan apa pulak ni?" Soal Althaf pelik dan sempat mencium pipi Mia. Mia tersenyum bahagia. ‘Apakah bahagia ini menjadi milikku yang abadi?' Bisiknya dalam hati sambil merenung wajah tampan yang sedang memeluknya itu.
"Kenapa?" Soal Althaf hairan. "Apakah bahagia ini untuk selamanya?" Soal Mia pelik. Althaf memandang pelik wajah Mia.
"Soalan apa ni?" Soalnya marah. Mia menyedari yang suaminya marah, segera mencium lembut pipi si suami. Althaf terpana. "Maaf." Ucap Mia sepatah. "Abang tak nak dengar soalan macam tu lagi. Tapi yang satu tu, abang nak lagi, tapi kat sini, boleh kan?" Pinta Althaf dengan senyuman nakal. Mia geleng kepala. Tanpa amaran Althaf mengucup bibir nipis itu dan mereka hanyut seketika. "Abang ni. Sempat pulak. Abang pergi mandi dulu, lepas tu, turun ke bawah ye," Mia meleraikan pelukan suaminya. Hanya mereka berdua sahaja di rumah itu. Nia sudah di hantar ke rumah orang tua Althaf untuk semalam kerana memberi peluang mereka menyambut ulangtahun perkahwinan mereka tanpa gangguan. Althaf ketawa melihat wajah Mia kemerahan kerana malu.
"I love you," Althaf mengucapnya perlahan dan meresap ke dalam hati Mia. Mia tersenyum senang. Untuk mengucap cinta pada suaminya, Mia tidak tahu apa perasaannya pada Althaf. Apakah cinta sudah ada untuk lelaki itu? Dia keliru dan rasa bersalah pada sahabatnya.
"Mia tak cintakan abang?" Soal Althaf lembut. Anak mata Mia ditatap dalam mencari apa yang tersimpan didasarnya. Riak tenang itu sukar untuk difahami. Kadangkala dia dapat melihat cahaya cinta yang dalam di mata isterinya. Namun ada ketikanya, dia tidak nampak langsung cahaya cinta itu.
"Mia cintakan abang?" Soal Althaf sekali lagi dengan wajah penuh harapan. Mia tersentak. Tidak menyangka soalan itu yang akan ditanya oleh suaminya. Mia tunduk memandang lantai.
"Mia tak tahu," Jawabnya perlahan. Althaf geleng kepala. "Tak pe. Mia fikir dulu, abang nak mandi." Althaf meleraikan pelukannya dan mencapai kain tuala lalu beredar menuju ke bilik mandi. Mia mengeluh perlahan. Dia masih belum dapat menerima Althaf dalam hatinya. Lebih tepat lagi, dia sedang menghalang perasaannya dari menyintai Althaf. Mia segera ke dapur untuk menyiapkan makan malam mereka.
"Harap dia menerima cintaku," Althaf meletak kotak hadiah di atas katil mereka. Dia berdoa semoga Mia menerima cinta dan dirinya sepenuh hati.

Makan malam mereka dalam suasana romantic. Senyuman tidak pernah lengkang dari bibir Althaf semenjak menerima kejutan dari isterinya. "Terima kasih Mia. Pandai Mia masak. Belajar dari siapa ni?" Soal Althaf lembut. Mia tunduk malu bila dipuji oleh suaminya. "Belajar dari ibu. Betul ke sedap? Entah-entah abang sengaja nak ambil hati Mia, kan?" Mia menjeling tajam wajah suaminya. "Eh..Mana ada. Betul. Sedap ni. Kalau tak sedap, abang akan cakap." Mia tersenyum.

Selepas mengemas meja makan, Mia menghampiri Althaf sambil membawa buah anggur sebagai pencuci mulut ketika menonton televisyen. "Sini," Althaf menggamit Mia supaya duduk di sebelahnya. Mia duduk perlahan sambil tersenyum manis. Mereka sama-sama menonton Buletin Utama sambil menikmati buah anggur tanpa gangguan. Tiba-tiba Althaf mengucup dahi Mia lama sekali. "Kenapa ni, bang?" Mia bertanya hairan. Matanya merenung dalam ke dasar anak mata Althaf. Althaf tersenyum. "Terima kasih pada Hana sebab satu kan kita. Abang bahagia dapat berkongsi hidup dengan Mia, Mia jangan tinggalkan abang dan Nia ye," Althaf mengucup dahi Mia sekali lagi. Mia terharu dengan perbuatan Althaf. Namun dia masih keliru, cepat benar lelaki itu menerimanya dalam hidup. Rasanya dia tidak melakukan apa-apa untuk memikat Althaf, malah seringkali dia membuatkan Althaf kecewa bila lelaki itu mengucapkan kata cinta dan sayang padanya.

"Kita keluar ye," Althaf mengajak Mia keluar berjalan selepas sembahyang Isyak. Mia angguk kepala.

"Wah!!!! Cantiknya. Tengok tu, terangnya cahaya," Mia menunding jari ke arah cahaya bunga api di langit. Mereka menikmati malam yang indah bersama dengan rasa bahagia. Mia yakin yang hatinya turut menyintai lelaki disebelahnya. "Mia cintakan abang," Ucapnya perlahan sambil merenung wajah Althaf yang jelas terkejut itu. "Apa? Mia cakap apa tadi?" Soalnya tidak percaya. Mia tertunduk malu dan meneruskan perjalanan mereka. Althaf menarik tangan Mia dan merenung mata yang berkaca itu. "Ulang sekali lagi. Abang nak dengar dengan jelas," Althaf masih menanti dengan sabar kata-kata yang sangat ditunggu-tunggunya sejak beberapa bulan kebelakangan ini. Mia manarik nafas perlahan kemudian menghembuskannya. Dengan riak tenang, Mia mengucap kata cinta pada suaminya. "Mia cinta dan sayang pada abang," Althaf memeluk erat tubuh Mia. Cintanya berbalas akhirnya. "Terima kasih, sayang," Ucapnya gembira.

"Apa ni?" Soal Mia hairan sambil membelek kotak yang berbalut cantik di atas katil mereka. Setelah penat berjalan di kota yang sibuk itu sambil menikmati suasana malam yang indah mereka kembali ke rumah. Althaf tersenyum.
"Bukalah. Mia punya." Katannya lembut sambil tersenyum manis. Mia tersenyum lebar dan segera membuka pembalut kotak itu. Mia terkejut bila mendapati sehelai baju tidur satin warna hitam didalamnya.
Glupp!!! Mia telan liur, apakah dia sudah bersedia menunaikan tanggungjawabnya sebagai isteri. Mia memandang Althaf yang masih merenungnya dengan renungan kasih.
"Kalau Mia terima, abanglah orang yang paling gembira. Tapi kalau Mia belum bersedia, abang tidak akan paksa Mia untuk menerimanya," Althaf tetap tersenyum. Serba salah Mia dibuatnya. ‘Lambat laun, aku akan menjadi miliknya, kalau bukan hari ini, mungkin esok atau lusa, aku harus mengabdikan diri padanya. Aku isterinya,' Mia berbisik sendirian. Menatap wajah yang tetap tenang itu membuatkan hatinya nekad. Perlahan Mia melangkah ke bilik mandi. 10 minit kemudian dia keluar menghampiri Althaf yang leka membaca majalah keluarga.
"Mia?" Althaf terpana namun senyuman terukir dibibirnya. "Cantik," Ucapnya sepatah. Mia tersipu malu bila dipuji oleh suaminya. Perlahan Althaf menarik tangan Mia dan membawanya ke dalam dakapannya. "Abang akan bahagiakan, Mia," Janjinya sambil mengucup dahi Mia dengan lembut.

"You ni kan. Tak tahu malu." Mia terduduk di atas sofa apabila di tolak kasar oleh Hasnah. "Kenapa ni kak, apasalah saya?" Mia berdiri sambil memandang wajah garang itu. "Jangan panggil aku kakak. Aku bukan kakak kau. Tak tahu salah konon," Hasnah buat muka meluat. "Kalau tak kerana kau, aku yang patut kahwin dengan Althaf tu. Dia kekasih aku tau," Hasnah menolak tubuh Mia sekali lagi. Kali ini Mia terjatuh dari kerusi.
"Aku nak kau tinggalkan dia. Kami nak berkahwin," Mia terasa seperti batu besar mnghempap kepalanya. "Mana mungkin saya tinggalkan abang Althaf. Lagipun ini wasiat arwah Hana." Mia masih cuba mempertahankan perkahwinannya.
"Hana dan kau sama saja. Perampas. Dan untuk pengetahuan kau, aku dan Althaf masih saling mencinta. Wasiat konon. Entah-entah kau sengaja reka wasiat tu kan," Hasnah memandang sinis wajah Mia yang sudah basah dengan air mata.
"Aku yang layak jadi isteri dia. Kalau setakat nak jaga Si Nia tu, aku boleh buat tau. Mak bapak aku pun masih hidup lagi untuk jaga Nia." Hasnah memandang jijik wajah Mia. Mia mengesat airmatanya. Dia tidak boleh terlalu lemah di hadapan Hasnah.
"Saya tidak akan tinggalkan abang Althaf dan Nia. Kalau kakak nak kahwin dengan abang Althaf, saya rela. Yang penting wasiat arwah Hana ini mesti diteruskan." Mia berkata tegas.
"Apa? Kau ingat aku sudi nak berkongsi suami dengan kau. Aku bukan bodoh macam Hana tu. Althaf milik aku."Jawabnya kasar. Hasnah melihat jam dipergelangan tangannya. Hampir pukul 4.30 petang.
"Ingat. Aku mahu kau tinggalkan Althaf. Kalau tidak tahulah apa aku nak buat kat kau," Hasnah beredar. Mia terduduk mengenangkan nasibnya. Semenjak menjadi isteri Althaf, pelbagai masalah timbul. Pertama dia dibuang keluarga kerana dikatakan merampas suami orang. Kedua dia menjadi isteri kepada lelaki yang tidak mencintai dirinya. Dan menjadi ibu pula kepada anak yang bukan lahir dari rahimnya. ‘Hana tolong Mia. Kuatkan semangat Mia,' Mia menangis tanpa sedar dia tertidur di ruang tamu rumah banglo itu.

‘Hana.. tolong Mia. Mia tak mampu berdiri sorang diri,' Mia melihat wajah Hana yang tersenyum dalam pakaian putihnya. Dia seakan-akan menyuruh Mia bersabar. ‘Mia dah tak tahan lagi. Mia tak mampu membahagiakan abang Althaf. Izinkan Mia pergi dari hidupnya,' Mia menangis. Wajah Hana semakin lembut. Mia bangkit apabila Hana menghulur tangan. ‘Mia mampu membahagiakan mereka. Hanya Mia yang layak untuk abang Althaf.' Hana bersuara lembut. Kemudian perlahan-lahan Hana hilang dari pandangannya. ‘Hana..Hana.. Hana jangan tinggalkan Mia. Jangan,' Mia jatuh terduduk. Terdengar suara garau memanggil namanya.
"Mia, bangun Mia.." Tubuhnya terasa sakit. Dan sentuhan lembut didahinya mendamaikan. Mia buka matanya dengan perlahan. Lelaki yang duduk dihadapannya tersenyum manis.
"Kenapa ni mimpi ya?" Soalnya perlahan. Mia angguk kepala. Wajah suami di pandang kasih. Tiada siapa menyangka dia akan jatuh cinta pada lelaki yang dingin dan pendiam itu. Althaf mencium pipi mulus itu dengan kasih sayang yang menggunung. "Teringatkan arwah Hana ya?" Mia mengalirkan airmata. Betapa lelaki itu menambahkan rasa bersalahnya pada sahabat yang telah pergi. "Sabar. Petang ni kita ziarah kuburnya ye. Esok kita buat kenduri tahlil." Althaf memeluk tubuh isterinya. Dalam hati dia berterima kasih kepada arwah Hana kerana memaksanya menerima Mia sebagai pengganti. Setelah pelbagai dugaan dilalui, mereka tetap bersama dan saling jatuh cinta.

"Mia, tunggu Mia," Mazlan menarik tangan Mia hingga membuatkan langkah Mia terhenti. "Lepaskan aku," Mia menepis tangan Mazlan. Nia yang tidak faham apa-apa memandang hairan bila lelaki yang tidak dikenalinya menarik tangan ibunya.
"Mia. Maafkan aku. Walauapapun, kita tetap kawan,kan? Maafkan aku sebab terlalu emosional dulu." Mazlan menanti dengan sabar jawapan dari bibir nipis itu. Mia mengeluh berat. "Kau tak salah apa-apa pun," Mia berkata tenang. Perkara lama sudah dilupakan. Dia masih memikirkan kata-kata Hasnah beberapa hari yang lalu. Layanan Althaf juga semakin dingin semenjak kebelakangan ini. Jiwanya semakin kosong. Pernah dia terfikir, Althaf hanya memainkan perasaannya. Althaf juga selalu memarahinya bila dia bertanya kenapa suaminya itu selalu balik lambat.

"Kau ada masalah?" Pertanyaan Mazlan mematikan lamunannya. Mereka duduk di tepi pantai Damai yang sentiasa mendamaikan itu. Mia geleng kepala sambil merenung ke laut yang membiru. Nia dibiarkan bermain sendirian di tepi pantai itu.
"Ibu, Nia nak beli ais krim." Nia memeluk leher ibunya. Mia tersenyum manis. Mujur ada Nia yang selalu menemaninya dan menyayanginya. Mereka menghampiri gerai yang menjual ais krim tidak jauh dari tempat mereka.
"Hati-hati, Nia," Pesannya bila Nia begitu aktif berlari. Mazlan dan Mia menyambung kembali perbualan meraka.
"Mia, kenapa kau senyap je? Kalau kau ada masalah, bagi tau aku," Mazlan menawarkan diri menjadi pendengar.
"Aku tak apa-apa. Jangan risau, Cuma penat sikit melayan Nia tu. Kasihan dia, takde teman, aku kena layan dia," Mia tersenyum. "Kawan-kawan yang lain masih bekerja? Apa khabar mereka ye?" Soal Mia sengaja menukar topic. "Mereka semua ok." Mereka berdua rancak bercerita tentang tempat kerja.

"Mia!!!!!" Mia tersentak lalu berdiri tegak. Wajah marah itu ditatap dengan perasaan gerun. "Mia dengan siapa ni?" Soalnya kasar. Mia gugup. "Kawan lama, satu ofis dengan Mia dulu," Mia takut memandang wajah suaminya. Dan disisinya, Hasnah berdiri dengan senyuman kemenangan. "Nia mana?" Soalnya kasar. Mia baru tersedar sesuatu. ‘Nia? Alamak!!!! Nia,' Mia cemas. "Tadi dia bermain kat sana," Mia menunding jari di tepi pantai. "Kenapa dia takde kat situ?" Soal Mia bodoh. "Kan I dah kata, dia tak pandai jaga anak, you je yang percayakan dia," Suara Hasnah kedengaran sengaja mengapi-apikan Althaf. "Tadi dia kat situ," Mia memandang sekeliling. "Ye. Mungkin tadi ada, bila dah leka berborak dengan kekasih hati, tentu tidak perasan budak tu dah diculik orang," Mia memandang sedih wajah Althaf yang sudah merah.
"Mia, abang tak sangka Mia sanggup buat macam tu. Selama ni, abang percayakan Mia, abang tak tanya ke mana Mia pergi dengan siapa semuanya kerana abang percayakan Mia. Tapi.... Abang menyesal ikut cadangan arwah Hana dulu," Althaf berkata kasar. Mia terkesima dan merenung tajam wajah yang tegang itu.
"Abah!!!" Mereka menoleh ke arah suara halus yang memanggil abahnya. "Bila abah sampai? Ehhh kenapa ibu menangis?" Nia merapati ibunya dan mengesat airmata ibunya. "Sayang ke mana? Ibu risau," Mia memeluk tubuh kecil itu. "Maafkan Nia, bu. Tadi Nia di ajak kawan main kat taman sana. Nia lupa nak bagi tau ibu," Nia memeluk tubuh ibunya dengan erat. "Errrr... Nia balik dengan abah ya. Ibu ada nak hantar kawan ibu balik," Mia segera menarik tangan Mazlan dan beredar. Suara Althaf yang memanggilnya tidak dipedulikan. Althaf cuba mengejar isterinya, tetapi tangan Hasnah yang menariknya menghalangnya.

"Maaf," Mia tersandar lemah di keretanya. Mazlan memandang simpati wajah yang sarat dengan masalah itu. "Aku yang patut minta maaf pada kau. Kalau kita tak terserempak di pantai, tentu tak jadi macam ni," Mazlan berkata lemah. Mia geleng kepala.
"Aku nak balik. Terima kasih sebab temankan aku hari ni," Mia masuk ke dalam keretanya dan beredar meninggalkan Mazlan dengan tanda tanya.
"Irna, boleh aku bermalam di rumah kau malam ni?" Mia menelefon sahabat karibnya. "Datanglah. Aku boring juga sorang diri kat rumah ni," Irna menjawab girang. "Ok. kejap lagi aku datang," Mia memandu dengan tenang. Selepas kejadian petang tadi, dia terus pulang ke rumah dan mengemas pakaiannya. Meninggalkan Althaf adalah jalan yang terbaik untuk lelaki itu, fikirnya. Althaf sudah kembali pada Hasnah, tiada apa yang perlu ditunggunya selain pergi meninggalkan Althaf untuk mencapai kebahagiaan.

"Termenung pulak. Mari makan. Aku dah sediakan lauk untuk kau," Irna mengejutkan Mia dari lamunan. Mia mengesat airmata yang mengalir di pipi. "Sudah jangan di kenang kisah lalu tu. Sekarang kita akan jaga Ahmad Ikhwan ni dengan baik." Irna memeluk bahu Mia. Mia tersenyum nipis. Selepas 5 bulan meninggalkan Althaf, dia melahirkan bayi lelaki yang sihat walafiat. Dia tidak menyangka dia sedang mengandung semasa meninggalkan Althaf. Sedihnya, bila berita gembira itu tidak dikongsi bersama dengan orang yang dia cintai. "Sekarang dia sudah bahagia dengan kekasih lamanya. Takde guna kau kenang lagi lelaki macam tu." Marah Irna bila melihat Mia masih termenung.

"Assalammualaikum," Mia dan Irna menyahut salam serentak. Irna menjenguk ke luar pintu. Dia terkejut bila melihat gerangan orang yang memberi salam itu. "Siapa tu Irna?" Mia bertanya lemah sambil mendodoi Ahmad Ikhwan yang sedang menangis. Perlahan langkahnya menghampiri Irna yang sudah tidak dapat bersuara lagi. Sebaik sahaja terpandang wajah-wajah yang dirinduinya itu, Mia hampir jatuh terduduk namun sempat disambut oleh tangan sasa milik lelaki yang saban malam mengganggu tidurnya.
"Mia, maafkan abang. Jangan tinggalkan abang lagi," Althaf memeluk tubuh yang kaku itu. Mia tidak tahu apa yang patut dia buat. Hendak menangis atau ketawa gembira dengan permintaan itu. Datin Anis segera mengambil bayi yang di dukung oleh menantunya itu. Althaf mendukung tubuh Mia dan di bawa ke kerusi. "Sampai hati Mia tinggalkan abang dan Nia. Abang minta maaf sebab terburu-buru memarahi Mia hari tu. Abang sebenarnya cemburu melihat Mia bergelak ketawa dengan lelaki itu. Semua ini, Hasnah yang rancang. Dia mahu pisahkan kita." Althaf memujuk isterinya. Namun Mia hanya terus mendiamkan diri.
"Mia, cakaplah sesuatu. Maafkan abang ye. Abang janji tak kan abaikan Mia lagi, dan kita jaga sama-sama anak-anak kita," Mia tunduk. Sebahagian hatinya memnag menginginkan Althaf, sebahagianya lagi, dia takut untuk kecewa sekali lagi.
"Ibu," Mia mendongak memandang wajah comel itu. Pantas tubuh kecil itu di peluknya. "Nia. Nia ibu rindu sangat pada Nia," Mia mencium segenap wajah Nia.
"Nia pun rindu juga. Ibu baliklah ye. Nia janji, Nia tak kan nakal lagi. Abah pun dah tak sayangkan Nia, abah kata Nia yang sebabkan ibu tinggalkan kami," Mia semakin sedih. "Bukan salah Nia, salah ibu. Maafkan ibu ye," Suasana di rumah batu itu penuh dengan tangisan. "Mia, baliklah. Ayah dan mak nak minta maaf, sebab bertindak terburu-buru. Terimalah Althaf kembali, dia begitu cintakan kamu. Dan kami sudah tahu apa yang terjadi. Mulia sungguh hati anak ayah ni," Mia memeluk kedua-dua ibu dan bapanya. "Baliklah kepangkuan suami kamu. Tempat seorang isteri adalah bersama suami," Pujuk ibunya lembut. Mia memandang wajah kesal suaminya. Perlahan dia berdiri dan menghampiri Althaf lalu memeluk erat tubuh sasa itu. "Maafkan abang. Abang janji hanya Mia seorang dalam hati abang," Mia membalas pelukan suaminya. "Tidak. Mia bukalah perempuan yang kedekut. Mia tidak melarang jika abang ingin mengingati arwah Hana. Kerana dia kita bersama. Jangan buang namanya terus dari hati abang." Althaf mencium dahi Mia dengan lembut.

"Terima kasih, Mia. Siapa nama baby kita ni?" Mia tersenyum manis. Hilang segala duka dihatinya. "Ahmad Ikhwan," Ucapnya lembut. "Indah sungguh nama itu. maafkan abang kerana tidak bersama sayang ketika menghadapi saat susah itu," Althaf memeluk erat tubuh isternnya tanpa mempedulikan mata ramai yang memandang. ‘Aku harap keputusanku ini tidak sia-sia. Ya Allah, tolonglah aku dalam menempuhi dugaan. Dan panjangkan jodoh kami,' Mia berdoa di dalam hati.

P/s : Hidup tidak selalu ceria. Bercinta tidak semestinya bersama. Setiap permulaan pasti ada pengakhiran.

Ini cerpen ketiga saya. Semoga anda seronok membacanya. Jika ada tersilap bahasa, harap maafkan.
posted by Penulisan2u @ 1:44 PG  

Kongsi Karya Ini Di Dinding Facebook Anda
7 Comments:
  • At 18/12/08 9:30 PG, Anonymous Tanpa Nama said…

    salam, seronok baca cerita ni, cuma ada sikit2 saya kurang faham. tapi saya ucapkan tahniah kepada penulis. selamat berusaha lagi

     

  • At 18/12/08 5:47 PTG, Anonymous Tanpa Nama said…

    huhu terharunyer bace..cerpen ni sgt menyentuh perasaan..actually i like da story after marriage..excellent!

     

  • At 18/12/08 9:14 PTG, Anonymous Tanpa Nama said…

    good story...keep up the good work writer...~sakina~

     

  • At 19/12/08 12:44 PG, Anonymous Tanpa Nama said…

    tahniah...crita yg hebat...plot yg tersusun...

     

  • At 19/12/08 9:24 PG, Anonymous Tanpa Nama said…

    terima kasih byk2. harap semua enjoy membacanya.....

    -Kaira_syuma-

     

  • At 21/12/08 11:51 PG, Anonymous Tanpa Nama said…

    citer ni best tp plot sdkit b'trabur.

     

  • At 22/12/08 5:47 PTG, Blogger Puteri Diana said…

    assalamualaikum,
    salam ukhuwah,

    erm,cerita ni ade sedikit mengikut cerita 'Ayat2 Cinta'..tp,cite mmg best,romanti,sedih,gembira n menyentuh hati..good job n good try..
    smoga berjaya slps ini..smoga maju jaya..jgn berhenti menulis..jgn putus asa..teruskan perjuanagn dlm bidang ini..

    p/s:kalau ade terkasar bahasa,
    harap maaf..

    (: peace & smile always :)

    wassalam

     

Catat Ulasan

TINGGALKAN ULASAN DAN KOMEN, PADA SETIAP KARYA YANG ANDA BACA Penulis memerlukan ulasan dan komen, bagi memperbaiki penulisan dan memperbetulkan kesilapan. Komen dan ulasan anda akan memberi satu semangat kepada penulis, untuk terus menulis karya dan seterusnya menghasilkan karya yang menarik. Kerjasama & sokongan daripada pembaca amat kami hargai. Sebab itulah kami menyediakan HADIAH, sebagai penghargaan kepada penulis dan juga kepada pembaca yang aktif memberi komen & ulasan

<< Home

 

 

 NOVEL TERBARU DI PASARAN

 

 

"Dia hidup bukan kerana cinta. Dia hidup kerana kehadiran Prince Charming yang menyelamatkannya. Semuanya gara-gara dia mengoyak Carta Prince Charming—carta misteri yang tiada sesiapa tahu dari mana datangnya. Yang pasti, memang dia langsung tidak percaya dengan sumpahan yang dikatakan berkaitan dengan Carta Prince Charming.

"Sumpahan puteri? Kau ingat ini cerita dongeng ke? Puteri apa yang nak sumpah aku ni? Puteri bunian? Puteri lindungan bulan?”

Desakan daripada Sofea membawanya ke Kelab Bola Sepak. Di situlah Prince Charming berkumpul. Tetapi hanya seorang sahaja Prince Charming yang dicari-carinya. Namun, untuk mencari Prince Charming bukanlah mudah, namun dia yakin, antara mereka, pasti salah seorang adalah penyelamatnya.

Orang tu pun satu! Dah selamatkan nyawa orang, tak reti-reti ke nak munculkan diri? Bukan ke lagi senang kalau datang berdiri depan aku dan cakap, Sayalah yang selamatkan awak daripada kena langgar semalam. Finish! Tak adalah nak panjangkan cerita sampai beratus muka surat semata-mata nak cari Prince Charming!

Tajuk: Prince Charming
Penulis: Ratu Bulan
Terbitan: Fajar Pakeer

Harga: RM19.90
Ulasan:

 


 

NOVEL HANGAT DIPASARAN

 

 

Pertemuan pertama memberi impak yang berbeza kepada dua insan. Maria malu mengenang, sedang Hisyam mahu mendekat. Maria semakin resah apabila Hisyam terus-terusan mendesak. Dalam benci ada rindu. Bijak Hisyam memujuk, mereka akhirnya disatukan.

Salina hadir menjadi duri dalam daging. Bagi Hisyam, gadis itu ialah sahabatnya yang terbaik. Insan paling dipercayai. Namun, dalam diam, Salina meracuni hubungan mereka. Salina ada agenda yang tersendiri.

Semakin hari, semakin nipis rasa percaya Maria terhadap Hisyam. Namun, dia tidak mungkin menghindar rasa kasih yang sudah menebal. Demi menunaikan permintaan Maria, Hisyam tega melamar Salina walau ada luka di hati.

Sanggupkah Hisyam menduakan Maria yang pernah dicintai sepenuh hati? Dan, Maria, mampukah membiarkan suami tersayang jatuh ke tangan Salina? Atau, Mariakah orang ketiga yang tidak lagi diperlukan kehadirannya oleh Hisyam?

 

Baca bab awal dari bab 1-15 di www.takmungkinkuhindar.blogspot.com
 

Tajuk: Tak Mungkin Kuhindar
Penulis: Ana Sofiya
Terbitan: Fajar Pakeer

Harga: RM22.90
Ulasan:

 


       Karyaseni

www.karyaseni.my
www.karyaseni.com.my
       Menarik Klik Dibawah
    50 Karya Terbaru

  Info Karya Terkini

      Baca Karya Pilihan

  Pelukan Cinta - Novel cinta yang 90% adalah kisah benar, wujud lagikah manusia sebegini?

 

  Suami Aku Ustaz - Bila Suami Yang Merupakan ustaz kini menjadi suamiku, Sebuah novel yang banyak menekan nilai-nilai islamik

 

  Terlerai Kasih Sebuah novel yang heroinnya bertudung, novel yang begitu menarik. selamat membaca

 

  Kahwin Ganti - Novel yang pasti dapat memikat hati pembaca. bagaimana seorang yang sakit menjadi suamiku

 

  Kemilau Karya Kasih - Kisah  anti novel melayu, yang memandang jijik dan hina novel melayu. ikuti kisah menarik ini.

 

  Opps pintu hatiku - Kisah yang menarik pilihan yang mampu memberi keseronokan membaca

 

  Pilihan Mama - perlukah ikut pilihan mama, sedangkan pilihan mama umpama manusia yang tidak berperikemanusian

 

  Tak Mungkin Kuhindar - Novel yang mendapat sambutan dan popular di penulisan2u

 

  Dibius Cinta - Cucukan jarum cinta manakah yang mampu membius hatiku. Kalau sudah membaca novel ini kali pertama, pasti tidak akan berhenti.

 

 

klik pada tajuk untuk membaca karya pilihan di atas

 

      Iklaneka

 

125 

 

 

 

 

 

Berminat iklan di blog penulisan2u? hubungi kami di email : Bantuan@penulisan2u.net

      Tarikh Karya

 

Ikuti blog ini | Follow this blog

      Berita Hangat

Penulisan2u sedang berkerjasama dengan Penerbit Novel bagi memberi peluang kepada penulis-penulis berbakat dan karya yang menarik. Antara novel yang sudah di terbitkan

 

  Biarlah YM Berbicara

  Baju Pengantin Mak Andam

  Siapakah Di hatiku

  Hot Gimmick

  Pergilah Air Mata

  Sepupuku Suamiku

  Hadirmu Takdirku

  Cermin

  Tak Mungkin Kuhindar

  Bini Aku Tomboy Ke?

  Jodoh Atau Cinta

  Prince Charming

  AD + IZ 

 

Tunggu kemunculan novel-novel terbaru dari penulis penulisan2u setiap bulan di pasaran.

      Ingin Hadiah?

PERADUAN KUIZ . Tahniah kepada 10 Pemenang Kuiz, Hadiah ditaja oleh Syarikat Penerbitan Kaki novel Enterprise. Klik Disini untuk melihat Senarai pemenang.

 

UNTUK PENULIS. 5 Penulis terbaik pilihan pembaca setiap bulan. akan menerima hadiah sebuah novel. Blog pertama dan satunya2 blog yang memberi hadiah kepada penulis. Klik Disini untuk melihat senarai Penulis terbaik pilihan pembaca setiap bulan

 

UNTUK PENGULAS & PEMBACA?

2 Pengulas paling AKTIF dengan memberi komen yang ikhlas dan membina, pada setiap karya cerpen / novel  di penulisan2u akan menerima hadiah sebuah NOVEL.

 

      Bilik Sembang

Info
TAG

koleksi novel, koleksi novel cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik, novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru, teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram, cerita, cerita cinta, cerita melayu

UCAPAN

1/1/2009:
Tahun baru misi baru, cerpen dan novel pun baru. semoga terhibur bersama blog kami

KATA HIKMAH

1) Cara yang pasti untuk terlepas dari berjaya ialah terlepas peluang

2)"Jika saya ingin memulakan kembali perniagaan saya, maka saya akan memilih perniagaan network (MLM)"DONALD TRUMPH

3) "ada menyebut, 9/10 daripada rezeki berpunca daripada perniagaan" HADIS

4)Dalam tempoh lima tahun akan datang hanya wujud 2 jenis perniagaan iaitu perniagaan yang menggunakan INTERNET sebagai platform ATAU perniagaan tanpa internet yang akan terkeluar dari persaingan dunia perniagaan.” Apabila ditanya kepada beliau, bagaimana awak boleh jadi di antara orang yang terkaya di dunia? Jawab beliau,“Saya berada ditempat yang betul tepat pada masanya, saya melihat VISI dan yang sangat penting. Saya melakukan TINDAKAN!!”. BILL GATES

5) "Daripada 40 orang terkaya yang berumur di bawah 40 tahun, separuh daripada mereka berjaya melalui INTERNET."  -MAJALAH FORTUNE-

6) Jika anda mahu melakukan sesuatu anda akan mencari jalan dan jika anda tidak mahu melakukan sesuatu anda akan mencari alasan

7) Siapa yang tidak pernah gagal, dia tidak akan menjadi kaya -charles h.spungeon-

8) Ingatlah Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum melainkan kaum itu sendiri berusaha mengubahnya - al-Radu [13]: 11-

9) 99% kejayaan dibina dari kegagalan yang lalu, siapa yang mahu dan tidak bertindak, dia adalah haiwan perosak -willim blake-

9) Banyak hal yang kita sebut sebagai was-was untuk bertindak seringkali dapat diubah menjadi kejayaan dan keuntungan, hanya dengan mengubah sedikit sahaja sikap dalam diri seseorang daripada rasa takut bertukar untuk berjuang

10) semasa kita berhenti dari berfikir, kita biasanya terlepas satu peluang

11) Ilmu melalui bukunya, kemahiran melalui pengalamanya, kejayaan melalui usahanya


TAG

koleksi novel, koleksi novel cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik, novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru, teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram, cerita, cerita cinta, cerita melayu

Inspirasi kejayaan yang cemerlang di
www.kerjaya.net
      Chit-Chat Corner

online
     Rakan Niaga

Rahsia dari 8 Jutawan Malaysia

Rahsia penjimatan elektrik

117 Idea Bisnes Luar Biasa

Webhosting Terbaik Malaysia

Video Tutorial Bisnes Internet

Peluang Bisnes SMS

Google Adsense jana Duit

Rahsia perniagaan digital

Business Internet

Cara Format PC

Perkakasan membina website

Cara membina Blog wordpress

Buat Duit dengan Ebook

Rahsia sistem merekrut MLM

Menjana pendapatan di EBAY

Tingkatkan Traffik ke website

Tiada duit untuk kahwin?

Rahsia Bisnes di Internet

Panduan asas membina blog

Jana wang dgn unit trust

Belajar design grafik

Bengkel website

10 Model Bisnes internet

Pakej bisnes internet

Belajar HTML website

Rahsia teknik bisnes di EBAY

      Novel pilihan

sinopsis klik pada gambar

   Diari Penulis

    • Aisya Sofea

    • Anis Ayuni

    • Bikash Nur Idris

    • Damya Hanna

    • Dhiya Zafira

    • Eny Ryhanna

    • Salina ibrahim

    Dina Najat

    • Ahadiat Akashah

    • Norhayati Berahim

    • Aina Emir

    • Hafirda Afiela

    • Hani Fazuha

    • Dewi Sukma

    • Sri Diah

    • Zn Isa

    • Lily Suraini

    • Lily Haslina

    • Nia Azalea

    • Rose Harissa

    • Norzailina Nordin

    • Aleya Aneesa

    • Liza Zahira

    • Ida Nardiel

    • Eka fahara

    Syima Syawal

    • Meen Zulaikha

    • Rose harissa

    • Aleya Aneesa

    • Lynn Dayana

    • Mersik Romoyu

         Ingin Menjadi Penulis?

Creative Enterprise Sdn. Bhd., sedang mencari manuskrip kanak-kanak atau remaja. Ini kerana pihak kami ingin memperluaskan dan memperbanyakkan bahan bacaan untuk kanak-kanak dan remaja. Di samping itu kami juga ingin memupuk minat membaca dalam kalangan kanak-kanak dan remaja. ( klik disini )

Karyaseni Enterprise ingin memaklumankan kepada anda yang berminat untuk menghantar manuskrip anda kepada KS untuk penilaian, sila email kan sinopsis dan tiga bab awal ke alamat email berikut: Manuskrip@karyaseni.my

KarnaDya Solutions Sdn Bhd. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan? hantarkan karya anda. Sebelum anda menghantarkan manuskrip anda, sila hantarkan butiran berikut terlebih dahulu melalui emel/pos. untuk maklumat lanjut ( klik disini )

NB Kara Sdn Bhd dengan berbesar hati menjemput mana-mana penulis yang merasakan diri mereka layak menjadi penulis yang versatil, menghantar manuskrip mereka kepada NB Kara Sdn Bhd. Tulisan anda terlebih dahulu akan dinilai oleh penulis prolifik Norhayati Berahim dan juga beberapa panel editor sebelum diluluskan untuk terbitan.
 ( klik disini )

Jemari Seni Publishing. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan? Untuk tujuan pengiriman manuskrip, JEMARI SENI telah menggariskan panduan kepada penulis-penulisnya. untuk maklumat lanjut ( klik disini )

 

Alaf 21 Sdn Bhd. Tahun 2008 bakal menjanjikan sinar kecemerlangan seandainya karya anda terpilih untuk diterbitkan oleh Alaf 21, penerbit novel tersohor di Malaysia. Jika anda mempunyai salah satu manuskrip tersebut, kami ingin menatap dan menilainya. Sekiranya sesuai, pihak kami ingin menerbitkannya di bawah jenama ALAF21. ( klik disini)

   Ahli Pelawat
      Novel Di Pasaran

Kenangan Terindah - Hezzy Azra

Serasi di hati - Nora Ismail

Nama aku N - Aina Emir

Bunga Syurga - Anita Aruszi

Episod cinta luka - Fateen Najwa

Sandaran kasih - Aini Marisha

Fitrah kasih - Ilani Mysara

Bukan yg pertama - Salina Ibrahim

Ternyata cinta - Damya Hanna

Selagi ada dia - Aisya Sofea

Kembalikan cintaku - Norhayati NB

Warna hati - Meen Zulaikha

Seribu kali sayang - Anis Ayuni

Menanti kasih - Norzailina nordin

Cahaya - Nura zulaikha

Dakapan cinta - Eny Ryhanna

Hanya kita berdua - Aina emir

Ku Utus Rindu - Intan Arnida

Usikan rindu - Qaira Qasidah

Segalanya untukmu - A.Anessa

 

Dapatkan dikedai berhampiran anda

      Bantuan Carian

Dua cara asas untuk memudahkan anda melayari laman blog penulisan2u pada masa akan datang. pastikan anda set laman penulisan2u sebagai  "homepage utama" atau dengan "add to favorite" di pelayar komputer anda. caranya dgn klik dibawah:-

 

      Web & Blog Terbaik

Koleksi cerpen & novel online terbaik dari Malaysia, Indonesia, SIngapore & Brunei. Layari di http://penulisan2u.net

Koleksi artikel isu semasa, artikel yang menarik dan hangat http://semasa2u.blogspot.com

tip kehidupan, zodiak, horoskop, petua, tip, puisi, pantun, sajak, dan pelbagai artikel menarik layari di http://istimewa2u.blogspot.com

Blog Berkaitan agama, topik-topik tazkirah, audio, video ceramah, mendengar 114 surah Al-quran secara online, radio-radio dakwah, layari di http://dakwah2u.blogspot.com

Blog Media, Tv streaming online, radio streaming online, surat khabar, rakaman drama, radio era, hot.fm, tv1, tv2,tv3 dan lain-lain. layari di http://mymedia2u.blogspot.com

Blog Koleksi cerita lawak, lucu, kelakar dan video lawak, lucu dan kelakar. layari di laman http://kelakar2u.blogspot.com

Laman web penerbit novel KarnaDya Penerbitan Karyaseni Syarikat penerbitan yang dimiliki oleh Penulisan2u. Novel-novel dari laman penulisan2u akan diterbitkan oleh Karyaseni http://www.karyaseni.my

Laman web syarikat penerbit novel Creative Enterprise Sdn Bhd (CESB). Untuk melihat novel-novel terbaru yang berada di pasaran, layari di http://www.cesb.net.my

Laman web syarikat penerbit Kaki Novel Enterprise. Untuk melihat novel-novel terbaru yang berada di pasaran, layari di http://www.kakinovel.com

Laman web syarikat penerbit NB kara Sdn Bhd. Dimiliki oleh penulis terkenal Norhayati Berahim, Untuk melihat novel-novel terbaru yang berada di pasaran, layari di http://www.nbkara.com.my

Laman web syarikat penerbit Buku Prima Sdn Bhd. Untuk melihat novel-novel terbaru yang berada di pasaran, layari di http://www.bukuprima.com.my

Laman web syarikat penerbit novel jemari Seni Publishing (JS Publishing). Untuk melihat novel-novel terbaru yang berada di pasaran, layari di http://www.jemariseni.com

Laman web syarikat penerbit novel Alaf21 Sdn Bhd (alaf21). Untuk melihat novel-novel terbaru dari Alaf21 layari di http://www.alaf21.com.my

Laman web syarikat penerbit novel Fajar Pakeer Sdn Bhd). Untuk melihat novel-novel terbaru  layari di laman http://www.fajarnovels.com.my

      Kata Kunci

koleksi novel, koleksi novel cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik, novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru, teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram, cerita, cerita cinta, cerita pendek, cerita melayu, cerita online

      Malaysia Group