Kehidupan
adalah anugerah utama Illahi. Anugerah kehidupan memberi gambaran
kebesaranNya buat kita manusia, yang wajib kita syukuri dan hargai.
Internet adalah kemudahan buat umat manusia. Justeru itu,
manafaatkan ia untuk kesejahteraan diri kita dan umat sejagat.
Sentiasalah kita beringat, apa yang kita lakukan, akan dipertanggung
jawabkan pada kemudian hari.
Gunakan sebaik-baiknya kurnia Allah swt kepada kita. Halalkan
kegunaan akal, hati dan lidah pada perkara yang bakal membawa
kecemerlangan diri kita dunia dan akhirat. Kita hidup hanya sekali.
Sekali 'pergi' tak kan kembali. Buat baik berpada-pada, dan buat
jahat JANGAN sekali-kali. Kewujudan website penulisan2u dengan blog
sebagai wadah untuk meningkatkan nilai diri. Bermatlamatkan
penyatuan ummah dengan ciri-ciri kemurnian budi dan budaya. Walaupun,
dunia terus maju dengan teknologi, kita akan terus kekal dengan
akhlak dan jati diri insani.
Kelas tambahan yang dibatalkan pagi tadi gara-gara perlawanan Gemilang-Mahkota diganti pada malamnya. Tapi sia-sia sahaja kerana akhirnya bukan sesi ulang kaji tapi sesi ulasan sukan dan juga gosip cerita sensasi yang berlangsung. Sudahnya, malas hendak marahkan pelajar, cikgu-cikgu turut sama memeriahkan suasana. Sporting betullah!
Kelab Majalah Sekolah yang bekerja keras sejak selepas perlawanan petang tadi, berjaya menerbitkan Buletin Mahkota sehari lebih awal. Berebut-rebut pula pelajar membeli isu kali ini, sehingga terpaksa diulang cetak! Isu khas, semestinya mengetengahkan ulasan perlawanan hangat yang mana STORM menjadi juara. Berita utama sah-sah adalah laporan penuh mengenai permainan yang dilabelkan ‘Perlawanan Pembukaan Musim Terbaik’ setakat ini. Siap dengan komentar hasil interview dengan Coach kedua-dua pasukan dan juga beberapa orang pemain penting Gemilang dan STORM. Yang diketengahkan semestinya Shawn dan Dash yang menjadi cover muka depan dengan separuh wajah Yui yang menyelit ditengah-tengah mereka. Menyibuk je!Ruangan gosip kelolaan Zikri si tukang karut yang paling menarik perhatian. Melaporkan mengenai kejadian pertengkaran Slash dan Dash, masing-masing terkejut dengan cerita yang disampaikan. Prestasi Yui sebagai pemain STORM juga diulas sehingga dibuat satu muka surat penuh biografi pelajar baru Mahkota itu. Mengalahkan selebriti! Spekulasi cinta tiga segi antara Yui, Luqman dan Daniel juga turut digembar-gemburkan. Lainnya, ada juga kolum khas buat menjawab ramalan-ramalan pertaruhan yang berjalan selama seminggu ini. Apa benar Luqman Hakim akan beraksi semula?
Pengetua tersenyum, PK kerut dahi pelik, Ghani jungkit bahu. Dalam tempoh tak sampai 12 jam, suasana Mahkota bergermelapan dengan hiruk pikuk, gelak tawa dan sok sek pelajar. Perkara ini tidak pernah berlaku lagi sebelum ini. Walau Mahkota memenangi perlawanan penting mana sekalipun tidaklah sehingga begini ceria. Sudah terkena gelombang perubahan yang datang entah dari mana agaknya. Mungkin Tsunami Jepun barangkali... * * *
Krohhh! Kuat bunyi dengkur mendominasi bilik. Sesekali tuan punya suara tersenyum sengih dalam lelap mata, terbuai di alam mimpi.
Selesai sesi makan tengah hari tadi, kedua-dua pasukan, Gemilang dan Mahkota mengambil kesempatan membuka semula lembaran sejarah lama. Merungkaikan apa yang selama ini tidak jelas. Bergema juga satu dua suara tidak puas hati, kesal dengan apa yang terjadi. Rasanya jika ada Yusuf IMC di depan mereka tika itu memang Innalillah jawabnya. Bukan setakat itu, pertikaian mengenai sikap ego masing-masing turut diungkit. Masing-masing menunduk dek terhantuk batang hidung sendiri mendengar nasihat ustazah Yui Ito. Lewat petangnya Gemilang bertolak pulang ke Batang Padang membawa bersama semangat serba baru. Tiada lagi gundah yang melara dijiwa. Begitu juga Ramli yang tersenyum tak kira masa. Hikmah bersabar selama ini terbayar juga akhirnya. Yui? Dia merencana misi baru. Macam mana nak buat Luqman berlatih balik? Tapi apapun tubuh yang lemah longlai terpaksa direhatkan seketika.
"Yui! Yui! Wei Yui… Bangunlah! Coach Ghani panggil kau dekat Sri Tanjung. Dia suruh STORM berkumpul. Dengar tak ni? Yui!!!" Amanda separuh menjerit mengganggu lena rakannya itu.
"Aiya Amanda! Kan STORM dapat pengecualian kelas tambahan malam ni. Aku penatlah! Janganlah kacau!" Yui merengek. Sungguh-sungguh tubuhnya kepenatan kala ini. Lelah seminggu lepas yang terkumpul mendatangkan kesan elok sahaja bila dia melabuhkan kepala di atas bantal lepas solat maghrib sebentar tadi. Hendak diqada’kan semuanya kalau boleh.
"Coach Ghani nak jumpa kaulah dekat Sri Tanjung! Bukan saja-saja aku nak kejut. Bangunlah cepat!" Amanda menarik tangan rakannya itu membuat Yui terduduk.
"Apa yang orang tua tu nak? Mengacau jelah!" Bebelnya tak puas hati. Amanda terus-terusan menarik tangan Yui sehingga dia terdiri dari katilnya. "Aku tak tahu apa yang dia nak. Yang aku tahu kau kena bangun dan pergi ke Sri Tanjung sekarang. Aku nak pergi kelas terus lepas ni. Kelas aku malam ni dengan Encik Hishamuddin. Masak aku dengar cane-man tu membebel nanti. Nah amik jaket kau ni! Buka mata dan pergi dewan makan. Ada faham?" Amanda memainkan wataknya sebagai mak-mak. Jaket STORM dari hujung katil rakannya itu, disangkutkan kebahu Yui. Pipi gadis itu ditepuknya dua, tiga kali. Selepas mendapat anggukan daripada rakan sebiliknya itu, Amanda berlari mendapatkan jejaknya semula ke bangunan akademik.
Melihat kelibat Amanda yang kabut, Yui menyarungkan jaket yang diberi rakannya itu. Mata yang masih mengantuk digosok beberapa kali. Kakinya bergerak ke arah yang berlawanan, membawa diri ke dewan Sri Tanjung yang terletak di belah Selatan Mahkota.
"Kenapa Coach nak jumpa aku tiba-tiba?" Yui menyoal diri sendiri. Sendirian melalui kaki lima itu dia menghirup udara malam, nyaman. Sedikit sebanyak menyegarkan.
Pintu Sri Tanjung hanya beberapa meter di depan. Sunyi sahaja suasana sekeliling. Matanya terjenguk-jenguk sekitar. Menghala pandang pada bangunan akademik yang hidup dengan cahaya lampu dan juga riuh-rendah para pelajar yang menempatinya. Yui tersengih, teringat akan peristiwa bersejarah yang terjadi pagi tadi. Memang kecoh satu sekolah! Padang perhimpunan yang terbentang di depan dewan makan itu malap dengan sinaran lampu jalan yang menerangi bumbung kereta para pendidik yang datang untuk sesi kelas tambahan. Kelihatan ada beberapa orang cikgu lelaki yang berkumpul di situ, berborak sesama sendiri Tidak sanggup nak melayan karenah anak murid sendiri barangkali. Tatkala kaki sampai dimuka pintu Sri Tanjung itu, pandangnya terdampan pada Stadium Renang yang bersebelahan dengan padang perhimpunan. Terberhenti langkah Yui, memerhati kosong infrastruktur itu, terfikirkan sesuatu. Bila Luqman nak kembali berlatih? Soal hatinya, mengharap.
"Yui..." Tegur suara Ghani yang terpacul tiba-tiba di sisi gadis itu. Sama melayang penglihatannya pada arah pandangan Yui, Ghani tergeleng sendiri. Tidak pernah putus-putus kepala otak anak itu memikirkan tentang Luqman. Aku punyalah menunggu berejam dekat sini, dia boleh berangan lagi!
"Err... Yes Coach! Coach panggil saya?" Toleh Yui, agak terperanjat dengan teguran itu. Kakinya melangkah masuk ke dewan itu membontoti Ghani.
"Tahniah! Omedetou!" Ucap Ghani pendek. Sejak tamat perlawanan tadi, dia masih belum berkesempatan bersua dengan anak itu. Sibuk menguruskan hal Weng Chun ke klinik. Sepulangnya ke Mahkota, sesal juga kerana hanya sekadar mampu mendengar cerita. Namun nalurinya lama sudah menyatakan gadis itu memang bukan calang-calang bakat.
"Arigatou gozaimas! Semuanya sebab tunjuk ajar Uncle, opss! Coach juga." Sengih Yui, melabuh punggung pada salah satu kerusi di situ.
"Minggu depan sekolah cuti seminggu, Tahun Baru Cina. Tahu?" Soal Ghani.
"Tahu! Amanda ada bagitahu. Dia ajak saya balik kampung dia, beraya sekali." Tutur Yui, jujur.
Ghani mengangguk mendengar itu. Memandang ke kiri kanan, dia memerhati sekeliling kalau-kalau ada mata dan telinga lain di dewan itu. Setelah pasti, perhatiannya kembali kepada Yui.
"Tak nak balik kampung jumpa Atuk dengan Nenek?" Tanya Ghani tiba-tiba, serius. Tidak menjangka soalan itu, Yui berkerut wajah.
"Maksud Coach balik kampung dengan Luqman?" Telah Yui. Teruja apabila dilihatnya Ghani mengangguk kepala.
"Macam mana?" Seperti ada pencahayaan agung menyinari dirinya, Yui tak sabar nak mendengar rancangan Ghani.
Ghani tersenyum, terhibur kerana dapat membuat gadis itu teruja begitu. Yui sudah dianggapnya bagai anak sendiri. Walau tidak terduga akan apa yang bakal terjadi bila Yui masuk ke Mahkota, sesungguhnya perancangan Allah itu melangkaui rencana manusia. Sehingga kini, walau agak kabur dengan apa kesudahan hubungan dua beradik itu tetapi jika direnung balik, apa yang terjadi semacam dipermudahkan sahaja. Pemberian yang Maha Esa. Melirik pada jam di tangan, Ghani mengangguk pada Yui.
"Kejap lagi kamu tahu." Senyum Ghani tak henti. Bunyi bising daripada sebelah kanan dewan itu menarik perhatian kedua mereka. Serentak itu sayup-sayup kedengaran bunyi loceng daripada bangunan akademik menandakan tamatnya waktu kelas tambahan.
"Wei Yui! Kau yang bagi tahu Coach ye pasal aku punya bisnes?" Bentak Malik. Masuk ke dalam dewan itu memeluk sebiji hamper, dia lekas meletakkan bungkusan tersebut di atas meja makan warden ditengah hujung dewan. Kemudian kakinya dihala ke arah Yui, geram. Tidak mengendahkan langsung kehadiran Ghani di situ. Dibelakangnya adalah gerombolan STORM yang juga mengangkut hamper seorang satu kecuali Weng Chun yang berbalut tangan kiri ke bahu. Muka masing-masing bengang je!
‘STORM diberi pengecualiaan untuk kelas tambahan malam ni konon, pirahhhh!’
‘Aku tendang juga si kerinting ni!’
‘Tak pasal-pasal sebab bisnes dia, satu pasukan kena fire dengan Coach Nazri!’
‘Eeee... Hangin betul aku!’ Suara hati STORM juga membentak. Semua hamper-hamper itu diaturkan mereka di atas meja tersebut.
"Apahal kau Taiko? Nak marah aku tiba-tiba!" Yui membuka bunga Judonya bila melihatkan Malik naik hantu begitu. Terus terbantut niat pemuda itu. Teringatkan ‘back flip’ Yui buat Ramli pagi tadi, dia tidak mahu masuk ‘senarai’ mereka yang telah dijudokan oleh gadis kecil itu. Kerana bila diselidiki, ramai juga yang dah kena rupanya. Peliknya macam mana dia (lebih-lebih lagi dia) yang masih lagi terkecuali. Berhenti tidak jauh di depan Yui, Taiko masih tak puas hati. Ghani dibiarkan sahaja berdiri di antara mereka, lagak seperti pengadil bagi perlawanan gusti yang bakal berlangsung.
"Kau yang bagi tahu Coach Nazri dengan Coach Ghani kan, pasal bisnes tikam aku tu?" Soal Malik lagi. Inginkan jawapan.
"Hah?" Wajah Yui dah berkerut seribu, tidak mengerti. Aku karate juga mamat ni. Menegur baik tidak, bagi salampun tidak, tahu-tahu nak mengamuk je! Dengusnya, juga tak puas hati.
"Bukan Yui yang bagitahu!" Ghani menghulur Buletin Mahkota yang dikepit diketiaknya sedari tadi kepada Kapten STORM itu.
"Eh, apa ni Coach?" Berubah nada tiba-tiba, lembut. Tak kan nak menjeritkan jurulatih pulak kan? Karang tak pasal-pasal kena gantung! Emm... Tapi bila masanya orang tua ni tercegat kat sini? Malik mengambil warta itu, membuka dan membacanya. Tajuk di kolum tepi muka utama terang dicetak:
‘Ramalan Tikam Taiko: Siapakah yang Bakal Memenangi Hamper Taruhan?’
Selesai membaca itu Malik mengangkat muka, tersengih pada Ghani kemudian beriak serius kepada Yui. Segera dia berundur dan berpaling mendapatkan semula STORM yang nyata sekali masih tak puas hati dengan dirinya.
"Siap kau Zikri! Eee... geramnya aku dengan paparazzi tu! Kalau tak mengarut tak boleh ke?" Malik berbisik perlahan, mencebik sendiri mengalahkan perempuan. Hancus RM aku! Uwaaaa!
Masih tidak faham, Yui mengalih pandang pada Ghani. Ghani sekadar tersengih jungkit bahu. Macam-macam pe’el budak-budak ni! Ghani mengundur dari situ, mendapatkan rakan-rakan pendidik yang tadinya bersembang di padang perhimpunan, hendak membincangkan sesuatu.
Yui membawa perhatiannya pada STORM yang sudah berkumpul di salah satu meja panjang dewan itu. Melalui nalurinya dapat dirasakan ada sesuatu yang tak kena.
"Weng Chun! Tangan kau O.K.?" Soalnya, cuba memulakan komunikasi dalam kumpulan itu. Senyap-sunyi macam malaikat lalu.
"Aku O.K. Sikit saja ma! Cuma terkehel je. Seminggu lagi baiklah." Jawab pemuda itu dalam telor Cinanya. Mengangguk-angguk pada Yui sambil mengunjuk isyarat tangan bagus.
"Apa yang terjadi sebenarnya? Kenapa Coach panggil kita semua tiba-tiba?" Tanya Yui lagi.
"Kau tanyalah si Maggi tu! Tak pasal-pasal kitorang kena sembur dengan Coach pasal kes taruhan tu. Aku dah la tengah mengantuk ni! Pantang betul tuk nenek aku orang kacau aku tidur!" Akmal membebel. Jelas sangat sembap mukanya. Ini mesti kes tidur tak ingat dunia!
"Sudahlah tu Akmal! Benda dah jadi kan." Ramli pula bersuara cuba menenangkan keadaan. Memang pedih juga dengar bebelan Coach Nazri dan Ghani tadi. Kalau sudah masuk hukum-hakam, haram dan halal dalam Islam, masing-masing menunduk kurang ilmu. Terkedu sendiri semuanya, almaklumlah masing-masing ada ‘share’ dalam taruhan itu. Tak sangka pula bisnes suka-suka begitu disamakan dengan berjudi bak ‘Bookie Bola’ yang heboh digembar-gemburkan bila tiba musim atau liga apa-apa CUP pun!
"Kau senyap boleh tak Akmal? Macamlah kau tak tikam kan!" Bengang Malik.
"Wo wo! Cukup tu! Baru petang tadi sikit punya bersemangat, berpeluk-pelukan sebab dah menang. Tak sampai sehari korang dah bertekak macam anjing dengan kucing! Relaks lah benda kecik je. Kita sebagai satu pasukan, kita sepa..." Yui mula nak bersyarah, lagak perlakuannya sudah ala-ala Ustazah Yui bersyarahkan Mahkota dan Gemilang petang tadi.
"Diamlah Yui!" Serentak STORM bersuara. Tak dirancangpun. Automatik saja nak menjerit. Mengurut dada Yui dibuatnya sebab terperanjat! Berkerut mukanya serta merta. STORM bantai gelak tengok gelagat Yui. Kasihan lah pulak... Yui dah monyok.
Bunyi bising daripada pintu masuk Sri Tanjung membuat mereka semua berpaling. Gerombolan pelajar beratur masuk dalam bising mereka yang tak sudah-sudah menyambung topik perbualan di kelas tadi. Yui yang agak terluka hati berlalu mendapat teman-temannya. Meninggalkan STORM yang agak rasa serba salah.
"Laa Yui! Merajuk pulak ke? Coach Ghani nak STORM berkumpullah! Woi Jepun!" Malik ringan mulut nak memujuk. Jujurnya dia faham akan niat gadis itu. Tapi budak lelaki kalau dah bergaduh biasa lah. Bukannya kitorang nak bertumbuk ke hapa ke? Ini bukan kes Dash-Slash atau Ramli-Gemilang! Tak faham aku orang perempuan ni? Yang aku sibuk sangat pasal minah tu apasal? Putus fius betul! Uwaaa! Duit aku! Malik semakin runsing. STORM yang lain berpandangan sesama sendiri, jungkit bahu. Apasal sentimental pula minah tu hari ni?Datang bulan kot!
Suasana dewan tenggelam dengan gegak gempita pelajar. Masing-masing tidak dapat menduga kerana apa mereka dikumpulkan. Fikir mereka hanya mahu minum malam dan menyaksikan cabutan hamper Malik. Dalam kabut itu Yui sibuk mencari, siapa lagi kalau bukan Luqman. Para guru-guru termasuk Pengetua dan Penolong Kanan turut hadir sama. Pastinya ada perkara penting yang hendak dikhabarkan. Tak perlu disuruh, ditegah, spekulasi macam biasa menular merebak.
"Apahal semua hamper Taiko ada dekat meja depan tu? Dia kata jangan bagi tahu warden dengan cikgu."
"Ayok! Tembelang Taiko dah pecah kot!"
"Tak lah. Tak kan kot. Aku rasa tu hamper pihak sekolah nak bagi dekat STORM. Diorang kan baru menang tadi."
"Setakat perlawanan persahabatan, tak kan sampai bagi hamper?"
"Entah-entah kan, Pengetua kan, nak bagi kita cuti esok. Kan STORM menang tadi. Kan. Kan. Kan."
"Banyaklah kau punya KAN! Diamlah Zikri!"
"Koranglah diam! Apasal Taiko macam meradang je tu? Kenapa dia tengok aku semacam? Kenapa dia penggal leher dia kat aku? GULP!" Sekarang Zikri diam! Habis aku!
* * *
"Kau mencari siapa Yui?" Soal Sanghita. Sakit matanya melihatkan gadis itu terhoyong-hayang macam pokok kelapa ditiup angin, memanjangkan leher mencari sesuatu dalam kumpulan ramai pelajar itu.
"Tak ada sesiapa. Saja nak tengok-tengok." Bohongnya. Hakikatnya dia mencari susuk Luqman. Tak pun si lunjai Daniel. Tapi bayang mereka tak kelihatan langsung!
"Semua STORM ada kat depan tu. Yang kau duduk dengan kitorang ni kenapa?" Soal Dania pula.
"Aku quit STORM!" Jawab Yui. Dia masih lagi bengang dengan insiden tadi. Aku hanya nak nasihat je. Kenapa macam merajuk je bunyinye? Aahhh! Lantaklah diorang!
"What? Kau quit STORM!" Jerit Amanda yang sedari tadi mendiamkan diri. Terdiam sebentar hiruk-pikuk dewan itu. Masing-masing pasang telinga mahu mengesahkan apa yang mereka dengar sebentar tadi. STORM yang tadinya dah mula berborak sesama mereka juga turut mengalih pandang serius pada Yui.
"Ssshhh!" Yui membuat isyarat diam pada Amanda. Kemudian dia mula cuak melihat mata-mata yang memandangnya.
"Teruskan, teruskan... Nothing happen here!" Sengih Yui. Lantas dewan kembali hidup. Phewww!
"Can I have your attention please!" Garau suara Ghani keluar daripada empat penjuru corong pembesar suara di dalam dewan itu.
"Yes Coach!" Sahut semua pelajar. Macam aku kenal je buku kecil tu? Masing-masing memperbetul duduk, memberi perhatian kepada Ghani yang serius berdiri di hadapan dewan itu, memegang buku kecil di tangannya. Malik picit dahi. There goes my profit!
"Sekarang saya nak tahu, siapa yang ada beli tiket ramalan daripada Malik?" Tegas Ghani menyoal. Dingin terus suasana ceria sebentar tadi. Rata-rata semua pelajar mengangkat tangan dan tak ketinggalan Rasyid dan Maidin, pekerja dewan makan tersebut. Mak Pah pun sama! Terbeliak mata Pengetua. Ada juga cikgu-cikgu yang terlepas tawa. Ghani meraup muka. Rosak anak-anak murid aku! Ustazah Syafinaz dan Ustaz Fakhri tergeleng-geleng. Ini boleh buat tajuk tazkirah ni! Malik dah rasa macam nak jadi burung unta yang boleh benamkan kepalanya ke dalam tanah.
"Yang muslim, kamu tak tahu ke hukumnya? Apa hukumnya Ustaz Fakhri?" Soal Ghani pula mengalih pandang pada deretan guru-guru di depannya.
"Macam berjudi, haramlah!" Kerek je Fakhri menjawab, sinis tergeleng-geleng. Ada orang tu terasa gila. Taubat tak buat lagi!
"Ada juga yang lambat! Cepat duduk tempat kamu Luqman, Daniel!" Selingan tiba-tiba apabila kelibat dua pelajar itu dari pintu kanan dewan menarik perhatian Ghani. Dengan muka selamba, kedua-dua mereka mengambil tempat masing-masing. Nampak sangat Luqman muncul dalam keterpaksaan. Ditolak-tolak tubuhnya supaya maju ke dalam kumpulan mereka oleh Daniel yang tersenyum sengih macam kerang busuk.Yui senyum, lega.
"Tak payah kamu semua nak jeling-jeling si Taiko tu. Dia dah kena lebih teruk daripada ni tadi. Kalau kamu rasa dia yang patut kena hukum, orang yang beli tiket daripada dia pun akan kena juga! Belum habis sekolah lagi dah pandai nak main judi! Nak tahu berapa yang dia dapat daripada kamu semua?" Ghani kembali kepada topiknya, sinikal sungguh. Laju dia membuka buku kecil di tangan.
Ooo... pasal tu aku rasa macam pernah tengok je buku tu. Aku penah tanda tangan dekat buku tu! Semua pelajar telan liur. Kes berat ke perkara ni? Tengok muka Dr. Saripah macam ‘cool’. Tengok muka PK HEM dengan PK P&K, mana pernah diorang buat muka tak serius! Mujur guru disiplin kena balik awal malam ini sebab anaknya sakit. Kalau ada si cane-man tu, mahu juga Malik kena zas! Ouch!
"RM537.00! Pemurah betul kamu semua bersedekah dekat dia! Tolak modal hamper RM357.60. Untung bersih RM179.40... Kamu nak jadi usahawan ke habis sekolah nanti Malik?" Soal Ghani tiba-tiba. Bertukar nada kini, kagum juga dia dengan pelajar nakal yang seorang itu. Malik hanya jungkit bahu, nak tak nak tersengih.
"Yang paling banyak keluar duit... Luqman! Kamu sanggup bayar sampai sepuluh ringgit semata-mata nak kan hamper tu? Apa kejadahnya?" Ghani tak berhenti lagi dari nada marah. Luqman hanya membisu, buat muka tak ada perasaan tapi ada iras-iras bengang. Dalam hati hanya Allah yang tahu. Semuanya disebabkan Yui Ito!
Dewan itu kecoh kejap, mencerna informasi yang baru diterima mereka. Gila banyak mamat tu dapat untung! Cikgu-cikgu pun tak mahu ketinggalan. Untung jual tudung dengan kain akupun tak dapat banyak tu seminggu!
"Sudah! Cukup tu! Yang kamu bising kenapa? Baru terasa bodoh beli tiket ramalan tu? Hamper-hamper ni belum tentu kamu semua boleh dapat! Memang saja kamu nak bersedekah pada Taiko ke? Daripada bagi dekat dia baik kamu kumpul duit buat tabung derma anak yatim!" Bentak Ghani. Senyap kembali suasana.
"Saya dah bincang dengan Pengetua dan PK HEM tadi. Kamu semua nak kena hukum ke tidak?" Ghani menyoal lagi.
"TAK NAK!" Serentak jawab mereka. Tau takut!
"Habis tu, kamu nak saya buat apa dengan hamper-hamper ni semua? Semua ni beli pakai duit kamu kan?" Ghani sekadar ingin menduga. Nak berkira sangat tentang hal ini, STORM baru saja mengharumkan nama sekolah. Tidak mahu dia memadamkan ceria para pelajar di depannya itu.
"Sedekah kat anak yatim!"
"Jual balik kat kedai!"
"Bagilah kat cikgu-cikgu!" Satu dua suara berbunyi. Pasrah saja kedengarannya!
"Saya ingat nak agihkan pada kamu semua makan. Boleh raikan kemenangan STORM sekali. Betul tak nak?" Ghani tahu juga nak bersenda. Eh! Eh! Pandai pula kerek Coach Ghani ni!
"Eh nak! aaaaaa..." Ada pula sambungan dibelakangnya tuh. Ceria balik suasana. Yui tepuk dahi. Macam ni ek budak-budak sekolah kat Malaysia nih? Cikgunyapun sama je! Baru sekejap tadi buat muka macam dah insaf bertaubat sungguh-sungguh!
"Tapi...! Kalau saya dapat tahu lagi benda seperti ini berlaku, saya tak ragu-ragu untuk serahkan hal ni pada Encik Hishamuddin. Sukan bukan medium untuk kamu bertaruh atau meramal apa-apa. Sukan sepatutnya membentuk jati diri kamu sebagai seorang pemimpin dan modal insan di masa hadapan kelak. Kamu hormatkah pada pemimpin yang seorang penjudi? Kalau kamu sendiri sebagai seorang atlet memandang enteng status sukan sebagai kerjaya yang boleh diperkotak-katikkan, siapa yang akan hormat kamu nanti? Benda-benda macam ini yang boleh membuka ruang pada atlet untuk menerima rasuah dan sebagainya. Kamu sudah cukup dewasa bukan untuk nilai perkara-perkara seperti itu? Kalau kamu ditawarkan wang untuk khianat pasukan kamu supaya ada pihak yang boleh menang taruhan yang mereka niagakan seperti mana yang dibuat Malik ni, kamu akan terima ke?" Diam masing-masing, menggeleng. Terpaku mendengar hujah jurulatih mereka itu. Ghani disegani kerana sifatnya yang pandai bermain psikologi remaja. Tidak hairan mengapa dia dipilih memegang jawatan sebagai Ketua Jurulatih Mahkota. Walhal jika mahu diikutkan ada lagi jurulatih-jurulatih yang lebih senior. Dr. Saripah memang bijak membaca orang. Dia tersenyum melihat raut terkesan anak-anak didik di depannya itu. Ghani memang jurulatih terbaik.
"Takkkk!" Jawab para pelajar bersungguh. Memberi perhatian 100% pada ucap jurulatih mereka itu. Butir bicara Ghani ada logiknya dan itu membuat mereka berfikir.
"So, no more stuff like this after this! And there will be no second chance. FAHAM!" Tegas Ghani inginkan kepastian. Remaja berjiwa lembut jika ditegur berhikmah tapi akan keras hati mereka sekiranya berkeras membuta tuli. Ghani memegang kata-kata itu.
"FAHAM COACH!" Semangat Mahkota dilaungkan.
"Good! Jadi sekarang, sebelum saya agih-agihkan hamper ini kepada setiap meja, saya selaku wakil daripada semua warga Mahkota nak ucapkan tahniah buat STORM yang telah menjuarai perlawanan persahabatan menentang Gemilang pagi tadi." Tepukan Ghani disambut seluruh dewan. STORM tersenyum bangga. Tiada lagi raut gusar Malik. Kalau bab bangga diri ni memang bagi dekat dialah! Memandang meja khas yang mengumpul pasukan bola sepak Mahkota itu, Ghani angkat kening. Macam tak cukup korum je...
"Yui Ito mana?" Ghani tercari si genit itu. Dalam tenggelem pelajar Mahkota, satu tangan terangkat.
"Kenapa kamu tak sertai STORM Yui?" Soal Ghani ingin tahu.
"Diorang buli saya Coach!" Toye jawabnya. Entah kenapa malam ni dia agak sentimental sedikit. Mungkin penangan laloq tidur sebentar tadi tak hilang lagi agaknya. Satu dewan bantai gelak. Demam manjalara pula minah sekor ni! Bila masa pula kau terasa bila kena buli? Bukan semedang ke Yui Ito dibuli STORM.
"Macam-macamlah kamu ni Yui. Ke depan!" Arah Ghani. Mencebik, diturut juga Yui permintaan Ghani itu. Dia mengambil tempat disebelah Ramli. Tersengih lucu, Ramli menepuk hujung topi Yui, bergurau. Malik ketap bibir. Mengada-ngada! Tapi jujurnya tanpa kehadiran Yui, STORM tidak lengkap. Hakikatnya mereka terhutang budi dengan gadis itu atas kemenangan Mahkota menumpaskan Gemilang. Bagi Ramli, jasa Yui malah lebih daripada itu.
"Jangan risau, kalau diorang nak buli kamupun tinggal seminggu saja lagi. Lepas cuti raya Cina minggu depan, Yui tak akan bersama dengan STORM lagi." Umum Ghani, menyambung ucapannya.
"Hah?!!!" Bising! Mulut-mulut ternganga. Paparazis – Berita hangat ni!
"Apahal pula Coach?... Yui! Kau nak berhenti Mahkota ke?" Malik bangkit memprotes, membuat telahan sendiri. Semakin bising mulut-mulut yang tak berhenti mengomel. STORM kaget. Daniel terkejut. Luqman... What?
"Yang kamu ni kenapa Malik? Nak saya hukum kamu ke? Siapa kata Yui berhenti sekolah? Dia cuma akan diserapkan ke pasukan lain!" Jelas Ghani, tertekan dengan pe’el pelajarnya yang seorang itu.
"Ooo, macam tu... But stillll!! Kenapa nak serapkan dia ke pasukan lain pula? She’s good at football!!!" Malik tak mahu kalah. Semua STORM dah menoleh pada Yui. Gadis itu hanya tersengih jungkit bahu.
"Masa mula-mula saya serapkan dia dalam STORM dulu, siapa agaknya yang tak setuju?" Ghani sinis menduga. Senyap terus Malik dan yang lain-lain. Itu dulu... Aku ingat minah ni kuis dengan kaki je boleh tanggal. Rupa-rupanya dia pakai gam UHU, pasal tu sampai sekarang boleh tahan dengan segala deraan aku!
"Duduk Malik! Macam yang saya katakan dahulu dan dipersetujui oleh Dr. Saripah sendiri, Yui Ito adalah pelajar pertukaran khas sekolah kita. Jadi untuk dua minggu yang akan datang, Tennis... Welcome your new member." Ghani menyudahkan apa yang terkurung dalam fikirannya.
"Wo! Yeah! Cayalah Yui!" Amanda tak dapat membendung keterujaannya. Ada juga bunyi-bunyi lain yang mewakili pelbagai macam rasa. Terkejut, suka, tak suka, sokong, tak sokong, puas hati, tak puas hati, yang tak ada perasaan pun ada. Berkemungkinan hari ini telah disumpah untuk jadi hari seribu satu kejutan!
"Ya terima kasih Amanda atas sokongan itu! Ada apa-apa bantahan lagi?" Soal Ghani lagi. Agak sunyi namun jelas aura tak puas hati daripada pihak STORM.
"O.K. then. Setiap meja hantar wakil ambil sebiji hamper dan jangan lupa malam ni Mak Pah ada masak special sempena kemenangan STORM, bubur lambuk dengan pengat pisang. Jangan berebut-rebut pula! Lepas makan karang saya akan umumkan sesuatu. Enjoy your meal!" Ghani mengakhirkan ucapannya. Kemudian dia menjengah ke meja guru, tidak mahu ketinggalan menjamah hidangan istimewa yang sudah terhidang di meja itu sejak tadi. My favourite!
"Terima kasih Coach!" Dewan riuh rendah semula. Sibuk para pelajar berlegar ke hulu hilir, mengambil bubur dan pengat, mengambil kulinari, membasuh tangan dan sebagainya. Macam sebuah parti keraian yang besar pula lagaknya.
Dimeja STORM, Yui dipin duduknya oleh Malik. Memang tak disangka mereka, malam untuk meraikan kejayaan mereka itu turut disertai dengan berita tergempar! Tolak kes kantoi bisnes tikam Malik, mereka mahu tahu kisah sebenar disebalik perpindahan Yui ke pasukan Tennis. Walau dulu gadis itu disambut dingin, entah mengapa amat berat pula dirasakan mereka untuk melepaskan si kecil itu. Bila fikir balik memang agak takjub, bagaimana sebulan, sepasukan team bola sepak dan seorang gadis tomboy Jepun boleh mendatangkan impak besar dalam hidup ramai orang.
"Kau bagitahu aku, apa yang kau tak puas hati dengan kitorang sampai kau nak pindah masuk Tennis?" Malik memulakan interogasi, menunding jari tepat di muka Yui. Aku gigit juga jari mamat ni kang! Ramli, Fazli, Akmal, Weng Chun, Raj Nathan memasang telinga, bertindak sebagai panel temuduga seterusnya. Ahli pasukan yang lain pula awal-awal lagi sudah dikerah Malik untuk menyiapkan meja agar mereka boleh santap bersama sebentar lagi.
"Aku tak tahu apa-apalah. Coach Ghani yang tentukan!" Yui menyatakan hujahnya. Tak sangka pula apa yang dikatakan kepada rakan-rakan perempuan sebentar tadi benar-benar berlaku.
"Ni mesti si Amanda Teoh tu bomoh-bomohkan kau! Mentang-mentang korang sebilik. Pasal tu dia sikit punya excited kau masuk pasukan dia!" Telah Weng Chun.
"Hah? Mana ada! Merepeklah kau Weng Chun." Yui ternganga, berkerut dahi. Pandai pula si Cina ni pasal bomoh membomoh!
"Penat-penat aku latih kau, tiba-tiba kau nak blah pula!" Ramli mencelah, juga tak puas hati.
"Rileks lah Dash. Lagipun aku rasa kalau aku terus jadi goalie, hancur tangan aku yang halus mulus ni!" Yui tersengih, buat lawak sambil mengunjuk-ngunjuk jari-jemarinya.
"Aduh!" Ringan tangan Akmal menampar belakang kepala gadis itu.
"Kitorang serius kau boleh main-main lagi. Ni mesti sebab terikut-ikutkan perangai si Maggi ni lah!" Akmal geram.
"Apa pasal pula aku pun terkait mengait sekali?" Malik bengang. Tak habis lagi gamaknya sawan mengantuk mamat ni!
"Wo! Wo! Cukup tu! Lepas ni sambung balik. Makanan dah sampai, hamper dah buka. Kita makan dulu! Kejap lagi Pengetua nak membebel. Karang korang kelaparan kang sebab tak cukup makan. Dr. Saripah tu kalau dapat pegang mic, sikit punya berejam!" Fazli cuba meredakan suasana. Reda sekejap, masing-masing mengambil tempat. Betul, betul, betul!
"Tak de sesiapa yang nak buat toast ke?" Soal Raj Nathan sebelum sempat semua menerkam pada bubur lambuk dan pengat pisang di depan mata. Weng Chun yang paling dekat dengan hamper mengagihkan botol coke untuk dituang ke cawan ahli pasukannya. Yui angkat tangan serta-merta.
"Biar aku yang cakap!" Teruja bunga itu bangun diperhatikan kawanan kumbang yang menanti bicaranya. Yui berdehem dua tiga kali. Cubaan suara! Cubaan suara!
"O.K. pertamanya, aku nak ucap terima kasih sebab korang dapat juga terima aku sebagai STORM. Walaupun masa mula-mula dulu korang banyak buli aku tapi takpelah, memandangkan aku baik hati aku maafkan korang semua. Sejujur-jujurnya banyak yang aku belajar. Bukan setakat main dan menangkap bola malah lebih daripada itu. Baru sekarang aku faham apa itu maksudnya semangat berpasukan. Memang best lah dengan korang! Tapi macam yang Coach Ghani kata, aku hanya setahun di sini jadi mungkin pasal tu lebih baik rasanya aku timba pengalaman dengan team lain pula. Pengetua sendiri kata aku ni special, so, well, jangan jeles...." Yui menutur dengan lagak kereknya. Terlepas sengih ahli STORM yang lain.
"Banyaklah kau punya special!..." Ramli menyampuk turut tertawa. Tapi nak buat macam mana relaitinya Yui Ito memang istimewa.
"Kitorang pun nak ucapkan terima kasih dekat kau sebab bantu STORM menang pagi tadi. Banyak juga yang kitorang belajar daripada kau Yui, personally aku sendiri. From the bottom of my heart, I really, really appreciate it, what you have done to cure my relationship with Slash and Gemilang. Jadi, walau kau dah masuk pasukan mana sekalipun, kau bagi kami masih lagi STORM. Right guys?" Soal Ramli pada yang lain. Senyap… Semua masuk mood sedih.
"Ye lah! Boleh diterima! Sentimental lah kau bro. Toast to STORM and Yui Ito!" Malik menamatkan sesi melodramatik tersebut. Mereka santap bagai singa lapar selepas itu dihiasi dengan gelak tawa dan senda gurau. Mengambil nafas panjang, Yui puas hati dengan pencapaiannya setakat ini. Tapi masih banyak lagi yang perlu diuruskan. Matanya melirik pada Luqman nun jauh dihujung sana. Aku tak akan putus asa Luqman.
* * * "Dah kenyang?" Tanya Ghani sesudah selesai sesi menghabiskan dua kawah bubur lambuk dan pengat pisang serta berpesta dengan hamper percuma. Percuma ke?
Guru-guru semua sudah mengundur diri. Yang tinggal kini hanya ruang peribadi antara dia dan semua pelajar Mahkota. Itu yang lebih selesa bagi Ghani. Kenapa dikatakan peribadi? Dia mahu menjalankan rencana sendiri tanpa pengetahuan organisasi sekolah.
"Kenyang!" Jawab ahli dewan itu bersemangat.
"Bagus! Tapi dah kenyang jangan pula tidur mati malam nanti. Esok rutin latihan seperti biasa ya! Saya tak mahu sesiapapun yang lambat." Ugut Ghani.
"Ala tak ada cuti peristiwa ke Coach?" Pelajar Mahkota mengharap.
"Tak ada cuti-cuti! Tinggal seminggu saja lagi sekolah. Minggu depannya cuti, awak cutilah puas-puas!" Tegas Ghani. Nak cuti saja kerjanya! Macamlah baru pecahkan world record. Setakat perlawanan persahabatan pun nak cuti?!
"Alaaaaa Coachhhh...." Kecewa. Itulah yang disangka mereka tentang pengumuman yang bakal dibuat Ghani. Habis tu apa pengumumannya?
"Memandangkan saya dapat untung RM179.40 daripada Malik tadi, jadi mungkin untuk jamuan Tahun Baru Cina lepas balik cuti nanti kita boleh buat sesuatu yang lebih eksklusif. David Ming, Amanda Teoh dan krew mereka akan uruskan majlis itu. So David here your first budget. Untuk kos selebihnya nanti kamu boleh berbincang dengan encik Azmi dan bendahari kelab budaya." Jelas Ghani, menyampaikan amanah rakannya Azmi yang merupakan guru penasihat kelab budaya. David Ming, Kapten Thunder merangkap pengerusi kelab budaya sekolah ke depan untuk mengambil tugasan terbarunya.
Kecoh sekejap kerana para pelajar teruja dengan perkhabaran Ghani itu. Ada juga yang bersiul-siul tatkala nama David dan Amanda dilaungkan. Sesungguhnya gossip semasa mengatakan mereka adalah item. Malik pula putih mata. Huhu! Duit aku! Yui dari jauh memerhatikan Malik. Sabar ye... Dan padan muka juga! Yui sengih nakal
"Kenapa pipi kau merah Amanda? Ha! Kau ada apa-apa dengan David tu ya?" Usik Yui. Selesai makan tadi dia kembali ke meja makan kumpulannya semula, menyertai Amanda, Sanghita, Dania dan Tania. Itu sebab dek teguran Ustazah Syafinaz yang tak gemar melihat dia bermesra dengan STORM. Betul juga tu, memang tak manis dipandang pun! . "Mana ada!" Marah Amanda. Ahli lain dalam kumpulan mereka mula bercerita tentang gossip antara rakan mereka dengan Kapten Thunder itu. Kecoh kejap meja itu sebelum perhatian mereka kembali kepada Ghani.
"Dan satu lagi... Soal ini ada masalah sikit. Well, bukan masalahpun sebenarnya, tapi kalau awak rasa hal-hal berkenaan Yui Ito adalah satu masalah jadi mungkin ya, ia adalah satu masalah." Ghani berbasa-basi. Yui kerut muka, tidak mengerti. Banyaknya masalah! Aku bawa masalah ke? Sebenarnya niat Ghani sekadar berlawak. Dapatlah juga sambutan beberapa kelompok pelajar yang merasai sinikal kata-katanya itu. Ghani cuba mencari jalan.
‘Memang minah tu bawa masalah! Tunggulah kau Yui!’ Raihan sangat-sangat setuju. Lebih-lebih lagi selepas kemenangan Mahkota, aura Permaisuri bagai dah hilang terus. Semuanya Yui, Yui, Yui! Arghhh! Menyampah!
‘Betul tu! Memang betullah! Kami setuju! Masalah besar minah tu. Muahahaha...’ STORM mengangguk beria, tersedak ketawa.
‘Siapa yang tak setuju dengan kenyataan tu?’ Dengus Daniel sarkastik.
‘Korang tak ada idea langsung masalah apa yang dibawa Yui Ito!’ Luqman serius, tiada reaksi.
‘Kenapa semua orang nak mengusik aku hari ni?’ Yui muncung, memeluk tubuh memandang Ghani.
‘Aha!… Ada apa-apa ke Yui dengan Coach Ghani tu?’ Zikri mula fikir yang bukan-bukan, dapat membau sesuatu yang mencurigakan. Macam mana paparazzi ni boleh sesat dekat sekolah sukan? Yang lain mempersoalkan.
"Maaf Yui, mungkin saya terlalu teruja sebab kemenangan STORM pagi tadi. Cikgu-cikgu semua terkejut dengan persembahan kamu! Baiklah kembali kepada perkara yang saya nak cakapkan…" Ghani fokus, cuba menghentikan gelak tawa pelajar. Bersembang dengan rakan-rakan pendidik sewaktu santap tadi, semua memperkatakan tentang aksi Yui pada lima minit terakhir perlawanan. Walaupun Nazri yang dipuji selaku jurulatih STORM tapi jiwa Ghani yang berbunga. Anak itu sudah dianggap bagai anak sendiri. Rugi apabila mengenangkan dia terlepas menyaksikan bakat gadis itu di padang. Sudah pasti ianya ada kena mengena dengan rejim tiga bulan yang dilalui Yui sebelum ke Mahkota dulu. Well, thanks to me!
"Saya cuma nak utarakan tentang cuti Tahun Baru Cina. Seperti mana yang kamu semua tahu, Yui merupakan pelajar tukaran daripada Jepun ke Mahkota. Memandangkan dia tidak punya saudara-mara di sini, jadi saya ingin buka kepada sesiapa yang mahu mempelawa Yui pulang ke kediaman mereka untuk seminggu itu. Ada sesiapa?" Ghani menyambung katanya. Diam dewan itu. Masing-masing berpandangan sesama sendiri.
"Kau kata nak balik kampung dengan aku?" Cuit Amanda, berbisik kepada rakannya itu.
"Coach Ghani ada rencana lain, just wait and see." Ujar Yui. Dia juga kurang mengerti semua ini. Mungkin aku patut ikut saja rentak Uncle... Dia segera bingkas.
"O.K. siapa yang nak ajak aku balik kampung diorang? Cepatlah angkat tangan, aku nak tengok suasana hidup di Malaysia macam mana!" Yui ceria bersungguh. Dalam mengharap dia nak Luqman mengangkat tangan sama.
Sekelip mata semua pelajar puteri kecuali Permaisuri mengangkat tangan. Yang putera bingung, masih ragu-ragu.
"Err… Coach, kitorang yang lelaki ni boleh ke ajak Yui balik kampung kitorang?" Malik bertanya. Tadi baru lepas kena tegur dengan Ustazah Syafinaz pasal pergaulan lelaki, perempuan. Takut karang kena bebel lagi.
"Kalau kamu ada nenek, mak, atau kakak, apa salahnya." Jawab Ghani.
"Hai Taiko... Bukan main bersemangat kau nak ajak Yui balik kampung kau! Ada apa-apa ke?" Akmal sengaja mengusik.
"Aku kesian je lah. Nama je ada darah Melayu tapi macam mana hidup kat sinipun tak tahu!" Perli Malik, dibalas dengan jelingan tak kuasa Yui.
Sejurus itu ada jugalah pelajar lelaki yang turut serta mengangkat tangan. Rata-ratanya STORM dan ada juga beberapa orang yang punya nenek, mak atau kakak di rumah. Tetapi yang pasti tidak Luqman Hakim. Daniel juga, memandangkan dia tidak punya sesiapa pun yang boleh dikategorikan sebagai keluarga.
"Ramai juga yang mahu tumpangkan Yui bercuti rupanya. Habis Yui, rumah siapa yang kamu nak pergi?" Tanya Ghani pada yang tuan punya diri. Menggaru kepala anak itu dibuatnya, menjungkit bahu. Aku nak balik kampung Papa! Fikirnya.
"Kalau susah-susah sangat kita cabut undi. Ha Malik! Mana peti cabutan hamper kamu tu? Tak dapat cabut hamper, kita tukar hadiahnya kepada Yui Ito pula." Ghani merasmikan rancangannya.
"Ni Coach! Berguna juga rupanya bisnes saya ni. Tapi hadiahnya saja yang tak menarik." Bebel Malik tak habis-habis menyakat. Dia ke depan membawa tin milo yang diisi dengan tiket-tiket ramalan ‘client’nya. Pelajar-pelajar lain mula buat spekulasi, teruja. Tidak pernah dibuat sesiapa perkara ni! Sekolah mana yang ada buat lelong pelajar?
Ghani sekadar menggeleng melihat perangai pelajarnya yang seorang itu. Santai saja peristiwa yang berlangsung kini. Itu yang diharapkan Ghani. Walau agak pelik apa yang dibuatnya, tapi melihatkan anak didik di depannya, lurus sahaja mereka menerima tanpa menyoal apa. Memang betullah bak kata orang tua, anak itu ibarat kain putih, dicorak oleh ibu bapa. Sama juga dengan kes anak murid dan guru. Nasib baik diorang mengikut je! Maafkan aku tuhan sebab salah guna kuasa.
"Puh! Minta-mintalah bukan nama saya!" Sempat lagi Malik membuat lawak. Yang lain terlepas gelak. Ghani memasukkan tangan ke dalam mulut tin tersebut.
"Jeng! Jeng! Jeng! Siapa yang tak bertuah tu." Lagi usikan daripada si Maggi. Yui tertekan, hendak saja dia baling sepatunya kepada Malik. Aku dahlah tengah berdebar-debar ni! Minta-minta Luqman! Minta-minta Luqman! Hati kecilnya berdoa.
"Wo ho ho!... Luqman Hakim!" Sebut Malik, mengintai cebisan kertas yang dibuka oleh Ghani. Eh kejap, kejap, kejap! Luqman? Wajah Malik berkerut sendiri.
Yui ternganga. You’re genius Uncle! Macam mana nama Luqman boleh tepat-tepat keluar?
Seraya itu semua yang ada di dewan berpaling mendapatkan tuan punya nama yang disebut. Lagi hebat spekulasi yang timbul. What a coincidence!
Membulat mata Luqman mendengarkan namanya dipanggil. Tidak kurang hebat juga dengan mata Daniel yang ala-ala nak tersembul keluar. Dia mendampan pandang pada Yui yang berdiri nun di tempat puteri, bersilang tangan, tersenyum sampai ke telinga.
"Boleh Luqman, Yui balik kampung dengan kamu?" Duga Ghani, memandang tepat ke mata pemuda itu.
Dalam sepi semua mata-mata yang memandangnya, Luqman lemas. This is not a coincidence! Dia bingkas mengambil beg sandang yang tadinya diletakkan dilantai. Niatnya mahu beredar dari semua itu. Namun sebelum kaki diangkat pandangan sempat dilempar pada Yui yang sudah berubah kepada wajah gusar.
"Terpulang pada dia kalau nak ikut!" Tegas tutur Luqman. Kemudian dia terus blah, meninggalkan dewan itu dengan seribu satu pertanyaan penghuninya.
Yes! Balik kampung! Oooo Balik kampung! Hati girang! Jiwa Yui bernyanyi teruja.
huhu ..best siot aku mmg die hard fan citer nie ... sempoi ajer citer ....good !!! i like it
Catat Ulasan
TINGGALKAN ULASAN DAN KOMEN, PADA SETIAP KARYA YANG ANDA BACA Penulis memerlukan ulasan dan komen, bagi memperbaiki penulisan dan memperbetulkan kesilapan. Komen dan ulasan anda akan memberi satu semangat kepada penulis, untuk terus menulis karya dan seterusnya menghasilkan karya yang menarik. Kerjasama & sokongan daripada pembaca amat kami hargai. Sebab itulah kami menyediakan HADIAH, sebagai penghargaan kepada penulis dan juga kepada pembaca yang aktif memberi komen & ulasan
"Dia
hidup bukan kerana cinta. Dia hidup kerana
kehadiran Prince Charming yang menyelamatkannya.
Semuanya gara-gara dia mengoyak Carta Prince
Charming—carta misteri yang tiada sesiapa tahu
dari mana datangnya. Yang pasti, memang dia
langsung tidak percaya dengan sumpahan yang
dikatakan berkaitan dengan Carta Prince
Charming.
"Sumpahan puteri? Kau ingat ini cerita dongeng
ke? Puteri apa yang nak sumpah aku ni? Puteri
bunian? Puteri lindungan bulan?”
Desakan daripada Sofea membawanya ke Kelab Bola
Sepak. Di situlah Prince Charming berkumpul.
Tetapi hanya seorang sahaja Prince Charming yang
dicari-carinya. Namun, untuk mencari Prince
Charming bukanlah mudah, namun dia yakin, antara
mereka, pasti salah seorang adalah penyelamatnya.
Orang tu pun satu! Dah selamatkan nyawa orang,
tak reti-reti ke nak munculkan diri? Bukan ke
lagi senang kalau datang berdiri depan aku dan
cakap, Sayalah yang selamatkan awak daripada
kena langgar semalam. Finish! Tak adalah nak
panjangkan cerita sampai beratus muka surat
semata-mata nak cari Prince Charming!
Tajuk:
Prince Charming
Penulis: Ratu Bulan
Terbitan: Fajar Pakeer
Harga:
RM19.90
Ulasan:
NOVEL
HANGAT DIPASARAN
Pertemuan
pertama memberi impak yang berbeza kepada dua insan. Maria
malu mengenang, sedang Hisyam mahu mendekat. Maria semakin
resah apabila Hisyam terus-terusan mendesak. Dalam benci
ada rindu. Bijak Hisyam memujuk, mereka akhirnya disatukan.
Salina hadir menjadi duri dalam daging. Bagi Hisyam, gadis
itu ialah sahabatnya yang terbaik. Insan paling dipercayai.
Namun, dalam diam, Salina meracuni hubungan mereka. Salina
ada agenda yang tersendiri.
Semakin hari, semakin nipis rasa percaya Maria terhadap
Hisyam. Namun, dia tidak mungkin menghindar rasa kasih
yang sudah menebal. Demi menunaikan permintaan Maria,
Hisyam tega melamar Salina walau ada luka di hati.
Sanggupkah Hisyam menduakan Maria yang pernah dicintai
sepenuh hati? Dan, Maria, mampukah membiarkan suami
tersayang jatuh ke tangan Salina? Atau, Mariakah orang
ketiga yang tidak lagi diperlukan kehadirannya oleh Hisyam?
Penulisan2u
sedang
berkerjasama dengan Penerbit Novel bagi memberi peluang kepada penulis-penulis berbakat dan karya yang menarik.
Antara novel yang sudah di terbitkan
2 Pengulas paling AKTIF dengan memberi komen yang ikhlas dan
membina, pada setiap karya cerpen / novel di penulisan2u akan
menerima hadiah sebuah NOVEL.
•
Creative Enterprise Sdn. Bhd., sedang mencari manuskrip kanak-kanak atau remaja. Ini kerana pihak kami ingin memperluaskan dan memperbanyakkan bahan bacaan untuk kanak-kanak dan remaja. Di samping itu kami juga ingin memupuk minat membaca dalam kalangan kanak-kanak dan remaja.
( klik disini
)
•Karyaseni Enterprise ingin memaklumankan
kepada anda yang berminat untuk menghantar manuskrip
anda kepada KS untuk penilaian, sila email kan
sinopsis dan tiga bab awal ke alamat email berikut:
Manuskrip@karyaseni.my
•KarnaDya Solutions Sdn
Bhd. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
hantarkan karya anda. Sebelum anda menghantarkan
manuskrip anda, sila hantarkan butiran berikut terlebih
dahulu melalui emel/pos. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•NB Kara Sdn Bhd dengan berbesar hati
menjemput mana-mana penulis yang merasakan diri mereka
layak menjadi penulis yang versatil, menghantar
manuskrip mereka kepada NB Kara Sdn Bhd. Tulisan anda
terlebih dahulu akan dinilai oleh penulis prolifik
Norhayati Berahim dan juga beberapa panel editor sebelum
diluluskan untuk terbitan.
(
klik disini )
•Jemari Seni Publishing. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
Untuk tujuan pengiriman manuskrip, JEMARI SENI telah
menggariskan panduan kepada penulis-penulisnya. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•
Alaf 21 Sdn Bhd. Tahun 2008 bakal menjanjikan sinar
kecemerlangan seandainya karya anda terpilih untuk
diterbitkan oleh Alaf 21, penerbit novel tersohor di
Malaysia.
Jika
anda mempunyai salah satu manuskrip tersebut, kami ingin
menatap dan menilainya. Sekiranya sesuai, pihak kami
ingin menerbitkannya di bawah jenama ALAF21.
( klik disini)
•
tip kehidupan, zodiak, horoskop, petua, tip, puisi,
pantun, sajak, dan pelbagai artikel menarik layari di
http://istimewa2u.blogspot.com
•
Blog Berkaitan agama, topik-topik tazkirah, audio, video
ceramah, mendengar 114 surah Al-quran secara online,
radio-radio dakwah, layari di
http://dakwah2u.blogspot.com
•
Blog Media, Tv streaming online, radio streaming online,
surat khabar, rakaman drama, radio era, hot.fm, tv1,
tv2,tv3 dan lain-lain. layari di
http://mymedia2u.blogspot.com
•
Blog Koleksi cerita lawak, lucu, kelakar dan video lawak,
lucu dan kelakar. layari di laman
http://kelakar2u.blogspot.com
•
Laman web
syarikat penerbit novel Creative
Enterprise Sdn Bhd (CESB). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.cesb.net.my
•
Laman web
syarikat penerbit
Kaki Novel
Enterprise. Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.kakinovel.com
•
Laman web
syarikat penerbit NB kara Sdn Bhd.
Dimiliki oleh penulis terkenal Norhayati Berahim, Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.nbkara.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit Buku Prima Sdn Bhd.
Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.bukuprima.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit novel
jemari Seni Publishing (JS Publishing). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.jemariseni.com
•
Laman web syarikat penerbit novel Alaf21 Sdn Bhd
(alaf21). Untuk melihat novel-novel terbaru dari Alaf21
layari di
http://www.alaf21.com.my
•
Laman web syarikat penerbit novel Fajar Pakeer Sdn Bhd). Untuk melihat novel-novel terbaru layari di
laman
http://www.fajarnovels.com.my
Kata Kunci
koleksi novel, koleksi novel
cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik,
novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen
cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru,
teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen
melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram,
cerita, cerita cinta, cerita pendek, cerita melayu, cerita online
Malaysia Group
Blog
Koleksi
Cerpen & Novel proudly powered by Blogger. Best display view 1024x768.
Google Inc
Koleksi Cerpen
& Novel dari Malaysia, Indonesia, Singapore & Brunei
haahahaha...sy org 1st comment ke?
bes bes bes (x trillion)
thanks yer miss writer...
sukenya cite nih...
hiiiihihi...terexcited lak~~!!
awak ptt da novel sndri~
sng sket sy nk baca...huhuhuuuhu...
cite hanakimi pon x sebest nih~~!!