Kehidupan
adalah anugerah utama Illahi. Anugerah kehidupan memberi gambaran
kebesaranNya buat kita manusia, yang wajib kita syukuri dan hargai.
Internet adalah kemudahan buat umat manusia. Justeru itu,
manafaatkan ia untuk kesejahteraan diri kita dan umat sejagat.
Sentiasalah kita beringat, apa yang kita lakukan, akan dipertanggung
jawabkan pada kemudian hari.
Gunakan sebaik-baiknya kurnia Allah swt kepada kita. Halalkan
kegunaan akal, hati dan lidah pada perkara yang bakal membawa
kecemerlangan diri kita dunia dan akhirat. Kita hidup hanya sekali.
Sekali 'pergi' tak kan kembali. Buat baik berpada-pada, dan buat
jahat JANGAN sekali-kali. Kewujudan website penulisan2u dengan blog
sebagai wadah untuk meningkatkan nilai diri. Bermatlamatkan
penyatuan ummah dengan ciri-ciri kemurnian budi dan budaya. Walaupun,
dunia terus maju dengan teknologi, kita akan terus kekal dengan
akhlak dan jati diri insani.
Aku bersiap-siap untuk ke sekolah. Buku-buku dan kertas-kertas ujian murid-murid kelasku aku masukkan di dalam sekeping beg kertas. Kemudia aku mencapai beg tanganku. Memeriksa apa yang patut, nanti ada pula yang tertinggal.
Tiba-tiba aku merasakan seperti ada kekurangan dalam beg tanganku. Aku periksa semula. Kunci kereta ada, beg duit ada, pendrive aku pun ada. Apa yang kurang? Oh, PDA! Baru aku teringat.
Aku mencari PDA kepunyaanku di sekitar bilik. Namun tidak juga aku temukan. Mana pulak perginya PDA aku ni?
Kemudian aku turun pula ke tingkat bawah. Munirah, Nazila dan Syafiqah sedang bersarapan.
"Eh, kau orang ada nampak PDA aku tak?"
Semuanya menoleh ke arahku. "PDA? Serasa aku dari semalam aku tak nampak kau pegang PDA kau." Syafiqah memberitahu.
"Memang aku tak ada pegang, seingat aku PDA tu dalam beg. Tapi, baru tadi aku check, tak ada. Aduh, mana pulak ni?" Aku sudah kelam kabut. Mundar-mandir aku di ruang tamu mencarinya, tapi tidak juga ada.
"Semalam, masa jumpa Addy kau ada keluarkan PDA kau?" tanya Nazila. Masing-masing mereka sudah berhenti makan. Turut sama mencari telefon bimbitku.
"Semalam?" Aku berfikir-fikir kembali tentang peristiwa semalam.
"Oh, my God. Ya ALLAH! Takkan aku tertinggal pulak." Makin tidak tentu arah aku dibuatnya. Aku kembali mengingati apa yang aku buat dengan PDA itu semalam.
"I think so. Semalam sementara tunggu Addy aku keluarkan PDA, main game. Lepas tu, bila Addy dah sampai aku ingatkan aku dah masukkan semula dalam handbag. Tapi aku rasa, aku letak atas meja aje kot. Alah wei, apa aku nak buat ni? Sudahlah baru lagi aku beli PDA tu. Aduh! Hisy, ni semua Addy tu punya pasal. Suwe betul aku jumpa dia!" Aku sudah mula melalut sehingga menyalahkan Addy atas kelalaian aku sendiri.
"Kau tenang aje sekarang. Kalau betul kau tertinggal atas meja, mesti Addy ambik. Mesti dia pulangkan," ujar Nazila.
"Kalau dia tak nak pulangkan macam mana? Aku tengok dia tu semacam aje. Silap-silap nanti dia buat hak dia pulak. Sekarang dah pagi, kalau dia berniat nak pulangkan, malam tadi patutnya dia dah telefon salah seorang daripada kau orang maklumkan pasal PDA aku tu," kataku. Terus-terusan berprasangka buruk terhadap Addy.
"Tak ada maknanya dia nak buat hak PDA kau tu. Mesti dia pulangkan. Lagi pun dia tu anak orang berada, buat apa nak ambil hak orang. Dia ragu-ragu agaknya, mana tahu kejap lagi dia telefon," Beria-ia Nazila meyakinkan aku bahawa Addy akan memulangkan PDAku semula.
"Kalau dia tak pulangkan, kau cakap dengan dia. Aku tak kira, by hook or by crook, I still want my PDA back," tegasku pada Nazila.
"Okey, kalau dia tak call dalam masa 24 jam ni, aku akan hantar emel pada dia. Dah, jom makan." Nazila menarik tanganku duduk di meja makan. Aku turutkan saja walaupun dadaku terasa sebal dan sesak sekali. Habislah kalau PDA yang aku sayang tu lesap macam tu aje. Menyesal tak sudah aku sebab terlampau lalai.
JAM sudah terpacak ke angka 12 tengah hari. Hatiku semakin rasa tidak senang. Kerja-kerja yang aku lakukan ada sahaja yang silap. Bengang betul!
Sehingga sekarang masih belum ada perkhabaran tentang PDA kesayanganku. Apa patut aku buat ni? Aku mengetuk-ngetuk jari ke meja. Berfikir-fikir apa yang dapat aku lakukan untuk mendapatkan semula PDAku. Ha, dapat! Serta-merta ada idea yang muncul di mindaku. Kenapalah aku tak terfikir dari pagi tadi lagi? Sekarang baru muncul. Agaknya kepala aku serabut sangat, tak dapat terima hakikat PDA aku hilang!
Tiba-tiba bahuku dicuit dari belakang. Tanpa menolehpun aku sudah tahu itu Syafiqah. Emm, boleh jugak tanya Fiqa bagus ataupun tidak idea aku ni.
Syafiqah melabuhkan punggung di mejanya bersebelahan dengan mejaku. Kini dia menghadapku. "Apa cer?" tanya Syafiqah padaku.
"Aku baru terfikir, apa kata kalau aku telefon PDA aku?"
"Ha, lagi senang! Apasal kau tak terfikir dari pagi tadi. Kalau tak boleh kita serang Addy tu beramai-ramai."
"Alah, baru tadi terfikir nak buat macam mana. Lagi pun kau ada pon, aku dah rasa cukup untuk serang dia. Lagipun bukan nak cakap apa, melainkan kalau dia tak memberi tindakbalas yang baik memang kena serang. Kurang ajarlah kalau dia tak nak pulangkan PDA aku ataupun dia buat-buat tak tahu."
"So, bila kau nak call?" tanya Syafiqa.
"Sekaranglah. Pinjam handphone kau," pintaku pada Syafiqah.
"Handphone aku jugak? Aku ingatkan kau nak guna public tadi," ujar Syafiqah sambil menghulurkan telefon bimbitnya.
Aku sekadar tersengeh, kemudian berkata, "Kau kata nak bekerjasama, inilah salah satu cara bekerjasama."
Aku mendail nomborku sendiri. Tiba-tiba rasa berdebar datang menerpa ke segenap sanubari. Jantungku berdetak kencang, perutku pula terasa memulas-mulas. Aduh, kenapalah aku gabra sangat ni? Tertanya-tanya aku pada diri sendiri mengapa harus aku berdebar untuk panggilan yang bakal aku buat. Bukannya aku tidak pernah bercakap dengan lelaki melalui telefon. Atau aku berdebar kerana yang bakal menjawab panggilanku ini adalah Addy. Mengapa harus ada debaran sebegini hebat untuk lelaki itu? Dia bukan siapa-siapa bagiku.
Agak lama juga aku menunggu panggilanku berjawab sehinggalah masuk ke peti mel suara. Serta-merta menggelegak aku rasakan.
"Kurang asam betullah dia ni! Dia tak jawab, wei! Ini yang aku panas ni!" Kemarahan yang aku luahkan pada Syafiqah di hadapanku. Sedangkan di dalam hati aku berasa sedikit lega kerana panggilanku tidak dijawab. Aku sebenarnya masih berasa debar dan gugup untuk bercakap dengan Addy. Ahh, kenapa aku ni?
"Cuba call lagi sekali," saran Syafiqah.
Aku mencuba buat kali keduanya. Kali ini aku kumpul semangatku supaya hilang segala debaran dan kegugupan.
"Hello." Kedengaran satu suara di hujung talian. Huh, cepat pulak dia jawab!
"Hello, is it you Addy?" tanyaku agak lemah lembut.
"Yes, Zila ke ni?" Addy pula bertanya kepadaku.
"Yes, it’s me." Hanya itu yang mampu aku jawab. Aku ingin bertanyakan tentang PDAku tetapi otakku tidak dapat merangka ayat yang sesuai.
"Sorry, sebab aku lambat maklumkan tentang PDA kau ni. Aku memang nak call nombor-nombor yang ada dalam contact list, tapi tak tahu yang mana satu aku patut call," kata Addy beralasan. Aku cuma mendengar sahaja alasannya. Tidak kuasa mahu bertekak walaupun dapat aku rasakan alasan itu tidah sekukuh mana pun. Bukannya banyak nombor telefon dalam PDA aku. Cuma orang-orang terdekat sahaja.
"Bila kau ada masa untuk pulangkan? PDA tu penting sangat untuk aku," ucapku pada Addy. Harap dia mengerti bahawa aku mahukan PDA aku secepat mungkin.
"Malam ni, boleh?"
Tanpa berfikir panjang aku terus menyatkan persetujuanku pada Addy. Dia memberitahu di mana kami akan berjumpa dan pada pukul berapa. Selepas itu aku terus menamatkan panggilan.
"Macam mana?" tanya Syafiqah.
"Malam ni dia nak pulangkan. Dia nak jumpa aku tah dekat hotel ape tah dia cakap tadi," beritahuku pada Syafiqah.
"Wah, nak jumpa dekat tempat eksklusif tu! Macam nak keluar date pulak, hahaha..." Seronok sungguh Syafiqah mengusikku.
"Banyaklah kau punya date. Kau teman aku malam ni?"
"Tak naklah, malam ni ada cerita best. Sayang aku nak tinggalkan." Alasan yang memang tak boleh pakai.
"Teruklah kau ni, sebab tv kau nak temankan kawan baik kau sendiri." Aku sudah buat muka merajuk. Berharap Syafiqah menarik balik alasannya.
"Kau ajaklah Munirah. Tak pon kau ajak Zila sendiri, biar dia tengok muka Addy tu secara life," cadang Syafiqah pula.
"Nak sangatlah Muni ikut aku? Tak ada mananya dia nak teman aku. Dia pun kaki tv macam kau. Zila pulak mesti ada date dengan Izat. Hai, nampaknya memang aku kena pergi seorang dirilah." Aku akhiri ayatku dengan satu keluhan. Berat sekali. Terasa sesak dada bila mengenangkan aku akan bertemu lagi dengan Addy, kalau muka sedap mata memandang tak kisahlah sangat. Huh, jahat pulak mulut aku mengata! Sudah berapa beratlah dosa yang aku buat sejak jumpa dia semalam, dah berkoyan-koyan agaknya. Apa tidaknya, asyik mengutuk kalau ada peluang.
"Itulah yang seelok-eloknya. Mesti dia pun tak nak ada gangguan bila jumpa kau. Nanti aku ikut dia cakap menyibuk pulak. Lepas tu membazir duit dia lagi, nak belanja aku makan sekali." Syafikah berusara tiba-tiba. Menyentak lamunan dan debaranku.
"Tak ada masa nak makan-makan tau, aku dapat aje PDA terus aku blah. Tak ingin aku nak berhutang duit dengan dia. Semalam, makan pun aku bayar sendiri tau!" ujarku pada Syafikah, kembali membuka lembaran pertemuan semalam.
"Kau bayar sendiri? Habis tu dia?"
"Dia bayar sendirilah. Tak kuasa aku nak bayarkan," jawabku selamba.
Syafikah sudah tergelak-gelak. Sehingga guru-guru yang ada di dalam bilik guru waktu itu memandang hairan ke arah kami. Segan pula aku bila dipandang begitu.
"Hisy, kau ni gelak tu kawallah sikit. Tengok, cikgu-cikgu lain dah pandang. Apa pulak dia orang fikirkan nanti." Serentak itu aku menampar paha Syafiqah.
Apabila tawanya makin reda, barulah Syafiqah bersuara, "Kelakarlah, wei. Apa jenis undang-undang dating yang kau orang guna ni? Makan sama, tapi bayar asing-asing. Aduhai, tak boleh blah!" Sejurus itu Syafiqah ketawa lagi, tetapi lebih terkawal dari tadi.
"Amboi, bukan main suka kau ya!"
"Seronok sangat aku dengar cerita kau ni," jawab Syafiqah.
"Seronoklah sangat...aku pangkah kau karang baru tahu!"
Aku kembali menyambung kerjaku menanda buku-buku latihan muridku. Sempat pula fikiranku melayang memikirkan pertemuan malam ini. Tiba-tiba rasa kurang senang menyerbu hatiku. Hisy, apasal rasa tak sedap aje hati ni?
Salam.. pergilah email tanya pihak penulisan. Takut mereka tak dpt sambungan yg dikirimkan. Kalau dah pasti mereka tak dpt, jadi boleh kirimkan lagi. Sebab dah lama sgt saya tak nampak pun sambungannya.
Apapun saya menanti..
~Putri Lily~
Catat Ulasan
TINGGALKAN ULASAN DAN KOMEN, PADA SETIAP KARYA YANG ANDA BACA Penulis memerlukan ulasan dan komen, bagi memperbaiki penulisan dan memperbetulkan kesilapan. Komen dan ulasan anda akan memberi satu semangat kepada penulis, untuk terus menulis karya dan seterusnya menghasilkan karya yang menarik. Kerjasama & sokongan daripada pembaca amat kami hargai. Sebab itulah kami menyediakan HADIAH, sebagai penghargaan kepada penulis dan juga kepada pembaca yang aktif memberi komen & ulasan
"Dia
hidup bukan kerana cinta. Dia hidup kerana
kehadiran Prince Charming yang menyelamatkannya.
Semuanya gara-gara dia mengoyak Carta Prince
Charming—carta misteri yang tiada sesiapa tahu
dari mana datangnya. Yang pasti, memang dia
langsung tidak percaya dengan sumpahan yang
dikatakan berkaitan dengan Carta Prince
Charming.
"Sumpahan puteri? Kau ingat ini cerita dongeng
ke? Puteri apa yang nak sumpah aku ni? Puteri
bunian? Puteri lindungan bulan?”
Desakan daripada Sofea membawanya ke Kelab Bola
Sepak. Di situlah Prince Charming berkumpul.
Tetapi hanya seorang sahaja Prince Charming yang
dicari-carinya. Namun, untuk mencari Prince
Charming bukanlah mudah, namun dia yakin, antara
mereka, pasti salah seorang adalah penyelamatnya.
Orang tu pun satu! Dah selamatkan nyawa orang,
tak reti-reti ke nak munculkan diri? Bukan ke
lagi senang kalau datang berdiri depan aku dan
cakap, Sayalah yang selamatkan awak daripada
kena langgar semalam. Finish! Tak adalah nak
panjangkan cerita sampai beratus muka surat
semata-mata nak cari Prince Charming!
Tajuk:
Prince Charming
Penulis: Ratu Bulan
Terbitan: Fajar Pakeer
Harga:
RM19.90
Ulasan:
NOVEL
HANGAT DIPASARAN
Pertemuan
pertama memberi impak yang berbeza kepada dua insan. Maria
malu mengenang, sedang Hisyam mahu mendekat. Maria semakin
resah apabila Hisyam terus-terusan mendesak. Dalam benci
ada rindu. Bijak Hisyam memujuk, mereka akhirnya disatukan.
Salina hadir menjadi duri dalam daging. Bagi Hisyam, gadis
itu ialah sahabatnya yang terbaik. Insan paling dipercayai.
Namun, dalam diam, Salina meracuni hubungan mereka. Salina
ada agenda yang tersendiri.
Semakin hari, semakin nipis rasa percaya Maria terhadap
Hisyam. Namun, dia tidak mungkin menghindar rasa kasih
yang sudah menebal. Demi menunaikan permintaan Maria,
Hisyam tega melamar Salina walau ada luka di hati.
Sanggupkah Hisyam menduakan Maria yang pernah dicintai
sepenuh hati? Dan, Maria, mampukah membiarkan suami
tersayang jatuh ke tangan Salina? Atau, Mariakah orang
ketiga yang tidak lagi diperlukan kehadirannya oleh Hisyam?
Penulisan2u
sedang
berkerjasama dengan Penerbit Novel bagi memberi peluang kepada penulis-penulis berbakat dan karya yang menarik.
Antara novel yang sudah di terbitkan
2 Pengulas paling AKTIF dengan memberi komen yang ikhlas dan
membina, pada setiap karya cerpen / novel di penulisan2u akan
menerima hadiah sebuah NOVEL.
•
Creative Enterprise Sdn. Bhd., sedang mencari manuskrip kanak-kanak atau remaja. Ini kerana pihak kami ingin memperluaskan dan memperbanyakkan bahan bacaan untuk kanak-kanak dan remaja. Di samping itu kami juga ingin memupuk minat membaca dalam kalangan kanak-kanak dan remaja.
( klik disini
)
•Karyaseni Enterprise ingin memaklumankan
kepada anda yang berminat untuk menghantar manuskrip
anda kepada KS untuk penilaian, sila email kan
sinopsis dan tiga bab awal ke alamat email berikut:
Manuskrip@karyaseni.my
•KarnaDya Solutions Sdn
Bhd. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
hantarkan karya anda. Sebelum anda menghantarkan
manuskrip anda, sila hantarkan butiran berikut terlebih
dahulu melalui emel/pos. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•NB Kara Sdn Bhd dengan berbesar hati
menjemput mana-mana penulis yang merasakan diri mereka
layak menjadi penulis yang versatil, menghantar
manuskrip mereka kepada NB Kara Sdn Bhd. Tulisan anda
terlebih dahulu akan dinilai oleh penulis prolifik
Norhayati Berahim dan juga beberapa panel editor sebelum
diluluskan untuk terbitan.
(
klik disini )
•Jemari Seni Publishing. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
Untuk tujuan pengiriman manuskrip, JEMARI SENI telah
menggariskan panduan kepada penulis-penulisnya. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•
Alaf 21 Sdn Bhd. Tahun 2008 bakal menjanjikan sinar
kecemerlangan seandainya karya anda terpilih untuk
diterbitkan oleh Alaf 21, penerbit novel tersohor di
Malaysia.
Jika
anda mempunyai salah satu manuskrip tersebut, kami ingin
menatap dan menilainya. Sekiranya sesuai, pihak kami
ingin menerbitkannya di bawah jenama ALAF21.
( klik disini)
•
tip kehidupan, zodiak, horoskop, petua, tip, puisi,
pantun, sajak, dan pelbagai artikel menarik layari di
http://istimewa2u.blogspot.com
•
Blog Berkaitan agama, topik-topik tazkirah, audio, video
ceramah, mendengar 114 surah Al-quran secara online,
radio-radio dakwah, layari di
http://dakwah2u.blogspot.com
•
Blog Media, Tv streaming online, radio streaming online,
surat khabar, rakaman drama, radio era, hot.fm, tv1,
tv2,tv3 dan lain-lain. layari di
http://mymedia2u.blogspot.com
•
Blog Koleksi cerita lawak, lucu, kelakar dan video lawak,
lucu dan kelakar. layari di laman
http://kelakar2u.blogspot.com
•
Laman web
syarikat penerbit novel Creative
Enterprise Sdn Bhd (CESB). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.cesb.net.my
•
Laman web
syarikat penerbit
Kaki Novel
Enterprise. Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.kakinovel.com
•
Laman web
syarikat penerbit NB kara Sdn Bhd.
Dimiliki oleh penulis terkenal Norhayati Berahim, Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.nbkara.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit Buku Prima Sdn Bhd.
Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.bukuprima.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit novel
jemari Seni Publishing (JS Publishing). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.jemariseni.com
•
Laman web syarikat penerbit novel Alaf21 Sdn Bhd
(alaf21). Untuk melihat novel-novel terbaru dari Alaf21
layari di
http://www.alaf21.com.my
•
Laman web syarikat penerbit novel Fajar Pakeer Sdn Bhd). Untuk melihat novel-novel terbaru layari di
laman
http://www.fajarnovels.com.my
Kata Kunci
koleksi novel, koleksi novel
cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik,
novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen
cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru,
teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen
melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram,
cerita, cerita cinta, cerita pendek, cerita melayu, cerita online
Malaysia Group
Blog
Koleksi
Cerpen & Novel proudly powered by Blogger. Best display view 1024x768.
Google Inc
Koleksi Cerpen
& Novel dari Malaysia, Indonesia, Singapore & Brunei
cepat la sambung..ada blog tak