BLOG KOLEKSI CERPEN , NOVEL & CERITA ONLINE

   LAMAN UTAMA  | KOLEKSI CERPEN  | KOLEKSI NOVEL  | HANTAR KARYA | HANTAR PESANAN | AJAK KAWAN | BUAT PERMINTAAN LAGU | IKUTI BLOG INI | FACEBOOK

      Radio Online

 

klik "STOP" untuk hentikan siaran radio. Semoga terhibur.

  Koleksi Cerpen 

Jika itu takdirNya

Takdir milik Allah

Disini mawar disana penawar

Bidadari cinta

Awekku gengster nyerr

Black vs white

Aku dan dia

Memang berbaloi

Best friend not boy friend, Nyah

Beda tipis

Aku tidak bernyawa lagi

Roommate yg romantik II

Loves comes around

Hati

Cinta remaja

Kasih anak

Selamat tinggal luqman

Kerana dia ayahku

Terima kasih cinta

Aku kan ader

Nilai sebuah persahabatan

Hanya kau

Mahakarya agung sebuah kemerdekaan

Kerana umar adha

Biarkan cinta itu pergi

1 Disember

Diari seorang lelaki

Sebuah memori

Suci nur kasih

Badai cinta pertama

Ceritera aku dan dia

Ku bawa memori itu

Darul Taqwa & dato Dr Johar

Kau boleh blah!!

My miss nanny

Seandainya ku tahu

Diari hati firdaus

Mimpi yang pasti

Sampai syurga

Memang ku cinta

Unsaid?

Cinta lagi?

Cinta bukan jaminan

Cinta hakiki

Aku, dia dan pantai

Bisikan hati

Selamanya Sarah

Peeya dan payus lagilah

Hikmah perpisahan II

Dia

Cinta dalam diam

Kata terakhir darimu is love u

Aku bukan siapa-siapa

Aril & Akim

Kalau ku turutkan kata hati

Minah skuter

Jadilah seperti aku

Privite investigator putput

Gadis kebaya putih

Isteriku

Adam II

Misteri tengah malam

Dollah loves joyah

Biarku sentuh cintamu

Lifetimes lover

Saat itu

Hanya dirimu

Kasih famili

Mulanya disini

Ikatan kasih

Dan akhirnya

Kembalilah sayang

Pelangi anganku musnah

Cinta dalam hati

Pergi tak kembali

Adakah dia milikku

Pungguk dan bulan

Cinta terlarang

Cintaku di RNR tapah

Lisa

Kasih aini hidayah

Kantoi, jodoh atau kebetulan

Adakah cinta bukan milikku

Kuning vs ungu

Pelangi cinta

Adam

Biarlah rahsia

Achmad firdaus

Jalan berliku

Rintihan kekasih

Namaku Aishah

Zani pencuri rambutan

Nur hawa balqis

Itu sudah takdirnya

You are my boss

Cinta

Antara 2 cinta

Tragedi zam & chom

Benang merah di-fa

Terima kasih sayang

Jiwa-jiwa luka

Taqdir cinta kita

Cintaku selamannya

1 hari aku jatuh cinta

Biarku sentuh cintamu

Aku dan kimi = cinta atau tidak?

Cincin untuk Aisyah

Kenapa begini jadinya

Cinta, i need you

Lakaran cinta abadi

Cioccolato Caldo

Tragedi lombong lama

Yang sebenarnya

Ketuk pintu hati

Dia masih sayang

Teman

Cinta untukmu

Adil fitri

Kau, aku & mereka gila

Hikmah perkahwinan

Mengenangmu

Mungkin Nanti

Mencintainya

Cinta si pengesek biola

Maafkan aku luftan hafiy

Kasih

Hanya itu yang ku mahu

Bermulanya diari cintaku

Menantu untuk mama

Sumpah itu hantu

Diari lukisan

Cinta gila

Romantik

Cintaku, dia dia kamu

Kau atau dia

Indahnya cinta maya

Seseorang itu

Nur alia natasya

Mamat disperate

Mencari jannah

Cukup sekadar disini

Sebuah memori

Keras dan lembut

Katak oh katak

Hacks 1437

Dialah suamiku

Selamat tinggal kawan terbaik

Pandangan matanya

Kerana mobil

Dia tunanganku

Maria dan azri

Aku terperasan je

Blind date

Roda hidup

Kasihku seputih salju

Wanginya bunga kantan

Mahligai rindu

Aku, dulu, kini dan selamannya

Prinsip cinta aina

Ikan emas, jom kawen

Man in black vs Dona karen penang

Cubit peha kiri

Bantal busuk

Hujan

Maafkan daku

Tombol pintu hidayah III

Gara-gara G

Diari seorang member

 

Klik disini untuk keseluruhan koleksi cerpen....

Novel Bersiri
      Novel pilihan

sinopsis klik pada gambar

      Novel Di Pasaran

Kenangan Terindah - Hezzy Azra

Serasi di hati - Nora Ismail

Nama aku N - Aina Emir

Bunga Syurga - Anita Aruszi

Episod cinta luka - Fateen Najwa

Sandaran kasih - Aini Marisha

Fitrah kasih - Ilani Mysara

Bukan yg pertama - Salina Ibrahim

Ternyata cinta - Damya Hanna

Selagi ada dia - Aisya Sofea

Kembalikan cintaku - Norhayati NB

Warna hati - Meen Zulaikha

Seribu kali sayang - Anis Ayuni

Menanti kasih - Norzailina nordin

Cahaya - Nura zulaikha

Dakapan cinta - Eny Ryhanna

Hanya kita berdua - Aina emir

Ku Utus Rindu - Intan Arnida

Usikan rindu - Qaira Qasidah

Segalanya untukmu - A.Anessa

 

Dapatkan dikedai berhampiran anda

      html banner

klik di bawah dan "paste" ke dalam website, homepage, blog, friendster, myspace anda

 

      Jumlah Pelawat

      Untuk Anda

 

  Kehidupan adalah anugerah utama Illahi. Anugerah kehidupan memberi gambaran kebesaranNya buat kita manusia, yang wajib kita syukuri dan hargai. Internet adalah kemudahan buat umat manusia. Justeru itu, manafaatkan ia untuk kesejahteraan diri kita dan umat sejagat. Sentiasalah kita beringat, apa yang kita lakukan, akan dipertanggung jawabkan pada kemudian hari.

  Gunakan sebaik-baiknya kurnia Allah swt kepada kita. Halalkan kegunaan akal, hati dan lidah pada perkara yang bakal membawa kecemerlangan diri kita dunia dan akhirat. Kita hidup hanya sekali. Sekali 'pergi' tak kan kembali. Buat baik berpada-pada, dan buat jahat JANGAN sekali-kali. Kewujudan website penulisan2u dengan blog sebagai wadah untuk meningkatkan nilai diri. Bermatlamatkan penyatuan ummah dengan ciri-ciri kemurnian budi dan budaya. Walaupun, dunia terus maju dengan teknologi, kita akan terus kekal dengan akhlak dan jati diri insani. 

 

PERCUMA KARYA CERPEN, NOVEL, CERITA TERBARU DAN AKAN DATANG DARI PIHAK KAMI TERUS KE EMAIL ANDA. MASUKKAN EMAIL ANDA:-

 

email:

 

Ahad, November 30, 2008
Novel : Prince Charming 7
Nama Pena : Ratu Bulan

7: VERSUS

Nurul memandang sekeliling kawasan SMK Setiawasih. Kagum. Tidak sangka baru 3 tahun dia meninggalkan sekolah tersebut banyak perubahan ketara yang dilihatnya. Antaranya semua bangunan sekolah sudah di cat warna biru cair berbanding warna putih dahulu. Itupun seingat dia, warna bangunan seakan pudar, malah berlumut. Kalau dulu, Taman Botani yang terletak bersebelahan dengan pintu pagar dipenuhi dengan rumput-rumput panjang tapi kini di hiasi dengan pelbagai bunga-bunga. Dan ditengahnya terdapat 3 buah pondok yang lengkap dengan kerusi meja. Terdapat beberapa orang pelajar sedang berbual sambil mengulang kaji pelajaran di bawah pondok tersebut.

Nazrul yang datang bersama dengannya tadi sudah lama menghilangkan diri tanpa dikesan. Sedar-sedar saja, dia sudah berdiri seorang diri di situ. Malas dia hendak mencari lelaki itu. Buat sakit hati adalah. Hari ni saja, dah berapa kali Nazrul membuatnya bengang tahap gaban. Agaknya kalaulah Gaban tu wujud lagi sampai hari ni, Gaban pun takut dengannya.

Begitu lama rasanya dia tidak menjejak kaki ke situ. Walaupun tempat tinggalnya tidak jauh dari sekolah lamanya itu tapi dia jarang ke situ di sebabkan tiada apa-apa yang menarik. Kawan-kawan? Huh, di sini dia langsung tidak kenal siapa kawannya tapi yang paling ramai adalah musuh-musuh yang dengki dengan kewujudannya. Tidak tahulah pasal apa mereka dengki dengannya.

Nak kata dia cantik? Tak juga. Wajahnya biasa saja. Tidak putih, tidaklah hitam sangat, ada kedua mata, satu hidung dan satu mulut. Semuanya lengkap. Lagipun di sekolahnya itu terdapat ramai pelajar perempuan yang cantik-cantik belaka. Malah ada lelaki sanggup bergaduh dengan lelaki lain untuk dapatkan perempuan yang mereka idam-idamkan. Bodoh pun ada. Sebab kalau nak dikatakan memanglah perempuan tu cantik tapi kalau setakat cantik tapi hati busuk buat apa.

Diana. Nama pelajar yang popular dikalangan pelajar lelaki. Orangnya memang cantik malah pandai bergaya walaupun dia datang dari keluarga yang sederhana. Tidak kaya dan tidak miskin. Cita-cita Diana hanyalah satu, iaitu berkahwin dengan lelaki kaya. Dan lelaki yang kaya yang menjadi mangsa buruan Diana adalah Hazwan.

Hazwan. Entah bagaimana keadaan lelaki itu. Adakah dia masih bersama dengan perempuan dua ‘alam’ seperti Diana itu? Dan yang penting adalah Hazwan ada mencarinya selama ini? Dulu selepas sahaja berpindah di rumah barunya sekarang, dia asyik berangan bahawa Hazwan datang mencarinya semula tapi betul kata orang, angan-angan cinta hanya tinggal angan-angan. Ianya tidak akan jadi nyata.

"Hisy, apa aku asyik fikir ni," lama dia mengelamun. Sedar-sedar saja dia sudah berada di kaki lima yang menempatkan beberapa papan kenyataan yang telah dibahagikan dengan ruangan-ruangan khas cuma bezanya, sekolah itu tiada ruangan khas untuk Carta Prince Charming seperti di sekolahnya sekarang.

Jam di tangan dipandangnya. Beberapa minit lagi hendak jam tiga petang. Dan beberapa minit lagi perlawanan persahabatan antara Sekolah Haji Harun dengan Sekolah Haji Mansur akan bermula.

Baru saja dia hendak melangkah pergi ke padang, handsetnya berbunyi. Panggilan dari nombor yang tidak dikenali. Tanpa berfikir panjang, dia terus menjawab panggilan tersebut.

"Hoi mak cik," sapa satu suara di hujung talian.

Nazrul!

"Mak cik, cepatlah. Perlawanan dah nak mula ni."

"Aku nak pergi la ni. Dan lagi satu, aku bukan Mak Cik kau!"

"Cepatlah! Membebel je."

"Aku nak pergi la ni," Nurul mendengus marah. "Tapi, macam mana kau tahu nombor handset aku ni?" tanya Nurul pelik sebab setahunya dia belum lagi memberi nombor telefonnya kepada mana-mana ahli rasmi bola sepak lagi.

"Ye la… agaknya pergi carik pakwe," balas Nazrul.

"Banyak la ko punya pakwe!" terus Nurul mempercepatkan langkah. Selagi dia tidak sampai sana, selagi itulah hatinya panas. Kalaulah dia boleh bertukar jadi Ultraman sudah lama dia ‘fire’ Nazrul itu.
"Habis tu kenapa tak sampai lagi?"

"Aku tengah jalan nak pergi sana la ni!" marahnya sehinggakan dia hampir terlanggar seseorang. Nasib baik dia sempat mengelak.

"Sorry," ujar pelajar lelaki yang hampir di langgarnya tadi.

Langkah Nurul yang terus mara tanpa meminta maaf tadi terhenti sebaik sahaja mendengar suara pelajar lelaki itu. Rasanya suara tu macam dia pernah dengari. Dia segera memalingkan kepalanya melihat gerangan orangnya dan tiba-tiba tubuhnya jadi kaget.

Hazwan! Jeritnya dalam hati apabila memandang lelaki yang hampir bertembung dengannya tadi. Hazwan turut memandangnya. Lama. Barangkali cuba mengingati gadis yang berdiri di hadapannya itu. Mungkin ingat dan mungkin lelaki itu tidak ingat.

"Kau ni mengorat pakwe ke!" suara Nazrul jelas kedengaran dari handsetnya. Terus membuatkan Nurul tersedar dari lamunannya.

"Yelah! Aku on day way sekarang ni," terus Nurul berlalu mengangkat kaki tanpa memperdulikan Hazrul. Entah lelaki itu kenal dia lagi atau tidak dia tidak tahu.

"Mana kau dapat nombor telefon aku?" terus Nurul serang sebaik sahaja dia merapati Nazrul yang sedang mencatat sesuatu di buku nota. Sebelum itu hatinya sempat pula berterima kasih kepada Nazrul yang memilih untuk duduk di bawah pokok angsana dan bebas dari matahari terik. Kalau ada payung dia tak kisah sangat kalau di suruh duduk di tengah panas. Payung…

Ah! Sakitkan hati saja!

"Bukan ke kau tulis dalam surat tu," jawab Nazrul selamba.

"Surat? Surat apa?" tanyanya lagi. Seingatnya, dia tidak pernah tulis surat… Surat?! Dengan pantas Nurul memandang Nazrul yang masih bersikap selamba. "Maksud kau surat…."

Tanpa memandangnya Nazrul mengangguk.

"Kau baca surat tu?!!"

"Mak cik boleh tak diam sikit?" tegur Nazrul menjeling tajam kemudian menyambung menulis sesuatu di nota bukunya. Terus Nurul menarik muka masam. Sakit hati betul bercakap dengan Nazrul ni. Memang lelaki yang langsung tiada perasaan.

Sebentar kemudian dia dikejutkan dengan sorakkan meriah sekumpulan pelajar perempuan yang baru sahaja turun dari bas sekolah yang sudah lama parking di depan pintu pagar padang sekolah itu. Beberapa orang lelaki yang lengkap berpakaian sukan berjersi merah putih pula turun dari bas tersebut. Di saat itulah para penonton yang kebanyakkannya terdiri daripada kaum perempuan menjerit bagaikan disampuk hantu apabila Pasukan Haji Mansur turun padang. Belum pernah lagi dia melihat situasi begitu apabila perlawanan bola sepak berlansung. Kalau orang ramai datang dengan berpakaian sukan pasukan kegilaan masing-masing mungkin dia tidak hairan sangat tapi kebanyakkan mereka yang datang pada hari ini terdiri dari anak-anak gadis yang berpakaian seksi dengan berbedak macam opera cina, memakai gincu merah membara seperti sedang bertanding dengan Pak Cik Mc Donald cingu siapa yang paling cantik.

Hampir terkena ‘Culture Shock’ dengan mereka semua itu. Nurul tahu, pelajar lelaki SMK Semerbak memang ‘hot’ sehinggakan ada yang sanggup mati demi memiliki hati mereka. Kacak bukan alasan utama mereka ‘hot’ tapi di sebabkan semua orang tahu semua pelajar yang belajar di sekolah itu datangnya dari keluarga yang ternama dan berada. Siapa yang tidak cair bila melihat kemewahan mereka. Di tambah lagi kalau lelaki itu kacak. Huh, ada yang menggelupur bila bertentang mata. Nasib baiklah dia bukan tergolong dalam jenis perempuan yang mudah cair dengan kekacakan ataupun kekayaan seseorang.

Sorakan mereka jelas kedengaran. Mujurlah Nazrul mengambil tempat jauh dari khemah penonton kalau tidak mungkin selepas pertandingan ini, dia akan jadi pekak selama-lamanya. Terima kasih kepada Nazrul!

"Apa yang kau tahu pasal bola sepak?" tanya Nazrul tiba-tiba bersuara. Dia masih lagi menulis sesuatu di buku notanya.

"Bola Sepak la. Pengadil bagi bola, lepas tu, dua pasukan akan berebut bola tu… emm… macam bodoh pun ada kan? Hanya sebiji bola diorang berebut…"

Perlahan-lahan Nazrul memandang Nurul yang acuh tak acuh menjawab soalannya. Di sangkakan Nurul sudah faham dengan sukan itu tapi nampak gayanya kerjanya akan bertambah.

"Kenapa? Salah ke?"

Nazrul menarik keluhan berat. Ini masalah berat ni. Seorang pengurus Kelab Bola Sepak langsung tidak tahu apa itu Bola Sepak. Dia berhenti menulis. Buku nota kembali ditutup dan di letak tepi. Kemudian memandang Nurul disebelahnya.

Nurul berasa gugup. Ini kali pertama dia bertentangan mata dengan Nazrul dan ini juga pertama kali dia dapat melihat wajah Nazrul secara dekat. Baru dia perasan, rupanya Nazrul memiliki anak mata berwarna coklat.

"Apa tujuan kau apply jadi Pengurus?" tanya Nazrul.

"Hah?"

"Kau pekak ke? Apa tujuan kau apply jadi pengurus?"

Nurul terdiam. Sejujurnya dia pun tidak tahu kenapa dia jadi pengurus Kelab Bola Sepak. Sofea yang mendaftarkan namanya untuk temu duga pengurus Kelab Bola Sepak. Walaupun dia tidak suka tapi dia pergi juga dan akhirnya terpilih. Dia boleh letak jawatan tapi entah kenapa dia masih lagi meneruskan jawatan pengurus itu. Adakah dia berharap dapat berjumpa dengan orang yang menyelamatkannya tempoh hari?

"Atau kau ada agenda lain?" puas menunggu jawapan dari Nurul tapi tidak terucap juga, Nazrul akhirnya bersuara. Sekilas itu Nurul berpaling memandangnya. "Memang ada agenda lain," ujarnya kembali mencapai buku notanya tadi. "Kalau kau fikir dengan masuk ke kelab kami kau boleh cari calon suami, lupakan sajalah."

"Kau ingat aku ni terdesak sangat ke nak kahwin sekarang?!" kata Nurul dengan nada yang tinggi. Menyirap darahnya bila mendengar Nazrul menuduhnya sedemikian rupa. Tak sangka, orang yang suka buat hal sendiri seperti Nazrul boleh berkata begitu. Walaupun selama ini Hayrul sering mempertikaikan kewujudannya sebagai pengurus kelab tapi dia tidak pernah rasa tersentap dengan kata-kata Hayrul.

"Habis tu kenapa kau apply jadi pengurus?"

Nurul hanya senyap. Wajarkah dia memberitahu hal yang sebenarnya? Apa yang terjadi pada dirinya tempoh hari yang menyebabkan dia hampir kehilangan nyawa tapi mujurlah ada seseorang yang baik hati menyelamatkannya. Dan orang itu memakai jacket rasmi Kelab Bola Sepak.

"Tak pe… aku pun tak berminat nak tahu."

Nurul kembali melemparkan pandangan ke arah padang. Dua pasukan yang akan bertanding telah beratur berhadapan dengan pasukan lawan. SMK Haji Harun yang berjersi Hijau manakala SMK Haji Mansur berjersi merah putih. Rasanya ini pertama kali dia menonton perlawanan bola sepak selain menontonnya di televisyen.
Dari jauh dia melihat pengadil yang memakai baju dan seluar hitam memberi sedikit penerangan sebelum sekeping duit syiling di lambungkan. Setahunya, duit syiling itu adalah penentu di mana gawang gol dan pasukan manakah yang mendapat bola diawal perlawanan. Ia lebih kurang macam bola jaring juga.

"Berapa pemain dalam bola sepak?" tanya Nazrul bersuara.

"11 orang. 10 orang pemain dan seorang penjaga gol. Tapi untuk melayakkan sesebuah pasukan tu ke sesebuah perlawanan, mereka kena ada 15 nama pemain," terang Nurul. Nazrul hanya mengangguk.

"Fiq yang ajar?"

"Dia tak ajar tapi dia bagi buku catatan dia untuk tambahkan pengetahuan tentang sukan ni," katanya.
Wisel dibunyikan tidak lama selepas itu menandakan perlawanan telahpun bermula. Sebaik sahaja permain mula menggelecek bola, satu sorakan kuat bergema dengan pekikan suara gadis-gadis sorak di bawah khemah.
Pelik betul dengan mereka semua tu. Kalau kipas angin susah mati pun janganlah membazir suara terpekik-pekik macam langsuir kehilangan langsir rumah dia. Satu keluhan berat kedengaran darinya. Bosan. Macam manalah lelaki ni minat sangat dengan perlawanan bola sepak. Sekali sekala dia akan menjeling pandang Nazrul yang memerhati perlawanan tersebut tanpa berkelip.

Ini pertama kali juga dia melihat Nazrul sedar. Selalunya bila dia bertemu dengan Nazrul, pasti lelaki itu sedang tidur. Tidur pula macam tak ingat dunia. Siap berdengkur lagi. Tapi bila orang ajak pergi makan, terus tersedar. Lagi-lagi kalau Rezza yang mengajak.

"Kau tulis apa tu?" tanya Nurul hairan. Pelik betul dengan Nazrul ni, takkanlah mengarang karangan untuk kerja sekolah bahasa melayu.

"Formasi diorang la."

"Formasi?"

"Teknik atau kedudukan pemain di padang," jawab Nazrul. Kelihatan Nurul mengedut dahi. Barangkali tidak faham apa yang diberitahunya tadi. "Okey, kalau nak menang sesuatu perlawanan kita tak boleh bergantung pada tenaga saja. Yes, orang nampak memang kita kejar bola, sepak bola ke sana ke mari tapi sebenarnya ada teknik yang terselindung di dalam perlawanan tu. Macam pasukan SMK Haji Mansur, diorang menggunakan formasi 4-4-2."

"Nombor apa tu? Nombor ekor ke?"

"Banyaklah kau punya nombor ekor."

"Tanya pun salah ke?!"

"Memanglah tak salah tapi kau tanya soalan yang tak logik. Kau ingat ni judi ke?"

"Tapi ada jugak orang main judi bola."

"Memanglah tapi 4-4-2 tu bukannya judi! Tu formasi ataupun teknik perlawanan semasa di padang. Tulah, lain kali masa aku terangkan jangan nak menyampuk. Dahla En. Majid tu dah serahkan kau kat aku, kalau kau tak tahu apa-apa pasal semua ni, aku jugak yang kena tau!"

Nurul mengedut dahi. En Majid serahkan dia pada Nazrul? Untuk apa? Untuk jaganya ataupun jaga Nazrul yang asyik tidur sepanjang masa? Sesedap hati saja En Majid nak serahkannya pada orang lain. Ingat dia tidak reti jaga diri sendiri ke.

"4-4-2 mewakili pemain di padang. Nombor di hadapan adalah jumlah pemain pertahanan. Nombor tengah adalah jumlah permain tengah ataupun tengah kiri. Dan nombor terakhir adalah bilangan penyerang yang digunakan dipadang. Selain 4-4-2 ada banyak lagi teknik lain. Dan selalunya teknik ni tidak akan kekal hingga akhir perlawan. Ia akan berubah mengikut strategi lawan dan selalunya pengurus ataupun jurulatih yang akan memberi arahan teknik apakah yang akan digunakan semasa di padang nanti," terang Nazrul. "Faham?"
"Err… sikit-sikit."

"Balik ni buat research pasal bola sepak. Aku rasa kat internet berlambak pasal teknik bola sepak. Kau bacalah kalau kau tak faham. Tapi aku mintak sangat kau baca sebab kami perlukan pengurus yang arif dengan bola sepak dan bukannya arif dengan menulis surat cinta."
Nurul menjeling tajam. Ada juga yang hendak kena hentak dengan failnya pula nanti. Tak habis-habis nak memerlinya dengan surat cinta.

"Tahulah."

Pandanganya kembali memandang pertandingan yang sedang berlangsung di tengah padang.

"Kenapa kita perlu jadi pengintip? Sebab aku tengok perlawanan ni macam perlawanan biasa saja."

"Kau tengok memang biasa tapi lihatlah nanti. SMK Haji Mansur akan menjaringkan gol."

Tidak lama selepas Nazrul berkata, kedengaran para penyokong SMK Haji Mansur bersorak kemenangan apabila salah seorang penyerang mereka menjaringkan gol tunggal pada minit ke 15 perlawanan.

"Kau ni ahli nujum ke?" Nurul bertanya seakan tidak percaya.

"Itu dinamakan analisis dalam perlawanan. Kau ingat main bola ni, just main kat tengah padang ke? Kalau diorang pakai strategi kita kena balas balik dengan analisis. Cari kelemahan diorang, cari ruang kosong dan yang paling penting hapuskan strategi diorang tu. Itulah sebabnya kita perlu jadi pengintip hari ni," terang Nazrul.

"Hah? Macam tu ke? Aku ingatkan main redah je. Tapi macam mana kau tahu?"

"Sebab aku dari keturunan ahli nujum."

Serentak itu Nurul menarik muka. Bila time dia mula serius, Nazrul pula buat lawak haiwan.
"Tugas kau, cuba perhatikan pemain nombor 9 dan 10 tu. Tengok saja pergerakan diorang dan guna otak fikir," ujar Nazrul sebelum menutup buku notanya dan di simpan ke dalam beg sekolahnya. "Aku nak pergi tandas kejap. Kau jangan menggatal nak mengorat lelaki lain. Ingat tugas kau."

"Tahulah! Kau pula jangan nak tidur dalam tandas tu."

"Kalau aku nak tidur, aku tak takkan pilih tandas la tuk landing. Tahulah aku carik tempat yang stategik sikit nak landing," balas Nazrul pula.

"Jangan lama-lama!" ujar Nurul separuh menjerit. "Tu mesti sah nak tidur la tu," agaknya.
Sebaik sahaja dia melepasi pintu pagar yang menghubungkan padang sekolah tersebut, Nazrul segera mengeluarkan handset dari kocek seluarnya. Butang handset ditekan-tekan mencari nama Rezza. Dengan tanpa membuang masa, dia terus menelefon Rezza, kawan karibnya itu.

"Rezza, tolong aku…," ujarnya sebaik sahaja panggilan disambut oleh Rezza.
posted by Penulisan2u @ 8:01 PM  

Kongsi Karya Ini Di Dinding Facebook Anda
6 Comments:
  • At 1/12/08 4:34 PM, Anonymous Tanpa Nama said…

    nak tau sambgannya....xsabar sgt nk baca...
    ^sakura hana^

     

  • At 1/12/08 10:56 PM, Blogger raja nurul ain said…

    best arr citer nie..cpt laa..nk sambungannya..arrr

     

  • At 2/12/08 3:01 PM, Anonymous indonesia yg cetak rompak said…

    sambungannya mana pak???
    ingin banget membacanya ya pak...

     

  • At 5/12/08 9:38 PM, Blogger Ezzan Yusop said…

    serius x sabar nk tau smbungan die...suka la citer ni! :D

     

  • At 31/12/08 5:06 PM, Anonymous Tanpa Nama said…

    salam...
    sweetya citer dia!!!
    klu baca asyik tersengeh je d buatnya...
    good job!!
    ~sofea~

     

  • At 8/9/10 10:44 PM, Anonymous Tanpa Nama said…

    sofea....tw xpe...ase cm mrasainyer jew...
    tsengeh2 dri tdi da niyh....hikhikhik
    ~~~ieyra~~~

     

Catat Ulasan

TINGGALKAN ULASAN DAN KOMEN, PADA SETIAP KARYA YANG ANDA BACA Penulis memerlukan ulasan dan komen, bagi memperbaiki penulisan dan memperbetulkan kesilapan. Komen dan ulasan anda akan memberi satu semangat kepada penulis, untuk terus menulis karya dan seterusnya menghasilkan karya yang menarik. Kerjasama & sokongan daripada pembaca amat kami hargai. Sebab itulah kami menyediakan HADIAH, sebagai penghargaan kepada penulis dan juga kepada pembaca yang aktif memberi komen & ulasan

<< Home

 

 

 NOVEL TERBARU DI PASARAN

 

 

"Dia hidup bukan kerana cinta. Dia hidup kerana kehadiran Prince Charming yang menyelamatkannya. Semuanya gara-gara dia mengoyak Carta Prince Charming—carta misteri yang tiada sesiapa tahu dari mana datangnya. Yang pasti, memang dia langsung tidak percaya dengan sumpahan yang dikatakan berkaitan dengan Carta Prince Charming.

"Sumpahan puteri? Kau ingat ini cerita dongeng ke? Puteri apa yang nak sumpah aku ni? Puteri bunian? Puteri lindungan bulan?”

Desakan daripada Sofea membawanya ke Kelab Bola Sepak. Di situlah Prince Charming berkumpul. Tetapi hanya seorang sahaja Prince Charming yang dicari-carinya. Namun, untuk mencari Prince Charming bukanlah mudah, namun dia yakin, antara mereka, pasti salah seorang adalah penyelamatnya.

Orang tu pun satu! Dah selamatkan nyawa orang, tak reti-reti ke nak munculkan diri? Bukan ke lagi senang kalau datang berdiri depan aku dan cakap, Sayalah yang selamatkan awak daripada kena langgar semalam. Finish! Tak adalah nak panjangkan cerita sampai beratus muka surat semata-mata nak cari Prince Charming!

Tajuk: Prince Charming
Penulis: Ratu Bulan
Terbitan: Fajar Pakeer

Harga: RM19.90
Ulasan:

 


 

NOVEL HANGAT DIPASARAN

 

 

Pertemuan pertama memberi impak yang berbeza kepada dua insan. Maria malu mengenang, sedang Hisyam mahu mendekat. Maria semakin resah apabila Hisyam terus-terusan mendesak. Dalam benci ada rindu. Bijak Hisyam memujuk, mereka akhirnya disatukan.

Salina hadir menjadi duri dalam daging. Bagi Hisyam, gadis itu ialah sahabatnya yang terbaik. Insan paling dipercayai. Namun, dalam diam, Salina meracuni hubungan mereka. Salina ada agenda yang tersendiri.

Semakin hari, semakin nipis rasa percaya Maria terhadap Hisyam. Namun, dia tidak mungkin menghindar rasa kasih yang sudah menebal. Demi menunaikan permintaan Maria, Hisyam tega melamar Salina walau ada luka di hati.

Sanggupkah Hisyam menduakan Maria yang pernah dicintai sepenuh hati? Dan, Maria, mampukah membiarkan suami tersayang jatuh ke tangan Salina? Atau, Mariakah orang ketiga yang tidak lagi diperlukan kehadirannya oleh Hisyam?

 

Baca bab awal dari bab 1-15 di www.takmungkinkuhindar.blogspot.com
 

Tajuk: Tak Mungkin Kuhindar
Penulis: Ana Sofiya
Terbitan: Fajar Pakeer

Harga: RM22.90
Ulasan:

 


       Karyaseni

www.karyaseni.my
www.karyaseni.com.my
       Menarik Klik Dibawah
    50 Karya Terbaru

  Info Karya Terkini

      Baca Karya Pilihan

  Pelukan Cinta - Novel cinta yang 90% adalah kisah benar, wujud lagikah manusia sebegini?

 

  Suami Aku Ustaz - Bila Suami Yang Merupakan ustaz kini menjadi suamiku, Sebuah novel yang banyak menekan nilai-nilai islamik

 

  Terlerai Kasih Sebuah novel yang heroinnya bertudung, novel yang begitu menarik. selamat membaca

 

  Kahwin Ganti - Novel yang pasti dapat memikat hati pembaca. bagaimana seorang yang sakit menjadi suamiku

 

  Kemilau Karya Kasih - Kisah  anti novel melayu, yang memandang jijik dan hina novel melayu. ikuti kisah menarik ini.

 

  Opps pintu hatiku - Kisah yang menarik pilihan yang mampu memberi keseronokan membaca

 

  Pilihan Mama - perlukah ikut pilihan mama, sedangkan pilihan mama umpama manusia yang tidak berperikemanusian

 

  Tak Mungkin Kuhindar - Novel yang mendapat sambutan dan popular di penulisan2u

 

  Dibius Cinta - Cucukan jarum cinta manakah yang mampu membius hatiku. Kalau sudah membaca novel ini kali pertama, pasti tidak akan berhenti.

 

 

klik pada tajuk untuk membaca karya pilihan di atas

 

      Iklaneka

 

125 

 

 

 

 

 

Berminat iklan di blog penulisan2u? hubungi kami di email : Bantuan@penulisan2u.net

      Tarikh Karya

 

Ikuti blog ini | Follow this blog

      Berita Hangat

Penulisan2u sedang berkerjasama dengan Penerbit Novel bagi memberi peluang kepada penulis-penulis berbakat dan karya yang menarik. Antara novel yang sudah di terbitkan

 

  Biarlah YM Berbicara

  Baju Pengantin Mak Andam

  Siapakah Di hatiku

  Hot Gimmick

  Pergilah Air Mata

  Sepupuku Suamiku

  Hadirmu Takdirku

  Cermin

  Tak Mungkin Kuhindar

  Bini Aku Tomboy Ke?

  Jodoh Atau Cinta

  Prince Charming

  AD + IZ 

 

Tunggu kemunculan novel-novel terbaru dari penulis penulisan2u setiap bulan di pasaran.

      Ingin Hadiah?

PERADUAN KUIZ . Tahniah kepada 10 Pemenang Kuiz, Hadiah ditaja oleh Syarikat Penerbitan Kaki novel Enterprise. Klik Disini untuk melihat Senarai pemenang.

 

UNTUK PENULIS. 5 Penulis terbaik pilihan pembaca setiap bulan. akan menerima hadiah sebuah novel. Blog pertama dan satunya2 blog yang memberi hadiah kepada penulis. Klik Disini untuk melihat senarai Penulis terbaik pilihan pembaca setiap bulan

 

UNTUK PENGULAS & PEMBACA?

2 Pengulas paling AKTIF dengan memberi komen yang ikhlas dan membina, pada setiap karya cerpen / novel  di penulisan2u akan menerima hadiah sebuah NOVEL.

 

      Bilik Sembang

Info
TAG

koleksi novel, koleksi novel cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik, novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru, teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram, cerita, cerita cinta, cerita melayu

UCAPAN

1/1/2009:
Tahun baru misi baru, cerpen dan novel pun baru. semoga terhibur bersama blog kami

KATA HIKMAH

1) Cara yang pasti untuk terlepas dari berjaya ialah terlepas peluang

2)"Jika saya ingin memulakan kembali perniagaan saya, maka saya akan memilih perniagaan network (MLM)"DONALD TRUMPH

3) "ada menyebut, 9/10 daripada rezeki berpunca daripada perniagaan" HADIS

4)Dalam tempoh lima tahun akan datang hanya wujud 2 jenis perniagaan iaitu perniagaan yang menggunakan INTERNET sebagai platform ATAU perniagaan tanpa internet yang akan terkeluar dari persaingan dunia perniagaan.” Apabila ditanya kepada beliau, bagaimana awak boleh jadi di antara orang yang terkaya di dunia? Jawab beliau,“Saya berada ditempat yang betul tepat pada masanya, saya melihat VISI dan yang sangat penting. Saya melakukan TINDAKAN!!”. BILL GATES

5) "Daripada 40 orang terkaya yang berumur di bawah 40 tahun, separuh daripada mereka berjaya melalui INTERNET."  -MAJALAH FORTUNE-

6) Jika anda mahu melakukan sesuatu anda akan mencari jalan dan jika anda tidak mahu melakukan sesuatu anda akan mencari alasan

7) Siapa yang tidak pernah gagal, dia tidak akan menjadi kaya -charles h.spungeon-

8) Ingatlah Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum melainkan kaum itu sendiri berusaha mengubahnya - al-Radu [13]: 11-

9) 99% kejayaan dibina dari kegagalan yang lalu, siapa yang mahu dan tidak bertindak, dia adalah haiwan perosak -willim blake-

9) Banyak hal yang kita sebut sebagai was-was untuk bertindak seringkali dapat diubah menjadi kejayaan dan keuntungan, hanya dengan mengubah sedikit sahaja sikap dalam diri seseorang daripada rasa takut bertukar untuk berjuang

10) semasa kita berhenti dari berfikir, kita biasanya terlepas satu peluang

11) Ilmu melalui bukunya, kemahiran melalui pengalamanya, kejayaan melalui usahanya


TAG

koleksi novel, koleksi novel cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik, novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru, teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram, cerita, cerita cinta, cerita melayu

Inspirasi kejayaan yang cemerlang di
www.kerjaya.net
      Chit-Chat Corner

online
     Rakan Niaga

Rahsia dari 8 Jutawan Malaysia

Rahsia penjimatan elektrik

117 Idea Bisnes Luar Biasa

Webhosting Terbaik Malaysia

Video Tutorial Bisnes Internet

Peluang Bisnes SMS

Google Adsense jana Duit

Rahsia perniagaan digital

Business Internet

Cara Format PC

Perkakasan membina website

Cara membina Blog wordpress

Buat Duit dengan Ebook

Rahsia sistem merekrut MLM

Menjana pendapatan di EBAY

Tingkatkan Traffik ke website

Tiada duit untuk kahwin?

Rahsia Bisnes di Internet

Panduan asas membina blog

Jana wang dgn unit trust

Belajar design grafik

Bengkel website

10 Model Bisnes internet

Pakej bisnes internet

Belajar HTML website

Rahsia teknik bisnes di EBAY

      Novel pilihan

sinopsis klik pada gambar

   Diari Penulis

    • Aisya Sofea

    • Anis Ayuni

    • Bikash Nur Idris

    • Damya Hanna

    • Dhiya Zafira

    • Eny Ryhanna

    • Salina ibrahim

    Dina Najat

    • Ahadiat Akashah

    • Norhayati Berahim

    • Aina Emir

    • Hafirda Afiela

    • Hani Fazuha

    • Dewi Sukma

    • Sri Diah

    • Zn Isa

    • Lily Suraini

    • Lily Haslina

    • Nia Azalea

    • Rose Harissa

    • Norzailina Nordin

    • Aleya Aneesa

    • Liza Zahira

    • Ida Nardiel

    • Eka fahara

    Syima Syawal

    • Meen Zulaikha

    • Rose harissa

    • Aleya Aneesa

    • Lynn Dayana

    • Mersik Romoyu

         Ingin Menjadi Penulis?

Creative Enterprise Sdn. Bhd., sedang mencari manuskrip kanak-kanak atau remaja. Ini kerana pihak kami ingin memperluaskan dan memperbanyakkan bahan bacaan untuk kanak-kanak dan remaja. Di samping itu kami juga ingin memupuk minat membaca dalam kalangan kanak-kanak dan remaja. ( klik disini )

Karyaseni Enterprise ingin memaklumankan kepada anda yang berminat untuk menghantar manuskrip anda kepada KS untuk penilaian, sila email kan sinopsis dan tiga bab awal ke alamat email berikut: Manuskrip@karyaseni.my

KarnaDya Solutions Sdn Bhd. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan? hantarkan karya anda. Sebelum anda menghantarkan manuskrip anda, sila hantarkan butiran berikut terlebih dahulu melalui emel/pos. untuk maklumat lanjut ( klik disini )

NB Kara Sdn Bhd dengan berbesar hati menjemput mana-mana penulis yang merasakan diri mereka layak menjadi penulis yang versatil, menghantar manuskrip mereka kepada NB Kara Sdn Bhd. Tulisan anda terlebih dahulu akan dinilai oleh penulis prolifik Norhayati Berahim dan juga beberapa panel editor sebelum diluluskan untuk terbitan.
 ( klik disini )

Jemari Seni Publishing. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan? Untuk tujuan pengiriman manuskrip, JEMARI SENI telah menggariskan panduan kepada penulis-penulisnya. untuk maklumat lanjut ( klik disini )

 

Alaf 21 Sdn Bhd. Tahun 2008 bakal menjanjikan sinar kecemerlangan seandainya karya anda terpilih untuk diterbitkan oleh Alaf 21, penerbit novel tersohor di Malaysia. Jika anda mempunyai salah satu manuskrip tersebut, kami ingin menatap dan menilainya. Sekiranya sesuai, pihak kami ingin menerbitkannya di bawah jenama ALAF21. ( klik disini)

   Ahli Pelawat
      Novel Di Pasaran

Kenangan Terindah - Hezzy Azra

Serasi di hati - Nora Ismail

Nama aku N - Aina Emir

Bunga Syurga - Anita Aruszi

Episod cinta luka - Fateen Najwa

Sandaran kasih - Aini Marisha

Fitrah kasih - Ilani Mysara

Bukan yg pertama - Salina Ibrahim

Ternyata cinta - Damya Hanna

Selagi ada dia - Aisya Sofea

Kembalikan cintaku - Norhayati NB

Warna hati - Meen Zulaikha

Seribu kali sayang - Anis Ayuni

Menanti kasih - Norzailina nordin

Cahaya - Nura zulaikha

Dakapan cinta - Eny Ryhanna

Hanya kita berdua - Aina emir

Ku Utus Rindu - Intan Arnida

Usikan rindu - Qaira Qasidah

Segalanya untukmu - A.Anessa

 

Dapatkan dikedai berhampiran anda

      Bantuan Carian

Dua cara asas untuk memudahkan anda melayari laman blog penulisan2u pada masa akan datang. pastikan anda set laman penulisan2u sebagai  "homepage utama" atau dengan "add to favorite" di pelayar komputer anda. caranya dgn klik dibawah:-

 

      Web & Blog Terbaik

Koleksi cerpen & novel online terbaik dari Malaysia, Indonesia, SIngapore & Brunei. Layari di http://penulisan2u.net

Koleksi artikel isu semasa, artikel yang menarik dan hangat http://semasa2u.blogspot.com

tip kehidupan, zodiak, horoskop, petua, tip, puisi, pantun, sajak, dan pelbagai artikel menarik layari di http://istimewa2u.blogspot.com

Blog Berkaitan agama, topik-topik tazkirah, audio, video ceramah, mendengar 114 surah Al-quran secara online, radio-radio dakwah, layari di http://dakwah2u.blogspot.com

Blog Media, Tv streaming online, radio streaming online, surat khabar, rakaman drama, radio era, hot.fm, tv1, tv2,tv3 dan lain-lain. layari di http://mymedia2u.blogspot.com

Blog Koleksi cerita lawak, lucu, kelakar dan video lawak, lucu dan kelakar. layari di laman http://kelakar2u.blogspot.com

Laman web penerbit novel KarnaDya Penerbitan Karyaseni Syarikat penerbitan yang dimiliki oleh Penulisan2u. Novel-novel dari laman penulisan2u akan diterbitkan oleh Karyaseni http://www.karyaseni.my

Laman web syarikat penerbit novel Creative Enterprise Sdn Bhd (CESB). Untuk melihat novel-novel terbaru yang berada di pasaran, layari di http://www.cesb.net.my

Laman web syarikat penerbit Kaki Novel Enterprise. Untuk melihat novel-novel terbaru yang berada di pasaran, layari di http://www.kakinovel.com

Laman web syarikat penerbit NB kara Sdn Bhd. Dimiliki oleh penulis terkenal Norhayati Berahim, Untuk melihat novel-novel terbaru yang berada di pasaran, layari di http://www.nbkara.com.my

Laman web syarikat penerbit Buku Prima Sdn Bhd. Untuk melihat novel-novel terbaru yang berada di pasaran, layari di http://www.bukuprima.com.my

Laman web syarikat penerbit novel jemari Seni Publishing (JS Publishing). Untuk melihat novel-novel terbaru yang berada di pasaran, layari di http://www.jemariseni.com

Laman web syarikat penerbit novel Alaf21 Sdn Bhd (alaf21). Untuk melihat novel-novel terbaru dari Alaf21 layari di http://www.alaf21.com.my

Laman web syarikat penerbit novel Fajar Pakeer Sdn Bhd). Untuk melihat novel-novel terbaru  layari di laman http://www.fajarnovels.com.my

      Kata Kunci

koleksi novel, koleksi novel cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik, novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru, teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram, cerita, cerita cinta, cerita pendek, cerita melayu, cerita online

      Malaysia Group