Kehidupan
adalah anugerah utama Illahi. Anugerah kehidupan memberi gambaran
kebesaranNya buat kita manusia, yang wajib kita syukuri dan hargai.
Internet adalah kemudahan buat umat manusia. Justeru itu,
manafaatkan ia untuk kesejahteraan diri kita dan umat sejagat.
Sentiasalah kita beringat, apa yang kita lakukan, akan dipertanggung
jawabkan pada kemudian hari.
Gunakan sebaik-baiknya kurnia Allah swt kepada kita. Halalkan
kegunaan akal, hati dan lidah pada perkara yang bakal membawa
kecemerlangan diri kita dunia dan akhirat. Kita hidup hanya sekali.
Sekali 'pergi' tak kan kembali. Buat baik berpada-pada, dan buat
jahat JANGAN sekali-kali. Kewujudan website penulisan2u dengan blog
sebagai wadah untuk meningkatkan nilai diri. Bermatlamatkan
penyatuan ummah dengan ciri-ciri kemurnian budi dan budaya. Walaupun,
dunia terus maju dengan teknologi, kita akan terus kekal dengan
akhlak dan jati diri insani.
Merahnya tanah kubur itu, tidak dapat menandingi kemerahan bebola mata Kefri yang sugul berdiri sambil dipapah oleh beberapa orang penduduk kampung. Tiada lagi airmata yang terembes di celahan kelopak matanya yang lesu. Hanya ada sedu-sedan yang mengiringi bacaan talkin oleh beberapa ahli kariah masjid dan juga kenalan. Hujan yang merenyai seakan mengiringi kesedihan yang berkelana di sanubarinya. Membasahi setiap pelusuk kawasan perkuburan itu yang dipagari oleh hutan tebal. Hilang sudah satu-satunya ahli keluarga yang tertinggal. Saat itu dia merasakan masa seolah-olah terhenti seketika. Bahunya terhinggut-hinggut menahan hiba. Suara-suara yang berlegar di persekitarannya langsung tidak dapat menerobos masuk melalui deria dengarnya yang merenung tepat pada kubur nan merah itu.
Pemergian arwah Haji Luqman diratapi oleh semua yang hadir pada majlis pengebumian itu. Semuanya seakan bersimpati pada Kefri yang sudah terjelepuk melutut di atas tanah yang basah. Belumpun setahun pemergian arwah Saidh yang dijatuhkan hukuman gantung sampai mati atas kesalahan membunuh abangnya Zulfar dan Qairy lima tahun dahulu berlalu, penduduk kampung itu digemparkan dengan kematian mengejut Haji Luqman pada tengah malam tadi. Tambah menyedihkan lagi, Kefri tiada di rumah pada waktu itu kerana membantu orang kampung memasang khemah untuk majlis kenduri kahwin dihilir kampung. Tiada siapa yang tidak bersedih bila melihat wajah Kefri yang berbalut kekesalan kerana tidak bersama arwah sewaktu dia menghembuskan nafas yang terakhir malam tadi.
Husna yang berpakaian kurung hitam memeluk ibunya Wan Saodah dengan erat. Dia juga terasa akan kehilangan arwah Haji Luqman yang sudah dianggap olehnya sebagai saudara-mara. Tidak sanggup rasanya untuk memandang pada raut wajah Kefri yang sedang meratap hiba. Sapu tangannya dibasahi dengan airmata miliknya yang masih mengalir deras. Hadirin sudahpun meninggalkan kawasan perkuburan itu secara perlahan-lahan. Namun kakinya terasa berat untuk meninggalkan Kefri keseorangan. "Una.. Marilah kita balik nak..!! Jangan ganggu abang Kefri kau buat masa ni sayang..", usul Wan Saodah yang sudahpun berpaling meninggalkan tempat itu. Dengan langkah yang amat berat untuk dihayun, mahu tidak mahu Husna terpaksa menurut nasihat ibunya. Di kala ini, mendekati Kefri yang masih terganggu emosinya adalah sesuatu yang tidak patut untuk dilakukan. Semakin kakinya melangkah menjauhi Kefri, semakin sebak dadanya diburu kesedihan. Airmatanya tertumpah lagi.
"Saya sebagai peguam yang diamanahkan oleh arwah bapa encik Kefri bersimpati dengan berita pemergian beliau.. Takziah saya ucapkan.. Saya harap encik Kefri banyakkan bersabar..!!", ujar peguam muda itu sambil menanggalkan cermin matanya. Kefri hanya mengangguk lemah tanpa bersuara. Dia memerhatikan keadaan sekeliling pejabat itu dengan mata yang masih bengkak kerana terlalu banyak menangis semalam. "Tujuan saya memanggil encik Kefri untuk datang ke pejabat saya ini adalah untuk memberitahu encik Kefri tentang wasiat arwah Haji Luqman yang diamanatkan kepada saya sebelum beliau meninggal dunia.. Beliau telah mewariskan separuh daripada keseluruhan hartanya yang bernilai kira-kira limabelas juta ringgit kepada encik Kefri..!!", ujar peguam muda itu panjang lebar. Kefri tersentak mendengar penjelasan itu. Arwah bapanya langsung tidak pernah bercerita tentang nilai harta milik beliau padanya sebelum ini. "Lima belas juta ringgit..?", Kefri bersuara perlahan sambil menelan liur.
"Seperkara lagi.. sila tunggu sebentar..!!", ujar peguam muda itu lagi lantas bangun dari kerusi dan menuju ke arah sebuah peti besi yang berada di belakangnya. Peguam muda itu memusing-musingkan tombol pada peti besi berkenaan yang dilindungi dengan kod nombor kombinasi. Kelihatan seperti dia sedang mengambil sesuatu setelah pintu peti besi itu dibuka. "Arwah Haji Luqman juga mahu saya menyerahkan barang ini kepada encik Kefri setelah ketiadaannya.. Itu sahaja yang saya mahu beritahu pada encik Kefri buat masa ini.. Segala urusan pewarisan harta akan saya laksanakan.. Saya akan memanggil encik Kefri semula nanti bila saya memerlukan tandatangan encik untuk beberapa dokumen yang akan saya siapkan nanti..!!", ujarnya sambil menyerahkan bungkusan berbalut kain kuning ke tangan Kefri. Kefri memegang benda itu dengan seribu satu persoalan yang berlegar di minda. "Keris..? Kenapa ayah mewasiatkan keris ini pada saya encik..?", soal Kefri setelah membuka balutan kain kuning itu untuk memeastikan benda apakah yang terisi di dalamnya. "Minta maaf encik Kefri.. Saya hanya diamanahkan untuk menyerahkannya sahaja.. Selebihnya saya tidak tahu..!!", peguam muda itu berkata sambil mengukir senyum.
Kereta yang dipandu oleh Kefri itu membelah jalanraya yang agak lengang. Fikirannya terasa begitu kusut sekali. Begitu banyak rahsia yang terpendam di dalam rumah agam itu. Dia menjeling ke arah keris yang diletakkan di bahagian tempat duduk penumpang di sebelahnya. Bagaikan ada satu kuasa yang menarik perhatiannya agar terus memandang pada keris misteri tersebut. Seingat dirinya, arwah bapanya langsung tidak pernah menyebut tentang kewujudan keris ini dalam keluarganya serta kaitan dengan keris ini. Tiba-tiba terdengar bunyi hon yang berpanjangan membuatkan Kefri segera mengalihkan perhatiannya semula ke hadapan. Serentak dengan itu, tangannya dengan pantas memutar stereng ke kiri jalan. "Astaghfirullahalazim..", Kefri beristighfar sambil menarik nafas lega setelah kereta yang dipandunya berhenti di sisi jalan. Nasibnya baik kerana tidak berlanggar dengan sebuah lori kontena yang tiba-tiba muncul di hadapannya. Kefri mengurut dadanya yang bergelora perasaan cemas. Betapa dirinya hampir-hampir dijemput oleh malaikat maut.
"Adik..!! Adik tak apa-apa..?", tanya seorang lelaki yang berumur dalam lingkungan empat puluhan yang menjengah di luar tingkap keretanya. Kefri tidak menjawab pertanyaan itu. Nafasnya masih turun naik. Seketika kemudian barulah dia menurunkan tingkap kereta. "Nak saya bawa ke hospital..?", tanya lelaki itu lagi. Belum sempat Kefri mahu menyatakan terima kasih di atas keperihatinan lelaki itu, secara tiba-tiba wajah lelaki itu berubah menjadi pucat lesi. Tergopoh-gapah dia meninggalkan Kefri yang terpinga-pinga balik ke lori miliknya. Langkahnya begitu pantas dan berterabur sekali. Kefri menggaru-garu kepalanya yang tidak gatal sambil perhatiannya terus menyoroti langkah lelaki tersebut. "Kenapa pulak tu..? Aku baru nak ucap terima kasih..!!", ujarnya berbisik. Kelihatan lelaki itu masuk ke dalam lori yang diletakkan di tepi jalan lebih kurang dua ratus meter di belakang kereta miliknya dan terus memecut meninggalkan kawasan itu. "Pening kepala aku dibuatnya..", ujar Kefri sambil menghidupkan enjin keretanya yang mati secara tiba-tiba sebentar tadi. Dia berpaling semula ke arah keris di sebelahnya yang tidak terusik. Perlahan-lahan tangannya mengambil keris itu dan mencabutnya keluar dari sarung. "Cantik juga keris ni..!! Ada tujuh luk semuanya..", bisiknya perlahan lalu memasukkannya semula ke dalam sarung. Dia memasukkan gear dan terus meninggalkan kawasan itu bersama kereta Honda Accord Inspire miliknya.
Saya mewakili Malindo Publications Sdn Bhd ingin menjemput saudara / saudari untuk menjadi penulis bagi syarikat Malindo Publications Sdn Bhd. MPSB telah mula menerbitkan buku secara serius pada tahun 2005. Kini MPSB telah menerbitkan lebih kurang 53 judul yang berkaitan akademik. Sebarang pertanyaan boleh diajukan melalui :
Malindo Publications Sdn Bhd No 88, Batu 5 Jalan Gombak 53000 Kuala Lumpur Tel : 03-4024 7159 Faks : 03-4024 8159 Emel : malindopublications@yahoo.com malindopublications@hotmail.com www.malindopublications.com
Sekian,
Fithri Pengurus Operasi (019-2727551)
Catat Ulasan
TINGGALKAN ULASAN DAN KOMEN, PADA SETIAP KARYA YANG ANDA BACA Penulis memerlukan ulasan dan komen, bagi memperbaiki penulisan dan memperbetulkan kesilapan. Komen dan ulasan anda akan memberi satu semangat kepada penulis, untuk terus menulis karya dan seterusnya menghasilkan karya yang menarik. Kerjasama & sokongan daripada pembaca amat kami hargai. Sebab itulah kami menyediakan HADIAH, sebagai penghargaan kepada penulis dan juga kepada pembaca yang aktif memberi komen & ulasan
"Dia
hidup bukan kerana cinta. Dia hidup kerana
kehadiran Prince Charming yang menyelamatkannya.
Semuanya gara-gara dia mengoyak Carta Prince
Charming—carta misteri yang tiada sesiapa tahu
dari mana datangnya. Yang pasti, memang dia
langsung tidak percaya dengan sumpahan yang
dikatakan berkaitan dengan Carta Prince
Charming.
"Sumpahan puteri? Kau ingat ini cerita dongeng
ke? Puteri apa yang nak sumpah aku ni? Puteri
bunian? Puteri lindungan bulan?”
Desakan daripada Sofea membawanya ke Kelab Bola
Sepak. Di situlah Prince Charming berkumpul.
Tetapi hanya seorang sahaja Prince Charming yang
dicari-carinya. Namun, untuk mencari Prince
Charming bukanlah mudah, namun dia yakin, antara
mereka, pasti salah seorang adalah penyelamatnya.
Orang tu pun satu! Dah selamatkan nyawa orang,
tak reti-reti ke nak munculkan diri? Bukan ke
lagi senang kalau datang berdiri depan aku dan
cakap, Sayalah yang selamatkan awak daripada
kena langgar semalam. Finish! Tak adalah nak
panjangkan cerita sampai beratus muka surat
semata-mata nak cari Prince Charming!
Tajuk:
Prince Charming
Penulis: Ratu Bulan
Terbitan: Fajar Pakeer
Harga:
RM19.90
Ulasan:
NOVEL
HANGAT DIPASARAN
Pertemuan
pertama memberi impak yang berbeza kepada dua insan. Maria
malu mengenang, sedang Hisyam mahu mendekat. Maria semakin
resah apabila Hisyam terus-terusan mendesak. Dalam benci
ada rindu. Bijak Hisyam memujuk, mereka akhirnya disatukan.
Salina hadir menjadi duri dalam daging. Bagi Hisyam, gadis
itu ialah sahabatnya yang terbaik. Insan paling dipercayai.
Namun, dalam diam, Salina meracuni hubungan mereka. Salina
ada agenda yang tersendiri.
Semakin hari, semakin nipis rasa percaya Maria terhadap
Hisyam. Namun, dia tidak mungkin menghindar rasa kasih
yang sudah menebal. Demi menunaikan permintaan Maria,
Hisyam tega melamar Salina walau ada luka di hati.
Sanggupkah Hisyam menduakan Maria yang pernah dicintai
sepenuh hati? Dan, Maria, mampukah membiarkan suami
tersayang jatuh ke tangan Salina? Atau, Mariakah orang
ketiga yang tidak lagi diperlukan kehadirannya oleh Hisyam?
Penulisan2u
sedang
berkerjasama dengan Penerbit Novel bagi memberi peluang kepada penulis-penulis berbakat dan karya yang menarik.
Antara novel yang sudah di terbitkan
2 Pengulas paling AKTIF dengan memberi komen yang ikhlas dan
membina, pada setiap karya cerpen / novel di penulisan2u akan
menerima hadiah sebuah NOVEL.
•
Creative Enterprise Sdn. Bhd., sedang mencari manuskrip kanak-kanak atau remaja. Ini kerana pihak kami ingin memperluaskan dan memperbanyakkan bahan bacaan untuk kanak-kanak dan remaja. Di samping itu kami juga ingin memupuk minat membaca dalam kalangan kanak-kanak dan remaja.
( klik disini
)
•Karyaseni Enterprise ingin memaklumankan
kepada anda yang berminat untuk menghantar manuskrip
anda kepada KS untuk penilaian, sila email kan
sinopsis dan tiga bab awal ke alamat email berikut:
Manuskrip@karyaseni.my
•KarnaDya Solutions Sdn
Bhd. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
hantarkan karya anda. Sebelum anda menghantarkan
manuskrip anda, sila hantarkan butiran berikut terlebih
dahulu melalui emel/pos. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•NB Kara Sdn Bhd dengan berbesar hati
menjemput mana-mana penulis yang merasakan diri mereka
layak menjadi penulis yang versatil, menghantar
manuskrip mereka kepada NB Kara Sdn Bhd. Tulisan anda
terlebih dahulu akan dinilai oleh penulis prolifik
Norhayati Berahim dan juga beberapa panel editor sebelum
diluluskan untuk terbitan.
(
klik disini )
•Jemari Seni Publishing. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
Untuk tujuan pengiriman manuskrip, JEMARI SENI telah
menggariskan panduan kepada penulis-penulisnya. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•
Alaf 21 Sdn Bhd. Tahun 2008 bakal menjanjikan sinar
kecemerlangan seandainya karya anda terpilih untuk
diterbitkan oleh Alaf 21, penerbit novel tersohor di
Malaysia.
Jika
anda mempunyai salah satu manuskrip tersebut, kami ingin
menatap dan menilainya. Sekiranya sesuai, pihak kami
ingin menerbitkannya di bawah jenama ALAF21.
( klik disini)
•
tip kehidupan, zodiak, horoskop, petua, tip, puisi,
pantun, sajak, dan pelbagai artikel menarik layari di
http://istimewa2u.blogspot.com
•
Blog Berkaitan agama, topik-topik tazkirah, audio, video
ceramah, mendengar 114 surah Al-quran secara online,
radio-radio dakwah, layari di
http://dakwah2u.blogspot.com
•
Blog Media, Tv streaming online, radio streaming online,
surat khabar, rakaman drama, radio era, hot.fm, tv1,
tv2,tv3 dan lain-lain. layari di
http://mymedia2u.blogspot.com
•
Blog Koleksi cerita lawak, lucu, kelakar dan video lawak,
lucu dan kelakar. layari di laman
http://kelakar2u.blogspot.com
•
Laman web
syarikat penerbit novel Creative
Enterprise Sdn Bhd (CESB). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.cesb.net.my
•
Laman web
syarikat penerbit
Kaki Novel
Enterprise. Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.kakinovel.com
•
Laman web
syarikat penerbit NB kara Sdn Bhd.
Dimiliki oleh penulis terkenal Norhayati Berahim, Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.nbkara.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit Buku Prima Sdn Bhd.
Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.bukuprima.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit novel
jemari Seni Publishing (JS Publishing). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.jemariseni.com
•
Laman web syarikat penerbit novel Alaf21 Sdn Bhd
(alaf21). Untuk melihat novel-novel terbaru dari Alaf21
layari di
http://www.alaf21.com.my
•
Laman web syarikat penerbit novel Fajar Pakeer Sdn Bhd). Untuk melihat novel-novel terbaru layari di
laman
http://www.fajarnovels.com.my
Kata Kunci
koleksi novel, koleksi novel
cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik,
novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen
cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru,
teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen
melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram,
cerita, cerita cinta, cerita pendek, cerita melayu, cerita online
Malaysia Group
Blog
Koleksi
Cerpen & Novel proudly powered by Blogger. Best display view 1024x768.
Google Inc
Koleksi Cerpen
& Novel dari Malaysia, Indonesia, Singapore & Brunei
salam
waaa bes nye ad smbgn..
kukuku.. byk nye hata aji tu ..30 juta uu...
troskn b'kaya
~freze~