Kehidupan
adalah anugerah utama Illahi. Anugerah kehidupan memberi gambaran
kebesaranNya buat kita manusia, yang wajib kita syukuri dan hargai.
Internet adalah kemudahan buat umat manusia. Justeru itu,
manafaatkan ia untuk kesejahteraan diri kita dan umat sejagat.
Sentiasalah kita beringat, apa yang kita lakukan, akan dipertanggung
jawabkan pada kemudian hari.
Gunakan sebaik-baiknya kurnia Allah swt kepada kita. Halalkan
kegunaan akal, hati dan lidah pada perkara yang bakal membawa
kecemerlangan diri kita dunia dan akhirat. Kita hidup hanya sekali.
Sekali 'pergi' tak kan kembali. Buat baik berpada-pada, dan buat
jahat JANGAN sekali-kali. Kewujudan website penulisan2u dengan blog
sebagai wadah untuk meningkatkan nilai diri. Bermatlamatkan
penyatuan ummah dengan ciri-ciri kemurnian budi dan budaya. Walaupun,
dunia terus maju dengan teknologi, kita akan terus kekal dengan
akhlak dan jati diri insani.
Gema tawa lantang Qairy berkumandang memenuhi setiap ruang di kawasan kebun nenas itu. Dia merasa sangat gembira di atas kejayaannya menghasut adik bongsu Zulfar. Dia melepaskan nafas yang berat seperti sangat bangga dengan dirinya sendiri tanpa dia sedari, ada sepasang mata yang ralit memerhatikan tindak-tanduknya sedari awal lagi. Sepasang mata itu adalah milik Husna, adik perempuan Qairy yang rupa-rupanya mengekori abangnya sejak dia keluar dari rumah lagi. Niatnya yang ingin menyembunyikan diri untuk membalas perbuatan Qairy di rumah tadi membawa kepada penemuan komplot untuk membunuh Zulfar. Tetapi ada sesuatu yang merunsingkan fikiran gadis itu. Seingatnya mereka ada menyebut sesuatu tentang jin di rumah agam milik Saidh sekeluarga sebentar tadi. Apakah maksud mereka?. Adakah jin itu mempunyai kaitan dengan persekongkolan abang Qairy dengan Saidh?. Husna tidak mahu bertangguh lagi. Semua ini mesti dihalang. Husna melangkah laju melewati kolam udang milik bapanya menuju ke rumah meninggalkan Qairy yang sedikitpun tidak perasan akan kehadiran adiknya Husna disitu.
'Kreoookkk..!!', bunyi pintu dibuka membunuh kesunyian yang mengelabui rumah agam berdinding seni ukir Jawa itu. Saidh memandang ke dalam rumah. Dia tahu ayahnya sudah keluar untuk berjumpa dengan pelanggan-pelanggan tetapnya. Kefri pula kemungkinan sedang khusyuk beriadah di padang berhampiran ladang kelapa sawit milik Pak Khalil. Dia pasti Zulfar ada di dalam rumah ini. Kebiasaan Zulfar yang suka keluar malam dan cuma ada di rumah ketika siang hari menguatkan lagi tanggapan Saidh. Dihalakan langkahnya menuju ke bilik Zulfar. Tangannya menggenggam kemas pisau di tangannya. Hanya tinggal beberapa tapak sahaja lagi untuk sampai ke muka pintu bilik Zulfar. Dia terdengar suara abangnya sedang berbicara dengan seseorang. Dengan segera dia merapati dinding. telinganya didekatkan supaya dia dapat mendengar dengan lebih jelas. "Dia dah datang.. adakah kau sanggup..?", satu suara garau yang tidak dikenali olehnya. "Tapi dia adik kandungku.. darah dagingku.. mengapa aku harus menghapuskan dia..?", kali ini suara abangnya pula yang kedengaran. Saidh terperanjat dengan kenyataan abangnya. "Ciss.. mereka sudah tahu akan niat kedatangan aku..", ujar Saidh sambil tangannya semakin kuat menggenggam pisau pemberian Qairy. "Argghhh..!!", serentak dengan jeritan itu, Saidh menendang pintu bilik Zulfar hingga pecah. Hanya Zulfar sahaja yang kelihatan. "Mana jin laknat tu..? Mana dia..?!! Biar saya habiskan semuanya hari ini juga..", Saidh menjerit. Zulfar hanya memandang adik bongsunya dengan pandangan yang tepu. "Adik.. tolonglah abang dik.. tinggalkan tempat ni.. tinggalkan rumah ni dik..!! Abang tak mahu adik jadi korban..", Zulfar bersuara kesedihan. "Ahhh..!! Abang pun sama saja.. biar saya hapuskan jin laknat tu dengan nyawa abang sekali..!! Pisau ini akan jadi saksi..", ujar Saidh keras. Kewarasannya sudah semakin hilang. "Kau kata pisau itukah..?", satu suara menjengah ke telinga Saidh. "Pisau pemberian Qairy bukan..? Ha! Ha! Ha! Haa!!.. Apa yang pisau itu mampu lakukan terhadap aku..? Sedang Qairy sendiri pun sudah tersungkur menyembah bumi..!!", suara itu berkata sambil ketawa dengan lantang.
Kelihatan Wan Saodah serta suaminya bersama-sama Husna berlari-lari anak menuju ke kebun nenas tempat Qairy berada. Baru sebentar tadi dia terdengar raungan kuat anak lelakinya menggegarkan kawasan kebun itu. "Bang.. cepat bang..!! Anak kita tu..", kata Wan Saodah pada suaminya. Kerisauan mula melanda hatinya. Tadi Husna memberitahunya Qairy berkomplot dengan Saidh ingin melakukan pembunuhan. Dia bermati-matian tidak percaya akan cerita Husna tapi setelah diajak ke kebun itu bersama suaminya, sedikit sebanyak cerita Husna itu menakutkan dirinya. Sekarang dia terdengar pula suara raungan Qairy. Suara itu mengerikan sesiapa sahaja yang mendengarnya. Itulah yang membuatkan Wan Saodah merasa sangat bimbang. Sebaik sahaja mereka melewati kolam udang, Wan Saodah terlihat sesuatu yang mengerikan. Mayat Qairy terlentang di celahan akar pokok hempedu bumi. Wan Saodah dan Husna menjerit sekuat hati. Suaminya berkejar ke situ dan mengenal-pasti identiti mayat. Benar, ada tanda lahir sebesar duit syiling sepuluh sen di bahagian rusuk kiri mayat itu. Apa yang dikesali mereka ialah mayat Qairy tidak sempurna. Bagaikan hancur dibaham binatang buas. Dari bahagian pinggang ke bawah sudah bercarik di sana-sini serta darah membanjiri kawasan itu. "Siapa punya kerja ni bang..!!", raung Wan Saodah. "Sabar Odah.. kita panggil pihak berkuasa dulu..", suaminya cuba menenangkan. "Una..!! Pergi balik telefon polis.. bagitahu Ustaz Tolib sekali..!! Suruh dia jumpa bapak. Kita pergi ke rumah puaka tu sekarang juga..!!". Husna kelam-kabut berlari ke rumah menurut arahan bapanya. "Qairy bangg..", suara Wan Saodah semakin bergetar. "Kita tunggu orang kampung sampai, lepas tu saya dan Ustaz Tolib nak pergi ke rumah Haji Luqman", ujar suaminya.
Saidh semakin lemah. Nampaknya jin itu semakin menguasai pertarungan di antara mereka. Jin yang mendampingi abang kandungnya itu semakin galak mengetawakan Saidh. "Kau takkan mampu menewaskan aku.. Manusia lemah..!!", jin itu bersuara. Ia sudah menunjukkan rupanya yang kelihatan sangat menakutkan dengan warna kemerah-merahan serta tanduk yang panjang yang tumbuh di kepalanya. Saidh tersandar di atas kerusi berhampiran Zulfar yang diam seperti di pukau. Dia harus mengambil peluang ini. Makhluk jin itu sedang leka mentertawakan dirinya. Secara tiba-tiba Saidh bangun dan meluru ke arah Zulfar. Jin itu tersentak dengan tindakan mengejut Saidh. Lalu pisau yang kemas dalam pegangan Saidh dengan mudah menembusi tembolok Zulfar. Darah terpercik ke merata tempat. Membuak-buak keluar dari perut diiringi dengan jeritan lemah Zulfar. Nampaknya dia sudah sedar. "Abang.. maafkan adik..!! ", suara Saidh perlahan. "Tak mengapa dik.. abang maafkan adik..", tersekat-sekat nada suara Zulfar sambil dia mengusap wajah Saidh. "Kurang ajar..!! Berani kau bunuh dia.. kau sememangnya ingin mati cepat wahai manusia celaka..!!", jin itu berkata dengan nada kemarahan yang membara. Ia mengangkat tangannya dan melibaskan kukunya ke arah Saidh. Terpelanting tubuh pemuda itu ke dinding. Dia sudah tak berkhudrat lagi. Apatah lagi bila melihat tubuh tidak bermaya Zulfar kaku berhampirannya. Kesedihannya membuatkan dia tidak berupaya untuk melawan. Dia hanya mampu melihat kemaraan jin itu ke arahnya sambil mengangkat tangannya. Jin itu benar-benar mahu menghabiskan riwayat Saidh di situ juga. Saidh memejamkan matanya.
"Allahuakhbarrr..!!", Ustaz Tolib melaungkan azan. Jin itu tercampak ke belakang. Dia menjerit tatkala kulitnya terasa dibakar dengan ayat-ayat suci Al-Quran. Ustaz Tolib terkumat-kamit membaca ayat-ayat suci dan mencucuk ibu jari kakinya ke lantai. Jin itu meraung-raung kepedihan. Ia ingin menyerang tetapi ia tak mampu. Kekuasaan ayat suci Al-Quran bacaan Ustaz Tolib tidak terlawan olehnya. Bapa Husna dan Kefri segera mendapatkan Saidh yang terbaring dengan luka besar di dadanya. Dalam perjalanan ke rumah agam itu, bapa Husna memanggil Kefri yang kebetulan berada di padang bola. Kefri yang terperanjat mendengar perkhabaran bapa Husna terus menghubungi Haji Luqman di pejabat. Dia betul-betul tidak menduga jin yang selama ini menjaga keluarganya bertindak membunuh dua nyawa hari ini. Dan salah seorangnya ialah orang yang ia harus lindungi. "Kau sudah melanggar perjanjian..!!", jerit Haji Luqman pada jin itu. Dijegilkan matanya tanda menahan marah yang tak terhingga. "Tidak..!! Bukan aku tapi anak kau yang melakukannya.. Bukan aku..!!", jin menjerit dengan suara yang menggegarkan isi rumah. Ustaz Tolib masih lagi tekun membacakan ayat-ayat suci. Peluh memercik di dahinya. Dirapatkan telapak tangannya ke wajah dan kemudian menghembus nafas dengan kuat. Dengan serta-merta jin itu bertukar menjadi asap hitam dan perlahan-lahan menghilang sambil berkata, "Aku akan kembali.. aku pasti akan menuntut perjanjian..!! Ingat Haji Luqman..!!". Serentak dengan itu, kepulan asap hitam itu terbang menjauhi rumah agam itu. Di luar rumah, tiga kereta peronda polis baru sahaja sampai di perkarangan. Salah seorangnya terus memanggil bantuan ambulan pabila diberitahu orang kampung ada orang yang tercedera di dalam rumah. "Saya hanya menghalaunya saja.. Buat masa ini ia takkan mengganggu keluarga Haji Luqman lagi.. Tapi di kemudian hari... saya belum pasti..!! Jin itu masih lagi menuntut janjinya pada keluarga Haji Luqman..", Ustaz Tolib menerangkan. "Ayah.. sayalah orangnya yang telah menikam abang Zulfar.. maafkan saya..!!", Saidh bersuara meminta simpati Haji Luqman. "Maaf encik.. dengan pengakuan anak encik dan bersama bukti pisau yang dijumpai ini, kami terpaksa menahan anak encik atas dua tuduhan membunuh..", anggota polis itu berkata sambil menggari tangan Saidh yang keletihan. Saidh merelakan andainya dengan tuduhan itu dia dapat menebus kembali dosa-dosanya. "Sarjan.. bawa mayat yang dijumpai dekat kebun itu bersama-sama dengan yang ini ke bilik post-mortem..". "Baik tuan..!!".
Husna dan Wan Saodah menangis tersedu-sedu melihat mayat Qairy dan Zulfar dimasukkan ke dalam beg mayat. Begitu juga dengan segelintir orang kampung. Suasana pilu menyelubungi rumah agam putih itu. Haji Luqman dan Kefri hanya mampu melihat Saidh dibawa pergi oleh kereta polis. Haji Luqman benar-benar menyesali perbuatannya bersekongkol dengan jin. Akibatnya, dia kehilangan kedua-dua anaknya sekaligus. Perjanjiannya dengan jin dari alam ghaib memakan dirinya sendiri.
Salam. Cerita ini bagus tetapi saya ingin bertanya kepada penulis, apa kaitan keris tujuh luk, perempuan berwajah hodoh dah Kefli? Plot cerita bahagian 1 tiada kesinambungan dengan 2 plot terakhir. Walaubagaimanapun usaha saudara mengunakan teknik flashback itu sangat menarik, cuma cuba kuatkan lagi hubungan masa kini dgn flashback, sama ada dalam climax atau pada resolutionnya. Menarik, keep it up!
Salam.. Terima kasih kerana sudi membaca cerita saya.. Buat masa ini, karya saya ini masih lagi di peringkat awal cerita.. masih di dalam mukadimah lagi..!! Apa yang Tanpa Nama komen tu sangat benar.. tapi di dalam blog penulisan ini hanya berpaksikan episod 1 hingga 3 sahaja.. Cerita ini sudahpun mencapai episod 9 di dalam blog saya.. Cuma belum di hantar ke pihak pemilik blog ini saja lagi..!! Sabar ya?.. Terima kasih sekali lagi..
best2,,bgsla jin tu..still panggil haji luqman..hehe
Catat Ulasan
TINGGALKAN ULASAN DAN KOMEN, PADA SETIAP KARYA YANG ANDA BACA Penulis memerlukan ulasan dan komen, bagi memperbaiki penulisan dan memperbetulkan kesilapan. Komen dan ulasan anda akan memberi satu semangat kepada penulis, untuk terus menulis karya dan seterusnya menghasilkan karya yang menarik. Kerjasama & sokongan daripada pembaca amat kami hargai. Sebab itulah kami menyediakan HADIAH, sebagai penghargaan kepada penulis dan juga kepada pembaca yang aktif memberi komen & ulasan
"Dia
hidup bukan kerana cinta. Dia hidup kerana
kehadiran Prince Charming yang menyelamatkannya.
Semuanya gara-gara dia mengoyak Carta Prince
Charming—carta misteri yang tiada sesiapa tahu
dari mana datangnya. Yang pasti, memang dia
langsung tidak percaya dengan sumpahan yang
dikatakan berkaitan dengan Carta Prince
Charming.
"Sumpahan puteri? Kau ingat ini cerita dongeng
ke? Puteri apa yang nak sumpah aku ni? Puteri
bunian? Puteri lindungan bulan?”
Desakan daripada Sofea membawanya ke Kelab Bola
Sepak. Di situlah Prince Charming berkumpul.
Tetapi hanya seorang sahaja Prince Charming yang
dicari-carinya. Namun, untuk mencari Prince
Charming bukanlah mudah, namun dia yakin, antara
mereka, pasti salah seorang adalah penyelamatnya.
Orang tu pun satu! Dah selamatkan nyawa orang,
tak reti-reti ke nak munculkan diri? Bukan ke
lagi senang kalau datang berdiri depan aku dan
cakap, Sayalah yang selamatkan awak daripada
kena langgar semalam. Finish! Tak adalah nak
panjangkan cerita sampai beratus muka surat
semata-mata nak cari Prince Charming!
Tajuk:
Prince Charming
Penulis: Ratu Bulan
Terbitan: Fajar Pakeer
Harga:
RM19.90
Ulasan:
NOVEL
HANGAT DIPASARAN
Pertemuan
pertama memberi impak yang berbeza kepada dua insan. Maria
malu mengenang, sedang Hisyam mahu mendekat. Maria semakin
resah apabila Hisyam terus-terusan mendesak. Dalam benci
ada rindu. Bijak Hisyam memujuk, mereka akhirnya disatukan.
Salina hadir menjadi duri dalam daging. Bagi Hisyam, gadis
itu ialah sahabatnya yang terbaik. Insan paling dipercayai.
Namun, dalam diam, Salina meracuni hubungan mereka. Salina
ada agenda yang tersendiri.
Semakin hari, semakin nipis rasa percaya Maria terhadap
Hisyam. Namun, dia tidak mungkin menghindar rasa kasih
yang sudah menebal. Demi menunaikan permintaan Maria,
Hisyam tega melamar Salina walau ada luka di hati.
Sanggupkah Hisyam menduakan Maria yang pernah dicintai
sepenuh hati? Dan, Maria, mampukah membiarkan suami
tersayang jatuh ke tangan Salina? Atau, Mariakah orang
ketiga yang tidak lagi diperlukan kehadirannya oleh Hisyam?
Penulisan2u
sedang
berkerjasama dengan Penerbit Novel bagi memberi peluang kepada penulis-penulis berbakat dan karya yang menarik.
Antara novel yang sudah di terbitkan
2 Pengulas paling AKTIF dengan memberi komen yang ikhlas dan
membina, pada setiap karya cerpen / novel di penulisan2u akan
menerima hadiah sebuah NOVEL.
•
Creative Enterprise Sdn. Bhd., sedang mencari manuskrip kanak-kanak atau remaja. Ini kerana pihak kami ingin memperluaskan dan memperbanyakkan bahan bacaan untuk kanak-kanak dan remaja. Di samping itu kami juga ingin memupuk minat membaca dalam kalangan kanak-kanak dan remaja.
( klik disini
)
•Karyaseni Enterprise ingin memaklumankan
kepada anda yang berminat untuk menghantar manuskrip
anda kepada KS untuk penilaian, sila email kan
sinopsis dan tiga bab awal ke alamat email berikut:
Manuskrip@karyaseni.my
•KarnaDya Solutions Sdn
Bhd. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
hantarkan karya anda. Sebelum anda menghantarkan
manuskrip anda, sila hantarkan butiran berikut terlebih
dahulu melalui emel/pos. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•NB Kara Sdn Bhd dengan berbesar hati
menjemput mana-mana penulis yang merasakan diri mereka
layak menjadi penulis yang versatil, menghantar
manuskrip mereka kepada NB Kara Sdn Bhd. Tulisan anda
terlebih dahulu akan dinilai oleh penulis prolifik
Norhayati Berahim dan juga beberapa panel editor sebelum
diluluskan untuk terbitan.
(
klik disini )
•Jemari Seni Publishing. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
Untuk tujuan pengiriman manuskrip, JEMARI SENI telah
menggariskan panduan kepada penulis-penulisnya. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•
Alaf 21 Sdn Bhd. Tahun 2008 bakal menjanjikan sinar
kecemerlangan seandainya karya anda terpilih untuk
diterbitkan oleh Alaf 21, penerbit novel tersohor di
Malaysia.
Jika
anda mempunyai salah satu manuskrip tersebut, kami ingin
menatap dan menilainya. Sekiranya sesuai, pihak kami
ingin menerbitkannya di bawah jenama ALAF21.
( klik disini)
•
tip kehidupan, zodiak, horoskop, petua, tip, puisi,
pantun, sajak, dan pelbagai artikel menarik layari di
http://istimewa2u.blogspot.com
•
Blog Berkaitan agama, topik-topik tazkirah, audio, video
ceramah, mendengar 114 surah Al-quran secara online,
radio-radio dakwah, layari di
http://dakwah2u.blogspot.com
•
Blog Media, Tv streaming online, radio streaming online,
surat khabar, rakaman drama, radio era, hot.fm, tv1,
tv2,tv3 dan lain-lain. layari di
http://mymedia2u.blogspot.com
•
Blog Koleksi cerita lawak, lucu, kelakar dan video lawak,
lucu dan kelakar. layari di laman
http://kelakar2u.blogspot.com
•
Laman web
syarikat penerbit novel Creative
Enterprise Sdn Bhd (CESB). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.cesb.net.my
•
Laman web
syarikat penerbit
Kaki Novel
Enterprise. Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.kakinovel.com
•
Laman web
syarikat penerbit NB kara Sdn Bhd.
Dimiliki oleh penulis terkenal Norhayati Berahim, Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.nbkara.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit Buku Prima Sdn Bhd.
Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.bukuprima.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit novel
jemari Seni Publishing (JS Publishing). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.jemariseni.com
•
Laman web syarikat penerbit novel Alaf21 Sdn Bhd
(alaf21). Untuk melihat novel-novel terbaru dari Alaf21
layari di
http://www.alaf21.com.my
•
Laman web syarikat penerbit novel Fajar Pakeer Sdn Bhd). Untuk melihat novel-novel terbaru layari di
laman
http://www.fajarnovels.com.my
Kata Kunci
koleksi novel, koleksi novel
cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik,
novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen
cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru,
teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen
melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram,
cerita, cerita cinta, cerita pendek, cerita melayu, cerita online
Malaysia Group
Blog
Koleksi
Cerpen & Novel proudly powered by Blogger. Best display view 1024x768.
Google Inc
Koleksi Cerpen
& Novel dari Malaysia, Indonesia, Singapore & Brunei
best arh cite ni...^^