BLOG KOLEKSI CERPEN , NOVEL & CERITA ONLINE

   LAMAN UTAMA  | KOLEKSI CERPEN  | KOLEKSI NOVEL  | HANTAR KARYA | HANTAR PESANAN | AJAK KAWAN | BUAT PERMINTAAN LAGU | IKUTI BLOG INI | FACEBOOK

      Radio Online

 

klik "STOP" untuk hentikan siaran radio. Semoga terhibur.

  Koleksi Cerpen 

Jika itu takdirNya

Takdir milik Allah

Disini mawar disana penawar

Bidadari cinta

Awekku gengster nyerr

Black vs white

Aku dan dia

Memang berbaloi

Best friend not boy friend, Nyah

Beda tipis

Aku tidak bernyawa lagi

Roommate yg romantik II

Loves comes around

Hati

Cinta remaja

Kasih anak

Selamat tinggal luqman

Kerana dia ayahku

Terima kasih cinta

Aku kan ader

Nilai sebuah persahabatan

Hanya kau

Mahakarya agung sebuah kemerdekaan

Kerana umar adha

Biarkan cinta itu pergi

1 Disember

Diari seorang lelaki

Sebuah memori

Suci nur kasih

Badai cinta pertama

Ceritera aku dan dia

Ku bawa memori itu

Darul Taqwa & dato Dr Johar

Kau boleh blah!!

My miss nanny

Seandainya ku tahu

Diari hati firdaus

Mimpi yang pasti

Sampai syurga

Memang ku cinta

Unsaid?

Cinta lagi?

Cinta bukan jaminan

Cinta hakiki

Aku, dia dan pantai

Bisikan hati

Selamanya Sarah

Peeya dan payus lagilah

Hikmah perpisahan II

Dia

Cinta dalam diam

Kata terakhir darimu is love u

Aku bukan siapa-siapa

Aril & Akim

Kalau ku turutkan kata hati

Minah skuter

Jadilah seperti aku

Privite investigator putput

Gadis kebaya putih

Isteriku

Adam II

Misteri tengah malam

Dollah loves joyah

Biarku sentuh cintamu

Lifetimes lover

Saat itu

Hanya dirimu

Kasih famili

Mulanya disini

Ikatan kasih

Dan akhirnya

Kembalilah sayang

Pelangi anganku musnah

Cinta dalam hati

Pergi tak kembali

Adakah dia milikku

Pungguk dan bulan

Cinta terlarang

Cintaku di RNR tapah

Lisa

Kasih aini hidayah

Kantoi, jodoh atau kebetulan

Adakah cinta bukan milikku

Kuning vs ungu

Pelangi cinta

Adam

Biarlah rahsia

Achmad firdaus

Jalan berliku

Rintihan kekasih

Namaku Aishah

Zani pencuri rambutan

Nur hawa balqis

Itu sudah takdirnya

You are my boss

Cinta

Antara 2 cinta

Tragedi zam & chom

Benang merah di-fa

Terima kasih sayang

Jiwa-jiwa luka

Taqdir cinta kita

Cintaku selamannya

1 hari aku jatuh cinta

Biarku sentuh cintamu

Aku dan kimi = cinta atau tidak?

Cincin untuk Aisyah

Kenapa begini jadinya

Cinta, i need you

Lakaran cinta abadi

Cioccolato Caldo

Tragedi lombong lama

Yang sebenarnya

Ketuk pintu hati

Dia masih sayang

Teman

Cinta untukmu

Adil fitri

Kau, aku & mereka gila

Hikmah perkahwinan

Mengenangmu

Mungkin Nanti

Mencintainya

Cinta si pengesek biola

Maafkan aku luftan hafiy

Kasih

Hanya itu yang ku mahu

Bermulanya diari cintaku

Menantu untuk mama

Sumpah itu hantu

Diari lukisan

Cinta gila

Romantik

Cintaku, dia dia kamu

Kau atau dia

Indahnya cinta maya

Seseorang itu

Nur alia natasya

Mamat disperate

Mencari jannah

Cukup sekadar disini

Sebuah memori

Keras dan lembut

Katak oh katak

Hacks 1437

Dialah suamiku

Selamat tinggal kawan terbaik

Pandangan matanya

Kerana mobil

Dia tunanganku

Maria dan azri

Aku terperasan je

Blind date

Roda hidup

Kasihku seputih salju

Wanginya bunga kantan

Mahligai rindu

Aku, dulu, kini dan selamannya

Prinsip cinta aina

Ikan emas, jom kawen

Man in black vs Dona karen penang

Cubit peha kiri

Bantal busuk

Hujan

Maafkan daku

Tombol pintu hidayah III

Gara-gara G

Diari seorang member

 

Klik disini untuk keseluruhan koleksi cerpen....

Novel Bersiri
      Novel pilihan

sinopsis klik pada gambar

      Novel Di Pasaran

Kenangan Terindah - Hezzy Azra

Serasi di hati - Nora Ismail

Nama aku N - Aina Emir

Bunga Syurga - Anita Aruszi

Episod cinta luka - Fateen Najwa

Sandaran kasih - Aini Marisha

Fitrah kasih - Ilani Mysara

Bukan yg pertama - Salina Ibrahim

Ternyata cinta - Damya Hanna

Selagi ada dia - Aisya Sofea

Kembalikan cintaku - Norhayati NB

Warna hati - Meen Zulaikha

Seribu kali sayang - Anis Ayuni

Menanti kasih - Norzailina nordin

Cahaya - Nura zulaikha

Dakapan cinta - Eny Ryhanna

Hanya kita berdua - Aina emir

Ku Utus Rindu - Intan Arnida

Usikan rindu - Qaira Qasidah

Segalanya untukmu - A.Anessa

 

Dapatkan dikedai berhampiran anda

      html banner

klik di bawah dan "paste" ke dalam website, homepage, blog, friendster, myspace anda

 

      Jumlah Pelawat

      Untuk Anda

 

  Kehidupan adalah anugerah utama Illahi. Anugerah kehidupan memberi gambaran kebesaranNya buat kita manusia, yang wajib kita syukuri dan hargai. Internet adalah kemudahan buat umat manusia. Justeru itu, manafaatkan ia untuk kesejahteraan diri kita dan umat sejagat. Sentiasalah kita beringat, apa yang kita lakukan, akan dipertanggung jawabkan pada kemudian hari.

  Gunakan sebaik-baiknya kurnia Allah swt kepada kita. Halalkan kegunaan akal, hati dan lidah pada perkara yang bakal membawa kecemerlangan diri kita dunia dan akhirat. Kita hidup hanya sekali. Sekali 'pergi' tak kan kembali. Buat baik berpada-pada, dan buat jahat JANGAN sekali-kali. Kewujudan website penulisan2u dengan blog sebagai wadah untuk meningkatkan nilai diri. Bermatlamatkan penyatuan ummah dengan ciri-ciri kemurnian budi dan budaya. Walaupun, dunia terus maju dengan teknologi, kita akan terus kekal dengan akhlak dan jati diri insani. 

 

PERCUMA KARYA CERPEN, NOVEL, CERITA TERBARU DAN AKAN DATANG DARI PIHAK KAMI TERUS KE EMAIL ANDA. MASUKKAN EMAIL ANDA:-

 

email:

 

Selasa, November 18, 2008
Novel : Perginya Bersama Cinta 9
Nama Pena : Putri Lily

Bab 9

SUDAH seminggu lebih Norazmin mengikuti kursus yang dipilihnya. Setiap hari dari jam lapan pagi sehingga enam petang dia tiada di rumah. Pada Herly Diana sudah dimaklumkan.

Herly Diana gembira dengan perkembangan Norazmin. Sekurang-kurangnya Norazmin tidak menghampakan impian Puan Alimah.

Setiap hari Herly Diana tinggal bersendirian. Suasana begitu amat disukai. Terselamat dari sangkaan buruk jiran-jiran. Namun sesekali dia terasa kesunyian. Herly Diana merindukan usikan dan gurauan Norazmin. Hanya sebelah malam sahaja dia dapat berkumpul bersama Norazmin.

Norazmin juga pernah merungut padanya, mengatakan yang mereka kini jarang dapat keluar bersama.

"Alah bukannya ada faedahnya kita keluar selalu," kata Herly Diana pada satu hari ketika Norazmin mempelawanya makan malam di luar. "Min kan baru baru balik, berehatlah.."

"Tak apalah sesekali apa salahnya."

"Memang tak salah. Tapi Min kan baru balik, tentu penat. Besok nak kena bangun pagi. Ha! Nanti adakan sampai kat sana, Min tertidur duduk lama-lama.."

Sebenarnya Herly Diana sengaja menolak pelawaan Norazmin. Dia tidak mahu menjadi bahan sindiran jiran sekeliling lagi.

Hanya sekali dua sajalah Norazmin dapat menerima alasan itu. Selebihnya dia sampai bertelingkah dengan Herly Diana kerana masih enggan menerima pelawaannya.

"Habis sampai bila kita nak macam ni, Ana! Min bosanlah.."

"Min jangan fikirkan sangat hal tu.. Yang penting kan kursus.."

"Kursus..! kursus..! kursus! Tak habis-habis.. Sesekali Min pun nak hiburan juga." Balas Norazmin berang. "Ada masa cuma hari Sabtu dan Ahad. Tapi Ana takda.. Macammana Min nak ajak Ana keluar?"

"Ana cuma tak mahu Min kepenatan."

"Yang ajak kan Min. Min penat ke tak itu bukan urusan Ana." Suara Norazmin semakin meninggi. Herly Diana menjadi serba salah.

"Cukuplah yang sudah-sudah tu Min. Ana tak mahu dikata-kata orang lagi.."

"Lagi-lagi fikirkan cakap orang! Apa mak Min pun ada cakap begitu ke hingga Ana takut sangat nak keluar dengan Min lagi?"

"Walaupun mak cik tak cakap apa-apa tapi Ana terasa Min."

"Argh..!!" Norazmin membuang pandangannya ke lain. Tidak lama kemudian dia menatap Herly Diana kembali.

"Baiklah kalau Ana masih nak fikirkan cakap orang, tak mahu dikata-kata orang, mahukan nama Ana bersih dari hinaan orang. Tak mengapa.. Biar Min cari hiburan Min sendiri." Di akhir kata suara Norazmin bernada sedikit tinggi. Lalu meninggalkan Herly Diana sendirian.

Semenjak itu jelas terlihat perubahan Norazmin. Dia tidak lagi semesra selalu dengan Herly Diana. Memang sering menegur, tetapi layanannya dingin sekali. Tidak ada lagi rayuan untuk mengajak Herly Diana keluar. Sebaliknya dia selalu keluar sendiri bila malam hari. Tidak pula diketahui kemana tujuan Norazmin.

Pada mulanya Herly Diana tidak menyangka apa-apa. Tetapi lama kelamaan sikap Norazmin semakin keterlaluan. Seringkali Norazmin pulang membawa Noreen bersama. Sesekali Syarial ikut serta. Mereka berbual, bergurau dan tertawa mesra sambil membincangkan tentang kursus yang mereka ikuti. Noreen kelihatan begitu manja sekali di sisi Norazmin.

Atau kalau tidak begitu, Noreen datang makan malam dan setelah itu mereka akan keluar kemudiannya. Semuanya itu hanya diperhatikan sahaja oleh Herly Diana. Masih lagi dia memujuk hatinya dan menganggap itu semua hanya perkara biasa. Apatah lagi bila berkesempatan, Norazmin akan bertanya tentang masaalah-masaalah Herly Diana. Itu saja yang tidak berubah.

Apabila Herly Diana hendak pulang bercuti, Norazmin hanya mengiringi pemergiannya dengan pesanan agar berhati-hati. Sekurang-kurangnya Herly Diana tahu bahawa dirinya masih diperhatikan. Walau tidak lagi seperti dahulu, yang kalau boleh sibuk ingin menghantar Herly Diana pulang. Jelas sekali perubahan itu dirasakan oleh Herly Diana.

Hanya bila tiba di rumah sahaja Herly Diana tidak tertahan untuk melimpahkan airmata, memikirkan masaalah baru ini. Pada saat itu siapakah yang harus dipersalahkan? Herly Diana atau Norazmin?

Kadang-kadang Herly Diana tidak mampu menerima lagi dugaan terhadapnya dan tidak mampu membendung rasa cemburunya di hadapan Norazmin. Seperti yang terjadi pada malam itu.

Ketika itu Puan Alimah berehat di biliknya kerana letih seharian mengerjakan urusan pejabat. Norazmin bermesra dengan Noreen di ruang tamu. Perbualan mereka cukup perlahan dan sesekali terdengar suara tawa mereka. Herly Diana berendam airmata menyaksikan itu semua.

Ketika Noreen hendak pulang, di halaman rumah dan di hadapan mata Herly Diana, Noreen melingkarkan tangannya di leher Norazmin. Dengan mesra dia mengucup pipi Norazmin. Pada ketika yang sama Norazmin membisikkan sesuatu ke telinga Noreen, menyebabkan gadis itu tertawa riang.

‘Ah.. berat sungguh dugaan Mu Tuhan.’ Bisik hati Herly Diana sambil matanya dipejamkan.

Norazmin melambaikan tangannya pada Noreen yang semakin menghilang. Dia meraba pipinya bekas dicium tadi. Berdebar juga hati anak muda itu. Padanya, Noreen memang menarik, tetapi terlalu terbuka dalam segala hal.

Apabila Norazmin berpaling untuk melangkah ke dalam rumah, dia terlihat Herly Diana yang sedang berdiri di sisi meja tamu sambil matanya terpejam.

Apabila Herly Diana membuka matanya, dia terkedu bila menyedari dirinya diperhatikan. Dia cuba berwajah seperti biasa. Tetapi Norazmin lebih dahulu menangkap perubahannya.

Waktu Herly Diana menunduk untuk mengutip gelas kosong, Norazmin menghampirinya.

"Kenapa Ana?"

Sebak sekali Herly Diana mendengar pertanyaan itu. Tidakkah Norazmin tahu apa yang dia rasa?

Dia mendongak memandang Norazmin dan tanpa berkata apa-apa, dia berlari membawa gelas ke dapur. Di situlah airmata yang ditahan-tahan, mengalir dengan deras. Tiba-tiba Herly Diana merasa kepalanya bisa sekali.

Selepas mandi Norazmin keluar lagi.


SAKIT kepala Herly Diana semakin menjadi. Lepas solat Maghrib Herly Diana minta izin untuk pulang dari Puan Alimah. Dinyatakan sekali sebabnya. Kerana terlalu bimbang Puan Alimah sendiri menghantar Herly Diana pulang. Walaupun pada mulanya Herly Diana enggan, tetapi dia lebih bersyukur daripada dihantar oleh Norazmin sekiranya Norazmin ada di rumah tadi.

Puan Alimah menolak ketika dipelawa singgah ke rumah. Sebaliknya dengan penuh kasih sayang dia mengingatkan Herly Diana.

"Kalau masih pening, esok tak payahlah datang. Ana mesti jumpa doktor. Mungkin Ana terlalu penat hingga tergganggu kesihatan."

"Baiklah mak cik." Mendatar sahaja suaranya menjawap. Dia cuba mengukir senyuman. Tetapi tiada manisnya lagi senyuman itu.

Sebaik sahaja Herly Diana masuk ke rumah, langkahnya terhenti. Di ruang tamu, Shah Effendi sedang ketawa mesra bersama sepupunya, Nurul Hana. Kedua mereka terhenti ketawa dan memandang kehairanan dengan kemunculan Herly Diana.

Tanpa bersuara Herly Diana berpaling ke kiri hendak melangkah ke biliknya. Pada ketika yang sama dia melihat kelibat ibunya yang baru muncul dari dapur. Herly Diana hanya memandang ibunya seketika dan kemudian masuk ke biliknya dengan hati yang berang.

Ketiga-tiga mereka yang berada di ruang tamu saling berpandangan sebaik sahaja Herly Diana menutup pintu bilik dengan kasar. Mereka benar-benar hairan dengan kemunculan Herly Diana yang tiba-tiba dan ditambah lagi dengan sikapnya yang agak ganjil.

Menyangka dirinya bersalah kerana begurau dengan sepupu sahabatnya sendiri, Shah Effendi lalu meminta diri untuk pulang.

"Kenapa cepat sangat nak balik Shah?" Tanya Puan Zaharah ketika anak muda itu menyalaminya.

"Tak apalah mak cik. Lain kali Shah datang lagi."

"Tak nak jumpa dengan Ana dulu?"

Shah Effendi memandang Nurul Hana yang bertanya.

"Tak payahlah. Sampaikan salam Shah padanya. Katakan.. Shah minta maaf dan..," Shah Effendi menghulur sebuah buku sebelum menyambung. "Tolong berikan buku ni padanya. Cakapkan terima kasih kerana pinjamkan Shah buku ni."

Nurul Hana menyambut dan menganggukkan kepala.

Sebagai seorang gadis yang perasa, Nurul Hana menyalahkan dirinya. Mungkin gurauannya yang keterlaluan bersama Shah Effendi telah menyinggung hati Herly Diana. Selama ini memang dia tahu keakraban dua sahabat itu. Tetapi dia tidak tahu sejauh mana perhubungan mereka.

Sementara itu Herly Diana menghempaskan diri ke katil dan menangis sepuas hati. Hatinya benar-benar terluka kini. Bukan kerana melihat Shah Effendi dengan sepupunya, tetapi kemesraan mereka tadi membuat Herly Diana teringat pada kemesraan Norazmin dan Noreen. Sedangkan Herly Diana begitu rindukan kemesraan begitu dari Norazmin.

Ketukan di pintu tidak dihiraukan. Kemudian pintu biliknya dibuka seseorang.

"Ana?"

Tiada jawapan.

"Ana, Nur minta maaf kalau Nur menyinggung perasaan Ana sebab bergurau dengan sahabat Ana tadi."

Herly Diana bingkas duduk dan memandang Nurul Hana. Sambil menggelengkan kepala, dia berkata.

"Tak Nur. Ana tak marah kalau Shah dan Nur begitu mesra. Ana yang patut minta maaf hingga menyebabkan Nur berfikir begitu." Herly Diana benar kesal kerana sepupunya tersalah tafsir dengan kelakuannya tadi.

"Tapi kenapa Ana menangis?"

"Itu masaalah peribadi.. Tak sikit pun ada kaitan dengan Nur."

Nurul Hana merenung Herly Diana yang cuba menghapuskan airmata.

"Mana Shah?"

"Dia dah balik.. Dia juga berkirim salam dan meminta maaf ."

"Eh! Tak sangka kelakuan Ana tadi dah buat semua orang menyalahkan diri sendiri."

Suasana sepi seketika. Sejurus kemudian Nurul Hana bersuara.

"Nur datang tadi nak jenguk mak cik Zahara. Tak sangka Shah juga datang dengan tujuan yang sama. Dia datang lima-belas minit sebelum Ana balik tadi."

Nurul Hana menceritakan bagaimana pertemuan mereka terjadi. Supaya Herly Diana tidak menganggap bahawa pertemuan itu disengajakan. Tetapi Herly Diana sudah tidak mahu mengingatkan soal itu lagi.

Malam semakin larut. Nurul Hana pulang sesudah menyampaikan buku yang di pulangkan Shah Effendi pada Herly Diana. Herly Diana membelek buku itu tanpa minat. Dia cuba melupakan Norazmin. Mungkinkah Norazmin akan tertanya-tanya kemana Herly Diana pergi? Fikir Herly Diana sendirian.

Tiba-tiba satu sampul surat jatuh dari salah satu lembaran buku tadi. Herly Diana mengutipnya dan membuka dengan fikiran yang penuh tanda tanya. Surat itu memang di tujukan padanya.

"Dari Shah..?" Bisiknya sendirian. Lalu membaca isi surat itu.

Kepangkuan sahabatku.

Semoga warkah ini tidak memberi kejutan. Shah minta maaf kalau berbicara soal ini melalui warkah. Yang mungkin pada Erly, ini satu cara yang tidak gentleman. Shah akui Shah tak berani berbicara empat mata. Tapi Shah perlu menyatakannya.

Terus terang Shah katakan bahawa persahabatan suci kita telah membuahkan rasa kasih dalam diri Shah. Dan lantas membungakan rasa cinta terhadap Erly. Shah mengkagumi Erly dalam diam sekali gus ingin menjadikan Erly sebagai teman hidup Shah, bagi mengekalkan perhubungan kita lagi. Itu pun kalau Erly sudi.

Semoga pengakuan ikhlas Shah tidak disalah ertikan. Hanya itu..

Shah menanti jawapan Erly.

S.EFFENDI


Herly Diana meramas
surat itu. Tidak disangka selama ini dirinya turut menjadi perhatian Shah Effendi. Herly Diana menjerit dalam hati. Mustahil baginya dapat menerima cinta Shah Effendi sedangkan hatinya kini milik orang lain.

Pada Herly Diana, Shah Effendi adalah seorang sahabat yang baik. Telah dianggap seperti saudaranya sendiri. Mana mungkin akan terlintas di fikirannya untuk jatuh cinta dengan saudaranya sendiri. Meski pun selama ini dia begitu mesra dengan Shah Effendi, tidak sangka pula kemesraan yang ditunjukkan itu membuat Shah Effendi menaruh harapan.

Herly Diana menangis sendirian. Dia terlalu takut menghadapi soal itu. Dia cintakan Norazmin dan sayangkan persahabatannya dengan Shah Effendi. Dalam erti kata lain, dia tidak mahu mengguris hati sahabatnya. Kerana seorang sahabat sebaik Shah Effendi, tidak pantas untuk dilukai. Mampukah Herly Diana berdepan dan berterus terang?


SHAH EFFENDI cuba berwajah tenang bila Herly Diana menolak cintanya.

"Kenapa mesti Erly, Shah? Kenapa bukan gadis lain?"

"Memang ramai lagi gadis lain yang Shah kenali. Tapi persahabatan kita yang dah cukup lama membuatkan Shah rasa.. Shah lebih mengenali hati budi Erly. Segala-galanya tentang Erly dah Shah ketahui. Begitu juga sebaliknya.. kita sudah saling mengenali."

"Erly tak pernah terfikir persahabatan kita akan sampai ke tahap perkahwinan."

"Terserah.."

"Erly sayangkan persahabatan kita Shah. Shah begitu baik dan setia sebagai sahabat. Erly hormat Shah sebagai saudara sendiri." Gementar suara Herly Diana berkata demikian. Air matanya begitu mudah menitis.

"Shah juga begitu. Tapi seharusnya Erly lebih mengerti hati seorang lelaki seperti Shah bila sudah lama bersama dengan seorang wanita."

"Shah.., Erly tak mahu kehilangan Shah sebagai seorang sahabat."

"Kita tetap bersahabat apabila disatukan nanti, Erly."

"Tapi.. tak! Erly tak cintakan Shah!"

Shah Effendi terdiam. Namun wajahnya masih kelihatan tenang. Sementara Herly Diana terus dengan tangisannya. Selepas meluahkan perasaannya terhadap Shah Effendi tadi, dia rasa cukup bersalah kerana terpaksa mengecewakan sahabatnya.

"Maafkan Erly.. Erly tak bermaksud nak lukakan hati Shah. Tapi tolonglah, jangan pula soal ini pun kita berdua nak berdebat. Terus terang Erly kata bahawa hati ini sudah dimiliki," Herly Diana menyeka airmatanya. "Andai Erly belum dipunyai sekalipun, mustahil Erly dapat membalas cinta Shah. Perkahwinan akan merubah semua kemesraan kita semasa jadi sahabat, Shah. Percayalah.. Dan Erly tak mahu kehilangan semua tu."

Suasana sepi seketika. Shah Effendi mendiam dari sedari tadi memikirkan semula kata-kata Herly Diana. Dia menarik nafas sedalamnya dan menghembuskannya perlahan-lahan. Kedua tangannya meraup seluruh muka dan berhenti di bibirnya. Matanya merenung jauh ke hadapan.

Tiba-tiba pandangannya beralih pada Herly Diana. Dia merenung wajah Herly Diana lama sekali sebelum bersuara.

"Kenapa Erly masih menangis?"

"Erly tak bermaksud nak lukakan hati Shah." Ulang Herly Diana lagi.

"Sudahlah..," Shah Effendi mengeluarkan sapu tangannya dan membantu mengesatkan airmata Herly Diana. "Shah tak rasa dilukai. Tapi Shah dapat belajar dari situ, bahawa kemesraan seseorang itu tak dapat diukur melalui kelakuan." Shah Effendi termenung lagi.

"Erly.." Shah Effendi memanggil dengan lembut.

Herly Diana tidak menjawap apa lagi menoleh. Sisa-sisa tangisan masih lagi kedengaran.

"Semoga lepas ini.. persahabatan kita akan tambah akrab ya."

Terkejut Herly Diana mendengarnya. Dia memandang Shah Effendi mencari kebenaran kata-kata tadi. Shah Effendi mengganggukkan kepala sambil mengukir senyuman.

Serta merta tangisan Herly Diana semakin menjadi. Dia memeluk bahu Shah Effendi tanpa sedar. Shah Effendi membalas pelukan itu sekadar menenangkan sahabatnya. Membiarkan Herly Diana menangis semahunya kerana dia tahu, airmata itu adalah airmata kegembiraan.

"Moga Shah akan diketemukan dengan seorang gadis yang lebih sempurna dari Erly. Itu doa Erly untuk Shah." Kata Herly Diana di sebalik tangisan. Shah Effendi sekadar mengangguk perlahan.

Semenjak peristiwa itu Shah Effendi dan Herly Diana semakin rapat. Semua masaalah mereka huraikan bersama. Tiada lagi rahsia antara mereka. Termasuk kisah percintaan Herly Diana dengan Norazmin.

"Shah simpati dengan Erly." Kata Shah Effendi apabila Herly Diana mengadu tentang sikap Norazmin yang semakin mesra dengan Noreen.

"Simpati je? Mana patut." Rungut Herly Diana manja.

"Dah tu.. Erly nak suruh Shah buat apa? Nak suruh Shah paksa Min. Hei kau!! Jangan rapat dengan Noreen eh!! Ha.. begitu?" Kata Shah Effendi separuh jenaka. Wajahnya mempamerkan senyuman nakal.

"Eiii!! Shah ni..," jerit Herly Diana geram. "Berilah pandangan supaya Erly dapat selesaikan masaalah ni."

"Pendapat yang bagaimana?" Shah Effendi masih bernada gurau.

"Shah seriuslah sikit."

"Okey.."

Herly Diana tersenyum bila Shah Effendi mula menukar corak wajah.

"Erly jangan hanya menyalahkan Min. Mungkin dia buat macam tu kerana sikap Erly juga."

"Ya mungkin benar. Erly akui. Tapi tak kan dia tak boleh nak fahamkan kenapa Erly macam tu?"

"Dan Erly juga harus memahami Min. Dia perlukan perhatian yang sebenar dari kekasihnya selain di rumah. Erly mengertikan?"

Herly Diana tidak menjawap.

"Dah lah.. Shah rasa dia buat macam tu sekadar hiburannya je."

"Sampai mesra gitu sekali?" Herly Diana mula rasa panas.

"Tapi dia tetap ambil berat terhadap Erly kan?" Pujuk Shah Effendi tanpa jemu.

"Itu tak penting Shah.. apa dia ingat Erly takde perasaan ke lihat mereka mesra macam tu."

"Em.. nampaknya Erly cemburu." Usik Shah Effendi.

"Erly.." Herly Diana hilang kata-kata.

"Hei! Cemburu tanda sayang tu…" Usik Shah Effendi lagi. Seronok melihat wajah sahabatnya yang sedang marah.

"Arh! Lelaki sama je.. Shah tu sengaja nak bela kaum Shah. Semua perempuan jelah yang salah."

"Aduh.. merungutnya mengalahkan mak nenek."

"Ini bukan merungutlah.. Erly cakap dengan Shah tau!" Herly Diana mulai bosan.

"Kalau Erly tak mahu ini berterusan. Lebih baik bersemuka dengan dia dan berterus terang."

Herly Diana termenung mendengarnya. ‘Dapat ke aku melakukannya?’ Bisik hatinya.

Semakin lama difikirkan, memang tidak ada jalan lain. Dia mesti berani berdepan dengan Norazmin.

~~~~

Bersambung.. InsyaAllah



Chat online and in real-time with friends and family! Windows Live Messenger
Reply Forward


lily ahmad to me
show details Nov 11 (7 days ago) Reply


Tajuk karya : PERGINYA BERSAMA CINTA
Email : lily_nalan@hotmail.com
Nama Pena : Putri Lily
Sudut : Novel bersiri


Bab 10

MALAM baru menjelang. Bulan mengambang penuh menerangi suasana malam di sekitar pantai East Coast.

Sepasang remaja yang sedari tadi membisu, sedang melangkah perlahan-lahan menyusuri tepian pantai. Mereka menuju ke sebuah bangku yang berhampiran. Duduk mereka agak berjauhan. Sementara di sekeliling mereka kelihatan pasangan-pasangan lain yang sedang berada di dunia hayalan mereka masing-masing.

"Kenapa Ana ajak Min ke sini?" Norazmin bersuara agak dingin.

"Salah ke?"

"Tak salah tapi pelik. Tiba-tiba aje terbuka pintu hati Ana nak ajak Min keluar. Pergi tempat macam ni pula tu.."

Herly Diana tidak menjawap. Hanya keluhan sahaja yang dilepaskan. Agak lama juga mereka menyepi.

"Sebenarnya Ana ada hal nak cakap dengan Min."

Norazmin menoleh. "Baguslah, kebetulan Min pun ada hal nak tanya dengan Ana."

"Nak tanya?" Ulang Herly Diana agak bingung.

"Pertanyaan yang sama, kenapa hari ni Ana begitu berani pelawa Min keluar? Padahal dulu, bukan kata selalu, sekali pun susah Min nak ajak Ana keluar. Konon takut dikata oranglah, dihina dan rasa terhina dengan pekerjaan sendiri."

"Kenapa soal ini yang Min ungkitkan?" Suara Herly Diana sedikit keras.

Sememangnya sejak dari rumah Norazmin asyik bertanya, iaitu sebaik sahaja Herly Diana menyatakan keinginannya untuk keluar. Itu pun setelah diberi keizinan oleh Puan Alimah.

"Kerana ini satu kenyataan. Ana minta sesuatu yang di luar dugaan. Sedangkan Min fikir hanya dalam mimpi saja lah dapat keluar lagi dengan Ana."

"Min buat Ana serba salah saja. Kalau Ana tak ikut Min kata begitu, ni bila tergerak Ana nak keluar, Min kata begini pula." Keluh Herly Diana.

"Kalau gitu kenapa tak dari dulu Ana tergerak hati nak keluar macam ni? Kenapa ambil masa yang lama.?" Suara Norazmin lebih tinggi mengatasi suara Herly Diana. Wajah gadis itu ditentangnya. Seakan meluahkan apa yang ditanggung selama ini.

"Sekarang baru Ana sedarkan bahawa tak ada gunanya takut dengan kata-kata orang. Pedulikan mereka.. yang punya diri kan kita." Sambungnya lagi. Kali ni bernada marah. Tetapi entah marah pada siapa.

"Min! bukan itu maksud Ana dan bukan soal ini yang nak Ana bincangkan di sini."

"Tapi memang inilah yang nak Min katakan. Peluang dah ada.. bila lagi kan."

Herly Diana membuang pandangannya ke lain. Keluhannya terlalu berat tapi airmatanya terlalu ringan mengalir.

"Sekarang apa yang Ana tak puas lagi? Ana senang dengan cara kita macam tu kan?

"Tapi hati Ana sakit.."

"Masih sakit kerana apa? Kerana masih dikata orang? Kalau macam tu berhenti saja dari kerja rumah Min. Kalau pasal duit yang jadi masaalah, Min boleh bagi dua kali ganda dari yang mak Min beri kat Ana."

"Min! Apa ni!?" Jerit Herly Diana.

"Min puas Ana..," Norazmin tidak menghiraukan jeritan Herly Diana. Dia masih terus berkata dengan suara tinggi. Langsung tidak beri peluang Herly Diana menyelah.

"Min puas jika Ana berhenti kerja dan cari pekerjaan lain. Asalkan Ana bebas dari memikirkan cakap-cakap orang. Hati Min pun senang."

Apabila Norazmin tidak menyambung cakapnya lagi, Herly Diana pula bertanya.

"Dah puas? Puaslah hati Min bila Ana saja nak dengar cakap Min. Sedangkan cakap Ana ni sikit pun Min tak nak dengar."

"Apa lagi yang mesti Min dengar selain perasaan takut Ana terhadap pandangan orang.."

"Tentang perhubungan kita sekarang, Min."

Norazmin menundukkan kepala dan menjawap selamba. Suaranya berubah perlahan.

"Hubungan kita macam biasa."

"Tapi Ana nampak perubahan Min dan Ana tak faham mengapa mesti berubah."

"Tak faham atau sengaja tak mahu memahami?"

"Ana benar-benar tak faham dengan sikap Min." Herly Diana hampir putus asa. Seakan dirinya dipersendakan.

"Kalau begitu mulai dari sekarang, cubalah memahami Min."

"Okey.. Tapi Min juga mesti faham maksud Ana nak berjumpa dengan Min hari ni." Herly Diana rimas dengan persoalan tanpa jawapan. Dia berdiri di sisi bangku yang diduduknya tadi.

"Min rasa Min dah cukup faham dengan cakap Ana yang putar belit. Begitu begini akhirnya sama juga.. tak kemana-mana."

Herly Diana mengesat airmata dan cuba bersuara tenang.

"Min hanya pandang dari sudut tu saja.. tanpa menghiraukan dari sudut lain."

"Maksud Ana?" Norazmin mengangkat keningnya.

"Min tak tau perasaan Ana bila melihat kemesraan Min dengan Noreen?" Terasa puas rasanya bila sudah meluahkan apa yang terpendam.

"Noreen.." Bisik Norazmin. Kemudian dia berdiri menghampiri Herly Diana. Cepat Herly Diana mengalihkan pandangannya ke lain.

"Min dengan Noreen takda apa-apa, Ana. Kami hanya besahabat." Jelas Norazmin dengan lembut.

"Bersahabat hingga mesra begitu sekali?"

"Hei! Ana cemburu ke?" Hilang sudah persoalan tadi. Hilang sudah rasa marahnya bila tahu dirinya dicemburui.

Norazmin mencapai tangan Herly Diana. Dengan pantas Herly Diana menarik tangannya sepantas kata-kata yang terkeluar dari bibirnya.

"Hati wanita mana yang tak kan cemburu Min?" Matanya kelihatan berkaca-kaca disinari cahaya bulan sewaktu menentang mata Norazmin. Norazmin tersenyum.

"Min tak rasa apa-apa bila di samping Noreen."

"Ana tak percaya."

"Ana nak lihat buktinya?" Norazmin menduga.

"Lebih dari bukti pun Ana mahu." Herly Diana rasa tercabar tanpa memikirkan akibat dari kata-katanya.

"Biaklah."

Sehabis sahaja Norazmin berkata begitu, tubuh Herly Diana ditarik ke dalam pelukannya dan memaksa gadis itu menghadap wajahnya. Norazmin hampir mengucup bibir milik Herly Diana bila Herly Diana tersedar dan cepat mengelak. Akibatnya kucupan itu singgah di leher jinjang Herly Diana.

Hanya seketika sahaja Norazmin merasa kenikmatan, kerana di ketika yang lain Herly Diana sudah menolak tubuhnya dan secepat kilat menampar pipi Norazmin. Kedua-duanya saling terkejut.

Norazmin tidak menyangka gadis itu akan menamparnya. Tetapi rasa terkejut Norazmin tidaklah sehebat rasa terkejut Herly Diana. Dia tidak sedar apa yang dia lakukan. Kesal rasanya setelah menampar Norazmin, anak majikannya sendiri.

Norazmin meraba pipinya bekas ditampar sambil merenung wajah Herly Diana. Tiada tanda marah pada wajahnya.

"Kenapa mengelak?" Ujarnya lembut.

Tiba-tiba Herly Diana terasa segan sekali direnung begitu. Wajahnya memerah. Untuk mengelak dari terus direnung, Herly Diana memalingkan tubuhnya membelakangi Norazmin. Matanya terpejam rapat. Dia menggigit bibir untuk mengawal perasaannya ketika itu. Sebutir airmata menitis di pipinya.

"Bukan bukti itu yang Ana pinta, Min." Katanya dengan gementar. Tanpa diduga Norazmin menjerit sekuat hati.

"I LOVE YOU, ANA!!!" Norazmin mengulangnya sebanyak tiga kali. Kemudian berdiri menghadap Herly Diana.

Herly Diana yang masih terkejut dengan kelakuan Norazmin tadi tambah terkejut dengan cengkaman tangan Norazmin pada kedua bahunya. Norazmin menggocang-goncang bahu Herly Diana sambil mengulangi kata-katanya. Tetapi kali ini dengan nada yang berbisik seolah-olah dia ingin hanya Herly Diana sahaja yang mendengarnya.

"I love you, Ana."

Terdengar syahdunya bisikan itu. Dapat dirasakan keikhlasannya. Herly Diana menangis bahagia seraya menganggukkan kepala tanda menyambut keikhlasan itu. Kemudian mereka saling berpelukan.

"I miss you.. Ana tak tau berapa tersiksanya Min untuk bersikap dingin macam tu pada Ana." Bisik Norazmin untuk sekian kalinya.

Herly Diana membuka matanya yang tadi dipejamkan kerana asyik dalam dakapan. Baru dia tersedar ada beberapa pasang mata yang sedang menonton sandiwara mereka. Mungkin dikejutkan dengan jeritan gila Norazmin tadi.

‘Ah.. Min. Kau juga turut membuat ku jadi gila.’ Bisik hati Herly Diana.

Segera direnggangkan tubuhnya dari Norazmin dan mengisyaratkan pada Norazmin yang mereka sedang ditontoni. Mereka saling berpandangan dan bertukar senyuman selepas itu. Mungkinkah tersenyum kerana berakhirnya persengketaan mereka? Atau kerana malu ditonton pasangan-pasangan lain?

Semenjak saling bermaafan, Norazmin telah berubah. Dia lebih banyak menumpukan perhatiannya pada kursus yang diikuti. Kerana memahami situasi Herly Diana, dia tidak lagi mendesak Herly Diana keluar kecuali pada hujung minggu. Begitupun dia tidak pernah melepaskan gadis itu pulang sendirian. Pasti dihantarnya. Mereka saling menghormati pendirian masing-masing.

Puan Alimah yang memang sejak awal sudah merasakan ketegangan mereka, kini mulai gembira. Dia menasihati Norazmin supaya pandai menjaga keharmonian itu supaya tidak ada kerenggangan lagi. Puan Alimah hanya menunggu masa yang sesuai untuk menyuarakan hasrat hatinya pada ibu Herly Diana.

Norazmin sudah merancang masa depannya sendiri. Dia bercadang akan menyuruh ibunya pergi merisik setelah tamat kursus yang diambilnya. Dia ingin melangsungkan pertunangannya bersaing dengan hari penabalannya sebagai pengurus baru di syarikat ayahnya kelak. Sudah dimaklumkan perancangannya pada Herly Diana. Herly Diana hanya berdiam. Namun di hatinya menguntum doa agar niat suci itu terlaksana.

Semua pengalaman barunya telah di beritahu pada sahabatnya, Shah Effendi.

"Tu lah kan Shah dah kata tiap sesuatu yang terjadi tu, kita kena tangani cepat-cepat. Barulah masaalah akan terhurai. Kalau hari tu Ana tak berani ambil keputusan untuk jumpa Min, Shah tak rasa Ana dapat kebahgiaan macam sekarang ni."

"Shah betul. Terima kasih atas nasihat Shah." Herly Diana melepaskan keluhan.

"Apa lagi ni?" Tanya Shah Effendi bila dia terdengar keluhan itu.

"Pelik kan. Kenapa kita mesti sedar bila dah buat kesilapan?"

"Apa pula pelik..? Dah betullah tu. Menyedari kesilapan kita kemudian cuba memperbaiki."

"Tapi kenapa mesti sesudah? Kenapa tidak sedar lebih dulu.. maksud Erly, berfikir buruk baiknya sebelum melakukan kesilapan tu."

"Tak semuanya boleh betul-betul sedar bila dah tersilap." Shah Effendi senyum sebelum menyambung. "Tapi.. kalau kita sentiasa sedar lebih dulu, takda gunanyalah perkataan insaf." Shah Effendi melanjutkan senyuman dengan ketawa besar sambil menarik hidung Herly Diana.

Herly Diana akhirnya turut ketawa. Tidak ada kesudahannya kalau bercakap dengan Shah Effendi.


HARI sabtu, seperti biasa Norazmin menghantar Herly Diana pulang. Banyak yang mereka perbualkan semasa dalam perjalanan. Antara lain ialah mengenai kursus yang Norazmin ambil. Norazmin berharap akan timbul minat Herly Diana untuk fikirkan kehidupan masa depan yang lebih terjamin dengan mendengar cerita dia. Tidaklah selamanya menjadi pembantu sahaja.

Apabila sudah sampai di hadapan blok Herly Diana, Norazmin berkata. Itupun setelah Herly Diana keluar dari kereta.

"Esok malam pukul lapan brsiap-siap ya.. nanti Min datang ambil."

Herly Diana kehairanan. "Nak kemana?"

Tetapi Norazmin tidak perasaan pertanyaan itu. Dia sudah pun menekan pedal minyak dan kereta bergerak meninggalkan Herly Diana dengan persoalan yang tidak berjawap.

Malamnya Herly Diana menanti panggilan dari Norazmin. Hanya untuk mempastikan kebenaran janji Norazmin tadi siang. Tetapi hampa. Akhinya Herly Diana melupakan hal itu dan beranggapan pelawaan itu mungkin hanya gurauan.

Keesokan pagi, Shah Effendi datang untuk menjenguk Puan Zahara dan Herly Diana. Mereka berbual bagai satu keluarga. Saling bertukar-tukar cerita dari satu hal ke satu hal.

Sewaktu hendak pulang, Shah Effendi mempelawa Herly Diana menemaninya ke party ulang tahun kawannya. Memikirkan sebelah malam dia tiada rancangan, Herly Diana menerima pelawaan itu dengan senang hati.

Tiba masanya Herly Diana bersiap. Dia mengenakan gaun sutera warna putih berbelang hitam. Rambutnya dibiarkan lepas dan hanya dicekak dengan kelip yang berwarna putih juga.

Jam menunjukkan hampir ke pukul lapan malam. Telefon berdering nyaring. Menyangka panggilan itu dari Shah Effendi, Herly Diana segera menjawap. Tetapi betapa gugupnya Herly Diana bila suara itu bukan milik Shah Effendi.

"Ana dah siap?"

Herly Diana cukup kenal dengan suara itu. Mahu tidak mahu dia terpaksa menghadapi apa jua yang bakal terjadi.

"Er.. su.. sudah." Terkeluarlah jawapan itu tanpa disedari. Padahal persiapan yang dilakukan bukanlah untuk keluar bersama Norazmin.

Herly Diana menjadi serba salah. Apa alasannya kini. Sedikit pun dia tidak teringat akan pelawaan Norazmin. Atau pun Herly Diana tidak menyangka kalau pelawaan yang dianggap gurauan itu adalah sebaliknya.

"Min dah ada kat bawah ni. Kalau Ana dah siap cepatlah turun." Suruh Norazmin dengan riang tanpa mengetahui perasaan Herly Diana ketika itu.

Selepas itu Herly Diana segera menelefon ke rumah Shah Effendi untuk membatalkan perjanjian mereka. Malangnya kata ibunya, Shah Effendi sudah keluar.

Kerana kalut dengan keadaan mendadak, Herly Diana terlupa untuk menghubungi telefon bimbit Shah Effendi. Mentelah lagi dia tidak mahu membiarkan Norazmin menunggu lama di bawah sana.

‘Oh.. bagaimana nanti kalau Min tau aku berjanji dengan orang lain?’ Dan banyak lagi pertanyaan yang bermain di kotak fikiran Herly Diana saat itu.

Akhirnya Herly Diana turun juga. Dari jauh sudah kelihatan kereta Norazmin. Norazmin bersandar pada keretanya sambil memerhatikan lenggang Herly Diana.

Mata Herly Diana ligat memerhati sekeliling mencari-cari sesusuk tubuh yang dikenali. Namun yang dicari tidak ditemui. Herly Diana menarik nafas lega. Bila berhadapan dengan Norazmin. Dia memaksa dirinya berkeadaan seperti biasa sambil tersenyum. Tetapi keterpaksaan itu telah membuatkan perubahan yang ketara dan dapat ditangkap oleh Norazmin.

"Kenapa Min pandang Ana macam tu sekali?" tanya Herly Diana bila melihat riaksi Norazmin.

"Ana baru lepas menangis ke?" Soal Norazmin kembali walau sebenarnya bukan itu yang ingin ditanya.

Herly Diana menggeleng. Dia sedar matanya yang masih bengkak itu tentu menjadi perhatian Norazmin. Norazmin tersenyum dan kemudian membukakan pintu kereta untuk Herly Diana.

Ketika Herly Diana mahu bergerak masuk ke perut kereta, tanpa sengaja dia tertoleh ke belakang. Di situlah berdirinya seorang pemuda dalam kepegunan. Pemuda berbaju kemeja ala Hawaii berdiri agak jauh. Mata mereka saling bertaut. Herly Diana jadi serba salah.

Memandang wajah Shah Effendi ketika itu, Herly Diana jadi simpati sekali. Di kejauhan Herly Diana tidak dapat pastikan sama ada Shah Effendi sedang tersenyum atau sebaliknya. Kalau benar dia tersenyum, apakah itu senyuman keizinan atau senyuman ejekan? Dan jika Shah Effendi berwajah muram, apakah itu kerana kesabaran atau kemarahan?

Melihatkan Herly Diana tidak masuk-masuk, Norazmin melirik ke arah tujuan pandangan Herly Diana. Tetapi ketika itu Herly Diana sudah pun membuat keputusan untuk mengikut Norazmin sahaja. Lalu dia memboloskan diri ke dalam kereta.

Norazmin melirik sebentar ke wajah Herly Diana sebelum menghidupkan enjin kereta. Kereta terus meluncur laju.

Shah Effendi yang tinggal di tepi jalan hanya mampu merenung tanah yang dipijaknya. Dia cuba menyabarkan hatinya. Dia terima ini mungkin sesuatu yang tidak disengajakan.

Keesokannya Shah Effendi bangun awal dan bersiap-siap untuk berjogging. Dia melewati jalan-jalan biasa yang dilaluinya.

Perbuatannya itu membuatkan dia terkenang saat pertemuan pertamanya dengan Herly Diana. Ingin dibuang fikiran itu jauh-jauh untuk mencari ketenangan.

Shah Effendi terus berlari dan berlari dengan fikiran yang kacau. Sehingga dia mengalami sesak nafas secara tiba-tiba. Dia memegang dada dan pinggang sebelah kanan. Seolah-olah di situlah kesakitan yang dia alami. Rasa sakit yang tidak terhingga sehingga dia muntah di situ juga. Muntahnya bercampur darah.Akhirnya Shah Effendi rebah dengan disaksikan oleh orang-orang sekeliling.

~~~~

Bertsambung.. InsyaAllah
posted by Penulisan2u @ 3:23 AM  

Kongsi Karya Ini Di Dinding Facebook Anda
3 Comments:

Catat Ulasan

TINGGALKAN ULASAN DAN KOMEN, PADA SETIAP KARYA YANG ANDA BACA Penulis memerlukan ulasan dan komen, bagi memperbaiki penulisan dan memperbetulkan kesilapan. Komen dan ulasan anda akan memberi satu semangat kepada penulis, untuk terus menulis karya dan seterusnya menghasilkan karya yang menarik. Kerjasama & sokongan daripada pembaca amat kami hargai. Sebab itulah kami menyediakan HADIAH, sebagai penghargaan kepada penulis dan juga kepada pembaca yang aktif memberi komen & ulasan

<< Home

 

 

 NOVEL TERBARU DI PASARAN

 

 

"Dia hidup bukan kerana cinta. Dia hidup kerana kehadiran Prince Charming yang menyelamatkannya. Semuanya gara-gara dia mengoyak Carta Prince Charming—carta misteri yang tiada sesiapa tahu dari mana datangnya. Yang pasti, memang dia langsung tidak percaya dengan sumpahan yang dikatakan berkaitan dengan Carta Prince Charming.

"Sumpahan puteri? Kau ingat ini cerita dongeng ke? Puteri apa yang nak sumpah aku ni? Puteri bunian? Puteri lindungan bulan?”

Desakan daripada Sofea membawanya ke Kelab Bola Sepak. Di situlah Prince Charming berkumpul. Tetapi hanya seorang sahaja Prince Charming yang dicari-carinya. Namun, untuk mencari Prince Charming bukanlah mudah, namun dia yakin, antara mereka, pasti salah seorang adalah penyelamatnya.

Orang tu pun satu! Dah selamatkan nyawa orang, tak reti-reti ke nak munculkan diri? Bukan ke lagi senang kalau datang berdiri depan aku dan cakap, Sayalah yang selamatkan awak daripada kena langgar semalam. Finish! Tak adalah nak panjangkan cerita sampai beratus muka surat semata-mata nak cari Prince Charming!

Tajuk: Prince Charming
Penulis: Ratu Bulan
Terbitan: Fajar Pakeer

Harga: RM19.90
Ulasan:

 


 

NOVEL HANGAT DIPASARAN

 

 

Pertemuan pertama memberi impak yang berbeza kepada dua insan. Maria malu mengenang, sedang Hisyam mahu mendekat. Maria semakin resah apabila Hisyam terus-terusan mendesak. Dalam benci ada rindu. Bijak Hisyam memujuk, mereka akhirnya disatukan.

Salina hadir menjadi duri dalam daging. Bagi Hisyam, gadis itu ialah sahabatnya yang terbaik. Insan paling dipercayai. Namun, dalam diam, Salina meracuni hubungan mereka. Salina ada agenda yang tersendiri.

Semakin hari, semakin nipis rasa percaya Maria terhadap Hisyam. Namun, dia tidak mungkin menghindar rasa kasih yang sudah menebal. Demi menunaikan permintaan Maria, Hisyam tega melamar Salina walau ada luka di hati.

Sanggupkah Hisyam menduakan Maria yang pernah dicintai sepenuh hati? Dan, Maria, mampukah membiarkan suami tersayang jatuh ke tangan Salina? Atau, Mariakah orang ketiga yang tidak lagi diperlukan kehadirannya oleh Hisyam?

 

Baca bab awal dari bab 1-15 di www.takmungkinkuhindar.blogspot.com
 

Tajuk: Tak Mungkin Kuhindar
Penulis: Ana Sofiya
Terbitan: Fajar Pakeer

Harga: RM22.90
Ulasan:

 


       Karyaseni

www.karyaseni.my
www.karyaseni.com.my
       Menarik Klik Dibawah
    50 Karya Terbaru

  Info Karya Terkini

      Baca Karya Pilihan

  Pelukan Cinta - Novel cinta yang 90% adalah kisah benar, wujud lagikah manusia sebegini?

 

  Suami Aku Ustaz - Bila Suami Yang Merupakan ustaz kini menjadi suamiku, Sebuah novel yang banyak menekan nilai-nilai islamik

 

  Terlerai Kasih Sebuah novel yang heroinnya bertudung, novel yang begitu menarik. selamat membaca

 

  Kahwin Ganti - Novel yang pasti dapat memikat hati pembaca. bagaimana seorang yang sakit menjadi suamiku

 

  Kemilau Karya Kasih - Kisah  anti novel melayu, yang memandang jijik dan hina novel melayu. ikuti kisah menarik ini.

 

  Opps pintu hatiku - Kisah yang menarik pilihan yang mampu memberi keseronokan membaca

 

  Pilihan Mama - perlukah ikut pilihan mama, sedangkan pilihan mama umpama manusia yang tidak berperikemanusian

 

  Tak Mungkin Kuhindar - Novel yang mendapat sambutan dan popular di penulisan2u

 

  Dibius Cinta - Cucukan jarum cinta manakah yang mampu membius hatiku. Kalau sudah membaca novel ini kali pertama, pasti tidak akan berhenti.

 

 

klik pada tajuk untuk membaca karya pilihan di atas

 

      Iklaneka

 

125 

 

 

 

 

 

Berminat iklan di blog penulisan2u? hubungi kami di email : Bantuan@penulisan2u.net

      Tarikh Karya

 

Ikuti blog ini | Follow this blog

      Berita Hangat

Penulisan2u sedang berkerjasama dengan Penerbit Novel bagi memberi peluang kepada penulis-penulis berbakat dan karya yang menarik. Antara novel yang sudah di terbitkan

 

  Biarlah YM Berbicara

  Baju Pengantin Mak Andam

  Siapakah Di hatiku

  Hot Gimmick

  Pergilah Air Mata

  Sepupuku Suamiku

  Hadirmu Takdirku

  Cermin

  Tak Mungkin Kuhindar

  Bini Aku Tomboy Ke?

  Jodoh Atau Cinta

  Prince Charming

  AD + IZ 

 

Tunggu kemunculan novel-novel terbaru dari penulis penulisan2u setiap bulan di pasaran.

      Ingin Hadiah?

PERADUAN KUIZ . Tahniah kepada 10 Pemenang Kuiz, Hadiah ditaja oleh Syarikat Penerbitan Kaki novel Enterprise. Klik Disini untuk melihat Senarai pemenang.

 

UNTUK PENULIS. 5 Penulis terbaik pilihan pembaca setiap bulan. akan menerima hadiah sebuah novel. Blog pertama dan satunya2 blog yang memberi hadiah kepada penulis. Klik Disini untuk melihat senarai Penulis terbaik pilihan pembaca setiap bulan

 

UNTUK PENGULAS & PEMBACA?

2 Pengulas paling AKTIF dengan memberi komen yang ikhlas dan membina, pada setiap karya cerpen / novel  di penulisan2u akan menerima hadiah sebuah NOVEL.

 

      Bilik Sembang

Info
TAG

koleksi novel, koleksi novel cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik, novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru, teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram, cerita, cerita cinta, cerita melayu

UCAPAN

1/1/2009:
Tahun baru misi baru, cerpen dan novel pun baru. semoga terhibur bersama blog kami

KATA HIKMAH

1) Cara yang pasti untuk terlepas dari berjaya ialah terlepas peluang

2)"Jika saya ingin memulakan kembali perniagaan saya, maka saya akan memilih perniagaan network (MLM)"DONALD TRUMPH

3) "ada menyebut, 9/10 daripada rezeki berpunca daripada perniagaan" HADIS

4)Dalam tempoh lima tahun akan datang hanya wujud 2 jenis perniagaan iaitu perniagaan yang menggunakan INTERNET sebagai platform ATAU perniagaan tanpa internet yang akan terkeluar dari persaingan dunia perniagaan.” Apabila ditanya kepada beliau, bagaimana awak boleh jadi di antara orang yang terkaya di dunia? Jawab beliau,“Saya berada ditempat yang betul tepat pada masanya, saya melihat VISI dan yang sangat penting. Saya melakukan TINDAKAN!!”. BILL GATES

5) "Daripada 40 orang terkaya yang berumur di bawah 40 tahun, separuh daripada mereka berjaya melalui INTERNET."  -MAJALAH FORTUNE-

6) Jika anda mahu melakukan sesuatu anda akan mencari jalan dan jika anda tidak mahu melakukan sesuatu anda akan mencari alasan

7) Siapa yang tidak pernah gagal, dia tidak akan menjadi kaya -charles h.spungeon-

8) Ingatlah Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum melainkan kaum itu sendiri berusaha mengubahnya - al-Radu [13]: 11-

9) 99% kejayaan dibina dari kegagalan yang lalu, siapa yang mahu dan tidak bertindak, dia adalah haiwan perosak -willim blake-

9) Banyak hal yang kita sebut sebagai was-was untuk bertindak seringkali dapat diubah menjadi kejayaan dan keuntungan, hanya dengan mengubah sedikit sahaja sikap dalam diri seseorang daripada rasa takut bertukar untuk berjuang

10) semasa kita berhenti dari berfikir, kita biasanya terlepas satu peluang

11) Ilmu melalui bukunya, kemahiran melalui pengalamanya, kejayaan melalui usahanya


TAG

koleksi novel, koleksi novel cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik, novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru, teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram, cerita, cerita cinta, cerita melayu

Inspirasi kejayaan yang cemerlang di
www.kerjaya.net
      Chit-Chat Corner

online
     Rakan Niaga

Rahsia dari 8 Jutawan Malaysia

Rahsia penjimatan elektrik

117 Idea Bisnes Luar Biasa

Webhosting Terbaik Malaysia

Video Tutorial Bisnes Internet

Peluang Bisnes SMS

Google Adsense jana Duit

Rahsia perniagaan digital

Business Internet

Cara Format PC

Perkakasan membina website

Cara membina Blog wordpress

Buat Duit dengan Ebook

Rahsia sistem merekrut MLM

Menjana pendapatan di EBAY

Tingkatkan Traffik ke website

Tiada duit untuk kahwin?

Rahsia Bisnes di Internet

Panduan asas membina blog

Jana wang dgn unit trust

Belajar design grafik

Bengkel website

10 Model Bisnes internet

Pakej bisnes internet

Belajar HTML website

Rahsia teknik bisnes di EBAY

      Novel pilihan

sinopsis klik pada gambar

   Diari Penulis

    • Aisya Sofea

    • Anis Ayuni

    • Bikash Nur Idris

    • Damya Hanna

    • Dhiya Zafira

    • Eny Ryhanna

    • Salina ibrahim

    Dina Najat

    • Ahadiat Akashah

    • Norhayati Berahim

    • Aina Emir

    • Hafirda Afiela

    • Hani Fazuha

    • Dewi Sukma

    • Sri Diah

    • Zn Isa

    • Lily Suraini

    • Lily Haslina

    • Nia Azalea

    • Rose Harissa

    • Norzailina Nordin

    • Aleya Aneesa

    • Liza Zahira

    • Ida Nardiel

    • Eka fahara

    Syima Syawal

    • Meen Zulaikha

    • Rose harissa

    • Aleya Aneesa

    • Lynn Dayana

    • Mersik Romoyu

         Ingin Menjadi Penulis?

Creative Enterprise Sdn. Bhd., sedang mencari manuskrip kanak-kanak atau remaja. Ini kerana pihak kami ingin memperluaskan dan memperbanyakkan bahan bacaan untuk kanak-kanak dan remaja. Di samping itu kami juga ingin memupuk minat membaca dalam kalangan kanak-kanak dan remaja. ( klik disini )

Karyaseni Enterprise ingin memaklumankan kepada anda yang berminat untuk menghantar manuskrip anda kepada KS untuk penilaian, sila email kan sinopsis dan tiga bab awal ke alamat email berikut: Manuskrip@karyaseni.my

KarnaDya Solutions Sdn Bhd. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan? hantarkan karya anda. Sebelum anda menghantarkan manuskrip anda, sila hantarkan butiran berikut terlebih dahulu melalui emel/pos. untuk maklumat lanjut ( klik disini )

NB Kara Sdn Bhd dengan berbesar hati menjemput mana-mana penulis yang merasakan diri mereka layak menjadi penulis yang versatil, menghantar manuskrip mereka kepada NB Kara Sdn Bhd. Tulisan anda terlebih dahulu akan dinilai oleh penulis prolifik Norhayati Berahim dan juga beberapa panel editor sebelum diluluskan untuk terbitan.
 ( klik disini )

Jemari Seni Publishing. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan? Untuk tujuan pengiriman manuskrip, JEMARI SENI telah menggariskan panduan kepada penulis-penulisnya. untuk maklumat lanjut ( klik disini )

 

Alaf 21 Sdn Bhd. Tahun 2008 bakal menjanjikan sinar kecemerlangan seandainya karya anda terpilih untuk diterbitkan oleh Alaf 21, penerbit novel tersohor di Malaysia. Jika anda mempunyai salah satu manuskrip tersebut, kami ingin menatap dan menilainya. Sekiranya sesuai, pihak kami ingin menerbitkannya di bawah jenama ALAF21. ( klik disini)

   Ahli Pelawat
      Novel Di Pasaran

Kenangan Terindah - Hezzy Azra

Serasi di hati - Nora Ismail

Nama aku N - Aina Emir

Bunga Syurga - Anita Aruszi

Episod cinta luka - Fateen Najwa

Sandaran kasih - Aini Marisha

Fitrah kasih - Ilani Mysara

Bukan yg pertama - Salina Ibrahim

Ternyata cinta - Damya Hanna

Selagi ada dia - Aisya Sofea

Kembalikan cintaku - Norhayati NB

Warna hati - Meen Zulaikha

Seribu kali sayang - Anis Ayuni

Menanti kasih - Norzailina nordin

Cahaya - Nura zulaikha

Dakapan cinta - Eny Ryhanna

Hanya kita berdua - Aina emir

Ku Utus Rindu - Intan Arnida

Usikan rindu - Qaira Qasidah

Segalanya untukmu - A.Anessa

 

Dapatkan dikedai berhampiran anda

      Bantuan Carian

Dua cara asas untuk memudahkan anda melayari laman blog penulisan2u pada masa akan datang. pastikan anda set laman penulisan2u sebagai  "homepage utama" atau dengan "add to favorite" di pelayar komputer anda. caranya dgn klik dibawah:-

 

      Web & Blog Terbaik

Koleksi cerpen & novel online terbaik dari Malaysia, Indonesia, SIngapore & Brunei. Layari di http://penulisan2u.net

Koleksi artikel isu semasa, artikel yang menarik dan hangat http://semasa2u.blogspot.com

tip kehidupan, zodiak, horoskop, petua, tip, puisi, pantun, sajak, dan pelbagai artikel menarik layari di http://istimewa2u.blogspot.com

Blog Berkaitan agama, topik-topik tazkirah, audio, video ceramah, mendengar 114 surah Al-quran secara online, radio-radio dakwah, layari di http://dakwah2u.blogspot.com

Blog Media, Tv streaming online, radio streaming online, surat khabar, rakaman drama, radio era, hot.fm, tv1, tv2,tv3 dan lain-lain. layari di http://mymedia2u.blogspot.com

Blog Koleksi cerita lawak, lucu, kelakar dan video lawak, lucu dan kelakar. layari di laman http://kelakar2u.blogspot.com

Laman web penerbit novel KarnaDya Penerbitan Karyaseni Syarikat penerbitan yang dimiliki oleh Penulisan2u. Novel-novel dari laman penulisan2u akan diterbitkan oleh Karyaseni http://www.karyaseni.my

Laman web syarikat penerbit novel Creative Enterprise Sdn Bhd (CESB). Untuk melihat novel-novel terbaru yang berada di pasaran, layari di http://www.cesb.net.my

Laman web syarikat penerbit Kaki Novel Enterprise. Untuk melihat novel-novel terbaru yang berada di pasaran, layari di http://www.kakinovel.com

Laman web syarikat penerbit NB kara Sdn Bhd. Dimiliki oleh penulis terkenal Norhayati Berahim, Untuk melihat novel-novel terbaru yang berada di pasaran, layari di http://www.nbkara.com.my

Laman web syarikat penerbit Buku Prima Sdn Bhd. Untuk melihat novel-novel terbaru yang berada di pasaran, layari di http://www.bukuprima.com.my

Laman web syarikat penerbit novel jemari Seni Publishing (JS Publishing). Untuk melihat novel-novel terbaru yang berada di pasaran, layari di http://www.jemariseni.com

Laman web syarikat penerbit novel Alaf21 Sdn Bhd (alaf21). Untuk melihat novel-novel terbaru dari Alaf21 layari di http://www.alaf21.com.my

Laman web syarikat penerbit novel Fajar Pakeer Sdn Bhd). Untuk melihat novel-novel terbaru  layari di laman http://www.fajarnovels.com.my

      Kata Kunci

koleksi novel, koleksi novel cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik, novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru, teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram, cerita, cerita cinta, cerita pendek, cerita melayu, cerita online

      Malaysia Group