Kehidupan
adalah anugerah utama Illahi. Anugerah kehidupan memberi gambaran
kebesaranNya buat kita manusia, yang wajib kita syukuri dan hargai.
Internet adalah kemudahan buat umat manusia. Justeru itu,
manafaatkan ia untuk kesejahteraan diri kita dan umat sejagat.
Sentiasalah kita beringat, apa yang kita lakukan, akan dipertanggung
jawabkan pada kemudian hari.
Gunakan sebaik-baiknya kurnia Allah swt kepada kita. Halalkan
kegunaan akal, hati dan lidah pada perkara yang bakal membawa
kecemerlangan diri kita dunia dan akhirat. Kita hidup hanya sekali.
Sekali 'pergi' tak kan kembali. Buat baik berpada-pada, dan buat
jahat JANGAN sekali-kali. Kewujudan website penulisan2u dengan blog
sebagai wadah untuk meningkatkan nilai diri. Bermatlamatkan
penyatuan ummah dengan ciri-ciri kemurnian budi dan budaya. Walaupun,
dunia terus maju dengan teknologi, kita akan terus kekal dengan
akhlak dan jati diri insani.
"Ko ingat ko ni'princess' ke nak balik suka hati." Satu suara lain mencelah. Cukup kukenali "Nun nak masuk, sembahyang asar." Aku mengatur langkah ke arah pintu. Tiga orang manusia yang cukup kukenali berdiri tercegat di muka pintu. Abang Ad, Farah Adiba dan Fatin Norlaili.. "Nun nak masuk. Boleh tolong tepi sikit?" Aku berlembut biarpun tingkah mereka membuatkan kesabaranku hampir mencecah sifar. Abang Ad tidak berganjak sekali gus menghalang perjalananku masuk ke rumah. Istighfar meniti di bibir, supaya hatiku tenang menghadap karenah mereka. " Abang Ad...boleh tepi sikit tak?" " Aku bukan abang kola...." Dia mencebik. Diba dan Lili tersenyum, sinis sekali pada pandanganku.
Foto mama kuletakkan di bawah bantal, buat penawar rindu. Terasa mama betul-betul dekat denganku. Sambil duduk bersandar di kepala katil, diari kubelek satu-persatu. Sabtu, 15 Februari KEM MOTIVASI SEKOLAH.
Masya-Allah, macam mana aku boleh terlupa pulak ni? Hari sabtu akan datang, bermakna tiga hari dari sekarang. Aku ada kem motivasi. Aku belum maklumkan papa lagi... Bangkit dari katil, aku bersiap siaga ke bilik air. Mujur aku tidak terlambat lagi. Tidak aku lupakan rutinku setiap pagi, mengejutkan 'tiga serangkai' yang paling liat bangun pagi! Suaraku hampir serak memanggil-manggil mereka dari luar. Kuseiringkan dengan ketukan yang bertalu-talu di pintu kamar. Kalau itupuntidak cukup lagi, ketukan dan suaraku akan mula berpadu, menjadi lebih kuat dan keras. Bukan sedikit tenaga yang kuperlukan. Seperti biasa, aku mengucup tangan papa untuk kesekian kalinya. Hari ini papa tidak singgah lagi di pusara mama. Tak apalah...aku ke sana petang ini saja. Untung-untung aku terserempak lagi dengan 'adik'.. Aku masukkan sapu tangan biru itu ke dalam beg, tidak senang menyimpannya lama-lama. Aku harus segera memulangkan kepada yang empunya. " Ini sapu tangan awak. Terima kasih." Aku terpaksa menebalkan muka. Dia buat endah tak endah walaupun aku menghulurkan sapu tangan biru itu. " Ko simpan je. Hadiah.."Dia separuh berbisik, serentak bangkit dari kerusi. " Saya tak nak..ini awak punya." Aku cuba bertegas. Dia senyum lagi. " Jangan degil. Aku bagi ko..." "Saya tak..." Bicaraku terhenti tatkala matanya menghantar isyarat supaya aku jangan berdegil lagi. Aku terkedu lagi... " Aku blah dulu. Kalau tak tau buat ' math' tanya je aku. Jangan buat bodoh sombong ko tu."Dia mengangkat kening. Entah mengapa aku mengangguk pula. Tak semena-mena. Tanpa sedar. Ya Allah, apa penyakit aku ni? Spontan, kularikan pandangan daripada terus tertancap pada wajahnya. Dari ekor mata, aku dapat melihat lirik senyumannya, sebelum berlalu meninggalkanku..
KEM MOTIVASI SMKPT.
Mahu tidak mahu, suka atau tidak aku terpaksa tinggal di sekolah sehingga hari Isnin nanti. Cikgu Rosyam begitu bersemangat memberi taklimat aktiviti-aktiviti yang bakal dilakukan secara kumpulan. Aku berharap Cikgu Rosyam dapat mengalirkan secebis semangat padaku. Perlahan, aku menutup diari. Lima minit lagi, ada aktiviti berkumpulan. Lepas tu minum petang. Semua orang sibuk bersiap-sedia. Malam nanti pun, kami ada aktiviti lagi. Seluruh masa bagaikan terisi. Kata Cikgu Rosyam, malam ini aktiviti yang paling 'spesel' sebab kumpulan yang menang akan dapat hamper. "Ok...semua nampak ceria malam ni. Macam yang saya cakap, kita nak buat aktiviti 'spesel.'" Semua bertepuk tangan selepas Cikgu Rosyam berkata-kata. Ada yang teruja, ada yang malas.. " Macam seronok je, kan?" Atirah separuh berbisik. Aku hanya mengangguk, ingin tahu juga aktiviti apa yang dimaksudkan oleh Cikgu Rosyam. Al-maklumlah, dia yang merencanakan perjalanan aktiviti kami di sini, dari mula hingga sampai ke noktahnya. Setahu aku, Cikgu Rosyam memang kreatif dalam melahirkan idea-idea yang bernas. Lihat sahaja, minggu pengawas yang diselenggarakan Cikgu Rosyam. Pengetua tidak habis-habis memuji.. "Tiga orang setiap kumpulan. Dan kamu mesti lantik ketua atas persetujuan bersama." Cikgu Rosyam terus memberi arahan. Buru-buru, Atirah memegang tanganku. Cikgu Rosyam sibuk memberi penerangan tentang cara-cara bermain. Dalam keadaan mata tertutup, kami diarahkan mencari ahli kumpulan masing-masing di medan letak kereta yang sedia lapang. Siapa yang dapat mencukupkan tiga orang, kumpulannya dikira menang.. "Aku nak ajak Tuah." Matanya melingas mencari-cari Tuah sebelum sempat aku berkata apa-apa. Tuah lagi, aku menggumam, cuma di dalam hati. Atirah bukan boleh ditegah, nanti panjang pula rajuknya.. "Dah sedia?" Atirah menghulurkan kain hitam yang diagihkan sejak tadi. Aku menyambutnya separuh hati. Kulihat, Tuah begitu bersahaja. Atirah pula kelihatan teruja. " Saya tolong ikatkan." Tuah menawarkan diri. Bibir Atirah meleret senyum. Spontan, dia menghulurkan kain hitam itu pada Tuah dengan senyum ala-ala mengada. Ya Allah, aku ni jealous ke? " Ok, kita mulakan dengan kumpulan 1 dan 2. Nama kumpulan awak apa?" Cikgu Rosyam menghampiri setiap kumpulan. Sampai giliran kumpulan kami, Cikgu Rosyam menepuk-nepuk bahu Tuah. Mereka bertukar senyum. "Budakunik, cikgu."Tuah cepat-cepat menjawab, sempat pula mengerling ke arahku. "Hmmm..sounds interesting." Cikgu Rosyam sempat memberi komen sebelum berlalu meninggalkan kumpulan kami. "Budak unik...aku suka nama tu, memang unikla." Komen Atirah pula menyusul. Matanya sudah berbalut kain hitam, hasil kerja tangan Tuah. Aku buat bena tak bena. Pandangan gelap-gelita sebaik sahaja mataku ditutup dengan kain hitam yang diagih-agihkan Cikgu Wadi merangkap pembantu Cikgu Rosyam. Kami bergerak sebaik sahaja wisel dibunyikan. Permainan bermula... "Tak nampakla!" Jeritan di mana-mana. Aku menarik nafas panjang, cuba mengalirkan kekuatan pada diri. "Awak semua ingat apa saya cakap tadi? Tak boleh bersuara. Abang-abang dan kakak-kakak fasilitator akan awasi kamu. Kerja awak...cari ahli kumpulan sampai cukup tiga orang."Tegas suara Cikgu Rosyam. Suasana hening seketika, tiada hingar-bingar lagi. Semuanya patuh arahan Cikgu Rosyam. Ya Allah..macam mana aku nak cari diorang berdua ni?Mata bertutup segala...tak boleh bercakap. Tiba-tiba, aku terasa lenganku dipaut, erat. Langkahku yang tadinya nanar serta-merta terhenti. Sejurus, wisel dibunyikan buat kali kedua menandakan permainan tamat. Aku kaget, seolah tiada langkah lagi untuk diatur. Spontan, ikatan di mata terlerai. "Ok semua..siapa yang dapat kumpulkan semua ahli?" Cikgu Wadi memecah kebisuan. Ya Allah..betulkah apa yang di hadapan mataku saat ini? Dia masih memegang lenganku, masih kejap seperti tadi. Atirah yang berada di sebelahnya melongo. Buru-buru, aku melepaskan pegangannya, khuatir ada mata-mata yang memerhati. Dia dan Atirah mengangkat tangan sekali gus menjadikan kami satu-satunya kumpulan yang menemui semua ahli dalam keadaan mata tertutup. Agak hebat bunyinya! "Bagus...Pemenangnya budak unik!" Cikgu Rosyam membuat pengumuman sekali gus menjadikan suasana hingar-bingar. Sorakan dan tepukan mereka memecahkan keheningan. Kulihat, hidung Atirah kembang-kempis sewaktu nama kumpulan kami diumumkan. "Kamu tau tujuan permainan ni? Siapa tau, kita bagi dia ni."Cikgu Wadi menayangkan not RM 50 di hadapan kami. Sorakan semakin menggamatkan suasana. Macam-macam versi jawapan diberikan, semuanya tidak menyasar. Ada yang berbincang sesama ahli kumpulan. "Oklah, kalau macam tu..selamat duit saya." Cikgu Wadi berjenaka. Tawanya melebar, menampakkan barisan gigi yang teratur. "Tujuannya, kami nak tengok sama ada kamu peka atau tidak. Masa permainan ni memang kami tak bagi kamu bersuara tapi sebelum tu kamu boleh bincang sesama kamu macam mana nak atur strategi. Kamu boleh guna macam-macam isyarat..kalau kamu peka." Panjang lebar penerangan Cikgu Rosyam. Aku mengangguk-ngangguk tanda faham. " Dalam hidup, kita mesti peka pada persekitaran. Supaya kita boleh belajar daripada pengalaman."Cikgu Wadi membuat ulasan tambahan. "Hmmm Tuah..bijak betul strategi awak. Kagum saya." Atirah memuji. Aku yang tidak tahu apa-apa hanya tersenyum. Strategi apa dia buat dengan Tirah, tak bincang dengan aku pun? Macam mana dia jumpa aku tadi... " Bau kau..."Dia berbisik, dekat dengan telingaku. Aku tergamam, seolah dia dapat menerobos isi hatiku. "Enchaunter, kan?" Dia mengenyit mata, nakal. Aku masih terpinga-pinga sewaktu nama kumpulan kami diumumkan untuk menerima hadiah. Senyumannya membuat hatiku tiba-tiba senang. Bau kau...Enchaunter. Dia memang terlalu peka!
dalam hidup apa yang lain daripada kita...itulah yang kita katakan pelik sedangkan kepelikan itu sebenarnya datang dari dalam diri kita yang adakala tidak mengerti....
salam...memang x dinafikan cara penulisan awak memang pandai memikat hati pembaca,ini membuatkan saya fikir awak adalh orang yg sgt berpengalaman dlm bidang penulisan...terima kasih kerana berjaya membuatkn,kami,si pembaca terus-terusan ingin mengetahui perkembangan cerita ini......congrat..
Terima kasih...saya akan mencari idea-idea yang lebih segar. Saya makin bersemangat untuk menulis.
Catat Ulasan
TINGGALKAN ULASAN DAN KOMEN, PADA SETIAP KARYA YANG ANDA BACA Penulis memerlukan ulasan dan komen, bagi memperbaiki penulisan dan memperbetulkan kesilapan. Komen dan ulasan anda akan memberi satu semangat kepada penulis, untuk terus menulis karya dan seterusnya menghasilkan karya yang menarik. Kerjasama & sokongan daripada pembaca amat kami hargai. Sebab itulah kami menyediakan HADIAH, sebagai penghargaan kepada penulis dan juga kepada pembaca yang aktif memberi komen & ulasan
"Dia
hidup bukan kerana cinta. Dia hidup kerana
kehadiran Prince Charming yang menyelamatkannya.
Semuanya gara-gara dia mengoyak Carta Prince
Charming—carta misteri yang tiada sesiapa tahu
dari mana datangnya. Yang pasti, memang dia
langsung tidak percaya dengan sumpahan yang
dikatakan berkaitan dengan Carta Prince
Charming.
"Sumpahan puteri? Kau ingat ini cerita dongeng
ke? Puteri apa yang nak sumpah aku ni? Puteri
bunian? Puteri lindungan bulan?”
Desakan daripada Sofea membawanya ke Kelab Bola
Sepak. Di situlah Prince Charming berkumpul.
Tetapi hanya seorang sahaja Prince Charming yang
dicari-carinya. Namun, untuk mencari Prince
Charming bukanlah mudah, namun dia yakin, antara
mereka, pasti salah seorang adalah penyelamatnya.
Orang tu pun satu! Dah selamatkan nyawa orang,
tak reti-reti ke nak munculkan diri? Bukan ke
lagi senang kalau datang berdiri depan aku dan
cakap, Sayalah yang selamatkan awak daripada
kena langgar semalam. Finish! Tak adalah nak
panjangkan cerita sampai beratus muka surat
semata-mata nak cari Prince Charming!
Tajuk:
Prince Charming
Penulis: Ratu Bulan
Terbitan: Fajar Pakeer
Harga:
RM19.90
Ulasan:
NOVEL
HANGAT DIPASARAN
Pertemuan
pertama memberi impak yang berbeza kepada dua insan. Maria
malu mengenang, sedang Hisyam mahu mendekat. Maria semakin
resah apabila Hisyam terus-terusan mendesak. Dalam benci
ada rindu. Bijak Hisyam memujuk, mereka akhirnya disatukan.
Salina hadir menjadi duri dalam daging. Bagi Hisyam, gadis
itu ialah sahabatnya yang terbaik. Insan paling dipercayai.
Namun, dalam diam, Salina meracuni hubungan mereka. Salina
ada agenda yang tersendiri.
Semakin hari, semakin nipis rasa percaya Maria terhadap
Hisyam. Namun, dia tidak mungkin menghindar rasa kasih
yang sudah menebal. Demi menunaikan permintaan Maria,
Hisyam tega melamar Salina walau ada luka di hati.
Sanggupkah Hisyam menduakan Maria yang pernah dicintai
sepenuh hati? Dan, Maria, mampukah membiarkan suami
tersayang jatuh ke tangan Salina? Atau, Mariakah orang
ketiga yang tidak lagi diperlukan kehadirannya oleh Hisyam?
Penulisan2u
sedang
berkerjasama dengan Penerbit Novel bagi memberi peluang kepada penulis-penulis berbakat dan karya yang menarik.
Antara novel yang sudah di terbitkan
2 Pengulas paling AKTIF dengan memberi komen yang ikhlas dan
membina, pada setiap karya cerpen / novel di penulisan2u akan
menerima hadiah sebuah NOVEL.
•
Creative Enterprise Sdn. Bhd., sedang mencari manuskrip kanak-kanak atau remaja. Ini kerana pihak kami ingin memperluaskan dan memperbanyakkan bahan bacaan untuk kanak-kanak dan remaja. Di samping itu kami juga ingin memupuk minat membaca dalam kalangan kanak-kanak dan remaja.
( klik disini
)
•Karyaseni Enterprise ingin memaklumankan
kepada anda yang berminat untuk menghantar manuskrip
anda kepada KS untuk penilaian, sila email kan
sinopsis dan tiga bab awal ke alamat email berikut:
Manuskrip@karyaseni.my
•KarnaDya Solutions Sdn
Bhd. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
hantarkan karya anda. Sebelum anda menghantarkan
manuskrip anda, sila hantarkan butiran berikut terlebih
dahulu melalui emel/pos. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•NB Kara Sdn Bhd dengan berbesar hati
menjemput mana-mana penulis yang merasakan diri mereka
layak menjadi penulis yang versatil, menghantar
manuskrip mereka kepada NB Kara Sdn Bhd. Tulisan anda
terlebih dahulu akan dinilai oleh penulis prolifik
Norhayati Berahim dan juga beberapa panel editor sebelum
diluluskan untuk terbitan.
(
klik disini )
•Jemari Seni Publishing. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
Untuk tujuan pengiriman manuskrip, JEMARI SENI telah
menggariskan panduan kepada penulis-penulisnya. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•
Alaf 21 Sdn Bhd. Tahun 2008 bakal menjanjikan sinar
kecemerlangan seandainya karya anda terpilih untuk
diterbitkan oleh Alaf 21, penerbit novel tersohor di
Malaysia.
Jika
anda mempunyai salah satu manuskrip tersebut, kami ingin
menatap dan menilainya. Sekiranya sesuai, pihak kami
ingin menerbitkannya di bawah jenama ALAF21.
( klik disini)
•
tip kehidupan, zodiak, horoskop, petua, tip, puisi,
pantun, sajak, dan pelbagai artikel menarik layari di
http://istimewa2u.blogspot.com
•
Blog Berkaitan agama, topik-topik tazkirah, audio, video
ceramah, mendengar 114 surah Al-quran secara online,
radio-radio dakwah, layari di
http://dakwah2u.blogspot.com
•
Blog Media, Tv streaming online, radio streaming online,
surat khabar, rakaman drama, radio era, hot.fm, tv1,
tv2,tv3 dan lain-lain. layari di
http://mymedia2u.blogspot.com
•
Blog Koleksi cerita lawak, lucu, kelakar dan video lawak,
lucu dan kelakar. layari di laman
http://kelakar2u.blogspot.com
•
Laman web
syarikat penerbit novel Creative
Enterprise Sdn Bhd (CESB). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.cesb.net.my
•
Laman web
syarikat penerbit
Kaki Novel
Enterprise. Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.kakinovel.com
•
Laman web
syarikat penerbit NB kara Sdn Bhd.
Dimiliki oleh penulis terkenal Norhayati Berahim, Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.nbkara.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit Buku Prima Sdn Bhd.
Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.bukuprima.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit novel
jemari Seni Publishing (JS Publishing). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.jemariseni.com
•
Laman web syarikat penerbit novel Alaf21 Sdn Bhd
(alaf21). Untuk melihat novel-novel terbaru dari Alaf21
layari di
http://www.alaf21.com.my
•
Laman web syarikat penerbit novel Fajar Pakeer Sdn Bhd). Untuk melihat novel-novel terbaru layari di
laman
http://www.fajarnovels.com.my
Kata Kunci
koleksi novel, koleksi novel
cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik,
novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen
cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru,
teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen
melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram,
cerita, cerita cinta, cerita pendek, cerita melayu, cerita online
Malaysia Group
Blog
Koleksi
Cerpen & Novel proudly powered by Blogger. Best display view 1024x768.
Google Inc
Koleksi Cerpen
& Novel dari Malaysia, Indonesia, Singapore & Brunei
dalam hidup apa yang lain daripada kita...itulah yang kita katakan pelik sedangkan kepelikan itu sebenarnya datang dari dalam diri kita yang adakala tidak mengerti....