Kehidupan
adalah anugerah utama Illahi. Anugerah kehidupan memberi gambaran
kebesaranNya buat kita manusia, yang wajib kita syukuri dan hargai.
Internet adalah kemudahan buat umat manusia. Justeru itu,
manafaatkan ia untuk kesejahteraan diri kita dan umat sejagat.
Sentiasalah kita beringat, apa yang kita lakukan, akan dipertanggung
jawabkan pada kemudian hari.
Gunakan sebaik-baiknya kurnia Allah swt kepada kita. Halalkan
kegunaan akal, hati dan lidah pada perkara yang bakal membawa
kecemerlangan diri kita dunia dan akhirat. Kita hidup hanya sekali.
Sekali 'pergi' tak kan kembali. Buat baik berpada-pada, dan buat
jahat JANGAN sekali-kali. Kewujudan website penulisan2u dengan blog
sebagai wadah untuk meningkatkan nilai diri. Bermatlamatkan
penyatuan ummah dengan ciri-ciri kemurnian budi dan budaya. Walaupun,
dunia terus maju dengan teknologi, kita akan terus kekal dengan
akhlak dan jati diri insani.
Maya menonton rancangan 'Dark Angel' dengan penuh khusyuk. Setiap minggu cerita itu sering dinantikan. Kalau ada perancangan untuk ke mana-mana dia sanggup membatalkannya. Menonton rancangan kegemaran bersendirian membuatkan Maya semakin seronok. Teman serumah semuanya sudah keluar. Maria dan Shikin keluar membeli-belah. Sampai sekarang masih lagi tak nampak batang hidung. Rozita pula katanya ada temujanji. Sejak akhir-akhir ini temannya itu wajahnya sering berseri-seri. Al-maklumlah, sudah dapat gading bertuah tanduk dilupakan. Siapa yang tak kenal dengan Rozita? Selalu saja bertukar-tukar pasangan. Tapi yang peliknya semuanya taste dia kalau bukan kekasih orang, tunang orang juga yang dia minat. Kalau sudah terdesak, suami orang pun boleh jadi teman lelaki. Bekas teman serumahnya yang lepas keluar dari rumah itu pun sebab Rozita. Rozita perampas kekasih orang. Maya terkejut apabila terdengarkan bunyi loceng pintu. Dengan rasa malas Maya bangkit dengan perlahan tanpa melepaskan pandangan ke arah kaca televisyen. Siapalah yang kacau orang malam-malam buta ni? Tak boleh tengok orang senang. Ada saja yang nak mengganggu. Sebaik saja pintu di buka, wajah Maria dan Shikin silih berganti. "La…. kamu berdua rupanya. Kenapa tak buka je pintu ni?" "Kami lupa nak bawa kunci. Ini semuanya pasal si Marialah. Nak cepat sangat sampai terlupa nak bawa kunci." Bebel Shikin. "Apa pulak aku. Aku dah beritahu kau sebelum kau bersiap lagi. Bawak kunci tu. Kau juga yang kata yelah. Aku mana tahu yang kau tak bawa." Jawab Mariah sambil menunjukkan mukanya yang mencuka. "Sudah. Kau orang berdua ni, janganlah bergaduh depan pintu ni. Kalau nak bergaduh, pergi sana. Kat padang tu, kau nak bertekak ke, nak bertumbuk ke, orang tak kisah. Kalau kau memekak kat sini, silap hari bulan orang sebelah pamerkan penyapu buruk baru kau tahu. Sudah, masuk. Berjalan dahlah tak ingat dunia, balik je nak gaduh." Bebel Maya sambil tangannya menunding ke arah rumah sebelah. Shikin dan Maria yang tidak berkata apa, terus masuk ke rumah. Ada benarnya kata-kata Maya itu. Buatnya orang sebelah bawa penyapu, tak ke jadi kes haru. Shikin dan Maria menghempaskan badannya di atas sofa bersebelahan dengan Maya. Maya meneruskan pemerhatiannya kepada rancangan kegemaran yang tadinya tertangguh. "Eh, Ita belum balik lagi ke?" Tanya Shikin. Matanya meliar melihat kelibat Rozita. Walau pun dia tahu yang Rozita sering balik lambat namun dia sebagai seorang teman cuba mengambil berat. "Bukan kau tak kenal dengan budak Ita tu, kalau jam dinding belum capai jam dua belas tengah malam, jangan haraplah nak nampakkan batang hidung. Mana dia pergi aku pun tak tahu. Telefon aku pun tidak. Aku tengok dia dah tak ada dalam bilik." Jawab Maya tanpa memandang ke arah Shikin yang masih lagi beria-ia mencari sahabatnya itu. "Macam Cinderella pulak si Ita tu. Aku rasalah agaknya siapalah yang jadi ibu tiri dia sampai dia susah nak balik rumah ye." Sampuk Maria. Maya senyap. "Ala… dia keluar pun bukannya nak beritahu ke mana nak pergi. Kalau apa-apa yang berlaku bukan ke susah. Dia sorang ni memang nak menyusahkan kita je. Bila dapat bala masa itulah nak cari kita. Kita di sini risau bagai nak gila dia senang-lenang dengan pakwe dia." Bebel Shikin. Pening kepalanya memikirkan perihal sahabatnya yang seorang itu. Suka sangat balik lambat. "Perempuan ni lagi satu. Kalau tidak mulut dia yang paling bising. Bila dah dapat cerita favorite, mulut macam berkunci. Engkau dah makan ke belum?" Maya mengangguk tanpa menjawab soalan Maria. "Sudahlah. Malas aku nak layan kau ni, Maya. Shikin, aku nak naik dululah. Letih badan ni. Aku nak mandi sekali. Engkau kalau masuk blik air memang lambat nak keluar. So, aku masuk dululah ye." Maria mencapai beg kertas yang dipenuhi dengan baju-baju yang baru dibelinya dan dengan pantas kakinya mula melangkah pergi meninggalkan Maya dan Shikin di ruang tamu. Maya mengeliat sebentar. Matanya kini kian mengantuk. Rozita masih lagi belum pulang. Maya segera menutup televisyen dan semua suis di ruang tamu. Hanya lampu ruang makan sahaja dibiarkan terang. Manalah tahu kalau rakannya itu balik, tak adalah teraba-raba dalam gelap. Maya terkejut apabila pintu ruang tamu diketuk. Segera ditinjau melalui jendela ruang tamu. Kelibat Rozita mula bermain di ruang matanya. Maya memerhatikan kereta yang baru sahaja meninggalkan ruang kawasan rumahnya. Macam aku kenal. Tapi dia mana ye. Maya mengerutkan keningnya. Ah, peduli apa aku. "Lambat kau balik, Ita. Dah dekat pukul satu baru nak muncul. Kau pergi mana? Kenapa tak beritahu kami? Kalau ada apa-apa yang terjadi siapa yang susah? Kita juga yang susah. Kau ni, janganlah buat macam ni selalu. Kalau mak kau tanya puas aku nak jawab. Eh, siapa yang hantar kau tadi?" Maya sempat mencungkil rahsia kawannya itu. "Engkau ni Maya banyak sangat cakap. Aku bukannya budak kecil nak kau kongkong aku. Umur aku sudah pun dua puluh empat tahun. Bukan empat tahun untuk kau tahu ke mana aku pergi. Sebelum kau nak jaga urusan orang, lebih baik kau jaga tepi kain kau sendiri. Aku rimaslah kau ni. Asyik nak membebel je." Ujar Rozita tanpa memandang ke arah Maya. "Aku bukan apa, aku risau kalau apa-apa terjadi pada kau. Kau tu perempuan. Aku takut kau juga yang terkena nanti. Aku nak tanya kau sekali lagi, siapa yang hantar kau tadi?" "Yang kau peduli? Aku bukannya adik aku atau kakak aku nak kau ambil tahu. Kau tak perlu risau apa-apa tentang aku. I can handle my life, okey. Buat apa kau nak pening kepala pasal aku? Ini hal aku. Jangan nak ganggu. Oh ya, buat pengetahuan kau teman lelaki yang hantar aku tadi akan aku kenalkan pada kau dan juga yang lain. Namun apa yang aku harapkan kau janganlah terkejut nanti." "Apa maksud kau dengan perkataan 'terkejut' tu? Cuba kau beritahu aku. Aku nak tahu." Maya cuba merayu meminta simpati. Dia mula rasa tidak senang hati. Dari tawa dan kata-kata Rozita membuatkan dia tertanya-tanya. Rozita menggeleng. "Bukan sekarang." Ujar Rozita dengan senyuman sinis. Dia kemudiannya meninggalkan Maya keseorangan dengan melayani persoalan yang kini sarat mengundang fikirannya. "Ita, kau nak makan ke?" Laung Maya apabila melihatkan Rozita sudah pun memanjat tangga untuk ke atas. "Tak payah. Aku dah kenyang dengan temujanji tadi. Aku harap kau doakan supaya aku mimpi yang indah malam ini ye." Sambut Rozita dalam nada riang. Namun, Maya yang masih setia di bawah terkedu. Ah, seperti ada rahsia yang disimpan oleh Rozita.
TINGGALKAN ULASAN DAN KOMEN, PADA SETIAP KARYA YANG ANDA BACA Penulis memerlukan ulasan dan komen, bagi memperbaiki penulisan dan memperbetulkan kesilapan. Komen dan ulasan anda akan memberi satu semangat kepada penulis, untuk terus menulis karya dan seterusnya menghasilkan karya yang menarik. Kerjasama & sokongan daripada pembaca amat kami hargai. Sebab itulah kami menyediakan HADIAH, sebagai penghargaan kepada penulis dan juga kepada pembaca yang aktif memberi komen & ulasan
"Dia
hidup bukan kerana cinta. Dia hidup kerana
kehadiran Prince Charming yang menyelamatkannya.
Semuanya gara-gara dia mengoyak Carta Prince
Charming—carta misteri yang tiada sesiapa tahu
dari mana datangnya. Yang pasti, memang dia
langsung tidak percaya dengan sumpahan yang
dikatakan berkaitan dengan Carta Prince
Charming.
"Sumpahan puteri? Kau ingat ini cerita dongeng
ke? Puteri apa yang nak sumpah aku ni? Puteri
bunian? Puteri lindungan bulan?”
Desakan daripada Sofea membawanya ke Kelab Bola
Sepak. Di situlah Prince Charming berkumpul.
Tetapi hanya seorang sahaja Prince Charming yang
dicari-carinya. Namun, untuk mencari Prince
Charming bukanlah mudah, namun dia yakin, antara
mereka, pasti salah seorang adalah penyelamatnya.
Orang tu pun satu! Dah selamatkan nyawa orang,
tak reti-reti ke nak munculkan diri? Bukan ke
lagi senang kalau datang berdiri depan aku dan
cakap, Sayalah yang selamatkan awak daripada
kena langgar semalam. Finish! Tak adalah nak
panjangkan cerita sampai beratus muka surat
semata-mata nak cari Prince Charming!
Tajuk:
Prince Charming
Penulis: Ratu Bulan
Terbitan: Fajar Pakeer
Harga:
RM19.90
Ulasan:
NOVEL
HANGAT DIPASARAN
Pertemuan
pertama memberi impak yang berbeza kepada dua insan. Maria
malu mengenang, sedang Hisyam mahu mendekat. Maria semakin
resah apabila Hisyam terus-terusan mendesak. Dalam benci
ada rindu. Bijak Hisyam memujuk, mereka akhirnya disatukan.
Salina hadir menjadi duri dalam daging. Bagi Hisyam, gadis
itu ialah sahabatnya yang terbaik. Insan paling dipercayai.
Namun, dalam diam, Salina meracuni hubungan mereka. Salina
ada agenda yang tersendiri.
Semakin hari, semakin nipis rasa percaya Maria terhadap
Hisyam. Namun, dia tidak mungkin menghindar rasa kasih
yang sudah menebal. Demi menunaikan permintaan Maria,
Hisyam tega melamar Salina walau ada luka di hati.
Sanggupkah Hisyam menduakan Maria yang pernah dicintai
sepenuh hati? Dan, Maria, mampukah membiarkan suami
tersayang jatuh ke tangan Salina? Atau, Mariakah orang
ketiga yang tidak lagi diperlukan kehadirannya oleh Hisyam?
Penulisan2u
sedang
berkerjasama dengan Penerbit Novel bagi memberi peluang kepada penulis-penulis berbakat dan karya yang menarik.
Antara novel yang sudah di terbitkan
2 Pengulas paling AKTIF dengan memberi komen yang ikhlas dan
membina, pada setiap karya cerpen / novel di penulisan2u akan
menerima hadiah sebuah NOVEL.
•
Creative Enterprise Sdn. Bhd., sedang mencari manuskrip kanak-kanak atau remaja. Ini kerana pihak kami ingin memperluaskan dan memperbanyakkan bahan bacaan untuk kanak-kanak dan remaja. Di samping itu kami juga ingin memupuk minat membaca dalam kalangan kanak-kanak dan remaja.
( klik disini
)
•Karyaseni Enterprise ingin memaklumankan
kepada anda yang berminat untuk menghantar manuskrip
anda kepada KS untuk penilaian, sila email kan
sinopsis dan tiga bab awal ke alamat email berikut:
Manuskrip@karyaseni.my
•KarnaDya Solutions Sdn
Bhd. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
hantarkan karya anda. Sebelum anda menghantarkan
manuskrip anda, sila hantarkan butiran berikut terlebih
dahulu melalui emel/pos. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•NB Kara Sdn Bhd dengan berbesar hati
menjemput mana-mana penulis yang merasakan diri mereka
layak menjadi penulis yang versatil, menghantar
manuskrip mereka kepada NB Kara Sdn Bhd. Tulisan anda
terlebih dahulu akan dinilai oleh penulis prolifik
Norhayati Berahim dan juga beberapa panel editor sebelum
diluluskan untuk terbitan.
(
klik disini )
•Jemari Seni Publishing. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
Untuk tujuan pengiriman manuskrip, JEMARI SENI telah
menggariskan panduan kepada penulis-penulisnya. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•
Alaf 21 Sdn Bhd. Tahun 2008 bakal menjanjikan sinar
kecemerlangan seandainya karya anda terpilih untuk
diterbitkan oleh Alaf 21, penerbit novel tersohor di
Malaysia.
Jika
anda mempunyai salah satu manuskrip tersebut, kami ingin
menatap dan menilainya. Sekiranya sesuai, pihak kami
ingin menerbitkannya di bawah jenama ALAF21.
( klik disini)
•
tip kehidupan, zodiak, horoskop, petua, tip, puisi,
pantun, sajak, dan pelbagai artikel menarik layari di
http://istimewa2u.blogspot.com
•
Blog Berkaitan agama, topik-topik tazkirah, audio, video
ceramah, mendengar 114 surah Al-quran secara online,
radio-radio dakwah, layari di
http://dakwah2u.blogspot.com
•
Blog Media, Tv streaming online, radio streaming online,
surat khabar, rakaman drama, radio era, hot.fm, tv1,
tv2,tv3 dan lain-lain. layari di
http://mymedia2u.blogspot.com
•
Blog Koleksi cerita lawak, lucu, kelakar dan video lawak,
lucu dan kelakar. layari di laman
http://kelakar2u.blogspot.com
•
Laman web
syarikat penerbit novel Creative
Enterprise Sdn Bhd (CESB). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.cesb.net.my
•
Laman web
syarikat penerbit
Kaki Novel
Enterprise. Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.kakinovel.com
•
Laman web
syarikat penerbit NB kara Sdn Bhd.
Dimiliki oleh penulis terkenal Norhayati Berahim, Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.nbkara.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit Buku Prima Sdn Bhd.
Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.bukuprima.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit novel
jemari Seni Publishing (JS Publishing). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.jemariseni.com
•
Laman web syarikat penerbit novel Alaf21 Sdn Bhd
(alaf21). Untuk melihat novel-novel terbaru dari Alaf21
layari di
http://www.alaf21.com.my
•
Laman web syarikat penerbit novel Fajar Pakeer Sdn Bhd). Untuk melihat novel-novel terbaru layari di
laman
http://www.fajarnovels.com.my
Kata Kunci
koleksi novel, koleksi novel
cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik,
novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen
cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru,
teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen
melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram,
cerita, cerita cinta, cerita pendek, cerita melayu, cerita online
Malaysia Group
Blog
Koleksi
Cerpen & Novel proudly powered by Blogger. Best display view 1024x768.
Google Inc
Koleksi Cerpen
& Novel dari Malaysia, Indonesia, Singapore & Brunei
citer ni best...x sabar nk tgu yg seterusnyer..cpat la smbg