Kehidupan
adalah anugerah utama Illahi. Anugerah kehidupan memberi gambaran
kebesaranNya buat kita manusia, yang wajib kita syukuri dan hargai.
Internet adalah kemudahan buat umat manusia. Justeru itu,
manafaatkan ia untuk kesejahteraan diri kita dan umat sejagat.
Sentiasalah kita beringat, apa yang kita lakukan, akan dipertanggung
jawabkan pada kemudian hari.
Gunakan sebaik-baiknya kurnia Allah swt kepada kita. Halalkan
kegunaan akal, hati dan lidah pada perkara yang bakal membawa
kecemerlangan diri kita dunia dan akhirat. Kita hidup hanya sekali.
Sekali 'pergi' tak kan kembali. Buat baik berpada-pada, dan buat
jahat JANGAN sekali-kali. Kewujudan website penulisan2u dengan blog
sebagai wadah untuk meningkatkan nilai diri. Bermatlamatkan
penyatuan ummah dengan ciri-ciri kemurnian budi dan budaya. Walaupun,
dunia terus maju dengan teknologi, kita akan terus kekal dengan
akhlak dan jati diri insani.
Dah hampir sebulan, kami tinggal di rumah umi. Umi bertegas meminta aku tinggal bersamanya sehingga aku melahirkan. Sedikit sebanyak kejadian tempoh hari membuatkan aku di buru rasa bersalah kerana terlalu mengikutkan perasaan. Bukankah aku sudah berjanji untuk menjadi isteri sesolehah siti fatimah, dan menjadi wanita setabah maryam. Ah, dugaan yang aku terima ini tidaklah sesukar mana jika hendak di bandingkan dengan apa yang mereka lalui. Dan pagi ini, aku bangun dengan keazaman dan semangat yang baru. "umi,"aku memeluk belakang umi yang ralit memasak untuk tengahari. I "amani, kan umi dah pesan jangan masuk dapur. Ha, lantai ni licin sikit, baru je umi mop tadi," leter umi tanpa mengalih pandang ke arahku. "ala umi, ni. Amani bosanlah. Abang dan umi asyik suruh amani berehat je. Lama-lama gemuk amani nanti. Ni pun dah macam belon. Bila ibu dan ayah balik, dah tak kenal anak dia,"aku yang aktif di suruh duduk diam, memang tak dapat nak aku gambarkan. Kadang-kadang, breakfast pun di bawa ke katil. Hm, macamlah aku ni teruk sangat sakitnya sedangkan aku hanya mengandung. "ish amani ni," umi tergelak tapi sebaik sahaja dia mengalih pandang ke arahku, tawanya terhenti. Hanya senyuman yang merekah di bibirnya. Dia mendekati dan mencium dahiku. "cantik anak umi hari ini," aku tersenyum senang mendengar pujian umi. Sememangnya ada kelainan dalam cara pemakaianku hari ini. Sengaja aku memilih hari ini, untuk memberikan kejutan pada amir. Kejutan pada hari ulang tahun kelahirannya. Tudung sutera korea yang bercorak ini amat padan bila ku sesuaikan dengan blaus longgar dan seluar. Alhamdullillah, terbuka juga hatiku ini untuk menutup auratku itu yang sepatutnya hanya di tatap oleh seorang suami. "umi, amani nak pergi office abang. Nak beri kejutan,"tangan umi ku cium. Ibu suamiku yang sudah ku anggap seperti ibu sendiri. "Hm, hati-hati drive tu sayang,"umi tersenyum. lembut. Manis. Aku tahu umi cukup senang dengan perubahanku ini. Sebelum ke pejabat amir tengah hari itu, aku sempat singgah membeli kek kecil. Cukup-cukup untuk kami berdua nanti. Ops silap, bertiga. Termasuk anak kami ini. Maafkan mama, sayang. Aku meraba perutku. Senang. Timbul rasa tidak sabar untuk menunggu kelahiran buah hati kami ini. Lelaki atau perempuan? Mengikut irasku atau amir? Ah, tidak kisahlah, asalkan bayi yang ku lahirkan ini sihat. Sekali lagi aku tersenyum senang. Bahagia dengan kehidupanku. Perkara yang pahit dan perit ku usir pergi. Ingin melupakannya selagi aku boleh. "Balqis Amani? You ke?" aku menoleh ke sisi. "Rizal? Tak sangka dapat jumpa you kat sini,"aku menoleh ke arah kanak-kanak di sisinya. Aku tahu itulah danish yang kerap di ceritakannya. Comel. Tanpa aku sedar, aku membelai rambutnya. Dan dia tersipu-sipu malu. Ada iras wajah arwah dania. Timbul rasa rindu dan kesal. Merindukan kenangan waktu kami bersahabat dulu. Aku, rizal, dania, rini, razin, dan farah. Ah, sungguh cepat masa berlalu. Tidak menyangka farah dan dania sudah menemui penciptanya. Ya, aku juga kesal kerana persahabatanku dan dania hancur begitu sahaja kerana seorang lelaki. "dania,"di luar kesedaranku, aku menyebut namanya. Setitik, dua titik, air mataku mula jatuh. Ah, kenapa aku harus bermain emosi di saat ini. "Am, you ok?"rizal dan danish memandangku kehairanan. "ya, i’m ok. Cuma i rindukan arwah dania," wajah rizal berubah. Ada sendu dimatanya. "dah berapa bulan?"aku tahu sudah pasti dia merujuk pada kandunganku. "5 months, riz. Tapi itulah, tak larat dah nak bawa ke mana-mana," aku tergelak dengan kata-kataku. "you makin cantik bila you bertudung, am,"aku terkedu mendengar pujiannya. Ada maknakah di sebalik semua itu. "tak, maksud i you lebih manis dan sopan bila bertudung begini," aku tersenyum mendengar katanya. Mungkin menyedari riak perubahan di wajahku tadi. "Eh, dah lunch time, jom join i dan danish lunch sama," seketika rizal mengerling jam di tangannya. "sorry, riz. Maybe next time, i nak ke ofis amir. Hari ini birthday dia," aku mengunjukkan kotak kecil di tanganku. Rizal senyum mengerti. Dia meminta diri, danish di sisinya, di dukung. Aku memerhati gelagat bersama anaknya itu dari dalam kereta. Mesra. Aku meraba perutku. Sekali lagi.Sungguh aku jadi tidak sabar menunggu kelahirannya. Serapat itukah amir dan anak kami ini? Bagaikan mengerti, terasa satu tendangan menerjah di situ. Anak mama ni nakal betul, ye.
Aku bertembung Aizad di dalam lif. Dia yang baru sahaja pulang dari site agak keletihan ku lihat. Sempat juga dia mengusikku, aku semakin berseri-seri sejak mengandung. Ah, pandai betul suami kak rin ni nak mengula-gulakan aku. Tapi, rupa-rupanya perkara yang aku ingin usir jauh-jauh, yang aku ingin lontarkan dari hidupku, perkara itu juga yang kerap mengejar, menghambatku setiap kali aku cuba untuk melupakannya. "Amani, biar..,"belum sempat tombol pintu bilik amir di pulasnya, aku menghalang. Ya Allah, aku sudah tidak mampu untuk bertahan. Serasa saat itu juga airmata ingin jatuh tapi ku tahan. Tanpa menghiraukan aizad yang berada di sisiku, aku melangkah pergi. Aku ingin pergi jauh dari sini. Tidak ingin melihat kemesraan mereka. Aku tidak betah mendengar tawa lembut kak ain dan amir berpadu. Aku tidak sanggup. "amani ok?" pertanyaan aizad membuatkan langkahku terhenti. Ok, kah aku? Kalau keadaan ini begini di katakan ok, ok,lah aku. Aku tidak pandai menafsirnya. "kak rin ada bersungut yang amani lama tak jumpa dia," melihat aku tidak memberi sebarang reaksi, dia bersuara. Aku mengerti di sebalik kata-katanya itu. Dia mahu aku menemui kak rin. Mungkin dia takut aku melakukan apa-apa yang membahayakan diri dan bayiku ini. Aku tidak sebodoh itu, untuk apa aku membuat begitu sedangkan hanya bayi ini menjadi penguatku selama ini. Aku cuma ada bayi ini. Tanda cinta aku dan amir. Satu-satunya bukti cinta kami jika di takdirkan dia ingin kembali kepada bekas kekasihnya itu. Aku tahu aku siapa. Aku hanya menantu pilihan umi. Aku bukan di kahwininya atas dasar cinta. Tapi hanya tidak mahu mendapat gelaran anak derhaka. Hanya itu. Aku beristighfar di dalam hati, tidak harus aku berprasangka begitu. Bukankah aku tahu dan yakin dia mencintaiku? Kak Ain hanya kisah lamanya. Sudah menjadi lipatan sejarah dalam hidupnya. Tapi, Ain itu pernah di cintainya. Insan yang di pujanya, insan yang di damba untuk menjadi isterinya. Sudahlah, hati sudahlah. Usah di siksa aku lagi. Aku isterinya dan cinta amir untuk aku. Titik. "Abang aizad, tolong serahkan kek dan kad ni pada dia. Sampaikan pada dia yang amani doakan kebahagiaan dia,"aku betul-betul tidak ingin kehilangan dia. Aizad memandangku, jelas di wajahnya rasa simpati. "amani tak apa-apa. Amani cuma tak nak kak ain syak apa-apa,"aku tersenyum. Kalau inilah di katakan pengorbanan, aku rela berkorban untuk suamiku. Hanya kerana aku terlalu sayangkannya. Aku mengatur langkah. Walaupun aku terus ke depan, tapi hatiku bagai tertinggal di belakang. Seakan masih terdengar gurau senda mereka di telingaku. Cepat-cepat aku beristighfar, menghilangkan rasa sebak yang mula bersarang. Aku ke kereta, memandu tanpa hala tuju. Hampir setengah jam aku begitu. Tersedar dengan apa yang aku lakukan tidak membawa sebarang faedah, aku memberhentikan keretaku di hadapan sebuah restoran mamak. Restoran kegemaran amir. Tiba-tiba sahaja, aku teringin nak makan roti canai dengan kuah kacang dal. Sedangkan aku tidak berapa gemarkannya sebelum ini. Biasanya jika tiba-tiba amir ingin makan makanan kesukaannya itu, aku hanya menemankannya. Jika makan pun, aku lebih memilih untuk makan dengan kuah kari. Seketika aku terpegun, ini mesti sayang nak makan,kan. Hm, betullah kata umi, perempuan mengandung macam-macam kerenahnya. Lihatlah aku sendiri. Baru sebentar tadi, aku dalam keadaan bingung, sedih dan sekarang aku sedang enak menikmati makanan yang aku tak suka. Deringan hansetku mematikan suapanku. "Hello, abang..hm, amani kat restoran mamak yang selalu abang singgah tu. Ye? Ok, amani tunggu," apa yang suamiku fikirkan jika melihat aku makan seperti ini. Aku tersenyum. 3 keping roti canai? Hm, aku sendiri tak percaya. Padahal, 1 keping pun tak pernah aku dapat habiskan. Aku baru sahaja menghabiskan roti canai yang ke-3, sewaktu amir tiba di mejaku. Dia tergelak kecil melihatku. "amani buat abang terkejut, tau. Roti canai? Kuah dal? Abang tak silap tengok, kan. Dulu bukan main kutuk lagi favourite abang ni,"aku mencebik mendengar sindirannya. "anak abang punya seleralah ni, tau,"kataku sambil tersenyum. Amir memandangku lama. Agak aneh pandangannya. "Isteri abang cantik hari ini. Manis,"pujiannya membuatkan aku tersipu-sipu malu. "Hari-hari amani cantik, abang," balasku bersahaja. Sengaja menutup rasa maluku dengan berkata begitu. Amir tertawa kecil. Tanpa ku duga, dia menarik hidungku, spontan aku terjerit kecil dengan tindakannya. "nakal,"dia berbisik di telingaku, dan kami sama-sama ketawa. Mujur sahaja meja kami ini agak tersorok sedikit. Amir menggenggam tanganku erat. Aku hampir menitiskan air mata apabila dia meminta maaf. Katanya, aizad dah ceritakan apa yang berlaku. "abang faham tak mudah untuk amani berhadapan semua ini. Tapi abang minta amani dapat berikan sokongan dan memahami segala tindakan abang. Cuma abang nak amani yakin yang abang sayangkan amani. Hanya amani," aku tunduk mendengar katanya. Berkata memang mudah tapi akibatnya aku yang menanggung. "Insyallah, abang. Demi rumahtangga kita, amani akan bertahan," selagi aku di perlukan olehnya, selagi itu aku akan bertahan. Amir mengajak aku pulang selepas itu. Kami menaiki keretaku kerana amir menaiki teksinya ke restoran itu. Bila di tanya, katanya dia mengambil cuti untuk meraikan hari lahirnya bersama insan kesayangan. Ah, pandai betul suamiku ini mengambil hatiku. Sempat juga dia berhenti di kedai bunga, membelikan mawar putih buatku. Ada-ada sahaja kerenahnya. Katanya lagi, ada surprise untukku nanti. Bila ku mendesak untuk tahu, dia hanya tersenyum. Paling kurang, dia hanya bercakap adalah. Akhirnya aku hanya diam, malas untuk menyoal lagi. Melihat aku mulai merajuk, dia makin mengusikku. Mulalah tu perangai nakalnya datang. Namun jauh di sudut hatiku, aku cukup gembira. Hanya mampu mengharapkan kemesraan yang ada terus berpanjangan walaupun bermacam dugaan yang mendatang.
TINGGALKAN ULASAN DAN KOMEN, PADA SETIAP KARYA YANG ANDA BACA Penulis memerlukan ulasan dan komen, bagi memperbaiki penulisan dan memperbetulkan kesilapan. Komen dan ulasan anda akan memberi satu semangat kepada penulis, untuk terus menulis karya dan seterusnya menghasilkan karya yang menarik. Kerjasama & sokongan daripada pembaca amat kami hargai. Sebab itulah kami menyediakan HADIAH, sebagai penghargaan kepada penulis dan juga kepada pembaca yang aktif memberi komen & ulasan
"Dia
hidup bukan kerana cinta. Dia hidup kerana
kehadiran Prince Charming yang menyelamatkannya.
Semuanya gara-gara dia mengoyak Carta Prince
Charming—carta misteri yang tiada sesiapa tahu
dari mana datangnya. Yang pasti, memang dia
langsung tidak percaya dengan sumpahan yang
dikatakan berkaitan dengan Carta Prince
Charming.
"Sumpahan puteri? Kau ingat ini cerita dongeng
ke? Puteri apa yang nak sumpah aku ni? Puteri
bunian? Puteri lindungan bulan?”
Desakan daripada Sofea membawanya ke Kelab Bola
Sepak. Di situlah Prince Charming berkumpul.
Tetapi hanya seorang sahaja Prince Charming yang
dicari-carinya. Namun, untuk mencari Prince
Charming bukanlah mudah, namun dia yakin, antara
mereka, pasti salah seorang adalah penyelamatnya.
Orang tu pun satu! Dah selamatkan nyawa orang,
tak reti-reti ke nak munculkan diri? Bukan ke
lagi senang kalau datang berdiri depan aku dan
cakap, Sayalah yang selamatkan awak daripada
kena langgar semalam. Finish! Tak adalah nak
panjangkan cerita sampai beratus muka surat
semata-mata nak cari Prince Charming!
Tajuk:
Prince Charming
Penulis: Ratu Bulan
Terbitan: Fajar Pakeer
Harga:
RM19.90
Ulasan:
NOVEL
HANGAT DIPASARAN
Pertemuan
pertama memberi impak yang berbeza kepada dua insan. Maria
malu mengenang, sedang Hisyam mahu mendekat. Maria semakin
resah apabila Hisyam terus-terusan mendesak. Dalam benci
ada rindu. Bijak Hisyam memujuk, mereka akhirnya disatukan.
Salina hadir menjadi duri dalam daging. Bagi Hisyam, gadis
itu ialah sahabatnya yang terbaik. Insan paling dipercayai.
Namun, dalam diam, Salina meracuni hubungan mereka. Salina
ada agenda yang tersendiri.
Semakin hari, semakin nipis rasa percaya Maria terhadap
Hisyam. Namun, dia tidak mungkin menghindar rasa kasih
yang sudah menebal. Demi menunaikan permintaan Maria,
Hisyam tega melamar Salina walau ada luka di hati.
Sanggupkah Hisyam menduakan Maria yang pernah dicintai
sepenuh hati? Dan, Maria, mampukah membiarkan suami
tersayang jatuh ke tangan Salina? Atau, Mariakah orang
ketiga yang tidak lagi diperlukan kehadirannya oleh Hisyam?
Penulisan2u
sedang
berkerjasama dengan Penerbit Novel bagi memberi peluang kepada penulis-penulis berbakat dan karya yang menarik.
Antara novel yang sudah di terbitkan
2 Pengulas paling AKTIF dengan memberi komen yang ikhlas dan
membina, pada setiap karya cerpen / novel di penulisan2u akan
menerima hadiah sebuah NOVEL.
•
Creative Enterprise Sdn. Bhd., sedang mencari manuskrip kanak-kanak atau remaja. Ini kerana pihak kami ingin memperluaskan dan memperbanyakkan bahan bacaan untuk kanak-kanak dan remaja. Di samping itu kami juga ingin memupuk minat membaca dalam kalangan kanak-kanak dan remaja.
( klik disini
)
•Karyaseni Enterprise ingin memaklumankan
kepada anda yang berminat untuk menghantar manuskrip
anda kepada KS untuk penilaian, sila email kan
sinopsis dan tiga bab awal ke alamat email berikut:
Manuskrip@karyaseni.my
•KarnaDya Solutions Sdn
Bhd. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
hantarkan karya anda. Sebelum anda menghantarkan
manuskrip anda, sila hantarkan butiran berikut terlebih
dahulu melalui emel/pos. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•NB Kara Sdn Bhd dengan berbesar hati
menjemput mana-mana penulis yang merasakan diri mereka
layak menjadi penulis yang versatil, menghantar
manuskrip mereka kepada NB Kara Sdn Bhd. Tulisan anda
terlebih dahulu akan dinilai oleh penulis prolifik
Norhayati Berahim dan juga beberapa panel editor sebelum
diluluskan untuk terbitan.
(
klik disini )
•Jemari Seni Publishing. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
Untuk tujuan pengiriman manuskrip, JEMARI SENI telah
menggariskan panduan kepada penulis-penulisnya. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•
Alaf 21 Sdn Bhd. Tahun 2008 bakal menjanjikan sinar
kecemerlangan seandainya karya anda terpilih untuk
diterbitkan oleh Alaf 21, penerbit novel tersohor di
Malaysia.
Jika
anda mempunyai salah satu manuskrip tersebut, kami ingin
menatap dan menilainya. Sekiranya sesuai, pihak kami
ingin menerbitkannya di bawah jenama ALAF21.
( klik disini)
•
tip kehidupan, zodiak, horoskop, petua, tip, puisi,
pantun, sajak, dan pelbagai artikel menarik layari di
http://istimewa2u.blogspot.com
•
Blog Berkaitan agama, topik-topik tazkirah, audio, video
ceramah, mendengar 114 surah Al-quran secara online,
radio-radio dakwah, layari di
http://dakwah2u.blogspot.com
•
Blog Media, Tv streaming online, radio streaming online,
surat khabar, rakaman drama, radio era, hot.fm, tv1,
tv2,tv3 dan lain-lain. layari di
http://mymedia2u.blogspot.com
•
Blog Koleksi cerita lawak, lucu, kelakar dan video lawak,
lucu dan kelakar. layari di laman
http://kelakar2u.blogspot.com
•
Laman web
syarikat penerbit novel Creative
Enterprise Sdn Bhd (CESB). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.cesb.net.my
•
Laman web
syarikat penerbit
Kaki Novel
Enterprise. Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.kakinovel.com
•
Laman web
syarikat penerbit NB kara Sdn Bhd.
Dimiliki oleh penulis terkenal Norhayati Berahim, Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.nbkara.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit Buku Prima Sdn Bhd.
Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.bukuprima.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit novel
jemari Seni Publishing (JS Publishing). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.jemariseni.com
•
Laman web syarikat penerbit novel Alaf21 Sdn Bhd
(alaf21). Untuk melihat novel-novel terbaru dari Alaf21
layari di
http://www.alaf21.com.my
•
Laman web syarikat penerbit novel Fajar Pakeer Sdn Bhd). Untuk melihat novel-novel terbaru layari di
laman
http://www.fajarnovels.com.my
Kata Kunci
koleksi novel, koleksi novel
cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik,
novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen
cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru,
teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen
melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram,
cerita, cerita cinta, cerita pendek, cerita melayu, cerita online
Malaysia Group
Blog
Koleksi
Cerpen & Novel proudly powered by Blogger. Best display view 1024x768.
Google Inc
Koleksi Cerpen
& Novel dari Malaysia, Indonesia, Singapore & Brunei
besh2...
sambung cpt2 ye....
nur_rien