Kehidupan
adalah anugerah utama Illahi. Anugerah kehidupan memberi gambaran
kebesaranNya buat kita manusia, yang wajib kita syukuri dan hargai.
Internet adalah kemudahan buat umat manusia. Justeru itu,
manafaatkan ia untuk kesejahteraan diri kita dan umat sejagat.
Sentiasalah kita beringat, apa yang kita lakukan, akan dipertanggung
jawabkan pada kemudian hari.
Gunakan sebaik-baiknya kurnia Allah swt kepada kita. Halalkan
kegunaan akal, hati dan lidah pada perkara yang bakal membawa
kecemerlangan diri kita dunia dan akhirat. Kita hidup hanya sekali.
Sekali 'pergi' tak kan kembali. Buat baik berpada-pada, dan buat
jahat JANGAN sekali-kali. Kewujudan website penulisan2u dengan blog
sebagai wadah untuk meningkatkan nilai diri. Bermatlamatkan
penyatuan ummah dengan ciri-ciri kemurnian budi dan budaya. Walaupun,
dunia terus maju dengan teknologi, kita akan terus kekal dengan
akhlak dan jati diri insani.
14 Aku bermimpikah? Aku terpana sebentar di situ. Tidak.. bukan sebentar. Aku memandang Haji Yusuf itu lama. Aku kira tadi aku bermimpi. Namun saat ini, bermimpi lagikah aku? "ini tunang Ana" suara ibuku memecah mimpiku. Nyatanya segalanya bukan mimpi semata. Memang benar. Yang ada saat ini bukan dimensi mimpi namun dimensi nyata yang tidak aku ketahui sama sekali bagaimana bisa untuk aku mengungkapkannya. Inikah tunangku? Bukankah lelaki di depanku ini Ryan? Atau aku sahaja yang terbawa-bawa oleh mimpiku tadi? Lalu aku menarik tangan ibuku. Lelaki itu melihat sahaja tingkahku. Ibuku juga kaget melihat tindakan spontanku. "mak, itu Ryan kan?" aku berbisik pada ibuku. Ibuku melihat pada lelaki yang memerhati tingkah kami dalam senyumnya. Nah.. senyumannya juga senyum Ryan.. Tiada jawapan dari ibuku. Yang ada hanya tawa halusnya. "Ana tanya lah dia sendiri" ibuku melepaskan gengaman tanganku lalu mengheret aku ke arah lelaki itu. Benarkah dia Ryan? "Ry...emmm...Haji..." aku serba salah untuk memanggilnya apa. Dia senyum sahaja melihat aku yang merenungnya bagai ingin memakannya. "Ana..Assalamualaikum..saya..Yusuf..." dia lembut bersuara dengan penuh rasa rendah diri. Tidak sama sekali dia bermegah dengan hajinya. Aku masih tergamam di situ. Salamnya tidak berjawab. Jika benar dia bukan Ryan, mengapa bayang wajah Ryan masih mengekoriku saat ini juga? Mengapa wajah Ryan itu masih ada pada lelaki ini? "dulu saya Ryan Agan Peter. Sekarang.. saya Yusuf bin Abdullah.." saat nama Ryan itu disebut, aku serasa ingin pengsan hingga aku terduduk pada sofa. Saat itu tangisku bukan lagi tangis hiba. Namun tangisku penuh rasa syukur. Ibuku turut mengalirkan airmata sambil memeluk aku yang sudah terduduk. Benarkah apa yang ada di hadapanku ini? Bila segalanya terjadi? Bila saatnya Allah mengabulkan doaku dengan mengirimkan hidayah padanya? Ya Allah..syukur Ya Allah.. Aku memejam mata sambil memuji kebesaran Allah dengan menjemput seorang hambaNya untuk bernaung di bawah lindungan kasih dan imanNya. Aku merenung dia dalam tangis syukurku. Betapa besarnya nikmat Allah..hari ini aku dapat merasakan segala nikmat yang diberikan. Bukan sekadar menyatukan aku dan dia. Namun yang lebih utama adalah memberikan nikmat hidayah pada lelaki ini. Dia tersenyum melihatku. Dan aku masih lagi dalam doa syukurku. Betapa segala-galanya mengejutkan dan di luar jangkaanku. Ibuku beralih ke dapur ketika tangisku mula reda. Di pintu dapur, aku dapat melihat ibu saudaraku tersenyum sambil mengesat matanya. Aku tahu seisi rumah ini bahagia. Apatah lagi aku.. yang mengharap dan berdoa kian lama. Dia bergerak melutut di hadapanku. Saat tangannya menggengam tanganku, aku masih lagi terisak di hadapannya. Dia meletakkan tangannya pada ubun-ubunku kemudiannya.
"Assalamualaikum Ana..saya Yusuf.. akan menjaga Ana dengan seikhlas hati saya, seperti mana saya menganut agama Allah ini dengan sepenuh keikhlasan" aku menitiskan airmata lagi saat dia menuturkan bicara ini sambil menyentuh ubun-ubunku. Aku menjawab salamnya dalam tangis yang kian mengalir, antara syukur dan bahagia. Saat aku mencium tangannya, dia tersenyum manis. Masih kekal seperti dahulu namun kini lebih bersinar dalam cahaya iman. "bagaimana Ry..emm..Yusuf?" aku kekok untuk memanggilnya dengan panggilan apa. Entah Ryan atau Yusuf. Aku sudah biasa memanggilnya Ryan. "bagaimana apa?" dia masih dalam senyum tenangnya sedang aku tidak pula sabar-sabar ingin tahu hujung pangkal cerita. "macamana awak boleh masuk islam?" aku memandang wajah putih bersihnya. Dia kembali ke tempatnya sambil memandang aku tepat. Segaris senyuman masih tidak hilang dari wajahnya. "Ana tau, saya pergi dulu sebab saya nak bercuti. Tapi lebih tepat, saya nak dalami agama lama saya. Tapi suatu hari, semasa saya kat Sepanyol saya mimpi. Saya mimpi saya datang dalam baju putih. Semuanya gelap. Yang ada Cuma cahaya bulan. Dan bulan itu meningatkan saya pada awak. Dan dalam saya tengok cahaya bulan tu, saya terdengar suara mendayu-dayu, suara yang cukup membahagiakan dan mendamaikan. Saya nampak awak baca kitab.. saya tanya awak buat apa, awak cakap awak mengaji. Saya tanya kenapa awak mengaji, awak jawab sebab awak nak doakan saya hidup tenteram" dia bercerita perlahan-lahan cuba mengingati detik-detik istimewa hidayah itu datang padanya. Aku mendengarnya dengan teliti. Mimpinya itu seperti mimpiku. Lainnya, aku yang hadir padanya dalam keadaan mengaji. "lepas tu, segalanya hilang. Esoknya saya emelkan kat Hamdani, saya tanya apa tu mengaji. Bila dia terangkan pada saya, saya sentiasa nak mimpi tu datang.. bukan sebab saya nak jumpa awak dalam mimpi je. Tapi selebihnya sebab saya nak dengar awak mengaji, sangat mendamaikan. Saya tanya kat Hamdani, kat mana saya boleh dengar orang mengaji if kat spain. Dia cakap, try cari masjid. And from that day on, saya try cari masjid but tak jumpa. That’s why saya balik sini. For cari masjd and dengar orang mengaji..." aku mengucapkan syukur pada Illahi. Kerana ingin mencari kebenaran, dia kembali ke Malaysia. Bukankah Allah sudah memakbulkan doaku? Hanya aku yang terlewat mengungkap segala rahsia Allah ini. "kenapa tak cakap dengan saya aje Ryan?" aku kira aku faham mengapa Hamdani tiba-tiba sahaja mengungkapkan rasa cintanya padaku. Kerna dia tahu bahawa Ryan ingin mendalami Islam dan dia kuatir Ryan akan kembali padaku setelah memeluk Islam. "lelaki pun ada ego. Dulu kita putus sebab agama. And now saya nak datang kat awak sebab agama. Saya takut awak fikir that saya masuk islam sebab awak. Bukan sebab awak aje Ana..but sebab hati saya sendiri. Tapi awak yang menarik saya ke dalam Islam" akukah puncanya? Akukah yang mendoongnya ke arah Islam? Adakah melalui doa dan solatku yang berpanjangan? Ya Allah.. sesungguhnya Engkau Maha Berkuasa. "how that be?" "awak datang dalam setiap mimpi-mimpi saya dalam keadaan yang menenangkan hati. Bertahun-tahun saya cari ketenangan tapi tak jumpa. Bila dapat mimpi awak mengaji, awak doakan saya, saya jadi tenang sangat. Then saya realize apa sebenarnya yang saya cari" dia tenang sahaja bersuara. "and that Haji..." aku ingin juga tahu bila saat dia menunaikan haji. "saya masuk islam, sehari selepas awak masuk hospital. Lepas tu, saya diamkan diri. Saya nak yakinkan hati saya yang saya masuk Islam bukan sebab awak tapi atas kerelaan hati sendiri. Hamdani introduce saya kat sorang ustaz and bila ustaz ni ajak saya pergi haji, saya ikut walaupun still baru berapa bulan saya masuk Islam" dan baru kini aku tahu mengapa dia menghilang sehari selepas dia menemui aku di hospital. Ahh.. berdosanya aku saat itu menganggap dia lari semula sedangkan dia menyahut seruan Kaabah. "macamana ibu awak?" aku mengingati ibunya yang menghalangnya bertukar agama. "dia merelakan..dalam keterpaksaan.. saya cakap, saya dah cuba sedaya upaya dalami agama lama saya. Tapi atas kehendak Allah jugak, saya terbuka hati untuk menerima Islam. Semuanya di luar kemampuan saya dan dia. Segalanya berlaku begitu sahaja. Bukan atas ajakan dan paksaan sesiapa tapi atas kerelaan hati saya sendiri" "macamana ibadah haji awak?" aku melemparkan pertanyaan pada dia yang bergelar tunanganku itu. "Alhamdulillah..semuanya lancar" segaris senyumannya masih terbit jua. "kenapa hari ni...awak ada kat sini?" aku mencari matanya yang melihat pada ibuku yang baru sahaja melangkah ke tingkat atas. "sebab saya pernah bagitau awak yang saya tak akan lepaskan awak kalau saya dalam keadaan yang berlainan dari dulu. Kalau pegangan antara kita adalah sama, saya tak akan lepaskan awak kat orang lain. And sebab...bulan sentiasa bersinar..walaupun kadang kadang cahayanya hilang di balik awan, tapi bulan sentiasa ada untuk esok hari. Selagi bulan bersinar, selagi itu cinta Yusuf hanya untuk Ana" Yusuf hanya untuk Ana... terlalu indah walau ringkas sahaja kata-kata itu. Aku senyum malu padanya. Sungguh.. jodoh ketentuan itu segala urusan Yang Maha Kuasa. Siapa sangka..dia juga yang bersamaku saat ini. "mari Ana, saya nak balik dah. Saya nak tengok bulan kat luar" dia berdiri di sisiku sambil tersenyum manis. Aku melangkah ke anjung rumah mencari sinar bulan bersama Yusuf. "Ana, kurang dari setahun, kita kahwin. Awak nak panggil saya apa?" dia bertanya soalan itu tiba-tiba. Aku diam..lalu tunduk malu. "panggil...entah..." sememangnya aku tiada jawapan lantaran dihambat segan. "takkan awak saya aje. Ini masa kita bercinta dulu" aku tertawa akhirnya. Dia mengerut dahinya. Tampak comel sekali dia begitu. "then..aku kau?" aku teringat dahulu setelah putus dengannya, aku dan dia membahasakan diri masing masing dengan aku kau. "panggil lah abang..saya suka dengar panggilan tu" aku tergamam sebentar. Namun kemudian, aku tersenyum malu sendiri. "abang aji..." dia tertawa senang ketika aku bersenda dengannya. "saya panggil awak...sayang..eh tak..adeng lah" aku spontan sahaja mencubit Yusuf ketika dia membalas gurauanku. Dahulu juga dia suka memanggilku adeng yang bermaksud sayang. Dia mula mengingatkan aku pada bumi Sarawaknya. "Ana terkejut?" seketika dia menghentikan ingatanku pada bumi kenyalang itu. Aku memandang wajah tunanganku itu lalu mengangguk perlahan. "about what?" aku memandang matanya yang mengecil itu. "about me...tiba-tiba saya yang ada di sebelah Ana sekarang" "sangat terkejut...still tak percaya" aku masih lagi mendongak memandangnya kerana lelaki ini lampai sekali dibandingkan dengan tinggiku. "Hamdani cakap, Ana berusaha lupakan saya" aku tertawa saat nama Hamdani disebut. Bila lagi saatnya dia tidak menyebut nama lelaki itu? Sepertinya segala yang berlaku dikongsi bersama tanpa pengetahuanku. "sebab saya nak setia pada bakal suami saya" aku senyum pada rembulan yang bersinar gemilang malam ini. "bakal suami Ana dengan orang yang terdahulu, adalah orang yang sama" bicaranya perlahan disulami senyumannya yang tidak lekang dari bibir. "Cuma sekarang dia lebih bermakna berbanding dulu" aku hanya memandang senyumnya dari hujung mataku. Aku ingin menikmati cahaya bulan yang menyimbah menyinari bumi Allah. "tapi hati dia tetap satu.. tetap pada Ana" kemudiannya dia mencari mataku. Dan sesaat aku bertentangan dengannya, aku terpana sebentar. Dan ruang yang ada hanya kebisuan yang tercipta. "mungkin sekarang bulan tengah berbicara jugak Ana.." dia bersuara memecah kebisuan antara aku dan dia. Aku memandang bulan lagi. "apa agaknya bicara bulan sekarang?" "mesti bulan tengah cakap...Hana hanya untuk Yusuf..." ya..aku hanya untuk dia. Pastinya itu juga yang telah ditakdir oleh Allah saat ini. Bahawa Hana hanya untuk lelaki bernama Yusuf. "nanti saya nak bulan madu kat bulan lah" aku bersuara sebentar kemudian. Dia tertawa. Dan aku hanya tersenyum menyembunyikan malu yang terbit. "terpaksalah kita jadi angkasawan" aku senyum lagi. Aku kira, aku dan dia kembali seperti dahulu. Bisa senyum, ketawa dan bergurau. Tidak lagi tangisan duka yang terbit. Yang ada pun, hanya tangisan syukur sahaja. "abang..terima kasih..." dia senyum saat mendengar aku memanggilnya abang. ya.. Terima kasih untuk segalanya. Terima kasih kerna hatinya masih jua utuh untukku walau bertahun telah berlalu. Kini aku tahu, cintanya padaku bukan bermusim..kerana aku sedia maklum, dia telah berjanji bahawa selagi bulan bersinar, cintanya utuhnya hanya padaku. Dan aku meyakini janji Haji Yusuf itu sepenuh hatiku.
alaa.. abes dah? huhuhu.. neway, cite ni memang best.. nanti buat la lagi cite baru eh.. chaiyok2!
Catat Ulasan
TINGGALKAN ULASAN DAN KOMEN, PADA SETIAP KARYA YANG ANDA BACA Penulis memerlukan ulasan dan komen, bagi memperbaiki penulisan dan memperbetulkan kesilapan. Komen dan ulasan anda akan memberi satu semangat kepada penulis, untuk terus menulis karya dan seterusnya menghasilkan karya yang menarik. Kerjasama & sokongan daripada pembaca amat kami hargai. Sebab itulah kami menyediakan HADIAH, sebagai penghargaan kepada penulis dan juga kepada pembaca yang aktif memberi komen & ulasan
"Dia
hidup bukan kerana cinta. Dia hidup kerana
kehadiran Prince Charming yang menyelamatkannya.
Semuanya gara-gara dia mengoyak Carta Prince
Charming—carta misteri yang tiada sesiapa tahu
dari mana datangnya. Yang pasti, memang dia
langsung tidak percaya dengan sumpahan yang
dikatakan berkaitan dengan Carta Prince
Charming.
"Sumpahan puteri? Kau ingat ini cerita dongeng
ke? Puteri apa yang nak sumpah aku ni? Puteri
bunian? Puteri lindungan bulan?”
Desakan daripada Sofea membawanya ke Kelab Bola
Sepak. Di situlah Prince Charming berkumpul.
Tetapi hanya seorang sahaja Prince Charming yang
dicari-carinya. Namun, untuk mencari Prince
Charming bukanlah mudah, namun dia yakin, antara
mereka, pasti salah seorang adalah penyelamatnya.
Orang tu pun satu! Dah selamatkan nyawa orang,
tak reti-reti ke nak munculkan diri? Bukan ke
lagi senang kalau datang berdiri depan aku dan
cakap, Sayalah yang selamatkan awak daripada
kena langgar semalam. Finish! Tak adalah nak
panjangkan cerita sampai beratus muka surat
semata-mata nak cari Prince Charming!
Tajuk:
Prince Charming
Penulis: Ratu Bulan
Terbitan: Fajar Pakeer
Harga:
RM19.90
Ulasan:
NOVEL
HANGAT DIPASARAN
Pertemuan
pertama memberi impak yang berbeza kepada dua insan. Maria
malu mengenang, sedang Hisyam mahu mendekat. Maria semakin
resah apabila Hisyam terus-terusan mendesak. Dalam benci
ada rindu. Bijak Hisyam memujuk, mereka akhirnya disatukan.
Salina hadir menjadi duri dalam daging. Bagi Hisyam, gadis
itu ialah sahabatnya yang terbaik. Insan paling dipercayai.
Namun, dalam diam, Salina meracuni hubungan mereka. Salina
ada agenda yang tersendiri.
Semakin hari, semakin nipis rasa percaya Maria terhadap
Hisyam. Namun, dia tidak mungkin menghindar rasa kasih
yang sudah menebal. Demi menunaikan permintaan Maria,
Hisyam tega melamar Salina walau ada luka di hati.
Sanggupkah Hisyam menduakan Maria yang pernah dicintai
sepenuh hati? Dan, Maria, mampukah membiarkan suami
tersayang jatuh ke tangan Salina? Atau, Mariakah orang
ketiga yang tidak lagi diperlukan kehadirannya oleh Hisyam?
Penulisan2u
sedang
berkerjasama dengan Penerbit Novel bagi memberi peluang kepada penulis-penulis berbakat dan karya yang menarik.
Antara novel yang sudah di terbitkan
2 Pengulas paling AKTIF dengan memberi komen yang ikhlas dan
membina, pada setiap karya cerpen / novel di penulisan2u akan
menerima hadiah sebuah NOVEL.
•
Creative Enterprise Sdn. Bhd., sedang mencari manuskrip kanak-kanak atau remaja. Ini kerana pihak kami ingin memperluaskan dan memperbanyakkan bahan bacaan untuk kanak-kanak dan remaja. Di samping itu kami juga ingin memupuk minat membaca dalam kalangan kanak-kanak dan remaja.
( klik disini
)
•Karyaseni Enterprise ingin memaklumankan
kepada anda yang berminat untuk menghantar manuskrip
anda kepada KS untuk penilaian, sila email kan
sinopsis dan tiga bab awal ke alamat email berikut:
Manuskrip@karyaseni.my
•KarnaDya Solutions Sdn
Bhd. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
hantarkan karya anda. Sebelum anda menghantarkan
manuskrip anda, sila hantarkan butiran berikut terlebih
dahulu melalui emel/pos. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•NB Kara Sdn Bhd dengan berbesar hati
menjemput mana-mana penulis yang merasakan diri mereka
layak menjadi penulis yang versatil, menghantar
manuskrip mereka kepada NB Kara Sdn Bhd. Tulisan anda
terlebih dahulu akan dinilai oleh penulis prolifik
Norhayati Berahim dan juga beberapa panel editor sebelum
diluluskan untuk terbitan.
(
klik disini )
•Jemari Seni Publishing. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
Untuk tujuan pengiriman manuskrip, JEMARI SENI telah
menggariskan panduan kepada penulis-penulisnya. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•
Alaf 21 Sdn Bhd. Tahun 2008 bakal menjanjikan sinar
kecemerlangan seandainya karya anda terpilih untuk
diterbitkan oleh Alaf 21, penerbit novel tersohor di
Malaysia.
Jika
anda mempunyai salah satu manuskrip tersebut, kami ingin
menatap dan menilainya. Sekiranya sesuai, pihak kami
ingin menerbitkannya di bawah jenama ALAF21.
( klik disini)
•
tip kehidupan, zodiak, horoskop, petua, tip, puisi,
pantun, sajak, dan pelbagai artikel menarik layari di
http://istimewa2u.blogspot.com
•
Blog Berkaitan agama, topik-topik tazkirah, audio, video
ceramah, mendengar 114 surah Al-quran secara online,
radio-radio dakwah, layari di
http://dakwah2u.blogspot.com
•
Blog Media, Tv streaming online, radio streaming online,
surat khabar, rakaman drama, radio era, hot.fm, tv1,
tv2,tv3 dan lain-lain. layari di
http://mymedia2u.blogspot.com
•
Blog Koleksi cerita lawak, lucu, kelakar dan video lawak,
lucu dan kelakar. layari di laman
http://kelakar2u.blogspot.com
•
Laman web
syarikat penerbit novel Creative
Enterprise Sdn Bhd (CESB). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.cesb.net.my
•
Laman web
syarikat penerbit
Kaki Novel
Enterprise. Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.kakinovel.com
•
Laman web
syarikat penerbit NB kara Sdn Bhd.
Dimiliki oleh penulis terkenal Norhayati Berahim, Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.nbkara.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit Buku Prima Sdn Bhd.
Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.bukuprima.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit novel
jemari Seni Publishing (JS Publishing). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.jemariseni.com
•
Laman web syarikat penerbit novel Alaf21 Sdn Bhd
(alaf21). Untuk melihat novel-novel terbaru dari Alaf21
layari di
http://www.alaf21.com.my
•
Laman web syarikat penerbit novel Fajar Pakeer Sdn Bhd). Untuk melihat novel-novel terbaru layari di
laman
http://www.fajarnovels.com.my
Kata Kunci
koleksi novel, koleksi novel
cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik,
novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen
cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru,
teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen
melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram,
cerita, cerita cinta, cerita pendek, cerita melayu, cerita online
Malaysia Group
Blog
Koleksi
Cerpen & Novel proudly powered by Blogger. Best display view 1024x768.
Google Inc
Koleksi Cerpen
& Novel dari Malaysia, Indonesia, Singapore & Brunei
bestnyaa!
dah lama tunggu sambungan novel ni..
tahniah pd penulis.. =)