Kehidupan
adalah anugerah utama Illahi. Anugerah kehidupan memberi gambaran
kebesaranNya buat kita manusia, yang wajib kita syukuri dan hargai.
Internet adalah kemudahan buat umat manusia. Justeru itu,
manafaatkan ia untuk kesejahteraan diri kita dan umat sejagat.
Sentiasalah kita beringat, apa yang kita lakukan, akan dipertanggung
jawabkan pada kemudian hari.
Gunakan sebaik-baiknya kurnia Allah swt kepada kita. Halalkan
kegunaan akal, hati dan lidah pada perkara yang bakal membawa
kecemerlangan diri kita dunia dan akhirat. Kita hidup hanya sekali.
Sekali 'pergi' tak kan kembali. Buat baik berpada-pada, dan buat
jahat JANGAN sekali-kali. Kewujudan website penulisan2u dengan blog
sebagai wadah untuk meningkatkan nilai diri. Bermatlamatkan
penyatuan ummah dengan ciri-ciri kemurnian budi dan budaya. Walaupun,
dunia terus maju dengan teknologi, kita akan terus kekal dengan
akhlak dan jati diri insani.
Tempat apa ni? Rasa semacam je kat sini. Okay, aku mengaku tempat ni bukanlah aneh sangat. Bukan macam di dalam mimpi, jauh sekali di kayangan. Binaan bangunannya tidak banyak beza dengan bangunan-bangunan lain yang pernah aku lihat, lantainya jubin, dinding konkrit dan atap genting warna merah bata. Tapi aku serasa asing di sini.
Aku lihat ramai orang memenuhi dewan ini. Hari ini hari pendaftaran di kolej persediaan ke luar negara. Aku dapat tajaan untuk buat ijazah perubatan di United Kingdom. Tapi, sebelum tu aku kena buat A-Level selama dua tahun dulu. Kira-kiranya lama lagilah baru aku nak fly. Mujur lama lagi. Terkenangkan omelan mama beberapa hari kebelakangan ini buat aku lega sikit sebab ada lagi dua tahun. Tapi, apabila mengingatkan kawan-kawanku yang akan mula belajar di Rusia, Jepun dan Korea tidak lama lagi aku jadi tidak sabar.
Aku pandang sekeliling. Makin aku terasa asing. Pertama, tiada sesiapa yang kukenal di sini. Kedua, semua orang sibuk menguruskan hal masing-masing. Ketiga, mereka semua nampak lain. Lain? Hmm, maksud aku cara berpakaian dan pembawaan diri. Aku bukanlah budak kampung sangat tapi mereka di sini nampak seperti datang dari keluarga berada yang macam dalam drama-drama Melayu tu.
"May I help you?" Aku pandang gadis manis berkemeja merah jambu dan skirt kelabu paras lutut. Aku rasa dia ni Melayu.
"Err, yah… yes." Aku yang perempuan ni pun boleh terkedu tengok muka comel dia. Dengan rambut kerinting paras leher, cekak polka dot atas kepala dan skaf sedondon terikat di leher… nampak macam anak patung!
* * *
Mama dan papa sudah lama balik. Kata mama, "tak boleh lama-lama di sini… lepas ni nak hantar Bangah ke kampusnya pulak." Aku mencebek. Bangah kan dah tua bangka. Lelaki pulak tu. Tak boleh balik sendirikah?
Tapi aku kan anak solehah. Tak membantah cakap mama dan papa. Maka, tentulah aku diam saja. Lagi pula aku dah besar. Mana boleh buat perangai anak kecil. Malu nanti. Dan, yang lebih penting lagi, aku mahu tunjukkan pada mama yang anaknya ni pandai berdikari.
"Kakak jaga diri baik-baik. Solat jangan tinggal, makan jangan lupa, pandai-pandailah sesuaikan diri di tempat baru ya?" Aku senyum. Memanglah pesan mama tu langsung tak lawak tapi aku tak tahan gelihati mendengarnya. Sebijik macam skrip drama. Agaknya mama pun terpengaruh dengan cerekarama di kaca televisyen tak?
Tak apalah mama, itu tak penting sangat. Kakak akan ingat dan ikut pesan mama tu. Kakak pun bukannya tak biasa duduk bersendiri, jauh dari keluarga. Dulu kakak tinggal di asrama juga semasa tingkatan empat dan lima. Susah senang pun hidup juga, sampai juga kakak ke sini. Sebab itulah mama akhirnya percaya juga nak lepaskan kakak mendaftarkan diri di sini hari ini.
"Ha,kakak… bangah nak pesan satu je, jangan lupa cari calon menantu mama ye. Kalau tak bangah tak merasalah ada adik belajar overseas" Aku tarik muka masam. Terasa masamnya di tekak. Papa tersengih saja. Aku tahulah papa di sebelah bangah. Hmph, tak guna membalasnya sekarang!
Kedengaran azan maghrib berkumandang sayup-sayup. Lamunanku mati. Aku bingkas membuka tingkap. Err, ya. Aku buka tingkap. Tak tersalah tulis. Aku memang suka dengar azan. Ada sesuatu yang istimewa di situ. Aku tunggu azan habis sebelum merapatkan kembali daun tingkap yang kurenggangkan tadi sebelum berlalu ke bilik air untuk berwudhuk.
Aku melangkah cepat-cepat menuju surau di atas bukit. Aduhai, mengah juga aku mendaki mata-mata tangga di depan surau. Lain kali aku datang awal sikitlah. Ambil wudhuk di surau pun boleh, aku mengintai bilik wudhuk yang besar dan cantik di tepi tangga. Tangga lagi? Aduh…memang ada hukum ke kata ruang solat wanita mesti diletak di tingkat atas?
Usai solat dan sedikit doa, semua jemaah bersalaman. Nampaknya semua orang bermuka manis dan berkata yang manis-manis. Aku juga telah mendapat beberapa orang kenalan baru. Siti Hanim, Hajar, Suraya, Fatiha, Nur Saidah, Mariam, Fadhilah, Yusra, Intan Liyana, Syakira, Ain, Wan Syamsiah, Izzati, Syarifah Farhana dan banyak lagi. Sebetulnya aku dah tak dapat ingat sangat nama-nama dan wajah-wajah baru yang kujumpa. Tapi, adat di tempat baru mestilah bermanis muka, bertegur-sapa dan berkenal-kenalan.
Aku pandang-pandang keliling. Tak nampak pula muka-muka yang kujumpa siang tadi di dewan besar. Aku ni dah salah tempat lagi ke? Haih, berdebar pulak rasanya jantungku. Okay, bertenang… aku dah besar, mana boleh kalut-kalut.
"Cari apa, dik?" Ah, kan dah ada orang perasan aku gelabah.
"Takde. Takde apa-apa."
"Kalau macam tu, cepat letak telekung atas rak kat penjuru sana. Program kita nak mula tepat jam lapan." Aku pandang jam dinding yang sebesar-besar alam tu. 7.55 malam. Err, aku tak rasa aku ada banyak masa.
* * *
"Nama saya Suri. Asal.."
"Nama panjang?" Kapten rumah (a.k.a House Capt) aku memintas.
"Nama panjang Suri, nama pendek Su." Aku dengar ada yang tergelak. Encik kapten yang bernama Hafizi itu cuma angkat kening sebelah. Ikut hati aku nak je tarik muka, tapi tundalah esok-esok.
"Panjangnya nama…" seorang senior yang aku rasa namanya Lokman itu menegur. Ini lagi satu. Aku perasan Hafizi menjeling Lokman. Lokman angkat tangan.
"Sambung, asal?" Hafizi mengarahkan. Aku dah rasa tak senang. Eii, aku ni perasan sangat atau aku ada sebab untuk rasa tak senang? Nantilah aku cerita. Sekarang aku kena jawab soalan ni dulu.
* * * Seminggu saja minggu orientasi. Aku rasa minggu itu cepat sangat berlalu. Tak pasti apa yang berlaku. Semuanya seperti terlalu pantas sehinggakan aku tak begitu ingat apa yang kami pelajar-pelajar baru di sini dah buat.
Aku tahu ada hari yang penuh dengan taklimat, hari sukaneka, hari aktiviti kumpulan dan hari bersama ahli-ahli house. Tapi semuanya agak kabur-kabur. Barangkali sebab aku masih terkial-kial menyesuaikan diri di sini.
Kelas pun dah tiga minggu bermula. Aku rasa pelajaran baik-baik saja. Belum ada lagi yang buat aku ternganga walaupun semuanya diajar dalam bahasa Inggeris. Betullah kata Wardah, A-Level ni susah sikit saja daripada SPM tapi bezanya dialih bahasa kepada bahasa Inggeris. Sebenarnya bukan pelajaran yang merunsingkan aku. Tapi kawan-kawan. Masa minggu orientasi semua orang buat aktiviti yang sama, pakai pakaian yang lebih kurang sama, bual tentang perkara-perkara biasa... aku senang berkawan dengan siapa saja.
Sekarang lain. Warna masing-masing makin ternampak. Macam-macam warna aku nampak. Bukan itu saja, aku juga dah mula nampak masing-masing mula membentuk kumpulan berdasarkan warna mereka. Macam buat rumah sukanlah pulak rasanya. Tapi memang lebih kurang begitulah konsepnya.
Aku rumah apa? Hmm, itulah masalahnya. Aku sendiri sekarang tak pasti apa warna aku. Jadi macamana aku nak menggabungkan diri ke dalam warna-warna yang berselerakan di hadapanku. Tunggu saja siapa yang memilih aku? Tak, takkan, ini bukan tempatnya. Di sini lain. Ini bukan padang permainan zaman kanak-kanakku.
Kebingungan itu aku sangkakan akan cepat berlalu. Tapi rupanya tak semudah yang disangka. Walau apapun, nampaknya sekarang aku memang sudah ada pilihan sendiri. Ya, pilihan itu memang jelas dan hanya menjadi semakin jelas.
Tapi sekarang aku mesti memilih baju mana satu aku nak pakai ke kelas hari ini. Aku membelek-belek beberapa helai kemeja dan blaus yang tersangkut kemas di dalam almari. Aku senyum.
"Merepek! Pilih sajalah yang mana-mana pun. Bukannya banyak beza." Aku mencapai kemeja polos warna hitam dengan butang putih. Padanannya mudah, seluar slack hitam dan tudung hitam juga. All black, yeah!
TINGGALKAN ULASAN DAN KOMEN, PADA SETIAP KARYA YANG ANDA BACA Penulis memerlukan ulasan dan komen, bagi memperbaiki penulisan dan memperbetulkan kesilapan. Komen dan ulasan anda akan memberi satu semangat kepada penulis, untuk terus menulis karya dan seterusnya menghasilkan karya yang menarik. Kerjasama & sokongan daripada pembaca amat kami hargai. Sebab itulah kami menyediakan HADIAH, sebagai penghargaan kepada penulis dan juga kepada pembaca yang aktif memberi komen & ulasan
"Dia
hidup bukan kerana cinta. Dia hidup kerana
kehadiran Prince Charming yang menyelamatkannya.
Semuanya gara-gara dia mengoyak Carta Prince
Charming—carta misteri yang tiada sesiapa tahu
dari mana datangnya. Yang pasti, memang dia
langsung tidak percaya dengan sumpahan yang
dikatakan berkaitan dengan Carta Prince
Charming.
"Sumpahan puteri? Kau ingat ini cerita dongeng
ke? Puteri apa yang nak sumpah aku ni? Puteri
bunian? Puteri lindungan bulan?”
Desakan daripada Sofea membawanya ke Kelab Bola
Sepak. Di situlah Prince Charming berkumpul.
Tetapi hanya seorang sahaja Prince Charming yang
dicari-carinya. Namun, untuk mencari Prince
Charming bukanlah mudah, namun dia yakin, antara
mereka, pasti salah seorang adalah penyelamatnya.
Orang tu pun satu! Dah selamatkan nyawa orang,
tak reti-reti ke nak munculkan diri? Bukan ke
lagi senang kalau datang berdiri depan aku dan
cakap, Sayalah yang selamatkan awak daripada
kena langgar semalam. Finish! Tak adalah nak
panjangkan cerita sampai beratus muka surat
semata-mata nak cari Prince Charming!
Tajuk:
Prince Charming
Penulis: Ratu Bulan
Terbitan: Fajar Pakeer
Harga:
RM19.90
Ulasan:
NOVEL
HANGAT DIPASARAN
Pertemuan
pertama memberi impak yang berbeza kepada dua insan. Maria
malu mengenang, sedang Hisyam mahu mendekat. Maria semakin
resah apabila Hisyam terus-terusan mendesak. Dalam benci
ada rindu. Bijak Hisyam memujuk, mereka akhirnya disatukan.
Salina hadir menjadi duri dalam daging. Bagi Hisyam, gadis
itu ialah sahabatnya yang terbaik. Insan paling dipercayai.
Namun, dalam diam, Salina meracuni hubungan mereka. Salina
ada agenda yang tersendiri.
Semakin hari, semakin nipis rasa percaya Maria terhadap
Hisyam. Namun, dia tidak mungkin menghindar rasa kasih
yang sudah menebal. Demi menunaikan permintaan Maria,
Hisyam tega melamar Salina walau ada luka di hati.
Sanggupkah Hisyam menduakan Maria yang pernah dicintai
sepenuh hati? Dan, Maria, mampukah membiarkan suami
tersayang jatuh ke tangan Salina? Atau, Mariakah orang
ketiga yang tidak lagi diperlukan kehadirannya oleh Hisyam?
Penulisan2u
sedang
berkerjasama dengan Penerbit Novel bagi memberi peluang kepada penulis-penulis berbakat dan karya yang menarik.
Antara novel yang sudah di terbitkan
2 Pengulas paling AKTIF dengan memberi komen yang ikhlas dan
membina, pada setiap karya cerpen / novel di penulisan2u akan
menerima hadiah sebuah NOVEL.
•
Creative Enterprise Sdn. Bhd., sedang mencari manuskrip kanak-kanak atau remaja. Ini kerana pihak kami ingin memperluaskan dan memperbanyakkan bahan bacaan untuk kanak-kanak dan remaja. Di samping itu kami juga ingin memupuk minat membaca dalam kalangan kanak-kanak dan remaja.
( klik disini
)
•Karyaseni Enterprise ingin memaklumankan
kepada anda yang berminat untuk menghantar manuskrip
anda kepada KS untuk penilaian, sila email kan
sinopsis dan tiga bab awal ke alamat email berikut:
Manuskrip@karyaseni.my
•KarnaDya Solutions Sdn
Bhd. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
hantarkan karya anda. Sebelum anda menghantarkan
manuskrip anda, sila hantarkan butiran berikut terlebih
dahulu melalui emel/pos. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•NB Kara Sdn Bhd dengan berbesar hati
menjemput mana-mana penulis yang merasakan diri mereka
layak menjadi penulis yang versatil, menghantar
manuskrip mereka kepada NB Kara Sdn Bhd. Tulisan anda
terlebih dahulu akan dinilai oleh penulis prolifik
Norhayati Berahim dan juga beberapa panel editor sebelum
diluluskan untuk terbitan.
(
klik disini )
•Jemari Seni Publishing. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
Untuk tujuan pengiriman manuskrip, JEMARI SENI telah
menggariskan panduan kepada penulis-penulisnya. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•
Alaf 21 Sdn Bhd. Tahun 2008 bakal menjanjikan sinar
kecemerlangan seandainya karya anda terpilih untuk
diterbitkan oleh Alaf 21, penerbit novel tersohor di
Malaysia.
Jika
anda mempunyai salah satu manuskrip tersebut, kami ingin
menatap dan menilainya. Sekiranya sesuai, pihak kami
ingin menerbitkannya di bawah jenama ALAF21.
( klik disini)
•
tip kehidupan, zodiak, horoskop, petua, tip, puisi,
pantun, sajak, dan pelbagai artikel menarik layari di
http://istimewa2u.blogspot.com
•
Blog Berkaitan agama, topik-topik tazkirah, audio, video
ceramah, mendengar 114 surah Al-quran secara online,
radio-radio dakwah, layari di
http://dakwah2u.blogspot.com
•
Blog Media, Tv streaming online, radio streaming online,
surat khabar, rakaman drama, radio era, hot.fm, tv1,
tv2,tv3 dan lain-lain. layari di
http://mymedia2u.blogspot.com
•
Blog Koleksi cerita lawak, lucu, kelakar dan video lawak,
lucu dan kelakar. layari di laman
http://kelakar2u.blogspot.com
•
Laman web
syarikat penerbit novel Creative
Enterprise Sdn Bhd (CESB). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.cesb.net.my
•
Laman web
syarikat penerbit
Kaki Novel
Enterprise. Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.kakinovel.com
•
Laman web
syarikat penerbit NB kara Sdn Bhd.
Dimiliki oleh penulis terkenal Norhayati Berahim, Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.nbkara.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit Buku Prima Sdn Bhd.
Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.bukuprima.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit novel
jemari Seni Publishing (JS Publishing). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.jemariseni.com
•
Laman web syarikat penerbit novel Alaf21 Sdn Bhd
(alaf21). Untuk melihat novel-novel terbaru dari Alaf21
layari di
http://www.alaf21.com.my
•
Laman web syarikat penerbit novel Fajar Pakeer Sdn Bhd). Untuk melihat novel-novel terbaru layari di
laman
http://www.fajarnovels.com.my
Kata Kunci
koleksi novel, koleksi novel
cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik,
novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen
cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru,
teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen
melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram,
cerita, cerita cinta, cerita pendek, cerita melayu, cerita online
Malaysia Group
Blog
Koleksi
Cerpen & Novel proudly powered by Blogger. Best display view 1024x768.
Google Inc
Koleksi Cerpen
& Novel dari Malaysia, Indonesia, Singapore & Brunei
macam intro je.
belum nampak apa-apa cerita pun kat sini.