Kehidupan
adalah anugerah utama Illahi. Anugerah kehidupan memberi gambaran
kebesaranNya buat kita manusia, yang wajib kita syukuri dan hargai.
Internet adalah kemudahan buat umat manusia. Justeru itu,
manafaatkan ia untuk kesejahteraan diri kita dan umat sejagat.
Sentiasalah kita beringat, apa yang kita lakukan, akan dipertanggung
jawabkan pada kemudian hari.
Gunakan sebaik-baiknya kurnia Allah swt kepada kita. Halalkan
kegunaan akal, hati dan lidah pada perkara yang bakal membawa
kecemerlangan diri kita dunia dan akhirat. Kita hidup hanya sekali.
Sekali 'pergi' tak kan kembali. Buat baik berpada-pada, dan buat
jahat JANGAN sekali-kali. Kewujudan website penulisan2u dengan blog
sebagai wadah untuk meningkatkan nilai diri. Bermatlamatkan
penyatuan ummah dengan ciri-ciri kemurnian budi dan budaya. Walaupun,
dunia terus maju dengan teknologi, kita akan terus kekal dengan
akhlak dan jati diri insani.
Cikgu Azila baru sahaja keluar dari kelas. Mataku meliar memerhati papan putih di hadapan kelas; cuba memahami sekali lagi tentang tajuk yang baru dipelajari. Bab 4 bagi subjek Geografi; graf, carta dan rajah. Tulisan yang ditulis dari marker dakwat biru di papan putih itu diberikan perhatian sepenuhnya. Aku cuba membandingkan nota yang disalin sebentar tadi pada papan putih tersebut. Bezanya, aku membuat nota secara peta minda; lebih senang untuk membaca dan mengingatinya.
"Graf bar majmuk ialah graf bar yang mengandungi dua atau lebih maklumat dalam satu bar," gumamku sendirian; cuba menghafal.
Aku menarik nafas perlahan. Yen, gadis bersebelahan denganku sedang membuat latihan matematik. Yang jelasnya buku latihan tersebut pasti merupakan latihan sampingan yang diberi oleh bapanya. Aku memicit kepala. Astaghfirullah, kenapa hari ini terasa bagaikan aku tidak bersedia untuk menerima ilmu? Aku membuka fail berwarna putih tanpa corak milikku di dalam laci meja. Dikeluarkan jadual dan pantas mataku menangkap masa sekarang ini. Bahasa Inggeris, tetapi kelibat Madam Kwok masih belum kelihatan.
Madam Kwok, gadis 40-an yang cukup anggun. Rambutnya yang dicelup perang itu sentiasa disanggul tinggi. Tas tangan dan kasut tumit tingginya sering sering berubah-ubah saban hari mengikut warna bajunya. Beliau sering dilihat memakai blaus pelbagai corak dan skirt kosong yang labuh paras betis. Wajahnya pula hanya ditampal solekan tipis disertai dengan gincu yang warnanya merah pulasan. Beliau sememangnya cukup anggun! Dengar khabar daripada pelajar senior, beliau sudah mempunyai empat orang anak. Salah satu sebab aku menyukainya; beliau sering sahaja tersenyum manis dan dapat menerima seloroh anak-anak muridnya. Senyum, salah satu cara untuk awet muda!
# # #
Deruan tiga buah kipas berpusing ligat di atas kepala jelas kedengaran. Hanya aku yang berada di dalam kelas saat ini. Aku menggosok mata. Mataku letih, aku pasti itu. Solat berjemaah di musolla sebentar tadi menenangkan fikiranku sebentar. Aku tidak terus ke kantin selepas usai solat, seleraku mati. Pelajar bukan Islam pula pasti masih berada di kantin sekolah atau di Bilik Pendidikan Moral di tingkat bawah. Bilik tersebut khas untuk pelajar bukan Islam apabila pelajar Muslim mempelajari subjek Pendidikan Islam, mereka akan turun ke bilik itu untuk mempelajari subjek Pendidikan Moral.
Tanganku meraih tasbih di dalam poket baju kurungku. Aku beristighfar perlahan berulang-ulang mengikut rentak tasbih di tangan. Sesekali aku berhenti; menarik nafas sedalam-dalamnya.
"Assalamualaikum,"
Zikirku terhenti. Kedengaran suara halus yang memberi salam dari belakangku; mungkin dari pintu masuk belakang. Aku menjawab salam perlahan langsung berpaling. Seorang gadis bertudung labuh tercegat berdiri di pintu belakang kelas yang luas terbuka. Dia tersenyum kepadaku. Aku bangun menghampiri gadis itu. Aku mengagak dia pelajar tingkatan satu berdasarkan warna tag nama di atas lencananya. Di tag nama tersebut tertulis Nur Syaheera.
"Ini Kak Ainil Yaqin?" mulut kecil gadis di hadapannya melontarkan soalan dengan suara yang halus. Aku menganggukkan kepala.
Dia kemudiannya tersenyum kembali. Tangannya menggagau sesuatu di dalam poket bajunya dan mengeluarkan sesuatu yang kurasakan sampul. Ya, sampul berwarna putih yang sebesar tapak tangan! Syaheera menghulurkan sampul putih itu kepadaku. Aku mengangkat kening.
"Ini surat daripada seseorang. Harap Kak Ainil dapat terima," terangnya perlahan. Aku semakin tidak mengerti. Syaheera tergelak kecil.
"Jangan risau, bukannya surat layang atau surat yang mempunyai bom atau racun," jaminnya lagi. Aku tergelak sama.
Sampul itu kuambil sambil mengucapkan terima kasih. Syaheera meminta diri. Aku membelek-belek sampul putih tersebut. Aku tersedar. Ya Allah, tidak terlintas langsung di benakku sebentar tadi untuk bertanyakan siapa pengirimnya! Aku lantas membukanya dan...
-----------------------------------
Dengan menyebut nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengetahui.
Assalamualaikum warahmatullah. Semoga warkah ini terhindar dari segala fitnah, amin.
Terutama sekali saya ingin memohon ribuan maaf jika surat ini membuat saudari tertanya-tanya dan berada dalam keadaan serba-salah. Saya tidak berniat untuk membuatkan saudari berada dalam keadaan tersebut. Tidak sama sekali.
Biarlah saya menjelaskan mengapa warkah ini hadir. Pada benak fikiran saya apabila melihat saudari, saya sangkakan sekolah kita ini dilawati oleh murid sekolah agama. Rupa-rupanya saudari sememangnya belajar di sekolah ini. Hairan juga, selayaknya gadis seperti saudari jarang dijumpai di sekolah biasa. Lebih-lebih lagi sekolah yang berbilang kaum seperti sekolah kita. Di sekolah kita yang bertudung labuh boleh dihitung dengan jari. Kakak-kakak senior yang bertudung labuh hanyalah Kak Syuhada, Kak Anissa dan Kak Adawiyah. Jika pelajar junior pula merupakan saudari sendiri, rakan saudari iaitu Nadiah, kemudiannya Syaheera, Insyirah dan Nasyrah.
Kalian mempunyai aura muslimah yang menonjol. Sukacita sekali saya ingin memberitahu saudari untuk mengikuti sebuah kelab khas untuk sesi muhasabah diri, tazkirah dan usrah. Kelab ini ditubuhkan oleh abang senior kita, Aminur Rasyid bin Azwan. Kelab itu dinamakan "Khairul Insan". Ia terbuka kepada semua pelajar yang berminat. Namun ia masih dalam proses pembikinan. Alhamdulillah pengetua sekolah telah memberi izin.
Saya berharap sekolah kita walaupun para pelajarnya terdiri daripada pelbagai agama dan bangsa yang berlainan, yang muslim masih memegang erat batas pergaulan dan mendalami agama.
Akhir kalam, saya berharap saudari dapat menimbangkan cadangan yang telah saya kemukakan dan memahami isi tersurat yang disampaikan. Carilah saya untuk memberikan jawapan saudari dan rakan.
TINGGALKAN ULASAN DAN KOMEN, PADA SETIAP KARYA YANG ANDA BACA Penulis memerlukan ulasan dan komen, bagi memperbaiki penulisan dan memperbetulkan kesilapan. Komen dan ulasan anda akan memberi satu semangat kepada penulis, untuk terus menulis karya dan seterusnya menghasilkan karya yang menarik. Kerjasama & sokongan daripada pembaca amat kami hargai. Sebab itulah kami menyediakan HADIAH, sebagai penghargaan kepada penulis dan juga kepada pembaca yang aktif memberi komen & ulasan
"Dia
hidup bukan kerana cinta. Dia hidup kerana
kehadiran Prince Charming yang menyelamatkannya.
Semuanya gara-gara dia mengoyak Carta Prince
Charming—carta misteri yang tiada sesiapa tahu
dari mana datangnya. Yang pasti, memang dia
langsung tidak percaya dengan sumpahan yang
dikatakan berkaitan dengan Carta Prince
Charming.
"Sumpahan puteri? Kau ingat ini cerita dongeng
ke? Puteri apa yang nak sumpah aku ni? Puteri
bunian? Puteri lindungan bulan?”
Desakan daripada Sofea membawanya ke Kelab Bola
Sepak. Di situlah Prince Charming berkumpul.
Tetapi hanya seorang sahaja Prince Charming yang
dicari-carinya. Namun, untuk mencari Prince
Charming bukanlah mudah, namun dia yakin, antara
mereka, pasti salah seorang adalah penyelamatnya.
Orang tu pun satu! Dah selamatkan nyawa orang,
tak reti-reti ke nak munculkan diri? Bukan ke
lagi senang kalau datang berdiri depan aku dan
cakap, Sayalah yang selamatkan awak daripada
kena langgar semalam. Finish! Tak adalah nak
panjangkan cerita sampai beratus muka surat
semata-mata nak cari Prince Charming!
Tajuk:
Prince Charming
Penulis: Ratu Bulan
Terbitan: Fajar Pakeer
Harga:
RM19.90
Ulasan:
NOVEL
HANGAT DIPASARAN
Pertemuan
pertama memberi impak yang berbeza kepada dua insan. Maria
malu mengenang, sedang Hisyam mahu mendekat. Maria semakin
resah apabila Hisyam terus-terusan mendesak. Dalam benci
ada rindu. Bijak Hisyam memujuk, mereka akhirnya disatukan.
Salina hadir menjadi duri dalam daging. Bagi Hisyam, gadis
itu ialah sahabatnya yang terbaik. Insan paling dipercayai.
Namun, dalam diam, Salina meracuni hubungan mereka. Salina
ada agenda yang tersendiri.
Semakin hari, semakin nipis rasa percaya Maria terhadap
Hisyam. Namun, dia tidak mungkin menghindar rasa kasih
yang sudah menebal. Demi menunaikan permintaan Maria,
Hisyam tega melamar Salina walau ada luka di hati.
Sanggupkah Hisyam menduakan Maria yang pernah dicintai
sepenuh hati? Dan, Maria, mampukah membiarkan suami
tersayang jatuh ke tangan Salina? Atau, Mariakah orang
ketiga yang tidak lagi diperlukan kehadirannya oleh Hisyam?
Penulisan2u
sedang
berkerjasama dengan Penerbit Novel bagi memberi peluang kepada penulis-penulis berbakat dan karya yang menarik.
Antara novel yang sudah di terbitkan
2 Pengulas paling AKTIF dengan memberi komen yang ikhlas dan
membina, pada setiap karya cerpen / novel di penulisan2u akan
menerima hadiah sebuah NOVEL.
•
Creative Enterprise Sdn. Bhd., sedang mencari manuskrip kanak-kanak atau remaja. Ini kerana pihak kami ingin memperluaskan dan memperbanyakkan bahan bacaan untuk kanak-kanak dan remaja. Di samping itu kami juga ingin memupuk minat membaca dalam kalangan kanak-kanak dan remaja.
( klik disini
)
•Karyaseni Enterprise ingin memaklumankan
kepada anda yang berminat untuk menghantar manuskrip
anda kepada KS untuk penilaian, sila email kan
sinopsis dan tiga bab awal ke alamat email berikut:
Manuskrip@karyaseni.my
•KarnaDya Solutions Sdn
Bhd. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
hantarkan karya anda. Sebelum anda menghantarkan
manuskrip anda, sila hantarkan butiran berikut terlebih
dahulu melalui emel/pos. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•NB Kara Sdn Bhd dengan berbesar hati
menjemput mana-mana penulis yang merasakan diri mereka
layak menjadi penulis yang versatil, menghantar
manuskrip mereka kepada NB Kara Sdn Bhd. Tulisan anda
terlebih dahulu akan dinilai oleh penulis prolifik
Norhayati Berahim dan juga beberapa panel editor sebelum
diluluskan untuk terbitan.
(
klik disini )
•Jemari Seni Publishing. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
Untuk tujuan pengiriman manuskrip, JEMARI SENI telah
menggariskan panduan kepada penulis-penulisnya. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•
Alaf 21 Sdn Bhd. Tahun 2008 bakal menjanjikan sinar
kecemerlangan seandainya karya anda terpilih untuk
diterbitkan oleh Alaf 21, penerbit novel tersohor di
Malaysia.
Jika
anda mempunyai salah satu manuskrip tersebut, kami ingin
menatap dan menilainya. Sekiranya sesuai, pihak kami
ingin menerbitkannya di bawah jenama ALAF21.
( klik disini)
•
tip kehidupan, zodiak, horoskop, petua, tip, puisi,
pantun, sajak, dan pelbagai artikel menarik layari di
http://istimewa2u.blogspot.com
•
Blog Berkaitan agama, topik-topik tazkirah, audio, video
ceramah, mendengar 114 surah Al-quran secara online,
radio-radio dakwah, layari di
http://dakwah2u.blogspot.com
•
Blog Media, Tv streaming online, radio streaming online,
surat khabar, rakaman drama, radio era, hot.fm, tv1,
tv2,tv3 dan lain-lain. layari di
http://mymedia2u.blogspot.com
•
Blog Koleksi cerita lawak, lucu, kelakar dan video lawak,
lucu dan kelakar. layari di laman
http://kelakar2u.blogspot.com
•
Laman web
syarikat penerbit novel Creative
Enterprise Sdn Bhd (CESB). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.cesb.net.my
•
Laman web
syarikat penerbit
Kaki Novel
Enterprise. Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.kakinovel.com
•
Laman web
syarikat penerbit NB kara Sdn Bhd.
Dimiliki oleh penulis terkenal Norhayati Berahim, Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.nbkara.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit Buku Prima Sdn Bhd.
Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.bukuprima.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit novel
jemari Seni Publishing (JS Publishing). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.jemariseni.com
•
Laman web syarikat penerbit novel Alaf21 Sdn Bhd
(alaf21). Untuk melihat novel-novel terbaru dari Alaf21
layari di
http://www.alaf21.com.my
•
Laman web syarikat penerbit novel Fajar Pakeer Sdn Bhd). Untuk melihat novel-novel terbaru layari di
laman
http://www.fajarnovels.com.my
Kata Kunci
koleksi novel, koleksi novel
cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik,
novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen
cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru,
teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen
melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram,
cerita, cerita cinta, cerita pendek, cerita melayu, cerita online
Malaysia Group
Blog
Koleksi
Cerpen & Novel proudly powered by Blogger. Best display view 1024x768.
Google Inc
Koleksi Cerpen
& Novel dari Malaysia, Indonesia, Singapore & Brunei
Catat Ulasan
TINGGALKAN ULASAN DAN KOMEN, PADA SETIAP KARYA YANG ANDA BACA Penulis memerlukan ulasan dan komen, bagi memperbaiki penulisan dan memperbetulkan kesilapan. Komen dan ulasan anda akan memberi satu semangat kepada penulis, untuk terus menulis karya dan seterusnya menghasilkan karya yang menarik. Kerjasama & sokongan daripada pembaca amat kami hargai. Sebab itulah kami menyediakan HADIAH, sebagai penghargaan kepada penulis dan juga kepada pembaca yang aktif memberi komen & ulasan