Kehidupan
adalah anugerah utama Illahi. Anugerah kehidupan memberi gambaran
kebesaranNya buat kita manusia, yang wajib kita syukuri dan hargai.
Internet adalah kemudahan buat umat manusia. Justeru itu,
manafaatkan ia untuk kesejahteraan diri kita dan umat sejagat.
Sentiasalah kita beringat, apa yang kita lakukan, akan dipertanggung
jawabkan pada kemudian hari.
Gunakan sebaik-baiknya kurnia Allah swt kepada kita. Halalkan
kegunaan akal, hati dan lidah pada perkara yang bakal membawa
kecemerlangan diri kita dunia dan akhirat. Kita hidup hanya sekali.
Sekali 'pergi' tak kan kembali. Buat baik berpada-pada, dan buat
jahat JANGAN sekali-kali. Kewujudan website penulisan2u dengan blog
sebagai wadah untuk meningkatkan nilai diri. Bermatlamatkan
penyatuan ummah dengan ciri-ciri kemurnian budi dan budaya. Walaupun,
dunia terus maju dengan teknologi, kita akan terus kekal dengan
akhlak dan jati diri insani.
"APA kau buat kat sini?" tanya seseorang. Aishah Najyha memandang orang itu yang sedang berdiri menghadapnya. "Eh, Kak Nora. Saya hantarkan stick Kak Nina." Kata Aishah Najyha sesopan yang mungkin. "Apa Kak Nora? Panggil aku Tengku." Kata Tengku Nora sambil menolak bahu Aishah Najyha perlahan. Dia sengaja hendak menyakiti hati gadis itu. Tetapi Aishah Najyha tiada niat untuk berlawan cakap dengan Tengku Nora. Dia tidak mahu menjadi kurang ajar dengan seniornya. "Maafkan saya, Tengku." Aishah Najyha tidak mahu berkata apa-apa lagi. Dia hanya menumpukan penuh perhatian ke pancaragam tersebut. "Kau tengoklah badan dia, Bil. Gemuk. Tapi ada hati suka kat Hafiz. Tak sedar diri. Entah-entah Hafiz tu pandang muka dia pun tidak. Lainlah macam aku ni. Kurus, lawa, anak kerabat diraja. Bapak aku lebih kaya daripada bapak dia." Tengku Nora sengaja berkata-kata dengan kuat. Aishah Najyha hanya menahan perasaan. Dia tidak mahu nampak terlalu lemah. Matanya sudah berair. Kata-kata Tengku Nora itu disambut oleh Nabila. Mereka berdua ini sama sahaja. "Aku pun rasa si Hafiz takkan suka dia. Aku tak boleh bayangkan orang sekacak Hafiz menyukai orang sehodoh dia. Tapi, dari cara Hafiz beri layanan pada kau, aku dapat rasakan yang Hafiz memang ada hati kat kau. Mesti kau orang couple lah lepas ni. Confirm. Tengok dari gaya Hafiz pandang kau. Cara dia peluk kau masa kau hampir-hampir nak terjatuh kat kantin tu. Aku rasa kau orang akan jadik pasangan yang romantik gitu." Nabila berkata dengan suara yang lagi kuat dari bunyi dram-dram pancaragam itu. Tengku Nora pura-pura gelak manja. Hafiz meletakkan dramnya ke bawah. Dilap peluh dengan lengan baju. Tengku Nora berlari ke arah Hafiz dengan membawa air untuk membasahkan tekak. Hafiz mengucapkan terima kasih. Tengku Nora memeluk lengan Hafiz dan tersenyum menggoda. Sesekali dilirik dengan ekor mata ke arah Aishah Najyha yang sedang memandang mereka. Tengku Nora tersenyum sinis. Dilap peluh Hafiz dengan tuala yang dibawa bersama. Hafiz berasa rimas dengan layanan tersebut. Tetapi dia tidak sampai hati hendak memalukan Tengku Nora dihadapan mereka semua. Sesetengah ahli kumpulan tersebut meluahkan rasa cemburu mereka kepada Hafiz kerana mendapat layanan yang istimewa daripada Tengku Nora. Hafiz hanya tersengih. Di dalam hatinya menyampah yang amat sangat terhadap Tengku Nora. Mata Hafiz tertancap pada Aishah Najyha yang sedang bersembang dengan Nina Latasya. "Wei, Nora. Sudah-sudahlah tu. Aku pun ada boyfriend jugak. Tapi taklah tergedik macam kau." kata-kata Nina Latasya pedas. Hafiz rasa tersindir. Dipandang wajah Aishah Najyha. Gadis itu langsung tidak memandang muka dia tetapi sebaliknya memandang ke tempat lain. "Alaa….Kau tu jealous sebab Sof tak ada kat sini. Tak boleh kau nak bermanja. Orang sebelah kau tu pun jealous jugak. Perasan ada orang suka kat dia." Tengku Nora menjeling. Dipegang pipi Hafiz. Hafiz menepis perlahan. Tidak suka dengan layanan Tengku Nora yang berlebihan. "Apahal pulak kau nak kaitkan dia? Kau memang nak cari gaduh dengan aku, ya?" Nina Latasya seorang yang panas baran. Dia cepat naik darah apabila orang memburuk-burukkan adik beradiknya terutama Aishah Najyha. Dia segera berdiri. Aishah Najyha menarik lengan Nina Latasya untuk bersabar. Dia tidak mahu pergaduhan berlaku. "Sudahlah tu, Nora. Apa yang kau tak puas hati lagi ni?" Hafiz meleraikan pelukan lengan Tengku Nora. "Dialah, Fiz. Dia suka kacau Nora." Rengek Tengku Nora. Hafiz semakin meluat dengan perangai kebudak-budakan itu. "Kalau kau tak mula dulu, takkan Nina nak kacau kau. Sekarang ni, siapa kacau siapa?" Hafiz menjarakkan diri daripada Tengku Nora. Rimas dia berada dengan perempuan itu lama-lama. Hafiz menuju ke arah Nina Latasya dan Aishah Najyha. Tengku Nora membuntuti Hafiz. "Kenapa Fiz nak sebelahkan dia? Fiz ada hati pada dia?" serang Tengku Nora bertubi-tubi. Hafiz tersenyum sinis dan menggeleng. Perempuan, fikirnya. Memang perasaan cemburu buta tetap ada. "Aku anggap dia macam kawan. Macam Sof. Sof suruh aku jaga dia. Dari dulu aku dan dia hanya kawan. Yang kau nak cemburu tak tentu pasal, apahal? Aku bukan kawan kau, jauh sekali kekasih kau." Hafiz mulai geram dengan perangai Tengku Nora yang tidak habis-habis hendak cemburu. "Ooo….Sekarang Fiz dah pandai nak marah Nora. Kalau Fiz tak ada perasaan pada Nina, takkan Fiz ada perasaan pada buntal ni?" Tengku Nora menunjal kepala Aishah Najyha dengan jari telunjuk. Hafiz terdiam seribu bahasa. Aishah Najyha hanya menundukkan muka. Darah Nina Latasya semakin mendidih. Pantang dia melihat Tengku Nora memperlakukan sebegitu kepada Aishah Najyha. Dia terus berdiri dan meluru ke arah Tengku Nora. Dia memegang kolar baju gadis itu. Hampir-hampir sahaja wajah Tengku Nora yang bertempek dengan bedak setebal 1 inci itu menjadi sasaran penumbuk sulung Nina Latasya. Nasib baik Hafiz sempat memeluk pinggang Nina Latasya dan membawanya jauh daripada Tengku Nora. Nina Latasya masih tidak berpuas hati. "Hoi, betina. Kau jangan sentuh adik aku. Kalau kau nak kena belasah dengan aku, kau cuba buat lagi. Kalau kau tak masuk ICU, ni bukan Nina Latasya lah." Jerit Nina Latasya lantang. Ditepuk-tepuk dadanya berulangkali. Hafiz meleraikan pelukan. Tengku Nora kecut perut juga apabila Nina Latasya mengangkat penumbuknya. Tengku Nora masih tidak puas hati. Disepak Aishah Najyha perlahan. Nina Latasya seperti singa dan berlari menuju ke arah Tengku Nora. Seperti hendak menerkam mangsa. Sempat juga Tengku Nora melarikan diri. Takut juga dia dengan Nina Latasya yang lari pantas seperti harimau kumbang itu. Kalau tidak kerana larian Nina Latasya yang pantas, dia tidak akan menjadi olahragawati dan mewakili sekolah di setiap pertandingan. Setiap kali bertanding, pasti juaralah miliknya. Pasti gelaran olahragawati yang disandang setiap tahun. Aishah Najyha tidak mahu langsung mengangkat wajah. Dia rasa terhina dengan sepakan Tengku Nora itu. Tidak pernah dia berasa harga dirinya serendah itu. Air mata masih tidak mahu keluar. Entah kenapa. Mungkin dengan penghinaan sebegitu dia tidak harus mudah kalah. Dia mesti tunjukkan kepada Tengku Nora. Dia bukanlah lemah seperti yang disangkakan oleh Tengku Nora. Hafiz menuju ke arah Aishah Najyha tetapi cepat-cepat Aishah Najyha bangun dan menjauhkan diri daripada Hafiz. Dia tidak mahu bercakap dengan Hafiz buat masa ini. Dia keliru. Kenapa Hafiz tidak mahu berkata sesuatu semasa Tengku Nora bertanya kepadanya? Adakah Hafiz mempunyai perasaan kepadanya? Tidak mungkin. Dia malas mahu berfikir panjang. "Kalau aku dapat betina tu, siaplah. Dia memang nak kena dengan aku. Jangan ingat dia anak kerabat diraja, aku takut." Luah Nina Latasya geram. Mereka yang menyaksikan kejadian yang berlaku dihadapan mata itu, tergamam dengan keadaan tersebut. Tidak mereka sangka bahawa Nina Latasya mempunyai sikap panas baran. Sesuailah Nina Latasya dengan Sofyan. Nina Latasya seorang yang panas baran tetapi Sofyan pula seorang yang pendiam. Kurang bercakap. "Dah tak ada apa-apa, kan?" tanya Nina Latasya kepada Hafiz. Pantas sahaja Hafiz menggeleng. Nina Latasya menarik lengan Aishah Najyha dengan kasar dan mereka sama-sama menuju ke pintu pagar sekolah untuk pulang ke rumah. "Aishah…" Hafiz ingin berkata sesuatu tetapi kata-katanya itu terasa seperti tersekat di kerongkong. Nina Latasya dan Aishah Najyha menunggu teksi di perhentian bas. Nina Latasya terjenguk-jenguk mencari teksi jika ada yang lalu bolehlah menahannya. Nina Latasya perlu mandi untuk menyejukkan hati yang panas. Aishah Najyha turut mencari bayangan teksi. Tetapi hampa, tiada. Tiba-tiba matanya tertancap pada sebuah kereta yang perlahan-lahan menyusur keluar dari kawasan sekolah dan menuju ke arah perhentian bas. Lama-kelamaan kereta tersebut berhenti dihadapan mereka berdua. Pemandu itu menurunkan cermin tingkap. Nina Latasya menjenguk ke dalam kereta tersebut. Dia berkata sesuatu. Kemudian Nina Latasya menggamit ke arahnya. Aishah Najyha berjalan ke arah Nina Latasya. "Hafiz nak hantar kita balik." Kata Nina Latasya. "Tak naklah, Kak Na. Kalau Kak Na balik dengan dia, Kak Na baliklah. Adik jalan kaki je." Aishah Najyha menolak pelawaan itu. Nina Latasya memandang muka Aishah Najyha. Dia kesiankan adiknya itu. Hafiz keluar dari kereta. "Naiklah, Aishah." Pujuk Hafiz. Aishah Najyha terpaksa juga menaiki kenderaan tersebut. Hafiz tersenyum. Kali ini, Aishah Najyha berkeras hendak duduk di belakang. Kalau tidak, dia akan tetap dengan keputusannya untuk berjalan kaki ke rumah. Nina Latasya mengalah. Kereta Hafiz meluncur pergi. Sepanjang perjalanan, Aishah Najyha hanya mendiamkan diri. Tidak berkata sepatah pun. Nina Latasya banyak berbual dengan Hafiz. Sekali sekala Hafiz melirik ke kerusi belakang melalui cermin pandang belakang. Aishah Najyha memandang ke luar. Tidak berminat untuk turut serta di dalam perbualan tersebut. Fikirannya melayang-layang. Entah bila kereta Hafiz berada betul-betul dihadapan rumah mereka. Nina Latasya pantas meninggalkan mereka berdua untuk berbual. Aishah Najyha masih berangan. Entah apa yang difikirkannya. Hafiz berdehem kuat. Aishah Najyha tersedar. Cepat-cepat dia membuka pintu kereta itu. Hafiz segera menahannya. Dia tidak jadi untuk keluar. "Saya nak minta maaf dengan kelakuan Tengku Nora hari ni." Kata Hafiz. "Buat apa awak nak minta maaf? Awak tak bersalah." "Tak patut Tengku Nora buat awak macam tu." "Biarlah dia. Saya sedar, siapa saya. Tak layak berkawan dengan awak. Awak pun tentu sedar. Awak kan orang paling popular kat sekolah. Manalah boleh berkawan dengan saya. Tengku Nora buat macam tu bersebab. Awak tak payah nak minta maaf. Saya pun tak salahkan dia." Aishah Najyha meluahkan apa yang berada di fikirannya. Hafiz terdiam. Tidak tahu hendak berkata apa-apa lagi. Aishah Najyha segera membuka pintu dan selepas mengucapkan terima kasih, dia hendak segera beredar dari situ. Tidak sanggup lagi berlama di dalam kereta itu. "Awak sudi berkawan dengan saya?" pertanyaan Hafiz membuatkan Aishah Najyha kaku dikerusi. "Awak dah fikir masak-masak? Saya tak mahu menjadi bahan hinaan Tengku Nora dan kawan-kawan awak." Pedas Aishah Najyha berkata. Hafiz tersenyum dan menggeleng. Dihulurkan tangannya ke arah Aishah Najyha. Lama Aishah Najyha berfikir. Kemudian tangan itu bersambut. "Senyumlah sikit untuk kawan baru awak ni." Kata-kata Hafiz disambut dengan senyuman Aishah Najyha yang paling manis sehingga menampakkan lesung pipitnya. Hafiz hampir-hampir terpukau dengan senyuman itu. Aishah Najyha turun dari kereta Hafiz dan berjalan ke arah pintu pagar. Dia sempat melambai ke arah Hafiz dan kereta tersbeut menderum pergi. Aishah Najyha masuk ke dalam rumah dengan senyuman melebar. Nina Latasya yang mengintai di sebalik jendela keluar dari tempat persembunyian dan menggawang-gawangkan jari telunjuknya dihadapan Aishah Najyha. Mereka sama-sama tergelak. Keesokkannya semasa Aishah Najyha berada di sekolah, Hafiz banyak kali terserempak dengannya dan dia ditegur dihadapan kawan-kawan Hafiz. Nampaknya Hafiz tidak segan untuk berkawan dengan dia. Hampir 3 bulan mereka berkawan. Kadangkala Hafiz mengajak Aishah Najyha keluar makan di luar kawasan sekolah tetapi dia perlu mendapatkan keizinan daripada Nina Latasya dahulu. Kakaknya itu pula sangat sporting. Hafiz selesa berkawan dengan Aishah Najyha yang selalu ada sahaja isu yang hendak dibincangkan apabila mereka berdua.
NURDINNI menyinggung Shila. Shila segera berjalan ke arah Hafiz. Dipeluk lengan Hafiz. Hafiz terkejut dengan perbuatan Shila itu. Tidak pernah Shila hendak bermanja dengannya. Selalu hendak bercakap kasar sahaja. Entah apa kena dengannya hari ini. Aishah Najyha yang baru sahaja hendak pulang dari sekolah terkejut dengan perbuatan Shila. Shila memegang pipi Hafiz dan mengusap rambut lelaki itu. Mereka bercakap-cakap sambil tergelak. Mesranya! Adakah mereka mempunyai perasaan diantara satu sama lain? Kenapa mesti aku cemburu? Hafiz hanya ingin menjadi sahabat aku. Tidak lebih dari itu. Selepas mereka bercakap-cakap, Hafiz beredar dari situ. Aishah Najyha berjalan pantas ke arah kereta Hafiz. Tetapi kereta Hafiz menderum pergi. Bukankah Hafiz menunggunya? Kenapa…? Shila dan Nurdinni berjalan ke arah Aishah Najyha. "Kau sendiri dah tengokkan. Betapa mesranya Hafiz layan aku. Kau ni sebenarnya tak ada langsung dalam hati dia. Tapi dia terpaksa layan kau sebab kau tak ada kawan lelaki." Kata-kata Shila bagaikan menghiris ulu hati. Aishah Najyha menyabarkan hati. "Hafiz ikhlas berkawan dengan aku." Aishah Najyha membela Hafiz. Dia memandang Shila. "Hafiz cakap dengan aku. Hafiz berkawan dengan kau sebab dia bertaruh dengan kawan dia. Kawan Hafiz kata kalau Hafiz dapat buat kau jatuh cinta dengan Hafiz, Hafiz akan menang pertaruhan itu. Nampaknya, Hafiz dah menang. Aku kena ucapkan tahniah pada dia." Shila masih mahu menyakiti hati Aishah Najyha yang sudah sedia terluka. Shila dan Nurdinni berkira-kira hendak meninggalkan Aishah Najyha. "Lagipun, mana ada lelaki yang sudi nak berkawan dengan orang yang gemuk macam kau ni. Hanya orang gila saja yang boleh jatuh cinta pada kau. Kau cermin-cerminlah diri tu sikit. Sedar diri." Shila menyambung kata-kata lagi. Air mata Aishah Najyha bertakung di tubir mata. Shila dan Nurdinni ketawa besar kerana dapat membuatkan Aishah Najyha menangis. "Jom, Dinni. Hafiz ajak aku keluar hari ni. So, aku nak balik tukar baju." Lantang suara Shila berkata-kata. Air mata Aishah Najyha merembes keluar. Sampai hati Hafiz memperlakukan dirinya sebegini. Apa salah dia? Aishah Najyha terus menuju ke luar kawasan sekolah dan menahan sebuah teksi. Dia menaiki teksi tersebut dan teksi itu meluncur laju menuju ke arah kawasan taman perumahannya. Air mata seperti tidak mahu berhenti. Dia rasa terhina. Amat terhina. Semasa makan malam, Aishah Najyha ditegur oleh Khairul Azman kerana mata bengkak. Aishah Najyha hanya menggeleng dan mengatakan matanya termasuk habuk. Nasib baik Syed Mahfuz tiada di rumah untuk makan malam bersama. Kalau dia nampak Aishah Najyha berkeadaan begitu, pastinya dia akan disoal siasat sehingga Aishah Najyha memberitahu keadaan sebenar. Nina Latasya tidak percaya akan alasan Aishah Najyha itu. Baru sahaja Rozita menelefonnya dan mengatakan Aishah Najyha dihina oleh Shila dan Nurdinni. Rozita pulang lewat hari itu kerana hendak menyiapkan kerja tetapi semasa dia berjalan menuju ke arah pintu pagar sekolah, dia terdengar kata-kata Shila yang agak kuat itu. Sekolah itu bergema dengan suara Shila. Darah Nina Latasya mula mendidih. Selepas makan malam, Aishah Najyha terus menuju ke bilik tidur. Dia tidak mahu memikirkan masalah yang melanda. PINTU bilik Aishah Najyha diketuk. Dia bangun perlahan-lahan dan menuju ke pintu bilik. Dibuka selak yang merantai pintu bilik tersebut. Terjengul wajah Syed Mahfuz. "Bangun. Solat Subuh." Kata Syed Mahfuz. Aishah Najyha mengangguk perlahan. Dia menggosok mata. Masih ada sisa mengantuk. Semalam dia tidur lewat. Dia menutup semula pintu dan mencapai tuala yang disangkut di atas penyidai baju sebelah pintu bilik air.
TINGGALKAN ULASAN DAN KOMEN, PADA SETIAP KARYA YANG ANDA BACA Penulis memerlukan ulasan dan komen, bagi memperbaiki penulisan dan memperbetulkan kesilapan. Komen dan ulasan anda akan memberi satu semangat kepada penulis, untuk terus menulis karya dan seterusnya menghasilkan karya yang menarik. Kerjasama & sokongan daripada pembaca amat kami hargai. Sebab itulah kami menyediakan HADIAH, sebagai penghargaan kepada penulis dan juga kepada pembaca yang aktif memberi komen & ulasan
"Dia
hidup bukan kerana cinta. Dia hidup kerana
kehadiran Prince Charming yang menyelamatkannya.
Semuanya gara-gara dia mengoyak Carta Prince
Charming—carta misteri yang tiada sesiapa tahu
dari mana datangnya. Yang pasti, memang dia
langsung tidak percaya dengan sumpahan yang
dikatakan berkaitan dengan Carta Prince
Charming.
"Sumpahan puteri? Kau ingat ini cerita dongeng
ke? Puteri apa yang nak sumpah aku ni? Puteri
bunian? Puteri lindungan bulan?”
Desakan daripada Sofea membawanya ke Kelab Bola
Sepak. Di situlah Prince Charming berkumpul.
Tetapi hanya seorang sahaja Prince Charming yang
dicari-carinya. Namun, untuk mencari Prince
Charming bukanlah mudah, namun dia yakin, antara
mereka, pasti salah seorang adalah penyelamatnya.
Orang tu pun satu! Dah selamatkan nyawa orang,
tak reti-reti ke nak munculkan diri? Bukan ke
lagi senang kalau datang berdiri depan aku dan
cakap, Sayalah yang selamatkan awak daripada
kena langgar semalam. Finish! Tak adalah nak
panjangkan cerita sampai beratus muka surat
semata-mata nak cari Prince Charming!
Tajuk:
Prince Charming
Penulis: Ratu Bulan
Terbitan: Fajar Pakeer
Harga:
RM19.90
Ulasan:
NOVEL
HANGAT DIPASARAN
Pertemuan
pertama memberi impak yang berbeza kepada dua insan. Maria
malu mengenang, sedang Hisyam mahu mendekat. Maria semakin
resah apabila Hisyam terus-terusan mendesak. Dalam benci
ada rindu. Bijak Hisyam memujuk, mereka akhirnya disatukan.
Salina hadir menjadi duri dalam daging. Bagi Hisyam, gadis
itu ialah sahabatnya yang terbaik. Insan paling dipercayai.
Namun, dalam diam, Salina meracuni hubungan mereka. Salina
ada agenda yang tersendiri.
Semakin hari, semakin nipis rasa percaya Maria terhadap
Hisyam. Namun, dia tidak mungkin menghindar rasa kasih
yang sudah menebal. Demi menunaikan permintaan Maria,
Hisyam tega melamar Salina walau ada luka di hati.
Sanggupkah Hisyam menduakan Maria yang pernah dicintai
sepenuh hati? Dan, Maria, mampukah membiarkan suami
tersayang jatuh ke tangan Salina? Atau, Mariakah orang
ketiga yang tidak lagi diperlukan kehadirannya oleh Hisyam?
Penulisan2u
sedang
berkerjasama dengan Penerbit Novel bagi memberi peluang kepada penulis-penulis berbakat dan karya yang menarik.
Antara novel yang sudah di terbitkan
2 Pengulas paling AKTIF dengan memberi komen yang ikhlas dan
membina, pada setiap karya cerpen / novel di penulisan2u akan
menerima hadiah sebuah NOVEL.
•
Creative Enterprise Sdn. Bhd., sedang mencari manuskrip kanak-kanak atau remaja. Ini kerana pihak kami ingin memperluaskan dan memperbanyakkan bahan bacaan untuk kanak-kanak dan remaja. Di samping itu kami juga ingin memupuk minat membaca dalam kalangan kanak-kanak dan remaja.
( klik disini
)
•Karyaseni Enterprise ingin memaklumankan
kepada anda yang berminat untuk menghantar manuskrip
anda kepada KS untuk penilaian, sila email kan
sinopsis dan tiga bab awal ke alamat email berikut:
Manuskrip@karyaseni.my
•KarnaDya Solutions Sdn
Bhd. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
hantarkan karya anda. Sebelum anda menghantarkan
manuskrip anda, sila hantarkan butiran berikut terlebih
dahulu melalui emel/pos. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•NB Kara Sdn Bhd dengan berbesar hati
menjemput mana-mana penulis yang merasakan diri mereka
layak menjadi penulis yang versatil, menghantar
manuskrip mereka kepada NB Kara Sdn Bhd. Tulisan anda
terlebih dahulu akan dinilai oleh penulis prolifik
Norhayati Berahim dan juga beberapa panel editor sebelum
diluluskan untuk terbitan.
(
klik disini )
•Jemari Seni Publishing. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
Untuk tujuan pengiriman manuskrip, JEMARI SENI telah
menggariskan panduan kepada penulis-penulisnya. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•
Alaf 21 Sdn Bhd. Tahun 2008 bakal menjanjikan sinar
kecemerlangan seandainya karya anda terpilih untuk
diterbitkan oleh Alaf 21, penerbit novel tersohor di
Malaysia.
Jika
anda mempunyai salah satu manuskrip tersebut, kami ingin
menatap dan menilainya. Sekiranya sesuai, pihak kami
ingin menerbitkannya di bawah jenama ALAF21.
( klik disini)
•
tip kehidupan, zodiak, horoskop, petua, tip, puisi,
pantun, sajak, dan pelbagai artikel menarik layari di
http://istimewa2u.blogspot.com
•
Blog Berkaitan agama, topik-topik tazkirah, audio, video
ceramah, mendengar 114 surah Al-quran secara online,
radio-radio dakwah, layari di
http://dakwah2u.blogspot.com
•
Blog Media, Tv streaming online, radio streaming online,
surat khabar, rakaman drama, radio era, hot.fm, tv1,
tv2,tv3 dan lain-lain. layari di
http://mymedia2u.blogspot.com
•
Blog Koleksi cerita lawak, lucu, kelakar dan video lawak,
lucu dan kelakar. layari di laman
http://kelakar2u.blogspot.com
•
Laman web
syarikat penerbit novel Creative
Enterprise Sdn Bhd (CESB). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.cesb.net.my
•
Laman web
syarikat penerbit
Kaki Novel
Enterprise. Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.kakinovel.com
•
Laman web
syarikat penerbit NB kara Sdn Bhd.
Dimiliki oleh penulis terkenal Norhayati Berahim, Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.nbkara.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit Buku Prima Sdn Bhd.
Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.bukuprima.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit novel
jemari Seni Publishing (JS Publishing). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.jemariseni.com
•
Laman web syarikat penerbit novel Alaf21 Sdn Bhd
(alaf21). Untuk melihat novel-novel terbaru dari Alaf21
layari di
http://www.alaf21.com.my
•
Laman web syarikat penerbit novel Fajar Pakeer Sdn Bhd). Untuk melihat novel-novel terbaru layari di
laman
http://www.fajarnovels.com.my
Kata Kunci
koleksi novel, koleksi novel
cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik,
novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen
cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru,
teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen
melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram,
cerita, cerita cinta, cerita pendek, cerita melayu, cerita online
Malaysia Group
Blog
Koleksi
Cerpen & Novel proudly powered by Blogger. Best display view 1024x768.
Google Inc
Koleksi Cerpen
& Novel dari Malaysia, Indonesia, Singapore & Brunei
knpe x smbung..
plizzz smbg