Kehidupan
adalah anugerah utama Illahi. Anugerah kehidupan memberi gambaran
kebesaranNya buat kita manusia, yang wajib kita syukuri dan hargai.
Internet adalah kemudahan buat umat manusia. Justeru itu,
manafaatkan ia untuk kesejahteraan diri kita dan umat sejagat.
Sentiasalah kita beringat, apa yang kita lakukan, akan dipertanggung
jawabkan pada kemudian hari.
Gunakan sebaik-baiknya kurnia Allah swt kepada kita. Halalkan
kegunaan akal, hati dan lidah pada perkara yang bakal membawa
kecemerlangan diri kita dunia dan akhirat. Kita hidup hanya sekali.
Sekali 'pergi' tak kan kembali. Buat baik berpada-pada, dan buat
jahat JANGAN sekali-kali. Kewujudan website penulisan2u dengan blog
sebagai wadah untuk meningkatkan nilai diri. Bermatlamatkan
penyatuan ummah dengan ciri-ciri kemurnian budi dan budaya. Walaupun,
dunia terus maju dengan teknologi, kita akan terus kekal dengan
akhlak dan jati diri insani.
"Akak, sampai hati akak buat macam ni pada Nina. Apa salah Nina?", rayu Nina pada Jamilah.
"Huh! Boleh lagi kau tanya apa salah kau pada aku? Laki aku kau dah rampas. Dasar perempuan tak ada maruah", tengking Jamilah. Puas hatinya kerana dapat mengganyang madunya itu sepuas hati. Jamilah akui Taufiq memang selalu adil. Malah tidak pernah melupakan giliran antara mereka. Apa sahaja yang Nina dapat pasti dia juga akan mendapat benda yang sama. Yang membezakannya hanyalah pada warna. Taufiq akan meminta mereka untuk memilih warna kegemaran mereka. Pendek katanya Taufiq jarang tidak berlaku adil. Tapi apa yang menjadi kesumat disanubarinya adalah rasa cinta dan sayang Taufiq pada Nina adalah melebihi dirinya. Walaupun Taufiq tidak pernah bersuara namun Jamilah tahu. Semuanya terserlah dalam renungan matanya. Tambahan pula sejarah perkahwinan mereka bukan atas dasar cinta tetapi aturan keluarga.
Lapan tahun dahulu, Jamilah mendirikan perkahwinannya bersama Taufiq atas desakan keluarga. Sungguh pun tiada rasa cinta antara mereka namun layanan baik suaminya telah menyebabkan rasa cinta berputik dihatinya. Namun, panas yang disangka hingga ke petang rupanya hujan di tengah hari. Pelangi bahagia keluarga mereka musnah tatkala enam bulan yang lalu Taufiq meminta izinnya untuk bernikah satu lagi. Hancur benar rasa hatinya tika itu. Namun dek kerana takut akan kehilangan Taufiq akhirnya Jamilah menandatangani borang kebenaran tersebut.
Sungguh. Terguris benar hatinya tatkala Taufiq mencium dahinya lama setelah dirinya selesai menandatangani borang kebenaran tersebut. Ucapan terima kasih tidak putus-putus diucapkannya. "Abang janji takkan siakan Milah. Insyaallah abang akan cuba berlaku adil", terngiang-ngiang kata-kata itu ditelinga Jamilah. Semakin kerap semakin sakit hatinya. Abang tipu. Abang kata abang akan berlaku adil tapi kenapa abang sayang perempuan ni lebih?! Jerit Jamilah di dalam hati. Matanya mencerlun tajam ke muka Nina yang masih teresak-esak dibelasahnya tadi. Puas hatinya melihatkan Nina begitu. Aku akan pastikan kau akan diceraikan. Azam Jamilah di dalam hati.
***
Fakrul menyanyi-nyanyi kecil sambil tangannya lincah membasuh keretanya. Ezani tersenyum melihat gelagat suaminya itu. Kepalanya digeleng-geleng.
"Apa yang tersenyum sorang-sorang tu sayang? Dah tu tergeleng-geleng", tegur Fakrul. Lucu pula melihat gelagat isterinya itu.
"Abang tulah. Dahlah tak pakai baju. Pakai seluar pendek je. Rambut tu pun serabai je. Sebijik je macam 'apek longsi' jual botol tepi jalan", kata-kata Ezani itu diikuti oleh ketawa halus.
"Owh.. kata abang macam 'apek' jual botol ye. Nah ni..!", jerit Fakrul sambil membaling sponge yang sedang dipengangnya ke muka Ezani. Papp!! Tepat sekali balingannya. Bulls eye! Yes.. hehe..
"Abang..!!", jerit Ezani marah. Habis basah mukanya dengan air sabun. Ada sedikit air sabun yang masuk ke mulutnya. Yeark!! Ezani yang tidak puas hati lantas mengejar Fakrul.
"Mana abang nak lari ha?"
"Hekeleh.. boleh ke sayang nak kejar abang?", mereka berkejaran mengelilingi kereta Toyota Herrier Fakrul. Mulut mereka bising terjerit-jerit. Mak Cik Limah pula hanya tersengih melihat gelagat anak dan menantunya itu. Bahagia rasa hatinya.
"Hati-hati Zani. Basah tu. Nanti jatuh pulak", tegur Mak Cik Limah sebelum masuk ke dalam rumah. Tidak mahu menggangu anak-anaknya itu bergurau senda. Dalam lucu timbul juga rasa bimbang dihatinya tatkala melihat Ezani yang berlari-lari di lantai yang licin.
"Ye tahu mak.. Za.. aaaaahhh!!", belum sempat Ezani menghabiskan kata-katanya kaki Ezani tersadung baldi yang penuh dengan air sabun yang digunakan oleh Fakrul tadi. Habis tumpah air sabun di dalam baldi tersebut. Selipar yang dipakainya telah pun haus memburukkan keadaan. Tak semena-mena Ezani jatuh tersembam. Fakrul kaget melihat Ezani jatuh.
"Ya Allah", jerit Fakrul. Lantas dia mendekati Ezani yang telah merekot kesakitan.
"Sayang, are you okey?", tanya Fakrul risau. Hatinya tika itu hanya Allah yang tahu. Kepala Ezani yang mula membengkak diusapnya perlahan. Ezani yang merekot mengerang kesakitan dipandangnya penuh risau. Kenapa teruk sangat ni? Ezani yang sedang menangis cuba ditenangkan? Kenapa Ezani menangis? Jatuh begini masakan begitu teruk sakitnya.
Namun sekali lagi Fakrul terjerit bila melihatkan ada tompokkan darah pada kain yang dipakai oleh Ezani. "Mak.. Mak.. tolong Ayul mak!!", jerit Fakrul memanggil ibunya. Terkocoh-kocoh Mak Cik Limah berlari mendapatkan anaknya. Cemas benar bunyinya.
"Ya Allah, Zani..", hanya itu yang mampu keluar dari mulutnya. Mak Cik Limah beristighfar panjang melihat keadaan Ezani itu.
"Ayul cepat bawa Zani ke hospital. Cepat sebelum tak dapat diselamatkan?", gesa Mak Cik Limah. Tak dapat diselamatkan? Apa maksud ibunya itu? Ah!! Itu semua tak penting. Yang penting Ezani harus selamat. Lantas Ezani didukung masuk ke kereta. Lupa dirinya tidak berbaju dan hanya berseluar pendek. Terus keretanya dipecut ke klinik hospital berdekatan. Mulanya Fakrul ingin membawa Ezani ke klinik Amar namun dibantah oleh ibunya. Oleh itu Fakrul terus membawa Ezani ke Hospital Pantai Puteri.
Fakrul mundar-mandir di hadapan bilik rawatan. His!! kenapa lama sangat ni? Masakan balut kepala pun lama. Hati Fakrul tidak sabar. Namun, terasa aneh bila melihat orang-orang disekelilingnya tersenyum-senyum kepadanya. Hendak membalas senyuman tersebut dirasakan kebas pipinya. Risau mengenangkan keadaan Ezani yang masih belum diketahui mengatasi segalanya. Namun rasa ingin tahunya tetap ada. Dikerling pula pada ibunya. Dalam riak kerisauan ibunya, ibunya turut melemparkan senyum padanya. Malah wajah ibunya turut memaparkan wajah seperti tidak tahan mahu ketawa. Apa kenalah dengan mak aku ni? Yang dia orang ni pun kenapa tak sampai-sampai lagi ni?!
Sebaik sahaja Ezani dimasukkan ke bilik rawatan, Fakrul terus menghubungi Amar dan Haikal supaya dapat hadir bersama. Dia mahu berkongsi kerisuannya bersama sahabat baiknya. Dia takut tidak dapat menghadapinya seorang diri andai sesuatu yang buruk berlaku? Sesuatu yang buruk? Ah.. apa yang aku melalut ni..
Tiba-tiba terdengar satu ketawa dari arah belakangnya. Pantas Fakrul berpaling. Rupa-rupanya Amar dan Haikal yang ketawa. Berubah muka Fakrul tatkala mendengar ketawa dari kawan-kawannya itu. Kurang ajar betullah kawan-kawan aku ni. Ada ke patut bini aku masuk hospital diorang boleh ketawa.
"Kau orang ni happy semacam kenapa?", marah benar bunyinya.
"Tak adalah. Kita orang nampak tadi ada 'apek longsi' jual botol tak pakai baju kat luar tadi", balas Hakim sambil ketawa. Amar juga masih tersenyum-senyum.
Apek longsi' jual botol? Macam pernah dengar ayat tu? "Dah tu apa kaitannya dengan kau orang ketawa-ketawa kat sini? Aku dah la risau. Boleh korang ketawa bersuka ria", balas Fakrul.
"Ok..Ok.. kita orang dah tak gelak. Erm.. Ayul, ko tak rasa sejuk ke?", tanya Haikal penuh makna.
"Hmm.. aku sejuk la jugak. Rasa berangin je. Nak kata ada kipas tak pulak", kata Fakrul sambil memeluk tubuh. Erk? Kenapa lain benar rasa material baju aku ni? Tak macam kain cotton pun. Nak kata nylon pun bukan. Fakrul terus-terus meraba dadanya. Aik? Ada dua? Ni butang apa pulak ni? Lantas dilihat badannya. Ya Allah!! Aku tak pakai baju rupanya. Patutlah semua orang asyik senyum-senyum kat aku. Mak pun sama. Sampai hati tak bagi tahu aku. Serentak dengan itu muka Fakrul bertukar merah. Mereka yang berada di situ lantas ketawa.
Melihatkan wajah Fakrul yang merah ibarat udang yang dibakar, Hakim membuka sweater yang dipakainya dan diberikan pada Fakrul. "Ayul, pakailah… Malulah nurse tu tengok ko punya tenet!!", spontan menutup dadanya untuk melindungi dua butang tadi. hehe.. Hakim masih lagi ingin mengusik. Mendengarkan ketawa Hakim yang agak kuat, Amar menepuk bahu Hakim.
"Hakim..", Fakrul menjeling penuh amaran.
"Hehe.. sorry Am. Sorry. Ayul jangan marah eh", serentak dengan itu pintu bilik rawatan terbuka. Dr. Asyikin menjerit memanggil nama Fakrul.
***
Tersiat senyuman di bibir Fakrul tatkala mendengar berita daripada Dr. Asyikin. Beribu-ribu kesyukuran dipanjatkan ke hadrat Illahi. Alhamdulillah.. Serasa ingin menjerit ke seluruh pelusuk dunia ketika ini. Kata-kata yang baru keluar dari bibir Dr. Asyikin itu merupakan kata-kata yang paling indah yang pernah didengarinya di dalam hidup ini selain daripada kata sah sewaktu akad nikahnya bersama Ezani dahulu. Tersenyum Dr. Asyikin melihat gelagat Fakrul itu. Perkara itu sudah biasa dilihatnya. Namun masih ada riak kerisauan diwajahnya tapi jika itu adalah amanahnya, terpaksalah dipatuhinya.
"Sayang, thanks a lot. Love you so much", kata Fakrul sambil mencium perlahan ubun kepala isterinya. Senyum dibibirnya masih tidak lekang. Namun tiba-tiba roman wajahnya berubah serius. Dia teringatkan sesuatu.
"Erm.. sayang dah memang tau dulu ke sebelum ni?", tanya Fakrul serius. Tajam matanya merenung wajah isterinya.
Mati senyuman Ezani yang berkuntum di bibirnya sedari tadi. Ada riak cuak diwajahnya. Alamak!! Apa aku nak jawab ni? Ayul nak marah ke kalau aku jawab memang dah tau. Cuma tak sempat nak bagi tau dia je. Ezani ragu-ragu untuk memberikan jawapan. Dan seperti biasa, Fakrul tidak akan mengalah selagi dirinya belum mendapat jawapan yang memuaskan hatinya. Wajah Ezani yang tiba-tiba berubah riak itu menambahkan rasa curiga hatinya.
"Err.. tak adalah. Zani baru aje tau tadi", alamak!! Ezani menggigit bibirnya. Macam mana boleh tersalah cakap pulak ni. Sepatutnya aku guna Hanna bukan Zani. Mesti Fakrul dapat tangkap aku tipu kalau macam ni.
"Hah!! Kan abang dah cakap. Baik sayang bagi tau abang, kenapa sayang sorokkan berita gembira ni dari abang? Tak payah nak fikir-fikir ayat nak tipu abang lagi. Sayang takkan berjaya. Setiap kali sayang tak jujur dengan abang, mesti sayang akan tersasul sebut Zani kan? Kenapa sayang tak mau bagi tau abang? Sampai hati sayang simpan berita gembira ni sorang-sorang. Tak share pun dengan abang. Abang ni siapa pada sayang sampai sayang tak mau share perkara penting macam ni dengan abang? Tengok apa dah jadi sekarang? Siapa yang susah", panjang berjela bebelan Fakrul pada isterinya. Kalau boleh Fakrul mahu isterinya tahu akan ketidakpuasan hatinya tika itu.
Hehe.. ready.. Bebelannya dah bermula. Desis Ezani dalam hati. Sepatah Ezani tidak bersuara. Hanya mendengar bebelan suaminya itu. Matanya pula bulat merenung ke arah Fakrul.
Bebelan Fakrul tiba-tiba berhenti. Terasa seperti ada sepasang mata yang galak merenung ke wajahnya. "Kenapa pandang abang macam tu? Abang tengah marah la ni sayang!", tegur Fakrul. Tidak puas hati bila marahnya hanya dibalas dengan renungan mata dan senyuman dibibir. Aik? Ingat aku tak serius ke? Kata Fakrul di dalam hati.
"Abang marah ke?", tanya Ezani perlahan. Sengaja dia ingin meminta simpati suaminya itu. "Sampai hati abang nak marah Hanna sekarang ni. Abang tak happy dengan berita ni eh?", suara sedih sengaja dibuat-buat.
Erk.. Fakrul gelabah mendengar kata-kata Ezani itu. Alamak! Dia kecik hati ke? "Eh bukan macam tu sayang. Abang just risau je. Mana mungkin abang tak happy dengan berita ni. Abang..", panjang lebar penjelasan Fakrul pada reaksinya tadi. Ezani pula sengaja menarik muka 14. Hehe.. pujuk la aku sampai esok pagi. Best gak dah lama tak kenakan Ayul ni.. Hati Ezani berdesis nakal. Tapi apa yang penting, telinga aku selamat dari bebelan malam ni. Hehe..
Sepanjang malam, bilik hospital yang dihuni oleh Ezani itu dipenuhi oleh adegan pujuk-memujuk antara Fakrul dan Ezani. Usik gurauan juga tidak ketinggalan. Alangkah indahnya detik itu dirasakan oleh pasangan yang masyuk bercinta itu.
***
"Good morning", tegur Dr. Asyikin kepada Fakrul. "And how are you feeling now Pn Ezani?", tanya Dr. Asyikin kepada Ezani pula. Fakrul hanya menggangguk kepala kepada Dr. Asyikin sebagai tanda membalas ucapannya tadi.
Ezani tersenyum ke arah Dr. Asyikin. "Better doc. Badan dah rasa segar sikit rasanya", balas Ezani lembut.
"Erm… Encik Fakrul, boleh you tunggu diluar sebentar? Sekejap je. I nak check wife you. Nanti you boleh masuk balik", katanya kepada Fakrul. Fakrul memandang kehairanan. Kenapa aku tak boleh tunggu? Aku kan suami Hanna?
Melihatkan Fakrul yang seakan keberatan untuk beredar, akhirnya Ezani pula bersuara. "Abang, boleh tolong belikan twiggies coklat and milo kotak tak? Hanna teringin nak minum la". Fakrul kelihatan keberatan namun dianggukkan juga kepalanya. Tak sanggup rasanya nak menghampakan isterinya itu. Tambahan pula dalam keadaan berbadan dua.
***
"So, are you sure about this Hanna?", tanya Dr. Asyikin.
"Yup. Very sure", balas Ezani tegas. "And I harap you pegang janji you pada I Iekin. Please rahsiakan perkara ni walau apa pun yang terjadi. Ini rahsia kita dunia akhirat", tambah Ezani lagi. Dr. Asyikin hanya mampu mengangguk walau keberatan.
Terkaku Fakrul di hadapan pintu bilik isterinya. Rahsia? Janji? Dunia akhirat? Apa yang mereka bincangkan? Fakrul bingung
rahsia apa pulk ni??? konpius aden....harap rahsia ni menggembirakan but i'm sure this muz be penyakit lain yg ezani hidap right?? hopefully tak larh...huhuhuhuhu (^^,)-somebody-
Catat Ulasan
TINGGALKAN ULASAN DAN KOMEN, PADA SETIAP KARYA YANG ANDA BACA Penulis memerlukan ulasan dan komen, bagi memperbaiki penulisan dan memperbetulkan kesilapan. Komen dan ulasan anda akan memberi satu semangat kepada penulis, untuk terus menulis karya dan seterusnya menghasilkan karya yang menarik. Kerjasama & sokongan daripada pembaca amat kami hargai. Sebab itulah kami menyediakan HADIAH, sebagai penghargaan kepada penulis dan juga kepada pembaca yang aktif memberi komen & ulasan
"Dia
hidup bukan kerana cinta. Dia hidup kerana
kehadiran Prince Charming yang menyelamatkannya.
Semuanya gara-gara dia mengoyak Carta Prince
Charming—carta misteri yang tiada sesiapa tahu
dari mana datangnya. Yang pasti, memang dia
langsung tidak percaya dengan sumpahan yang
dikatakan berkaitan dengan Carta Prince
Charming.
"Sumpahan puteri? Kau ingat ini cerita dongeng
ke? Puteri apa yang nak sumpah aku ni? Puteri
bunian? Puteri lindungan bulan?”
Desakan daripada Sofea membawanya ke Kelab Bola
Sepak. Di situlah Prince Charming berkumpul.
Tetapi hanya seorang sahaja Prince Charming yang
dicari-carinya. Namun, untuk mencari Prince
Charming bukanlah mudah, namun dia yakin, antara
mereka, pasti salah seorang adalah penyelamatnya.
Orang tu pun satu! Dah selamatkan nyawa orang,
tak reti-reti ke nak munculkan diri? Bukan ke
lagi senang kalau datang berdiri depan aku dan
cakap, Sayalah yang selamatkan awak daripada
kena langgar semalam. Finish! Tak adalah nak
panjangkan cerita sampai beratus muka surat
semata-mata nak cari Prince Charming!
Tajuk:
Prince Charming
Penulis: Ratu Bulan
Terbitan: Fajar Pakeer
Harga:
RM19.90
Ulasan:
NOVEL
HANGAT DIPASARAN
Pertemuan
pertama memberi impak yang berbeza kepada dua insan. Maria
malu mengenang, sedang Hisyam mahu mendekat. Maria semakin
resah apabila Hisyam terus-terusan mendesak. Dalam benci
ada rindu. Bijak Hisyam memujuk, mereka akhirnya disatukan.
Salina hadir menjadi duri dalam daging. Bagi Hisyam, gadis
itu ialah sahabatnya yang terbaik. Insan paling dipercayai.
Namun, dalam diam, Salina meracuni hubungan mereka. Salina
ada agenda yang tersendiri.
Semakin hari, semakin nipis rasa percaya Maria terhadap
Hisyam. Namun, dia tidak mungkin menghindar rasa kasih
yang sudah menebal. Demi menunaikan permintaan Maria,
Hisyam tega melamar Salina walau ada luka di hati.
Sanggupkah Hisyam menduakan Maria yang pernah dicintai
sepenuh hati? Dan, Maria, mampukah membiarkan suami
tersayang jatuh ke tangan Salina? Atau, Mariakah orang
ketiga yang tidak lagi diperlukan kehadirannya oleh Hisyam?
Penulisan2u
sedang
berkerjasama dengan Penerbit Novel bagi memberi peluang kepada penulis-penulis berbakat dan karya yang menarik.
Antara novel yang sudah di terbitkan
2 Pengulas paling AKTIF dengan memberi komen yang ikhlas dan
membina, pada setiap karya cerpen / novel di penulisan2u akan
menerima hadiah sebuah NOVEL.
•
Creative Enterprise Sdn. Bhd., sedang mencari manuskrip kanak-kanak atau remaja. Ini kerana pihak kami ingin memperluaskan dan memperbanyakkan bahan bacaan untuk kanak-kanak dan remaja. Di samping itu kami juga ingin memupuk minat membaca dalam kalangan kanak-kanak dan remaja.
( klik disini
)
•Karyaseni Enterprise ingin memaklumankan
kepada anda yang berminat untuk menghantar manuskrip
anda kepada KS untuk penilaian, sila email kan
sinopsis dan tiga bab awal ke alamat email berikut:
Manuskrip@karyaseni.my
•KarnaDya Solutions Sdn
Bhd. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
hantarkan karya anda. Sebelum anda menghantarkan
manuskrip anda, sila hantarkan butiran berikut terlebih
dahulu melalui emel/pos. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•NB Kara Sdn Bhd dengan berbesar hati
menjemput mana-mana penulis yang merasakan diri mereka
layak menjadi penulis yang versatil, menghantar
manuskrip mereka kepada NB Kara Sdn Bhd. Tulisan anda
terlebih dahulu akan dinilai oleh penulis prolifik
Norhayati Berahim dan juga beberapa panel editor sebelum
diluluskan untuk terbitan.
(
klik disini )
•Jemari Seni Publishing. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
Untuk tujuan pengiriman manuskrip, JEMARI SENI telah
menggariskan panduan kepada penulis-penulisnya. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•
Alaf 21 Sdn Bhd. Tahun 2008 bakal menjanjikan sinar
kecemerlangan seandainya karya anda terpilih untuk
diterbitkan oleh Alaf 21, penerbit novel tersohor di
Malaysia.
Jika
anda mempunyai salah satu manuskrip tersebut, kami ingin
menatap dan menilainya. Sekiranya sesuai, pihak kami
ingin menerbitkannya di bawah jenama ALAF21.
( klik disini)
•
tip kehidupan, zodiak, horoskop, petua, tip, puisi,
pantun, sajak, dan pelbagai artikel menarik layari di
http://istimewa2u.blogspot.com
•
Blog Berkaitan agama, topik-topik tazkirah, audio, video
ceramah, mendengar 114 surah Al-quran secara online,
radio-radio dakwah, layari di
http://dakwah2u.blogspot.com
•
Blog Media, Tv streaming online, radio streaming online,
surat khabar, rakaman drama, radio era, hot.fm, tv1,
tv2,tv3 dan lain-lain. layari di
http://mymedia2u.blogspot.com
•
Blog Koleksi cerita lawak, lucu, kelakar dan video lawak,
lucu dan kelakar. layari di laman
http://kelakar2u.blogspot.com
•
Laman web
syarikat penerbit novel Creative
Enterprise Sdn Bhd (CESB). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.cesb.net.my
•
Laman web
syarikat penerbit
Kaki Novel
Enterprise. Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.kakinovel.com
•
Laman web
syarikat penerbit NB kara Sdn Bhd.
Dimiliki oleh penulis terkenal Norhayati Berahim, Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.nbkara.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit Buku Prima Sdn Bhd.
Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.bukuprima.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit novel
jemari Seni Publishing (JS Publishing). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.jemariseni.com
•
Laman web syarikat penerbit novel Alaf21 Sdn Bhd
(alaf21). Untuk melihat novel-novel terbaru dari Alaf21
layari di
http://www.alaf21.com.my
•
Laman web syarikat penerbit novel Fajar Pakeer Sdn Bhd). Untuk melihat novel-novel terbaru layari di
laman
http://www.fajarnovels.com.my
Kata Kunci
koleksi novel, koleksi novel
cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik,
novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen
cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru,
teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen
melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram,
cerita, cerita cinta, cerita pendek, cerita melayu, cerita online
Malaysia Group
Blog
Koleksi
Cerpen & Novel proudly powered by Blogger. Best display view 1024x768.
Google Inc
Koleksi Cerpen
& Novel dari Malaysia, Indonesia, Singapore & Brunei
suspens la...apa rahsia tu?...
^sakura hana^