Kehidupan
adalah anugerah utama Illahi. Anugerah kehidupan memberi gambaran
kebesaranNya buat kita manusia, yang wajib kita syukuri dan hargai.
Internet adalah kemudahan buat umat manusia. Justeru itu,
manafaatkan ia untuk kesejahteraan diri kita dan umat sejagat.
Sentiasalah kita beringat, apa yang kita lakukan, akan dipertanggung
jawabkan pada kemudian hari.
Gunakan sebaik-baiknya kurnia Allah swt kepada kita. Halalkan
kegunaan akal, hati dan lidah pada perkara yang bakal membawa
kecemerlangan diri kita dunia dan akhirat. Kita hidup hanya sekali.
Sekali 'pergi' tak kan kembali. Buat baik berpada-pada, dan buat
jahat JANGAN sekali-kali. Kewujudan website penulisan2u dengan blog
sebagai wadah untuk meningkatkan nilai diri. Bermatlamatkan
penyatuan ummah dengan ciri-ciri kemurnian budi dan budaya. Walaupun,
dunia terus maju dengan teknologi, kita akan terus kekal dengan
akhlak dan jati diri insani.
Aku garu kepala yang bertudung litup. Tak gatal pun.
"Oklah umi. Tapi umi jangan fikir bukan-bukan tau. Fiza bukan tak sayang umi, ayah tapi dah lama tak balik Malaysia. Rindu family lagi. Nanti Fiza senang Fiza datang jenguk umi ye."
Aku menjelaskan pada mereka supaya tiada hati yang terguris dengan pemergianku nanti.
"Aik, sayang umi dengan ayah je? Abang Di tak sayang ke?" mamat ni penyibuk betullah.
"Tak" Jawapku pendek. Lidah ku jelir padanya. Seperti biasa dia bersedia untuk bangun dan kita tengok siapa yang lebih pantas. Sekelip mata aku hilang ke atas. Menuju kebilik. Nak email kat adik aku tentang kepulangan aku nanti. Umi dan ayah menggeleng-gelengkan kepala. Aksi kami sungguh seperti adik beradik yang sebenarnya. _____________________
Aku check email. Inbox "Kosong. "desis hatiku.
Tanam anggur lagi lah jawabnya. Tempoh tiga bulan tinggal lagi 2 minggu. Semasa pulang ke kampung aku sudah jelaskan kepada mak dan abah tentang keluarga umi dan niat umi untuk aku tinggal bersama mereka. Mak tidak membantah cuma pesan mak jangan tak pulang ke Malaysia sudah. Aku bergurau mengatakan kalau boleh aku nak bawak mak dan abah duduk di sana.
"Alamak,tak solat Asar lagi. Nak kuar dengan Eddy lagi. Apelah si mamat sepet tu nak." Aku membebel sendirian sambil kaki melangkah masuk ke bilik air untuk mengambil wuduk.
Disebabkan Malaysia dan Perth tiada perbezaan waktu jadi waktu solat lebih kurang sama. Cuma cuacanya sedikit sejuk bagi akulah. Walaupun cuacanya 20 darjah tapi bagi aku itu sudah tahap beku. Kulit nipis katakan. Usai menadah tangan bersyukur padaNya aku terdengar ketukan di pintu.
"Fiza, cepatlah. Dah lewat ni." Kuat jugak suara mamat sepet tu melaung. Macam tarzan pun ada.
"Sabarlah. Belum pukul 5 lagi. Apalah ko ni. Nak ajak aku kena sabar. Kang aku tak jadi kang." Ujarku berbaur ugutan sebaik membuka pintu bilik.
"Laa, baru nak solat ke? Cepatlah siap. Aku tunggu kt bawah." Laju dia berpaling dan menuruni anak tangga.
"Kot ye pun ada story best sabarlah." Membebel lagi mulut aku yang comel ni. Ahaks.
Laptop kupadamkan dan kot labuh tebal berwarna kelabu gelap hadiah pemberian ayah semasa aku mendapat anugerah dekan pada tahun ke 3 aku di university kusarung ke tubuh langsingku. Tinggi aku ni nak kata tinggi boleh lah. Dalam 168cm. Kalau aku berusaha jogging tiap pagi dan petang boleh tahan juga figure aku nanti. Haha. Perasan.
Jam tepat menunjukkan pukul 5 petang dan time tu memang waktu favourite aku dan Eddy keluar ke pantai. Pukul 5 petang Bandar Perth macam bandar mati kerana kedai kedai dah tutup kecuali hari Sabtu pukul 9 malam. Hari pun dah beransur gelap mungkin kerana kedudukan Perth yang berada di selatan bumi maka cahaya matahari pun malu malu nak sampai. Itu teori aku sendiri yang reka. Jangan percaya. Haha.
Eddy memandu dan kami melewati City beach. Tempat kegemaran untuk bersantai dan jogging. Tapi hari ni aku malas. Mungkin mood aku sedikit terganggu bila teringat kembali inbox yang kosong tadi.
"Apa story yang hot lagi best tu? Story lah."
Tak sabar aku nak dengar story mamat sepet ni. Seperti biasa dia ambil satu dan aku ambil satu. Lalu tanpa segan silu kami duduk. Siapa lah yang nak duduk atas buah kelapa. Dah tersedia bangku tapi buah kelapa ni juga yang kami pilih. Sengaja kami sorok buah tu kat bawah surfing board yang dah rosak. Sedikit terlindung dan polis pantai pun tak perasan sangat. Kalau tak dah lama diorang buang. Buat nyemak je. Haha. Syok tau duk atas buah ni kat tepi pantai.
"Aku sebenarnya kan…."
Mamat ni suka main gantung ayat agaknya.
"Apa?" tekanku sedikit kuat.
"Nak berhenti kerja lah. Apa pendapat kau?" dia pandang aku serius. Aku kena serius jugak ni.
"Hurm… Itu story kau rupanya. Nak tau pendapat aku lah ni?" Aku menjawab dengan pertanyaan kembali.
"Aku tanya kau lah minah, apesal ko tanya aku balik?"
"Hehe. Iyeke? Sorry, sorry.. Pada pendapat akulah.. First, baik ko tanya umi and ayah. Kedua, ko kan baru kerja takkan nak quit. Apa alasan ko nak berhenti ni? Ko tak suka jadi doctor eh?" Memang otak aku cerdas. Pendapat yang bernas lagi simple tak payah melalut.
"Itu ke pendapat ko. Aku dah tanya umi dengan ayah la. Lambat lah ko. Haha. Umi macam tak berapa setuju. Ayah pun. Tapi bila aku bagitau reason aku nk quit diorang macam menyokong pulak. Aku nak buat bisnes la." Dia memandangku tepat.
"Oh. Baguslah. Tapi yang kau susah hati ni kenapa kalau umi dengan ayah dah setuju? Heran aku." Ujarku memandangnya kembali. Dia masih tidak lepas memandang wajahku.
"Aku susah hati sebab aku tak bagitau kau lagi. Tup,tup aku dah jadi jutawan kau merajuk pulak tak tahu apa apa pasal bisnes aku ni. Sebab tu aku susah hati. Bagus tak aku ni?" Dia mendabik dada.
"Eleh. Tak heran la. Ko nak bukak bisnes apa?"
"Daging halal. Aku nak bukak pusat sembelihan dekat sini and export kat seluruh Australia. Amacam?" ujarnya. Keningnya sedikit terangkat.
"Wow, bagus tu. Aku rasa memang ko layak jadi jutawan. Tapi modal banyak tu. Mana ko nak cekau?" "Aku buat loan dengan umi n ayah. Dah balik modal aku pulang balik. Bijak tak aku?" kali ni kedua keningnya terangkat dan matanya di kenyitkan.
"Wekk.. Perasan. Tapi aku suka idea ko tu dan bagus sangat bila ko ada idea macam tu. Kira ko dah sempurnakan satu sunat muakkad dalam komuniti Islam kita. Well done bro. Thumb up for u." Sejujurnya itulah yang patut aku katakan padanya.
"Ok. Disebabkan ko dah puji aku and aku rasa ko layak di beri ganjaran jom aku belanja ko minum. Ekslusif ni. Tak ada kat tempat lain. Jom." Dia dah berdiri dengan buah kelapa di tangan.
Aku turut serta berdiri. Buah kelapa kami letak di tempat biasa dan beriringan ke kereta Toyota Highlander kepunyaannya.
Aku sedut air kelapa jelly sehingga titisan terakhir.
"Kalau setakat belanja kat restoran sendiri aku tak heran lah." ujarku sambil mencebik bibir.
"Best apa aku belanja? Mana mau dapat kelapa jelly kat Perth ni. Satu-satunya and best in the world pulak tu." Dia ketawa menampakkan barisan giginya yang tersusun rapi.
Malas aku nak layan mamat ni.
Aku terpandangkan ayah yang berada di satu ruangan santai. Sedang membaca sesuatu. Waktu begini restoran ni di tutup selama satu jam setengah untuk solat maghrib dan isyak serta makan malam. Jam sepuluh tamat perniagaan dan dibuka pada jam 10 pagi. Setiap hari kecuali hari Jumaat.
Ayah membalas pandanganku dan melambai supaya aku datang kepadanya. Aku bingkas bangun.
"Ayah panggil. Nanti kita solat sama." Aku mengingatkannya kerana aku tau dalam masa beberapa minit dari sekarang ayah akan menyuruh kami termasuk beberapa pekerja Islam berkumpul dan solat berjemaah sama-sama. Satu kegiatan yangbagus supaya kami tak lupa suruhanNya walau di mana berada.
"Fiza, duduk jap. Ayah ada hal nak cakap." Dia memuncungkan mulutnya supaya aku mengambil tempat duduk di hadapannya.
"Macam mana dengan application kamu? Ada company yang offer?" Tanya ayah lembut.
"Tak ada lah ayah. Risau jugak Fiza. Kalau tak dapat maknanya Fiza kena tinggalkan ayah dan umi. Fiza terpaksa balik Malaysia. Tapi Fiza kesian kat umi. Mesti umi sedih." Ujarku. Sayu.
"Apakata ayah beri kamu email someone. Dia ni nak kata regular customer bolehlah sebab setiap minggu dia datang makan. Yang ayah tau dia buat kerja-kerja yang pernah kamu buat dulu. Kamu nak tak?" Ayah menyoal. Tuturnya tetap lembut.
"Okay. Ayah kasi kat Fiza dulu email orang tu kemudia baru Fiza fikir."
"Aik, fikir kemudian ke? Bukan ke kena fikir dulu?" soal ayah dan kami sama-sama ketawa. Memang aku malas nak fikir lagi. Otak dah jammed. Haha. _______________________
"Miss Hafiza Yusuf, Mr. Ryan wasn’t around becaused he is doing a business trip so you will be interview by Mr. Alvin, Human Resources Manager. Come let me bring you to his room." Macy berceloteh. Secretary untuk Amcom Telecommunications.
Aku rasa penampilan aku dah okay. Lagipun aku dah biasa dengan sesi temuduga. Dulu masa kat KL aku dah timba pengalaman di empat tempat kerja yang berlainan. Apa nak takut. Tapi takut jugak sebab ni first time aku apply overseas. Ini bukan KL maa.
Tiba-tiba budak Macy menyapa lembut. Walaupun lembut suaranya tapi terkejut jugak dibuatnya sebab aku duk mengelamun. Cepat-cepat aku cover dengan senyuman ala-ala Jessica Alba. Hik!
"Okay, he want to see you and good luck." Aku mengucapkan terima kasih dan dia senyum padaku sambil berlalu pergi.
"Baik jugak minah omputih ni."fikirku.
Aku membaca beberapa potong ayat dan melangkah dengan meyebut kalimah suci Basmallah. Ayat aku baca tu bukan jampi serapah tau tapi ayat quran jugak. Mak aku yang ajar. Berkurun lama dulu.
Half and hour later…
Lama gila duk dalam bilik tu. Sampai semput aku ketawa. Aku tak tau macam mana aku boleh bergurau dengan Manager pulak tu. Riuh kami bercerita. Rupa-rupanya dia ni Cina Malaysia. Aku ingatkan omputih. Tapi memang omputih pun. Dia mix cina and omputih. Jadilah cinggris. Haha. Bahasa pun dari elok-elok speaking tukar jadi bahasa Melayu. Haha. Kelakar je. Alvin ni pun baru setahun jawat jawatan ni dan baru tiga tahun menetap kat sini. Usianya dalam empat puluhan. Family sebelah ibunya orang sini. Ayahnya orang KL and dia dulu pun kerja KL. Macam-macam aku tau pasal dia. Ni dah terbalik. Aku yang interview dia pulak. Haha.
Last but not least, aku berjaya. RNO Engineer. Sepadan la dengan pengalaman aku sebelum ni selama setahun setengah dalam kerja documentation, site survey dan field.
Oleh sebab aku bukan orang sini so rate gaji aku boleh tahanla. AUD 8k. International rate. Tapi kalau aku kerja kat UAE boleh jadi aku dapat USD 10k. Hehe. Tertamak lah pulak.
Usai pulang dari Amcom aku terus ke restoran Bayu Tuah. Restoran umi dan ayah. Klasik punya nama. Tak sabar untuk bertemu mereka. Iya lah aku dah hampir putus asa dengan tempat ni. Macam tak ada peluang langsung untuk aku bekerja. Tup.. tup.. email yang ayah kasi tu memang ajaib. Dua hari sebelum tamat tempoh tiga bulan perjanjian aku dapat panggilan tawaran kerja.
Laju aku memandu Toyota Highlander milik Eddy. Dia yang menyuruhku memandu keretanya. Katanya lagi berkat kalau pergi interview bawak kereta tu. Banyak cantik muka kau. Dah la mata sepet sebelah. Suasana tenang dan aman bila aku menjejakkan kaki di ruangan Simple to Dine. Ruangan ni memang ruangan kegemaran bagiku. Susun atur perabot dan hiasan memang sejuk mata memandang. Dan ruangan ini khas untuk pelanggan yang gemarkan suasana tenang sambil menikmati hidangan. Kebiasaannya ruangan ni menjadi pilihan untuk pasangan yang tengah hot di lamun cinta. Hehe.
"Hah Fiza, kenapa termenung tengok air pancut tu? Kamu dahaga ye. Kejap umi ambilkan air." Pantas umi berlalu sebelum sempat aku menahannya. Seketika kemudian umi datang bersama 2 gelas kiwi juice di tatang atas dulang.
"Umi ni tak payahla susah-susah. Fiza boleh ambil sendiri la. Kesian umi kan penat layan pelanggan." Aku memandang wajah umi yang redup. Ku kira waktu muda dulu semestinya umi seorang wanita yang cantik. Sebab tu lah ayah berkenan pada umi. Pandai je aku buat kesimpulan. Hehe.
"Umi lagi kesiankan kat kamu. Macam mana kerja? Dapat?"dia memandang wajahku sambil tersenyum.
"Cakap aja tak payah tanyalah." Aduh.. sesungguhnya umi memang baik hati.
"Fiza nak mintak izin nak guna telefon tu nak call mak kat Malaysia. Boleh?" aku menjawab. Sedikit gugup. Gusar untuk meminta.
"La itu jeke? Kamu ni Fiza, umi ingatkan apa. Pergilah telefon mak abah kamu tu. Bagitau mereka jangan risau umi jaga anak dara mereka ni macam anak sendiri. Lagi satu bagitau mereka umi tak kisah Fiza nak duduk sini lama-lama. Umi lagi suka. Jangan lupa kirim salam kat diorang." Umi bangun taktala salah seorang pekerjanya tergesa-gesa memanggilnya.
"Ok. Thank you umi. Cayang umi." Aku berkata sedikit kuat supaya umi dapat mendengarnya. Aik, aku rasa ada something wrong ni. Aku tak bagitau umi lagi yang aku dah dapat kerja tu macam mana umi boleh cakap dia tak kisah aku boleh duduk sini lama-lama. Ajaib sungguh. Umi macam boleh baca fikiran aku.
"Ye mak. Okay. Jangan risau. Umi dengan ayah kirim salam. Umi pun pesan kat mak jangan risau." "Ye orang tau. Tak tinggal sembahyang la. Cukup la. Malam-malam pun selalu mengaji. Nanti orang dah banyak duit orang bawak mak dan abah datang sini ye."
Dan bermacam lagi pesanan mak padaku. Kalau di tulis pada buku gerenti aku boleh kumpul sampai volume ke-3 pesanan-pesanan mak tu. Sabarlah hati. Bila dah cukup duit nanti aku mesti balik ke Malaysia dan tunaikan impian aku yang baru berputik tu. Sabar lah.
"Oit minah. Amboi, amboi. Senang hati melepak. Meh tolong aku kemas meja kt beach corner tu. Terkejut aku disergah oleh mamat sepet ni.
"Yela." Jawabku malas dan menapak ke depan.
Cuaca agak panas tapi di sebabkan bumbung dekat beach corner ni atapnya dedaun palma maka bahang panas tu berkurang sedikit. Kemas meja sebenarnya bukan lah kerja mengangkat pinggan kotor tapi setakat membetulkan alas meja dan menyusun napkin. Lain-lain kerja semua dah beres diuruskan oleh pekerja restoran ni. Umi sendiri yang mengarahkan aku melakukan kerja yang sama tiap kali aku datang membantu. Memang kerja yang membosankan sebab tulah aku selalu curi tulang tak mahu ikut. Hehe.
"Ko kenapa hah? Sekejap senyum sekejap serius. Kena sawan gimun lagi eh?" Di cuit bahuku. Eh mamat ni. Sibuk je.
"Fiza, ko kenapa? Ada masalah ke? Bagitau lah kat aku." Lembut tuturnya dan sekaligus bergetar dada aku mendengarnya. Tak pernah lagi dia bercakap selembut ni dengan aku. Dari 3 tahun yang lepas suara jantan yang macam tarzan itulah aku selalu dengar. Ajaib ni. Memang hari ni hari ajaib sedunia.
"Ko siapa hah? Aku rasa ko bukan Eddy. Ko mesti orang lain yang muka sama macam Eddy kan? Cakap cepat sebelum aku report kat ayah yang ko culik anak dia pastu ko menyamar jadi dia. Cakap." Aku bersuara. Tegas.
"Wait, wait. I think there’s really something wrong with you. What happened? Ko demam eh Fiza?" dia bertanya. Masih lembut . Pelik ke soalan aku tadi?
"Kenapa suara kau lain macam? Aku rasa nak pengsan dengar suara ko. Haha." Bersahaja aku menjawab sambil tanganku masih lincah menyusun napkin.
"Kenapa dengan suara aku? Aku rasa biasa je." Ujarnya sambil meraba lehernya.
"Memang lain lah. Baik semacam je. Tak pernah ko cakap camni punya lembut dengan aku."
"La. Ok apa? Ko ingat aku ni kasar sangat ke? Aku pun ada perasaan lah. And most important I can be a romantic person if you wish me so." Dikenyit mata kanan sewaktu aku menoleh ke arahnya.
"Uh. Pleaseee…… Tak termimpi pun aku nak tengok ko jadi romantic. Ko simpan jelah untuk awek ko nanti ye.\"
Belum sempat mamat sepet ni back up dirinya umi dah panggil untuk lunch bersama. Pantas aku buka langkah menuju dapur. Disitu ada meja makan yang sememangnya port untuk kami menjamu selera. Wah, hari ni masakan kampung menjadi pilihan umi. Apa yang umi pilih itu jugalah yang ayah ikut. Samalah dengan kami berdua. Tak kisah asal sedap. Hehe..
Selesai makan, kami berehat seketika sebelum umi dan ayah meyambung tugas mereka. Selaku tuan kedai, umi bertindak menyelia di bahagian hadapan. Memerhatikan sekiranya terdapat masalah atau pertanyaan. Ayah pula bahagian admin and logistic. Urusan yang berkaitan dengan stok barang dan tempahan ayah lah yang uruskan. Si Eddy ni pulak baru dua, tiga hari ni dia tolong umi dan ayah. Itupun selepas dia resign sebagai doctor kat Mount Hospital. Eddy pun jarang pulang ke rumah semasa bertugas dahulu. Lagipun hospital tu ada provided hostel untuk staff on call. Tapi aku tengok dia ni hari-hari on call.
"Fiza." Ayah menyapa. Seperti biasa lembut suara ayah ketika berkata-kata.
"Macam mana interview tadi? Okay?" Aduss, lupa aku nak khabarkan pada diorang. Padahal aku sendiri yang tak sabar nak bagitau mereka berita gembira ni.
" Alamak, Fiza lupa nak bagitau. Nasib baik ayah tanya." Kini ketiga-tiga mereka memandang tepat kearahku. Menunggu.
"Fiza dapat lah. Minggu depan start." Aku tersenyum simpul memerhatikan mereka.
"Alhamdulillah. Bagus sangat. Umi, malam nanti kita celebrate ye." Ujar ayah sambil tersenyum memandang umi.
"Ehem.. ehem.. Ni siapa yang dapat kerja ni?Fiza ke ayah? Apesal pulak Fiza dapat kerja ayah nak celebrate dengan umi? Kami berdua ni tukang tengok je ke?" Sampuk mamat sepet. Tak puas hati.
"Hehe. Kita celebrate sama-samalah. Malam ni ayah dan umi balik awal. Kita suruh umi masak sedap-sedap. Okay?" tutur ayah. Senyuman tak lepas dari bibirnya.
"Umi ok je. Lagipun untuk anak dara umi tersayang ni apa lah sangat." Umi juga senyum. Memandangku.
"okay, kalau macam tu malam ni punya plan dah pun kita plan. Ayah ada kerja. Ayah naik dulu," ayah sudah bangun dari tempat duduknya.
"Terima kasih ayah, umi." Ujarku.
Ku lihat ayah senyum dan berlalu pergi. Memang ada kerja.
"Tak ada apa lah Fiza. Tak payah lah nak terima kasih. Janji Fiza duduk dengan umi. Cukup lah bagi umi." Aku mengangguk. Senyuman umi buat aku teringat mak kat kampung. Argh.. Rindu lagi la pada diorang kat kampung.
Umi menyuruh aku pulang. Katanya aku dah penat. Aku sendiri tak rasa penat lagi. Macam mana umi boleh cakap aku dah penat. Besarnya kasih ibu.
"Fiza, kejap lah." Mamat sepet ni lagi.
"Ada apa?" soalku.
"Tak ada apalah. Nanti malam kita borak sama boleh?" meragukan. Tak pernah pun selama ni dia minta izin nak bersembang. Main redah je.
"Hurm.. Ikut suka lah." Aku berlalu pergi. Malas nak tanya lebih. Jangan risau malam nanti banyaklah soalan cepu mas aku keluar. Ko tunggu jelah sepet.....
best la cite ni.. bila nak ade smbungan die.. kalau bg blog penulis lg best..
Catat Ulasan
TINGGALKAN ULASAN DAN KOMEN, PADA SETIAP KARYA YANG ANDA BACA Penulis memerlukan ulasan dan komen, bagi memperbaiki penulisan dan memperbetulkan kesilapan. Komen dan ulasan anda akan memberi satu semangat kepada penulis, untuk terus menulis karya dan seterusnya menghasilkan karya yang menarik. Kerjasama & sokongan daripada pembaca amat kami hargai. Sebab itulah kami menyediakan HADIAH, sebagai penghargaan kepada penulis dan juga kepada pembaca yang aktif memberi komen & ulasan
"Dia
hidup bukan kerana cinta. Dia hidup kerana
kehadiran Prince Charming yang menyelamatkannya.
Semuanya gara-gara dia mengoyak Carta Prince
Charming—carta misteri yang tiada sesiapa tahu
dari mana datangnya. Yang pasti, memang dia
langsung tidak percaya dengan sumpahan yang
dikatakan berkaitan dengan Carta Prince
Charming.
"Sumpahan puteri? Kau ingat ini cerita dongeng
ke? Puteri apa yang nak sumpah aku ni? Puteri
bunian? Puteri lindungan bulan?”
Desakan daripada Sofea membawanya ke Kelab Bola
Sepak. Di situlah Prince Charming berkumpul.
Tetapi hanya seorang sahaja Prince Charming yang
dicari-carinya. Namun, untuk mencari Prince
Charming bukanlah mudah, namun dia yakin, antara
mereka, pasti salah seorang adalah penyelamatnya.
Orang tu pun satu! Dah selamatkan nyawa orang,
tak reti-reti ke nak munculkan diri? Bukan ke
lagi senang kalau datang berdiri depan aku dan
cakap, Sayalah yang selamatkan awak daripada
kena langgar semalam. Finish! Tak adalah nak
panjangkan cerita sampai beratus muka surat
semata-mata nak cari Prince Charming!
Tajuk:
Prince Charming
Penulis: Ratu Bulan
Terbitan: Fajar Pakeer
Harga:
RM19.90
Ulasan:
NOVEL
HANGAT DIPASARAN
Pertemuan
pertama memberi impak yang berbeza kepada dua insan. Maria
malu mengenang, sedang Hisyam mahu mendekat. Maria semakin
resah apabila Hisyam terus-terusan mendesak. Dalam benci
ada rindu. Bijak Hisyam memujuk, mereka akhirnya disatukan.
Salina hadir menjadi duri dalam daging. Bagi Hisyam, gadis
itu ialah sahabatnya yang terbaik. Insan paling dipercayai.
Namun, dalam diam, Salina meracuni hubungan mereka. Salina
ada agenda yang tersendiri.
Semakin hari, semakin nipis rasa percaya Maria terhadap
Hisyam. Namun, dia tidak mungkin menghindar rasa kasih
yang sudah menebal. Demi menunaikan permintaan Maria,
Hisyam tega melamar Salina walau ada luka di hati.
Sanggupkah Hisyam menduakan Maria yang pernah dicintai
sepenuh hati? Dan, Maria, mampukah membiarkan suami
tersayang jatuh ke tangan Salina? Atau, Mariakah orang
ketiga yang tidak lagi diperlukan kehadirannya oleh Hisyam?
Penulisan2u
sedang
berkerjasama dengan Penerbit Novel bagi memberi peluang kepada penulis-penulis berbakat dan karya yang menarik.
Antara novel yang sudah di terbitkan
2 Pengulas paling AKTIF dengan memberi komen yang ikhlas dan
membina, pada setiap karya cerpen / novel di penulisan2u akan
menerima hadiah sebuah NOVEL.
•
Creative Enterprise Sdn. Bhd., sedang mencari manuskrip kanak-kanak atau remaja. Ini kerana pihak kami ingin memperluaskan dan memperbanyakkan bahan bacaan untuk kanak-kanak dan remaja. Di samping itu kami juga ingin memupuk minat membaca dalam kalangan kanak-kanak dan remaja.
( klik disini
)
•Karyaseni Enterprise ingin memaklumankan
kepada anda yang berminat untuk menghantar manuskrip
anda kepada KS untuk penilaian, sila email kan
sinopsis dan tiga bab awal ke alamat email berikut:
Manuskrip@karyaseni.my
•KarnaDya Solutions Sdn
Bhd. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
hantarkan karya anda. Sebelum anda menghantarkan
manuskrip anda, sila hantarkan butiran berikut terlebih
dahulu melalui emel/pos. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•NB Kara Sdn Bhd dengan berbesar hati
menjemput mana-mana penulis yang merasakan diri mereka
layak menjadi penulis yang versatil, menghantar
manuskrip mereka kepada NB Kara Sdn Bhd. Tulisan anda
terlebih dahulu akan dinilai oleh penulis prolifik
Norhayati Berahim dan juga beberapa panel editor sebelum
diluluskan untuk terbitan.
(
klik disini )
•Jemari Seni Publishing. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
Untuk tujuan pengiriman manuskrip, JEMARI SENI telah
menggariskan panduan kepada penulis-penulisnya. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•
Alaf 21 Sdn Bhd. Tahun 2008 bakal menjanjikan sinar
kecemerlangan seandainya karya anda terpilih untuk
diterbitkan oleh Alaf 21, penerbit novel tersohor di
Malaysia.
Jika
anda mempunyai salah satu manuskrip tersebut, kami ingin
menatap dan menilainya. Sekiranya sesuai, pihak kami
ingin menerbitkannya di bawah jenama ALAF21.
( klik disini)
•
tip kehidupan, zodiak, horoskop, petua, tip, puisi,
pantun, sajak, dan pelbagai artikel menarik layari di
http://istimewa2u.blogspot.com
•
Blog Berkaitan agama, topik-topik tazkirah, audio, video
ceramah, mendengar 114 surah Al-quran secara online,
radio-radio dakwah, layari di
http://dakwah2u.blogspot.com
•
Blog Media, Tv streaming online, radio streaming online,
surat khabar, rakaman drama, radio era, hot.fm, tv1,
tv2,tv3 dan lain-lain. layari di
http://mymedia2u.blogspot.com
•
Blog Koleksi cerita lawak, lucu, kelakar dan video lawak,
lucu dan kelakar. layari di laman
http://kelakar2u.blogspot.com
•
Laman web
syarikat penerbit novel Creative
Enterprise Sdn Bhd (CESB). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.cesb.net.my
•
Laman web
syarikat penerbit
Kaki Novel
Enterprise. Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.kakinovel.com
•
Laman web
syarikat penerbit NB kara Sdn Bhd.
Dimiliki oleh penulis terkenal Norhayati Berahim, Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.nbkara.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit Buku Prima Sdn Bhd.
Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.bukuprima.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit novel
jemari Seni Publishing (JS Publishing). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.jemariseni.com
•
Laman web syarikat penerbit novel Alaf21 Sdn Bhd
(alaf21). Untuk melihat novel-novel terbaru dari Alaf21
layari di
http://www.alaf21.com.my
•
Laman web syarikat penerbit novel Fajar Pakeer Sdn Bhd). Untuk melihat novel-novel terbaru layari di
laman
http://www.fajarnovels.com.my
Kata Kunci
koleksi novel, koleksi novel
cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik,
novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen
cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru,
teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen
melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram,
cerita, cerita cinta, cerita pendek, cerita melayu, cerita online
Malaysia Group
Blog
Koleksi
Cerpen & Novel proudly powered by Blogger. Best display view 1024x768.
Google Inc
Koleksi Cerpen
& Novel dari Malaysia, Indonesia, Singapore & Brunei
best la cite ni..
bila nak ade smbungan die..
kalau bg blog penulis lg best..