Kehidupan
adalah anugerah utama Illahi. Anugerah kehidupan memberi gambaran
kebesaranNya buat kita manusia, yang wajib kita syukuri dan hargai.
Internet adalah kemudahan buat umat manusia. Justeru itu,
manafaatkan ia untuk kesejahteraan diri kita dan umat sejagat.
Sentiasalah kita beringat, apa yang kita lakukan, akan dipertanggung
jawabkan pada kemudian hari.
Gunakan sebaik-baiknya kurnia Allah swt kepada kita. Halalkan
kegunaan akal, hati dan lidah pada perkara yang bakal membawa
kecemerlangan diri kita dunia dan akhirat. Kita hidup hanya sekali.
Sekali 'pergi' tak kan kembali. Buat baik berpada-pada, dan buat
jahat JANGAN sekali-kali. Kewujudan website penulisan2u dengan blog
sebagai wadah untuk meningkatkan nilai diri. Bermatlamatkan
penyatuan ummah dengan ciri-ciri kemurnian budi dan budaya. Walaupun,
dunia terus maju dengan teknologi, kita akan terus kekal dengan
akhlak dan jati diri insani.
Pulang ke bilik, Ramli segera menukar pakaiannya. Dengan wudhu’ yang masih baru diambilnya dalam perjalanan daripada Sri Tanjung tadi, dia menunaikan solat Isya’. Dipanjatkan doa kepada Ilahi semoga hari esok berjalan dengan lancar. Semoga dapat diharungi segala dugaan ini dengan sukses. Akhirnya diminta petunjuk agar yang Esa membuka jalan buat dirinya berbaik semula dengan Shawn. Jauh disudut hati, Shawn masih lagi rakannya… yang panas baran, pendendam dan pendek akal! Dia sudah maklum dan menerima seadanya persahabatan mereka sejak dari mula lagi. Cumanya retak yang timbul ini diharap boleh dicantum semula. Pasti ada hikmah disebalik apa yang berlaku ini.
Mendengar riuh suara Malik diluar, Ramli cepat-cepat bingkas melipat sejadahnya dan meletak songkok di kepala ke meja belajar. Waktu itu juga pintu terkuak, menghujani masuk adalah bebelan Malik yang nyata sekali tak puas hati. Mamat ni memang tak pernah tak puas hati! Sengih Ramli bila memikirkan itu.
"Masuklah!" Pelawa Malik agak kasar. Dia masih bengang dengan keputusan Coach Ghani untuk menempatkan dua ahli Gemilang sekaligus di dalam biliknya dan Ramli. Sedangkan ahli Mahkota yang lain cuma perlu berkongsi bilik dengan seorang sahaja ahli kumpulan lawan mereka itu. Mentang-mentanglah bilik aku ni besar sikit daripada bilik-bilik yang lain (bilik senior – ciri istimewanya mempunyai ruang lepak yang agak luas dimuka pintu bilik berbanding bilik lain yang buka pintu, terus kelihatan dua katil). Tapi kalau dah masuk dua anak gajah (Maaran dan Shawn), luas manapun bilik ni tak akan selesa juga! Tidak dinafikan dari segi fizikal, ahli-ahli Gemilang punya kelebihan kerana mereka semua punya ketinggian dan otot-otot yang lebih berketul. Emm... mungkin hasil deraan Coach Tahar agaknya. Tapi dari segi skill dan kemahiran padang, Mahkota tak kurang hebat!
Bersabar dengan bebelan Malik sepanjang perjalanan dari Sri Tanjung ke blok Asrama Putera itu, Kapten Gemilang, Maaran, mengetap bibir, menahan amarahnya. Aku dush juga mamat mulut murai ni! Kalau tak sebab aku ni menumpang dan amaran keras Coach Tahar yang tak mahu ada masalah timbul, memang ada yang tak dapat turun padang esok sebab patah kaki! Hatinya menyumpah-nyumpah. Memang agak pelik apabila mereka berempat, Malik-Maaran dan Ramli-Shawn digabungkan bersama sebagai ‘saudara angkat’. Huh tak sesuai betul! Hakikat itu membuat ego masing-masing ‘terangkat’.
"Hei! Kau boleh senyap tak? Kalau ikut aku, akupun tak ingin nak menumpang dekat sini tahu tak!" Bentak Maaran, sudah tak tahan dengan deraman Malik yang tiada sudahnya.
"Apahal kau?! Datang sini nak tunjuk lagak pula! Nak cari gaduh ke? Jom lah kau ingat aku takut?" Malik geram. Kedua-dua Kapten pasukan itu bersemuka antara satu sama. Tak dapat lagi menjaga etika dan tertib mereka.
Maaran tertekan dihenyak begitu. Menghempas beg pakaian dan sleeping bagnya ke tepi, dia mara mendekati Malik. Sengaja dia mahu lelaki itu mendongak memandangnya. Walaupun agak menikus dalam posisi itu yang mana ketinggiannya sah-sah bantut kalau nak dibandingkan dengan Maaran, Malik peduli apa? Dia tidak gentar! Kau ingat aku takut kau lebih tinggi daripada aku?
"Kau tunggu saja di padang esok. Aku belasah kau cukup-cukup!" Ujar Maaran, dia berundur sedikit ke belakang. Ingin meredakan sedikit ketegangan itu. Dia masih waras. Tak perlu bergaduh! Fikiran matangnya mula menguasai akal.
"Pengecut!" Keras, Malik masih lagi dengan ketidakpuasan hatinya.
"STOP IT! Korang jangan jadi macam budak-budaklah!" Marah Ramli. Spontan dia menutur. Rasa lemas dan tercekik melihat situasi itu. Dia keliru hendak menyokong siapa. Satu adalah kawan dan Kapten pasukannya sekarang dan satu lagi rakan dan Kapten yang pernah meminpinnya dulu.
Kedua-dua Malik dan Maaran terkesima dengan ngauman Ramli itu. Tersedar akan tingkah mereka yang sememangnya keanak-anakkan. Macam anjing dengan kucing! Masing-masing mendengus, menjeling pihak lawan dan berpaling, mula membuat hal masing-masing.
Bergegas ke peraduan, Malik membuka persalinannya lalu dicampakkan ke atas katil. Lantas dia mengambil tuala mandi yang bergayutan diampaian di ruang sidaian. Berlenggeng dengan tubuh yang hanya ditutup tuala biru pekat itu dari paras pusat ke lutut, kemudian dia mengatur langkah ke tandas. Sudah menjadi kebiasaannya apabila pulang daripada latihan dia akan cepat-cepat membersihkan diri. Walaupun sekadar perjumpaan biasa yang tak mengeluarkan setitik peluhpun namun hatta tubuh dah hinggap ke tempat macam padang dan dewan, hish! Dia memang alergik. Macam mana boleh jadi Kapten STORM entah? Menjeling pada Maaran, hatinya masih bersisa geram dengan mamat skema itu.
Tertekan dengan situasi itu, Maaran buncah. Dia mendapatkan barang-barangnya yang dicampak ke bawah tadi. Mengamati infrastruktur yang ada di Mahkota, dia agak kagum. Lihat sahaja kamar pelajarnya, lengkap dengan meja belajar, almari pakaian, sinki basuh tangan dan kawasan sidaian yang dilengkapi dengan ampaian 5 dawai. Tidak lupa juga dengan ruangan lepaknya yang memang boleh dikategorikan luas. Tidak hairan mengapa ramai yang beria-ia hendak menempatkan diri di sekolah elit ini. Bersandar disebalik dinding bilik itu, rasa cuak mula timbul. Dekat mana aku nak tidur? Dek buat gila si Malik tu karang, mahunya aku tidur di kaki lima saja dengan Shawn! Wajahnya berkerut tiba-tiba.
"Nah!" Ramli menghulur dua biji bantal kepada Maaran. Dia bagai dapat membaca apa yang difikirkan ‘bekas’ rakan sepasukannya itu Ekspresinya bersahaja, sekadar segaris senyum dibibir. Dia tidak mahu berlebih-lebih, takut disalah tafsir oleh Maaran. Teringat akan kisah hitam yang berlaku di Gemilang dulu, Maaran adalah antara yang paling tegas mempertahankan Dash pada permulaannya. Namun apabila Coach Tahar sendiri tidak berkata apa apabila Ramli terkeluar daripada Skuad Kebangsaan, apa yang mampu dibuat Maaran hanyalah turut berdiam diri. Dia yang terkenal dengan pegangan prinsip dan dan disiplin yang tinggi terpaksa memulau Ramli seperti yang lain.
"Terima kasih, tapi aku dah ada…" Maaran teragak-agak. Belum sempat dia menolak, Ramli bersuara lagi.
"Aku ada bantal lebih, ambillah. Lagipun tak selesa kau jadikan beg tu sebagai alas kepala." Rasional Ramli, bersahaja. Dia mengunjuk pada beg pakaian Maaran yang kembung berbentuk selinder. Berkemungkinan dipenuhi kasut, pakaian, tuala dan benda-benda biasa keperluan sehari-hari. Berwarna biru-hitam seperti mana warna rasmi jersey mereka, ditekat di bahagian tengahnya logo Gemilang dan perkataan MAARAN dibawahnya. Aku pernah guna beg itu dulu! Desis hati Ramli. Malah beg yang bertekat nama timangannya DASH itu masih lagi elok dalam simpanannya. Ianya antara ‘souvenir’ paling berharga buatnya, kenangan ketika di Gemilang dulu.
"Well, thank you!" Sambut Maaran, masih lagi serius.
Ramli kembali ke katilnya, membongkok dan mengeluarkan segulung tikar mengkuang, pemberian ibunya waktu mula-mula ke Mahkota. Lalu dibentangkan dibahagian kiri ruang lepak itu, berdekatan dengan almari pakaiannya dan Malik.
"Kau dan Shawn boleh bentang sleeping beg atas tikar ni. Tak adalah terasa sejuk simen tu nanti." Ujar Ramli. Biliknya tidak punya karpet tebal seperti di kamar Luqman dan Daniel. Dia alergik dengan karpet! Tapi lain pula ceritanya tentang tikar mengkuang. Sewaktu mula-mula dibentangkan tikar mengkuang tersebut, mujur Taiko tidak masuk hospital! Tergelincir dek licin geseran tikar dengan simen, hampir-hampir kepalanya menyembam keras ke bucu meja belajar. Sejak itu Malik tidak suka sebarang alas diletak di atas lantai, fobia katanya. Dia lebih gemar akan dingin simen itu menyentuh kulit tebal kakinya. Tekadang apabila pulang daripada latihan, disebabkan kepanasan, keletihan dan terik mentari pula membakar, mereka berdua akan terlentang di tengah-tengah ruang bilik itu. Lega rasanya sejurus hangat tubuh beransur-ansur hilang diserap sejuk lantai yang sampai ke tulang.
"Terima kasih." Lagi sekali keluar daripada mulutnya. Itu sahaja yang mampu diucap Maaran.
Ramli menjawab hanya dengan sekali angguk. Dia sudah bersedia untuk ‘landing’ ke tilam empuknya. Terlanjur Shawn tidak muncul lagi, baik dia tidur dulu. Dia tidak mahu berkonflik dengan lelaki itu.
"Kau macam mana dekat sini? OK?" Pertanyaan Maaran serentak dengan bunyi pintu yang berkeriuk dibuka daripada luar.
"Dia sangat OK di sini. Sekurang-kurangnya Mahkota menghargai bakat yang ada pada your X-Dash!" Tanpa diminta Malik menjawab pertanyaan itu. Sinis dengan memek muka yang memandang jelek kepada Maaran. Kemudian dia menjeling tajam pada seorang lagi tetamu mereka yang mengekor rapat dibelakangnya.
"Malik! Shut Up!" Sebut Ramli sedikit menjerit. Terbantut tingkahnya yang mahu melabuhkan punggung ke tilam. Memandang ke pintu bilik itu, tercegat di situ adalah Malik yang masih berlenggeng dan juga Shawn dengan gaya berlagaknya. Huh! Shawn is Shawn!
"Kau boleh diam tak? Aku tanya kau ke?" Bentak Maaran. Mamat itu tak habis-habis hendak menaikkan darahnya.
"Whatever! Yang kau tercegat lagi kat depan pintu ni kenapa? Masuklah!" Pelawa Malik pada Shawn, agak kasar. Shawn menghempas pintu kuat.
"Kalau kau nak pecahkan pintu tu, pergi ambil kapak dekat stor tukang kebun belakang blok akademik!" Perli Ramli. Serius air mukanya. Masih lagi berdiri di katilnya, pandangannya cepat-cepat di alih pada Malik yang tersenyum dan menunjukkan ibu jari kanannya sambil tersenyum. That’s a good one! Hatinya memuji Ramli.
Shawn bengang tapi dia terusan berdiam diri. Menghampiri Maaran, ‘wind breaker’ ditubuh ditanggalkan lalu diletakkan diatas beg baju yang disandarkan di tepi dinding. Kemudian dia turut serta mengikut kelakuan rakannya itu yang sudah sedia hendak membentang ‘sleeping bag’ ke atas tikar mengkuang, bersiap untuk tidur. Malik pula mencapai pakaian bersihnya daripada ampaian lalu dikenakan ke tubuh. Mengambil pakaian kotor yang tadinya dicampak ke atas katil, dia perasan akan kekurangan tempat tidurnya itu. Baju kotornya itu dimasukkan ke dalam baldi di sidaian sambil mendengus tak puas hati.
"Mana pergi bantal aku lagi satu ni?" Rungut Malik membuat pengumuman umum dalam bilik itu.
Ramli menggeleng. Tak habis lagi ke sketsa ni? Soalnya sendiri. Baru sahaja tubuh mengena empuk tilam, ada sahaja yang menggangu. Lalu diambilnya bantal yang ada di kepala dan dibaling kepada Malik.
Malik agak terkejut dengan tindakan Ramli itu. Walau agak keliru namun daripada perlakuan Ramli itu dia boleh mengagak ke mana perginya satu lagi bantalnya. Pandangannya dialih kepada Maaran dan Shawn yang sudah selamat membalut diri dalam sleeping bag masing-masing. Seperti yang diduga, sebiji bantalnya ada di kepala Maaran dan bantal kedua Ramli pula ada pada Shawn. Kedua-dua tetamunya itu berbisik berbual sesama mereka. Sengaja buat tak endah dengan teriakannya itu.
"Baik sangat kau ni! Nah ambil balik!" Dengus Malik kepada Ramli. Dia Membaling semula bantal ditangan ke muka rakan sebiliknya. Memang tak dinafikan Ramli memang lembut hati. Tak hairan kenapa rakan barunya itu masih boleh bersabar walau ditimpa musibah sedahsyat yang dikisahnya seminggu lalu. Dibuang daripada Skuad Kebangsaan dan dipulau rakan sepasukan! Ouch! Pasti sangat menyakitkan melalui semua itu. Fikir Malik. Jauh disudut hatinya, menabik hormat pada sikap mulia Ramli. Ramli sekadar tersengih sinis pada Taiko.
Malik mengenakan songkoknya yang disangkut pada lampu belajarnya ke kepala. Assolatu khairum minan naum! Solat itu lebih baik daripada tidur! Malik mengingatkan dirinya sendiri. Selagi tidak menunaikan solat penutup malam (Isya’), manakan bisa dia tidur lena. Beredar ke ruang kecil kosong yang berbaki pada ruang lepak bilik itu, dibentangkannya sejadah. Betul-betul bersebelahan dengan Shawn yang terlentang, cuba hendak melelapkan mata. Dikerlingnya kedua-dua mamat pendatang asing itu.
"Jangan nak tinggalkan peta dunia dekat bantal aku tu pulak!" Malik memberi amaran. Tak habis-habis lagi sakit hatinya. Dan semakin meluat-luat Maaran dengan Shawn dibuatnya.
"Kalau nak sembahyang tu, sembahyang sajalah! Yang kau nak membebel ni kenapa? Ambil lah balik bantal kau ni. Kau ingat aku teringin sangat ke dengan bantal busuk kau ni?" Kesabaran Shawn dah sampai tahap maksima. Dibalingnya bantal alas kepalanya itu ke peraduan Malik. Mengiring ke kanan, geramnya membengkak. Tangan digantikan sebagai alas. Sudahlah tadi aku bengkek dengan minah Jepun tu. Sekarang ni, mamat rambut maggi ni pula nak cari pasal dengan aku! Apa masalah budak-budak Mahkota dengan aku sebenarnya? Patutlah si Dash seronok sangat dekat sini!
"Aahlah! Merajuk pulak! Yang kau baling tu bukannya bantal aku. Bantal Ramli! Lantak kau lah, tak nak berbantal sudah!" Perli Ramli, menarik senyum sinis.
"Eh Taiko! Sudah-sudah lah tu. Kau nak solat atau tak? Kalau tak, aku tutup lampu bilik ni kang." Ramli memberi kata dua, menyinga. Tertekan dengan sketsa-sketsa tegang yang sengaja ditimbulkan Malik. Tak matang langsung!
"Yelah, aku solatlah ni." Rungut Malik, terus mengangkat takbir. Bilik itu sunyi serta merta. Beberapa ketika kemudian…
"Ambil bantal ni. Kau perlukannya kalau kau nak rehat yang cukup. You don’t want to face me with muscle pain tomorrow! Kau tahu yang kau senang nak krem kan?" Ramli bingkas, ke katil Malik mengambil bantal yang menjadi mangsa pergaduhan tadi lalu dihulurkan kepada Shawn.
Shawn mendongak memandang Ramli dan seterusnya pada bantal yang dihulurkan. Dia tersengih, lalu bangun ke posisi duduk dan mengadap Ramli. Dibiarkan sebentar huluran itu tidak bersambut. Tak sangka, Ramli masih seperti dulu, ‘busy body’ dengan hal orang lain! Tapi apa yang dikisahkannya itu benar. Dia memang mudah dapat muscle pain. Dulu setiap kali sebelum perlawanan, Dash lah yang akan mengurut kaki dan bahunya. Cepat-cepat Shawn menepis kenangan itu.
"Kau memang tak pernah berubah ya? Masih lagi busy body dengan hal orang lain? Apapun thanks!" Shawn ringkas. Mengambil huluran Ramli itu dan terus boom balik. Maaran hanya sebagai pemerhati, orang tengah. Siapa sangka, dua insan yang dulunya tertawa dan menangis bersama kini bagai menyampah nak tengok muka masing-masing.
"Aku memang tak pernah berubah Slash! Kawan-kawan aku yang berubah!" Jawab Ramli dan segera kembali katilnya. Kecewa nadanya. Berbaring dia mengiring ke dinding..
"Apa maksud kau? Masih lagi nak menafikan apa yang telah terbukti?" Shawn bermain psikologi. Memandang kosong siling bilik itu, jujurnya dia sendiri tidak pasti, siapa yang berubah di antara mereka.
"Apa yang dah terbukti?" Soal Ramli kembali. Persoalan itu terbang dalam kebisuan malam. Membawa bersama ketenangan hati penghuni bilik 02 itu.
"Kau tak jawab lagi soalan aku tadi. Kau OK kat sini? Please! Be honest Dash!" Giliran Maaran pula bersuara. Dia masih inginkan jawapan bagi soalan itu keluar daripada mulut Ramli sendiri. Setelah pemergian Dash daripada Gemilang, prestasi pasukan mereka bagai dilambung ombak. Sekejap tinggi, mengganas, sekejap pula mati, terhempas ke pantai. Tekanan bertambah-tambah daripada Coach dan pihak sekolah. Latihan rutin tidak lagi seronok seperti dulu. Apa Ramli juga mengalami perkara yang sama?
"Never better Maaran! Never better. Mahkota adalah pasukan aku sekarang. Aku perlukan mereka dan mereka juga perlukan aku." Jawab Ramli jujur. Walau pahit menelan hakikat dia terpaksa berdepan dengan pasukan yang dinaunginya sejak 3 tahun lalu. Tapi inilah realiti! Realiti tak selalunya indah.
Malik menyudahkan bacaan Al-Fatihah nya, dihadiahkan buat arwah atuk dan nenek, seluruh umat islam dan juga hati-hati yang ada di dalam bilik itu. Semoga persahabatan mereka dulu boleh terjalin semula. Mungkin ada hikmah disebalik kedatangan Gemilang ke Mahkota malam ini. Siapa tahu, Ramli dan rakan-rakannya dulu boleh berbaik semula. Amin! Tapi walau apapun, Mahkota perlu muncul juara esok! Tadahan tangan dikaup ke muka dengan harapan permintaan dimakbulkan. Melipat sejadah, Malik minggir ke dinding bilik. Menutup suis lampu, bilik itu gelap. Sekadar disimbah cahaya malap lampu jalan dari luar. Tiba masa untuk berehat secukupnya. Tenaga diperlukan sepenuhnya untuk bertempur esok.
LIMA PULUH
Pagi Yang Suam-Suam Kuku
7.00 pagi mereka dikehendaki berkumpul di kawasan lapang, tempat letak kereta yang terletak berhadapan dengan bangunan akademik. Bukan setakat STORM dan pasukan bola sepak Gemilang sahaja yang menyiapkan diri seawal subuh hari, malah seluruh warga Mahkota bagai terkena virus bangun awal. Jika tidak kerana acara besar yang akan berlangsung sebentar lagi, hari minggu begini nak bangun awal? Haram!
Kebiasaannya, kalau tidak dihambat Ustaz Fakhri dan Ustazah Syafinaz untuk solat berjemaah di surau alamatnya ramailah yang subuh gajah. Sudah dihambat pun paling-paling kurang pasti akan ada 3 atau 4 barisan yang masbuq! Hendak terpusing kepala Ustaz Fakhri menggeleng bila melihatkan perangai pelajarnya sekor-sekor. Bagi yang bukan Islam pula bila selesai sahaja rakan-rakan mereka pulang daripada surau, mulalah nak bergaduh berebut tandas. Almaklumlah, mereka masih lagi tarik selimut waktu subuh tadi. Bila sudah berkumpul ramai-ramai begitu di tandas, mulalah ambil jalan mudah. Sekadar mandi ‘cowboy’ sahajalah gamaknya. Masuk ke kelas buat cikgu pening kepala, menghidu bau-bauan yang bermacam aroma. Itu satu kes, ada juga yang sanggup tidur tegak dalam almari pakaian semata-mata hendak ponteng kelas tuisyen hari Sabtu. Macam-macam hal!
Hari ini memang istimewa. Bagai magis, semuanya berjalan lancar. Solat subuh yang cukup jemaah, tidak ada jemaah masbuq. Tandas pula tidak lagi jem, tak ada beratur panjang mengambil giliran untuk mandi. Masing-masing mengenakan T-shirt sekolah. Yang mana fanatik, siap mewarnakan rambut mereka belang-belang hijau-kuning biar gerun sedikit pihak lawan mereka, Gemilang. Patriotik sungguhlah!
Selesai solat subuh berjemaah, Ramli dan Malik beriring kembali ke bilik mereka. Sesekali sempat juga mengumpat hal Maaran dan Shawn. Hal Maaran, si skema nak mampus dan hal Shawn, si hati batu tak sedar diri. Yang digeramkan Ramli, dia cuba mengejutkan lelaki itu untuk sama-sama solat berjemaah di surau. Tapi hampeh, makin menarik ‘sleeping bag’ adalah! Tak berubah-ubah kawan aku yang seorang itu. Macam mana jiwa nak tenang kalau tidak diminta nikmat ketenangan itu dari yang Esa? Banyak kali dah aku cakap dengan dia, jangan tinggal solat! Detik hati Ramli. Dia termenung seketika, kemudian tersengih sendiri. Memang betul kata Shawn, aku memang busy body! Tapi salahkah aku menasihat kawan aku? Mungkin cara aku yang salah. Emm, entahlah…
Memulas tombol pintu biliknya, Ramli dan Malik memasuki kubikel bilik mereka. Terkesima sebentar mereka bila melihat sekujur tubuh yang sedang khusyuk sujud ditikar sembahyang. Mengubah posisinya Shawn bertahiyat dan kemudian mengucap salam lalu mengangkat tangan berdoa. Rasa bersalah menyelinap dalam diri Ramli. Menyesal pula berburuk sangka dengan Shawn sebentar tadi. Ternyata Shawn menunaikan tiang amalinya. Ramli lega, sekurang-kurangnya lembut juga hati rakannya itu untuk mengerjakan kewajipan lima waktu. Tapi kenapa malam tadi dia tak solat Isya’ pun? Setan dalam diri mula bersuara. Entah-entah dia saja nak tunjuk baik pada kau supaya kau boleh berlembut dengan dia di padang nanti. Kedengaran lagi suara itu. Merepeklah! Shawn tak kenal erti gentar di padang! Walau dengan aku hatta Ronaldo sekalipun dia tak akan meminta belas pada pihak lawan. Cuba jangan berburuk sangka Ramli? Perjalanan daripada Gemilang ke Mahkota sahaja sudah mengambil masa 1 jam lebih. Pasti mereka sudah jamak Maghrib-Isya’ sebelum tiba ke sini malam tadi. Cepat-cepat Ramli membangkang hasutan-hasutan halus itu.
Sekolah Menengah Kebangsaan Gemilang terletak di Daerah Batang Padang, Perak. Namun bagi pelajar-pelajarnya, Kuala Lumpur bukanlah asing bagi mereka. Setiap kali outing hujung minggu, KL lah tempat mereka melepaskan tekanan latihan dan belajar. Berlainan pula dengan Mahkota. Walaupun sekolah elit ini terletak di pinggiran Putrajaya yang mana dekat benar dengan bandar raya Kuala Lumpur, tetapi dek kerana jadual yang ketat, jarang sekali mereka dapat keluar mengambil angin. Ada sahaja aktiviti yang disediakan untuk mereka. Jujurnya Ramli lebih suka begitu. Sekurang-kurangnya pelajar di Mahkota tidak akan terjebak dengan gejala-gejala tidak sihat diluar sana. Remaja zaman sekarang memang perlu dikawal pergerakan mereka. Kalau tidak, rosak!
"Aku pinjam sejadah kau." Bicara Shawn. Bangun dari duduknya, dia melipat sejadah yang digunakannya lalu dihulurkan kepada Ramli. Bersahaja, matanya langsung tidak ditemukan dengan Ramli. Segera minta hulurannya disambut, kemudian Shawn terus mendapatkan Maaran, ingin menyiapkan diri.
Geram melihatkan itu, Malik menggeleng pada Ramli yang bagai terkilan menyambut huluran sejadah itu dengan lagak dingin Shawn. Perasan akan Malik yang bengang, Ramli melirik senyum, menggeleng-geleng kepalanya petanda buat Malik agar mengabaikan perkara itu. Malik menarik muka, tertekan.
"Tak reti-retilah nak ucap terima kasih!" Sindir Malik. Dilayangnya pandangan laser buat lelaki keras hati itu. Kebal, tidak terkesan! Akhirnya ianya mati di situ, tiada kata balas daripada pihak lawannya itu sedikit mengecewakan. Malas hendak melayan, Malik mengikut jejak Ramli, menyiapkan diri untuk turun padang.
Jam menunjukkan 6.53 pagi. Walau suasana di luar masih lagi gelap tidak dihiasi pancaran mentari, namun beberapa kali kokokkan ayam sahut menyahut. Bagai menggesa penghuni asrama itu untuk cepat-cepat bergegas ke medan gempur mereka. Bersegera, masing-masing mendapatkan beg sukan mereka. Kelengkapannya diperiksa buat kali terakhir, sepatu, tuala, botol minuman, beberapa keping ‘energy bar’ dan baju gantian. Serentak itu kaki melangkah keluar daripada kubikel yang menempatkan mereka. Malik yang pertama, diikuti Maaran, Shawn dan…
"Shawn!" Panggil Ramli. Berdiri di muka pintu, kakinya tidak jadi melangkah. Terpandangkan ‘wind breaker’ yang tersangkut pada paku dialmari pakaiannya, dia mengambil ‘sweater’ berwarna biru hitam itu lalu dihulurnya kepada Shawn.
Shawn menunggu kata-kata seterusnya daripada Ramli. Fikirnya, rakannya itu hendak berbicara serius mengenai hal mereka. Mengucap kata maaf mungkin. Egonya terlalu teguh sehingga menghalang dirinya melakukan hal tersebut. Lagi pula pada pendapatnya, dalam soal ini Dash yang melakukan kesilapan jadi mengapa harus dia yang mulakan. Terdampan pandang pada ‘wind breaker’ yang diunjuk Ramli, dia mengambil huluran itu. Kaki melangkah kembali namun hatinya sedikit kecewa. Berhenti dan berundur semula, dia mendapatkan Ramli yang sudahpun menarik daun pintu, menutupnya rapat.
"Terima kasih!" Ucapnya, agak lembut. Mengangkat sedikit ‘wind breaker’ itu memaksudkan ucapan itu buat Ramli kerana mengingatkannya tentang jaketnya.
Ramli sekadar mengangguk mendengarkan itu. Cuak sekali keadaan mereka. Macam orang asing! Apa sebenarnya membuatkan hubungan hangat dahulu menjadi sedingin ini? Masing-masing menyoal hakikat itu. Tersenyum, agak sinis Ramli mengungkap kata semangat...
"Good luck to you!" Bahu Shawn di sentuhnya lembut. Lalu Ramli melangkah mara, mengutip jejaknya. Nun agak jauh di depan, kelibat Malik dan Maaran kelihatan menyelusuri susur gajah yang menghala ke bangunan akademik.
"You’re better watch out bro! Aku tak akan bagi kau peluang." Ujar Shawn, serius. Dia mengejar langkah Ramli dan berjalan beriring dengan pemuda itu.
Tersengih mendengarkan itu…
"Same with you Slash. Aku bukan Dash yang dulu!" Balas Ramli.
Langkah mereka diteruskan dalam kebisuan. Masing-masing sudah membulatkan tekad. Walau apa yang berlaku, aku tak akan kalah pada lelaki ini.
LIMA PULUH SATU
Gaduh-gaduh
Suasana di sekitar padang bola sepak itu riuh rendah, dipenuhi para pelajar yang rata-ratanya teruja untuk turun padang. Buktinya bukan sekadar 4 podium tempat duduk penonton empat tingkat yang terletak di sekeliling padang itu penuh malah lereng bukit bersebelahan arena bola sepak itu juga tidak lagi kelihatan hijau lagi malah berwarna-warni dengan pelbagai gaya pelajar yang menempatinya. Tidak mahu ketinggalan adalah para guru yang juga turut serta memeriahkan keadaan. Sesak juga khemah khas yang disediakan untuk mereka. Mana tidaknya kebanyakkan mereka berpakat membawa bersama keluarga masing-masing. Esak tangis kanak-kanak, bising sok sek pelajar, kecoh gossip cikgu-cikgu... Sudahnya hingar-bingar yang wujud tak ubah seperti di sarkas. Memang suatu keberuntungan buat mereka apabila perlawanan itu diubah kesini. Jikalau ianya berlangsung di Stadium MP Petaling Jaya, pasti penontonnya tidak akan jadi sebegini ramai. Ditambah lagi, dengar khabar sebentar lagi akan tiba satu bas penuh pelajar Gemilang yang akan datang untuk menyokong pasukan mereka. Tak mahu kalah nampak!
* * *
Selesai penerangan ringkas daripada Coach Ghani, Nazri dan Tahar mengenai perlawanan yang akan berlangsung, para pemain berkumpul di padang perhimpunan yang berdepan dengan dewan makan dalam kumpulan masing-masing dan memulakan sesi memanaskan badan. Mereka perlu memastikan keadaan tubuh benar-benar bersedia untuk mengelakkan kecederaan sewaktu beraksi kelak.
Tingkah Yui yang terpanjang-panjang lehernya menarik perhatian Malik. Sudah masak benar dia dengan perangai gadis itu. Jikalau begitulah perangai si tomboy Jepun tersebut pasti ada sesuatu yang bermain difikirannya.
"Woi Yui! Kau tengok apa?" Perlahan-lahan Malik menghampiri gadis itu. Berbisik, dia tidak mahu ahli pasukan yang lain memberi perhatian kepada perbualan mereka. Dia turut melilau memerhati apa yang dilihat Yui di dalam kumpulan musuh mereka itu.
"Aku tengok apa? Yang kau terhendap-hendap macam orang tak betul ni apahal?" Tanya Yui, berkerut memandang Malik serius. Cepat-cepat dia meregangkan kakinya.
"Alah aku tahu apa kat dalam kepala otak kau ni. Kau ada buat something kan? Baik kau bagi tahu aku apa dia?" Duga Malik. Dia menghunuskan jari telunjuknya kewajah putih merah itu. Mata sepet Yui membesar sedikit, membuat muka tak puas hati.
"Aku buat apa?" Sengaja mahu dipanjangkannya perkara itu. Memang benar dia merancang sesuatu. Namun daripada pemerhatiannya, rancangan tersebut macam ada masalah saja. Mamat tu tak perasan ke barang yang aku letak dalam poket dia malam tadi? Tak mungkin. Atau dia sengaja buat tak endah? Keras hati sangatkah si Shawn tu?
"Dari tadi kau asyik memerhatikan Shawn, kenapa? Dan lagi satu, malam tadi dia lambat masuk bilik. Lepas tu bengang semacam je. Apa yang kau dah buat ha? Kau ada ugut dia ke, supaya team kita boleh menang?" Sengih Malik bila memikirkan apa yang dilafazkannya. Bernas juga idea tu!
"Baka’!" Sebut Yui pendek, mengerling pada Malik, tersenyum nakal. Ugut? Yeah! Kinda. Yui tersengih bila teringat back flip yang dibuatnya kepada Shawn semalam. Wait! Bilik dia?…Gosh! Macam mana aku boleh lupa Taiko dengan Ramli sebilik?
"Err Taiko…" Yui teragak memanggil Malik yang hendak beredar dari situ, sedikit kecewa dengan sikap bolayan Yui. Melihatkan teman sepasukannya itu beria-ia memanaskan badan, rasa berdebar menyusup ke dalam dirinya. Apa yang aku buat tak panaskan badan lagi ni?
"Apa?" Soal Malik, tidak berminat.
"Malam tadi, ada tak Shawn dengar Mp3?" Yui ingin tahu.
"Tak ada pula. Masuk-masuk bilik mamat tu terus boom! Tapi sempat jugalah kitorang bertekak sedas-dua. Kenapa?" Tanya Malik lagi, agak keliru.
"Ha? Errr... Tak ada apa-apa. Semalam aku nampak dia pegang Mp3. Lawa juga. Aku nak tanya kau tahu tak dia pakai jenama apa? Aku ingat aku nak belilah model tu!" Yui berdalih, berbasa-basi. Dia tidak mahu sesiapa tahu tentang hal Mp3 yang sengaja dimasukkan kedalam kocek Shawn malam tadi.
Dari segi akal warasnya memang dia cuba hendak bermain psikologi. Memang sengaja dia mahu Shawn mendengar perbualan antara Ramli, Malik dan dirinya yang sempat dirakamkan tempoh hari. Untung-untung bila sudah mendengarkannya, konsentrasi mereka terganggu dan mudah bagi Mahkota untuk mengawal perlawanan. Itu kalau difikirkan dari sudut nakalnya lah! Tapi jujurnya niat aku cuma mahu mereka tahu apa sebenarnya yang berlaku. Memang sepatutnya seluruh team Gemilang yang mendengar luahan hati Dash! Tidak seharusnya dia terus dipersalahkan sedangkan hal pertuduhannya itu tidak pernah berlaku. Persetankan tentang hal rahsia polis itu. Lagipun kes New Eagle sudah lama selesai bukan? Tiada apa lagi yang perlu diselindungkan. Agaknya memang sukar benar merobohkan tembok ego orang lelaki ini? Tiba-tiba dahinya melecet diketuk, mematikan monolog hatinya.
"Auchh! Apahal kau Taiko? Yang kau luku kepala aku kenapa?" Marah Yui diperlakukan begitu. Mata-mata pemain-pemain lain mula memandang mereka.
"Padan muka! Tengah genting macam ni pun kau boleh terfikirkan model Mp3?" Geram Malik.
"Malik, Yui! Stop It! STORM, berkumpul!" Jerit Ghani. Dari tadi dia memerhatikan gelagat kedua anak buahnya itu, menyakitkan mata sungguh! Secara jujurnya dia risau akan prestasi Mahkota. Dari gaya Gemilang ternyata mereka bukan calang-calang lawan.
Malik dan Yui akur, mencebik bibir. Mereka mengatur langkah mendapatkan Ghani dan Nazri yang berada tidak jauh dari situ. Bertentangan dengan arah ruang peribadi yang diperuntukkan buat Gemilang. Melihatkan Gemilang yang sudahpun membentuk separa bulatan menghadap jurulatih mereka Coach Tahar Harun, masing-masing menelan liur. Sedikit gentar melihatkan tingkah serius dan bersemangat ahli-ahli pasukan lawan yang memberi perhatian 200% terhadap apa yang dibicarakan Tahar. Terhenti mengambil langkahan seterusnya, gerak geri Ramli menarik perhatian Yui. Lantas pemuda itu didekatinya.
"Janganlah fikir sangat tentang Gemilang. Aku faham yang kau terhimpit kerana mereka adalah pasukan kau dahulu. Tapi aku yakin kau cukup professional untuk tolak unsur-unsur begini kan? Lagipun bila dah masuk gelanggang, lawan tetap lawan, tapi itu tidak bermakna hubungan persahabatan akan terputus." Yui menyatakan kata-kata semangat. Faham benar dia akan situasi Ramli itu. Pasti terdetik rasa serba salah apabila melihatkan barisan rakan-rakan yang menjadi tulang belakangnya dulu kini bergelar musuh. Tapi kenyataan bukan boleh berubah menjadi mimpi. Malah isu seperti ini bukanlah asing di arena sukan bola sepak antarabangsa. Hari ini kau dalam pasukan A, esoknya mungkin kau akan ke pasukan B. Yang penting adalah profesionalisme dan semangat kesukanan yang tinggi.
"Huh! Mereka tak anggap aku sebagai kawan pun Yui!" Ucap Ramli. Sememangnya timbul kekesalan dihatinya. Terpaksa bertarung dengan Gemilang bagai mimpi ngeri. Menyaksikan dan merasakan aura Biru-Hitam di depannya kini semacam meruntun diri sendiri. Terbayang-bayang tika berkumpul begitu dan mendengar aturan strategi genius Coach Tahar dan kata-kata pembakar semangatnya. Masih terngiang-ngiang di kepalanya kata-kata lelaki separuh abad itu. Tok guru pertamanya dalam bidang ini. Masakan boleh dia berpaling tadah? Tapi sebagai ahli sukan, profesionalisme adalah nombor satu. Dalam situasi begitu tidak mungkin dia mengkhianati Mahkota pula. Arghh!!! Mengapa aku kena lalui semua ini.
"Mana kau tahu? Aku tak percaya mereka boleh melupakan sebuah ikatan persahabatan dengan begitu mudah. Aku yakin satu hari nanti mereka akan tahu juga kebenarannya." Yui bersungguh, tersenyum. Lihat saja nanti! Doanya semoga Shawn sudah mendengarkan Mp3 itu. Dialih pandangannya semula pada Shawn di kejauhan. Serius sekali pemuda itu. Tubuhnya masih lagi dibaluti wind breaker yang sama yang dikenakan Shawn semalam. Bagaimana aku nak tahu dia dah dengar atau belum Mp3 itu?
"Apa-apa sajalah Yui. Boleh tak kau berhenti bercakap pasal benda ni? Kau buat aku bertambah tertekan tahu tak?" Ramli serius. Semasa Yui beralih pandang kepada Shawn tadi dia turut mengikut. Sudahnya, hatinya bertambah gementar tatkala mata terdampan kelibat team Gemilang yang kelihatannya sudah bersedia benar.
"Entah! Kau boleh diam sekejap boleh tak? Rimas aku tengok gelagat kau yang macam kera sumbang tu. Kau ni betul ke tidak Yui? Baik kau perform elok-elok di padang nanti." Sampuk Malik tiba-tiba. Dia tidak mahu ketinggalan membebelkan Yui. Serentak itu kedua-dua Yui dan Ramli memandangnya semacam.
"Apahal kau Taiko? Aku yang kera sumbang atau kau yang macam kera kena belacan. Alah...! sebenarnya aku tahu kau takut Mahkota kalahkan? Kau yang sepatutnya main betul-betul. Dengar cerita Maaran nak belasah kau cukup-cukup!" Ujar Yui lagi, memulangkan paku buah keras. Tak habis-habis membebel mamat ni! Menyibuk saja. Semenjak peristiwa lepak mereka bertiga (Yui, Ramli dan Malik) di wakaf tempoh hari entah mengapa lelaki itu lebih terbuka dengan dirinya. Tidak lagi dingin seperti mana Yui Ito mula-mula menjejakkan kaki ke Mahkota dulu. Asyik dibuli Taiko sahaja.
"Apa kau ingat aku takut sangat dengan mamat skema tu? Hei, ini Taikolah! Aku yang akan belasah dia cukup-cukup. Kau tu yang jaga-jaga! Belum tentu Coach lepaskan kau turun padang! Jangan jadi bench warmer sudah!" Herdik Malik. Geram bila di ‘provoke’ begitu. Ramli sudah lama lari daripada mereka berdua. Gelagat mereka juga sudah jadi tontonan rakan-rakan yang lain.
"Malik, Yui! Saya nak cakap berapa kali dengan kamu berdua ni? Tumpukan perhatian! Ini bukan masa untuk bertekak. Karang dua-dua sekali saya gantung padang! Mahu?" Sudah hilang kesabaran Nazri. Bercekak pinggang dia berdiri beberapa meter sahaja dari kedua-dua pelajar itu. Sengaja tidak ditinggikan lagi volume suaranya. Jikalau didengar dek kumpulan lawan, malu mereka! Berkelahi sebelum bermula perlawanan. Huh! Macam budak-budak! Disebelahnya adalah Ghani yang serius bangat. Renungan matanya sahaja tembus memandang Yui dan Malik. Nyata dia kecewa dengan dua pelajar harapannya itu.
Gulp! Yui dan Malik terdiam terus.
Ha! Sekarang baru nak menelan liur? Desis hati Ramli, terlirik sinis melihatkan kerut wajah Yui dan Malik. Sebenarnya dia faham akan niat Yui yang cuba membuat dia berasa lebih baik. Tapi tak perlulah terlalu mendesak. Dia tahu bagaimana menguruskan emosinya sendiri. Hakikat dulu tak akan mengganggu konsentrasi aku untuk berdepan dengan Gemilang. Well, maybe a little. Tapi tak adalah serius macam kes budak berdua ni. Both of you are so annoying! Tapi lucu juga…
Dekat seminit dibebelkan, akhirnya mereka semua dibenarkan juga duduk. Malik dan Yui dipisahkan. Penerangan kedua-dua Coach Ghani dan Nazri akan bermula. Mereka perlu strategi yang kuat sekarang, setanding lawan mereka.
"Yui, good luck! Kau tak payah layan sangat Malik tu. Dia memang macam tu setiap kali ada perlawanan. He like being bossy. Taiko lah katakan." Weng Chun mengambil kesempatan mengucap kata semangat. Mereka memegang posisi yang sama. Entah siapa yang terpilih masih lagi menjadi tanda tanya. Jujurnya kehadiaran Yui membuat dia terpaksa berusaha lebih lagi kali ini.
"Same with you Weng Chun. Pasal Taiko tu aku tak kisah sangat. Cuma aku risau tentang Gemilang. Tak kira siapapun yang jaga gawang, pastikan Mahkota tak bocor O.K?" Yui menghulur salam. Tangan mereka bertaut mesra. Mereka sudah klik sejak sesi latihan intensif lagi. Walau Weng Chun agak kurang selesa dengan kehadiran Yui pada mulanya tapi lama kelamaan mereka kamceng juga. Memang tidak dinafikan Yui layak dengan ’post’ yang diimpikannya.
Yui tersenyum, 100% selesa dengan kedudukannya sekarang. Sekurang-kurangnya segala penat lelah dia berlatih selama ini berbaloi. Berada dalam barisan pemain Mahkota sekarang, soal bet dengan Luqman sudah jadi hal kedua. Secara peribadi aku hanya mahu bermain sejujurnya dengan semangat kesukanan yang membara di dada. Itulah erti kata sukan yang sebenarnya. Bukan hanya setakat memenuhi sebuah taruhan, tetapi untuk kepuasan diri. Pengajaran oleh Papanya sentiasa tersemat didada. Memandang serius ke depan, Yui membulatkan tekad.
LIMA PULUH DUA
Perang Bermula
Mereka berjalan dalam dua barisan, berjalan beriring menuju ke padang. Berpasangan dengan ‘saudara angkat’ masing-masing. Melangkah yakin memasuki hamparan rumput hijau itu melalui hujung padang diantara dua podium utama penonton, sorakan penyokong kedua-dua pasukan memecahkan telinga. Podium dikiri dipenuhi penyokong Biru-Hitam, pelajar-pelajar Gemilang yang baru sahaja sampai dengan sebuah lagi bas sekolah mereka. Manakala podium kanan pula, tak kurang hebat dengan aura Hijau-Kuning. Kebetulan warna rasmi Mahkota adalah mirip warna rasmi Negara Brazil, maka mulalah ada mulut-mulut yang hendak menyamakan Mahkota dengan pasukan bertaraf dunia itu. Sekadar hendak memanaskan telinga pihak lawan yang mendengar.
‘Tendangan Maut, Sepantas Helang, Gol Kita Kaut, Gemilang Cemerlang!’ Penyokong Gemilang melaung kata-kata semangat mereka disambut dengan sorakan mereka sendiri (dah tak ada orang lain lah kata kan!), bagi meraikan kemasukan pemain-pemain kesayangan. Bengang mereka dengan cakap-cakap budak-budak tuan rumah! Walau kekurangan penyokong itu tak bermakna mereka boleh dihenyak begitu saja.
‘Mahkota masuk padang, semua orang pandang-pandang, hari ini mesti menang, Gemilang kalah jangan bengang. Oo oo oo oo oooo’ Penyokong Mahkota tak mahu kalah. Dilagukan lagu biasa kesukaan mereka yang dicilok daripada melodi kartun Kacang. Disambut dengan sorak dan gelak ketawa penyokong Mahkota yang melata, merata di mana-mana.
Mendengar itu Gemilang bertambah-tambah bengang. Permainan psikologi dan emosi bermula. Mungkin dari sudut luarannya henyakan gemuruh teriakan pihak lawan menikuskan pasukan Gemilang dan seluruh penyokongnya. Namun jauh di dalam sanubari, itu membuatkan semangat juang mereka semakin membuak-buak. Alangkah nikmatnya sekira Mahkota tersungkur dipadang mereka sendiri. Pasti menahan malu besar Ghani dan Nazri selepas ini. Dan selamat datang rejim bagai neraka buat STORM! Muahaha… Gemilang sudah membulatkan tekad.
"Ya…! Itu dia kemasukan Biru-Hitam dan Hijau-Kuning dengan penuh yakin dan bersedia untuk perlawanan yang semestinya pasti sengit sebentar nanti. Disambut dengan sorakan penyokong masing-masing. Bawa bersabar ya, para penonton… Dikesempatan ini saya ingin mengucapkan selamat datang buat pasukan Gemilang dan para penyokong Biru-Hitam. Dan juga kepada tetamu-tetamu daripada sekolah-sekolah berdekatan yang turut ingin memeriahkan lagi perlawanan pada hari ini. Wah, dahsyat sungguh! Tak sabar nak tengok bola mula bergolek atas padang! Tidak dilupakan, berikan tepukan gemuruh buat jurulatih kedua-dua pasukan, Coach Nazri bagi Mahkota dan the legendary Coach Tahar dari Gemilang!" Zikri si tukang karut Mahkota, kembali menjalankan tugasnya sebagai pemberita tak bertauliah. Dilantik sebagai pengulas sukan bagi perlawanan kali ini, bising bebelannya yang tidak mengerti tanda noktah membuatkan suasana padang itu bertambah havoc. Memang tidak boleh pegang microphone mamat ni! Gelengan sebahagian penyokong dan pemain, walau bagaimanapun itu tidak dapat menghentikan mulut murai Zikri.
Dua barisan itu berpecah dua, lalu mereka membentuk satu barisan panjang dengan kedua-dua orang Jurulatih Nazri dan Tahar di tengah-tengah. Disebelah kiri Mahkota dan di sebelah kanan Gemilang. Mereka berdiri menghadap pentas kecil yang dibina bagi menempatkan Pengetua, Dr. Saripah Salbiah, PK HEM, Yusuf Bashah, PK P&A, Idris Atan dan beberapa orang guru kanan yang lainnya. Kedua-dua pasukan diperkenalkan oleh Zikri secara rasmi lalu diberikan peluang buat pengetua untuk berucap sepatah dua kata.
Tika ini, semua yang berada ditengah padang berpeluh dingin, gementar. Tidak terkecuali jurulatih pasukan, Nazri dan Tahar turut merasa bahangnya. Al-maklumlah, ini perlawanan pertama mereka bagi musim ini. Pasti perlawanan ini menjadi pemula sama ada musim ini bakal memberi harapan cerah atau sebaliknya. Batu ukur prestasi pasukan mereka akan dihakimi sebentar sahaja lagi.
Berada dipadang kini, jantung Yui berdegup kencang. Macam tak percaya dia kini akan bertarung secara rasmi dalam arena sukan. Bola Sepak pula! Kalau diketahui Papa mahu saja dia pengsan. Memberi kebenaran untuk aku mengambil kelas Judo sahaja payah, inikan pula berlumpur lasak begini dalam team yang 100% lelaki! Pasti Shin juga tak akan percaya jika melihatkan semua ini. Mama pula mungkin tak mengenali langsung anak gadisnya, Si Kawaii Yuhanis!
Seperti biasa tubuhnya tak reti diam. Pusing ke kanan, pusing ke kiri, kata-kata semangat daripada Pengetua langsung tidak diendahkannya. Hakikatnya Yui mencari abangnya, Luqman. Rasa rindu pada keluarga di Jepun nyata sekali menggigit. Mungkin akan lega sedikit hati ini apabila dapat melihat wajah mirip Papa itu. Dikejauhan dia menangkap susuk Daniel yang menarik paksa tangan seseorang nun di atas bukit sana. Mujur pentas utama mengadap kebahagian utara sekolah, kearah lereng yang menempatkan stadium renang dan basket. Senyumnya menguntum. Daniel menepati janji untuk memujuk ego lelaki itu hadir menyaksikan perlawanan tersebut. Tak salah lagi orang yang hadir dalam keterpaksaan itu adalah Luqman. Dalam diam dia menyebut syukur kepada Tuhan. Sekarang akan aku buktikan!
Satu lagi masalahnya sekarang ialah konflik antara Gemilang dan Mahkota. Atau lebih tepatnya perang silam antara Dash dan Slash. Itu yang membuat Yui garu kepala. Terasa sekali ketegangannya. Lihat sahaja perarakan masuk ke padang tadi. Berjalan beriring berdua bagai ada sportlight yang menyuluh setiap langkah, pergerakan, kerut wajah serius dan aura membara mereka berdua. Ditambah pula usikan mulut laser zikri yang sengaja membuka kisah lama. Kehebatan Double Killer Strike diperdengarkan semula, tapi kali ini dalam nada yang berbeza. Dash dan Slash bukan lagi pasangan tetapi lawan! Aksi tarungan kedua jaguh itu yang paling dinanti-nantikan. Cuma yang tak sedap telinga apabila spekulasi-spekulasi basi yang dibisingkan para penonton. Status Ramli sebagai pemain Skuad Kebangsaan Remaja dahulu dan keberundurannya secara tiba-tiba daripada Gemilang dipersoalkan kembali. Sakit telinga bercampur dengan sakit hati, itu yang buat Yui bengkek. Keadilan perlu ditegakkan. Apa yang pernah berlaku dulu perlu disampaikan kepada orang yang patut tahu. Siapa lagi kalau bukan Shawn AKA Slash! Yui ketap bibir. Membongkokkan tubuhnya kebelakang mencari susuk Slash yang berada dibarisan lawan disebelah sana. Dia mencari poket wind breaker yang dipakai pemuda itu. Bagai ada kuasa X-ray Superman dari matanya, dia positif yang Mp3 yang dimasukkan kedalam kocek it masih tidak disentuh. Tak hairanlah dia buat dek saja! Rosak rancangan aku! Yui mengeluh kecil. Jahanam Mp3 aku kalau dia terus balik Gemilang lepas ni! Tak pasal-pasal lesap!
"Hei Yui! Apa yang kau fikirkan?" Tanya Ramli, menyinggung bahu gadis itu. Macam ada masalah besar sahaja dari riak wajahnya.
"Ha? Err… Tak ada apa-apa. Kau jangan hirau apa yang diorang cakap. Buat yang terbaik O.K.!" Mata gadis itu bersungguh, penuh dengan sinar harapan.
Sekadar tersenyum ringkas, Ramli mengangguk. Sekarang ianya antara aku dan kau, Slash! Entah mengapa dia mahu menyambut bara dendam yang dihulur Shawn kepadanya. Dari jauh dia memandang sinis lelaki itu. Biar semua orang lihat tingkahnya. Alang-alang orang bercakap… Awas Gemilang!
Lebih kurang lima minit berlalu, Pengetua menyelesaikan ucapan yang panjang berjela disambut dengan tepukan gemuruh para penonton yang lega menahan telinga. Kedua-dua pasukan yang berseteru di padang kini diperkenalkan Zikri. Dimulai dengan jurulatih pasukan masing-masing dan serba sedikit informasi tentang kekuatan kedua-dua pasukan. Gemilang dijulang kerana sepakan maut mereka manakala Mahkota pula sentiasa konsisten pada musim-musim lepas.
"Namun bagaimana dengan Double Killer Strike yang sudah terpecah dua. Kita nantikan kesudahan pasangan Slash and Dash yang kini bukan lagi kawan tapi lawan! Pastinya musim ini bakal menyaksikan aksi-aksi yang lebih menarik dalam arena bola sepak sekolah di negara kita." Kata penutup daripada Zikri menghangatkan lagi suasana. Tak ada sensitiviti langsung! Marah Yui. Aku baru nak jernihkan suasana, dia pergi tambah minyak pada api pula!
Berjabat tangan antara dua pasukan adalah perkara lazim sebelum perbarisan itu keluar padang dan bersiap sedia untuk perlawanan mereka. Yui menelan liur. Dah nak mula ke? Diperhati semula lawan-lawan yang bersilih ganti didepannya itu, nyata sekali dia tenggelam. Aku yang paling kecil?! Kata-kata itu antara persoalan dan kenyataan. Biar betul? Apasal gabak-gabak sangat diorang ni? Angan-angannya melayang sejurus wajah Shawn memasuki layar pandang. Bertaut salam dengan Ramli yang berdiri di sebelahnya, keduanya serius. Terlalu serius! Sorak penonton menambah lagi aura membunuh yang terbit antara bekas pasangan itu.
"Let the best man win!" Kata Shawn, tersenyum sinis.
"Kita lihat saja nanti." Jawab Ramli.
"Kau tak khayalkan sekarang? Aku tak nak ada mat gian yang tersadung kat tengah padang sekejap lagi." Tergelak kecil, Shawn melepaskan genggaman yang mencengkam antara dia dan Dash. Entah mengapa dalam situasi ini keadaan bagai mendesak mereka untuk lebih bermusuh. Raut wajah Ramli yang kegeraman memuaskan hatinya. Inilah bahana bila kawan menjadi lawan. Bila dah bergaduh begini seperti hilang terus segala kenangan manis mereka bersama.
Beralih pada lawannya, pandangannya turun pada… Yui. Dia tersengih. Si pendek tak sedar diri ni memang nak kena belasah! Berani betul dia nak berdepan dengan Gemilang.!
"Engkau ni memang semulajadi dilahirkan untuk memualkan orang ya?" Tanya Yui spontan. Tidak menyambut huluran tangan Shawn. Berkerut wajahnya memandang lelaki itu. Terbakar bila mendengar bisikan mamat tersebut pada Ramli tadi. Memang sah dia tak dengar Mp3 tu? Patutnya aku bagi straight to the point je rakaman tu semalam. Tapi aku takut pula ego mamat tu semakin menjadi-jadi bila dia tahu hal sebenarnya daripada aku. Ye lah kan, mesti dia malu bila apa yang dia ingatkan selama ini tak betul. Pasal tu aku nak dia dengar Mp3 tu seorang-seorang. biar dia dapat fikir sendiri, logik ke tak logiknya apa yang Ramli buat. Betul ke apa yang aku fikir ni? Yui serabut! TawakAllah je lah! Matanya fokus pada kocek wind breaker Shawn.
"Kau tanya diri sendiri ke? Jangan nak tunjuk lagaklah perempuan!" Herdik Shawn. Memang dia tak puas hati dengan Yui sejak kejadian di padang tempoh hari. Salamnya yang tidak bersambut segera di tarik. Malas hendak berlama-lama berdiri di situ. Tapi…
"Auch!" Shawn mengerang tiba-tiba. Kakinya dipijak kasar oleh Yui. Tertekan betul aku dengan mamat ni!
"Opss maaf! Orang Jepun selalunya tak salam pakai tangan. Untuk orang macam kau ni lebih sesuai salam pakai kaki je." Yui menekan suaranya tersenyum. Padan muka. Kalau aku perempuan kenapa? Sekurang-kurangnya aku tak macam kau lelaki bodoh yang pendek akal! Melihatkan Shawn yang kesakitan, Ramli dan beberapa lagi rakan sepasukannya terlepas tawa.
Belum sempat Shawn membalas ‘serangan’ gadis itu, Maaran dibelakangnya menggesa Shawn bergerak mengikut barisan yang sudah regang dek perhitungannya dengan Ramli dan Yui. Maaran tidak mahu aksi bermula sebelum wisel permulaan perlawanan ditiup. Buat malu saja nanti! Nasib baik tidak ketara sangat karenah mereka bertiga dimata penonton. Maaran ketap bibir. Jujurnya dia juga turut terganggu dengan hakikat Ramli bakal menggempur gawang Gemilang. Jika dahulu mereka berdua sering membuat strategi bersama untuk membolos gawang pihak lawan, namun sekarang tidak lagi. Huluran tangan Ramli disambutnya. Lelaki itu tersenyum hambar padanya. Good luck Dash! Jauh disudut hatinya masih ragu-ragu akan tuduhan yang dilempar pada Ramli dulu.
"Kau tunggu Jepun! Siap kau nanti." Marah Shawn, mula bergerak kedepan tapi matanya masih pada Yui.
"Apa-apa sajalah Slash! Kau ingat aku takut? Anyway, cantik kocek jaket kau!" Balas Yui. Mulutnya dimuncungkan pada sisi kanan Shawn. Lelaki itu sekadar berkerut pelik padanya dan beredar pergi, laju, mengutip langkah-langkah rakan-rakannya di depan. Mereka-mereka disekeliling Yui yang menyaksikan perang mulut itu juga memandangnya semacam.
"What?" Soalnya pada Ramli yang nyata sekali melihatnya macam tengah menunggu seorang professor menjelaskan tentang hukum relativiti. Mahkota dan Gemilang kini bergerak, keluar daripada padang, berpecah dan menuju ke bangku-bangku pemain khas buat pasukan masing-masing yang disediakan dikiri dan kanan padang itu.
"Cantik kocek jaket kau?" Keningnya terangkat. Ramli inginkan jawapan Yui bagi soalan pelik itu. Mereka mendapatkan kawasan rehat Mahkota yang berada di belah kanan padang.
"Well, aku tak ada modal lain…" Bohong Yui, tersengih. Disambut dengan tawa kecil dan gelengan daripada Ramli. Kepala gadis bertopi itu diusapnya agak kasar. Yui! Yui! Berjumpa dengan gadis itu membuat dia melihat dunia ini dari sudut yang berbeza. Hilang kawan lama, sekurang-kurangnya aku punya rakan baru.
"Ramli, kita jadi duo baru nak? Dash and Trasher!" Cadang Yui bersungguh.
"Trasher?" Ternaik lagi keningnya. Ada-ada sahaja idea gila gadis itu.
"Aku akan jahanamkan setiap tendangan maut diorang!" Kata Yui, mencerun anak matanya serius.
"Aku striker, kau goalie! Macam mana nak jadi duo?" Soal Ramli semula. Dia melabuh punggung pada bangku yang disediakan. Beg sukan miliknya diambil daripada longgokan beg-beg ahli pasukan lain yang kemas disusun disitu. Beg Hijau-Kuning berlogo Mahkota itu dibukanya. Tersenyum, dia bangga punya beg tersebut. Terasa seperti dirinya diterima dalam pasukan ini. Botol mineral dan kasut bolanya dikeluarkan.
"Ya tak ya juga!" Yui garu kepala. Dia mengambil tempat disebelah Ramli, masih menyandang beg besar yang turut diambilnya tadi. Sepatu bergigi tajam ditapaknya itu dikeluarkan. Sengaja semua mereka tidak memakai spike siap-siap ketika sesi memanaskan badan sebentar tadi. Itu gara-gara arahan Pengetua Saripah Salbiah yang tidak mahu simen susur gajah yang digunakan mereka untuk ke padang, jahanam dek kasut-kasut tersebut.
"Ramli, Yui!" Malik menyapa tiba-tiba. Sedari tadi dia memberi amaran kepada ahli-ahli Mahkota yang lain. Kini tiba giliran Yui dan Ramli pula.
"Korang main betul-betul! Kau mesti ingat yang pasukan kau sekarang Mahkota bukan Gemilang. Yang kau pula, jangan bagi can langsung gawang kita bocor. Faham?" Tegas, Malik beria-ia. Tidak hairan mengapa dia dilantik sebagai kapten pasukan pada mulanya. Bersemangat juang yang tinggi!
"Malik! Apa yang awak membebel tak tukar spike lagi?! Berkumpul semua! Perang dah bermula!" Jerit Nazri pada anak buahnya. Mahkota berkobar-kobar.
TINGGALKAN ULASAN DAN KOMEN, PADA SETIAP KARYA YANG ANDA BACA Penulis memerlukan ulasan dan komen, bagi memperbaiki penulisan dan memperbetulkan kesilapan. Komen dan ulasan anda akan memberi satu semangat kepada penulis, untuk terus menulis karya dan seterusnya menghasilkan karya yang menarik. Kerjasama & sokongan daripada pembaca amat kami hargai. Sebab itulah kami menyediakan HADIAH, sebagai penghargaan kepada penulis dan juga kepada pembaca yang aktif memberi komen & ulasan
"Dia
hidup bukan kerana cinta. Dia hidup kerana
kehadiran Prince Charming yang menyelamatkannya.
Semuanya gara-gara dia mengoyak Carta Prince
Charming—carta misteri yang tiada sesiapa tahu
dari mana datangnya. Yang pasti, memang dia
langsung tidak percaya dengan sumpahan yang
dikatakan berkaitan dengan Carta Prince
Charming.
"Sumpahan puteri? Kau ingat ini cerita dongeng
ke? Puteri apa yang nak sumpah aku ni? Puteri
bunian? Puteri lindungan bulan?”
Desakan daripada Sofea membawanya ke Kelab Bola
Sepak. Di situlah Prince Charming berkumpul.
Tetapi hanya seorang sahaja Prince Charming yang
dicari-carinya. Namun, untuk mencari Prince
Charming bukanlah mudah, namun dia yakin, antara
mereka, pasti salah seorang adalah penyelamatnya.
Orang tu pun satu! Dah selamatkan nyawa orang,
tak reti-reti ke nak munculkan diri? Bukan ke
lagi senang kalau datang berdiri depan aku dan
cakap, Sayalah yang selamatkan awak daripada
kena langgar semalam. Finish! Tak adalah nak
panjangkan cerita sampai beratus muka surat
semata-mata nak cari Prince Charming!
Tajuk:
Prince Charming
Penulis: Ratu Bulan
Terbitan: Fajar Pakeer
Harga:
RM19.90
Ulasan:
NOVEL
HANGAT DIPASARAN
Pertemuan
pertama memberi impak yang berbeza kepada dua insan. Maria
malu mengenang, sedang Hisyam mahu mendekat. Maria semakin
resah apabila Hisyam terus-terusan mendesak. Dalam benci
ada rindu. Bijak Hisyam memujuk, mereka akhirnya disatukan.
Salina hadir menjadi duri dalam daging. Bagi Hisyam, gadis
itu ialah sahabatnya yang terbaik. Insan paling dipercayai.
Namun, dalam diam, Salina meracuni hubungan mereka. Salina
ada agenda yang tersendiri.
Semakin hari, semakin nipis rasa percaya Maria terhadap
Hisyam. Namun, dia tidak mungkin menghindar rasa kasih
yang sudah menebal. Demi menunaikan permintaan Maria,
Hisyam tega melamar Salina walau ada luka di hati.
Sanggupkah Hisyam menduakan Maria yang pernah dicintai
sepenuh hati? Dan, Maria, mampukah membiarkan suami
tersayang jatuh ke tangan Salina? Atau, Mariakah orang
ketiga yang tidak lagi diperlukan kehadirannya oleh Hisyam?
Penulisan2u
sedang
berkerjasama dengan Penerbit Novel bagi memberi peluang kepada penulis-penulis berbakat dan karya yang menarik.
Antara novel yang sudah di terbitkan
2 Pengulas paling AKTIF dengan memberi komen yang ikhlas dan
membina, pada setiap karya cerpen / novel di penulisan2u akan
menerima hadiah sebuah NOVEL.
•
Creative Enterprise Sdn. Bhd., sedang mencari manuskrip kanak-kanak atau remaja. Ini kerana pihak kami ingin memperluaskan dan memperbanyakkan bahan bacaan untuk kanak-kanak dan remaja. Di samping itu kami juga ingin memupuk minat membaca dalam kalangan kanak-kanak dan remaja.
( klik disini
)
•Karyaseni Enterprise ingin memaklumankan
kepada anda yang berminat untuk menghantar manuskrip
anda kepada KS untuk penilaian, sila email kan
sinopsis dan tiga bab awal ke alamat email berikut:
Manuskrip@karyaseni.my
•KarnaDya Solutions Sdn
Bhd. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
hantarkan karya anda. Sebelum anda menghantarkan
manuskrip anda, sila hantarkan butiran berikut terlebih
dahulu melalui emel/pos. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•NB Kara Sdn Bhd dengan berbesar hati
menjemput mana-mana penulis yang merasakan diri mereka
layak menjadi penulis yang versatil, menghantar
manuskrip mereka kepada NB Kara Sdn Bhd. Tulisan anda
terlebih dahulu akan dinilai oleh penulis prolifik
Norhayati Berahim dan juga beberapa panel editor sebelum
diluluskan untuk terbitan.
(
klik disini )
•Jemari Seni Publishing. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
Untuk tujuan pengiriman manuskrip, JEMARI SENI telah
menggariskan panduan kepada penulis-penulisnya. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•
Alaf 21 Sdn Bhd. Tahun 2008 bakal menjanjikan sinar
kecemerlangan seandainya karya anda terpilih untuk
diterbitkan oleh Alaf 21, penerbit novel tersohor di
Malaysia.
Jika
anda mempunyai salah satu manuskrip tersebut, kami ingin
menatap dan menilainya. Sekiranya sesuai, pihak kami
ingin menerbitkannya di bawah jenama ALAF21.
( klik disini)
•
tip kehidupan, zodiak, horoskop, petua, tip, puisi,
pantun, sajak, dan pelbagai artikel menarik layari di
http://istimewa2u.blogspot.com
•
Blog Berkaitan agama, topik-topik tazkirah, audio, video
ceramah, mendengar 114 surah Al-quran secara online,
radio-radio dakwah, layari di
http://dakwah2u.blogspot.com
•
Blog Media, Tv streaming online, radio streaming online,
surat khabar, rakaman drama, radio era, hot.fm, tv1,
tv2,tv3 dan lain-lain. layari di
http://mymedia2u.blogspot.com
•
Blog Koleksi cerita lawak, lucu, kelakar dan video lawak,
lucu dan kelakar. layari di laman
http://kelakar2u.blogspot.com
•
Laman web
syarikat penerbit novel Creative
Enterprise Sdn Bhd (CESB). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.cesb.net.my
•
Laman web
syarikat penerbit
Kaki Novel
Enterprise. Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.kakinovel.com
•
Laman web
syarikat penerbit NB kara Sdn Bhd.
Dimiliki oleh penulis terkenal Norhayati Berahim, Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.nbkara.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit Buku Prima Sdn Bhd.
Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.bukuprima.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit novel
jemari Seni Publishing (JS Publishing). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.jemariseni.com
•
Laman web syarikat penerbit novel Alaf21 Sdn Bhd
(alaf21). Untuk melihat novel-novel terbaru dari Alaf21
layari di
http://www.alaf21.com.my
•
Laman web syarikat penerbit novel Fajar Pakeer Sdn Bhd). Untuk melihat novel-novel terbaru layari di
laman
http://www.fajarnovels.com.my
Kata Kunci
koleksi novel, koleksi novel
cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik,
novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen
cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru,
teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen
melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram,
cerita, cerita cinta, cerita pendek, cerita melayu, cerita online
Malaysia Group
Blog
Koleksi
Cerpen & Novel proudly powered by Blogger. Best display view 1024x768.
Google Inc
Koleksi Cerpen
& Novel dari Malaysia, Indonesia, Singapore & Brunei
sy suke cite nih