BLOG KOLEKSI CERPEN , NOVEL & CERITA ONLINE

   LAMAN UTAMA  | KOLEKSI CERPEN  | KOLEKSI NOVEL  | HANTAR KARYA | HANTAR PESANAN | AJAK KAWAN | BUAT PERMINTAAN LAGU | IKUTI BLOG INI | FACEBOOK

      Radio Online

 

klik "STOP" untuk hentikan siaran radio. Semoga terhibur.

  Koleksi Cerpen 

Jika itu takdirNya

Takdir milik Allah

Disini mawar disana penawar

Bidadari cinta

Awekku gengster nyerr

Black vs white

Aku dan dia

Memang berbaloi

Best friend not boy friend, Nyah

Beda tipis

Aku tidak bernyawa lagi

Roommate yg romantik II

Loves comes around

Hati

Cinta remaja

Kasih anak

Selamat tinggal luqman

Kerana dia ayahku

Terima kasih cinta

Aku kan ader

Nilai sebuah persahabatan

Hanya kau

Mahakarya agung sebuah kemerdekaan

Kerana umar adha

Biarkan cinta itu pergi

1 Disember

Diari seorang lelaki

Sebuah memori

Suci nur kasih

Badai cinta pertama

Ceritera aku dan dia

Ku bawa memori itu

Darul Taqwa & dato Dr Johar

Kau boleh blah!!

My miss nanny

Seandainya ku tahu

Diari hati firdaus

Mimpi yang pasti

Sampai syurga

Memang ku cinta

Unsaid?

Cinta lagi?

Cinta bukan jaminan

Cinta hakiki

Aku, dia dan pantai

Bisikan hati

Selamanya Sarah

Peeya dan payus lagilah

Hikmah perpisahan II

Dia

Cinta dalam diam

Kata terakhir darimu is love u

Aku bukan siapa-siapa

Aril & Akim

Kalau ku turutkan kata hati

Minah skuter

Jadilah seperti aku

Privite investigator putput

Gadis kebaya putih

Isteriku

Adam II

Misteri tengah malam

Dollah loves joyah

Biarku sentuh cintamu

Lifetimes lover

Saat itu

Hanya dirimu

Kasih famili

Mulanya disini

Ikatan kasih

Dan akhirnya

Kembalilah sayang

Pelangi anganku musnah

Cinta dalam hati

Pergi tak kembali

Adakah dia milikku

Pungguk dan bulan

Cinta terlarang

Cintaku di RNR tapah

Lisa

Kasih aini hidayah

Kantoi, jodoh atau kebetulan

Adakah cinta bukan milikku

Kuning vs ungu

Pelangi cinta

Adam

Biarlah rahsia

Achmad firdaus

Jalan berliku

Rintihan kekasih

Namaku Aishah

Zani pencuri rambutan

Nur hawa balqis

Itu sudah takdirnya

You are my boss

Cinta

Antara 2 cinta

Tragedi zam & chom

Benang merah di-fa

Terima kasih sayang

Jiwa-jiwa luka

Taqdir cinta kita

Cintaku selamannya

1 hari aku jatuh cinta

Biarku sentuh cintamu

Aku dan kimi = cinta atau tidak?

Cincin untuk Aisyah

Kenapa begini jadinya

Cinta, i need you

Lakaran cinta abadi

Cioccolato Caldo

Tragedi lombong lama

Yang sebenarnya

Ketuk pintu hati

Dia masih sayang

Teman

Cinta untukmu

Adil fitri

Kau, aku & mereka gila

Hikmah perkahwinan

Mengenangmu

Mungkin Nanti

Mencintainya

Cinta si pengesek biola

Maafkan aku luftan hafiy

Kasih

Hanya itu yang ku mahu

Bermulanya diari cintaku

Menantu untuk mama

Sumpah itu hantu

Diari lukisan

Cinta gila

Romantik

Cintaku, dia dia kamu

Kau atau dia

Indahnya cinta maya

Seseorang itu

Nur alia natasya

Mamat disperate

Mencari jannah

Cukup sekadar disini

Sebuah memori

Keras dan lembut

Katak oh katak

Hacks 1437

Dialah suamiku

Selamat tinggal kawan terbaik

Pandangan matanya

Kerana mobil

Dia tunanganku

Maria dan azri

Aku terperasan je

Blind date

Roda hidup

Kasihku seputih salju

Wanginya bunga kantan

Mahligai rindu

Aku, dulu, kini dan selamannya

Prinsip cinta aina

Ikan emas, jom kawen

Man in black vs Dona karen penang

Cubit peha kiri

Bantal busuk

Hujan

Maafkan daku

Tombol pintu hidayah III

Gara-gara G

Diari seorang member

 

Klik disini untuk keseluruhan koleksi cerpen....

Novel Bersiri
      Novel pilihan

sinopsis klik pada gambar

      Novel Di Pasaran

Kenangan Terindah - Hezzy Azra

Serasi di hati - Nora Ismail

Nama aku N - Aina Emir

Bunga Syurga - Anita Aruszi

Episod cinta luka - Fateen Najwa

Sandaran kasih - Aini Marisha

Fitrah kasih - Ilani Mysara

Bukan yg pertama - Salina Ibrahim

Ternyata cinta - Damya Hanna

Selagi ada dia - Aisya Sofea

Kembalikan cintaku - Norhayati NB

Warna hati - Meen Zulaikha

Seribu kali sayang - Anis Ayuni

Menanti kasih - Norzailina nordin

Cahaya - Nura zulaikha

Dakapan cinta - Eny Ryhanna

Hanya kita berdua - Aina emir

Ku Utus Rindu - Intan Arnida

Usikan rindu - Qaira Qasidah

Segalanya untukmu - A.Anessa

 

Dapatkan dikedai berhampiran anda

      html banner

klik di bawah dan "paste" ke dalam website, homepage, blog, friendster, myspace anda

 

      Jumlah Pelawat

      Untuk Anda

 

  Kehidupan adalah anugerah utama Illahi. Anugerah kehidupan memberi gambaran kebesaranNya buat kita manusia, yang wajib kita syukuri dan hargai. Internet adalah kemudahan buat umat manusia. Justeru itu, manafaatkan ia untuk kesejahteraan diri kita dan umat sejagat. Sentiasalah kita beringat, apa yang kita lakukan, akan dipertanggung jawabkan pada kemudian hari.

  Gunakan sebaik-baiknya kurnia Allah swt kepada kita. Halalkan kegunaan akal, hati dan lidah pada perkara yang bakal membawa kecemerlangan diri kita dunia dan akhirat. Kita hidup hanya sekali. Sekali 'pergi' tak kan kembali. Buat baik berpada-pada, dan buat jahat JANGAN sekali-kali. Kewujudan website penulisan2u dengan blog sebagai wadah untuk meningkatkan nilai diri. Bermatlamatkan penyatuan ummah dengan ciri-ciri kemurnian budi dan budaya. Walaupun, dunia terus maju dengan teknologi, kita akan terus kekal dengan akhlak dan jati diri insani. 

 

PERCUMA KARYA CERPEN, NOVEL, CERITA TERBARU DAN AKAN DATANG DARI PIHAK KAMI TERUS KE EMAIL ANDA. MASUKKAN EMAIL ANDA:-

 

email:

 

Isnin, Oktober 13, 2008
Novel : SMT Mahkota 24
Nurul Aini Bakar
eyenie105@yahoo.com

EMPAT PULUH TIGA


Beberapa Jam Sebelum Pemilihan Pemain

Selepas selesai solat Jumaat, bas yang membawa pelajar-pelajar lelaki Islam daripada masjid berdekatan memasuki pintu gerbang Mahkota. Melalui lereng bukit yang bersebelahan dengan padang bola sepak, mata-mata yang ada dalam kenderaan panjang itu tertancap ke padang. Mengisi padang separuh kosong itu, konsentrasi penghuninya tertumpu pada gawang gol sebelah kanan. Apa yang membuat mulut-mulut di dalam bas ternganga adalah hakikat penjaga golnya dihentam bertubi-tubi dengan bola sepak yang dilayang oleh barisan semi bulatan pelajar lelaki Cina dan India Mahkota. Apa yang dah berlaku ni?

Sebaik bunyi brek bas hijau-kuning itu tidak lagi kedengaran, penumpangnya berpusu-pusu mendapatkan pintu keluar. Namun yang kekal ditempat duduk mereka tak lain dan tak bukan adalah Luqman dan Daniel. Kebetulan menduduki barisan penumpang yang mengadap ke padang, pandangan keduanya tidak lari daripada menyaksikan aksi yang sedang berlangsung.

Yui tangkas menangkap setiap tendangan yang dihala kepadanya daripada segenap penjuru padang. Setelah habis satu pusingan semi bulatan itu, formasi itu diulang. Pastinya dengan momentum yang lebih hebat. Serius riak wajah gadis itu.

Selesai menunaikan solat Zuhurnya tadi, Yui menceroboh (lagi) asrama putera. Kali ini bersahaja bukan lagi secara rahsia (penyelia asrama tiada!), dia meneriak memanggil ahli asrama yang tinggal untuk turun ke padang bola sepak. Walau tidak semua yang menyahut pelawaannya untuk menyertai 'permainan' itu, tetapi jumlah yang turun padang sudah mencukupi. Terima kasih buat Raj Nathan dan Weng Chun yang bertindak sebagai promoter. Kebiasaannya buat mereka, masa yang terluang sementara menunggu pelajar lelaki Islam pulang daripada menunaikan solat Jumaat digunakan untuk membuat taik mata. Dipanggil untuk menyertai aktiviti sebegini buat julung-julung kalinya menarik juga. Cuma disertai beberapa pelajar sebelumnya, kini lereng bukit yang mengadap padang tersebut sudah penuh dengan penonton.

"Kau tak nak join ke?" Tanya Daniel. Melihatkan aksi Yui dipadang, entah mengapa dia pula yang rasa terharu. Memandang Luqman, dia ingin tahu apa yang tersirat di dalam hati pemuda itu.

"Tak nak!" Ringkas jawapan Luqman. Melihatkan Yui, dia teringat peristiwa semalam. Hidupnya tidak pernah tenang bermula kemunculan gadis itu. Minggu ini saja dia tertekan dek asakan rakan-rakan yang kecoh meramalkan kebangkitan Luqman Hakim semula. Semuanya gara-gara Malik dengan bisnes tikamnya. Itu tidak ditambah dengan pe'el Yui yang bermacam ragam. Lain benar sisi perempuan itu yang dilihatnya semalam. Tapi bila diingat balik perangai Yui yang sengaja mahu menyakitkan hatinya dua tiga hari lepas membuat dia ketap bibir. Arghh! Boleh jadi gila aku macam ni! Huh! Sekarang, bersungguh minah itu berlatih di padang semata-mata kerana bet yang tiada nilai apa-apa. Ye ke tak ada nilai? Tekadang dia kagum dengan semangat gadis kecil molek itu. Teringat keras kepala Atuk dan pada masa yang sama karektor lucu Nenek, Yui memang adiknya! Luqman mengeluh dalam diam.

"Aku turun dulu!" Mendengus dan menggeleng kecewa, Daniel meninggalkan perut bas. Kelompok pelajar-pelajar lelaki yang jakun menonton dari lereng bukit itu disertainya. Akibat tolakan mereka yang benar teruja di belakang, beberapa susuk telah tergolek-golek ke bawah bukit itu. Memang kecoh! Ini rupanya rancangan yang dia cakap tu. Gila cool!

"Minah ni memang baguslah! Semakin masyuk poket aku lepas ni!" Komen Malik, tersengih.

"Boleh tahan juga teknik dia. Ramli apa pandangan kau?" Fazli menyoal.

"Tak guna kalau dia tak terpilih malam ni!" Jawab Ramli sinis.

"Wei, korang tak nak kenakan dia ke? Jom!" Ajak Akmal. Sinar matanya galak, hendak menjalankan misi nakal!

"Jom!" Keempat-empat mereka riang menuruni bukit itu. Dibelakang mereka, Daniel membontoti.

Tiba di bawah, semi bulatan itu masih meneruskan formasi mereka. Ditambah dengan beberapa orang pelajar tambahan yang tadinya secara tak sengaja melakukan wayang gambar Hindustan (tergolek di lereng bukit!). Tiupan wisel Malik menghentikan aksi Yui. Menangkap bola terakhir yang dilontarkan kepadanya, gadis itu menarik nafas panjang. Mengurangkan mengah yang berat terasa di dada. Perasan akan riuh pelajar-pelajar yang menjadi penonton-penontonnya di atas bukit sana, Yui mencari-cari seseorang. Tiada langsung kelibat Luqman…

Empat orang pemain STORM itu memasuki semi bulatan tersebut pada empat penjuru berlainan. Dengan lagak megah, Yui dan yang lain dapat membaca apa yang hendak dilakukan keempat-empat mereka. Menimbang-menimbang bola yang diperoleh daripada rakan-rakan bersebelahan mereka. Akmal selaku mid-fielder memulakan hayunan kakinya.

'Tap!' Kemas pautan Yui pada bola itu.

Tiba giliran Fazli. Lelaki kidal itu terkenal dengan sepakan kaki kiri. Yakin akan kelebihan dirinya, Fazli menendang bola putih hitam itu sekuat hati. Sukar untuk diduga bola yang melayangnya seakan-akan lurus itu, Yui tangkas berlari. Berhenti sebelum tiba pada garisan tujahan sfera ligat itu, dia punya agenda sendiri. Telahan penonton lainnya, dia pasti akan terlepas tangkapan kali ini. Tetapi Yui cukup mengerti. Dari pemerhatiannya yang menjadi penonton setia kumpulan A dan B STORM yang menjalankan rutin perlawanan mereka, dia sudah faham akan ragam bola sepakan Fazli. Beberapa meter sebelum menerjah gawang, bola itu membelok, jatuh tepat pada dakapan gadis itu.

"Whoa!" Kekaguman sebentar seluruh warga padang itu. Tersenyum pada lelaki itu, Yui mengangkat keningnya pada Fazli.

"Boleh tahan." Jawab Fazli, juga tersenyum. Memang tak dinafikan gadis itu punya bakat besar dalam sukan ini. Sememangnya fizikal bukanlah ukuran. Menjadi antara pemain kecil di dalam STORM, Fazli mengerti perasaan Yui apabila diperkotak-katikkan. Sekatik-katik kami yang pendek ini, terbukti ada bakat yang menjulang tinggi!

Tidak memberi apa-apa amaran, Malik merembat bola pecut. Bertentangan dengan posisi Yui yang berada di sudut kiri gawang. Hampir-hampir terlepas sasarannya, Yui menghempas tubuhnya ke padang lecak itu, terseret laju ke sebelah kanan gol itu.

"Auch!" Itu yang keluar dari mulutnya. Manakan tidak, perut dijadikan alas menyerap momentum bola yang hampir-hampir terbabas. Melihatkan Yui bangun dengan wajah berseri-seri (walaupun comot mengalahkan kerbau berkubang!) mengunjuk bola pada dirinya, Malik tak puas hati. Ceh!

Perhatian kumpulan itu beralih pula pada Ramli. Semegah nama panggilannya dahulu, sepakan daripada 'Dash' sememangnya dinanti-nantikan mereka. Serius semula, Yui memasang kuda-kuda. Bersedia untuk menyambut tendangan kilat pemuda itu. Memandang tepat ke dalam mata rakannya itu, Yui cuba membaca fikiran Ramli. Sepertimana yang dinasihatkannya dahulu, Yui meramal terlebih dahulu arah layangan bola yang akan dibuat.

'Woosh!' Berdesup bola berpusing. Terlayang di awangan, ketinggian bola tersebut semakin meningkat.

"Bola tinggi!" Teriak Yui sendiri. Spontan merencana strateginya. Dia mara, mengambil seberapa banyak momentum yang boleh diperolehnya daripada injakan kaki, menujah dirinya ke atas (faktor ketinggiannya memang membawa masalah!). Cuba menangkap bola itu, bukaan tangannya tidak kemas. Tersasar, jatuh dalam halaju yang sudah berkurang, sfera itu bergolek perlahan melepasi garis putih.

"Oohhh…" Suara kekesalan muncul di sana-sini padang. Melutut di padang itu, Yui bengang.

"Argh!!! Tak puas hatinya… ADUH!" Jeritan Yui berganti dengan kata mengaduh. Jatuh terduduk kebelakang, dia kesakitan dek henyakan bola yang menghentam sisi kiri kepalanya. Sampai terduduk aku dibuatnya! Kerja siapa ni?!

Gelak tawa penonton-penonton yang ada disitu memenuhi ruang dengar Yui. Kelucuan mereka dengan aksi itu. Tak guna betul! Yui mengomel sendiri. Topi yang dipakainya dibuka, digosok-gosok kepala yang pening-pening lalat disebabkan kemalangan itu. Wajah-wajah yang ada disitu diperhati satu persatu. Pesalah yang melakukan perkara itu kepadanya dicari. Misi itu tidak sesukar yang disangka. Apabila pandangan terhenti pada Daniel, dengan wajah serba salah, mamat itu sukarela mengaku.

"Sorry!" Itu sahaja ucap Daniel. Tidak sangka pula yang Yui tidak perasan akan bola yang disepaknya.

"Woi badigol! Yang kau sepak bola kena kepala aku kenapa? Siaplah kau!" Marah Yui. Dia bingkas mengepit bola dilengannya. Menentukan sasaran yang berada lebih kurang 10 meter, matanya tertancap satu susuk nun jauh diatas lereng bukit. Tersenyum sinis kepadanya, seperti biasa. Yui nekad mahu membalas dendam.

Menarik nafas panjang, bola itu dilambung tinggi. Tubuh Yui condong, memasak kaki pada tempat pijaknya. Sekuat tenaga, kaki yang berada diawangan melibas bola yang mulai jatuh mengikut perkiraan. Berdesup sfera itu terbang melepasi ketinggian Daniel.

"Ha! Ha! Kau tersasar!" Ejek Daniel. Tidak menyangka perbuatan Yui itu, ramai yang terlopong. Tapi bunyi sayup-sayup sesuatu jatuh membuat semua yang ada di situ mengalih pandang ke atas bukit.

"No, I'm not!" Yui bersungguh.

Luqman terduduk. Giliran dia pula mengosok-gosokkan kepalanya. Tak sangka pula bola pecut itu melewati tepat ke arahnya. Berapa kuat momentum sepakan minah tu? Kemusykilan melanda.

Mata-mata mendapatkan semula susuk Yui yang tersengih sinis, menjeling Luqman dari jauh. Rimas dengan tusukan-tusukan mata-mata yang memandang, dia cuma mengangkat bahu tersenyum.

"Sorry…" Mulutnya terlirik manis.

EMPAT PULUH EMPAT

Gementar

Sesi ujian pemilihan petang tadi berjalan dengan lancar. Walau masih gagal menangkap bola sepakan Ramli tetapi sekurang-kurang prestasi Yui sebagus Weng Chun dan Tahir. Mungkin yang terbaik antara mereka bertiga jika diambil kira perkembangan pesat gadis itu yang bermula daripada kosong hanya dalam tempoh seminggu.

Berkumpul dalam Dewan Mahkota, STORM menunggu ketibaan Coach Nazri. Selain mereka terdapat juga beberapa orang pelajar lain yang berjaya membolos diri daripada kelas prep. Masing-masing tak mahu terlepas mendengar pengumuman nama ahli STORM yang bakal beraksi. Kesemuanya berteka-teki tentang siapa yang akan tersenarai untuk perlawanan esok.

Walau sejuk angin malam daripada luar dewan itu sesekali bertiup masuk mendinginkan ruang tersebut tetapi bukan kesejukan yang menyelimuti tubuh penghuninya. Rata-rata ahli STORM bagai cacing kepanasan, jantung masing-masing mengalahkan motor bot, berdegup kencang. Terutamanya Yui. Jari jemarinya terus-terusan disilangkan, mengharapkan berita baik yang bakal keluar daripada mulut Coach Nazri kelak.Tak kurang juga ada yang rileks. Yakin dengan gahnya nama mereka sebagai ayam tambatan Mahkota bagi sukan bola sepak. Malik bersiul girang (dia sendiri menggelar dirinya 'ayam tambatan' Mahkota), sengaja menambah debar ahli pasukan yang lain.

Sok sek, sok sek peserta lain membuat hati Yui semakin tak sedap. Pelbagai spekulasi yang diperkatakan mereka.

"Coach kata ada perubahan besar tentang perlawanan esok! Apa ya?"

"Dengar cerita padang MP Petaling jaya tu tak boleh digunakan esok. Tak tahulah pula aku kenapa?"

"Habis tu kita nak lawan dekat mana?"

"Lawan di mana aku tak kisah sangat! Cuma aku risau tentang gawang kita. Kenapalah si Ridhuan nak pergi temuduga Maktab Tentera tu esok? Minggu depan tak boleh temuduga ke?"

"Kalau aku tak salah dengar perbualan Coach Nazri dengan Coach Ghani petang tadi, malam ini ada kejutan besar buat kita. Entah-entah Ridhuan tak jadi nak pergi temuduga kot."

Cakap-cakap itu yang membuat hati Yui bertambah gelisah. Apa agaknya kejutan itu? Macam mana kalau aku tak dipilih malam ni? Kenapa diorang tak yakin lagi dengan aku sebagai penjaga gol? Aku dah perform sehabis baik dalam ujian pemilihan petang tadi! Di mana yang kurang? Jiwanya berdebat sendiri.

"Janganlah risau sangat! Nama kau mesti tersenarai punya." Suara rakan disebelahnya cuba mententeramkan Yui. Tersenyum kelat pada tuan punya suara, Yui menjawab…

"Thanks Ramli. But that doesn't work to comfort me! Kau boleh nampak ke yang aku gementar?" Yui tersengih bertanya. Kedua-dua tangannya digenggam erat.

"Yeah! Nampak sangat! Bertenanglah. Have faith in yourself! Percaya pada diri sendiri." Ramli memberi lagi kata semangat. Jujurnya, hatinya juga tak kurang gementar seperti gadis itu. Teringatkan hakikat yang dia bakal bertembung dengan bekas pasukannya, memang menakutkan. Apa pandangan mereka pada aku nanti? Coach Tahar pula, dia masih marah lagi ke?


Bising para pelajar di dalam dewan itu senyap tiba-tiba. Yang kedengaran adalah derapan tapak kaki dua jurulatih yang muncul daripada belakang pentas. Perhatian semua mata terpaku pada Nazri dan Ghani yang serius dengan riak wajah yang tak dapat dibaca mereka. Aura ketegangan semakin terasa. Menunggu sepatah kata yang keluar daripada mulut kedua-dua jurulatih tersebut, kini semua jantung mereka benar-benar berdegup kencang! Termasuk Malik! Gulp!

"Saya ada kejutan untuk kamu malam ni!" Nazri memecah kesunyian. Intonasinya bersahaja.

"Perlawanan esok akan diadakan di Mahkota!" Umum Ghani.

"WHAT?" Dewan bergema dengan gosip pelajar yang serta merta menggila. Terbayangkan pasukan Gemilang beraksi dipadang mereka, tekanan untuk menang akan bertambah lagi!

"That is not all. Ada satu lagi berita yang akan buat mulut kamu ternganga lebih besar lagi…" Kata-kata Nazri kembali mendapat perhatian mereka.

Apa yang lebih teruk daripada berita ini?

EMPAT PULUH LIMA

Percubaan Daniel

Dewan Sri Tanjung macam biasa tak pernah senyap daripada bising pelajar yang tak reti-reti nak tutup mulut. Lebih-lebih lagi hakikat esok adalah Sabtu, ramai yang mengambil keputusan untuk menangguh kerja rumah mereka. Ahad masih ada, hari ini kita enjoy! Bertambah-tambah riuh-rendah mereka adalah disebabkan pengumuman Ustazah Syafinaz sebentar tadi yang mengatakan kelas tambahan untuk esok dibatalkan. Sebabnya tidak pula diberitahu. Daripada khabar angin dan gosip-gosip mereka, dengar cerita ianya disebabkan perlawanan Mahkota dan Gemilang esok. Tetapi pelik, selalunya apabila STORM atau mana-mana pasukan sekalipun keluar untuk bertanding, tidaklah sampai dibatalkan aktiviti rasmi sekolah. Pasti ada yang tak kena ni!

Memandang sekeliling dewan itu, Daniel cuba menenangkan hatinya. Fokusnya sudah hilang sejak petang tadi lagi. Menjadi penonton setia ujian pemilihan STORM yang berlangsung di padang, dia tertanya-tanya keputusan senarai peserta yang akan beraksi esok. Kalau ikutkan hati hendak sahaja dia meninggalkan situ dan berlari ke Dewan Mahkota. Pastinya keputusan itu sedang diumumkan sekarang. Bagaimana nasib Yui?

Selesai satu pusingan dia memandang dewan itu, matanya terhenti pada susuk Luqman di depannya. Walau pemuda itu seolah-olah tekun menelaah buku Kimia ditangan, Daniel tahu fikiran Luqman juga melayang jauh. Pasti sukar bagi dia untuk menyembunyikan kegelisahan itu sehinggakan walau dalam keadaan serius begitupun masih lagi dapat dikesan garis khuatir diwajahnya. Luqman, Luqman! Daniel tergeleng sendiri.

Bila difikir semula, kadang-kadang lucu juga bila mengenangkan ego lelaki itu. Menunjukkan tak peduli walaupun sebenarnya mengambil berat. Kononnya tak terkesan langsung walhal dalam senyap berteleku panjang memikirkan soal itu. Pelik sungguh, bagaimana kehadiran seorang gadis boleh membuatkan hidup ramai orang tunggang terbalik. Sedangkan perkenalan dengan Yui Ito hanya baru menjangkau sebulan. Dalam tempoh sesingkat itu macam-macam yang dah terjadi! Mengagumkan!

Rimas direnung begitu, Luqman meletakkan buku Kimianya. Bersemuka dengan Daniel…

"Apa yang kau nak cakap?" Soalnya.

"Jom pergi dewan perhimpunan!" Ajak Daniel.

"Hah? Buat apa?" Luqman membulat matanya, buat-buat tak mengerti.

"Kau tak nak tahu apa keputusannya?" Duga Daniel.

"Keputusan apa? Tak ada kena mengena dengan aku!" Luqman kembali menatap bukunya. Tapi fokusnya sudah lari jauh, tak terkejar lagi. Thanks to you Daniel! Kenapa aku masih tak faham-faham lagi proses penyulingan ni? Arghh!!! Hari Isnin ada kuiz!

"Kau asyiklah cakap kau tak ada kena mengena dalam banyak hal. Walhal semua benda memang ada kena mengena dengan kau Luqman! Cuba jangan jadi budak-budak! Matang sikit boleh tak?" Daniel memulakan syarahan.

"Cuba tengok siapa yang bercakap tu?" Luqman memanjangkan tangannya, menyentuh bahu Daniel. Riaksi spontan pemuda itu sudah diduga. Tangan Luqman ditepis Daniel.

"Jangan sentuh…" Ayat Daniel mati sejurus melihat senyuman Luqman. Faham akan maksud kata-kata lelaki itu, Daniel menggeleng.

"That is not the point. Aku macam ni sebab memang aku tak suka orang pegang aku! Tak ada kena mengena dengan kematangan langsung!... Betul kau tak kisah tentang perlawanan esok?" Daniel menukar topik, kembali ke landasan asal.

"Tak!" Ringkas jawapan Luqman. Garis-garis gelisah semakin terlihat diwajahnya.

"Kau ni memang tak pandai menipu tahu tak?" Daniel tersengih.

"Jadi apa yang kau nak aku cakap sebenarnya? Aku memang tak ada kena mengena dengan perempuan tu! Aku memang tak kisah dengan apa yang dia nak buat! Lantak dialah!" Luqman memberi alasannya.

"Maknanya kau memang tak kisah kalau kau tak berenang lagi lepas ni? Tak beraksi semula? Kau tak kisah kalau kau tak dapat genggam gelaran yang kau idam-idamkan selama ini? Gelaran yang kau janjikan pada Auntie Latifah dulu?" Daniel bermain emosi. Bicaranya membuat Luqman membisu seribu bahasa. Termenung panjang memikir sesuatu.

"Please Luqman. Cuba kau fikirkan balik pasal bet tu. Ramai yang mahukan kau beraksi macam dulu." Pujuk Daniel.

"Kau pasti minah tu akan beraksi esok? Kau pasti Mahkota akan menang? Kau yakin budak pendek tu dapat bantu Mahkota tewaskan Gemilang?" Giliran Luqman pula menduga. Daniel telan liur. Betul juga! Si Yui tu, confident saja lebih tapi belum tentu lagi!

"Kalau aku nak berenang semula, ianya bukan disebabkan Yui! Bukan sebab bet tu!" Tegas Luqman memandang tajam Daniel.

"Tapi sekurang-kurangnya bagilah dia harapan. Kalau bukan sebab dia, lakukan demi aku. Demi persahabatan kita. Tak pun demi arwah Auntie Latifah. Demi Atuk dan Nenek kau! Demi diri kau sendiri! Please Luqman, you have to come back! Kau perlu beraksi semula!" Rayu Daniel bersungguh. Keazaman Yui bagai dah terserap dalam dirinya.

Melihatkan itu Luqman tidak terkata apa. Terkesima sendiri, hatinya mula berbelah bahagi. Daniel mengunjuk jari kelingkingnya tiba-tiba. Luqman berkerut.

"Janji dengan aku! Tak kisah bila-bilapun tapi janji dengan aku yang kau akan mulakan latihan semula! Kau akan tunjukkan pada semua orang siapa Luqman Hakim sebenarnya!" Daniel mengunjuk lagi jari kelingkingnya.

"Kau ni apasal sentimental sangat malam ni? Emm…" Mendengus dan tersenyum melihat kesungguhan Daniel, Luqman membalas unjukan itu. Kelingking mereka berkait.

Daniel tersenyum lebar. Sekurang-kurangnya dia dah tunaikan janji dia pada Yui.

"Aku memang sentimental! Kau tu saja yang keras hati!" Sengih Daniel

"Jom!" Melepas tautan itu, Daniel bingkas.

"Nak pergi mana?" Luqman berkerut lagi. Tak faham akan ajakan itu.

"Ikut sajalah!" Daniel menarik tangan Luqman. Tidak menghiraukan mata-mata yang memandang perlakuan aneh mereka, dua pasang kaki itu mengarah ke pintu keluar dewan.

"Kamu berdua nak pergi mana?" Langkah mereka terhenti dek teguran Syafinaz, Warden bertugas malam itu. Daniel dan Luqman kaget. Pegangan tangan mereka dilepaskan. Jangan Uztazah fikir yang bukan-bukan sudah!

"Err… Ustazah, kami nak ke tandas! Tak tahan dah ni Ustazah! Kami pergi ya!" Bohong Daniel. Mencuit bahu Luqman, mencicit mereka keluar daripada Sri Tanjung meninggalkan Syafinaz yang kebingungan.

"Kat belakang dewan ni kan ada tandas? Hish! Malas aku nak layan karenah budak-budak ni! Asyik nak memonteng sahaja!" Syafinaz mengaru kepala yang tak gatal.

EMPAT PULUH ENAM

Kejutan Buat STORM

"Baiklah! Tak payah nak buang masa lagi. Saya umumkan nama pemain yang akan beraksi menentang Gemilang esok." Nazri memulakan debaran yang sedia bergoncang dalam hati pemain-pemain STORM yang berada dibawah pentas. Masing-masing sudah tak reti duduk diam. Miring ke kanan salah, ke kiri salah, tegak ke depan lagi serba salah. Melihatkan Nazri dan Ghani yang serius memanjang, kesemua mereka menikus.

"Kepada nama yang diumumkan, sila berdiri di hadapan pentas ini. Pertama sekali, Malik, Fazli, Akmal, Raj Nathan, Ramli, Weng Chun…" Nazri meneruskan tugasnya. Seorang demi seorang tampil ke depan. Berseri-seri wajah mereka, kelegaan apabila nama mereka dipanggil.

Yui menunduk pilu. Rasa ingin tahunya akan senarai lengkap nama pemain esok mati sebaik mendengar nama Weng Chun. Harapannya bagai dah terkubur. Terima sahaja hakikat yang kau memang tak berbakat main bola Yui! Jauh disudut hatinya sudah berputus asa. Jiwanya merajuk sendiri.

"Last but not least, tambahan seorang lagi pemain simpanan, Yui Ito!" Kata Nazri, menamatkan pengumumannya. Dewan itu kecoh tiba-tiba dengan sorakan yang lain. Memang dinanti-nanti mereka hal seperti itu berlaku. Nampaknya ada beberapa orang yang membuat ramalan tepat! Hamper tajaan Malik sudah hampir menjadi hak milik mereka.

Yui masih lagi menunduk, tidak sedar akan namanya diulang panggil beberapa kali. Semua mata mengarah padanya kini. Ghani tersengih melihat kelakuan anak itu. Sukar benar bagi gadis itu menerima kekalahan sehingga begitu sekali murungnya.

"Woi Yui! Kau nak jadi goalie ke tak?" Malik berteriak garang. Geram melihatkan rakannya itu yang termenung macam orang putus cinta. Tak habis berperang lagi dah letak senjata! Cepat sangat nak putus asa! Marah Malik. Memang dia menaruh kepercayaan pada kebolehan Yui. Kerana itu apabila Coach Nazri meminta pendapatnya selaku ketua pasukan mengenai prestasi pemain-pemain lain, spontan nama Yui Ito yang disebutnya sebagai ahli STORM yang paling menyerlah.

Kembali ke realiti, kekecohan yang tiba-tiba tercetus menarik perhatian Yui. Dia tegak dari tunduknya, berkerut seribu. Pelik apabila dirinya diperhatikan semua mata yang ada dalam dewan itu. Nampak sangat ke yang aku ni kecewa? Bendul, Yui masih tak dapat menangkap apa yang berlaku.

"Yui! Please just come infront! Kamu boleh teruskan termenung kamu selepas ini!" Perli Ghani. Gelengannya disambut gelengan pemain-pemain yang terpilih. Mereka tersenyum, terhibur sebentar dengan karenah satu-satunya bunga dalam puluhan kumbang-kumbang di situ.

Masih lagi tak percaya dengan apa yang didengarinya, Yui bingkas. Aku terpilih ke? Tiba di depan, dia mengambil tempat di sebelah Ramli. Masih lagi dengan riaksi tak berperasaannya. Ramli tersengih melihatkan rakannya itu. Membongkok sedikit dia membisik sesuatu kepada Yui.

"Kan aku dah cakap, kau hanya perlu percaya pada diri sendiri. Jadi selepas ini, ganbatte kudasai!" Ramli memberi kata semangat. Berkawan dengan si tomboy Jepun itu dia sudah dapat menangkap perkataan-perkataan lazim bahasa Negara matahari terbit. Berusaha Yui!

"Hait! Yosh!" Yui kembali ceria. Bersungguh riak wajahnya. Tak dapat menghentikan senyuman kebanggaan, dia mendabik dada kepuasan. Menerima tepukan dan kata sorakan semangat daripada ahli STORM yang lain, barisan pemain yang bakal turun padang esok semakin berkobar-kobar.

Memandang sekeliling dewan itu, Yui menangkap susuk Daniel dan Luqman yang berada di belakang dewan. Menjadi saksi kepada pencapaian dan hasil kerja kerasnya selama seminggu lepas. Daniel tersenyum kepadanya, menunjuk simbol O.K. kepadanya kemudian memuncung pada Luqman yang tidak perasan akan perbuatan tersebut. Yui mengangguk, faham tentang apa yang dimaksudkan lelaki itu. Luqman, tunggu dan lihat sahaja kemampuan adik kau ni!

"Tiba untuk kamu semua dengar apa dia kejutan kedua kamu." Suasana dewan mendebarkan tiba-tiba. Semua memasang telinga. Daripada apa yang dikatakan Coach Nazri apa awalnya tadi, sesuatu yang diluar jangkaan akan berlaku.

"Saya persilakan Coach Tahar Harun dan barisan anak buahnya…" Ghani mengumumkan. Serentak itu, disebalik tabir tirai pentas itu berjalan keluar seorang yang berusia dalam linkungan 50-an. Riak wajahnya serius, tegas, disamping garis-garis usia yang bagai mewakili pengalamannya dalam arena sukan bola sepak. Bertubuh tegap, berkulit sawa matang dan bermisai lebat, penampilan Tahar Harun memang membawa auranya yang tersendiri. Gosip-gosip penonton dibawah rancak menghangatkan lagi suasana. Barisan STORM yang berdiri di depan pentas itu berpaling, kagum dan bangga kerana dapat melihat sendiri dengan mata kepala sendiri susuk lagenda bola sepak Malaysia itu. Wajah Ramli pucat serta-merta. What?

Tidak berapa lama kemudian, dari balik tirai yang sama keluar seorang demi seorang pemain-pemain Gemilang. Masing-masing melangkah yakin dengan jersey pasukan biru-hitam dan berseluar trek sepadan, tidak ketinggalan beg sukan yang tersangkut dibahu. Menuruni tangga pendek pentas itu mereka membuat satu lagi barisan di sebelah pasukan Mahkota.

"Beri tepukan buat Coach Tahar dan barisan pemain Gemilang. Selamat datang ke Mahkota!" Ghani mengalu-alukan kedatangan para tetamu itu. Sejurus kemudian, dewan senyap semula, kata-kata penjelasan Ghani yang dinantikan mereka.

"Pasti kamu semua tertanya-tanya apa sebenar yang berlaku. Disebabkan beberapa masalah teknikal, padang MP Petaling Jaya tidak dapat digunakan untuk perlawanan esok. Dan memandangkan saya, Coach Nazri dan juga Coach Tahar tak jumpa apa sebab yang membuatkan kami perlu menangguhkan perlawanan ini, ianya akan diteruskan. Disini, di Mahkota!" Ghani menerangkan, menjawab persoalan yang timbul dikalangan pelajar-pelajar dibawah.

"Tapi kenapa Gemilang datang malam ni? Perlawanan tu kan esok!" Malik mencelah. Ada nada tak puas hati dalam suaranya. Menyibuk je datang sekolah orang! Berlagak pula tu! Cebik Malik. Sakit hatinya apabila melihat barisan Gemilang yang masing-masing hidung tinggi. Lebih-lebih lagi jelingan tajam dan senyuman sinis Shawn yang memang menjelekkan. Teringatkan kisah Ramli, dia pula yang sakit hati.

"Itu adalah permintaan saya sendiri. Kenapa, ada masalahkah Malik?" Tanya Tahar, menyeluk kedua tangannya ke dalam saku seluar, bersahaja.

"Tak ada masalah. Cuma nak tahu je!" Jawab Malik, acuh tak acuh.

"Saya rasa ini peluang yang baik bagi kedua-dua pasukan untuk mengenali antara sama lain. Selain daripada merapatkan silaturrahim, kamu boleh bertukar-tukar pandangan dan pengalaman. Of course positively! And please no hanky-panky. Dicipline is very important if you want to stay longer in this arena! Tolong jaga reputasi sekolah dan maruah diri masing-masing! Faham!" Tahar bermain dengan nada tinggi-rendah. Intonasinya tegas dan sinis. Memandang sekilas Ramli, percakapannya menusuk tajam ke jiwa anak itu.

"Faham Coach!" Teriak Gemilang, menjawab bicara Tahar.

Mendengar itu, warga Mahkota (termasuk Ghani dan Nazri) yang berada disitu, berpandangan sesama mereka. Pelik, mengapa topik begitu yang diuarkan Tahar? Yang memahami situasi tersebut hanya Ramli, Malik dan Yui, tak dilupakan juga ahli Gemilang yang masing-masing memandang Ramli semacam. Dek kerana kes pemuda itu dulu, mereka merana dengan rejim dan bebelan Tahar yang berganda kali lebih keras sebaik bekas ahli Gemilang itu meninggalkan pasukan. Ramli menunduk, luka lama bagai terguris semula.

"Baiklah… Yes Yui, ada apa?" Kata-kata Nazri terhenti dek tangan Yui yang diangkat tinggi.

"Selain daripada reputasi sekolah dan maruah diri, saya rasa Coach Tahar tertinggal satu lagi!" Bersahaja, Yui punya agenda sendiri.

"Apa dia?" Jawab lelaki separuh abad itu, agak terkejut dengan tingkah berani gadis itu. Tangannya disilangkan, membuka telinga luas hendak mendengar bait kata yang bakal diluah Yui. Berada di antara barisan pemain bola sepak handalan, pasti ada sesuatu yang menarik tentang ahli Mahkota yang terbaru itu.

"Kepercayaan sesama ahli pasukan! Tanpa kepercayaan bagaimana boleh kita menggelar diri sebagai satu pasukan. Tanpa kepercayaan, sesebuah pasukan itu lemah bukan?" Soal Yui, serius. Dia mengerti tentang kekecewaan Tahar terhadap Ramli. Wajah kecewa itu saling tak tumpah akan wajah Papanya yang sentiasa menaruh harapan menggunung pada Shin. Tapi pernahkah kau tanya apa sebenarnya yang berlaku Tahar? Huh! Coach semua sama! Mahukan prestasi yang terbaik tetapi terlalu ego untuk menyelami apa yang terkandung dalam lubuk hati anak didiknya. Yui mendengus sendiri, berdebat didalam.

Senyap dewan itu dengan pernyataan Yui. Tahar memandang gadis itu dengan pandangan redup, berkerut dengan ketidakpastiannya sendiri. Kemudian dia beralih pada Ramli yang masih lagi pucat lesi. Ramli mengalih pandangnya serta-merta, bertentang mata pula dengan Shawn.

Gemilang berpandangan antara mereka, sama juga dengan ahli Mahkota yang lainnya. Jelas, ada yang tidak faham akan maksud Yui itu. Tetapi bagi Shawn, entah mengapa hatinya ngilu. Terkena balik akan sindiran tersebut. Antara percaya atau tidak, aku dah memilih untuk percaya! Apa salahkah kalau aku percaya berita itu? Bukti sudah ada di depan mata! Manusia semua sama, tahu cakap sahaja, menasihat orang sampai berbuih mulut! Sedangkan diri sendiri yang tidak betul! Shawn mempertahankan telahannya. Dari jauh, Ramli hanya mampu menunduk menggeleng perlahan. Shawn is Shawn! Keras hati betul!

"Mestilah. Kalau bukan kawan yang percaya pada kawan dia yang lain, itu bukan kawan namanya! Betul tak kawan-kawan?" Perli Malik. Dia bergerak mendekati Yui dan Ramli, lalu meletakkan kedua-dua tangannya pada bahu mereka. Memandang sinis pada pasukan Gemilang. Terutamanya pada Shawn. Semua yang ada di dalam dewan itu berkerut dahi. Cuba memahamkan sebutir demi sebutir apa yang diutarakan Malik. Keliru! Cakap merapu mamat ni? Banyaknya 'kawan'!

Suasana dewan semakin tegang. Dan tiba-tiba suara Ghani berkumandang, menyelamatkan situasi.

"Tak perlu rasanya kita nak berdebat tentang hal ini. Saya yakin kamu semua sudah cukup dewasa untuk berfikir tentang kepentingan pasukan masing-masing! Bukan begitu Coach Tahar?" Tahar sekadar tersengih mendengar soalan yang diajukan Nazri.

Menerima panggilan telefon daripada Tahar yang mengkhabarkan perubahan rancangan esok memang mengejutkan pihak pentadbiran Mahkota. Bersetuju akan cadangan menempatkan pasukan bertanding bermalam di sini, Pengetua Mahkota, Dr. Saripah Salbiah tidak berfikir banyak. Tanggungjawab tersebut terus diserahkan pada Ghani dan juga Nazri.

Terkejut akan saranan Tahar itu, Ghani dan Nazri kurang pasti akan apa yang berlaku. Namun daripada khabar-khabar angin yang bertiup mengenai masalah yang melanda arena bola sepak Sekolah-Sekolah di Malaysia tidak lama dahulu, mereka bagai dapat mengagak secara kasar apa yang telah terjadi. Ianya mungkin ada kena mengena dengan pelajar baru Mahkota, Ramli Ismail. Pastinya Ramli meninggalkan skuad remaja kebangsaan dan juga Gemilang bukan kerana hendak menumpukan perhatian pada SPM dan bertukar angin seperti yang didakwanya dalam temuduga kemasukan ke Mahkota hari itu! Mungkinkah bekas pelajar Gemilang itu pernah terlibat dengan dadah, sebagaimana kes Yusuf IMC? Ghani dan Nazri bingung.

"Malik, kembali ke tempat awak. Jangan nak tunjuk pandai pula dekat sini." Tegur Nazri disambut ketawa kecil daripada para audiens yang tak berganjak dari tadi. Malik muncung, malu diherdik begitu. Yui turut serta mengejeknya dengan menunjukkan ibu jarinya tanda 'padan muka!'.

"Samalah dengan awak Yui!" Kata Nazri lagi. Semakin kuat dekah pelajar lain. Itu menghilangkan terus suasana tegang yang berlangsung sebentar tadi.

"Cukup tu! Apa yang saya nak tekankan sekarang, perlawanan esok adalah perlawanan persahabatan. Dalam sukan bola sepak ini, bukan soal pertaruhan, jauh sekali permusuhan yang patut timbul. Tetapi semangat berpasukan dan bagaimana kamu menghormati pihak lawan yang perlu ada dalam hati kamu semua. FAHAM?" Giliran Ghani pula berhujah menggantikan tingkah Tahar sebentar tadi. Serentak itu satu dewan itu bergema dengan jawapan kedua-dua anak didik Tahar dan juga Nazri, tidak ketinggalan pelajar-pelajar sesat yang mula mengerumuni kiri dan kanan dewan. Anak kambing dah terlepas 'kandang' prep! Semangat sukan nyata terbang diudara.

Berdiri tegak dan yakin, barisan pemain-pemain yang akan menggemparkan padang bola sepak Mahkota esok teruja dengan reaksi itu. Mendapat arahan Tahar yang kelihatannya tidak mahu kalah dengan penampilan gah Ghani, kedua-dua wakil pasukan bergerak bertentangan arah. Bersalaman sesama mereka, aura hijau-kuning (Mahkota) dan biru-hitam (Gemilang) bagai terapung pekat, membentuk awan larat yang hendak menembusi satu sama lain. Whoa! Seram sejuk dibuatnya. Seperti ais, dingin semacam saja. Perlawanan persahabatan konon!

Tatkala duo, emm… Pembetulan, x-duo Slash dan Dash bertaut, aura lain yang lebih dahsyat pula muncul. Terkenal dengan double killer strike, menariknya kini mereka bukan lagi sepasukan. Pasti perlawanan besok akan menyaksikan persembahan yang menarik daripada keduanya. Menggenggam erat tangan masing-masing, Shawn dan Ramli memandang cerun wajah masing-masing macam laser menembusi batu-bata.

Jangan harap aku akan beri peluang pada kau Dash!

Begitu juga dengan kau Shawn! Mereka bertukar mesej bisu, tersenyum sinis masing-masing.

This is much more interesting than my mission to Mahkota! Buah fikir Yui mencelah. Dia mengjingkit kaki menlontar pandangan pada susuk Daniel dan Luqman yang tak berganjak dari tempat mereka tadi. Nampaknya perlawanan esok akan jadi serampang dua mata buat aku. Just wait and see Luqman! For Slash and Dash, I have another plan for you guys! Otaknya berpusing ligat.

EMPAT PULUH TUJUH

Semangat Yang Dirindui

Melihat itu, Luqman termenung jauh. Sudah lama benar dia tidak merasai aura dan semangat kesukanan seperti itu. Mendengarkan sorakan dan raut kesungguhan para atlit yang ada di dalam dewan Mahkota bagai mengusik hatinya. Dirasakan kehadirannya transperansi sekali. Macam manusia halimunan yang tidak disedari sesiapa kewujudannya. Dia mulai mengingat perasaan yang telah lama hilang dalam hidupnya dulu. Perasaan yang pergi bersama arwah Mak.

* * *

"Itu dia, Luqman meninggalkan jauh pesaing-pesaingnya di belakang. Menghampiri garisan penamat, dan… Yeah! Rekod baru sukan renang di Malaysia dilakar oleh anak muda berusia 16 tahun ini. Sememangnya Luqman Hakim Omar yang diuar-uarkan bakal membawa harapan Negara ke Sukan Sea tidak lama lagi, bukan calang-calang orangnya. Daripada pencapaian beliau yang telah berjaya memecahkan rekod kebangsaan pada hari ini, saya yakin Luqman Hakim bukan sahaja akan digeruni pesaingnya di Asia Tenggara malah mungkin perenang-perenag daripada Negara handalan Asia seperti China dan Jepun sekalipun akan mengambil langkah berjaga-jaga dalam menghadapi saingannya kelak. Syabas buat adik Luqman Hakim. Saya Hasbullah Hassan melaporkan Kejohanan Sukan Sekolah-Sekolah Malaysia dari Stadium Renang Bukit Jalil." Pelapor sukan melaporkan acara yang baru sahaja tamat. Disiarkan melalui saluran Radio Sekolah yang dikendalikan RTM dan juga laman web SMT Mahkota, membawa berita itu ke seluruh pelusuk dunia (sehingga ke Jepun!). Nama Luqman Hakim mula meniti bibir peminat sukan renang di Malaysia.

Suasana di dalam Stadium Renang Bukit Jalil hiruk pikuk dengan sorakan penonton yang sama-sama meraikan kejayaan Luqman. Melonjak badan keluar daripada kolam renang itu, dia tersenyum bangga apabila mengetahui rekod kebangsaan baru telah berjaya diciptanya bagi acara itu. Membuka goggle, dia mencari-cari wajah redup ibunya. Nun, duduk tersenyum dibangku barisan pertama penonton, Latifah melambai ke arah putera kesayangannya. Mengelap tubuh dengan tuala yang diberi petugas di situ, Luqman menikmati sepenuhnya perhatian yang diberikan kepadanya. Memandang sekeliling dewan yang dipenuhi lautan manusia itu, tiada bunyi lain yang didengarnya selain daripada sorakan nama Luqman Hakim. Dia terbuai dek populariti dan rasa puas yang menggunung tinggi. Bibirnya tak lekang dengan senyuman dan riak wajah kegembiraan. Berpaling semula kepada Latifah, dia melepas flying kiss dan menggerak-gerakkan mulutnya memberi isyarat bisu. This is all for you, Mak! Love You So Much!

Saat dikalung pingat kemenangan, hati Luqman bagai mahu melompat keluar daripada tubuh. Terlalu teruja dengan tahap pencapaiannya. Bakatnya kini dipandang serius orang sekeliling. Semuanya hasil usaha keras dan juga tunjuk ajar Coach Ghani dan juga Coach Raju. Rezeki bagai datang bertimpa-timpa sejak dia memasuki ke SMT Mahkota. Syukur Alhamdullilah! Terjun daripada pentas itu dia berlari mendapatkan Latifah. Pipi wanita itu dicium mengunjukkan kalung pingat emas sulongnya. Mereka bergambar kenangan. Kenangan terindah dalam hidupnya baru sahaja tertulis dan nekadnya untuk mencipta senarai panjang kenangan terindah yang akan menyusul kelak. Kejayaan demi kejayaan Luqman Hakim Omar. Nama itu akan dipastikan, terngiang di pembesar-pembesar suara stadium dengan lebih kerap lagi. Sehingga ke Olimpik! Emm… Mungkin juga, siapa tahu?

"Thank you Mak. Terima kasih sebab jadi kekuatan Luqman. I can't do it without you, you know!" Luqman tidak dapat menghentikan senyumannya.

"Of course you can! Anak Mak ni memang hebat. Luqman berjaya sebab usaha keras Luqman sendiri. I'm very proud of you." Pipi anaknya itu dicium, mesra. Sejak dari kecil lagi anak itu ditatangnya bagai minyak yang penuh. Tidak hairan hubungan mereka begitu rapat. Luqman hanya ada dirinya, dan Latifah cuma ada Luqman… Juga bapa dan ibu mertuanya, Datuk dan juga Nenek Luqman.

"Tapi memang betul! Man tak akan boleh buat kalau tak ada Mak. Siapa yang tahan dengan penderaan Coach Ghani dengan Coach Raju tu! Luckily I have you as my full time cheerleader!" Selorohnya. Mereka tertawa.

"Luqman, Luqman…" Geleng Latifah.

"Manja betul! Baru kena sergah dengan Coach pun terasa hati. Tak malu ke asyik nak bergantung pada Mak saja?" Latifah bertanya, menggosok-gosok kepala pemuda itu. Tak sangka, cepat benar anak itu membesar. Wajah dan susuknya tak ubah seperti…


"Nak malu buat apa? Biarlah orang nak kata Luqman anak Mak pun! Memang betul kan! Diorang tu bukan apa, cemburu je lebih. Pasal diorang tak rapat dengan mak diorang, macam Man rapat dengan Mak." Pipi wanita empat puluhan itu dicium lagi. Latifah adalah sinar hidupnya.

* * *

"Luqman! Termenung jauh nampak. Kenapa?... Kau rasa siapa yang akn menang esok. Gemilang atau Mahkota?" Tanya Daniel, merenung rakannya yang masih khusyuk memandang depan. Ke arah kumpulan pemain Gemilang dan Mahkota yang beria-ia melontar kata-kata semangat pasukan masing-masing.

'Tendangan Maut, Sepantas Helang, Gol Kita Kaut, Gemilang Cemerlang!' Teriak Gemilang yang membentuk bulatan sesama mereka.

'WHO WILL WIN?' Jerit Malik, tak mahu mengalah.

'STORM!' (Boom!) Sahut pasukannya bersama hentakan kaki serentak.

'WHO WILL WIN?'


'STORM!' Lagi bergema, disertai formasi hentakan dan tepukan tangan harmoni dari semua pelajar Mahkota termasuk yang berada ditepi-tepi dewan. Dewan Mahkota bagai bergegar dek kilat yang bersemangat menyambar. Semestinya perlawanan esok sangat sengit.

"Siapa yang kau sokong?" Soal Daniel lagi. Kagum dengan apa yang dipertontonkan di depannya, dia tidak menyangka begitu hebat semangat kedua-dua pasukan itu. Walau sudah lama dalam arena sukan ini, tidak terasa sangat semangat berpasukan itu dalam dirinya. Lagipun, memang lumrah Daniel Iskandar. He is a lone ranger! Tapi hakikat itu mula berubah, semenjak menjejak kaki ke Mahkota.

Memandang kosong Daniel, Luqman menjawab…

"Aku pelajar Mahkota, tak akan aku nak Gemilang menang pula." Tiada apa-apa ekspresi, Luqman beredar dari situ. Hatinya berdegup kencang apabila mendengar sorakan riuh rendah di dalam dewan itu. Perasaan sewaktu di zaman kegemilanagan Luqman Hakim dulu bagi membuak-buak muncul. Tidak dinafikan dia rindu saat-saat itu. Berada dalam linkungan bakat atletik, semangat berpasukan itu memang kuat dalam jiwanya. Tak mungkin dia mahu Mahkota kecundang.

"Jadi, kau tak kisah kalau Yui menang bet tu? Betul kau nak mulakan latihan semula?" Daniel agak teruja. Berpaling pada Daniel yang tak henti-henti menjalankan provokeasinya sejak tadi, Luqman mendengus.

"Just wait and see!" Sengih Luqman, sinis.

Daniel melirik senyum. Sekurang-kurangnya itu petanda yang baik! Good Luck Yui!


EMPAT PULUH LAPAN

Slash and Trasher

Tamat perjumpaan di Dewan Mahkota tadi, setiap ahli pasukan Gemilang dibahagi-bahagikan kepada seorang ahli pasukan Mahkota. Konon-kononnya ala-ala program 'saudara angkat'. Setiap pemain ada pasangannya dari pasukan lawan. Supaya dapat merapatkan silaturrahim dan berkongsi-kongsi pengalaman sesama mereka. Lagipun tak salah menjadi kawan walaupun bermusuh di padang. Konon!

Alahai tak payahlah nak bermadah-madah Coach Nazri oi! Bagitahu sajalah yang kami kena berkongsi bilik dengan mamat-mamat pendatang tanpa izin ini. Malik mengomel di dalam hati. Dipasangkan dengan Maaran yang merupakan Kapten bagi Gemilang, bulu ketiaknya gugur sehelai-sehelai! Bak ayam jantan mengerbang bulu tengkok, siap sedia nak bersabung. Dua-dua tak puas hati. Bila dua kepala pasukan bertemu mulalah timbul suasana seram-sejuk. Masing-masing main test power jelingan siapa yang paling laser. Bersalam berduapun dah macam ala-ala gusti lengan! Siap dengan kerut-kerut muka lagi! Sesuai betul! Seorang Maaran, si Baran dan seorang lagi Malik, si Taiko. Jangan meletup bilik 02 tu nanti dek aura membunuh diorang ni sudah! Pemain-pemain lain berdoa dalam diam, menelan liur.

Satu lagi pasangan yang mendapat tumpuan semua warga Mahkota adalah bekas Duo terbaik Gemilang, Slash dan Dash. Gosip tentang perang dingin yang melanda mereka hangat diperkatakan. Macam-macam versi yang diuar-uarkan.

'Kalau korang nak tau, Slash tu berebut awek dengan Dash!'

'Dash pernah bergaduh dengan Slash pasal perempuan masa diorang pergi clubbing sama-sama!'

'Si Ramli tu ada kena mengena dengan kes Yusuf IMC. Pasal tu dia dengan Shawn bergaduh. Shawn cuba nasihatkan Ramli, tapi budak tu degil!'

'Budak Ramli tu ambil dadah. Korang tak perasan otot-otot dia tu sikit punya bagak! Kantoi dengan FAM, pasal tu dia kena buang dari Gemilang dengan Skuad Remaja Kebangsaan' Itu adalah antara cakap-cakap yang panas diperdebatkan. Sampai mereka sendiri keliru dan akhirnya semua versi itu dirangkumkan satu.

"Slash syok dekat awek Dash, Sofia, budak IMC. Slash dengan budak perempuan tu kantoi dengan Ramli dekat satu club ni. Apalagi bergaduh sakanlah diorang sampai bertumbuk. Rupa-rupanya awek tu player! Pada masa yang sama dia keluar dengan si Yusuf juga, Otai IMC tu. Yusuf kan pernah ada kes dadah! Bengang punya pasal, si Ramli ni bolehlah pula berkawan dengan Yusuf. Pastu diapun samalah ambil Ecstacy. Shawn yang memang geram dengan Ramli laporkan hal tu pada Coach Tahar dengan FAM. Tak pasal-pasal kena buang! Ish! Ish! Ish! Itulah ceritanya!" Zikri si tukang karut Mahkota merangkap 'Radio Sekolah' melaporkan autanya. Sudahnya Slash dan Dash tersengih sendiri, menggeleng tak berpenghujung. Nak mengulas, malas nak dikocak sejarah silam yang punya versi masing-masing (Ramli dan Shawn) maka hal itu dibiar begitu saja.

Bersurai daripada Dewan Mahkota itu, kaki masing-masing melangkah ke Sri Tanjung. Waktu prep sudah tamat, waktu untuk serbu kaunter makanan pula tiba. Tapi bukan itu yang berlaku. Sebaliknya mata-mata semua terpaku pada pemain-pemain Gemilang yang juga turut serta bersama mereka malam ini. Semua memberi ruang buat ketumbukan itu berlalu gah dengan gaya yakin mereka. Memang menghormati tetamu sungguh! Puji ahli Gemilang dengan hidung tinggi mereka.

Buat warga Mahkota kehadiran tetamu dalam pasukan begitu memang tidak pernah berlaku. Walau terselit sedikit kekaguman tapi wujud juga rasa jelak dan rasa macam tengah melihat perarakan badut-badut sahaja. Itu yang lelakinyalah. Bagi pelajar perempuan pula lain cerita. Mulalah rasa pening-pening kepala, teruja sangat melihat pemain-pemain Gemilang yang kononnya kacak-kacak belaka di depan mata. Ada yang sampai tak terkata apa, menggosok-gosok biji mata dan yang terliurpun ada.

Huduh sungguhlah perangai masing-masing! Apa jejaka-jejaka Mahkota ni tak kacak, tak handsome ke?! Suara hati sang putera Mahkota.

Bukan tak kacak cuma dah bosan asyik muka yang sama saja berkeliaran depan mata ni. Rasa dah macam beruk mat ye je sorang-sorang! Sesekali dapat cuci mata, tak salahkan? Janganlah cemburu cik abang-cik abang sekelian! Jawab nukilan sang Puteri Mahkota. Rata-rata memasang niat nak mencari pakwe baru. Meningkatkan jurus kegatalan ke peringkat tertinggi maka aksi-aksi gedik dan merenyam mula terpamer.

Masya Allah, apa nak jadi anak-anak murid aku ni? Ah… tak kuasa aku nak melayan. Masa kerja aku dah habis! Terserah pada kaulah Ghani. Ustazah Shafinaz menggeleng, berlalu pergi. Anak-anak didik zaman sekarang memang tak payah 'dididik'. Kalau hal-hal sosial ni tak perlu diajar, pandai saja mereka. Ditegur karang ada sahaja jawabnya. Buat sakit hati aku saja!

* * *

Dibiarkan sahaja semua disitu berlalu pergi. Berdiri keseorangan, Shawn memerhati sekeliling Dewan Mahkota yang telah kosong itu. Sayup-sayup bunyi bising, tapak kaki dan juga mulut murai menutur, mulai hilang menghala ke Dewan Sri Tanjung. Mencari dan menanti sesorang, matanya jatuh semula pada cebisan kertas kecil di tangan. Dibaca lagi isi warkah tidak diundang itu buat sekian kalinya.

'Aku nak buat perhitungan dengan kau. Tunggu dekat sini lepas perjumpaan!' Begitu bunyinya arahan yang tertera.

Semasa bersalaman dengan ahli Mahkota sebentar tadi, entah masa bila dan siapa yang menyelitkan kertas kecil itu dicelah jarinya, Shawn kurang pasti. Derap tapak kaki seseorang menarik perhatiannya. Dikerling kiri dan kanan sekali lagi, mencari arah datangnya bunyi itu. Dari kiri dewan itu muncul susuk yang dikenalinya. Berjalan tersengih ke arah Shawn bersahaja. Shawn mendengus, menyilang tangan ke dada dan berdiri menyilang, menampung berat badan pada sebelah kaki. Juga tenang.

"Satu soalan sahaja! Em.. may be two." Dia ragu-ragu. Mengerut keningnya, memikirkan jawapan apa yang diperlukannya daripada Shawn.

"Apa dia?" Shawn angkat kening. Tidak menjangka insan di depannya itu tega untuk berdepan begini.

"Satu, seriously, betul ke kau kenal dengan Ramli tu? Dua, kenapa kau bengong sangat?" Yui jujur. Menyampah dengan gaya 'macam bagus' mamat itu.

"Kau nak cari gaduh ke?" Kata Shawn, sedikit keras. Dia mara hendak mencapai kolar baju tomboy kerek itu. Tapi apabila teringatkan jurus cengkaman Yui tempoh hari, dia tidak jadi. Dia sedar gadis di depannya ini bukan calang-calang. Jika tidak masakan Coach Nazri dan Coach Ghani berani mempertaruhkan nasib Mahkota di tangan Yui. Lebih-lebih lagi posisi penting seperti keeper. Jangan buat main!

Yui menggeleng, tersengih. Suka mencurah minyak pada api jiwa Shawn yang memang sedia baran dan pendendam.

"Aku cuma nak tahu! Aku hairan! Iyalah, cuma orang bengong sahaja yang ikut kata hati dan nafsu. Cepat sangat terpedaya dengan anasir luar!" Hujah Yui bersungguh. Dia tidak gentar dengan lelaki itu. Ego Shawn sepatutnya sudah lama dirobohkan!

"Kau bercakap soal apa? Ramli? Hah! Apa yang si penagih tu dah cakap dengan kau? Atau sekarang ni kau sendiri tengah 'high'? Woi minah, hang mengigau ke?!" Gelak Shawn. Entah apa yang lucu. Tidak dinafikan, dendamnya pada Ramli semakin menjadi-jadi. Fikirnya selepas Ramli keluar daripada Gemilang, reputasinya akan kembali pulih. Malangnya bukan begitu. Kecewa Coach Tahar terhadap Ramli nyata keterlaluan sehingga anak didiknya yang lain yang menerima habuan. Terutamanya dirinya. Terkenangkan semula herdik maki Tahar terhadapnya, dia sakit hati. Jurulatihnya itu bagai cuba meletakkan kesalahan insiden itu dibahunya. Kerana itu dia semakin berdendam dengan Ramli. Jika dahulu Ramli yang dibayangi Shawn tapi situasi kini bagai meletak dirinya pula dibelakang Ramli. Sengaja mereka dilaga-lagakan. Sifatnya yang memang pendendam membuat gejolak rasa marah menolak hakikat persahabatan mereka.

"Aku yang high, atau kau yang tengah laloq sekarang ni? Berlagak bagus! Padahal aku pasti yang kau sedar diri kau tak sehebat Ramli, kan?!" Kening Yui terjungkit.


"Huh! Apa yang hebat sangat tentang Mat Ecstacy tu? Selain daripada pandai menasihatkan orang tapi cakap tak serupa bikin!" Bentak Shawn, geram.

"Cara kau cakap ni macam kau baru kenal Ramli dua tiga hari, kau tahu tak? Tapi dari apa yang Ramli cerita pada aku, korang dah berkawan baik sejak tingkatan satu. Huh! Bull shit!" Yui semakin menjadi-jadi. Dengan memek muka tak puas hati, dia semakin geram dengan tingkah Shawn yang baginya bagai kacang lupakan kulit. Tak sedar betul mamat ni! Orang-orang di Malaysia ni memang tak tahu menghargai persahabatan agaknya. Kalau di Jepun, nilai persahabatan adalah nombor satu! (Itu disebabkan institusi kekeluargaan disana agak rapuh) Tapi, walau apapun ianya bukanlah perkara yang buruk, bukan?

"Sudahlah tomboy! Aku tak ada masa nak dengar semua ni!" Kesabaran Shawn dah tiba tahap maksimum. Bertambah panas apabila mendengar perkataan kawan baik yang keluar daripada mulut Yui. Kawan baik apa kalau menasihat bagai nak rak, tapi dia buat boleh pulak! Kakinya maju. Melepasi Yui, bahu mereka berselisih. Terpusing tubuhnya dek momentum yang dikenakan minah Jepun tu.

"Banganglah kau ni!" Shawn dah angkat tangan namun sepantas kilat… Ahhhh!!!


"Aduh!" Shawn menggosok punggungnya yang jatuh ke lantai gara-gara di 'back flip' Yui.

Yui sengih. Sengaja dia menghampiri Shawn sebentar tadi dan menolak bahu lelaki itu. Licik dia memasukkan sesuatu ke dalam kocek wind breaker lelaki itu. Tindakan refleks membuat dia pantas bertindak sejurus melihat layangan tumbukan Shawn. Amik kau! Kena Back Flip aku sekali! Nasib baik aku hempas tak kuat!

"Kalau Gemilang ada Shawn the Slash. Ha! Ini dia Yui the Trasher daripada Mahkota. Aku akan pastikan Gemilang hancur esok. You better watch out! Lagipun tanpa gabungan 'the best duo', sia-sia saja kau dan Ramli ada di padang yang sama. Ramli bagitahu aku, dia nekad untuk hadapi kau Shawn! Perlawanan esok pasti menarik kan? Aku chow dulu! Nice chatting with you. Aku rasa aku dah dapat jawapan bagi persoalan aku." Sinis, Yui menabik spring pada Shawn, tanda selamat tinggal. Dewan Mahkota itu ditinggalkannya dengan puas hati. Sekurang-kurang tahap ego lelaki keras kepala itu dah berkurang sedikit. Diharap esok, walau bukan sepasukan, Slash and Dash boleh berbaik semula. Yui berdoa agar perancangannya berjalan lancar.

Shawn kekal disitu, termangu dalam baki kejutan yang diterimanya sebentar tadi. Nampaknya lawan aku yang ini jauh lebih bahaya daripada Dash. Siap kau Yui!
posted by BLOGGER @ 8:49 PTG  

Kongsi Karya Ini Di Dinding Facebook Anda
7 Comments:
  • At 14/10/08 6:02 PG, Blogger NURUL AINI BAKAR said…

    Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

     

  • At 14/10/08 8:07 PG, Anonymous Tanpa Nama said…

    mesti yui ito akan mngnye..smgt die xleh lwn..chayo chayo!!

     

  • At 14/10/08 8:46 PG, Anonymous Tanpa Nama said…

    tak sbr nak tahu mcm mana citer ni berakhir. nak tau gak macam mana gempaknya suasana bila mahkota tau hubungan tulk ngan lokman. mesti gempak gile. cpt la sambung.........

     

  • At 14/10/08 4:42 PTG, Anonymous Tanpa Nama said…

    emmm nk smbungan lg....
    nk tgk yui mampu x kotakan jnji dia tu....
    hope fully dia berjaya bwk luqman kmbali ke arena berenang....
    yui ade hati k ngn daniel wahai penulis????

     

  • At 15/10/08 10:19 PG, Blogger ganbate said…

    best..best..best..besssssssssst..
    suka sgt citer nie..
    hope blh sambg cpt,tp tue la..
    xleh nak paksa lak..
    kekadang fokus menulis akn hilang2..
    nnt coz nak cpt siap..citer jd x tentu..
    apapun,sy setia menunggu episod seterusnya..
    rsnya la..if x buat novel pun, citer nie blh buat drama b'siri..
    seronok sgt2..
    ganbate ne!!!

     

  • At 15/10/08 11:21 PG, Blogger NURUL AINI BAKAR said…

    Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

     

  • At 6/12/08 12:05 PTG, Anonymous Tanpa Nama said…

    ADEIII BES GLER..XJADIK KEJE AKU LAYAN CITER NI TAU..ORG CKP NGN AKU PUN LEH WT BODO JER HU2 SAKIT ATI DORANG..DH LAMA GAK AKU MASUK CNI TP XTEPIKIR LAK NK LAYAN CITER NI SBB TGK TAJUK CAM CITER BUDAK2..MAKLUMLA UDAH TUA2 NI HE2..SJA NK TES KOT2 BES FUH MMG BES XTAU NK CKP G DAH..MMG WATAK DLM NI BUDAK2 SEKOLAH TP PEMIKIRAN DAN JLN CTER DLM NI MATANG..TAHNIAH PENULIS..NIE KORANG RASE KAN KALU CITER NIE DIDRAMAKAN AGAKNYE SAPE PELAKON Y SESUAI BWK WATAK2 DLM NI EA..

     

Catat Ulasan

TINGGALKAN ULASAN DAN KOMEN, PADA SETIAP KARYA YANG ANDA BACA Penulis memerlukan ulasan dan komen, bagi memperbaiki penulisan dan memperbetulkan kesilapan. Komen dan ulasan anda akan memberi satu semangat kepada penulis, untuk terus menulis karya dan seterusnya menghasilkan karya yang menarik. Kerjasama & sokongan daripada pembaca amat kami hargai. Sebab itulah kami menyediakan HADIAH, sebagai penghargaan kepada penulis dan juga kepada pembaca yang aktif memberi komen & ulasan

<< Home

 

 

 NOVEL TERBARU DI PASARAN

 

 

"Dia hidup bukan kerana cinta. Dia hidup kerana kehadiran Prince Charming yang menyelamatkannya. Semuanya gara-gara dia mengoyak Carta Prince Charming—carta misteri yang tiada sesiapa tahu dari mana datangnya. Yang pasti, memang dia langsung tidak percaya dengan sumpahan yang dikatakan berkaitan dengan Carta Prince Charming.

"Sumpahan puteri? Kau ingat ini cerita dongeng ke? Puteri apa yang nak sumpah aku ni? Puteri bunian? Puteri lindungan bulan?”

Desakan daripada Sofea membawanya ke Kelab Bola Sepak. Di situlah Prince Charming berkumpul. Tetapi hanya seorang sahaja Prince Charming yang dicari-carinya. Namun, untuk mencari Prince Charming bukanlah mudah, namun dia yakin, antara mereka, pasti salah seorang adalah penyelamatnya.

Orang tu pun satu! Dah selamatkan nyawa orang, tak reti-reti ke nak munculkan diri? Bukan ke lagi senang kalau datang berdiri depan aku dan cakap, Sayalah yang selamatkan awak daripada kena langgar semalam. Finish! Tak adalah nak panjangkan cerita sampai beratus muka surat semata-mata nak cari Prince Charming!

Tajuk: Prince Charming
Penulis: Ratu Bulan
Terbitan: Fajar Pakeer

Harga: RM19.90
Ulasan:

 


 

NOVEL HANGAT DIPASARAN

 

 

Pertemuan pertama memberi impak yang berbeza kepada dua insan. Maria malu mengenang, sedang Hisyam mahu mendekat. Maria semakin resah apabila Hisyam terus-terusan mendesak. Dalam benci ada rindu. Bijak Hisyam memujuk, mereka akhirnya disatukan.

Salina hadir menjadi duri dalam daging. Bagi Hisyam, gadis itu ialah sahabatnya yang terbaik. Insan paling dipercayai. Namun, dalam diam, Salina meracuni hubungan mereka. Salina ada agenda yang tersendiri.

Semakin hari, semakin nipis rasa percaya Maria terhadap Hisyam. Namun, dia tidak mungkin menghindar rasa kasih yang sudah menebal. Demi menunaikan permintaan Maria, Hisyam tega melamar Salina walau ada luka di hati.

Sanggupkah Hisyam menduakan Maria yang pernah dicintai sepenuh hati? Dan, Maria, mampukah membiarkan suami tersayang jatuh ke tangan Salina? Atau, Mariakah orang ketiga yang tidak lagi diperlukan kehadirannya oleh Hisyam?

 

Baca bab awal dari bab 1-15 di www.takmungkinkuhindar.blogspot.com
 

Tajuk: Tak Mungkin Kuhindar
Penulis: Ana Sofiya
Terbitan: Fajar Pakeer

Harga: RM22.90
Ulasan:

 


       Karyaseni

www.karyaseni.my
www.karyaseni.com.my
       Menarik Klik Dibawah
    50 Karya Terbaru

  Info Karya Terkini

      Baca Karya Pilihan

  Pelukan Cinta - Novel cinta yang 90% adalah kisah benar, wujud lagikah manusia sebegini?

 

  Suami Aku Ustaz - Bila Suami Yang Merupakan ustaz kini menjadi suamiku, Sebuah novel yang banyak menekan nilai-nilai islamik

 

  Terlerai Kasih Sebuah novel yang heroinnya bertudung, novel yang begitu menarik. selamat membaca

 

  Kahwin Ganti - Novel yang pasti dapat memikat hati pembaca. bagaimana seorang yang sakit menjadi suamiku

 

  Kemilau Karya Kasih - Kisah  anti novel melayu, yang memandang jijik dan hina novel melayu. ikuti kisah menarik ini.

 

  Opps pintu hatiku - Kisah yang menarik pilihan yang mampu memberi keseronokan membaca

 

  Pilihan Mama - perlukah ikut pilihan mama, sedangkan pilihan mama umpama manusia yang tidak berperikemanusian

 

  Tak Mungkin Kuhindar - Novel yang mendapat sambutan dan popular di penulisan2u

 

  Dibius Cinta - Cucukan jarum cinta manakah yang mampu membius hatiku. Kalau sudah membaca novel ini kali pertama, pasti tidak akan berhenti.

 

 

klik pada tajuk untuk membaca karya pilihan di atas

 

      Iklaneka

 

125 

 

 

 

 

 

Berminat iklan di blog penulisan2u? hubungi kami di email : Bantuan@penulisan2u.net

      Tarikh Karya

 

Ikuti blog ini | Follow this blog

      Berita Hangat

Penulisan2u sedang berkerjasama dengan Penerbit Novel bagi memberi peluang kepada penulis-penulis berbakat dan karya yang menarik. Antara novel yang sudah di terbitkan

 

  Biarlah YM Berbicara

  Baju Pengantin Mak Andam

  Siapakah Di hatiku

  Hot Gimmick

  Pergilah Air Mata

  Sepupuku Suamiku

  Hadirmu Takdirku

  Cermin

  Tak Mungkin Kuhindar

  Bini Aku Tomboy Ke?

  Jodoh Atau Cinta

  Prince Charming

  AD + IZ 

 

Tunggu kemunculan novel-novel terbaru dari penulis penulisan2u setiap bulan di pasaran.

      Ingin Hadiah?

PERADUAN KUIZ . Tahniah kepada 10 Pemenang Kuiz, Hadiah ditaja oleh Syarikat Penerbitan Kaki novel Enterprise. Klik Disini untuk melihat Senarai pemenang.

 

UNTUK PENULIS. 5 Penulis terbaik pilihan pembaca setiap bulan. akan menerima hadiah sebuah novel. Blog pertama dan satunya2 blog yang memberi hadiah kepada penulis. Klik Disini untuk melihat senarai Penulis terbaik pilihan pembaca setiap bulan

 

UNTUK PENGULAS & PEMBACA?

2 Pengulas paling AKTIF dengan memberi komen yang ikhlas dan membina, pada setiap karya cerpen / novel  di penulisan2u akan menerima hadiah sebuah NOVEL.

 

      Bilik Sembang

Info
TAG

koleksi novel, koleksi novel cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik, novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru, teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram, cerita, cerita cinta, cerita melayu

UCAPAN

1/1/2009:
Tahun baru misi baru, cerpen dan novel pun baru. semoga terhibur bersama blog kami

KATA HIKMAH

1) Cara yang pasti untuk terlepas dari berjaya ialah terlepas peluang

2)"Jika saya ingin memulakan kembali perniagaan saya, maka saya akan memilih perniagaan network (MLM)"DONALD TRUMPH

3) "ada menyebut, 9/10 daripada rezeki berpunca daripada perniagaan" HADIS

4)Dalam tempoh lima tahun akan datang hanya wujud 2 jenis perniagaan iaitu perniagaan yang menggunakan INTERNET sebagai platform ATAU perniagaan tanpa internet yang akan terkeluar dari persaingan dunia perniagaan.” Apabila ditanya kepada beliau, bagaimana awak boleh jadi di antara orang yang terkaya di dunia? Jawab beliau,“Saya berada ditempat yang betul tepat pada masanya, saya melihat VISI dan yang sangat penting. Saya melakukan TINDAKAN!!”. BILL GATES

5) "Daripada 40 orang terkaya yang berumur di bawah 40 tahun, separuh daripada mereka berjaya melalui INTERNET."  -MAJALAH FORTUNE-

6) Jika anda mahu melakukan sesuatu anda akan mencari jalan dan jika anda tidak mahu melakukan sesuatu anda akan mencari alasan

7) Siapa yang tidak pernah gagal, dia tidak akan menjadi kaya -charles h.spungeon-

8) Ingatlah Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum melainkan kaum itu sendiri berusaha mengubahnya - al-Radu [13]: 11-

9) 99% kejayaan dibina dari kegagalan yang lalu, siapa yang mahu dan tidak bertindak, dia adalah haiwan perosak -willim blake-

9) Banyak hal yang kita sebut sebagai was-was untuk bertindak seringkali dapat diubah menjadi kejayaan dan keuntungan, hanya dengan mengubah sedikit sahaja sikap dalam diri seseorang daripada rasa takut bertukar untuk berjuang

10) semasa kita berhenti dari berfikir, kita biasanya terlepas satu peluang

11) Ilmu melalui bukunya, kemahiran melalui pengalamanya, kejayaan melalui usahanya


TAG

koleksi novel, koleksi novel cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik, novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru, teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram, cerita, cerita cinta, cerita melayu

Inspirasi kejayaan yang cemerlang di
www.kerjaya.net
      Chit-Chat Corner

online
     Rakan Niaga

Rahsia dari 8 Jutawan Malaysia

Rahsia penjimatan elektrik

117 Idea Bisnes Luar Biasa

Webhosting Terbaik Malaysia

Video Tutorial Bisnes Internet

Peluang Bisnes SMS

Google Adsense jana Duit

Rahsia perniagaan digital

Business Internet

Cara Format PC

Perkakasan membina website

Cara membina Blog wordpress

Buat Duit dengan Ebook

Rahsia sistem merekrut MLM

Menjana pendapatan di EBAY

Tingkatkan Traffik ke website

Tiada duit untuk kahwin?

Rahsia Bisnes di Internet

Panduan asas membina blog

Jana wang dgn unit trust

Belajar design grafik

Bengkel website

10 Model Bisnes internet

Pakej bisnes internet

Belajar HTML website

Rahsia teknik bisnes di EBAY

      Novel pilihan

sinopsis klik pada gambar

   Diari Penulis

    • Aisya Sofea

    • Anis Ayuni

    • Bikash Nur Idris

    • Damya Hanna

    • Dhiya Zafira

    • Eny Ryhanna

    • Salina ibrahim

    Dina Najat

    • Ahadiat Akashah

    • Norhayati Berahim

    • Aina Emir

    • Hafirda Afiela

    • Hani Fazuha

    • Dewi Sukma

    • Sri Diah

    • Zn Isa

    • Lily Suraini

    • Lily Haslina

    • Nia Azalea

    • Rose Harissa

    • Norzailina Nordin

    • Aleya Aneesa

    • Liza Zahira

    • Ida Nardiel

    • Eka fahara

    Syima Syawal

    • Meen Zulaikha

    • Rose harissa

    • Aleya Aneesa

    • Lynn Dayana

    • Mersik Romoyu

         Ingin Menjadi Penulis?

Creative Enterprise Sdn. Bhd., sedang mencari manuskrip kanak-kanak atau remaja. Ini kerana pihak kami ingin memperluaskan dan memperbanyakkan bahan bacaan untuk kanak-kanak dan remaja. Di samping itu kami juga ingin memupuk minat membaca dalam kalangan kanak-kanak dan remaja. ( klik disini )

Karyaseni Enterprise ingin memaklumankan kepada anda yang berminat untuk menghantar manuskrip anda kepada KS untuk penilaian, sila email kan sinopsis dan tiga bab awal ke alamat email berikut: Manuskrip@karyaseni.my

KarnaDya Solutions Sdn Bhd. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan? hantarkan karya anda. Sebelum anda menghantarkan manuskrip anda, sila hantarkan butiran berikut terlebih dahulu melalui emel/pos. untuk maklumat lanjut ( klik disini )

NB Kara Sdn Bhd dengan berbesar hati menjemput mana-mana penulis yang merasakan diri mereka layak menjadi penulis yang versatil, menghantar manuskrip mereka kepada NB Kara Sdn Bhd. Tulisan anda terlebih dahulu akan dinilai oleh penulis prolifik Norhayati Berahim dan juga beberapa panel editor sebelum diluluskan untuk terbitan.
 ( klik disini )

Jemari Seni Publishing. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan? Untuk tujuan pengiriman manuskrip, JEMARI SENI telah menggariskan panduan kepada penulis-penulisnya. untuk maklumat lanjut ( klik disini )

 

Alaf 21 Sdn Bhd. Tahun 2008 bakal menjanjikan sinar kecemerlangan seandainya karya anda terpilih untuk diterbitkan oleh Alaf 21, penerbit novel tersohor di Malaysia. Jika anda mempunyai salah satu manuskrip tersebut, kami ingin menatap dan menilainya. Sekiranya sesuai, pihak kami ingin menerbitkannya di bawah jenama ALAF21. ( klik disini)

   Ahli Pelawat
      Novel Di Pasaran

Kenangan Terindah - Hezzy Azra

Serasi di hati - Nora Ismail

Nama aku N - Aina Emir

Bunga Syurga - Anita Aruszi

Episod cinta luka - Fateen Najwa

Sandaran kasih - Aini Marisha

Fitrah kasih - Ilani Mysara

Bukan yg pertama - Salina Ibrahim

Ternyata cinta - Damya Hanna

Selagi ada dia - Aisya Sofea

Kembalikan cintaku - Norhayati NB

Warna hati - Meen Zulaikha

Seribu kali sayang - Anis Ayuni

Menanti kasih - Norzailina nordin

Cahaya - Nura zulaikha

Dakapan cinta - Eny Ryhanna

Hanya kita berdua - Aina emir

Ku Utus Rindu - Intan Arnida

Usikan rindu - Qaira Qasidah

Segalanya untukmu - A.Anessa

 

Dapatkan dikedai berhampiran anda

      Bantuan Carian

Dua cara asas untuk memudahkan anda melayari laman blog penulisan2u pada masa akan datang. pastikan anda set laman penulisan2u sebagai  "homepage utama" atau dengan "add to favorite" di pelayar komputer anda. caranya dgn klik dibawah:-

 

      Web & Blog Terbaik

Koleksi cerpen & novel online terbaik dari Malaysia, Indonesia, SIngapore & Brunei. Layari di http://penulisan2u.net

Koleksi artikel isu semasa, artikel yang menarik dan hangat http://semasa2u.blogspot.com

tip kehidupan, zodiak, horoskop, petua, tip, puisi, pantun, sajak, dan pelbagai artikel menarik layari di http://istimewa2u.blogspot.com

Blog Berkaitan agama, topik-topik tazkirah, audio, video ceramah, mendengar 114 surah Al-quran secara online, radio-radio dakwah, layari di http://dakwah2u.blogspot.com

Blog Media, Tv streaming online, radio streaming online, surat khabar, rakaman drama, radio era, hot.fm, tv1, tv2,tv3 dan lain-lain. layari di http://mymedia2u.blogspot.com

Blog Koleksi cerita lawak, lucu, kelakar dan video lawak, lucu dan kelakar. layari di laman http://kelakar2u.blogspot.com

Laman web penerbit novel KarnaDya Penerbitan Karyaseni Syarikat penerbitan yang dimiliki oleh Penulisan2u. Novel-novel dari laman penulisan2u akan diterbitkan oleh Karyaseni http://www.karyaseni.my

Laman web syarikat penerbit novel Creative Enterprise Sdn Bhd (CESB). Untuk melihat novel-novel terbaru yang berada di pasaran, layari di http://www.cesb.net.my

Laman web syarikat penerbit Kaki Novel Enterprise. Untuk melihat novel-novel terbaru yang berada di pasaran, layari di http://www.kakinovel.com

Laman web syarikat penerbit NB kara Sdn Bhd. Dimiliki oleh penulis terkenal Norhayati Berahim, Untuk melihat novel-novel terbaru yang berada di pasaran, layari di http://www.nbkara.com.my

Laman web syarikat penerbit Buku Prima Sdn Bhd. Untuk melihat novel-novel terbaru yang berada di pasaran, layari di http://www.bukuprima.com.my

Laman web syarikat penerbit novel jemari Seni Publishing (JS Publishing). Untuk melihat novel-novel terbaru yang berada di pasaran, layari di http://www.jemariseni.com

Laman web syarikat penerbit novel Alaf21 Sdn Bhd (alaf21). Untuk melihat novel-novel terbaru dari Alaf21 layari di http://www.alaf21.com.my

Laman web syarikat penerbit novel Fajar Pakeer Sdn Bhd). Untuk melihat novel-novel terbaru  layari di laman http://www.fajarnovels.com.my

      Kata Kunci

koleksi novel, koleksi novel cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik, novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru, teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram, cerita, cerita cinta, cerita pendek, cerita melayu, cerita online

      Malaysia Group