Kehidupan
adalah anugerah utama Illahi. Anugerah kehidupan memberi gambaran
kebesaranNya buat kita manusia, yang wajib kita syukuri dan hargai.
Internet adalah kemudahan buat umat manusia. Justeru itu,
manafaatkan ia untuk kesejahteraan diri kita dan umat sejagat.
Sentiasalah kita beringat, apa yang kita lakukan, akan dipertanggung
jawabkan pada kemudian hari.
Gunakan sebaik-baiknya kurnia Allah swt kepada kita. Halalkan
kegunaan akal, hati dan lidah pada perkara yang bakal membawa
kecemerlangan diri kita dunia dan akhirat. Kita hidup hanya sekali.
Sekali 'pergi' tak kan kembali. Buat baik berpada-pada, dan buat
jahat JANGAN sekali-kali. Kewujudan website penulisan2u dengan blog
sebagai wadah untuk meningkatkan nilai diri. Bermatlamatkan
penyatuan ummah dengan ciri-ciri kemurnian budi dan budaya. Walaupun,
dunia terus maju dengan teknologi, kita akan terus kekal dengan
akhlak dan jati diri insani.
Seminggu sebelum majlis pernikahan, saya bertemu dengan Zikri. Itu pun setelah beratus-ratus kali dia merayu. Pertemuan itu hambar, langsung tak ada gelak tawa antara kami. Wajah saya masam. Saya tak senyum langsung. Berkali-kali Zikri minta saya senyum. Saya hadiahkan dia satu jelingan tajam dan dia terus mendiamkan diri. Biarlah dia tahu perangai saya yang sebenarnya. Saya tak nak terus menyeksa diri saya sendiri. Saya tak suka Zikri dan saya nak dia tahu perasaan saya yang satu itu. Suka hati dialah nak sedih atau kecewa. Saya tak peduli.
"Minggu depan kita akan kahwin, kan? Ari dah ready jadi isteri Zik?" Saya rasa macam ada haba panas keluar dari hati saya. Badan saya terus rasa panas. Bersedia jadi isteri dia? Jangan buat lawak la! Bila saya terus mendiamkan diri, Zikri bertanya satu soalan yang membuatkan saya 'meletup.' "Ari marah Zik ke?" Tolonglah. Tolong jangan tanya saya marah ke tak. Saya dah cukup terseksa selama ni. Jangan buat saya hilang pertimbangan lagi. "Ari tak sudi nak berkahwin dengan Zik?" That's it. "Ari tak sayang Zik?" Boom!
"Saya sayangkan awak tapi sayang saya pada awak tak pernah lebih dari seorang kawan and yes, memang saya tak nak kahwin dengan awak. I never wanted to marry you. Mama dan Papa yang paksa saya. So awak jangan harap apa-apa dari saya sebab saya tak pernah dan takkan rela dengan perkahwinan ni." Saya terus bangun dan tinggalkan Zikri. Saya ingatkan Zikri faham maksud saya dan tak akan berkahwin dengan saya. Tapi dia nekad nak jadikan saya isterinya. Perasaan benci saya bertambah-tambah. Apa hal dengan dia tu?
Awak tau? Semua orang mengutuk saya sewaktu majlis perkahwinan kami. Semua orang kata saya tak tau malu. Termasuklah kakak ipar Zikri sendiri. Saya terdengar dia cakap di dapur. Dia tanya kenapa majlis perkahwinan perlu diadakan secara besar-besaran sedangkan perkahwinan kami bukannya atas dasar cinta tapi kerana ditangkap berkhalwat. Awak tau apa dia cakap lagi? Dia cakap saya yang bersalah. Saya yang perangkap Zikri. Saya yang kemaruk nak berkahwin dengan Zikri. Saya rasa berapi dalam hati. Saya perangkap Zikri? Wah, suka hati dia je nak cakap macam tu. Dia tau tak adik ipar dia tu yang tergila-gilakan saya?
Dua hari selepas majlis perkahwinan, saya dan Zikri terus berpindah ke rumah baru. Mujurlah tak ada ahli keluarga Zikri yang datang membantu. Sebaik saja semua barang dipunggah masuk ke dalam rumah, saya terus asingkan barang saya ke bilik tidur kedua. Zikri terkejut. Dia tanya kenapa saya bawa barang saya masuk ke dalam bilik kedua. Saya langsung tak menjawab dan terus mengangkat barang tapi bila Zikri halang jalan saya masuk ke dalam bilik, saya berang.
"Takkan saya nak tidur sebilik, sekatil dengan awak? Awak dah lupa ke yang saya tak nak kahwin dengan awak?" Zikri terdiam dan terus memberi laluan. Saya mendengus kasar. Zikri cuba memujuk tapi saya langsung tak layan pujukannya. Agaknya Zikri mula tak tahan, dia meninggikan suara. Zikri mengamuk. Saya mengaku saya rasa takut tapi saya tinggikan ego saya. Biar dia tahu saya juga ada maruah diri Saya tak pernah tengok Zikri marah. Zikri yang saya kenal selama ni langsung tak pernah mengerutkan dahi disebabkan marah. Bila saya tak layan dia, Zikri terus keluar dari rumah. Haha. Baru dua hari kahwin, dah bergaduh. Sepuluh hari? Cerai? Cerai...? Erk?
Saya langsung tak peduli. Saya kemas rumah sendirian. Apa? Dia ingat saya tak boleh buat kerja rumah seorang diri? Dia ingat saya perempuan yang lemah sangat ke, tak boleh berdikari? Lewat malam barulah Zikri balik. Saya buat tak peduli. Zikri panggil saya untuk duduk di meja makan. Di tangannya ada sebungkus polisterin. Barulah saya sedar. Saya lapar.
"Abang dah fikir. Ari tidurlah kat master bedroom. Biar abang tidur kat bilik kedua." Abang? Saya terus jeling dia. Zikri Cuma senyum. Tak kisahlah saya tidur kat mana-mana pun. Lagipun bagus juga saya tidur di master bedroom. Tidur di katil queen size lagi. Dengan aircond. Hehe. Saya terus bangun. Kemudian Zikri panggil saya lagi. "Tapi abang kena tinggalkan separuh barang abang di bilik sayang la. Nanti tak la family kita tau pulak." Wah, sekarang sayang pulak dah? Saya Cuma mengikut.
Hidup baru saya bermula. Dunia saya cumalah dalam bilik saya. Kalau ada apa-apa, Zikri akan ketuk pintu bilik saya tapi biasanya saya akan membatukan diri. Malas hendak melayan apa jua kerenah Zikri. Tapi saya tahu tanggungjawab saya. Walaupun saya tak rela, saya tetap sediakan semua keperluan Zikri. Secara zahirnya, biarlah dia merasa seperti seorang suami yang keperluannya dipenuhi. Secara batin? Tak rela!!!
Tapi tak banyak yang saya buat. Sekadar menggosok pakaian untuk bekerja, mencuci pakaiannya, itu pun dengan washing machine, mengemas rumah dan biliknya dan memasak. Memasak itu pun sekadar memasak sarapan. Saya keluar dari rumah awal pagi dan pulang lewat tengah malam. Mulanya Zikri menunggu saya pulang untuk makan bersama tapi saya enggan. Saya tahu Zikri kecewa. Yela, penat-penat dia berjaga menunggu saya tapi akhirnya saya buat tak tau dengan dia.
Tak tau la ... saya rasa diri saya ni dah berubah sangat sejak berkahwin dengan awak. Saya tak pernah terfikir yang saya akan menjalani rawatan mental. Saya tak pernah terfikir sanggup melukakan perasaan diri sendiri demi mengharapkan cinta seorang suami. Saya tak sangka yang saya akan bergaduh dan berkecil hati dengan Mama dan Papa. Saya tak pernah terfikir akan berkahwin kerana ditangkap basah. Kenapa semuanya jadi macam ni? Di mana punca semua perkara berlaku?
Awak ke? Rasanya memang senang untuk menyalahkan awak atas segalanya. Kalau saya tak kahwin dengan awak dulu, saya takkan lukakan perasaan saya sendiri, kan? Saya takkan tertekan sehingga dimasukkan ke hospital rawatan mental. Saya juga takkan bergaduh dengan Mama dan Papa. Dan yang paling pasti, saya takkan ditangkap basah dengan Zikri dan takkan berkahwin dengan Zikri. Ah, sudahlah. Saya tak nak cari kesalahan sesiapa. Semuanya dah berlaku. Bukannya saya boleh ulang masa.
Tak ada guna saya nak menangis darah sekalipun. Semuanya dah terjadi. Agaknya memang dah tertulis ada jodoh antara saya dan Zikri. Tengoklah nanti. Kalau pintu hati saya terbuka untuk Zikri, kalau ALLAH dah tetapkan jodoh saya sebenarnya dengan Zikri, insyaALLAH kami akan bersama selamanya. Mungkin juga Zikri cumalah satu persinggahan. Entahlah. Saya dah terlalu banyak berfikir. Saya tak tahu apa yang saya perlu buat. Untuk menerima kehadiran Zikri sebagai seorang suami, buat masa ini agak mustahil. Saya tak rasa saya mampu.
Saya rasa hanya masa yang akan menentukan segalanya. Hampir empat bulan hidup bersama Zikri, saya belajar untuk menerima dirinya. Walaupun hati saya tak pernah terusik dengan semua kebaikan Zikri, tapi saya cuba. Zikri memang baik. Romantik. Mesra. Dalam masa empat bulan berkahwin dengan dia, banyak yang dia hadiahkan untuk saya. Setiap hujung bulan dia akan mengajak saya keluar bersamanya. Ke mana? Shopping. Shopping baju, barang-barang rumah.
Saya teringat kata-kata kawan saya dulu. Katanya 'My husband's money is my money. My money is my money.' Haha. Tapi Zikri bukan begitu. Kata Zikri, 'My money is your money. Your money is yours.' Semua keperluan kami Zikri yang sediakan. Untuk rumah, untuk saya dan untuk dirinya. Pernah sekali Zikri mahu membelikan saya seutas gelang tangan. Katanya dia tidak mahu melihat saya memakai gelang tangan yang sama setiap hari. Saya jadi cuak. Zikri tau ke gelang tangan ni awak yang hadiahkan? Tapi saya menolak permintaan Zikri.
Awak ingat lagi gelang tangan yang awak bagi saya dulu? Saya tetap pakai sampai hari ni. Saya tahu ini bukanlah satu-satunya hadiah dari awak tapi saya tak tahu kenapa saya tak boleh nak tanggalkan gelang ni. Hati saya rasa sayang sangat pada gelang tangan ni. Mungkin sebab awak yang hadiahkan. Jadi kalau Zikri tau ini pemberian awak, memang tak salah untuk dia berasa kurang senang. Takkanlah dia tak ada perasaan untuk biarkan isterinya pakai pemberian lelaki lain, kan? Entah apa khabar awak, kan? Sejak saya berkahwin, tak sekali pun saya berjumpa dengan awak.
Selepas hampir lima bulan barulah kita bertemu. Itu pun secara kebetulan. Saya terlanggar awak di pejabat saya. Saya rasa nak menangis tengok awak. Wajah awak nampak sedikit pucat dan tak bermaya. Kenapa? Awak tak nak jumpa saya ke? Tapi entah kenapa, kita berdua langsung tak berganjak. Saya menundukkan wajah ke lantai. Banyak yang saya nak katakan pada awak. Saya nak awak tahu yang saya dah berkahwin tapi bukan atas kerelaan saya sendiri. Saya tahu awak renung saya. Saya tak mampu nak dongakkan wajah, melawan panahan mata awak yang tajam. Awak marah saya ke?
Awak ajak saya keluar makan bersama awak. Tiba-tiba saya tergelak. Ajak makan? Makan tengahari di bulan puasa? Awak ketawa lalu menepuk dahi. Awak kata awak lupa yang kita dah mula berpuasa. Eleh ... Ye ke? Ke awak tak puasa sebenarnya? Hehe. Awak terdiam. Awak nampak seperti sedang berfikir.
"Saya ingatkan nak ajak Ariana berbuka puasa bersama tapi rasanya mesti tak boleh, kan? Tak apalah. Lain kali ya." Awak senyum. Saya rasa lidah saya kelu untuk menjawab. Mesti tak boleh? Apa maksud awak? Awak dah tahu ke yang saya dah kahwin? Mana awak tahu?
"Boleh saya cakap dengan awak?" Senyuman awak menghilang. Awak nampak kurang senang dengan permintaan saya. Kenapa agaknya ya? Dengan senyuman yang penuh kepura-puraan, awak menganggukkan kepala. Saya terus berjalan ke bilik saya dan meminta awak mengikut saya. Saya sengaja biarkan pintu terbuka. Walaupun saya ingin membicarakan soal peribadi, tak elok kalau orang lain nampak. Mereka pasti berfikir yang bukan-bukan. Entah-entah nanti saya ditangkap basah lagi.
Awak dah tahu saya berkahwin. Awak kata awak terima kad undangan ke majlis perkahwinan saya. Peliknya. Saya tanyakan pada awak. Siapa yang hantar kad undangan tu? Awak tanya saya semula. Bukan saya ke yang hantar kad tu? Saya terkedu. Rasa nak marah pun ada. Of course no! Bukan saya yang hantar. Untuk apa saya hantar kad undangan ke majlis perkahwinan saya? Kalau boleh saya tak nak awak tahu pun yang saya dah berkahwin! Riak wajah awak berubah. Wajah awak nampak tegang. Awak marah ke?
"Kenapa Ariana tak nak saya tahu yang Ariana dah berkahwin? Sebab Ariana takut yang Ariana tak tepati kata-kata Ariana dulu? Ariana cakap Ariana tak nak kahwin dengan dia. Lepas tu, apa jadi?" Bibir awak laju mengeluarkan kata-kata. Saya stuck. Kenapa awak cakap macam tu? Apa awak ni? Kenapa tak pernah sekali pun awak cuba untuk memahami keadaan saya?
"Awak tak tau cerita sebenarnya. Saya berkahwin dengan Zikri bukan atas kerelaan saya sendiri." Saya cuba kawal kesabaran saya. Saya tak nak gaduh dengan awak. Satu-satunya orang yang saya tak nak gaduh adalah awak.
"Dahlah Ariana. Apa pun alasannya, Ariana dah kahwin dengan Zikri dan Ariana tak tepati kata-kata Ariana sendiri." Awak terus keluar dari bilik saya. Apa ni? Saya terus hempas pintu bilik. Saya menangis teresak-esak. Saya ingatkan awak boleh terima. Saya ingatkan awak akan faham, walaupun bukan dengan sepenuh hati, kenapa saya kahwin dengan Zikri. Tapi saya silap. Awak memang tak faham. Malah awak tuduh saya tak tepati kata-kata saya sendiri.
Memang berkahwin dengan Zikri membuktikan saya tak ikut apa yang saya dah cakap selama ni. Tapi takkan tak ada excuse langsung? Sampai hati awak cakap saya macam tu. Awak ingat saya nak kahwin dengan Zikri ke? Saya tak nak! Sampai mati pun saya tak nak! Tapi saya perlu jaga hati Mama dan Papa. Perlu ke saya mendapat label anak derhaka semata-mata tak mahu berkahwin dengan Zikri? Perlu ke menempah neraka semata-mata nak jaga perasaan diri saya sendiri? Kenapa awak tak cuba untuk memahami? Kenapa awak asyik nak salahkan saya?
Lepas hari tu saya tak pernah jumpa awak lagi. Entah kenapa, saya pun memang tak nak jumpa awak. Saya jadi sakit hati setiap kali saya teringat pertemuan terakhir kita. Tak sangka awak buat saya macam tu. Awak kata awak sayangkan saya. Tapi kenapa awak selalu ungkapkan kata-kata sayang, kenapa awak selalu kata saya adalah satu-satunya untuk awak sedangkan apa yang awak lakukan cumalah menyakiti hati saya? Saya benci bila berfikir tentang awak sedangkan awak adalah orang yang boleh membuatkan saya tersenyum bahagia sepanjang hari.
Sepanjang bulan Ramadhan, hubungan saya dan Zikri semakin baik. Ada kalanya kami berbuka puasa bersama. Setiap hujung minggu saya dan Zikri berbuka puasa bersama keluarga. Setiap kali saya ke rumah keluarga Zikri, setiap kali itulah saya diserang dengan soalan berani mati. Bila nak ada anak? Saya Cuma senyum. Zikri pun sama. Zikri berikan alasan kami berdua sibuk. Hehe. Kalau tak sibuk pun kami takkan mungkin ada anak. Tidur pun berasingan, boleh ke ada anak?
Saya ada juga berfikir. Umur saya sudah mencapai 30 tapi masih tak punyai anak. Oops. Pembetulan. Saya pernah ada anak tapi saya tak sempat untuk melihat anak saya sendiri. Saya tersenyum hambar. Muhammad Islam ... Saya teringatkan Izzah. Izzah melahirkan anak ketiganya pertengahan bulan Ramadhan hari itu. Bila saya tengok anak Izzah, saya jadi cemburu. Kebetulan Zikri ada di situ, dia bertanya bila pula saya mahu mengandungkan anaknya. Saya menjeling tajam membuatkan dia terdiam.
Anak? Keluarga sendiri? Siapa yang tak pernah idamkan itu semua, kan? Tapi keadaan dan hidup saya tak mengizinkan impian saya yang satu itu tercapai. Tak apalah. 30 tahun masih muda, kan? Hehe. Saya menyambut Aidilfitri pertama di rumah keluarga Zikri. Agak meriah sambutannya. Buat kali pertama dalam hidup saya, saya dipanggil dengan nama Aunty Chik. Mula-mula saya tak faham. Disebabkan Zikri adalah anak bongsu, dia dipanggil Uncle Chik oleh anak buahnya. Saya mengangguk faham. Ceh, nama panggilan pun tak best langsung. Huh!
Tapi bersama keluarga Zikri, saya dapat rasakan keikhlasan mereka. Kecuali kakak ipar Zikri. Semua yang saya lakukan tak kena di depan matanya. Terutama sekali ketika saya melakukan kerja rumah. Bibirnya muncung setiap kali melihat saya mencuci pinggan atau cawan yang telah digunakan. Apabila saya kembali ke ruang tamu, saya dapat dengar bunyi air mengalir dan pinggan dan cawan berlaga. Saya mengintai dari ruang tamu dan lihat Kak Mai sedang mencuci semula pinggan yang telah saya cuci tadi.
Siapa yang tak kecil hati, kan? Padahal saya dah cuci dengan bersih. Saya sental habis-habisan semua kotoran pada pinggan dan cawan. Saya pastikan tak ada kesan minyak langsung. Zikri yang sedar saya kecil hati terus menarik tangan saya ke ruang tamu. Saya rasa nak menangis. Apa salah saya? Kenapa sampai macam tu sekali dia layan saya? Apa? Sebab saya kahwin dengan Zikri atas sebab ditangkap basah, jadi saya ni hina? Menjijikkan? Kotor sampai semua barang yang saya sentuh pun kotor? Sakit hati, saya terus masuk ke dalam bilik.
Di dalam bilik, saya terdengar suara Kak Mai membebel. Katanya apa jenis isteri saya ni. Baru tengahari dah melingkar macam ular dalam bilik. Buat kerja rumah pun tak pandai. Pemalas. Hati saya rasa macam kena tikam. Pedih sangat. Kenapa Kak Mai cakap macam tu? Dia bukan tau apa yang saya dah lalui selama ni. Air mata saya mengalir. Sewaktu saya sedang usap air mata saya, telinga saya menangkap kata-kata Kak Mai. "Patutlah jadi janda. Tak pandai nak jaga laki!" Saya tekup bibir saya dengan tangan. Astaghfirullah.
Selepas itu, saya dengar suara Zikri dan ada pertikaman lidah di ruang tamu. Sampai hati Kak Mai cakap macam tu. Saya rasa nak keluar dari bilik dan tampar mulut dia. Kurang ajar! Dia bukannya tau apa-apa pun tentang diri saya. Dia bukannya tau apa yang telah terjadi pada saya. Apa dosa yang saya dah buat pada dia? Saya menangis teresak-esak. Pada siapa harus saya mengadu? Saya dah tak ada sesiapa pun lagi. Pada Papa dan Mama? Tak mungkin. Saya kecewa sangat. Pada awak? Jauh langit dari bumi. Zikri masuk ke dalam bilik.
"Ari ... Kita balik rumah, sayang." Saya hanya menganggukkan kepala lalu mengemas barang-barang saya. Saya memang tak sanggup nak duduk walau sesaat pun kat rumah ni. Bukan saya tak suka keluarga Zikri. Saya suka sangat tapi kata-kata Kak Mai sudah cukup untuk membunuh kegembiraan saya. Kira-kira setengah jam kemudian, saya mengekori Zikri keluar dari bilik. Umi terkejut melihat kami dengan beg. Umi tanya ke mana kami mahu pergi. Saya hanya mendiamkan diri. Saya berdiri di belakang Zikri.
"Kau nak pergi mana, Zik?" Kak Mai tiba-tiba keluar ketika saya sedang bersalam dengan Umi setelah Zikri memberitahu yang kami mahu pulang untuk ke rumah Mama dan Papa pula. Saya terus menarik tangan saya dari tangan Umi. Saya tak berani nak pandang Kak Mai. Saya tahu Kak Mai akan memerli saya lagi. Saya berdiri di belakang Zikri, meminta perlindungan. Saya tak bersalah. Kenapa saya harus berdepan dengan kata-kata berbisa dan penghinaan Kak Mai? Bukan saya minta semua ni berlaku.
"Kami nak balik, Kak." Kata Zikri tanpa bersalam dengan Kak Mai. Zikri terus mengangkat beg ke luar rumah. Saya mengekori Zikri.
"Sejak bila kau tak reti nak bersalam sebelum balik, Zikri? Isteri kau marah dengan Akak sampai dia tak bagi kau bersalam dengan Akak ke?" Telinga saya berdesing. Saya lagi? Salah saya lagi? Salah saya berkahwin dengan Zikri? Salah saya menjadi sebahagian keluarga Kak Mai? Salah saya Zikri tak bersalaman dengan dia? Semuanya salah saya? Kenapa tak salahkan saya lahir kat dunia ni terus? Habis cerita. Saya hanya mendiamkan diri. Umi membatukan diri. Sedikit sebanyak saya terasa kecil hati dengan Umi. Umi tak back up saya langsung. Sensitif sangat ke saya ni?
"Boleh tak Kak Mai berhenti hina isteri saya? Apa yang dia dah buat kat Kak Mai?" Kata Zikri sambil bersalam dengan Kak Mai. Kaki saya seakan terpaku di tanah. Dengan segala kekuatan, saya terus masuk ke dalam kereta. Saya tak bersalam langsung dengan Kak Mai. Suka hati dialah nak mengata saya lagi. Saya tak nak dengar. Dengan ekor mata saya nampak bibir Kak Mai rancak berbicara. Dia ingat saya tak tau ke yang dia sedang mengata saya? Biarlah apa Umi nak fikir tentang saya. Kalau tak ada orang lain nak lindungi saya dari mulut cabul Kak Mai pun, saya masih ada diri saya sendiri untuk lindungi dari saya. Tak ada orang lain pun tak apa!
Sepanjang perjalanan pulang ke rumah, saya hanya mendiamkan diri. Zikri pun dah cukup memahami dengan tidak bercakap langsung tentang apa yang terjadi. Saya hargai apa yang Zikri lakukan. Saya Cuma nak pergi jauh dari Kak Mai. Peristiwa itu menjadi permulaan kepada hubungan yang lebih baik antara saya dan Zikri. Saya betul-betul hargai apa yang Zikri lakukan semasa Kak Mai mencerca saya. Sekurang-kurangnya dia melindungi saya.
Sejak hari itu, saya mula menjaga kebajikan Zikri dengan lebih baik. Saya tidak lagi pulang lewat malam. Setiap pagi saya akan memastikan kami akan bersarapan bersama. Jika Zikri tidak ada, sesekali saya datang ke hospital untuk membawakan sarapan. Zikri terkejut dengan kehadiran saya. Selama ni manalah saya pernah ke hospital untuk berjumpa dengan Zikri. Apatah lagi untuk mengajak Zikri makan tengahari bersama. Seingat saya, inilah kali pertama saya dan Zikri makan tengahari bersama. Makan tengahari itu agak kekok. Kami Cuma bercakap tentang kerja. Itu pun buat kali pertama.
Dalam masa sebulan saja, hubungan kami berdua semakin baik. Zikri kerap pulang awal. Begitu juga saya. Jika terasa bosan, saya dan Zikri keluar menonton wayang bersama. Saya terasa seperti dulu. Ketawa dan bergembira. Dulu status kami berdua cumalah kawan. Sekarang? Suami isteri. Hehe. Tapi sudah tentu saya tidak menjalankan tanggungjawab saya sebagai seorang isteri. Saya tak bersedia dan tak pernah berfikir untuk melakukannya. Jika satu hari nanti hati saya terbuka, terpulanglah. Tapi buat masa ini? Belum lagi.
Sesekali saya teringatkan awak. Apa khabar awak? Dah hampir tiga bulan kita tak bertemu. Saya cuba merisik khabar awak dari kawan-kawan awak yang kerap datang ke pejabat saya. Kata mereka, awak sedang sibuk sekarang. Banyak kerja yang perlu diselesaikan. Maklumlah, awak sudah dinaikkan pangkat. Saya tersenyum mendengar berita gembira itu. Saya dah ketinggalan banyak cerita tentang awak. Agaknya awak dah teruskan hidup awak tak? Macam saya ... Walaupun saya dah terima hakikat yang antara saya dan awak tak ada apa-apa dan saya telah pun dimiliki orang lain, hati saya tetap pada pada awak. Perasaan saya tak pernah berubah walau apa pun yang berlaku.
Agaknya awak marah tak kalau sedikit demi sedikit saya mula rasa sayang pada Zikri? Rasa sayang tu bukan kepada seorang kawan lagi. Entahlah. Wajah Zikri mula bermain-main di minda saya setiap kali dia jauh. Saya mula rindukan Zikri. Saya sendiri pun rasa tak percaya dan cuba usir perasaan tu. Mulanya memang taktik tu menjadi. Tapi makin lama, semakin saya cuba mengelakkan perasaan tu, semakin teruk saya jadinya. Perasaan saya mula terganggu. Betul ke saya sayang dia, wak? Tapi ... Saya takut. Saya tak nak terjerat dengan perasaan saya lagi.
"The worst feeling in the world is to be missing someone when you are sitting right beside them and realize that you can't have them." Pernah sekali Zikri cakap macam tu pada saya. Lidah saya kelu. Saya tahu dia maksudkan saya. Bukan saya tak pernah rasa macam tu. Dulu masa saya kahwin dengan awak, begitulah perasaan saya. Sekarang ni dunia saya memang dah terbalik. Saya dah jadi macam awak. Saya Cuma senyum pada Zikri. Memang susah untuk serahkan diri saya pada Zikri. Separuh hati saya meminta saya untuk belajar mencintai Zikri. Apa salahnya mencintai seseorang yang sudah kita miliki, kan? Tapi separuh hati saya lagi masih menyebut nama awak. Meminta saya memikirkan awak.
Seksa rasanya tersepit antara perasaan saya sendiri. Hampir seminggu saya berfikir. Saya perlu membuat keputusan. Sama ada saya harus terus berharap untuk berada di sisi awak akhirnya atau meneruskan hidup saya di samping Zikri. ALLAH tunjukkan saya sesuatu. Saya tak dapat nak percaya. Saya tak boleh berfikir. Apa yang saya nak fikirkan pun saya tak tau. Saya rasa blur dan bingung. Perkara yang senang pun saya tak dapat nak faham. Fikiran saya menerawang di angkasa.
Saya dan Zikri makan malam dalam suasana sepi. Saya tak berselera langsung. Zikri sedar akan perubahan diri saya. Bagi Zikri, malam ni tiada lagi Ari yang murah dengan senyuman dan tiada gelak tawa. Sepuluh perkataan yang Zikri tanya, hanya sepatah yang saya jawab. Malam itu saya bergaduh besar dengan Zikri. Saya sendiri terkejut mendengar nada suara saya yang tinggi memarahi Zikri. Dan dengan perasaan marah, saya keluar dari rumah dengan membawa pakaian saya.
Saya tak tahu ke mana saya harus bawa langkah saya. Saya terus memandu ke Putrajaya. Biasanya di situlah saya temui ketenangan sementara saya. Saya tak percaya apa yang telah berlaku. Macam mimpi buruk. Saya dipermainkan lagi. Saya menangis sepuasnya di Masjid Putrajaya. Saya bersyukur perasaan sayang saya masih belum dalam. Kalau saya dah sayangkan dia sepertimana saya sayangkan awak, mesti saya sanggup butakan mata saya, pekakkan telinga saya, bisukan bibir saya. Tapi ... Betul ke saya boleh terima alasan Zikri buat macam tu pada saya? Saya tak rasa macam tu ... Saya tak rasa saya dapat terima apa jua alasan Zikri.
Saya keluar dari masjid dan memerhatikan pemandangan malam dari pekarangan masjid. Indah. Kan bagus kalau saya boleh nikmati keindahan ini dengan hati yang gembira dan bukannya gundah gulana? Saya tak tau ke mana saya harus pergi. Zikri dah buat macam ni pada saya. Mama dan Papa pula belum tentu akan percayakan saya. Umi? Saya tak nak Umi ingat saya membuat cerita. Apatah lagi dengan adanya Kak Mai yang tinggal bersama Umi. Confirm dia tuduh saya buat cerita. Maklumlah, saya ni kan jahat, jijik, hina di matanya.
Air mata saya mengalir. Apa nasib saya? Kenapa ini yang terjadi? Sanggup Zikri buat saya macam ni? Apa salah saya pada dia? Saya terdengar nama saya dipanggil. Saya kesat air mata saya dan berpaling. Saya tak percaya apa yang saya lihat. Kenapa? Di saat saya tak nak bertemu dengan insan di hadapan saya ini, dia jugalah yang muncul? Apa ertinya semua ini?
Tak suka laa , ariana dengan zikri , dah lah zikri jahat. Harap2 last nanti dye dgn Nizam balik!
Catat Ulasan
TINGGALKAN ULASAN DAN KOMEN, PADA SETIAP KARYA YANG ANDA BACA Penulis memerlukan ulasan dan komen, bagi memperbaiki penulisan dan memperbetulkan kesilapan. Komen dan ulasan anda akan memberi satu semangat kepada penulis, untuk terus menulis karya dan seterusnya menghasilkan karya yang menarik. Kerjasama & sokongan daripada pembaca amat kami hargai. Sebab itulah kami menyediakan HADIAH, sebagai penghargaan kepada penulis dan juga kepada pembaca yang aktif memberi komen & ulasan
"Dia
hidup bukan kerana cinta. Dia hidup kerana
kehadiran Prince Charming yang menyelamatkannya.
Semuanya gara-gara dia mengoyak Carta Prince
Charming—carta misteri yang tiada sesiapa tahu
dari mana datangnya. Yang pasti, memang dia
langsung tidak percaya dengan sumpahan yang
dikatakan berkaitan dengan Carta Prince
Charming.
"Sumpahan puteri? Kau ingat ini cerita dongeng
ke? Puteri apa yang nak sumpah aku ni? Puteri
bunian? Puteri lindungan bulan?”
Desakan daripada Sofea membawanya ke Kelab Bola
Sepak. Di situlah Prince Charming berkumpul.
Tetapi hanya seorang sahaja Prince Charming yang
dicari-carinya. Namun, untuk mencari Prince
Charming bukanlah mudah, namun dia yakin, antara
mereka, pasti salah seorang adalah penyelamatnya.
Orang tu pun satu! Dah selamatkan nyawa orang,
tak reti-reti ke nak munculkan diri? Bukan ke
lagi senang kalau datang berdiri depan aku dan
cakap, Sayalah yang selamatkan awak daripada
kena langgar semalam. Finish! Tak adalah nak
panjangkan cerita sampai beratus muka surat
semata-mata nak cari Prince Charming!
Tajuk:
Prince Charming
Penulis: Ratu Bulan
Terbitan: Fajar Pakeer
Harga:
RM19.90
Ulasan:
NOVEL
HANGAT DIPASARAN
Pertemuan
pertama memberi impak yang berbeza kepada dua insan. Maria
malu mengenang, sedang Hisyam mahu mendekat. Maria semakin
resah apabila Hisyam terus-terusan mendesak. Dalam benci
ada rindu. Bijak Hisyam memujuk, mereka akhirnya disatukan.
Salina hadir menjadi duri dalam daging. Bagi Hisyam, gadis
itu ialah sahabatnya yang terbaik. Insan paling dipercayai.
Namun, dalam diam, Salina meracuni hubungan mereka. Salina
ada agenda yang tersendiri.
Semakin hari, semakin nipis rasa percaya Maria terhadap
Hisyam. Namun, dia tidak mungkin menghindar rasa kasih
yang sudah menebal. Demi menunaikan permintaan Maria,
Hisyam tega melamar Salina walau ada luka di hati.
Sanggupkah Hisyam menduakan Maria yang pernah dicintai
sepenuh hati? Dan, Maria, mampukah membiarkan suami
tersayang jatuh ke tangan Salina? Atau, Mariakah orang
ketiga yang tidak lagi diperlukan kehadirannya oleh Hisyam?
Penulisan2u
sedang
berkerjasama dengan Penerbit Novel bagi memberi peluang kepada penulis-penulis berbakat dan karya yang menarik.
Antara novel yang sudah di terbitkan
2 Pengulas paling AKTIF dengan memberi komen yang ikhlas dan
membina, pada setiap karya cerpen / novel di penulisan2u akan
menerima hadiah sebuah NOVEL.
•
Creative Enterprise Sdn. Bhd., sedang mencari manuskrip kanak-kanak atau remaja. Ini kerana pihak kami ingin memperluaskan dan memperbanyakkan bahan bacaan untuk kanak-kanak dan remaja. Di samping itu kami juga ingin memupuk minat membaca dalam kalangan kanak-kanak dan remaja.
( klik disini
)
•Karyaseni Enterprise ingin memaklumankan
kepada anda yang berminat untuk menghantar manuskrip
anda kepada KS untuk penilaian, sila email kan
sinopsis dan tiga bab awal ke alamat email berikut:
Manuskrip@karyaseni.my
•KarnaDya Solutions Sdn
Bhd. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
hantarkan karya anda. Sebelum anda menghantarkan
manuskrip anda, sila hantarkan butiran berikut terlebih
dahulu melalui emel/pos. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•NB Kara Sdn Bhd dengan berbesar hati
menjemput mana-mana penulis yang merasakan diri mereka
layak menjadi penulis yang versatil, menghantar
manuskrip mereka kepada NB Kara Sdn Bhd. Tulisan anda
terlebih dahulu akan dinilai oleh penulis prolifik
Norhayati Berahim dan juga beberapa panel editor sebelum
diluluskan untuk terbitan.
(
klik disini )
•Jemari Seni Publishing. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
Untuk tujuan pengiriman manuskrip, JEMARI SENI telah
menggariskan panduan kepada penulis-penulisnya. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•
Alaf 21 Sdn Bhd. Tahun 2008 bakal menjanjikan sinar
kecemerlangan seandainya karya anda terpilih untuk
diterbitkan oleh Alaf 21, penerbit novel tersohor di
Malaysia.
Jika
anda mempunyai salah satu manuskrip tersebut, kami ingin
menatap dan menilainya. Sekiranya sesuai, pihak kami
ingin menerbitkannya di bawah jenama ALAF21.
( klik disini)
•
tip kehidupan, zodiak, horoskop, petua, tip, puisi,
pantun, sajak, dan pelbagai artikel menarik layari di
http://istimewa2u.blogspot.com
•
Blog Berkaitan agama, topik-topik tazkirah, audio, video
ceramah, mendengar 114 surah Al-quran secara online,
radio-radio dakwah, layari di
http://dakwah2u.blogspot.com
•
Blog Media, Tv streaming online, radio streaming online,
surat khabar, rakaman drama, radio era, hot.fm, tv1,
tv2,tv3 dan lain-lain. layari di
http://mymedia2u.blogspot.com
•
Blog Koleksi cerita lawak, lucu, kelakar dan video lawak,
lucu dan kelakar. layari di laman
http://kelakar2u.blogspot.com
•
Laman web
syarikat penerbit novel Creative
Enterprise Sdn Bhd (CESB). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.cesb.net.my
•
Laman web
syarikat penerbit
Kaki Novel
Enterprise. Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.kakinovel.com
•
Laman web
syarikat penerbit NB kara Sdn Bhd.
Dimiliki oleh penulis terkenal Norhayati Berahim, Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.nbkara.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit Buku Prima Sdn Bhd.
Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.bukuprima.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit novel
jemari Seni Publishing (JS Publishing). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.jemariseni.com
•
Laman web syarikat penerbit novel Alaf21 Sdn Bhd
(alaf21). Untuk melihat novel-novel terbaru dari Alaf21
layari di
http://www.alaf21.com.my
•
Laman web syarikat penerbit novel Fajar Pakeer Sdn Bhd). Untuk melihat novel-novel terbaru layari di
laman
http://www.fajarnovels.com.my
Kata Kunci
koleksi novel, koleksi novel
cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik,
novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen
cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru,
teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen
melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram,
cerita, cerita cinta, cerita pendek, cerita melayu, cerita online
Malaysia Group
Blog
Koleksi
Cerpen & Novel proudly powered by Blogger. Best display view 1024x768.
Google Inc
Koleksi Cerpen
& Novel dari Malaysia, Indonesia, Singapore & Brunei
Best nyer. sambung ar cepat... please. apa yang terjadi selepas ini?