BLOG KOLEKSI CERPEN , NOVEL & CERITA ONLINE

   LAMAN UTAMA  | KOLEKSI CERPEN  | KOLEKSI NOVEL  | HANTAR KARYA | HANTAR PESANAN | AJAK KAWAN | BUAT PERMINTAAN LAGU | IKUTI BLOG INI | FACEBOOK

      Radio Online

 

klik "STOP" untuk hentikan siaran radio. Semoga terhibur.

  Koleksi Cerpen 

Jika itu takdirNya

Takdir milik Allah

Disini mawar disana penawar

Bidadari cinta

Awekku gengster nyerr

Black vs white

Aku dan dia

Memang berbaloi

Best friend not boy friend, Nyah

Beda tipis

Aku tidak bernyawa lagi

Roommate yg romantik II

Loves comes around

Hati

Cinta remaja

Kasih anak

Selamat tinggal luqman

Kerana dia ayahku

Terima kasih cinta

Aku kan ader

Nilai sebuah persahabatan

Hanya kau

Mahakarya agung sebuah kemerdekaan

Kerana umar adha

Biarkan cinta itu pergi

1 Disember

Diari seorang lelaki

Sebuah memori

Suci nur kasih

Badai cinta pertama

Ceritera aku dan dia

Ku bawa memori itu

Darul Taqwa & dato Dr Johar

Kau boleh blah!!

My miss nanny

Seandainya ku tahu

Diari hati firdaus

Mimpi yang pasti

Sampai syurga

Memang ku cinta

Unsaid?

Cinta lagi?

Cinta bukan jaminan

Cinta hakiki

Aku, dia dan pantai

Bisikan hati

Selamanya Sarah

Peeya dan payus lagilah

Hikmah perpisahan II

Dia

Cinta dalam diam

Kata terakhir darimu is love u

Aku bukan siapa-siapa

Aril & Akim

Kalau ku turutkan kata hati

Minah skuter

Jadilah seperti aku

Privite investigator putput

Gadis kebaya putih

Isteriku

Adam II

Misteri tengah malam

Dollah loves joyah

Biarku sentuh cintamu

Lifetimes lover

Saat itu

Hanya dirimu

Kasih famili

Mulanya disini

Ikatan kasih

Dan akhirnya

Kembalilah sayang

Pelangi anganku musnah

Cinta dalam hati

Pergi tak kembali

Adakah dia milikku

Pungguk dan bulan

Cinta terlarang

Cintaku di RNR tapah

Lisa

Kasih aini hidayah

Kantoi, jodoh atau kebetulan

Adakah cinta bukan milikku

Kuning vs ungu

Pelangi cinta

Adam

Biarlah rahsia

Achmad firdaus

Jalan berliku

Rintihan kekasih

Namaku Aishah

Zani pencuri rambutan

Nur hawa balqis

Itu sudah takdirnya

You are my boss

Cinta

Antara 2 cinta

Tragedi zam & chom

Benang merah di-fa

Terima kasih sayang

Jiwa-jiwa luka

Taqdir cinta kita

Cintaku selamannya

1 hari aku jatuh cinta

Biarku sentuh cintamu

Aku dan kimi = cinta atau tidak?

Cincin untuk Aisyah

Kenapa begini jadinya

Cinta, i need you

Lakaran cinta abadi

Cioccolato Caldo

Tragedi lombong lama

Yang sebenarnya

Ketuk pintu hati

Dia masih sayang

Teman

Cinta untukmu

Adil fitri

Kau, aku & mereka gila

Hikmah perkahwinan

Mengenangmu

Mungkin Nanti

Mencintainya

Cinta si pengesek biola

Maafkan aku luftan hafiy

Kasih

Hanya itu yang ku mahu

Bermulanya diari cintaku

Menantu untuk mama

Sumpah itu hantu

Diari lukisan

Cinta gila

Romantik

Cintaku, dia dia kamu

Kau atau dia

Indahnya cinta maya

Seseorang itu

Nur alia natasya

Mamat disperate

Mencari jannah

Cukup sekadar disini

Sebuah memori

Keras dan lembut

Katak oh katak

Hacks 1437

Dialah suamiku

Selamat tinggal kawan terbaik

Pandangan matanya

Kerana mobil

Dia tunanganku

Maria dan azri

Aku terperasan je

Blind date

Roda hidup

Kasihku seputih salju

Wanginya bunga kantan

Mahligai rindu

Aku, dulu, kini dan selamannya

Prinsip cinta aina

Ikan emas, jom kawen

Man in black vs Dona karen penang

Cubit peha kiri

Bantal busuk

Hujan

Maafkan daku

Tombol pintu hidayah III

Gara-gara G

Diari seorang member

 

Klik disini untuk keseluruhan koleksi cerpen....

Novel Bersiri
      Novel pilihan

sinopsis klik pada gambar

      Novel Di Pasaran

Kenangan Terindah - Hezzy Azra

Serasi di hati - Nora Ismail

Nama aku N - Aina Emir

Bunga Syurga - Anita Aruszi

Episod cinta luka - Fateen Najwa

Sandaran kasih - Aini Marisha

Fitrah kasih - Ilani Mysara

Bukan yg pertama - Salina Ibrahim

Ternyata cinta - Damya Hanna

Selagi ada dia - Aisya Sofea

Kembalikan cintaku - Norhayati NB

Warna hati - Meen Zulaikha

Seribu kali sayang - Anis Ayuni

Menanti kasih - Norzailina nordin

Cahaya - Nura zulaikha

Dakapan cinta - Eny Ryhanna

Hanya kita berdua - Aina emir

Ku Utus Rindu - Intan Arnida

Usikan rindu - Qaira Qasidah

Segalanya untukmu - A.Anessa

 

Dapatkan dikedai berhampiran anda

      html banner

klik di bawah dan "paste" ke dalam website, homepage, blog, friendster, myspace anda

 

      Jumlah Pelawat

      Untuk Anda

 

  Kehidupan adalah anugerah utama Illahi. Anugerah kehidupan memberi gambaran kebesaranNya buat kita manusia, yang wajib kita syukuri dan hargai. Internet adalah kemudahan buat umat manusia. Justeru itu, manafaatkan ia untuk kesejahteraan diri kita dan umat sejagat. Sentiasalah kita beringat, apa yang kita lakukan, akan dipertanggung jawabkan pada kemudian hari.

  Gunakan sebaik-baiknya kurnia Allah swt kepada kita. Halalkan kegunaan akal, hati dan lidah pada perkara yang bakal membawa kecemerlangan diri kita dunia dan akhirat. Kita hidup hanya sekali. Sekali 'pergi' tak kan kembali. Buat baik berpada-pada, dan buat jahat JANGAN sekali-kali. Kewujudan website penulisan2u dengan blog sebagai wadah untuk meningkatkan nilai diri. Bermatlamatkan penyatuan ummah dengan ciri-ciri kemurnian budi dan budaya. Walaupun, dunia terus maju dengan teknologi, kita akan terus kekal dengan akhlak dan jati diri insani. 

 

PERCUMA KARYA CERPEN, NOVEL, CERITA TERBARU DAN AKAN DATANG DARI PIHAK KAMI TERUS KE EMAIL ANDA. MASUKKAN EMAIL ANDA:-

 

email:

 

Rabu, Oktober 29, 2008
Novel : Saya sayang awak 10
Nama Pena : Pemuja Rahsia a.ka. INA SUBIR

Perkahwinan Ariana mengubah diri saya. Saya jadi separuh gila selama beberapa hari. Fikiran saya terganggu. Kerja yang saya lakukan jadi tak sempurna dan tidak teratur. Saya jadi cepat marah. Dalam masa seminggu, bukan seorang dua yang menjadi mangsa kemarahan saya. Sedikit saja yang tidak kena di mata saya, saya terus koyak atau campak hasil kerja mereka. Diri saya sendiri jadi tidak teratur walaupun Ibu yang menyediakan semua keperluan saya. Saya bangun lewat dan tidur awal.

Hampir setiap hari selama seminggu itu saya lewat datang ke pejabat. Saya jugalah yang paling awal pulang ke rumah. Selepas makan, saya terus masuk ke dalam bilik dan tidur. Saya cuma tak mahu berfikir. Pada mulanya saya berfikir untuk menyibukkan diri dengan urusan kerja tapi bagaimana mahu menyibukkan diri kalau saya tak mampu nak buat sebarang kerja? Saya betul-betul tak sanggup nak terima hakikat yang orang lain sudah memiliki Ariana.

Saya mahu melamar Ariana. Saya tak mahu menyambung ikatan perkahwinan kita. Saya mahu berakad nikah sekali lagi. Menyambung ikatan perkahwinan bererti luka yang pernah sebabkan dulu masih terasa. Saya mahu menjalani hidup baru dengan Ariana. Tapi tak sempat ... Ariana dah jadi milik orang lain terlebih dahulu. Apa yang harus saya lakukan? Ariana tak dapat jadi milik saya.

Sejak perkahwinan Ariana, saya langsung tak datang ke pejabat Ariana. Kalau ada sebarang urusan yang perlu saya selesaikan, selagi boleh saya menghantar wakil. Saya tak mahu jumpa Ariana. Bukan saya tak sayang Ariana. Saya sayang Ariana selalu. Tapi saya tak sanggup nak berhadapan dengan Ariana. Saya takut nanti saya marah. Saya takut hubungan kita akan menjadi semakin retak.

Ibu sedar perubahan diri saya. Saya ceritakan pada Ibu yang Ariana dah berkahwin. Ibu kelihatan tak percaya dan sedikit kecewa. Saya tahu Ibu sayangkan Ariana. Saya pun sayangkan Ariana tapi Ariana dah berkahwin. Saya yakin Ibu masih menyimpan harapan untuk saya dan Ariana kembali bersama. Percayalah Ariana. Saya tak pernah nampak Ibu segembira sejak kita berkahwin. Dan saya tak pernah nampak Ibu sekecewa apabila kita bercerai dulu. Saya nak tengok Ibu gembira macam dulu. Saya suka lihat wajah Ibu yang berseri-seri setiap kali bercakap tentang Ariana. Tapi jodoh kita tak panjang ... Sekarang ni pun Ariana dah jadi milik orang lain.

Selepas seminggu barulah perasaan saya sedikit tenang. Tapi tak bermaksud saya dah lupakan Ariana dan perkahwinan Ariana. Mana mungkin saya lupa? Sejujurnya, saya marah. Saya marah sangat. Saya marah dengan Ariana, saya marah dengan Zikri. Saya marah dengan semua orang. Kenapa Ariana kahwin dengan Zikri? Saya tau Ariana kena tangkap khalwat dengan Zikri tapi Ariana tak semestinya kahwin dengan dia, kan? Ariana boleh bayar denda saja, kan? Itu pun kalau betul Ariana tak buat apa-apa dengan Zikri.

Astaghfirullah. Apa yang saya merepek ni? Mana mungkin Ariana buat perkara terkutuk itu tanpa satu ikatan yang sah, kan? Ariana yang saya kenali tahu membezakan mana yang halal dan mana yang haram. Tapi walaupun saya berfikir begitu, saya tetap marah. Kenapa Ariana kahwin dengan dia? Takkan Ariana tak tau yang sayangkan Ariana? Ariana marah sangat ke kita bercerai dulu? Tapi bukan ke hubungan kita dah baik? Bukan ke Ariana dah boleh terima kehadiran saya? Ariana sayangkan saya, kan?

Saya teringin nak tanya soalan tu pada Ariana tapi saya takut saya marah. Saya takut nanti kita bergaduh dan mungkin takkan baik macam dulu lagi. Bukan Ariana tak tau sifat saya yang pemarah ni kan? Apa yang saya fikirkan lain dengan apa yang saya ucapkan. Akhirnya kita juga yang menderita. Kalut. Buntu. Banyak masa saya habiskan dengan termenung. Saya sedih, Ariana ... Ariana dah jadi milik orang lain. Wanita yang saya impikan selama ini ada bersama lelaki lain. Saya lagi sanggup Ariana tak sayangkan saya daripada melihat Ariana bersama lelaki lain. Argh, sakitnya hati!

Pernah sekali saya melalui pejabat Ariana. Jam sudah menunjukkan angka 11 malam.

Saya menyibukkan diri dengan kerja. Setiap hari saya keluar bertemu dengan klien baru. Dan satu hari, saya berkenalan dengan seseorang. Namanya Nurain. Nurain tidaklah begitu cantik di mata saya tapi dia punya daya penarik tersendiri. Dia mampu membuat saya menoleh dua kali ke arahnya. Selepas beberapa kali pertemuan, saya terfikir sendiri. Adakah ini namanya cinta pandang pertama? Cepat-cepat saya gelengkan kepala. Mana mungkin. Ish, jauh panggang dari api. Jatuh cinta dengan Nurain? Habis Ariana saya nak letak kat mana?

Saya harap saya tak kejam. Tapi dengan perkenalan dengan Nurain, membuatkan saya berasa sedikit tenang. Ketika bersama Nurain, saya langsung tak berfikir tentang Ariana. Malah boleh dikatakan saya lupa tentang Ariana. Tentang kemarahan saya. Saya hanya mahu menghabiskan masa dengan Nurain tanpa diganggu oleh sesiapa. Setiap kali saya keluar bersama Nurain, setiap kali itulah saya off handphone.

Oh ya, lupa pula saya nak bercerita bagaimana saya berkenalan dengan Nurain. Nurain merupakan salah seorang klien saya. Pertama kali saya terpandang Nurain, hati saya terdetik untuk mengenali dirinya. Kemudian saya lihat dia membentangkan kertas kerja. Profesional. Tak gugup langsung dan berjaya mengawal suasana. Dia mampu membuatkan semua orang terpegun dengan pembentangannya. Selesai mesyuarat itu, saya terus keluar makan dan saya terserempak Nurain di sebuah restoran. Kebetulan meja waktu itu penuh. Jadi kami makan berdua.

Nurain yang saya kenali setakat ini memang menarik. Dia bijak membawa diri. Rupanya dia adalah junior kita. Dia belajar dalam bidang kejuruteraan awam. Dan yang peliknya, Nurain mengenali saya. Katanya dia banyak mengenali senior dan saya adalah salah seorang darinya. Saya hanya menganggukkan kepala. Kantoi. Saya tak ingat langsung tentang dia. Entah macam mana, saya boleh mengeluarkan kata-kata yang saya sendiri tak sangka saya boleh cakap. “Macam mana saya boleh lupakan orang macam Nurain?” Saya yang bercakap pun hampir tersedak. Gila ke?

Saya mendapat nombor telefon Nurain tapi saya tak menghubunginya. Segan. Takkanlah baru sekali berjumpa tapi dah nak terus call, kan? Mungkin selepas pertemuan kedua barulah saya akan menghubunginya. Dan dalam masa yang singkat, sekali lagi saya bertemu Nurain. Kali ini, saya yang mengajaknya makan bersama dan dia dengan senang hati mengikut. Saya tersenyum ceria.

Sejak hari itu, hubungan saya dan Nurain menjadi semakin rapat. Tiga atau empat kali seminggu saya akan menghubunginya lewat malam. Hujung minggu juga akan bertemu. Menonton wayang, berjalan-jalan. Awak tau? Saya terasa kembali muda. Nurain buat saya seperti seorang remaja. Penuh dengan gelak tawa dan ungkapan mesra. Bersama Nurain, saya tak rasa segan langsung untuk ketawa sekuatnya. Agaknya orang sekeliling yang tengok saya dan Nurain mesti kata saya ni tengah syok bercinta. Happy semacam. Hehe.

Ariana akan kata saya curang ke kalau Ariana tahu saya berkawan dengan Nurain? Betul ke saya berkawan dengan Nurain? Kawan je ke? Tapi saya tak rasa macam tu. Kami serasi bersama. Pilihan kami berbeza dalam serba serbi tapi ada chemistry antara saya dan dia. Ada sesuatu yang membuatkan saya ingin bersamanya setiap hari. Entahlah. Saya pun tak faham dengan perasaan saya sendiri. Saya sayangkan Ariana tapi dalam masa yang sama, saya ingin Nurain di samping saya. Tamak ke saya? Atau saya keliru?

Saya akui kehadiran Nurain mengisi kekosongan yang saya rasakan. Sedikit sebanyak saya berasa sedikit tenang dengan perkahwinan Ariana. Tapi tak bermaksud saya rela dan menerima perkahwinan Ariana. Tak mungkin sama sekali. Ariana hanyalah untuk saya. Tapi Nurain ... Nurain seorang wanita yang baik, Ariana. Saya tak sanggup nak melepaskan dia pergi. Saya hanya akan melepaskan Nurain jika saya rasakan dia bersama seseorang yang baik, yang boleh melindungi dan menjaga Nurain sebaiknya.

Lama kita tak bertemu. Kali terakhir kita bertemu pun sewaktu Ariana memberitahu yang Ariana tak akan berkahwin dengan Zikri. Tapi akhirnya Ariana kahwin dengan dia juga, kan? Kenapa ya agaknya hubungan kita ni macam ribut? Sekejap baik. Kemudian bergaduh. Baik semula. Kemudian bercerai. Selepas bercerai, hubungan kita baik semula. Sekarang? Kalau saya fikir balik, semuanya sebab saya, kan? Salah saya, kan? Dari awal hubungan kita pun memang selama ni salah saya. Kalaulah dulu saya layan Ariana dengan baik ... Mungkin kita sudah ada anak sebanyak sepasukan bola sepak.

Satu hari, saya terpaksa ke pejabat Ariana. Sepanjang perjalanan saya rasa berdebar-debar. Saya tak nak jumpa Ariana. Demi ALLAH, saya rindukan Ariana tapi ... Saya takut. Saya takut nanti saya menangis. Saya takut saya terluka. Tapi kita tetap bertemu. Ariana terlanggar saya. Saya rasa badan saya kaku. Ariana Cuma menundukkan kepala. Saya tak tau apa yang saya rasakan. Saya rasa nak senyum dengan Ariana tapi apa yang saya rasakan adalah kemarahan. Saya marah lihat Ariana. Ariana tipu saya!

“Ariana nak tak kalau saya ajak Ariana keluar makan?” Tanya saya, setelah kita saling membisu. Rasa tak best la pulak kalau suasana sunyi. Saya tak nak Ariana fikir yang bukan-bukan walaupun hakikatnya memang saya dah fikir yang bukan-bukan. Ariana ketawa. Saya jadi pelik. Kelakar ke saya ajak awak makan? Ke Ariana gelakkan saya sebab saya ajak isteri orang keluar makan bersama?

“Awak tak puasa ke?” Tanya Ariana sambil ketawa. Eh ... Eh ... Alamak, lupalah. Baru dua hari umat Islam menyambut kedatangan Ramadhan. Saya ketawa sendiri. Malunya ... Saya betul-betul lupa. Saya terus terfikir. Pagi tadi saya ada ‘ter’breakfast tak?

“Saya ingatkan nak ajak Ariana berbuka puasa bersama tapi rasanya mesti tak boleh, kan? Tak apalah. Lain kali ya.” Saya senyum tapi wajah Ariana terus berubah. Kenapa? Saya dah cakap sesuatu yang salah ke? Ariana minta untuk bercakap dengan saya tiba-tiba. Wajah Ariana nampak serius. Kenapa nak bercakap dengan saya? Ariana minta saya ikut ke bilik Ariana.

“Saya ... Saya dah kahwin. Dah lama.” Saya pandang Ariana. So? Saya rasa nak cakap macam tu. Tapi saya tak nak buat Ariana marah dan saya sendiri tak nak rasa marah.

“Saya tahu.” Jawap saya pendek. Saya tunduk, memandang lantai.

“Macam mana awak tahu?” Ariana ingin tahu. Apa Ariana ni? Penting ke macam mana saya tahu Ariana dah kahwin? Yang penting, Ariana dah kahwin.

“Saya dapat jemputan ke majlis perkahwinan Ariana.” Saya cuba jawab seringkas mungkin. Bukan saya tak nak bercakap dengan Ariana tapi saya rasa kurang senang. You can talk about anything but not your marriage. It hurts me. Saya terseksa bila terpaksa menerima hakikat yang Ariana dah berkahwin.

“Siapa yang bagi?” Ariana tanya lagi. Kesabaran saya menipis. Mana la saya tahu siapa yang hantar? Yang saya tahu kad tu ada atas meja saya. Takkan hantu yang letak kot?

“Bukan Ariana ke?” Tanya saya. Sebenarnya bila Ariana tanya macam tu, saya pun ada terfikir. Kenapa Ariana tanya macam-macam? Siapa yang sebenarnya letak kad undangan perkahwinan itu di atas meja saya?

“Bukan. Kenapa pula saya nak bagi kat awak?” What? Betul ke apa yang saya dengar? Ariana tanya kenapa pula Ariana kena bagi kad pada saya.

“Kenapa Ariana tak nak saya tahu yang Ariana dah berkahwin? Sebab Ariana takut yang Ariana tak tepati kata-kata Ariana dulu? Ariana cakap Ariana tak nak kahwin dengan dia. Lepas tu, apa jadi?” Saya marah. Memang saya marah. Apa maksud Ariana cakap macam tu? Kenapa pula Ariana tak nak saya tahu yang Ariana dah bersuami? Ariana nak saya terus mengharap? Mengharap pada isteri orang? You’ve got to be kidding!

“Awak tak tau cerita sebenarnya. Saya berkahwin dengan Zikri bukan atas kerelaan saya sendiri.” Saya jadi geram. Berkahwin atas kerelaan sendiri atau tidak, tu bukan masalahnya. Masalahnya Ariana dah berkahwin. Ariana tipu saya! Saya ingatkan memang benar selama ni Ariana sayangkan saya. Ariana main-mainkan saya? Ariana buat saya berharap setengah mati kemudian Ariana berkahwin dengan orang lain. Damn it, Ariana! Saya tau saya salah tapi jangan hukum saya sampai macam ni. Saya terus keluar dari bilik Ariana.

Perasaan saya terusik lagi. Saya rasa marah tapi dalam masa yang sama, saya sedih. Perkara yang paling saya takutkan dah terjadi. Kita bergaduh lagi. Untuk kesekian kalinya. Kenapa tak pernah sekali pun kita berkomunikasi dengan baik? Kenapa saya asyik rosakkan suasana antara kita? Bodoh. Bengong. Disebabkan perasaan marah saya, hubungan saya dan Nurain sedikit terganggu. Semua panggilan dan mesej darinya tidak pernah berbalas.

Selepas dua minggu barulah saya menghubunginya. Tapi Nurain melayan saya dengan acuh tidak acuh. Saya tahu dia marah. Namun saya tetap senyum. Setiap kali dia memandang ke arah lain, saya terus-terusan merenungnya. Saya tahu dia berasa tidak senang direnung begitu. Itu adalah salah satu kelemahannya. Selepas hampir dua puluh minit bertahan, Nurain menumbuk bahu saya. Saya ketawa riang. Tengok. Nurain cukup senang untuk dipujuk.

Setiap hujung minggu saya akan berbuka bersama Nurain. Malah seminggu sebelum Aidilfitri, saya yang menemani Nurain keluar membeli persiapan untuk berhari raya. Nurain akan pulang ke kampung halamannya di selatan tanah air dan dia menjemput saya ke rumahnya. Saya hanya senyum mendengar pelawaannya. Saya hanya membalas ‘insyaALLAH.’

Saya gembira ketika menemani Nurain shopping. Malah Nurain yang telah memilih baju melayu untuk saya. Saya agak terkejut apabila Nurain memilih warna purple plum untuk saya. Ariana sukakan warna purple, kan? Saya rasa Nurain sedar akan perubahan wajah saya yang nampak ceria. Entahlah. Saya gembira apabila dapat memakai pakaian warna purple yang Ariana sukai. Saya terasa dekat dengan Ariana.

Dalam perjalan pulang, sekali lagi Nurain mempelawa saya ke rumahnya sewaktu Aidilfiri. Kali ini dia lebih bersungguh-sungguh. Saya jadi speechless. Saya masih belum bersedia. Kata Nurain, dia mahu memperkenalkan saya pada keluarga. Saya menggaru kepala yang tidak gatal. Perkenalkan pada keluarga? Sebagai apa? Kawan? Mustahil. Saya tahu Nurain sukakan saya. Bukan saya perasan atau salah mentafsir. Tapi tingkahlaku Nurain sudah membuktikan yang dia ada hati pada saya.

Saya tahu niat Nurain ikhlas. Tapi saya tak bersedia. Saya rasa berdebar-debar. Saya rasa macam saya akan jumpa bakal keluarga baru saya. Hehe. Serius. Saya rasa Nurain mahu perkenalkan saya sebagai teman istimewa sedangkan kami cumalah kawan. Nampaknya selama ni Nurain sudah salah faham kemesraan yang saya tunjukkan. Memang saya gembira bersama Nurain tapi saya tak pernah sesekali menyimpan perasaan padanya. Adoi ... Macam mana saya nak buat ni?

Dua hari sebelum Aidilfitri menjelma, saya teringatkan Ariana. Kita Cuma sempat menyambut lebaran bersama sekali saja, kan? Waktu tu tahun pertama kita berkahwin. Kita berhari raya di rumah saya. Saya tahu Ariana kurang senang dengan cadangan saya tapi Ariana mengikut. Selepas dua hari barulah kita berhari raya di rumah Ariana. Agaknya boleh ke saya datang ke rumah Ariana bila hari raya nanti? Adakah kedatangan saya akan diterima?

Hari kedua Aidilfitri, Nurain menghubungi saya. Dia bertanya buat sekian kalinya adakah saya akan ke rumahnya. Saya mula rasa rimas. Untuk menghentikan soalannya, saya terus memberitahu yang saya akan ke rumahnya pada hari keempat hari raya. Semua orang yang datang ke rumah saya tidak habis-habis bertanya. Bila saya mahu mencari pasangan hidup. Saya bergurau mengatakan yang saya menunggu bidadari turun dari langit. Aiii ... Macam manalah saya nak cari pasangan hidup yang lain kalau orang yang saya tunggu selama ni dah jadi milik orang lain?

Seperti yang saya janjikan pada Nurain, pada hari keempat Adilfitri, saya memandu selama lima jam ke Johor Bharu. Perasaan saya jadi tak keruan apabila Nurain menyambut saya di luar rumahnya. Saya tahu perasaan ni. Dulu sewaktu saya bertemu dengan keluarga Diya buat kali pertama, inilah debaran yang saya rasakan. Saya bersalaman dengan semua ahli keluarga Nurain. Semua ahli keluarga Nurain melayan saya dengan penuh mesra.

Apabila pulang ke rumah, saya jadi semakin tak menentu. Nurain sudah salah faham. Apa nak jadi dah ni? Macam mana kalau satu hari nanti dia tanyakan perasaan saya padanya? Apa saya nak jawap? Yang saya rasa dia cumalah seorang teman? Bukannya saya tak kenal Nurain. Dia paling benci orang yang suka mempermainkan perasaan orang lain. Saya main-mainkan perasaan dia ke? Tak, kan? Sebab saya tak pernah cakap saya sayang or suka dia. Saya suka bersama dia, tapi saya tak bermaksud saya suka dia. How can I explain this to her?

Satu hari, sewaktu saya keluar bersama Nurain, saya terserempak dengan Ariana bersama seseorang. Suami Ariana, Zikri. Ariana nampak cukup mesra dengan Zikri. Walaupun tak berpegangan tangan, Ariana dan Zikri saling tersenyum. Hati saya sakit melihat kemesraan Ariana dan Zikri. Mood saya untuk menonton wayang terus hilang. Saya mengajak Nurain pergi ke tempat lain tapi saya memang tak ada mood. Macam mana saya nak gembira selepas melihat Ariana gembira di samping orang lain? Orang yang memiliki Ariana?

Rupanya Nurain sedar dengan segala kelakuan saya. Apabila saya mengajaknya pulang, Nurain terus bertanya siapa Ariana. Saya terdiam. Nurain tidak tahu status saya yang sebenarnya. Sangkanya saya tak pernah berkahwin. Saya pun tak tahu macam mana selama ini saya berkawan dengannya tapi dia tak pernah tahu status saya. Nurain terkejut. Saya tahu Nurain kurang senang mendengar status saya sebagai seorang duda. Biarlah. Bagus juga dia tidak dapat menerima status saya. Bagus juga kalau dia yang memutuskan ikatan antara kami. Tidaklah saya perlu bersusah payah menjelaskan perasaan saya sebenarnya.

Saya tak dapat lupakan kemesraan Ariana dan Zikri. Ariana kata Ariana terpaksa berkahwin dengan dia. Bukan atas kerelaan sendiri. Habis, apa yang saya nampak hari tu? Ke itu pun cumalah satu pura-pura? Ariana terpaksa bermesra dengan Zikri? Semuanya bukan atas kerelaan Ariana, kan? Kenapa Ariana tak nak berterus terang dengan saya? Kalau Ariana bahagia dengan dia, kenapa Ariana tak cakap? Kalau tak, bolehlah saya mengundur diri dengan tenang. Saya akan cuba lupakan Ariana walaupun mungkin mustahil. Tapi ini tak ... Ariana selalu kata tak untuk semuanya tapi perbuatan Ariana mengatakan ya!

Lama saya berfikir, memikirkan penghujung jalan cerita saya dan Ariana. Ariana dah pun jadi milik orang. Walaupun Ariana kata Ariana berkahwin bukan atas kerelaan sendiri, tapi saya dah lihat sendiri yang Ariana bahagia bersama Zikri. Sampai bila saya harus menanti Ariana? Perlu ke saya terus menanti sedangkan Ariana gembira bersama Zikri? Sampai bila saya harus terus berharap agar kita kembali bersama? Mungkin antara kita memang tidak ada jodoh dan inilah penghujungnya.

Kalau Ariana boleh terima Zikri, kenapa saya tak boleh terima Nurain, kan? Cinta tak semestinya hadir dengan cepat, kan? Ada cinta yang hadir selepas beberapa tahun. Ada yang hadir dalam masa sesaat. Mungkin kini sudah tiba masanya saya untuk saya memikirkan kebahagiaan untuk diri saya sendiri. Nampaknya Zikri sudah berjaya mencuri hari Ariana. Mengenali Zikri, saya yakin dia boleh menjaga Ariana dengan sebaiknya. Jauh lebih baik dari saya. Saya yakin Ariana akan selalu bahagia dengan Zikri.

Secara perlahan-lahan saya cuba menerima diri Nurain sepenuhnya. Memang susah. Hati saya menolak untuk menyayangi Nurain. Sebab dalam hati saya sudah ada Ariana. Memang tak mustahil untuk menyayangi dua wanita dalam masa yang sama. Tapi saya cuba. Kalau susah sangat pun, salah seorang harus pergi dari hati saya. Sama ada Ariana atau Nurain. Saya rasa tak salah untuk memberi peluang pada Nurain. Dia pun apa kurangnya walaupun perasaan sayang tak pernah ada untuknya.

Hari itu saya berjanji untuk bertemu dengan Nurain di Alamanda, Putrajaya. Saya jarang sekali ke Putrajaya tapi kebetulannya Nurain ada di Alamanda, saya mengajaknya bertemu. Saya lihat jam. Kami berjanji untuk bertemu pada pukul 8.30. Saya memandu menuju ke arah Masjid Putrajaya. Dating, dating juga. Solat jangan ditinggalkan. Selepas menunaikan solat Maghrib, saya keluar dari masjid. Entah kenapa hati saya terdetik untuk melihat kereta di sebelah saya pun saya tak tahu.

Kereta Proton Gen 2 berwarna biru laut. Saya rasa saya seakan mengenali kereta itu. Saya lihat nombor pendaftarannya. Eh, kalau tak silap, ini kan kereta Ariana? Perasaan saya tak keruan. Ariana di sini? Ariana solat di masjid yang sama dengan saya? Kebetulan ke ni? Saya mengambil keputusan untuk menunggu di luar kereta. Hampir 45 minit saya menunggu, saya mula terasa penat. Saya menekan butang untuk membuka kunci kereta. Tapi hati saya tak senang. Ariana ada dekat dengan saya. Terlalu dekat.

Saya terus mengunci kereta dan masuk ke dalam masjid. Saya ke ruangan solat muslimah. Sewaktu saya sedang mencari-cari kelibat Ariana yang belum tentu ada, mata saya menangkap sesusuk tubuh yang sedang membelakangkan saya. Saya kenal susuk tubuh itu. Semakin saya menghampiri Ariana, saya terdengar bunyi esakan. Ariana menangis ke? Saya panggil nama Ariana dan wanita di hadapan saya berpaling.

Mata Ariana merah dan sembap. Ariana menangis. Tapi kenapa? Ariana seakan tak percaya saya ada di depan mata Ariana. Air mata Ariana mengalir. Saya terpaku. Kenapa Ariana menangis? Siapa yang buat Ariana menangis? Ariana merenung saya lama sebelum berlalu pergi meninggalkan saya. Saya ingin mengejar tapi Ariana masuk ke ruangan solat muslimah. Semasa saya sedang mengejar Ariana, handphone saya berbunyi. Nurain!

Apa yang harus saya lakukan? Siapa yang harus saya kejar?
posted by Penulisan2u @ 1:04 AM  

Kongsi Karya Ini Di Dinding Facebook Anda
13 Comments:
  • At 29/10/08 5:04 AM, Blogger dr.rock4eva said…

    sedihnya..bila kisah ni nak habis..hope dorang bersama semula..amin

     

  • At 29/10/08 5:11 AM, Anonymous Tanpa Nama said…

    sdeynyer...penulis bleh tak wat cpt ckit cte ni.dah lama dh tunggu sambungannya.best sgt2..hopefully ariana ngan exhusband die bersatu kembali..huhu plz..

     

  • At 29/10/08 8:04 AM, Anonymous nella said…

    saya blum baca lagi nie...
    ntah nape bila baca citer nie rasa nak nangis jerr..
    writer... buatlah citer nie happy ending yerr..
    x sanggup lah kalau diorang brpisah..

     

  • At 29/10/08 8:54 AM, Anonymous Tanpa Nama said…

    CEPAT2 LAH SAMBUNG YER....
    XSABAR2 NAK BACA SAMBUNGAN YG SETERUSNYA

     

  • At 29/10/08 9:33 AM, Anonymous Tanpa Nama said…

    sian la kat ariani n ex dia tu.dua dua tu mcm mgsa keadaan je kn.menusia ni kdg2 terjert dgn perncgn org skelilig kite.mintk2 la ariani n ex dia bersama smula.sian ariani.xkn la nk hidup menderita smpi tua kn.amin

     

  • At 29/10/08 2:22 PM, Anonymous Tanpa Nama said…

    cepat lah habis kan citer ni.. x sabar rasa nak tahu kesudahan nye.
    Hope happy ending.. novel paling best..terima kasih kepada penulis

     

  • At 29/10/08 2:31 PM, Blogger aL-HaNis said…

    wah mmg dilemma habis ni. huhu. saya harap ariana akan berbaik balik dgn ex hubby dia. huhu. cinta sejati mmg byk halangan kan? sob sob =(

     

  • At 29/10/08 6:47 PM, Anonymous Tanpa Nama said…

    asal complicated sngt hidup diorang ni but i hope diorang bersama

     

  • At 1/11/08 4:30 PM, Blogger ~wherever you will go~ said…

    hoping dat they will get together again! (:

     

  • At 2/11/08 4:04 PM, Anonymous Tanpa Nama said…

    kadang2 rase bosan gak ngn cite ni...slow je die pnye jln cite....cube bg cite ni thrill skt...msti best....

     

  • At 3/11/08 1:31 AM, Anonymous nin said…

    sedihnya rentetan hidup ariana... terlalu banyak kesedihan yang perlu dihadapi..lama sgt rasanya jiwa dia terseksa..

    nape ssh sgt nak lafaz, dulu masa ariana boleh terima dia kembali diceraikannya.. la ni dah nyesal..
    buangkan ego, rasanya kalu x-hsband ariana lafazkan balik yg dia mmg syg kat ariana, ariana pasti akan terima. tu yg ariana harapkan..bagilah kebahagian buat ariana.. Jodoh mereka kuat!!!

    tahniah pemuja rahsia, anda berjaya membawa pembaca bermain dgn emosi..

     

  • At 31/1/09 5:23 PM, Anonymous Tanpa Nama said…

    * mula2 sekali..tahniah kepada penulis..
    * cerita nie memang sebuah cerita yang boleh membuatkan perasaan seseorang terbuai dek rentetan kisahnya..
    * kehidupan tak selalunya indah..
    * segala yang berlaku dalam hidup seseorang itulah yang menjadikan kehidupannya lebih bermakna..
    * kita selalu mengharapkan satu kesudahan yang baik..
    * tetapi, langit tak selalunya cerah..

    salam..

    ~sha~
    (^_^)

     

  • At 31/12/11 10:31 AM, Anonymous Tanpa Nama said…

    sedihnye T___T
    x sabar nk tunggu the next story
    i h0pe diorg b'sama

     

Catat Ulasan

TINGGALKAN ULASAN DAN KOMEN, PADA SETIAP KARYA YANG ANDA BACA Penulis memerlukan ulasan dan komen, bagi memperbaiki penulisan dan memperbetulkan kesilapan. Komen dan ulasan anda akan memberi satu semangat kepada penulis, untuk terus menulis karya dan seterusnya menghasilkan karya yang menarik. Kerjasama & sokongan daripada pembaca amat kami hargai. Sebab itulah kami menyediakan HADIAH, sebagai penghargaan kepada penulis dan juga kepada pembaca yang aktif memberi komen & ulasan

<< Home

 

 

 NOVEL TERBARU DI PASARAN

 

 

"Dia hidup bukan kerana cinta. Dia hidup kerana kehadiran Prince Charming yang menyelamatkannya. Semuanya gara-gara dia mengoyak Carta Prince Charming—carta misteri yang tiada sesiapa tahu dari mana datangnya. Yang pasti, memang dia langsung tidak percaya dengan sumpahan yang dikatakan berkaitan dengan Carta Prince Charming.

"Sumpahan puteri? Kau ingat ini cerita dongeng ke? Puteri apa yang nak sumpah aku ni? Puteri bunian? Puteri lindungan bulan?”

Desakan daripada Sofea membawanya ke Kelab Bola Sepak. Di situlah Prince Charming berkumpul. Tetapi hanya seorang sahaja Prince Charming yang dicari-carinya. Namun, untuk mencari Prince Charming bukanlah mudah, namun dia yakin, antara mereka, pasti salah seorang adalah penyelamatnya.

Orang tu pun satu! Dah selamatkan nyawa orang, tak reti-reti ke nak munculkan diri? Bukan ke lagi senang kalau datang berdiri depan aku dan cakap, Sayalah yang selamatkan awak daripada kena langgar semalam. Finish! Tak adalah nak panjangkan cerita sampai beratus muka surat semata-mata nak cari Prince Charming!

Tajuk: Prince Charming
Penulis: Ratu Bulan
Terbitan: Fajar Pakeer

Harga: RM19.90
Ulasan:

 


 

NOVEL HANGAT DIPASARAN

 

 

Pertemuan pertama memberi impak yang berbeza kepada dua insan. Maria malu mengenang, sedang Hisyam mahu mendekat. Maria semakin resah apabila Hisyam terus-terusan mendesak. Dalam benci ada rindu. Bijak Hisyam memujuk, mereka akhirnya disatukan.

Salina hadir menjadi duri dalam daging. Bagi Hisyam, gadis itu ialah sahabatnya yang terbaik. Insan paling dipercayai. Namun, dalam diam, Salina meracuni hubungan mereka. Salina ada agenda yang tersendiri.

Semakin hari, semakin nipis rasa percaya Maria terhadap Hisyam. Namun, dia tidak mungkin menghindar rasa kasih yang sudah menebal. Demi menunaikan permintaan Maria, Hisyam tega melamar Salina walau ada luka di hati.

Sanggupkah Hisyam menduakan Maria yang pernah dicintai sepenuh hati? Dan, Maria, mampukah membiarkan suami tersayang jatuh ke tangan Salina? Atau, Mariakah orang ketiga yang tidak lagi diperlukan kehadirannya oleh Hisyam?

 

Baca bab awal dari bab 1-15 di www.takmungkinkuhindar.blogspot.com
 

Tajuk: Tak Mungkin Kuhindar
Penulis: Ana Sofiya
Terbitan: Fajar Pakeer

Harga: RM22.90
Ulasan:

 


       Karyaseni

www.karyaseni.my
www.karyaseni.com.my
       Menarik Klik Dibawah
    50 Karya Terbaru

  Info Karya Terkini

      Baca Karya Pilihan

  Pelukan Cinta - Novel cinta yang 90% adalah kisah benar, wujud lagikah manusia sebegini?

 

  Suami Aku Ustaz - Bila Suami Yang Merupakan ustaz kini menjadi suamiku, Sebuah novel yang banyak menekan nilai-nilai islamik

 

  Terlerai Kasih Sebuah novel yang heroinnya bertudung, novel yang begitu menarik. selamat membaca

 

  Kahwin Ganti - Novel yang pasti dapat memikat hati pembaca. bagaimana seorang yang sakit menjadi suamiku

 

  Kemilau Karya Kasih - Kisah  anti novel melayu, yang memandang jijik dan hina novel melayu. ikuti kisah menarik ini.

 

  Opps pintu hatiku - Kisah yang menarik pilihan yang mampu memberi keseronokan membaca

 

  Pilihan Mama - perlukah ikut pilihan mama, sedangkan pilihan mama umpama manusia yang tidak berperikemanusian

 

  Tak Mungkin Kuhindar - Novel yang mendapat sambutan dan popular di penulisan2u

 

  Dibius Cinta - Cucukan jarum cinta manakah yang mampu membius hatiku. Kalau sudah membaca novel ini kali pertama, pasti tidak akan berhenti.

 

 

klik pada tajuk untuk membaca karya pilihan di atas

 

      Iklaneka

 

125 

 

 

 

 

 

Berminat iklan di blog penulisan2u? hubungi kami di email : Bantuan@penulisan2u.net

      Tarikh Karya

 

Ikuti blog ini | Follow this blog

      Berita Hangat

Penulisan2u sedang berkerjasama dengan Penerbit Novel bagi memberi peluang kepada penulis-penulis berbakat dan karya yang menarik. Antara novel yang sudah di terbitkan

 

  Biarlah YM Berbicara

  Baju Pengantin Mak Andam

  Siapakah Di hatiku

  Hot Gimmick

  Pergilah Air Mata

  Sepupuku Suamiku

  Hadirmu Takdirku

  Cermin

  Tak Mungkin Kuhindar

  Bini Aku Tomboy Ke?

  Jodoh Atau Cinta

  Prince Charming

  AD + IZ 

 

Tunggu kemunculan novel-novel terbaru dari penulis penulisan2u setiap bulan di pasaran.

      Ingin Hadiah?

PERADUAN KUIZ . Tahniah kepada 10 Pemenang Kuiz, Hadiah ditaja oleh Syarikat Penerbitan Kaki novel Enterprise. Klik Disini untuk melihat Senarai pemenang.

 

UNTUK PENULIS. 5 Penulis terbaik pilihan pembaca setiap bulan. akan menerima hadiah sebuah novel. Blog pertama dan satunya2 blog yang memberi hadiah kepada penulis. Klik Disini untuk melihat senarai Penulis terbaik pilihan pembaca setiap bulan

 

UNTUK PENGULAS & PEMBACA?

2 Pengulas paling AKTIF dengan memberi komen yang ikhlas dan membina, pada setiap karya cerpen / novel  di penulisan2u akan menerima hadiah sebuah NOVEL.

 

      Bilik Sembang

Info
TAG

koleksi novel, koleksi novel cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik, novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru, teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram, cerita, cerita cinta, cerita melayu

UCAPAN

1/1/2009:
Tahun baru misi baru, cerpen dan novel pun baru. semoga terhibur bersama blog kami

KATA HIKMAH

1) Cara yang pasti untuk terlepas dari berjaya ialah terlepas peluang

2)"Jika saya ingin memulakan kembali perniagaan saya, maka saya akan memilih perniagaan network (MLM)"DONALD TRUMPH

3) "ada menyebut, 9/10 daripada rezeki berpunca daripada perniagaan" HADIS

4)Dalam tempoh lima tahun akan datang hanya wujud 2 jenis perniagaan iaitu perniagaan yang menggunakan INTERNET sebagai platform ATAU perniagaan tanpa internet yang akan terkeluar dari persaingan dunia perniagaan.” Apabila ditanya kepada beliau, bagaimana awak boleh jadi di antara orang yang terkaya di dunia? Jawab beliau,“Saya berada ditempat yang betul tepat pada masanya, saya melihat VISI dan yang sangat penting. Saya melakukan TINDAKAN!!”. BILL GATES

5) "Daripada 40 orang terkaya yang berumur di bawah 40 tahun, separuh daripada mereka berjaya melalui INTERNET."  -MAJALAH FORTUNE-

6) Jika anda mahu melakukan sesuatu anda akan mencari jalan dan jika anda tidak mahu melakukan sesuatu anda akan mencari alasan

7) Siapa yang tidak pernah gagal, dia tidak akan menjadi kaya -charles h.spungeon-

8) Ingatlah Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum melainkan kaum itu sendiri berusaha mengubahnya - al-Radu [13]: 11-

9) 99% kejayaan dibina dari kegagalan yang lalu, siapa yang mahu dan tidak bertindak, dia adalah haiwan perosak -willim blake-

9) Banyak hal yang kita sebut sebagai was-was untuk bertindak seringkali dapat diubah menjadi kejayaan dan keuntungan, hanya dengan mengubah sedikit sahaja sikap dalam diri seseorang daripada rasa takut bertukar untuk berjuang

10) semasa kita berhenti dari berfikir, kita biasanya terlepas satu peluang

11) Ilmu melalui bukunya, kemahiran melalui pengalamanya, kejayaan melalui usahanya


TAG

koleksi novel, koleksi novel cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik, novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru, teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram, cerita, cerita cinta, cerita melayu

Inspirasi kejayaan yang cemerlang di
www.kerjaya.net
      Chit-Chat Corner

online
     Rakan Niaga

Rahsia dari 8 Jutawan Malaysia

Rahsia penjimatan elektrik

117 Idea Bisnes Luar Biasa

Webhosting Terbaik Malaysia

Video Tutorial Bisnes Internet

Peluang Bisnes SMS

Google Adsense jana Duit

Rahsia perniagaan digital

Business Internet

Cara Format PC

Perkakasan membina website

Cara membina Blog wordpress

Buat Duit dengan Ebook

Rahsia sistem merekrut MLM

Menjana pendapatan di EBAY

Tingkatkan Traffik ke website

Tiada duit untuk kahwin?

Rahsia Bisnes di Internet

Panduan asas membina blog

Jana wang dgn unit trust

Belajar design grafik

Bengkel website

10 Model Bisnes internet

Pakej bisnes internet

Belajar HTML website

Rahsia teknik bisnes di EBAY

      Novel pilihan

sinopsis klik pada gambar

   Diari Penulis

    • Aisya Sofea

    • Anis Ayuni

    • Bikash Nur Idris

    • Damya Hanna

    • Dhiya Zafira

    • Eny Ryhanna

    • Salina ibrahim

    Dina Najat

    • Ahadiat Akashah

    • Norhayati Berahim

    • Aina Emir

    • Hafirda Afiela

    • Hani Fazuha

    • Dewi Sukma

    • Sri Diah

    • Zn Isa

    • Lily Suraini

    • Lily Haslina

    • Nia Azalea

    • Rose Harissa

    • Norzailina Nordin

    • Aleya Aneesa

    • Liza Zahira

    • Ida Nardiel

    • Eka fahara

    Syima Syawal

    • Meen Zulaikha

    • Rose harissa

    • Aleya Aneesa

    • Lynn Dayana

    • Mersik Romoyu

         Ingin Menjadi Penulis?

Creative Enterprise Sdn. Bhd., sedang mencari manuskrip kanak-kanak atau remaja. Ini kerana pihak kami ingin memperluaskan dan memperbanyakkan bahan bacaan untuk kanak-kanak dan remaja. Di samping itu kami juga ingin memupuk minat membaca dalam kalangan kanak-kanak dan remaja. ( klik disini )

Karyaseni Enterprise ingin memaklumankan kepada anda yang berminat untuk menghantar manuskrip anda kepada KS untuk penilaian, sila email kan sinopsis dan tiga bab awal ke alamat email berikut: Manuskrip@karyaseni.my

KarnaDya Solutions Sdn Bhd. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan? hantarkan karya anda. Sebelum anda menghantarkan manuskrip anda, sila hantarkan butiran berikut terlebih dahulu melalui emel/pos. untuk maklumat lanjut ( klik disini )

NB Kara Sdn Bhd dengan berbesar hati menjemput mana-mana penulis yang merasakan diri mereka layak menjadi penulis yang versatil, menghantar manuskrip mereka kepada NB Kara Sdn Bhd. Tulisan anda terlebih dahulu akan dinilai oleh penulis prolifik Norhayati Berahim dan juga beberapa panel editor sebelum diluluskan untuk terbitan.
 ( klik disini )

Jemari Seni Publishing. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan? Untuk tujuan pengiriman manuskrip, JEMARI SENI telah menggariskan panduan kepada penulis-penulisnya. untuk maklumat lanjut ( klik disini )

 

Alaf 21 Sdn Bhd. Tahun 2008 bakal menjanjikan sinar kecemerlangan seandainya karya anda terpilih untuk diterbitkan oleh Alaf 21, penerbit novel tersohor di Malaysia. Jika anda mempunyai salah satu manuskrip tersebut, kami ingin menatap dan menilainya. Sekiranya sesuai, pihak kami ingin menerbitkannya di bawah jenama ALAF21. ( klik disini)

   Ahli Pelawat
      Novel Di Pasaran

Kenangan Terindah - Hezzy Azra

Serasi di hati - Nora Ismail

Nama aku N - Aina Emir

Bunga Syurga - Anita Aruszi

Episod cinta luka - Fateen Najwa

Sandaran kasih - Aini Marisha

Fitrah kasih - Ilani Mysara

Bukan yg pertama - Salina Ibrahim

Ternyata cinta - Damya Hanna

Selagi ada dia - Aisya Sofea

Kembalikan cintaku - Norhayati NB

Warna hati - Meen Zulaikha

Seribu kali sayang - Anis Ayuni

Menanti kasih - Norzailina nordin

Cahaya - Nura zulaikha

Dakapan cinta - Eny Ryhanna

Hanya kita berdua - Aina emir

Ku Utus Rindu - Intan Arnida

Usikan rindu - Qaira Qasidah

Segalanya untukmu - A.Anessa

 

Dapatkan dikedai berhampiran anda

      Bantuan Carian

Dua cara asas untuk memudahkan anda melayari laman blog penulisan2u pada masa akan datang. pastikan anda set laman penulisan2u sebagai  "homepage utama" atau dengan "add to favorite" di pelayar komputer anda. caranya dgn klik dibawah:-

 

      Web & Blog Terbaik

Koleksi cerpen & novel online terbaik dari Malaysia, Indonesia, SIngapore & Brunei. Layari di http://penulisan2u.net

Koleksi artikel isu semasa, artikel yang menarik dan hangat http://semasa2u.blogspot.com

tip kehidupan, zodiak, horoskop, petua, tip, puisi, pantun, sajak, dan pelbagai artikel menarik layari di http://istimewa2u.blogspot.com

Blog Berkaitan agama, topik-topik tazkirah, audio, video ceramah, mendengar 114 surah Al-quran secara online, radio-radio dakwah, layari di http://dakwah2u.blogspot.com

Blog Media, Tv streaming online, radio streaming online, surat khabar, rakaman drama, radio era, hot.fm, tv1, tv2,tv3 dan lain-lain. layari di http://mymedia2u.blogspot.com

Blog Koleksi cerita lawak, lucu, kelakar dan video lawak, lucu dan kelakar. layari di laman http://kelakar2u.blogspot.com

Laman web penerbit novel KarnaDya Penerbitan Karyaseni Syarikat penerbitan yang dimiliki oleh Penulisan2u. Novel-novel dari laman penulisan2u akan diterbitkan oleh Karyaseni http://www.karyaseni.my

Laman web syarikat penerbit novel Creative Enterprise Sdn Bhd (CESB). Untuk melihat novel-novel terbaru yang berada di pasaran, layari di http://www.cesb.net.my

Laman web syarikat penerbit Kaki Novel Enterprise. Untuk melihat novel-novel terbaru yang berada di pasaran, layari di http://www.kakinovel.com

Laman web syarikat penerbit NB kara Sdn Bhd. Dimiliki oleh penulis terkenal Norhayati Berahim, Untuk melihat novel-novel terbaru yang berada di pasaran, layari di http://www.nbkara.com.my

Laman web syarikat penerbit Buku Prima Sdn Bhd. Untuk melihat novel-novel terbaru yang berada di pasaran, layari di http://www.bukuprima.com.my

Laman web syarikat penerbit novel jemari Seni Publishing (JS Publishing). Untuk melihat novel-novel terbaru yang berada di pasaran, layari di http://www.jemariseni.com

Laman web syarikat penerbit novel Alaf21 Sdn Bhd (alaf21). Untuk melihat novel-novel terbaru dari Alaf21 layari di http://www.alaf21.com.my

Laman web syarikat penerbit novel Fajar Pakeer Sdn Bhd). Untuk melihat novel-novel terbaru  layari di laman http://www.fajarnovels.com.my

      Kata Kunci

koleksi novel, koleksi novel cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik, novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru, teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram, cerita, cerita cinta, cerita pendek, cerita melayu, cerita online

      Malaysia Group