BLOG KOLEKSI CERPEN , NOVEL & CERITA ONLINE

   LAMAN UTAMA  | KOLEKSI CERPEN  | KOLEKSI NOVEL  | HANTAR KARYA | HANTAR PESANAN | AJAK KAWAN | BUAT PERMINTAAN LAGU | IKUTI BLOG INI | FACEBOOK

      Radio Online

 

klik "STOP" untuk hentikan siaran radio. Semoga terhibur.

  Koleksi Cerpen 

Jika itu takdirNya

Takdir milik Allah

Disini mawar disana penawar

Bidadari cinta

Awekku gengster nyerr

Black vs white

Aku dan dia

Memang berbaloi

Best friend not boy friend, Nyah

Beda tipis

Aku tidak bernyawa lagi

Roommate yg romantik II

Loves comes around

Hati

Cinta remaja

Kasih anak

Selamat tinggal luqman

Kerana dia ayahku

Terima kasih cinta

Aku kan ader

Nilai sebuah persahabatan

Hanya kau

Mahakarya agung sebuah kemerdekaan

Kerana umar adha

Biarkan cinta itu pergi

1 Disember

Diari seorang lelaki

Sebuah memori

Suci nur kasih

Badai cinta pertama

Ceritera aku dan dia

Ku bawa memori itu

Darul Taqwa & dato Dr Johar

Kau boleh blah!!

My miss nanny

Seandainya ku tahu

Diari hati firdaus

Mimpi yang pasti

Sampai syurga

Memang ku cinta

Unsaid?

Cinta lagi?

Cinta bukan jaminan

Cinta hakiki

Aku, dia dan pantai

Bisikan hati

Selamanya Sarah

Peeya dan payus lagilah

Hikmah perpisahan II

Dia

Cinta dalam diam

Kata terakhir darimu is love u

Aku bukan siapa-siapa

Aril & Akim

Kalau ku turutkan kata hati

Minah skuter

Jadilah seperti aku

Privite investigator putput

Gadis kebaya putih

Isteriku

Adam II

Misteri tengah malam

Dollah loves joyah

Biarku sentuh cintamu

Lifetimes lover

Saat itu

Hanya dirimu

Kasih famili

Mulanya disini

Ikatan kasih

Dan akhirnya

Kembalilah sayang

Pelangi anganku musnah

Cinta dalam hati

Pergi tak kembali

Adakah dia milikku

Pungguk dan bulan

Cinta terlarang

Cintaku di RNR tapah

Lisa

Kasih aini hidayah

Kantoi, jodoh atau kebetulan

Adakah cinta bukan milikku

Kuning vs ungu

Pelangi cinta

Adam

Biarlah rahsia

Achmad firdaus

Jalan berliku

Rintihan kekasih

Namaku Aishah

Zani pencuri rambutan

Nur hawa balqis

Itu sudah takdirnya

You are my boss

Cinta

Antara 2 cinta

Tragedi zam & chom

Benang merah di-fa

Terima kasih sayang

Jiwa-jiwa luka

Taqdir cinta kita

Cintaku selamannya

1 hari aku jatuh cinta

Biarku sentuh cintamu

Aku dan kimi = cinta atau tidak?

Cincin untuk Aisyah

Kenapa begini jadinya

Cinta, i need you

Lakaran cinta abadi

Cioccolato Caldo

Tragedi lombong lama

Yang sebenarnya

Ketuk pintu hati

Dia masih sayang

Teman

Cinta untukmu

Adil fitri

Kau, aku & mereka gila

Hikmah perkahwinan

Mengenangmu

Mungkin Nanti

Mencintainya

Cinta si pengesek biola

Maafkan aku luftan hafiy

Kasih

Hanya itu yang ku mahu

Bermulanya diari cintaku

Menantu untuk mama

Sumpah itu hantu

Diari lukisan

Cinta gila

Romantik

Cintaku, dia dia kamu

Kau atau dia

Indahnya cinta maya

Seseorang itu

Nur alia natasya

Mamat disperate

Mencari jannah

Cukup sekadar disini

Sebuah memori

Keras dan lembut

Katak oh katak

Hacks 1437

Dialah suamiku

Selamat tinggal kawan terbaik

Pandangan matanya

Kerana mobil

Dia tunanganku

Maria dan azri

Aku terperasan je

Blind date

Roda hidup

Kasihku seputih salju

Wanginya bunga kantan

Mahligai rindu

Aku, dulu, kini dan selamannya

Prinsip cinta aina

Ikan emas, jom kawen

Man in black vs Dona karen penang

Cubit peha kiri

Bantal busuk

Hujan

Maafkan daku

Tombol pintu hidayah III

Gara-gara G

Diari seorang member

 

Klik disini untuk keseluruhan koleksi cerpen....

Novel Bersiri
      Novel pilihan

sinopsis klik pada gambar

      Novel Di Pasaran

Kenangan Terindah - Hezzy Azra

Serasi di hati - Nora Ismail

Nama aku N - Aina Emir

Bunga Syurga - Anita Aruszi

Episod cinta luka - Fateen Najwa

Sandaran kasih - Aini Marisha

Fitrah kasih - Ilani Mysara

Bukan yg pertama - Salina Ibrahim

Ternyata cinta - Damya Hanna

Selagi ada dia - Aisya Sofea

Kembalikan cintaku - Norhayati NB

Warna hati - Meen Zulaikha

Seribu kali sayang - Anis Ayuni

Menanti kasih - Norzailina nordin

Cahaya - Nura zulaikha

Dakapan cinta - Eny Ryhanna

Hanya kita berdua - Aina emir

Ku Utus Rindu - Intan Arnida

Usikan rindu - Qaira Qasidah

Segalanya untukmu - A.Anessa

 

Dapatkan dikedai berhampiran anda

      html banner

klik di bawah dan "paste" ke dalam website, homepage, blog, friendster, myspace anda

 

      Jumlah Pelawat

      Untuk Anda

 

  Kehidupan adalah anugerah utama Illahi. Anugerah kehidupan memberi gambaran kebesaranNya buat kita manusia, yang wajib kita syukuri dan hargai. Internet adalah kemudahan buat umat manusia. Justeru itu, manafaatkan ia untuk kesejahteraan diri kita dan umat sejagat. Sentiasalah kita beringat, apa yang kita lakukan, akan dipertanggung jawabkan pada kemudian hari.

  Gunakan sebaik-baiknya kurnia Allah swt kepada kita. Halalkan kegunaan akal, hati dan lidah pada perkara yang bakal membawa kecemerlangan diri kita dunia dan akhirat. Kita hidup hanya sekali. Sekali 'pergi' tak kan kembali. Buat baik berpada-pada, dan buat jahat JANGAN sekali-kali. Kewujudan website penulisan2u dengan blog sebagai wadah untuk meningkatkan nilai diri. Bermatlamatkan penyatuan ummah dengan ciri-ciri kemurnian budi dan budaya. Walaupun, dunia terus maju dengan teknologi, kita akan terus kekal dengan akhlak dan jati diri insani. 

 

PERCUMA KARYA CERPEN, NOVEL, CERITA TERBARU DAN AKAN DATANG DARI PIHAK KAMI TERUS KE EMAIL ANDA. MASUKKAN EMAIL ANDA:-

 

email:

 

Isnin, Oktober 27, 2008
Novel : Prince Charming 2
Nama Pena : Ratu Bulan

2: INIKAH MALANGNYA?

"Kenapa kau memandai-mandai letak nama aku?" Nurul benar-benar naik angin dengan kenyataan Sofea tadi. "Kan aku dah kata, aku benci dengan bola sepak, bukan setakat bola sepak je tapi semua jenis bola aku benci," beg sekolahnya di campak di atas meja. Kiranya mengamuk la tu. Tapi ia sedikit pun tidak membuatkan Sofea takut. Perangai Nurul memang begitu. Nanti eloklah tu.

"Aku cuma nak tolong kau cari siapa yang selamatkan kau tu. Takkanlah kau tak teringin cari siapa yang selamatkan kau? Aku tahu kau tu ego dan keras kepala tapi hakikatnya salah seorang dari pasukan rasmi bola sepak dah selamatkan nyawa kau. Takkanlah kau nak lupakan macam tu saja?" Sofea membalas.

"Kau nak suruh aku buat apa kalau aku jumpa orang yang selamatkan aku? Kau nak aku bagi duit beribu-ribu kepadanya tanda terima kasih sebab selamatkan aku ataupun cium jari kaki dia untuk balas hati budi dia?" tanya Nurul dengan nada menyindir. Dia masih lagi tidak puas hati dengan tindakan Sofea yang seperti sengaja hendak cari gaduh dengannya.

"Tak delah sampai macam tu. Okeylah, nampaknya aku terlalu memaksa kau. Terpulanglah pada kau nak datang temu duga tu atau tak. Yang penting aku tak rugi," Sofea kembali ke tempatnya di belakang tempat duduk Nurul.

"Fine! Aku akan pergi tapi jangan haraplah aku nak buat betul-betul," akhirnya dia bersetuju. Jauh dari sudut hatinya dia menyokong kata-kata Sofea. Ada seseorang sudah menyelamatkannya. Kalau tak reti ucapkan terima kasih pun, sekurang-kurangnya kenalilah orang yang selamatkan nyawanya.

Dan orang tu pun satu! Dah selamatkan nyawa, tak reti-reti nak munculkan diri ke? Bukan ke lagi senang kalau datang berdiri depan aku dan cakap ‘Sayalah yang selamatkan awak dari kena langgar semalam.’ Finish! Habis cerita. Tak delah nak panjangkan cerita sampai 100 muka surat semata-mata nak cari Prince Charming!

Nurul tersentak. Dia mengedut dahi.

"Apa aku sebut tadi?" tanyanya pada diri sendiri. Dia berpaling ke belakang merenung Sofea yang menyusuh buku-bukunya di bawah meja. "Apa aku sebut tadi?" tanyanya kepada Sofea pula.

Sofea mengedut dahi. Entah apahal pula yang tak kena dengan kawannya ini. Tu mesti mengelamun lagi. Pelik betullah. Suka sangat mengelamun.

"Manalah aku tahu," balas Sofea malas hendak ambil pusing.

Nurul kembali memalingkan badannya ke hadapan. Suasana kelas yang bising macam pasar borong Selayang langsung tidak di endahkannya.

"Aku sebut Prince Charming ke?" dia menggaru kepalanya miskinpun dia memakai tudung. Nurul pasti, dia benar-benar sebut Prince Charming. Tiba-tiba memorinya mengimbas kembali kejadian petang semalam. Masa tu dia sudah terselamat dari di langgar kereta. Akibat berkejut teramat sangat, dia menjadi pitam dan sebelum pitam, dia ada menyebut sesuatu…

"Prince Charming…"

Nurul menutup mulutnya dengan kedua tangannya. Sah! Dia sebut Prince Charming! Dan sah juga, dia sudah terkena sumpahan Prince Charming tapi bukan dalam bentuk malang tapi dalam bentuk angau!

"Okey, nanti aku akan soal siasat siapa yang sihir aku jadi angau ni!"

*********

Muhammad Shah Rezza berjalan dengan pantas melangkah masuk ke dalam kelas. Tangan kanannya menggengam erat sehelai kertas yang di cabut dari papan kenyataan. Segera dia berlalu menghampiri seorang pelajar lelaki yang sibuk membaca komik yang selalu di seludup masuk ke sekolah. Dia sempat menjeling ke arah seorang pelajar lelaki yang sedang nyenyak tidur berbantalkan lengannya.

"Siapa yang buat notis ni?" sapa Rezza kepada pelajar lelaki yang terkenal dengan sikap pendiamnya.
Akmal Fikri atau lebih mesra di panggil Fiq mengambil notis yang dari tangan Rezza. Selepas membacanya, dia sendiri tersenyum kelucuan. Kemudian dia menggeleng dan memberi kepada Farizat yang baru sampai menghampiri mereka. Lelaki tinggi lampai yang terkenal dengan tektik pertahanan di padang turut ketawa kelucuan.

"Memang nak cari nahaslah siapa yang buat tu," ujar Rezza meletak beg galasnya di tempat duduknya di sebelah pelajar lelaki yang masih lagi nyenyak tidur.

"Kau agak siapa yang buat?" tanya Farizat yang masih lagi ketawa.

"Hai guys!" sapa Najmi datang terus menongkat sukunya di bahu Rezza. Seperti kebiasaan, kalau dia datang tanpa senyuman ceria memang tak sah. "Aik? Kenapa dengan korang semua ni? Apa yang lucu semacam?" pelik melihat mereka berdua cuba mengawal ketawa mereka.

Farizat menghulurkan notis kepada Najmi. Belum sempat Najmi membaca notis tersebut dia dapat rasakan udara di persekitarannya berbahang. Dengan perlahan dia menjeling Kapten Rezza di sebelahnya.

"Okey apa kalau ada pembantu perempuan," ujar Najmi. "Bukan ke ada satu pepatah kata… ‘Kejayaan seseorang lelaki ada seorang wanita di belakangnya’… err… lebih kurang macam tulah. So, apa kata kalau kita ambil seorang perempuan sebagai pengurus," tambahnya lagi cuba menyakinkan kawan-kawannya terutama sekali Rezza yang sejak dulu lagi tidak minat di kaitkan dengan mana-mana perempuan. Lebih kurang anti perempuan jugalah.

Rezza masih tenung Najmi di sebelahnya. Dia tahu sangat dengan perangai Najmi yang juga merupakan Romeo Kelas Satu di sekolah mereka. Cakap saja Najmi, semua orang kenal dengan perangainya yang suka berpoya-poya dengan ramai perempuan. Yang peliknya, pelajar perempuan yang dah tahu perangai Najmi masih tergila-gilakan lelaki yang tiga suku setengah ini.

Nak kata handsome, Pak Mail, tukang kebun sekolah lagi handsome, nak kata anak orang kaya tak juga. Ayah Najmi hanyalah pekerja kerajaan tapi entah kenapa ramai perempuan sangkut tapi mungkin Najmi seorang yang periang dan suka berlawak. Mungkin sebab itulah ramai yang sangkut.

"Terima kasih sebab datangkan bala yang tak di jemput. Petang ni lari 20 pusingan," ujar Rezza selamba.
"20 pusingan?!" Najmi hampir menjerit. Farizat sudah tidak dapat menahan ketawanya. Entah apa yang lucu dia pun tak tahu tapi dia benar-benar lucu melihat perangai Najmi yang secara spontan boleh membuat orang lain ketawa. Fiq di sebelahnya sudah terhenjut-henjut bahu.

Huh, ketawalah!

Rezza hanya sekadar menggeleng. Dia kemudiannya menjeling pandang Nazrul di sebelahnya yang masih lagi tidur dengan nyenyak.

"Ni lagi satu, kalau tak tengok dia tidur kat kelas sehari memang tak sah," keluhnya lemah. "Wei, bangunlah!" dia mengejutkan Nazrul, kawan karibnya itu. Selepas di panggil banyak kali barulah Nazrul bangun.

"Aaaaa…," Nazrul mengeliat malas sambil menguap malas sehinggakan satu kelas mendengar dia menguap tapi langsung tidak di endahkan oleh pelajar lain. Perkara tu memang dah biasa berlaku tiap-tiap pagi.

Mereka siap menggelarkan Nazrul – The Sleeping Handsome kerana Nazrul memang suka tidur tidak kira di mana jua. Dalam kelas, luar kelas, kantin, makmal, bengkel mahupun di tapak perhimpunan pun dia boleh tidur. Pendek kata hobi Nazrul adalah tidur.

"Rezza, aku mimpi tadi…," Nazrul bersuara dalam mamai.

"Kau mimpi jumpa Puteri Kayangan ke?"

"Tak," jawabnya pendek.

"Habis tu?"

Nazrul memandang Rezza dengan mata mengantuknya.

"Aku mimpi kau cium aku…," sekali kepalanya kena hantuk dengan meja tulisnya. Nazrul mengerang kesakitan sambil mengurut dahinya yang terhantuk. Nasib baiklah kepalanya jenis kepala batu. Tak delah sakit sangat tapi sakitlah juga. Serta merta matanya yang kuyu tadi, mulai segar.

"Okey, thanks sebab cium aku," dia kembali segar. Mereka berpandangan kemudian masing-masing ketawa kelucuan.

"Sakit tak?"

"Sakitlah mangkuk, bergegar otak aku kejap," Nazrul mengeliat membetulkan otot-ototnya yang rasanya turut terlena tadi.

"Haii.. kau macam nilah kena kejutkan kau, aku rasa kalau kau tak bangun jugak, aku bagi bom saja," Rezza sekadar menggeleng. Salah satu tugasnya setiap hari untuk bangunkan manusia seperti Nazrul dari tidur. Memang susah. Memang payah. Kalau tak di ketuk, ditumbuk ataupun di sepak, takkan bangun manusia aneh di sebelahnya itu.

"Kerja matematik dah buat ke belum?" tanya Rezza.

"Dah," jawabnya pendek.

"Aik? Ada peningkatan. Selalunya kau mana ingat nak buat kerja sekolah. Pelupa tahap gaban."

"Tu Cikgu Midah punya pasallah," jawabnya mengurut tengkuknya yang terasa lenguh lagi.

"Kenapa?"

"Yelah. Entah apa sihir dia bagi kat aku sampai aku sedap-sedap mimpi makan ayam golek dia boleh datang ganggu mimpi aku, suruh siapkan kerja rumahnya. Apa lagi, terus terjagalah aku. Terus aku buat kerja sekolah yang dia bagi," kedengaran keluhan lemah dari Nazrul. Rezza di sebelahnya sekadar dapat menahan ketawa.

Nazrul menjeling tajam. Hah, gelaklah!

"Tapi aku tak bawak buku matematik tu hari ni," jawab Nazrul selamba. Rezza di sebelahnya terus berhenti ketawa. "Lupa lagi," kali ini Nazrul pula ketawa.

Gila!


"Gila!" Farizat terduduk. Dia tidak tahu hendak memberi reaksi apa. Nak ketawa, kapten Rezza pula bermasam muka. Nak menangis, serba-salah juga.

"Biar betul," Zaki selaku Bendahari Kelab sekadar menggeleng tidak percaya.

"Siapa punya kerja ni?" Ehsan menggaru kepalanya. Masing-masing memandang Najmi yang tersenyum-senyum kambing mengintai sesuatu di luar. Semua dah boleh agak. Fiq kemudiannya melangkah masuk ke dalam dewan dengan tergesa-gesa.

"Ada upacara apa ni?" tanya Fiq kepada Rezza yang dari tadi duduk mendiamkan diri merenung kertas di hadapannya. Dia kemudiannya menghulur beberapa helai kertas kepada Fiq yang baru sampai itu.

Fiq melihat kertas tersebut dan di selak satu demi satu. Hampir sesak nafas dia apabila melihat angka terakhir pada helaian kertas tersebut. Beg galas yang di pegangnya terlepas dari tangannya.

"400 orang datang temu duga?!!" dia hampir menjerit. Semua tidak boleh berkata apa-apa lagi. "Najmi!" Najmi yang sedang usha awek-awek cantik yang beratur di luar sana tersentak tiba-tiba. ‘Alamak.’ "Aku tak kira, kau kena lari 400 pusingan hari ni juga!" ujar Fiq yang mula naik darah.

‘Mampus.’ Dia menggeleng.

"The Perfect Guy dah marah," Zaki sedaya upaya menahan gelaknya. Fiq memang terkenal dengan gelaran The Perfect Guy disebabkan Fiq memang nampak sempurna di mata semua orang termasuklah semua ahli-ahli Kelab Bola Sepak yang mengenalinya. Selain perangainya yang cool, dia juga satu-satunya lelaki yang bersopan santun apabila bercakap ataupun melakukan sesuatu kerja (tapi bukan nyah!).

Anak seorang ahli politik yang agak terkenal di dewan Parlimen tapi statusnya hanya di ketahui ahli-ahli rasmi sahaja. Seorang yang low- profile. Mudah didampingi tidak kira lelaki ataupun perempuan. Aktif dalam aktiviti sekolah terutama sekali Bola Sepak dan Kelab Muzik. Pendek kata, Fiq memang sempurna dari segala aspek kecuali CINTA. Itu memang GAGAL!

"So macam mana ni?" tanya Zaki kebuntuan. 400 orang bukannya sikit dan mungkin sampai pagi esok pun takkan habis mereka menemu bual seorang demi seorang. Hendak cari pengurus bukannya boleh pakai tunjuk saja apatah lagi pengurus kena handle bukan saja ahli rasmi tapi ahli biasa yang seramai 200 orang. Sudahlah yang datang temu duga semuanya perempuan. Dan kalau lelaki mereka ni terdiri daripada kumpulan nyah!

"Nak buat pilihan?" tanya Farizat. "Tapi tak boleh juga, kita tak tahu yang diorang ni datang memang nak join Kelab Bola Sepak ataupun nak menggatal," dia menarik nafas lemah. Mesti sakit kepala menemu duga pelajar-pelajar perempuan itu nanti.

Masing-masing memandang Rezza yang masih senyap berfikir. Hati dan perasaan mereka yang menunggu diluar sana perlu dijaga demi nama baik Kelab Bola Sepak. Dia tidak mahu nama baik Kelab tercalar sebab hal sebegini. Dia kemudiannya menjeling Nazrul yang sedap tidur di sebelahnya. Kemudian dia tersenyum.

"Kenapa?" Fiq hairan. Kemudian masing-masing menjeling Nazrul yang sedang tidur nyenyak di sebelah Rezza dan serentak dengan itu masing-masing tersenyum syaitan.


Mulut Nurul ternganga hampir dua minit apabila sampai saja ke dewan sukan, dia melihat sekumpulan pelajar perempuan dan sekumpulan lelaki nyah beratur panjang dari pintu masuk hinggalah ke kantin. Adalah lebih kurang satu kilometer kalau di ukur. Dan dia beratur di hujung sekali. Orang terakhir.

"Kalau aku tahu…," Nurul hanya sekadar menggeleng. Dia tidak sangka begitu ramai yang bercita-cita mahu jadi pengurus Kelab Bola Sepak untuk menggatal. Apatah lagi kebanyakkan yang datang temu duga spesies minah cinta. Kalau bukan minah cinta pun minah angau. Gedik. Siap bermekap lagi.

"Memang malang betul," Nurul sekali lagi mengeluh lemah.

Hampir dua jam berlalu temu duga berjalan dengan lancar. Malah lagi lancar. Baru beberapa minit seorang pelajar masuk untuk di temu duga tapi keluar tidak sampai 5 minit. Pendek kata mereka hanya memerlukan 5 minit ataupun kurang untuk menemu duga ke semua pelajar yang datang. Tapi yang peliknya, semua yang masuk dengan muka ceria tapi keluar dengan muka masam. Tidak puas hati.

Lama dia tunggu akhirnya sampai juga gilirannya. Apabila dia melangkah masuk, semua mata tertumpu ke arahnya dengan mata kuyu mereka. Nampak sangat mereka penat menemu duga hampir 400 orang.

Satu persatu wajah-wajah yang menyerikan Kelab Bola Sepak dipandangnya. Rezza, selaku kapten pasukan masih tetap maintain duduk tegak. Begitu juga dengan Fiq yang terkenal dengan sifat pendiamnya. Zaki dan Farizat sudah menguap beberapa kali. Hendak saja dia pelangkung budak dua ekor itu. Dan matanya tertumpu pada seorang pelajar lelaki yang sedang asyik tidur di sebelah Rezza.

‘Itu memang dah melampau! Aku penat-penat tunggu kat luar tu sampai sakit kaki berdiri, dia boleh tidur pula!’ darah Nurul mulai menyirap tapi sebaik sahaja dia memandang Fiq yang menghadiahkan senyuman manis, entah kenapa hatinya cair.

"Nurul Izzati," Rezza mula berbicara memandang gadis yang duduk di hadapannya itu. "Tak sangka, kita boleh berjumpa lagi," tambahnya. Dahi Nurul berkedut. Rezza bercakap sesuatu yang dia tidak faham maksudnya. ‘Berjumpa sekali lagi?’. Kepalanya ligat berfikir.

‘Takkan Rezza tu…’

"Kita pernah berjumpa ke?" tanya Nurul pula. Kalaulah Rezza yang selamatkannya… jadi, tak sia-sialah dia tunggu lama-lama. Selepas ni, kalau Rezza mengaku, dia akan mengucapkan terima kasih dan pergi meninggalkan dewan. Habis cerita!

"Oppss…, kalau nak tanya soal peribadi sila buat selepas waktu ini ye," Zaki bersuara. Serentak itu Nurul menjeling tajam. Kacau daun betul!

"Okey," Rezza menarik nafas lemah. Membetulkan kedudukannya. "Nurul Izzati…"

"Panggil Nurul saja," ujar Nurul.

Rezza mengangguk.

"Minta maaf sebab tunggu lama. Kami pun tak sangka ramai pula yang datang untuk temu duga," ujar Rezza dengan nada sopan. "Kami selaku AJK tertinggi Kelab Bola Sepak hendak mengucapkan selamat datang pada temu duga hari ni dan seperti mana yang Nurul tahu kami hendak mencari seseorang yang berkebolehan untuk mengurus Kelab Bola Sepak. Apa yang kami cari dari seorang pengurus adalah semangat yang kuat dan tegas sebab semua ahli-ahli kami ni banyak ragam dan tugas pengurus adalah memastikan segalanya teratur. Tak kira dari segi peralatan padang hinggalah ke kesihatan setiap ahli Kelab. Bunyi macam best tapi percayalah diorang ni memang memeningkan. Jadi, kami dah buat keputusan, sesiapa dapat lepasi ujian getir ni, kami akan melantiknya sebagai pengurus. Jadi, awak dah sedia?" tanya Rezza.

"Dah tapi sebelum tu, aku cuma nak kata aku tak minat dengan bola sepak," ujar Nurul selamba. Semua mata memandangnya.

"Kami tahu," Farizat mencelah. "Semua yang datang sini untuk temu duga bukannya minat dengan bola sepak."
Nurul menghela nafas. Nampaknya tanggapannya salah sama sekali tentang ahli Kelab Bola Sepak. Dia ingatkan mereka semua jenis yang suka berpoya-poya dengan peminat tapi dari cara mereka bercakap, nampak mereka semua matang dari usia mereka masing-masing.

"So, ujiannya?" Nurul bertanya.

Masing-masing tersenyum. Kemudian menjeling Nazrul yang sedap berdengkur lagi. "Senang saja, kejutkan putera katak ni bangun dulu," ujar Rezza tersengih.

"Hah?!" hampir tercabut anak tekak Nurul. "Apa sangkut paut kejutkan dia ni bangun dengan jadi pengurus Kelab?" tanya Nurul yang rasa perkara itu tidak logik akal.

"Saya percaya awak takkan faham," Fiq mula berbicara dengan nada mesra. Hampir cair hati Nurul apabila pertama kali mendengar suara Fiq. "… tapi saya percaya kalau awak terpilih jadi pengurus pasukan, awak akan faham kenapa," dia tersenyum. "Cubalah, nanti awak akan menemui jawapannya."

Nurul tidak tahu apa yang harus di buatnya. Kalau diikutkan hati, hendak saja dia mengangkat kaki keluar dari situ tapi senyuman Fiq membuatkan dia bagaikan hilang kawalan. Sedar sedar saja, dia sudah berada di hadapan Nazrul yang sedang tidur nyenyak itu.

"Err…," dia janggal apabila mendapati semua mata memandangnya. Entahlah. Sama ada dia dipermainkan ataupun ia sebahagian daripada ujian yang mereka katakan tadi, dia sendiri pun tidak pasti. Yang pastinya, dia sudah terperangkap dan mahu tak mahu, dia harus teruskan juga.

"Hey, bangunlah," di cuit sedikit bahu Nazrul. Langsung tiada reaksi. Nurul menggaru kepala apabila hampir banyak kali memanggil Nazrul bangun. Pelik. Tidur ke mati ni? Dia memandang mereka yang lain yang masih menunggu. "Hey, bangunlah!!" sakit tekaknya menjerit sambil menggoyang bahu Nazrul. Nasib baiklah Nazrul memakai sweater kalau tidak jangan haraplah dia hendak memegang bahu lelaki yang tidak di kenali.
Sebentar kemudian Nazrul mula menunjukkan dia sudah sedar. Kepalanya di angkat mamai. Matanya terbuka sedikit. Jelas sekali kemerahan mungkin kerana mengantuk. Nurul menarik nafas lega. Akhirnya bangun juga budak ni.

"Hai darling, cium sikit," ujar Nazrul yang masih mamai.

Dengar saja Nazrul cakap begitu, darahnya mula naik mendadak. Tangan kanannya di genggam kuat. "Tak guna!!" sepantas kilat dia menghayunkan penumbuk ke muka Nazrul sehingga Nazrul tersungkur ke lantai. Dadanya berombak. Geram. Panas. Marah. Rasa di perbodohkan. Semuanya ada.

Kemudian dia memandang Rezza dan yang lain. Mereka semua masih berlagak selamba. Seolah-olah tidak nampak yang dia sudah membelasah Nazrul sehingga tersungkur. Tiba-tiba saja dia diselubungi perasaan pelik.
"Aaaa…," Nazrul yang tersungkur ke lantai bangun sambil mengeliat membetulkan otot-ototnya. Pipinya kena tumbuk tadi di gosok-gosok sedikit sebelum duduk di tempatnya semula. Dia tersengih-sengih. "Okey, jom mula temu duga," ujarnya selamba.

Nurul mengedut dahi. Spesies apa budak ni? Takkan dia tak tahu yang dia baru saja kena tumbuk? Lepas tu boleh kata nak mulakan temu duga? Dia tak tahu ke aku ni orang terakhir yang ditemu duga? Nurul menggaru tengkuknya. Pelik.

"Err… kenapa?" tanya Nazrul pelik apabila semua kawan-kawannya mendiamkan diri. Dia tertinggal keretapi lagikah?

"Welcome to Football Club, Nurul Izzati," ucap Rezza mengukirkan senyuman lega. Akhirnya dia jumpa juga orangnya…

Nurul pula, tidak tahu bagaimana hendak kata apa. Benarkah apa yang Rezza cakap tadi? Welcome to Football Club? Adakah itu maknanya dia sekarang di lantik sebagai Pengurus Kelab Bola Sepak yang baru? Tapi kenapa?

'Inikah malangnya?' detisnya lemah.
posted by Penulisan2u @ 9:58 PTG  

Kongsi Karya Ini Di Dinding Facebook Anda
13 Comments:
  • At 28/10/08 2:53 PTG, Anonymous Tanpa Nama said…

    yAy!RatU bULaN'S kArYa!!!cOnTiNuE N8x ChApTeR ek..Hwaiting!!!~Hopefully...novel yang nie is the another best novel from u!!Rindu pulak kat Roswell...Heeehee!!~
    ~my fs.,,mark_comey93@yahoo.com~add me k kalo ade!

     

  • At 28/10/08 9:33 PTG, Blogger Unknown writer said…

    Best.. Sambung r.. cepat

     

  • At 30/10/08 8:35 PG, Anonymous Tanpa Nama said…

    bestnyer.........cepatla sambung... ratu bulan klu ada e-mel bagi la...bestla cerpen awak buat...cepat..cepat...cepat...sambung.......

     

  • At 31/10/08 11:11 PG, Anonymous Tanpa Nama said…

    hei!suke sgt cter nie..idea awak sumenye best!tp cpat cktla ye..pape pown suke sgt cter cinta99hari..n dis story...best of luck!

     

  • At 31/10/08 6:11 PTG, Anonymous Tanpa Nama said…

    best ar cite nih..
    sambung la cpt2..

     

  • At 31/10/08 7:33 PTG, Anonymous Tanpa Nama said…

    dah agak dah dia akan jadi pengurus...
    tapi..yang peliknya kenapa kena kejutkan si nazrul tu???
    pelik..pelik
    okey,,cepatlah sambung tak sabar nak baca sambungan dia

     

  • At 2/11/08 9:41 PTG, Anonymous Tanpa Nama said…

    hehehhe....
    bez lor cite nie...
    cepat2 lor sambung yer x sabo nak bace ending dier...

     

  • At 7/11/08 11:06 PTG, Anonymous Tanpa Nama said…

    best!



    smbg cpat2 erk!

     

  • At 8/2/09 6:31 PTG, Anonymous Tanpa Nama said…

    haha..kelakar..

     

  • At 15/3/09 9:58 PG, Blogger __yoy0__ said…

    sweet jer

     

  • At 6/5/09 10:02 PTG, Blogger nornaimah said…

    haha.. kelakar.. cam dah agak.. but da way dia jadik tuh.. kelakar..

     

  • At 25/8/09 11:24 PG, Anonymous Tanpa Nama said…

    best tapi seingat saya x pernah ada manusia seperti nazrul dlm dunia kecualilah dia kena sampouk hantu..tapi best la gak

     

  • At 13/3/10 3:40 PTG, Anonymous Tanpa Nama said…

    klakar.. than gelak je, kng xpsal2 org ckp 3 suku..
    ngeee~

     

Catat Ulasan

TINGGALKAN ULASAN DAN KOMEN, PADA SETIAP KARYA YANG ANDA BACA Penulis memerlukan ulasan dan komen, bagi memperbaiki penulisan dan memperbetulkan kesilapan. Komen dan ulasan anda akan memberi satu semangat kepada penulis, untuk terus menulis karya dan seterusnya menghasilkan karya yang menarik. Kerjasama & sokongan daripada pembaca amat kami hargai. Sebab itulah kami menyediakan HADIAH, sebagai penghargaan kepada penulis dan juga kepada pembaca yang aktif memberi komen & ulasan

<< Home

 

 

 NOVEL TERBARU DI PASARAN

 

 

"Dia hidup bukan kerana cinta. Dia hidup kerana kehadiran Prince Charming yang menyelamatkannya. Semuanya gara-gara dia mengoyak Carta Prince Charming—carta misteri yang tiada sesiapa tahu dari mana datangnya. Yang pasti, memang dia langsung tidak percaya dengan sumpahan yang dikatakan berkaitan dengan Carta Prince Charming.

"Sumpahan puteri? Kau ingat ini cerita dongeng ke? Puteri apa yang nak sumpah aku ni? Puteri bunian? Puteri lindungan bulan?”

Desakan daripada Sofea membawanya ke Kelab Bola Sepak. Di situlah Prince Charming berkumpul. Tetapi hanya seorang sahaja Prince Charming yang dicari-carinya. Namun, untuk mencari Prince Charming bukanlah mudah, namun dia yakin, antara mereka, pasti salah seorang adalah penyelamatnya.

Orang tu pun satu! Dah selamatkan nyawa orang, tak reti-reti ke nak munculkan diri? Bukan ke lagi senang kalau datang berdiri depan aku dan cakap, Sayalah yang selamatkan awak daripada kena langgar semalam. Finish! Tak adalah nak panjangkan cerita sampai beratus muka surat semata-mata nak cari Prince Charming!

Tajuk: Prince Charming
Penulis: Ratu Bulan
Terbitan: Fajar Pakeer

Harga: RM19.90
Ulasan:

 


 

NOVEL HANGAT DIPASARAN

 

 

Pertemuan pertama memberi impak yang berbeza kepada dua insan. Maria malu mengenang, sedang Hisyam mahu mendekat. Maria semakin resah apabila Hisyam terus-terusan mendesak. Dalam benci ada rindu. Bijak Hisyam memujuk, mereka akhirnya disatukan.

Salina hadir menjadi duri dalam daging. Bagi Hisyam, gadis itu ialah sahabatnya yang terbaik. Insan paling dipercayai. Namun, dalam diam, Salina meracuni hubungan mereka. Salina ada agenda yang tersendiri.

Semakin hari, semakin nipis rasa percaya Maria terhadap Hisyam. Namun, dia tidak mungkin menghindar rasa kasih yang sudah menebal. Demi menunaikan permintaan Maria, Hisyam tega melamar Salina walau ada luka di hati.

Sanggupkah Hisyam menduakan Maria yang pernah dicintai sepenuh hati? Dan, Maria, mampukah membiarkan suami tersayang jatuh ke tangan Salina? Atau, Mariakah orang ketiga yang tidak lagi diperlukan kehadirannya oleh Hisyam?

 

Baca bab awal dari bab 1-15 di www.takmungkinkuhindar.blogspot.com
 

Tajuk: Tak Mungkin Kuhindar
Penulis: Ana Sofiya
Terbitan: Fajar Pakeer

Harga: RM22.90
Ulasan:

 


       Karyaseni

www.karyaseni.my
www.karyaseni.com.my
       Menarik Klik Dibawah
    50 Karya Terbaru

  Info Karya Terkini

      Baca Karya Pilihan

  Pelukan Cinta - Novel cinta yang 90% adalah kisah benar, wujud lagikah manusia sebegini?

 

  Suami Aku Ustaz - Bila Suami Yang Merupakan ustaz kini menjadi suamiku, Sebuah novel yang banyak menekan nilai-nilai islamik

 

  Terlerai Kasih Sebuah novel yang heroinnya bertudung, novel yang begitu menarik. selamat membaca

 

  Kahwin Ganti - Novel yang pasti dapat memikat hati pembaca. bagaimana seorang yang sakit menjadi suamiku

 

  Kemilau Karya Kasih - Kisah  anti novel melayu, yang memandang jijik dan hina novel melayu. ikuti kisah menarik ini.

 

  Opps pintu hatiku - Kisah yang menarik pilihan yang mampu memberi keseronokan membaca

 

  Pilihan Mama - perlukah ikut pilihan mama, sedangkan pilihan mama umpama manusia yang tidak berperikemanusian

 

  Tak Mungkin Kuhindar - Novel yang mendapat sambutan dan popular di penulisan2u

 

  Dibius Cinta - Cucukan jarum cinta manakah yang mampu membius hatiku. Kalau sudah membaca novel ini kali pertama, pasti tidak akan berhenti.

 

 

klik pada tajuk untuk membaca karya pilihan di atas

 

      Iklaneka

 

125 

 

 

 

 

 

Berminat iklan di blog penulisan2u? hubungi kami di email : Bantuan@penulisan2u.net

      Tarikh Karya

 

Ikuti blog ini | Follow this blog

      Berita Hangat

Penulisan2u sedang berkerjasama dengan Penerbit Novel bagi memberi peluang kepada penulis-penulis berbakat dan karya yang menarik. Antara novel yang sudah di terbitkan

 

  Biarlah YM Berbicara

  Baju Pengantin Mak Andam

  Siapakah Di hatiku

  Hot Gimmick

  Pergilah Air Mata

  Sepupuku Suamiku

  Hadirmu Takdirku

  Cermin

  Tak Mungkin Kuhindar

  Bini Aku Tomboy Ke?

  Jodoh Atau Cinta

  Prince Charming

  AD + IZ 

 

Tunggu kemunculan novel-novel terbaru dari penulis penulisan2u setiap bulan di pasaran.

      Ingin Hadiah?

PERADUAN KUIZ . Tahniah kepada 10 Pemenang Kuiz, Hadiah ditaja oleh Syarikat Penerbitan Kaki novel Enterprise. Klik Disini untuk melihat Senarai pemenang.

 

UNTUK PENULIS. 5 Penulis terbaik pilihan pembaca setiap bulan. akan menerima hadiah sebuah novel. Blog pertama dan satunya2 blog yang memberi hadiah kepada penulis. Klik Disini untuk melihat senarai Penulis terbaik pilihan pembaca setiap bulan

 

UNTUK PENGULAS & PEMBACA?

2 Pengulas paling AKTIF dengan memberi komen yang ikhlas dan membina, pada setiap karya cerpen / novel  di penulisan2u akan menerima hadiah sebuah NOVEL.

 

      Bilik Sembang

Info
TAG

koleksi novel, koleksi novel cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik, novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru, teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram, cerita, cerita cinta, cerita melayu

UCAPAN

1/1/2009:
Tahun baru misi baru, cerpen dan novel pun baru. semoga terhibur bersama blog kami

KATA HIKMAH

1) Cara yang pasti untuk terlepas dari berjaya ialah terlepas peluang

2)"Jika saya ingin memulakan kembali perniagaan saya, maka saya akan memilih perniagaan network (MLM)"DONALD TRUMPH

3) "ada menyebut, 9/10 daripada rezeki berpunca daripada perniagaan" HADIS

4)Dalam tempoh lima tahun akan datang hanya wujud 2 jenis perniagaan iaitu perniagaan yang menggunakan INTERNET sebagai platform ATAU perniagaan tanpa internet yang akan terkeluar dari persaingan dunia perniagaan.” Apabila ditanya kepada beliau, bagaimana awak boleh jadi di antara orang yang terkaya di dunia? Jawab beliau,“Saya berada ditempat yang betul tepat pada masanya, saya melihat VISI dan yang sangat penting. Saya melakukan TINDAKAN!!”. BILL GATES

5) "Daripada 40 orang terkaya yang berumur di bawah 40 tahun, separuh daripada mereka berjaya melalui INTERNET."  -MAJALAH FORTUNE-

6) Jika anda mahu melakukan sesuatu anda akan mencari jalan dan jika anda tidak mahu melakukan sesuatu anda akan mencari alasan

7) Siapa yang tidak pernah gagal, dia tidak akan menjadi kaya -charles h.spungeon-

8) Ingatlah Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum melainkan kaum itu sendiri berusaha mengubahnya - al-Radu [13]: 11-

9) 99% kejayaan dibina dari kegagalan yang lalu, siapa yang mahu dan tidak bertindak, dia adalah haiwan perosak -willim blake-

9) Banyak hal yang kita sebut sebagai was-was untuk bertindak seringkali dapat diubah menjadi kejayaan dan keuntungan, hanya dengan mengubah sedikit sahaja sikap dalam diri seseorang daripada rasa takut bertukar untuk berjuang

10) semasa kita berhenti dari berfikir, kita biasanya terlepas satu peluang

11) Ilmu melalui bukunya, kemahiran melalui pengalamanya, kejayaan melalui usahanya


TAG

koleksi novel, koleksi novel cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik, novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru, teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram, cerita, cerita cinta, cerita melayu

Inspirasi kejayaan yang cemerlang di
www.kerjaya.net
      Chit-Chat Corner

online
     Rakan Niaga

Rahsia dari 8 Jutawan Malaysia

Rahsia penjimatan elektrik

117 Idea Bisnes Luar Biasa

Webhosting Terbaik Malaysia

Video Tutorial Bisnes Internet

Peluang Bisnes SMS

Google Adsense jana Duit

Rahsia perniagaan digital

Business Internet

Cara Format PC

Perkakasan membina website

Cara membina Blog wordpress

Buat Duit dengan Ebook

Rahsia sistem merekrut MLM

Menjana pendapatan di EBAY

Tingkatkan Traffik ke website

Tiada duit untuk kahwin?

Rahsia Bisnes di Internet

Panduan asas membina blog

Jana wang dgn unit trust

Belajar design grafik

Bengkel website

10 Model Bisnes internet

Pakej bisnes internet

Belajar HTML website

Rahsia teknik bisnes di EBAY

      Novel pilihan

sinopsis klik pada gambar

   Diari Penulis

    • Aisya Sofea

    • Anis Ayuni

    • Bikash Nur Idris

    • Damya Hanna

    • Dhiya Zafira

    • Eny Ryhanna

    • Salina ibrahim

    Dina Najat

    • Ahadiat Akashah

    • Norhayati Berahim

    • Aina Emir

    • Hafirda Afiela

    • Hani Fazuha

    • Dewi Sukma

    • Sri Diah

    • Zn Isa

    • Lily Suraini

    • Lily Haslina

    • Nia Azalea

    • Rose Harissa

    • Norzailina Nordin

    • Aleya Aneesa

    • Liza Zahira

    • Ida Nardiel

    • Eka fahara

    Syima Syawal

    • Meen Zulaikha

    • Rose harissa

    • Aleya Aneesa

    • Lynn Dayana

    • Mersik Romoyu

         Ingin Menjadi Penulis?

Creative Enterprise Sdn. Bhd., sedang mencari manuskrip kanak-kanak atau remaja. Ini kerana pihak kami ingin memperluaskan dan memperbanyakkan bahan bacaan untuk kanak-kanak dan remaja. Di samping itu kami juga ingin memupuk minat membaca dalam kalangan kanak-kanak dan remaja. ( klik disini )

Karyaseni Enterprise ingin memaklumankan kepada anda yang berminat untuk menghantar manuskrip anda kepada KS untuk penilaian, sila email kan sinopsis dan tiga bab awal ke alamat email berikut: Manuskrip@karyaseni.my

KarnaDya Solutions Sdn Bhd. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan? hantarkan karya anda. Sebelum anda menghantarkan manuskrip anda, sila hantarkan butiran berikut terlebih dahulu melalui emel/pos. untuk maklumat lanjut ( klik disini )

NB Kara Sdn Bhd dengan berbesar hati menjemput mana-mana penulis yang merasakan diri mereka layak menjadi penulis yang versatil, menghantar manuskrip mereka kepada NB Kara Sdn Bhd. Tulisan anda terlebih dahulu akan dinilai oleh penulis prolifik Norhayati Berahim dan juga beberapa panel editor sebelum diluluskan untuk terbitan.
 ( klik disini )

Jemari Seni Publishing. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan? Untuk tujuan pengiriman manuskrip, JEMARI SENI telah menggariskan panduan kepada penulis-penulisnya. untuk maklumat lanjut ( klik disini )

 

Alaf 21 Sdn Bhd. Tahun 2008 bakal menjanjikan sinar kecemerlangan seandainya karya anda terpilih untuk diterbitkan oleh Alaf 21, penerbit novel tersohor di Malaysia. Jika anda mempunyai salah satu manuskrip tersebut, kami ingin menatap dan menilainya. Sekiranya sesuai, pihak kami ingin menerbitkannya di bawah jenama ALAF21. ( klik disini)

   Ahli Pelawat
      Novel Di Pasaran

Kenangan Terindah - Hezzy Azra

Serasi di hati - Nora Ismail

Nama aku N - Aina Emir

Bunga Syurga - Anita Aruszi

Episod cinta luka - Fateen Najwa

Sandaran kasih - Aini Marisha

Fitrah kasih - Ilani Mysara

Bukan yg pertama - Salina Ibrahim

Ternyata cinta - Damya Hanna

Selagi ada dia - Aisya Sofea

Kembalikan cintaku - Norhayati NB

Warna hati - Meen Zulaikha

Seribu kali sayang - Anis Ayuni

Menanti kasih - Norzailina nordin

Cahaya - Nura zulaikha

Dakapan cinta - Eny Ryhanna

Hanya kita berdua - Aina emir

Ku Utus Rindu - Intan Arnida

Usikan rindu - Qaira Qasidah

Segalanya untukmu - A.Anessa

 

Dapatkan dikedai berhampiran anda

      Bantuan Carian

Dua cara asas untuk memudahkan anda melayari laman blog penulisan2u pada masa akan datang. pastikan anda set laman penulisan2u sebagai  "homepage utama" atau dengan "add to favorite" di pelayar komputer anda. caranya dgn klik dibawah:-

 

      Web & Blog Terbaik

Koleksi cerpen & novel online terbaik dari Malaysia, Indonesia, SIngapore & Brunei. Layari di http://penulisan2u.net

Koleksi artikel isu semasa, artikel yang menarik dan hangat http://semasa2u.blogspot.com

tip kehidupan, zodiak, horoskop, petua, tip, puisi, pantun, sajak, dan pelbagai artikel menarik layari di http://istimewa2u.blogspot.com

Blog Berkaitan agama, topik-topik tazkirah, audio, video ceramah, mendengar 114 surah Al-quran secara online, radio-radio dakwah, layari di http://dakwah2u.blogspot.com

Blog Media, Tv streaming online, radio streaming online, surat khabar, rakaman drama, radio era, hot.fm, tv1, tv2,tv3 dan lain-lain. layari di http://mymedia2u.blogspot.com

Blog Koleksi cerita lawak, lucu, kelakar dan video lawak, lucu dan kelakar. layari di laman http://kelakar2u.blogspot.com

Laman web penerbit novel KarnaDya Penerbitan Karyaseni Syarikat penerbitan yang dimiliki oleh Penulisan2u. Novel-novel dari laman penulisan2u akan diterbitkan oleh Karyaseni http://www.karyaseni.my

Laman web syarikat penerbit novel Creative Enterprise Sdn Bhd (CESB). Untuk melihat novel-novel terbaru yang berada di pasaran, layari di http://www.cesb.net.my

Laman web syarikat penerbit Kaki Novel Enterprise. Untuk melihat novel-novel terbaru yang berada di pasaran, layari di http://www.kakinovel.com

Laman web syarikat penerbit NB kara Sdn Bhd. Dimiliki oleh penulis terkenal Norhayati Berahim, Untuk melihat novel-novel terbaru yang berada di pasaran, layari di http://www.nbkara.com.my

Laman web syarikat penerbit Buku Prima Sdn Bhd. Untuk melihat novel-novel terbaru yang berada di pasaran, layari di http://www.bukuprima.com.my

Laman web syarikat penerbit novel jemari Seni Publishing (JS Publishing). Untuk melihat novel-novel terbaru yang berada di pasaran, layari di http://www.jemariseni.com

Laman web syarikat penerbit novel Alaf21 Sdn Bhd (alaf21). Untuk melihat novel-novel terbaru dari Alaf21 layari di http://www.alaf21.com.my

Laman web syarikat penerbit novel Fajar Pakeer Sdn Bhd). Untuk melihat novel-novel terbaru  layari di laman http://www.fajarnovels.com.my

      Kata Kunci

koleksi novel, koleksi novel cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik, novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru, teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram, cerita, cerita cinta, cerita pendek, cerita melayu, cerita online

      Malaysia Group