Kehidupan
adalah anugerah utama Illahi. Anugerah kehidupan memberi gambaran
kebesaranNya buat kita manusia, yang wajib kita syukuri dan hargai.
Internet adalah kemudahan buat umat manusia. Justeru itu,
manafaatkan ia untuk kesejahteraan diri kita dan umat sejagat.
Sentiasalah kita beringat, apa yang kita lakukan, akan dipertanggung
jawabkan pada kemudian hari.
Gunakan sebaik-baiknya kurnia Allah swt kepada kita. Halalkan
kegunaan akal, hati dan lidah pada perkara yang bakal membawa
kecemerlangan diri kita dunia dan akhirat. Kita hidup hanya sekali.
Sekali 'pergi' tak kan kembali. Buat baik berpada-pada, dan buat
jahat JANGAN sekali-kali. Kewujudan website penulisan2u dengan blog
sebagai wadah untuk meningkatkan nilai diri. Bermatlamatkan
penyatuan ummah dengan ciri-ciri kemurnian budi dan budaya. Walaupun,
dunia terus maju dengan teknologi, kita akan terus kekal dengan
akhlak dan jati diri insani.
Satu persatu pintu bilik wad ku lewati. Sejambak bunga di tangan ku genggam kemas. Di sisi ku, Iqbal berjalan terkedek-kedek sambil dipimpin oleh aku. Tiba di penghujung koridor, tombol pintu wad A5 ku pulas perlahan. Daun pintu dikuak dan aku melangkah masuk. Mata ini melilau mencari kelibat tubuh seseorang. Pencarianku berhasil apabila terlihat sebatang tubuh wanita yang sedang terbaring di satu sudut wad yang mempunyai kira-kira empat buah katil dan ditemani oleh seorang wanita yang memakai kot putih yang juga kelihatan seperti seorang doktor sedang berbual-bual dengannya. "Baguslah Wani, kau semakin sembuh. Ha, itu suami kau dah datang!" Senyuman dilemparkan kepada ku. Aku membalas senyumannya. Di dalam ruang fikiranku terfokus senyuman yang seperti pernah dilihat oleh aku sebelum ini. "Eh bukanlah Hani, aku solo lagi la. Itu lelaki yang langgar aku sampai jadi macam ni. Tapi kalau tidak, entah bila baru dapat jumpa kau. Wah, sekarang doktor!" "Kalau kau nak tahu, Saiful pun doktor juga. Di hospital ni. Nanti aku beritahu pada dia." "Ermm, aku pun da lama tak jumpa dia sejak habis sekolah menengah." "Rindu ke?" Ketawa kedengaran antara mereka. "Maaflah Wani, aku ada kerja lagi ni. Apa-apa hal kau panggil je jururawat. Aku pergi dulu." Hani beredar, dan sekali lagi melemparkan senyuman ketika melepasi ku. Aku mengikut batang tubuh Hani hingga hilang dari pandangan. "Dah terpikat ke?" Tegur Wani melihatkan reaksi ku dari tadi. Aku tersenyum. "Hi, awak macam mana? Sihat?" Jambangan bunga ku hulurkan dan disambut Wani. "Terima kasih. Bertambah baik. Saya memang suka bunga." Jambangan bunga didekatkan di muka. Haruman bunga dihidu penuh nikmat sambil mata terpejam. "Saya nak minta maaf sebab menyebabkan awak jadi macam ni." Kerusi yang berhampiran ku capai. Punggung dilabuhkan dan Iqbal didudukkan di atas pehaku. "Tak mengapa. Saya terima apa yang terjadi ni sebagai satu ujian. Nama encik? Anak?" Soal Wani sambil tangannya menuding ke arah Iqbal. "Panggil saja Ikhwan. Anak saya, Iqbal namanya. Nama awak?" Soalku pula. "Hazwaani. Tapi orang selalu panggil Wani saja. Comel anak awak, tapi tak ada rupa awak la." Wani merenung wajah Iqbal yang bermata biru, berkulit cerah dan berambut perang itu. "Owh! Dia ikut muka ibunya." Jawabku ringkas sambil memandang tepat ke wajah Iqbal yang terkebil-kebil tidak mengerti. "Kalau awak tak datang melawat saya mesti saya rasa bosan dan sunyi kat hospital ni." "Kenapa awak cakap begitu?" "Saya anak yatim piatu. Saudara mara pun jauh." Nada Wani kedengaran sedikit sayu. "Macam tu bolehlah kita tubuhkan persatuan anak yatim piatu. Awak jadi presidennya." Wani ketawa mendengar jenaka ku. Sedikit air mata bergenang dikelopak matanya. Cepat-cepat dia menyapunya, mungkin enggan dilihat oleh ku. "Lama dah tinggal di sini?" Soal Wani menukar topik perbualan. "Baru tiga hari saya sampai di Malaysia. Dulu saya tinggal di luar negara. Kalau boleh saya nak cari rumah untuk dibeli atau disewa dengan segera. Tapi susah la sebab saya pun masih baru disini." Cerita ku seringkas mungkin. "Kalau macam tu, saya boleh tolong awak. Tapi lepas keluar dari hospital la." Senyuman Wani ku balas seikhlasnya. "Awak kenal doktor tadi tu ke? Senyumannya macam pernah saya lihat sebelum ni, tapi saya tak pasti." "Hani ke yang awak maksudkan? Saya berkawan dengan dia sejak sekolah rendah lagi hingga sekolah menengah. Tapi selepas tu kami terputus hubungan setelah dia melanjutkan pelajaran di Rusia. Dan takdir menemukan kami semula di sini. Ikhwan pernah belajar di sini?" "Saya bersekolah di sini sampai tingkatan tiga. Selepas tu saya berpindah ke luar negara, tinggal dengan pakcik di sana." Perbualan panjang kami terhenti apabila Iqbal tiba-tiba menangis. Mungkin kelaparan. Aku beredar dan berjanji untuk menghubungi Wani semula. Sepanjang perjalanan pulang, fikiranku berputar-putar cuba memikirkan senyuman milik Hani. Adakah aku pernah bertemu dengannya sebelum ini? Puasku ingat-ingatkan semula tapi masih belum dapat jawapannya. Tetapi aku begitu pasti yang senyuman itu pernah aku lihat sebelum ini. Senyuman yang tidak pernah aku lupakan. "Terima kasih Wani sebab rumah yang awak tolong carikan tu memang sesuai. Lagi pula strategik lokasinya. Macam mana ya saya nak balas budi awak ni? Sudah la saya yang menyebabkan awak terlantar di hospital seminggu." "Belanja makan sudah la." Wani kelihatan lebih ceria dari hari yang sebelumnya. "Ok set! Awak sebut je kat mana. Saya belanja." Aku membelek-belek beberapa kuntum bunga yang berdekatan. Wani kelihatan menulis sesuatu di atas sehelai kertas. Kemudian di selitkan kertas tadi ke dalam sebuah buku berkulit jalur-jalur warna-warni. "Lama dah awak buka kedai ni?" Tanya ku memecahkan kesunyian. "Owh, dah lima tahun. Perniagaan bunga ni kadangkala ada surutnya. Tapi setakat ni alhamdulillah. Dapat la saya menampung hidup yang sebatang kara ni." Tangannya masih lagi menyelak-nyelak buku berkulit jalur-jalur warna-warni itu. Mungkin masih mencari-cari nama pelanggan yang menempah jambangan bunga. "Awak sibuk ke? Kalau saya mengganggu, lain kali saya datang lagi." Wani terhenti dari pekerjaannya lalu memandangku. "La...takkan merajuk kot? Tunggu jap eh, dah nak siap ni." Cepat-cepat Wani mencatatkan sesuatu ada helaian tersebut dan menutup kulit buku pantas. Tas tangan dicapai dan berjalan mendahului ku. "Jom! Awak belanja saya makan." Kata-kata Wani membuatkan aku tersenyum walaupun tidak kelihatan olehnya yang sudah tiga langkah mendahului aku. Aku menunggu di dalam kereta sementara Wani menutup kedai bunganya. Sejurus Wani memasuki kereta, pedal minyak ku tekan dan kereta yang ku pandu memecut laju. Wani hanya menggeleng-gelengkan kepala. "Tak bawa Iqbal hari ni?" Pertanyaan Wani memecahkan kesunyian antara kami. "Saya hantar ke nursery. Terpaksalah ambil dia lewat sikit malam ni." "Kesian Iqbal." "Itulah, terpaksa saya merayu mereka menjaga Iqbal lebih masa. Nasib baiklah mereka boleh terima." "Kan senang kalau awak tak hidup membujang macam ni. Iqbal pun gembira ada ibu yang menjaga dia." "Itulah sebabnya saya dalam usaha memikat ramai perempuan untuk dibariskan sebagai calon." Terhambur ketawa selepas aku menyudahkan ayatku. "Playboy gak awak ni." "Just joking. Kita nak makan kat mana ni?" "Saya ada tempat best, tapi apa kata sebelum tu kita pergi ambil Iqbal." "Tapi kena pusing balik ni. Awak tak kisah?" "Ok." Perjalanan diteruskan untuk menjemput Iqbal dari pusat penjagaan kanak-kanak. Sesekali aku menoleh memandang Wani yang tidak lepas dengan senyuman dibibirnya. Walaupun baru saja dua minggu kami mengenali dan bersahabat namun perhubungan kami semakin akrab. Mungkin sebagai anak yatim piatu yang berjuang untuk hidup di kota besar ini membuatkan kami mudah akrab. Sikap Wani yang peramah dan mudah mesra menjadikan aku lebih selesa ketika bersamanya. Iqbal juga kelihatan senang keluar bersama dengan kehadiran Wani. Iqbal sendiri akan merengek untuk didokong oleh Wani. Mungkin dia melihat Wani sebagai pengganti Joanna. Namun jiwa ku belum terisi perasaan cinta untuk Wani. Masih terlalu awal fikirku.
"Awak berkahwin di Amerika?" Soal Wani kepada ku hari itu. "Kami tak berkahwin." Jawapan ringkas dariku membuatkan Wani terdiam seketika dan wajahnya sedikit berubah. "Kesilapan saya dahulu. Tapi sekarang saya dah sedar. Selepas Joanna pergi, saya berjanji akan menjaga Iqbal sebaik mungkin. Saya tak mahu mengabaikannya seperti saya mengabaikan Joanna." Ujarku lagi memecah kesunyian antara kami. "Jadi Joanna meninggalkan awak kerana diabaikan?" "Mungkin untuk kali pertama. Tapi kali kedua dia meninggalkan saya setelah menyerahkan Iqbal kerana dia disahkan mengidap HIV." "Saya tak pernah menyalahkan Joanna kerana meninggalkan kami. Cuma kecewa dan kesal tak dapat bersamanya hingga saat yang terakhir." Ujarku lagi. Pandangan ku alihkan kepada Iqbal yang lena tidur dalam pangkuan Wani.
TINGGALKAN ULASAN DAN KOMEN, PADA SETIAP KARYA YANG ANDA BACA Penulis memerlukan ulasan dan komen, bagi memperbaiki penulisan dan memperbetulkan kesilapan. Komen dan ulasan anda akan memberi satu semangat kepada penulis, untuk terus menulis karya dan seterusnya menghasilkan karya yang menarik. Kerjasama & sokongan daripada pembaca amat kami hargai. Sebab itulah kami menyediakan HADIAH, sebagai penghargaan kepada penulis dan juga kepada pembaca yang aktif memberi komen & ulasan
"Dia
hidup bukan kerana cinta. Dia hidup kerana
kehadiran Prince Charming yang menyelamatkannya.
Semuanya gara-gara dia mengoyak Carta Prince
Charming—carta misteri yang tiada sesiapa tahu
dari mana datangnya. Yang pasti, memang dia
langsung tidak percaya dengan sumpahan yang
dikatakan berkaitan dengan Carta Prince
Charming.
"Sumpahan puteri? Kau ingat ini cerita dongeng
ke? Puteri apa yang nak sumpah aku ni? Puteri
bunian? Puteri lindungan bulan?”
Desakan daripada Sofea membawanya ke Kelab Bola
Sepak. Di situlah Prince Charming berkumpul.
Tetapi hanya seorang sahaja Prince Charming yang
dicari-carinya. Namun, untuk mencari Prince
Charming bukanlah mudah, namun dia yakin, antara
mereka, pasti salah seorang adalah penyelamatnya.
Orang tu pun satu! Dah selamatkan nyawa orang,
tak reti-reti ke nak munculkan diri? Bukan ke
lagi senang kalau datang berdiri depan aku dan
cakap, Sayalah yang selamatkan awak daripada
kena langgar semalam. Finish! Tak adalah nak
panjangkan cerita sampai beratus muka surat
semata-mata nak cari Prince Charming!
Tajuk:
Prince Charming
Penulis: Ratu Bulan
Terbitan: Fajar Pakeer
Harga:
RM19.90
Ulasan:
NOVEL
HANGAT DIPASARAN
Pertemuan
pertama memberi impak yang berbeza kepada dua insan. Maria
malu mengenang, sedang Hisyam mahu mendekat. Maria semakin
resah apabila Hisyam terus-terusan mendesak. Dalam benci
ada rindu. Bijak Hisyam memujuk, mereka akhirnya disatukan.
Salina hadir menjadi duri dalam daging. Bagi Hisyam, gadis
itu ialah sahabatnya yang terbaik. Insan paling dipercayai.
Namun, dalam diam, Salina meracuni hubungan mereka. Salina
ada agenda yang tersendiri.
Semakin hari, semakin nipis rasa percaya Maria terhadap
Hisyam. Namun, dia tidak mungkin menghindar rasa kasih
yang sudah menebal. Demi menunaikan permintaan Maria,
Hisyam tega melamar Salina walau ada luka di hati.
Sanggupkah Hisyam menduakan Maria yang pernah dicintai
sepenuh hati? Dan, Maria, mampukah membiarkan suami
tersayang jatuh ke tangan Salina? Atau, Mariakah orang
ketiga yang tidak lagi diperlukan kehadirannya oleh Hisyam?
Penulisan2u
sedang
berkerjasama dengan Penerbit Novel bagi memberi peluang kepada penulis-penulis berbakat dan karya yang menarik.
Antara novel yang sudah di terbitkan
2 Pengulas paling AKTIF dengan memberi komen yang ikhlas dan
membina, pada setiap karya cerpen / novel di penulisan2u akan
menerima hadiah sebuah NOVEL.
•
Creative Enterprise Sdn. Bhd., sedang mencari manuskrip kanak-kanak atau remaja. Ini kerana pihak kami ingin memperluaskan dan memperbanyakkan bahan bacaan untuk kanak-kanak dan remaja. Di samping itu kami juga ingin memupuk minat membaca dalam kalangan kanak-kanak dan remaja.
( klik disini
)
•Karyaseni Enterprise ingin memaklumankan
kepada anda yang berminat untuk menghantar manuskrip
anda kepada KS untuk penilaian, sila email kan
sinopsis dan tiga bab awal ke alamat email berikut:
Manuskrip@karyaseni.my
•KarnaDya Solutions Sdn
Bhd. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
hantarkan karya anda. Sebelum anda menghantarkan
manuskrip anda, sila hantarkan butiran berikut terlebih
dahulu melalui emel/pos. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•NB Kara Sdn Bhd dengan berbesar hati
menjemput mana-mana penulis yang merasakan diri mereka
layak menjadi penulis yang versatil, menghantar
manuskrip mereka kepada NB Kara Sdn Bhd. Tulisan anda
terlebih dahulu akan dinilai oleh penulis prolifik
Norhayati Berahim dan juga beberapa panel editor sebelum
diluluskan untuk terbitan.
(
klik disini )
•Jemari Seni Publishing. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
Untuk tujuan pengiriman manuskrip, JEMARI SENI telah
menggariskan panduan kepada penulis-penulisnya. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•
Alaf 21 Sdn Bhd. Tahun 2008 bakal menjanjikan sinar
kecemerlangan seandainya karya anda terpilih untuk
diterbitkan oleh Alaf 21, penerbit novel tersohor di
Malaysia.
Jika
anda mempunyai salah satu manuskrip tersebut, kami ingin
menatap dan menilainya. Sekiranya sesuai, pihak kami
ingin menerbitkannya di bawah jenama ALAF21.
( klik disini)
•
tip kehidupan, zodiak, horoskop, petua, tip, puisi,
pantun, sajak, dan pelbagai artikel menarik layari di
http://istimewa2u.blogspot.com
•
Blog Berkaitan agama, topik-topik tazkirah, audio, video
ceramah, mendengar 114 surah Al-quran secara online,
radio-radio dakwah, layari di
http://dakwah2u.blogspot.com
•
Blog Media, Tv streaming online, radio streaming online,
surat khabar, rakaman drama, radio era, hot.fm, tv1,
tv2,tv3 dan lain-lain. layari di
http://mymedia2u.blogspot.com
•
Blog Koleksi cerita lawak, lucu, kelakar dan video lawak,
lucu dan kelakar. layari di laman
http://kelakar2u.blogspot.com
•
Laman web
syarikat penerbit novel Creative
Enterprise Sdn Bhd (CESB). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.cesb.net.my
•
Laman web
syarikat penerbit
Kaki Novel
Enterprise. Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.kakinovel.com
•
Laman web
syarikat penerbit NB kara Sdn Bhd.
Dimiliki oleh penulis terkenal Norhayati Berahim, Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.nbkara.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit Buku Prima Sdn Bhd.
Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.bukuprima.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit novel
jemari Seni Publishing (JS Publishing). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.jemariseni.com
•
Laman web syarikat penerbit novel Alaf21 Sdn Bhd
(alaf21). Untuk melihat novel-novel terbaru dari Alaf21
layari di
http://www.alaf21.com.my
•
Laman web syarikat penerbit novel Fajar Pakeer Sdn Bhd). Untuk melihat novel-novel terbaru layari di
laman
http://www.fajarnovels.com.my
Kata Kunci
koleksi novel, koleksi novel
cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik,
novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen
cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru,
teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen
melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram,
cerita, cerita cinta, cerita pendek, cerita melayu, cerita online
Malaysia Group
Blog
Koleksi
Cerpen & Novel proudly powered by Blogger. Best display view 1024x768.
Google Inc
Koleksi Cerpen
& Novel dari Malaysia, Indonesia, Singapore & Brunei
Catat Ulasan
TINGGALKAN ULASAN DAN KOMEN, PADA SETIAP KARYA YANG ANDA BACA Penulis memerlukan ulasan dan komen, bagi memperbaiki penulisan dan memperbetulkan kesilapan. Komen dan ulasan anda akan memberi satu semangat kepada penulis, untuk terus menulis karya dan seterusnya menghasilkan karya yang menarik. Kerjasama & sokongan daripada pembaca amat kami hargai. Sebab itulah kami menyediakan HADIAH, sebagai penghargaan kepada penulis dan juga kepada pembaca yang aktif memberi komen & ulasan