Kehidupan
adalah anugerah utama Illahi. Anugerah kehidupan memberi gambaran
kebesaranNya buat kita manusia, yang wajib kita syukuri dan hargai.
Internet adalah kemudahan buat umat manusia. Justeru itu,
manafaatkan ia untuk kesejahteraan diri kita dan umat sejagat.
Sentiasalah kita beringat, apa yang kita lakukan, akan dipertanggung
jawabkan pada kemudian hari.
Gunakan sebaik-baiknya kurnia Allah swt kepada kita. Halalkan
kegunaan akal, hati dan lidah pada perkara yang bakal membawa
kecemerlangan diri kita dunia dan akhirat. Kita hidup hanya sekali.
Sekali 'pergi' tak kan kembali. Buat baik berpada-pada, dan buat
jahat JANGAN sekali-kali. Kewujudan website penulisan2u dengan blog
sebagai wadah untuk meningkatkan nilai diri. Bermatlamatkan
penyatuan ummah dengan ciri-ciri kemurnian budi dan budaya. Walaupun,
dunia terus maju dengan teknologi, kita akan terus kekal dengan
akhlak dan jati diri insani.
HERLY DIANA sedang memasak di dapur. Norazmin tiada di rumah kerana bertemu dengan kawan-kawannya. Walaupun Herly Diana rasa lega kerana kesibukannya tidak diganggu oleh Norazmin, tetapi sebenarnya dia terasa sepi walau hanya seketika ketiadaan Norazmin. Bagaimana pun dapat juga dihindarkan fikirannya dari terus mengingati Norazmin, bila dengan tiba-tiba dia teringatkan kelakuan ayahnya semalam.
Seperti biasa pada hujung minggu Herly Diana berehat bersama keluarganya di rumah. Malam itu dia merasa aneh dengan sikap Encik Ariffin. Encik Ariffin kelihatan begitu gairah bercerita berbagai hal dan agak periang dengan keluarganya. Makannya pun berselera dari biasa. Kata-katanya, tawanya dan perangainya sangat berlainan. Membuatkan Herly Diana merasa tidak sedap hati.
Pagi tadi sewaktu Herly Diana hendak ke rumah majikannya, Encik Ariffin memberi nasihat-nasihat yang sama seperti baru-baru Herly Diana hendak mula bekerja di rumah Puan Alimah dahulu. Walaupun agak pelik, tetapi Herly Diana berjanji juga tidak akan mensia-siakan nasihat ayahnya itu.
Sedang Herly Diana berhayal memikirkan sikap ayahnya, tiba-tiba telefon berdering nyaring. Herly Diana meninggalkan tugasnya dan menjawap panggilan itu.
"Hello, Ana ke tu?" Tanya satu suara garau dengan mesra. Herly Diana mengenali suara itu dan tersenyum riang berserta rasa terkejut.
"Hei ayah! Ayah call kat mana ni?"
"Kat keja lah. Time minum kopi ni… Mcmmana keadaan Ana sekarang?"
"Er.," Herly Diana kehairanan tetapi menyambungnya. "Sihat macam semalam juga, ayah. Kan ke kita baru jumpa semalam?" Walaupun menghairankan tetapi dia menjawap ikhlas untuk tidak menyinggungkan hati ayahnya.
Sememangnyalah Herly Diana tambah hairan kerana ayahnya masih tidak jemu memberinya nasihat.
"Ayah tahu ayah dah berulang kali cakap. Tapi tulah satu tanda yang ayah betul-betul menyayangi Ana. Ingat.. jangan banyak bersedih ya Ana." Pesan Encik Ariffin.
"Takda apa-apa yang nak Ana sedihkan, ayah. Ana cukup bahgia. Tapi kenapa sejak dari semalam, Ana lihat ayah ni.. berbeza sangat?" Akhirnya terkeluar juga pertanyaan itu dari bibir Herly Diana.
"Ayah sendiri tak tahu, Ana. Perasaan ayah ni.. rasa tak sedap saja sejak sampai di tempat kerja pagi tadi. Ayah takut akan terjadi apa-apa pada Ana. Tu sebab ayah call ni." Satu soalan yang belum dapat dipastikan jawapannya walaupun oleh Encik Ariffin sendiri.
Di akhir perbualan Encik Ariffin meminta Herly Diana menyampaikan salamnya pada Puan Zahara, sekiranya Herly Diana ada menelefon ke rumah.
"Eh ayah ni! Kan ke nanti ayah juga akan balik dan berjumpa dengan mak?" Tanya Herly Diana semakin kehairanan.
"Tak apalah.. manalah tahu ayah kemalangan dan tak sempat nak jumpa mak kau." Encik Ariffin ketawa.
"Alah ayah ni.. merepek yang bukan-bukan pula." Kata Herly Diana sambil membalas tawa ayahnya.
Bila perbualan berakhir, Herly Diana masih memikirkan perubahan ayahnya. ‘Selalunya ayah jarang call kalau tak betul-betul perlu. Tapi.. pelik betul lah ayah.’ Bisik hati Herly Diana.
Herly Diana cuba melupakan seketika persoalan itu dan meneruskan tugasnya sambil berdendang perlahan. Tiba-tiba dia rasa pedih pada hujung jari kirinya. Jarinya terluka ketika dia sedang menghiris bawang. Herly Diana segera merawati lukanya. Hatinya semakin resah. Fikirannya melayang mengingati rumah, ibu dan ayahnya.
Dia menelefon ke rumah. Tujuannya untuk menyampaikan salam ayahnya. Mungkin dengan berbuat begitu, dia akan tenang kembali. Tetapi panggilannya tidak berjawap. Dicubanya berulang kali, tetap tiada jawapan.
"Kemana pula mak ni pergi?" Tanyanya sendirian. Tetapi pertanyaannya hanya tinggal pertanyaan sehinggalah Puan Alimah pulang.
Mereka menunggu kepulangan Norazmin untuk makan tengahari bersama. Ketika itulah seorang tetamu yang tidak pernah terduga oleh Herly Diana, sampai ke rumah itu. Ada riak cemas pada wajah itu.
"Shah!!" Jerit Herly Diana dan terus membukakan pintu untuk sahabatnya.
Puan Alimah turut menyambut kedatangan Shah Effendi dengan mesra.
"Silakan masuk Shah.."
"Terima kasih Puan. Tapi lain kali saja saya masuk. Saya nak cepat ni." Jawap Shah Effendi.
"Kenapa Shah!?" Tanya Herly Diana.
Shah Effendi memandang HerlyDiana dan kemudian menoleh ke wajah Puan Alimah.
"Kalau boleh Puan izinkan Erly pulang sekarang juga?"
"Tapi kenapa Shah..! Apa yang terjadi?" Herly Diana menggoncangkan bahu Shah Effendi. Matanya sudah memerah seolah-olah sudah dapat mengagak sesuatu yang buruk sedang berlaku.
"Kalau begitu penting sekali kedatangan Shah untuk mengajak Ana pulang, makcik izinkan. Tapi kalau ada apa-apa, lekas telefon mak cik ya." Kata puan Alimah. Dia macam tahu sahaja kenapa Shah Effendi begitu payah untuk menjawap pertanyaan Herly Diana. Kerana itu dia sendiri tidak kuasa bertanya. Walaupun dia begitu ingin tahu.
Setelah bersalaman dengan Puan Alimah, Shah Effendi memelok bahu Herly Diana sambil memusingkan badan. Mereka berjalan beberapa langkah dan terhenti sebaik sahaja sebuah kereta berwarna kuning padi, masuk keperkarangan rumah. Norazmin keluar dari kereta dan menatap kedua-dua wajah di hadapannya silih berganti.
Herly Diana memandang sahabatnya yang ketika itu juga sedang memerhatikannya. Herly Diana menganggukkan sedikit kepalanya seolah memberitahu bahawa itulah Norazmin. Shah Effendi tersenyum lantas menghulurkan tangan untuk bersalaman.
"Shah Effendi." Dia memperkenalkan diri.
Norazmin menyambut huluran tangan itu dengan wajah yang angkuh. Dia hanya melepaskah keluhan sedikit tanda menjawap. Tanpa mengenalkan dirinya, Norazmin terus melangkah pergi. Herly Diana dan Shah Effendi saling bertukar pandangan. Seorang dengan perasaan hairan dan seorang dengan perasaan geram dengan sikap Norazmin.
Sejurus kemudian mereka pun berlalu dari situ dengan sebuah teksi dan membawa mereka ke destinasi.
Norazmin mengintai dari balik jendela. Wajahnya masih serius. Secara tiba-tiba dia merasa sesuatu keanehan sedang bergolak dalam perasaannya. Tidak tahu mengapa dia harus berperasaan begitu. Dia menggenggam erat tangannya sendiri bila melihat kedua remaja itu masuk ke dalam perut teksi. Norazmin mengiringi pemergian teksi itu dengan pandangan geram.
Semua tingkah laku Norazmin hanya diperhatikan sahaja oleh Puan Alimah. Dia tidak berani menegur kerana dia tahu perasaan anaknya ketika itu.
Sementara itu, teksi yang membawa Herly Diana dan Shah Effendi tadi, telah sampai ke tujuan. Teksi itu berhenti di hadapan sebuah bangunan Hospital. Herly Diana semakin resah. Sepanjang perjalanan tadi, tidak henti-henti dia bertanya pada Shah Effendi tetapi sahabatnya itu hanya minta agar dia banyak-banyak bertenang.
Mereka sampai di sebuah bilik di mana Herly Diana dapati ramai saudara maranya sedang berkumpul. Mereka mengerumuni seseorang yang terbaring di katil hospital itu.
Mata Herly Diana kini hanya tertumpu pada sekujur tubuh yang telah ditutupi dengan selimut. Puan Zahara ada di sebelah dan sememangnya sedang menanti kedatangan Herly Diana dengan mata yang basah.
Herly Diana memerhati satu persatu wajah saudara maranya. Mencari seseorang dalam ahli keluarganya. Namun yang di cari tidak ditemui. Dadanya semakin sebak. Langkahnya semakin perlahan. Rasanya tidak terdaya melangkah lagi menghampiri katil itu. Airmata nya mula menitik dan semakin deras. Shah Effendi memegang bahu Herly Diana seolah-olah memberi semangat. Herly Diana semakin pilu. Dia tahu pasti siapa gerangan insan yang kaku di pembaringan itu.
"Ayaahhh!!" Jeritnya pilu.
Belum pun sempat Herly Diana merapati tubuh kaku itu, seseorang telah menahannya dan Herly Diana jatuh dalam pelukan orang itu.
Nurul Hana, anak Puan Faridah antara sepupunya yang paling rapat dengan Herly Diana. Dia membiarkan Herly Diana menangis dalam pelukannya sambil memberi kata-kata peransang.
"Itu.. itu ayah aku, Nur?" Tanya Herly Diana meminta kepastian. Jarinya menunding ke arah katil.
Nurul Hana mengesat airmata di bibir matanya sambil menganggukkan kepala. Terharu benar dia melihat wajah Herly Diana.
"Bawa banyak bertenang Ana, hadapilah ini semua dengan tabah," pujuk Puan Faridah sewaktu menghampiri kedua gadis itu. "Ayah kau pergi tanpa sempat memberi apa-apa pesanan. Mak kau sendiri pun tak dapat berbual dengannya sewaktu habis nafasnya tadi." Cerita Puan Faridah dalam linangan airmata.
"Baru semalam Ana lihat ayah dalam keadaan sihat, riang dan tertawa gembira. Tadi pun ayah berbual dengan Ana di telefon. Begitu mesra… Tapi kini.." Herly Diana tidak dapat menahan perasaannya lagi. Dia meraung dan menangis sepuas hati. Bibirnya tidak sudah-sudah memanggil ayahnya.
Mereka yang melihat cuba menenangkan Herly Diana. Puan Zahara juga melihat kelakuan anaknya. Ingin sekali dia turut memberi semangat pada anaknya kerana dia juga mengambil berat akan kesihatan Herly Diana. Namun pada saat yang sama dia sendiri tidak mampu membendung kesedihannya yang baru ditinggalkan oleh suami, tempatnya bergantung.
Kasihan Encik Ariffin, dia mendapat kemalangan yang dasyat sewaktu dalam perjalanan pulang dari kerja. Kemalangan itu meninggalkan kesan yang begitu parah sehingga dirinya tidak dapat diselamatkan lagi. Dia menghembuskan nafasnya sewaktu dalam perjalanan ke hospital.
Mungkin Encik Ariffin puas dengan pemergiannya setelah lebih dahulu menunjukkan kasih sayangnya pada keluarga. Tetapi tidak begitu penerimaan keluarga Encik Ariffin. Mereka masih lagi terkejut dengan kejadian yang tidak disangka-sangka ini.
Pada hari itu juga mayat Encik Ariffin dibawa pulang. Ramai saudara mara, sahabat handai dan juga jiran tetangga yang datang membantu buat kali terakhir dan memberi semangat pada keluarga Encik Ariffin.
Puan Zahara dapat juga menahan perasaannya dan melayani setiap tamu yang datang. Tetapi bagi Herly Diana? Kasihan. Dia masih belum dapat terima kenyataan bahawa ayahnya sudah pergi. Padanya pemergian ayahnya hanyalah mimpi belaka.
Puas mereka yang lain menenangkan Herly Diana. Malah Puan Zahara sendiri cuba bersikap tabah di hadapan anaknya dan sedaya upaya memberi semangat. Tetapi akhirnya Puan Zahara sendiri yang tidak dapat menahan airmata.
Ketika mayat Encik Ariffin sudah siap dimandikan, Shah Effendi teringat sesuatu. Dia lantas berbisik dengan Herly Diana.
"Tidak ke kita perlu beritahu majikan Erly?"
"Terserah Shah lah… Erly.., Erly buntu sekarang ni.."
"Okey.. okey," Shah Effindi mengerti perasaan sahabatnya ketika itu, "Jangan terlalu emosional, Erly. Kita perlu tabah dalam mengharungi semuanya." Shah Effendi memberi nasihat.
Dan tidak berapa lama selepas itu, sampailah berita peninggalan Encik Ariffin ke pengetahuan Puan Alimah serta Norazmin. Bukan main terkejut Puan Alimah mendengarnya. Begitu dia mendapat tahu, bergegas dia mengajak Norazmin pergi ke rumah Herly Diana.
Sepanjang perjalanan, Norazmin resah sekali. Rasa simpatinya terhadap Herly Diana mula timbul. Bercampur pula dengan rasa bersalah.
Setibanya mereka di rumah Herly Diana, mereka disambut mesra oleh saudara mara Herly Diana. Lebih-lebih lagi Shah Effendi.
Melihat keramahan mereka semua, Puan Alimah dan Norazmin berasa rendah diri. Bagi Norazmin, suasana kekeluargaan begitulah yang diinginkan. Tetapi dia sedar, siapalah lagi yang dia ada selain dia dan ibunya. Dia kesunyian selama ini dan kini dia bahagia di tengah-tengah keluarga Herly Diana, gadis yang sering menjadi ejekannya.
Herly Diana diberitahu tentang kedatangan majikannya. Dari balik tirai pintu biliknya, Herly Diana seakan terpegun dengan kesegakan Norazmin berbaju melayu berwarna samar dan bersongkok.
Tetapi bila dikenang setiap perbuatan Norazmin padanya selama ini, Herly Diana jadi tawar hati untuk terus menatap wajah tampan itu. Apalagi bila dia teringat sikap dingin Norazmin terhadap Shah Effendi, ketika mereka terserempak di rumah Puan Alimah. Hairannya hendak pula pemuda ego itu berkunjung ke rumah dan beramah tamah dengan ahli keluarganya.
Walaupun Herly Diana masih dibendung kesedihan, mahu tidak mahu terpaksalah berhadapan dengan majikannya. Sebaik sahaja dia muncul dari balik pintu, Puan Alimah melebarkan tangan menyambut Herly Diana ke dalam pelukan. Mereka sama-sama minitiskan airmata. Disaksikan oleh Norazmin dan juga saudara mara Herly Diana.
"Sabarlah Ana, mungkin ini ujian dari Allah untuk hambanya." Pujuk Puan Alimah.
"Tapi Ana masih memerlukan bimbingan dari ayah.., mak cik. Ana.."
"Mak cik mengerti Ana," Puan Alimah menoleh pada Norazmin seketika sebelum menyambung percakapannya. "Min juga pernah kata gitu semasa arwah suami mak cik menghembuskan nafas terakhirnya. Tapi lihat.. kini Min dewasa juga walau tanpa bimbingan dari ayahnya."
Norazmin tertunduk mendengar kata ibunya. Mungkin sedang terkenangkan ayah dan adiknya. Sementara itu Herly Diana yang masih dalam tangisan, mengesat airmata dengan hujung penutup kepala. Pelukan sudah pun dileraikan. Norazmin memandang sayu wajah Herly Diana. Dapat dilihat oleh Norazmin, mata Herly Diana membengkak. Mungkin kerana terlalu banyak menangis.
Puan Alimah menyatakan rasa kesalnya kerana lewat tiba. Jenazah Encik Ariffin kini berada dalam perjalanan ke Pusara Aman, iaitu kawasan perkuburan orang-orang Islam. Namun demikian Puan Alimah dan anaknya tidak lupa menyedekahkan bacaan Yassin untuk arwah. Puan Alimah meminta Herly Diana turut membaca bersamanya supaya dapat menenangkan kesedihan di hati.
Herly Diana patuh. Tetapi hanya seketika sahaja dia dapat meredakan kesedihannya. Kerana pada ketika yang lain, Herly Diana semakin sebak dan tangisannya sudah tidak dapat ditahan lagi. Beberapa orang yang melihat hanya mampu menggelengkan kepala. Ada yang turut bersedih. Puan Alimah dan Norazmin memandang wajah Herly Diana dengan rasa terharu. Rupa-rupanya Herly Diana belum dapat menerima hakikat itu.
KINI tinggallah Herly Diana berdua sahaja dengan ibunya. Terkadang sanak saudara Herly Diana datang menziarah dan bertanya khabar mereka. Mereka menemani Herly Diana dan Puan Zahara di samping cuba memberi peransang dalam kehidupan baru kedua beranak itu.
Selama seminggu semenjak pemergian Encik Ariffin, Herly Diana menjadi seorang yang pendiam dan sering menyendiri. Dia kurang selesa jika ditemani oleh sesiapa. Walaupun sahabat karibnya sendiri. Dan selama itu jugalah Puan Alimah membiarkan Herly Diana berehat sambil nenenangkan fikirannya.
"Kalau Ana rasa Ana dah okey, Ana datanglah bekerja. Buat sementara ni mak cik nak Ana banyakkan berehat dan jangan lupa bersedekah pada arwah ayah Ana." Begitulah kata dan nasihat dari Puan Alimah sewaktu dia menghubungi Herly Diana melalui telefon.
Pada Herly Diana sendiri, segala yang dilakukan bagai tidak perlu lagi. Semuanya sudah tidak seindah sewaktu Encik Ariffin masih hidup. Tetapi lama kelamaan timbul kesedaran, jika dia masih terus begitu, siapa pula yang akan menggantikan tempat ayahnya.
Akhirnya Herly Diana dapat menerima hakikat bahawa setiap yang hidup pasti akan mati. Dia memikirkan keadaan dirinya sendiri, mungkin dia juga akan mati. Hanya waktu dan masa yang menentukannya.
Herly Diana sudah mula merima nasihat. Sudah mula berkeadaan seperti biasa walaupun terkadang, apabila dia bersendirian ataupun melakukan sesuatu yang berkaitan, pasti terlintas kenangan bersama dengan ayahnya. Kenangan itulah yang selalu membuat Herly Diana mengalirkan airmata lagi.
Airmatanya tidak mudah kering. Menambahkan lagi bengkak di matanya. Dia tidak pernah hiraukan sehingga akhirnya dia terpaksa memandang serius perkara itu apabila Shah Effendi menegur tentang lebam di matanya.
"Tulah.. Erly terlalu beremosi..terlalu mengikut perasaan. Menangis tak henti-henti. Last-last wajah sendiri yang cacat disebabkan mata yang bengkak tu." Kata Shah Effendi dengan nada berjenaka.
"Hati perempuan, Shah.. terlalu sensitif dan mudah perasa. Lebih-lebih lagi dengan hal yang tak disangka macam ni." Herly Diana bersuara lemah.
"Cubalah berperasaan seperti lelaki sikit.."
"Hati wanita dan lelaki tak boleh disamakan, Shah.."
"Boleh! Kalau sekarang ni, wanita dah berjaya menunjukkan kepentingan hak yang sama tarafnya dengan lelaki, kenapa soal perasaan tak boleh? Yang pentingnya ketabahan seseorang tu, bila diuji begini.. sabar atau tak.."
"Tapi lelaki pun kekadang tak mampu nak singkir perasaan macam tu kan?" Herly Diana membalas dengan tegas. Dia sudah mula bosan.
"Betul.. Tapi.."
"Entahlah Shah.. Tapi pada Erly, airmata tetap bagai mutiara dalam kehidupan wanita." Herly Diana berkata begitu seolah-olah ingin mengakhiri perdebatan.
Tanda memahami, Shah Effendi tidak jadi menyambung kata-kata tadi. Sebaliknya dia berkata lain sebagai menjaga perasaan sahabatnya.
"Untuk pengetahuan Erly.. Shah suka lihat wanita menangis. Kerana airmata seorang wanita tu.. adalah lambang kelembutan."
Herly Diana memaksa dirinya untuk tersenyum. Shah Effendi terhibur bila sahabatnya sudah mahu tersenyum. Shah Effendi memang lekas memahami. Kerana itu Herly Diana semakin menghormati persahabatan mereka.
Herly Diana cuba menyembunyikan bengkak matanya dari penglihatan Puan Zahara. Dia tahu ibunya sangat mentitik beratkan soal kesihatannya. Herly Diana masih ingat pengalamannya semasa kecil. Banyak sudah ayahnya berhabis wang untuk membiayai rawatan penyakit yang dihidapi. Sampai akhirnya penyakit itu hilang apabila dia semakin dewasa.
Kini kerisauannya timbul semula bersama masaalah bengkak di matanya. Dia akan berjumpa doktor juga satu hari nanti bila bengkak di matanya tidak hilang. Apapun yang dikatakan doktor nanti, akan dirahsiakan dari pengetahuan ibunya atau sesiapa pun.
TINGGALKAN ULASAN DAN KOMEN, PADA SETIAP KARYA YANG ANDA BACA Penulis memerlukan ulasan dan komen, bagi memperbaiki penulisan dan memperbetulkan kesilapan. Komen dan ulasan anda akan memberi satu semangat kepada penulis, untuk terus menulis karya dan seterusnya menghasilkan karya yang menarik. Kerjasama & sokongan daripada pembaca amat kami hargai. Sebab itulah kami menyediakan HADIAH, sebagai penghargaan kepada penulis dan juga kepada pembaca yang aktif memberi komen & ulasan
"Dia
hidup bukan kerana cinta. Dia hidup kerana
kehadiran Prince Charming yang menyelamatkannya.
Semuanya gara-gara dia mengoyak Carta Prince
Charming—carta misteri yang tiada sesiapa tahu
dari mana datangnya. Yang pasti, memang dia
langsung tidak percaya dengan sumpahan yang
dikatakan berkaitan dengan Carta Prince
Charming.
"Sumpahan puteri? Kau ingat ini cerita dongeng
ke? Puteri apa yang nak sumpah aku ni? Puteri
bunian? Puteri lindungan bulan?”
Desakan daripada Sofea membawanya ke Kelab Bola
Sepak. Di situlah Prince Charming berkumpul.
Tetapi hanya seorang sahaja Prince Charming yang
dicari-carinya. Namun, untuk mencari Prince
Charming bukanlah mudah, namun dia yakin, antara
mereka, pasti salah seorang adalah penyelamatnya.
Orang tu pun satu! Dah selamatkan nyawa orang,
tak reti-reti ke nak munculkan diri? Bukan ke
lagi senang kalau datang berdiri depan aku dan
cakap, Sayalah yang selamatkan awak daripada
kena langgar semalam. Finish! Tak adalah nak
panjangkan cerita sampai beratus muka surat
semata-mata nak cari Prince Charming!
Tajuk:
Prince Charming
Penulis: Ratu Bulan
Terbitan: Fajar Pakeer
Harga:
RM19.90
Ulasan:
NOVEL
HANGAT DIPASARAN
Pertemuan
pertama memberi impak yang berbeza kepada dua insan. Maria
malu mengenang, sedang Hisyam mahu mendekat. Maria semakin
resah apabila Hisyam terus-terusan mendesak. Dalam benci
ada rindu. Bijak Hisyam memujuk, mereka akhirnya disatukan.
Salina hadir menjadi duri dalam daging. Bagi Hisyam, gadis
itu ialah sahabatnya yang terbaik. Insan paling dipercayai.
Namun, dalam diam, Salina meracuni hubungan mereka. Salina
ada agenda yang tersendiri.
Semakin hari, semakin nipis rasa percaya Maria terhadap
Hisyam. Namun, dia tidak mungkin menghindar rasa kasih
yang sudah menebal. Demi menunaikan permintaan Maria,
Hisyam tega melamar Salina walau ada luka di hati.
Sanggupkah Hisyam menduakan Maria yang pernah dicintai
sepenuh hati? Dan, Maria, mampukah membiarkan suami
tersayang jatuh ke tangan Salina? Atau, Mariakah orang
ketiga yang tidak lagi diperlukan kehadirannya oleh Hisyam?
Penulisan2u
sedang
berkerjasama dengan Penerbit Novel bagi memberi peluang kepada penulis-penulis berbakat dan karya yang menarik.
Antara novel yang sudah di terbitkan
2 Pengulas paling AKTIF dengan memberi komen yang ikhlas dan
membina, pada setiap karya cerpen / novel di penulisan2u akan
menerima hadiah sebuah NOVEL.
•
Creative Enterprise Sdn. Bhd., sedang mencari manuskrip kanak-kanak atau remaja. Ini kerana pihak kami ingin memperluaskan dan memperbanyakkan bahan bacaan untuk kanak-kanak dan remaja. Di samping itu kami juga ingin memupuk minat membaca dalam kalangan kanak-kanak dan remaja.
( klik disini
)
•Karyaseni Enterprise ingin memaklumankan
kepada anda yang berminat untuk menghantar manuskrip
anda kepada KS untuk penilaian, sila email kan
sinopsis dan tiga bab awal ke alamat email berikut:
Manuskrip@karyaseni.my
•KarnaDya Solutions Sdn
Bhd. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
hantarkan karya anda. Sebelum anda menghantarkan
manuskrip anda, sila hantarkan butiran berikut terlebih
dahulu melalui emel/pos. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•NB Kara Sdn Bhd dengan berbesar hati
menjemput mana-mana penulis yang merasakan diri mereka
layak menjadi penulis yang versatil, menghantar
manuskrip mereka kepada NB Kara Sdn Bhd. Tulisan anda
terlebih dahulu akan dinilai oleh penulis prolifik
Norhayati Berahim dan juga beberapa panel editor sebelum
diluluskan untuk terbitan.
(
klik disini )
•Jemari Seni Publishing. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
Untuk tujuan pengiriman manuskrip, JEMARI SENI telah
menggariskan panduan kepada penulis-penulisnya. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•
Alaf 21 Sdn Bhd. Tahun 2008 bakal menjanjikan sinar
kecemerlangan seandainya karya anda terpilih untuk
diterbitkan oleh Alaf 21, penerbit novel tersohor di
Malaysia.
Jika
anda mempunyai salah satu manuskrip tersebut, kami ingin
menatap dan menilainya. Sekiranya sesuai, pihak kami
ingin menerbitkannya di bawah jenama ALAF21.
( klik disini)
•
tip kehidupan, zodiak, horoskop, petua, tip, puisi,
pantun, sajak, dan pelbagai artikel menarik layari di
http://istimewa2u.blogspot.com
•
Blog Berkaitan agama, topik-topik tazkirah, audio, video
ceramah, mendengar 114 surah Al-quran secara online,
radio-radio dakwah, layari di
http://dakwah2u.blogspot.com
•
Blog Media, Tv streaming online, radio streaming online,
surat khabar, rakaman drama, radio era, hot.fm, tv1,
tv2,tv3 dan lain-lain. layari di
http://mymedia2u.blogspot.com
•
Blog Koleksi cerita lawak, lucu, kelakar dan video lawak,
lucu dan kelakar. layari di laman
http://kelakar2u.blogspot.com
•
Laman web
syarikat penerbit novel Creative
Enterprise Sdn Bhd (CESB). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.cesb.net.my
•
Laman web
syarikat penerbit
Kaki Novel
Enterprise. Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.kakinovel.com
•
Laman web
syarikat penerbit NB kara Sdn Bhd.
Dimiliki oleh penulis terkenal Norhayati Berahim, Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.nbkara.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit Buku Prima Sdn Bhd.
Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.bukuprima.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit novel
jemari Seni Publishing (JS Publishing). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.jemariseni.com
•
Laman web syarikat penerbit novel Alaf21 Sdn Bhd
(alaf21). Untuk melihat novel-novel terbaru dari Alaf21
layari di
http://www.alaf21.com.my
•
Laman web syarikat penerbit novel Fajar Pakeer Sdn Bhd). Untuk melihat novel-novel terbaru layari di
laman
http://www.fajarnovels.com.my
Kata Kunci
koleksi novel, koleksi novel
cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik,
novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen
cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru,
teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen
melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram,
cerita, cerita cinta, cerita pendek, cerita melayu, cerita online
Malaysia Group
Blog
Koleksi
Cerpen & Novel proudly powered by Blogger. Best display view 1024x768.
Google Inc
Koleksi Cerpen
& Novel dari Malaysia, Indonesia, Singapore & Brunei
sdh nyer cita nie,huhuhu,sian herly diana.....