BLOG KOLEKSI CERPEN , NOVEL & CERITA ONLINE

   LAMAN UTAMA  | KOLEKSI CERPEN  | KOLEKSI NOVEL  | HANTAR KARYA | HANTAR PESANAN | AJAK KAWAN | BUAT PERMINTAAN LAGU | IKUTI BLOG INI | FACEBOOK

      Radio Online

 

klik "STOP" untuk hentikan siaran radio. Semoga terhibur.

  Koleksi Cerpen 

Jika itu takdirNya

Takdir milik Allah

Disini mawar disana penawar

Bidadari cinta

Awekku gengster nyerr

Black vs white

Aku dan dia

Memang berbaloi

Best friend not boy friend, Nyah

Beda tipis

Aku tidak bernyawa lagi

Roommate yg romantik II

Loves comes around

Hati

Cinta remaja

Kasih anak

Selamat tinggal luqman

Kerana dia ayahku

Terima kasih cinta

Aku kan ader

Nilai sebuah persahabatan

Hanya kau

Mahakarya agung sebuah kemerdekaan

Kerana umar adha

Biarkan cinta itu pergi

1 Disember

Diari seorang lelaki

Sebuah memori

Suci nur kasih

Badai cinta pertama

Ceritera aku dan dia

Ku bawa memori itu

Darul Taqwa & dato Dr Johar

Kau boleh blah!!

My miss nanny

Seandainya ku tahu

Diari hati firdaus

Mimpi yang pasti

Sampai syurga

Memang ku cinta

Unsaid?

Cinta lagi?

Cinta bukan jaminan

Cinta hakiki

Aku, dia dan pantai

Bisikan hati

Selamanya Sarah

Peeya dan payus lagilah

Hikmah perpisahan II

Dia

Cinta dalam diam

Kata terakhir darimu is love u

Aku bukan siapa-siapa

Aril & Akim

Kalau ku turutkan kata hati

Minah skuter

Jadilah seperti aku

Privite investigator putput

Gadis kebaya putih

Isteriku

Adam II

Misteri tengah malam

Dollah loves joyah

Biarku sentuh cintamu

Lifetimes lover

Saat itu

Hanya dirimu

Kasih famili

Mulanya disini

Ikatan kasih

Dan akhirnya

Kembalilah sayang

Pelangi anganku musnah

Cinta dalam hati

Pergi tak kembali

Adakah dia milikku

Pungguk dan bulan

Cinta terlarang

Cintaku di RNR tapah

Lisa

Kasih aini hidayah

Kantoi, jodoh atau kebetulan

Adakah cinta bukan milikku

Kuning vs ungu

Pelangi cinta

Adam

Biarlah rahsia

Achmad firdaus

Jalan berliku

Rintihan kekasih

Namaku Aishah

Zani pencuri rambutan

Nur hawa balqis

Itu sudah takdirnya

You are my boss

Cinta

Antara 2 cinta

Tragedi zam & chom

Benang merah di-fa

Terima kasih sayang

Jiwa-jiwa luka

Taqdir cinta kita

Cintaku selamannya

1 hari aku jatuh cinta

Biarku sentuh cintamu

Aku dan kimi = cinta atau tidak?

Cincin untuk Aisyah

Kenapa begini jadinya

Cinta, i need you

Lakaran cinta abadi

Cioccolato Caldo

Tragedi lombong lama

Yang sebenarnya

Ketuk pintu hati

Dia masih sayang

Teman

Cinta untukmu

Adil fitri

Kau, aku & mereka gila

Hikmah perkahwinan

Mengenangmu

Mungkin Nanti

Mencintainya

Cinta si pengesek biola

Maafkan aku luftan hafiy

Kasih

Hanya itu yang ku mahu

Bermulanya diari cintaku

Menantu untuk mama

Sumpah itu hantu

Diari lukisan

Cinta gila

Romantik

Cintaku, dia dia kamu

Kau atau dia

Indahnya cinta maya

Seseorang itu

Nur alia natasya

Mamat disperate

Mencari jannah

Cukup sekadar disini

Sebuah memori

Keras dan lembut

Katak oh katak

Hacks 1437

Dialah suamiku

Selamat tinggal kawan terbaik

Pandangan matanya

Kerana mobil

Dia tunanganku

Maria dan azri

Aku terperasan je

Blind date

Roda hidup

Kasihku seputih salju

Wanginya bunga kantan

Mahligai rindu

Aku, dulu, kini dan selamannya

Prinsip cinta aina

Ikan emas, jom kawen

Man in black vs Dona karen penang

Cubit peha kiri

Bantal busuk

Hujan

Maafkan daku

Tombol pintu hidayah III

Gara-gara G

Diari seorang member

 

Klik disini untuk keseluruhan koleksi cerpen....

Novel Bersiri
      Novel pilihan

sinopsis klik pada gambar

      Novel Di Pasaran

Kenangan Terindah - Hezzy Azra

Serasi di hati - Nora Ismail

Nama aku N - Aina Emir

Bunga Syurga - Anita Aruszi

Episod cinta luka - Fateen Najwa

Sandaran kasih - Aini Marisha

Fitrah kasih - Ilani Mysara

Bukan yg pertama - Salina Ibrahim

Ternyata cinta - Damya Hanna

Selagi ada dia - Aisya Sofea

Kembalikan cintaku - Norhayati NB

Warna hati - Meen Zulaikha

Seribu kali sayang - Anis Ayuni

Menanti kasih - Norzailina nordin

Cahaya - Nura zulaikha

Dakapan cinta - Eny Ryhanna

Hanya kita berdua - Aina emir

Ku Utus Rindu - Intan Arnida

Usikan rindu - Qaira Qasidah

Segalanya untukmu - A.Anessa

 

Dapatkan dikedai berhampiran anda

      html banner

klik di bawah dan "paste" ke dalam website, homepage, blog, friendster, myspace anda

 

      Jumlah Pelawat

      Untuk Anda

 

  Kehidupan adalah anugerah utama Illahi. Anugerah kehidupan memberi gambaran kebesaranNya buat kita manusia, yang wajib kita syukuri dan hargai. Internet adalah kemudahan buat umat manusia. Justeru itu, manafaatkan ia untuk kesejahteraan diri kita dan umat sejagat. Sentiasalah kita beringat, apa yang kita lakukan, akan dipertanggung jawabkan pada kemudian hari.

  Gunakan sebaik-baiknya kurnia Allah swt kepada kita. Halalkan kegunaan akal, hati dan lidah pada perkara yang bakal membawa kecemerlangan diri kita dunia dan akhirat. Kita hidup hanya sekali. Sekali 'pergi' tak kan kembali. Buat baik berpada-pada, dan buat jahat JANGAN sekali-kali. Kewujudan website penulisan2u dengan blog sebagai wadah untuk meningkatkan nilai diri. Bermatlamatkan penyatuan ummah dengan ciri-ciri kemurnian budi dan budaya. Walaupun, dunia terus maju dengan teknologi, kita akan terus kekal dengan akhlak dan jati diri insani. 

 

PERCUMA KARYA CERPEN, NOVEL, CERITA TERBARU DAN AKAN DATANG DARI PIHAK KAMI TERUS KE EMAIL ANDA. MASUKKAN EMAIL ANDA:-

 

email:

 

Rabu, Oktober 22, 2008
Novel : Perginya Bersama Cinta 3
Putri Lily
lily_nalan@hotmail.com

Bab 3

SUDAH lebih dua bulan Herly Diana bekerja di rumah Puan Alimah. Antara kedua majikan dan pembantu, tersemat perasaan kasih dan sayang. Puan Alimah tidak pernah menganggap kehadiran Herly Diana dalam rumahnya, sebagai seorang pembantu rumah. Herly Diana dilayan tidak ubah seperti anaknya sendiri.

Bila tiba waktu bersarapan atau makan tengahari dan malam, Herly Diana tidak akan dibiarkan makan terasing. Disuruhnya Herly Diana makan semeja dengannya. Jika ada waktu terluang atau apabila dia melihat Herly Diana sudah menyelesaikan tugasnya, Puan Alimah akan mengajaknya bersembang. Kerap juga dia membawa Herly Diana membeli belah. Pendek kata semua yang dilakukan oleh Puan Alimah tidak pernah dilakukan oleh majikan-majikan lain terhadap seorang pembantu rumah.

Walaupun Herly Diana merasa beruntung, bekerja di rumah seorang janda kaya yang baik, tetapi Herly Diana tidak pernah lupa diri. Terkadang dia sendiri merasa tidak patut dia menerima layanan sebegitu. Dia tidak mahu terlalu dimanjakan sangat.

Memang Herly Diana sendiri sudah menganggap Puan Alimah seperti keluarganya dan rumah banglo dua tingkat itu dijaga umpama rumahnya, namun demikian gelaran pembantu rumah itu tetap menjadi miliknya. Herly Diana takut disalah ertikan oleh orang sekeliling. Dan paling takut jika orang kata dia mahu mengikis harta Puan Alimah secara perlahan-lahan.

Untuk mengelak perasangka itu, Herly Diana sengaja menolak apabila diajak oleh Puan Alimah untuk keluar membeli belah. Tetapi Puan Alimah pasti memarahinya. Herly Diana lebih takut jika Puan Alimah menganggapnya seorang yang tidak mengenang jasa. Herly Diana menjadi serba salah.

Pernah satu hari Herly Diana menyuarakan keraguannya pada Puan Alimah. Puan Alimah memahaminya. Dia berkata dengan airmuka yang tenang.

"Jangan bebankan fikiran dengan berfikir perkara-perkara yang begitu. Itu semua tak akan jadi kalau Ana jujur semasa bekerja di sini. Apa yang mak cik nampak, Ana seorang anak yang baik. Mak cik kagum dengan Ana kerana dalam usia yang semuda ini, yalah.. belum pun berpengalaman mengurus rumah tangga sendiri, tapi sudah pun pandai mengurus rumah tangga orang. Mak cik tak fikir pekerjaan serupa ini akan diterima oleh gadis lain… Betulkan Ana?"

"Tapi jika hati manusia lain-lain… fikiran dan pendapat juga berlainan, mak cik."

"Mak cik tahu Ana. Sebab itulah.. jangan dengar dan fikirkan sangat pendapat dan anggapan orang terhadap kita. Hanya keperibadian dan tingkah laku kita sendiri yang dapat membuktikan kebenaran."

Puan Alimah tersenyum sambil memegang bahu Herly Diana. Herly Diana juga tersenyum. Tiada kata-kata yang terkeluar dari mulutnya. Puan Alimah menambah lagi.

"Sebenarnya Ana, mak cik pernah mempunyai seorang anak perempuan..," Herly Diana tekun mendengar.

"Jika dia masih ada.. tentu sudah seusia Ana. Malang sekali anak gadis mak cik sudah pergi lebih dulu diikuti oleh ayahnya pula." Puan Alimah menundukkan wajah. Di kelopak mata berlinang air jernih dan menitis terus membasahi pipi.

Herly Diana tidak menyangka Puan Alimah menyimpan perasaan hiba duka semenjak pemergian suaminya. Kini tahulah dia yang Puan Alimah memang pernah ada zuriat.

Puan Alimah tersedar setelah sekian lama menyepi dalam keadaan tegang. Dia mengesat airmata dan tersenyum memandang Herly Diana. Senyuman yang hanya sebagai penyeri sahaja bagi Herly Diana.

"Mak cik bahgia dengan adanya Ana di sini. Sejak mula lihat Ana dulu, mak cik tak berlengah menerima Ana bekerja di sini. Mak cik.., mak cik rasa dengan memandang wajah Ana, terubat sikit rindu mak cik terhadap arwah anak mak cik tu."

Herly Diana terharu mendengar kata-kata Puan Alimah. Matanya merah menahan sebak.

"Sebab tu mak cik tak pernah anggap Ana sebagai pembantu di sini. Dan kalau boleh Ana juga janganlah menganggap mak cik sebagai majikan. Kita seperti anak beranak ya?"

Tanpa sedar Herly Diana mengangguk.

Sukar sekali baginya untuk menerima hakikat itu. Segala-galanya bagaikan mimpi. Tidak pernah diidamkan selama ini. Herly Diana tidak lupa bersyukur atas anugerah Allah.

Segala-galanya telah diceritakan pada keluarganya dan juga Puan Faridah. Mereka semua menyanjung tinggi keluhuran budi Puan Alimah. Encik Ariffin dan isterinya Puan Zaharah, tidak jemu-jemu mengingatkan Herly Diana supaya menjaga hati dan kepercayaan yang diberi. Semuanya harus diterima sebagai satu dugaan dan cabaran. Bahkan sekaligus juga sebagai satu tanggung jawap yang berat.

Tidak lupa Herly Diana menceritakan pada Shah Effendi. Sahabatnya juga memberi pendapat dan nasihat yang bernas, membuatkan Herly Diana semakin tabah dan berani untuk berkhidmat dengan Puan Alimah.


HARI itu Puan Alimah pulang lebih awal. Selepas makan tengahari bersama, Puan Alimah memberitahu yang dia hendak keluar lagi untuk pergi ke mesyuarat agung.

"Bila mak cik dah keluar nanti, jangan lupa kunci semua pintu dari dalam. Kalau Ana takut, kuncilah semua tingkap-tingkap tu. Mak cik pun pergi tak lama." Begitulah nasihat Puan Alimah sewaktu ingin meninggalkan rumah.

"Agak-agak pukul berapa mak cik sampai rumah nanti?" Tanya Herly Diana agak ragu.

"Habis nanti mak cik baliklah. Mak cik agak tak berapa malam sangat. Ingat Ana! Kalau ada sesiapa yang Ana tak kenal, jangan sesekali benarkan dia masuk!"

"Baik mak cik.."

Sebaik sahaja Puan Alimah pergi dengan kereta kuning langsatnya, Herly Diana terus mengunci semua pintu dan tingkap dari dalam. Selepas itu dia mengambil wuduk dan mengerjakan solat Zohor.

Hari itu Herly Diana mengerjakan tugasnya sendirian. Hingga hampir senja, Puan Alimah belum juga pulang. Herly Diana menanti sambil duduk berehat di ruang tamu. Seketika kemudian dia rasa bosan lalu mencapai gagang telefon dan memicit nombor telefon rumahnya. Bertanya khabar keluarga dan menceritakan serba sedikit mengenai keadaannya.

Setelah itu Herly Diana memicit pula nombor telefon rumah Shah Effendi. Kebetulan memang Shah Effendi sendiri yang menjawap. Rupanya Shah Effendi baru sahaja balik dan ingin membersihkan diri. Herly Diana meminta Shah Effendi menghubunginya sesudah itu.

Memang pada Shah Effendi juga sudah diberi nombor telefon rumah itu. Itupun setelah mendapat keizinan dari Puan Alimah. Shah Effendi sendiri sudah beberapa kali berbual dengan Puan Alimah. Puan Alimah memuji Herly Diana kerana bijak memilih kawan. Pada pandangannya Shah Effendi adalah seorang anak muda yang ramah dan sopan. Puan Alimah pernah menyatakan rasa gembiranya dapat berkenalan dengan Shah Effendi. Namun begitu Puan Alimah tahu bahawa di antara Shah Effendi dan Herly Diana, hanya bersahabat.

Sudah hampir tiga jam dia menunggu. Sampai sempat dia menunaikan solat Maghrib, tetapi Shah Effendi belum juga menelefonnya. Puan Alimah pun belum juga pulang. Herly Diana menjadi resah. Perkara yang tidak disukainya dari dahulu lagi ialah menunggu.

Sedang Herly Diana dengan dunia keresahannya, tiba-tiba telefon berdering. Pantas Herly Diana mencapai gagang telefon kerana dia pasti Shah Effendi yang menelefon.

"Hello! Shah ya? Kenapa lambat sangat call?"

"Hello.. !?" Terdengar satu suara lembut dari seorang lelaki yang kehairanan.

Herly Diana terkejut dan gugup. Degupan jantungnya bagaikan terhenti bila mendengar suara itu. Suara itu bukan milik Shah Effendi.

"Er.. ma.. maaf. Saudara nak bercakap dengan siapa?" Herly Diana masih belum dapat mengawal perasannya ketika itu. Dia masih dalam kegugupan.

"Hmm.. saudari ni siapa?"

‘Ish org ni!!’ Rungut Herly Diana dalam hati. Pada pendengarannya, suara orang yang bertanya demikian, walaupun masih kedengaran lembut, tetapi menyakitkan hati Herly Diana. Dia merasakan suara itu seakan menyindirnya. Ditambah lagi rasa marahnya kerana Shah Effendi belum juga menelefon.

"Saudara yang call, saya yang ditanya? Saudara ni siapa dan nak bercakap dengan siapa?" Herly Diana tidak dapat bersuara dengan lebih lembut lagi, terus berkata begitu dengan tegas. Dia sedikit pun tidak mempedulikan perasaan orang yang punya suara itu. Nampaknya pemilik suara tadi juga masih berkeras dan menukarkan suaranya dengan lebih tinggi dan tegas.

"Saya hendak bercakap dengan mak saya!!"

Herly Diana memandang gagang telefon yang dipegangnya dengan marah.

"Maaf! saudara tersalah nombor agaknya?"

"Hei!! Saudari fikir saya buta ke?" Tengking suara itu. Herly Diana semakin bosan.

"Mana ada emak saudara dalam rumah ni?"

"Baiklah.. saya akan sampai sekejap lagi!!" Dihempasnya gagang telefon dengan kasar.

Herly Diana juga berbuat demikian. Kemudian dia duduk di kerusi dengan wajah masam sambil tidak habisnya dia mengutuk perbuatan suara tadi. Herly Diana menganggap pemilik suara itu tidak siuman. Tetapi kecut juga hatinya bila teringat ugutan suara tadi.

Jam di dinding menunjukkan angka lapan malam. Puan Alimah belum juga pulang. Herly Diana menyiapkan makan malam sementara masih menunggu panggilan telefon dari Shah Effendi.

Terdengar bunyi enjin kereta masuk keperkarangan rumah. Sebentar kemudian enjin dimatikan. Sangka Herly Diana, Puan Alimah sudah pulang. Segera dia menghampiri pintu depan. Ketika itulah ketukan yang berlagu kedengaran.

Herly Diana kehairanan. Ketukan itu lain dari biasa. Selalunya Puan Alimah akan membunyikan lonceng atau memanggilnya sahaja. Herly Diana serba salah lalu teringat akan ugutan pemuda yang menelefon sebentar tadi. Ugutan itu terngiang-ngiang di telinganya seiring dengan nasihat Puan Alimah, agar dia berhati-hati.

Dalam keadaan serba salah, tanpa sedar tangan Herly Diana sudah pun membuka sedikit daun pintu. Mungkin kerana tidak tahan mendengar ketukan yang bertalu-talu. Apa yang diharapkan Herly Diana akan kemunculan Puan Alimah, tidak benar sama sekali. Yang berada di hadapannya kini ialah sesusuk tubuh gagah berbaju kemeja lengan pendek dan berseluar Army. Seraut wajah tampan bujur sireh dan berkulit cerah, sedang tercengang kehairanan dengan anak matanya yang merenung wajah Herly Diana.

Bibirnya yang tadi terukir senyuman, hilang serta merta apabila orang yang membuka pintu untuknya, bukanlah orang yang diharapkan. Anak muda itu meletakkan sebuah beg besar di tepi kakinya. Tangan kanan memain anak kunci sementara tangan kirinya pula menahan dinding di sebelah bingkai pintu. Dan matanya masih mengawasi Herly Diana.

Herly Diana juga terkejut dengan kemunculan pemuda itu sehingga terlupa apa yang sepatutnya dilakukan. Baru setelah menyedari wajahnya menjadi santapan mata liar anak muda tampan itu, wajahnya memerah. Bibirnya menyusun kata-kata.

"Saudara cari siapa?"

Pemuda itu mempamerkan wajah kurang senang dengan pertanyaan itu.

"Saya cari orang yang kurang ajar terhadap saya di telefon tadi."

Jawapan pantas lagi tegas dari pemuda itu betul-betul memeranjatkan Herly Diana. Pada saat itu Herly Diana berharap Puan Alimah akan segera pulang. Untuk sementara segala-galanya diserahkan pada nasibnya sahaja.

"Tapi saudara ni siapa dan macammana tahu sampai kemari?" Tanya Herly Diana dengan nada tinggi sedikit.

"Masakan ular tak tau jalan pulang ke sarangnya? Hmm… Saudari ni siapa pula?" Pemuda itu bertanya semula dengan sikap yang agak angkuh.

Herly Diana jadi meluat memandang pemuda itu. Pada pendapatnya wajah dan sifat pemuda itu sangat tidak bersesuaian.

"Maaf, saya orang baru di rumah ni. Saya dah diingatkan supaya tak menerima sebarang tetamu yang tak saya kenali."

"Ooo… patutlah! Orang baru… tak hairanlah kalau saudari ni tak kenal yang mana satu tuan rumah, yang mana satu tamu."

Herly Diana mengigit bibir. Geram dengan sikap pemuda itu. Dia agak tersinggung mendengar kata-kata tadi. Belum sempat dia menjawap, sebuah kereta masuk keperkarangan rumah sambil membunyikan hon. Mereka berdua menoleh ke arah seorang wanita yang baru keluar dari perut kereta. Kedua mereka yang menunggu di depan pintu rumah tersenyum puas. Senyuman Herly Diana kerana terselamat dari keadaan serba salah. Manakala senyuman pemuda tadi kerana dapat melihat wajah orang yang diharap-harapkan tadi.

"Min..!! Kau pulang nak!?" Begitulah jeritan yang keluar dari mulut Puan Alimah.

"Ya mak."

Keduanya saling merapati dan berpelukan. Pemuda itu mencium tangan Puan Alimah. Puan Alimah membelai rambut pemuda itu sambil mengesat airmata. Herly Diana jadi tambah serba salah. Timbul pula rasa bersalahnya terhadap pemuda itu.

Setelah menyedari keadaan sekeliling, Puan Alimah dan anak muda itu menoleh ke arah pintu sambil tersenyum. Tetapi tidak bagi pemuda itu. Puan Alimah mengajak anak muda itu masuk.

"Angkat beg ini ke dalam, Ana." Suruh Puan Alimah sambil menunjuk beg pemuda tadi.

"Baik mak cik.." Herly Diana menurut. Semasa membawanya masuk ke dalam, dia sempat menjeling benci ke arah pemuda itu yang kebetulan juga memandangnya.

Terkejut dengan jelingan itu, bibir yang ingin tersenyum tadi terus tidak menjadi. Pemuda itu menoleh Puan Alimah, tetapi Puan Alimah tidak perasaan akan perbuatan Herly Diana. Dan akhirnya dia menoleh semula ke arah Herly Diana yang sudah pun melangkah.

"Bila pula Min ada sepupu secantik ni, mak?" Pemuda itu bersuara dengan nada yang seakan mengejek. Tujuannya hendak menyakitkan hati Herly Diana sebagai membalas perbuatannya tadi.

Mendengar itu Herly Diana terhenti berjalan tanpa menoleh. Dia hanya menggigit bibir dengan geram. Bila dia ingin meneruskan langkah semula, terdengar suara Puan Alimah memanggil.

"Oh ya! Terlupa mak nak kenalkan. Ana! Mari kemari.."

Herly Diana meletakkan beg tadi dan berjalan menghampiri Puan Alimah.

"Ana.., ini anak sulung mak cik.. Norazmin namanya. Dan Min..," dia memandang anaknya. "Ini Ana, dia bekerja di sini. Tapi mak tak pernah anggap dia sebagai pembantu. Dia macam keluarga kita sendiri. Mak harap Min dapat menerimanya dalam rumah ni."

Norazmin tersenyum pada emaknya. Dia menghulurkan tangan pada Herly Diana. Dengan ragu-ragu Herly Diana menyambutnya tetapi segera dilepaskan bila mendengar Norazmin berkata.

"Lain kali jawap telefon tu biarlah bersopan sikit." Norazmin menunjukkan wajah selamba.

"Kenapa cakap macam tu Min?"

Herly Diana tidak lagi berdiri di situ apabila Norazmin menjawap pertanyaan Puan Alimah. Dia melangkah menuju ke dapur. Tetapi sempat juga dia mencapai beg Norazmin dan diletakkan di atas meja di ruang tamu.

Puan Alimah hanya menggeleng kepala sambil menjeling ke arah anaknya. Melihatkan Herly Diana pergi dengan marah, Norazmin ketawa besar sambil mengenyitkan mata pada Puan Alimah. Dia puas hati apabila dendamnya terbalas.

Tidak lama kemudian terdengar suara kedua beranak itu berbual-bual. Herly Diana sibuk menyiapkan minuman.

Di hati masih ada dendam. Herly Diana berjanji akan mengenakan Norazmin satu hari nanti. Pada Herly Diana, walaupun Norazmin seorang anak muda yang kacak. Dan walaupun pada awal tadi Herly Diana terpegun juga dengan tatapan mata Norazmin yang pertama kali, namun hatinya tetap sakit mengenangkan kata-kata sindiran dari Norazmin. Dia benar-benar tersinggung. Satu pertanyaan yang Herly Diana belum pasti jawapannya, mengapa Puan Alimah tidak pernah bercerita tentang Norazmin selama ini?

Malam pertama Norazmin berada di dalam rumah itu membuatkan Herly Diana rasa pergerakkannya tidak bebas seperti selalu. Puan Alimah sendiri kurang memberi perhatian padanya. Tetapi ketika makan malam, dia dipelawa juga untuk makan bersama. Oleh kerana sedar akan diri, Herly Diana menolak untuk kali ini. Puan Alimah tidak pula memaksa seperti selalu. Mungkin faham perasaan segan gadis itu. Herly Diana bersyukur kerana terlepas dari makan semeja dengan pemuda yang entah sejak bila, seakan jadi musuh padanya.

Untuk menghilangkan bosan, Herly Diana menghilangkan diri ke dalam bilik. Hatinya masih sakit. Ditambah pula bila teringatkan Shah Effendi yang belum juga menghubunginya.

Apabila telah selesai semua kerja pada malam itu, Herly Diana meminta izin untuk tidur awal. Sementara Puan Alimah dan Norazmin masih berbual-bual. Menghilangkan rindu yang sekian lama bertahta di hati masing-masing. Dari Puan Alimah, Norazmin mengetahui segalanya mengenai Herly Diana.

Keesokannya Puan Alimah tidak ke pejabat. Dia mengajak Herly Diana ke pasar. Mereka berbelanja lebih hari itu. Menurut Puan Alimah, dia hendak masakkan makanan kegemaran Norazmin. Herly Diana hanya menurut sahaja. Dalam hatinya dia memuji keberuntungan Norazmin kerana mempunyai ibu yang perihatin seperti Puan Alimah.

Sewaktu berada di dalam kereta untuk pulang ke rumah, Herly Diana memberanikan diri bertanya sesuatu.

"Mak cik, kenapa selama ni mak cik tak pernah beritahu Ana yang mak cik ada seorang lagi anak, selain dari arwah anak gadis mak cik tu?"

Puan Alimah tersenyum dan menjawap dengan ikhlas.

"Memang mak cik ingat nak beritahu, tapi belum ada masa yang sesuai. Tak sangka tahu-tahu jadi macam ni..," Puan Alimah tergelak sebelum menyambung. "Mak cik hantar Min belajar di universiti di Melbourne selama tiga tahun. Mak cik bangga kini dia pulang dengan perangai yang tak seperti dulu. Mudah-mudahan…"

"Yang dulu tu.. kenapa mak cik?"

"Dulu Min begitu pendiam, tak reti campur orang sangat. Tapi semalam mak cik lihat perubahannya. Mungkin bila dah hidup sendiri dan bersama dengan kawan-kawannya, dia dah berubah. Tengak sajalah semalam..," Puan Alimah tertawa "Nak balik pun tak dibagitahu. Katanya nak bagi mak cik terkejut."

Herly Diana turut ketawa. Namun dalam hatinya berbisik. ‘Dan beri kejutan pada diriku juga.’

Perbualan berakhir apabila kereta yang dipandu oleh Puan Alimah masuk keperkarangan rumah. Norazmin telah sedia menunggu di pintu sambil tersenyum.

Herly Diana membawa banyak beg-beg plastik dan berat-berat pula. Dia berjalan ke halaman rumah lebih dulu dari puan Alimah.

"Tolong bawakan barang-barang tu Min!"

"Ya mak.."

Norazmin hulurkan tangan pada Herly Diana. Ketika Herly Diana ingin menyerahkan barangan yang di tangan kanannya, Norazmin menarik kembali tangannya dan terus melangkah menghampiri Puan Alimah yang ketika itu sedang mengangkat sedikit lagi barang.

Herly Diana menoleh geram ketika melihat Norazmin mengambil barang yang di tangan Puan Alimah. Tetapi dia segera berlalu dari situ bila dia perasan Puan Alimah sedang memandangnya.

"Min.. Min, kenapa tak tolong bawakan barang Ana saja tadi?"

Norazmin tersenyum riang. "Mak ni yang lebih patut Min tolong."

Puan Alimah hanya mengeluh dan mereka pun terus masuk ke dalam. Herly Diana sudah berada di dapur dan mengemas belian mereka.

Sewaktu Herly Diana dan Puan Alimah sedang sibuk memasak, Norazmin juga sibuk mengganggu. Dia seakan sengaja menunjukkan sifat manjanya di hadapan Herly Diana. Sudah tentulah Herly Diana sedar maksud Norazmin. Sengaja menambahkan rasa sakit hati dan menyampahnya terhadap pemuda itu. Kalau boleh ingin saja dia merancang sesuatu untuk membalas perbuatan Norazmin sejak dari semalam.

Awal tengahari rakan-rakan kerja Puan Alimah, berkunjung ke rumah. Rupa-rupanya Puan Alimah memang mempelawa mereka makan tengahari bersama untuk meraikan kepulangan Norazmin.

"Ana! Pergi panggilkan Min turun. Cakap kawan mak cik dah sampai dan nak mulakan jamuan." Perintah Puan Alimah dengan mesra.

Bila Herly Diana sudah berlalu, salah seorang rakan Puan Alimah bersuara. "Cik Alimah ni.. nampak sayang benar kat Ana tu.."

"Hem em.. begitulah nampaknya." Jawap Puan Alimah bersahaja.

"Tak takut ke Cik Alimah jika di biarkan dia tinggal bersama dalam rumah ni. Maklumlah.. Cik Alimah sendiri ada anak bujang."

Puan Alimah yang memang sudah menduga soalan begitu akan terkeluar, dengan segera menggelengkan kepala. Namun jawapannya tetap kedengaran mesra.

"Saya lebih kenal dengan sikap dan perilaku kedua-duanya yang dalam jagaan saya."

Walaupun begitu jawapan yang di bibir, tetapi di hatinya berdoa. ‘Mudah-mudahan keluarga ku dijauhi dari segala nista.’

Sementara itu di atas, Herly Diana mengetuk perlahan pintu bilik Norazmin. Norazmin yang menyangka ibunya yang mengetuk, segera membuka pintu sambil tersenyum. Bila terpandang wajah Herly Diana, segera pula senyumannya hilang dan berpura-pura menunjukkan keangkuhan.

"Hem! Ada apa?"

Dengan angkuh juga Herly Diana menjawap, membalas sikap Norazmin.

"Mak awak panggil tu! nak makan tengahari dengan kawan-kawannya."

"Hei! Biadap sekali awak ni ya! Lain kali panggil saya tuan, bukan awak! Mengerti?"

Herly Diana menjeling.

"Hem.. baiklah tuan.." Herly Diana segera berlalu dengan geram.

‘Mengada-ngada.’ Begitulah kata hati Herly Diana. Di sebalik daun pintu, Norazmin tertawa senang.

Kali ini Herly Diana dipelawa makan bersama. Tetapi untuk sekali itu juga dia menolak. Mungkin tidak ada lagi penerimaannya untuk makan semeja lagi dengan Puan Alimah.


SELAMA dua hari semenjak kepulangan Norazmin, Herly Diana merasa kurang selesa di rumah besar itu. Ada saja perangai yang dilakukan pemuda itu untuk menyakitkan hatinya.

Pernah sekali sewaktu Herly Diana sedang menghidangkan minuman petang untuk mereka, Herly Diana menyusun gelas minuman itu di atas meja di ruang tamu. Ketika itu Puan Alimah dan Norazmin sedang menonton televisyen. Apabila Herly Diana ingin melangkah semula ke dapur, dia berjalan di sebelah kerusi yang diduduki Norazmin. Saat itulah Norazmin sengaja mengangkat sikunya untuk menggaru kepala. Menyebabkan sikunya terlanggar dulang tembaga yang dipegang Herly Diana. Kerana terlalu terkejut, dulang itu terlepas dari pegangan lantas menimpa ibu jari kaki Herly Diana.

Puan Alimah terkejut dan menegur perbuatan Norazmin.

"Alah.. siku Min pun sakit juga mak.." Begitulah jawapan Norazmin dengan lagak manjanya.

"Kamu tak apa-apa, Ana?" Tanya Puan Alimah yang sudah menghampiri Herly Diana.

"Er.. tak mengapa mak cik.." Herly Diana merenung tajam ke arah Norazmin yang sedang tersenyum sinis.

Seketika kemudian Herly Diana pun berlalu ke dapur dengan berjalan terhencot-hencot. Setibanya di dapur, dia menangis kerana tidak dapat menahan sakit hatinya. Ditambah lagi dengan sakit ibu jari kakinya.

Kerana sikap Norazmin yang kerap begitu, Herly Diana merasakan bahawa dirinya tidak disukai. Maka satu pagi dia bersuara ketika Puan Alimah sedang bersarapan. Norazmin belum juga turun-turun.

"Em.. mak cik, berapa hari mak cik ambil cuti?"

"Hari Isnin baru mak cik ke pejabat. Mengapa Ana?"

Sempat Herly Diana menghitung. Hanya ada tiga hari sahaja lagi Puan Alimah akan berada di rumah. Dan seterusnya sudah tentulah dia akan tinggal berdua sahaja dengan Norazmin. Rasa gundah perasaan wanitanya tidak dapat digambarkan.

"Kenapa Ana?"

Herly Diana terkejut. Barulah dia sedar yang dia sepatutnya memberi jawapan pada pertanyaan Puan Alimah.

"Mak cik, selepas hujung minggu izinkan Ana berulang alik dari rumah ke sini ya?"

"Kenapa pula?" Puan Alimah jelas terkejut. "Layanan kami tak memuaskan ke?"

"Bukan begitu mak cik! Ana rasa tak manis kalau Ana tinggal sendirian bersama anak mak cik, semasa mak cik ke pejabat."

"Tapi kalau Ana berulang alik pun, Ana tetap tinggal berdua dengan Min semasa mak cik kepejabat kan?" Puan Alimah bertanya semula walaupun dia tahu apa sebenarnya maksud Herly Diana.

"Ya.. tapi itu hanya untuk beberapa jam saja. Bagaimana kalau mak cik kena pulang lewat jika ada mesyuarat. Kan.."

"Mak cik faham Ana," potong Puan Alimah. "Mak cik mengerti maksud Ana. Baguslah kalau Ana tahu bezakan yang mana baik atau tak baik. Tapi mak cik tetap tak benarkan Ana berulang alik. Mak cik akan kehilangan kau, Ana.." Di akhir katanya Puan Alimah bernada sayu.

"Ana tak sangka mak cik begitu mengharapkan Ana. Tapi setiap hari Ana pasti datang membuat kerja-kerja Ana seperti biasa."

"Dan Ana juga boleh bekerja seperti biasa di rumah ni tanpa berulang alik kan? Mak cik percayakan Ana. Usahlah risaukan tentang Min. Mak cik akan nasihatkan dia supaya berkelakuan baik." Puan Alimah masih berkeras membantah.

"Tapi mak cik..," Herly Diana serba salah untuk meneruskan kata-katanya. "Apa pula orang sekeliling kata nanti?" Akhirnya terluah juga.

Puan Alimah berdiri serta merta membuatkan Herly Diana terkejut.

"Berapa kali mak cik nak ingatkan? Jangan fikirkan pandangan orang terhadap kita! Segala-galanya kan terletak pada diri kita sendiri. Kalau kita tak pandai jaga maruah! Maka buruklah jadinya."

Herly Diana tertunduk. Tidak berani menatap wajah majikannya. Melihatkan itu, Puan Alimah menyesal kerana telah meninggikan suara. Dia duduk kembali.

"Maafkan mak cik, Ana. Mak cik sebenarnya tahu apa yang Ana fikirkan. Tapi percayalah.. sesuatu pasti terhindar jika Ana dan Min sama-sama pandai jaga diri. Mak cik akan cakap dengan Min. Lagipun mak cik dah rancang nak suruh dia ambil alih tugas mak cik di pejabat." Puan Alimah memberi jaminan dan berharap Herly Diana dapat menerima alasannya.

Herly Diana tidak mampu bersuara lagi. Tidak pula berdaya membantah. Melainkan terpaksa juga menghadapi segala kemungkinan.

~~~~

BERSAMBUNG... INSYAALLAH
posted by BLOGGER @ 1:58 PTG  

Kongsi Karya Ini Di Dinding Facebook Anda
0 Comments:

Catat Ulasan

TINGGALKAN ULASAN DAN KOMEN, PADA SETIAP KARYA YANG ANDA BACA Penulis memerlukan ulasan dan komen, bagi memperbaiki penulisan dan memperbetulkan kesilapan. Komen dan ulasan anda akan memberi satu semangat kepada penulis, untuk terus menulis karya dan seterusnya menghasilkan karya yang menarik. Kerjasama & sokongan daripada pembaca amat kami hargai. Sebab itulah kami menyediakan HADIAH, sebagai penghargaan kepada penulis dan juga kepada pembaca yang aktif memberi komen & ulasan

<< Home

 

 

 NOVEL TERBARU DI PASARAN

 

 

"Dia hidup bukan kerana cinta. Dia hidup kerana kehadiran Prince Charming yang menyelamatkannya. Semuanya gara-gara dia mengoyak Carta Prince Charming—carta misteri yang tiada sesiapa tahu dari mana datangnya. Yang pasti, memang dia langsung tidak percaya dengan sumpahan yang dikatakan berkaitan dengan Carta Prince Charming.

"Sumpahan puteri? Kau ingat ini cerita dongeng ke? Puteri apa yang nak sumpah aku ni? Puteri bunian? Puteri lindungan bulan?”

Desakan daripada Sofea membawanya ke Kelab Bola Sepak. Di situlah Prince Charming berkumpul. Tetapi hanya seorang sahaja Prince Charming yang dicari-carinya. Namun, untuk mencari Prince Charming bukanlah mudah, namun dia yakin, antara mereka, pasti salah seorang adalah penyelamatnya.

Orang tu pun satu! Dah selamatkan nyawa orang, tak reti-reti ke nak munculkan diri? Bukan ke lagi senang kalau datang berdiri depan aku dan cakap, Sayalah yang selamatkan awak daripada kena langgar semalam. Finish! Tak adalah nak panjangkan cerita sampai beratus muka surat semata-mata nak cari Prince Charming!

Tajuk: Prince Charming
Penulis: Ratu Bulan
Terbitan: Fajar Pakeer

Harga: RM19.90
Ulasan:

 


 

NOVEL HANGAT DIPASARAN

 

 

Pertemuan pertama memberi impak yang berbeza kepada dua insan. Maria malu mengenang, sedang Hisyam mahu mendekat. Maria semakin resah apabila Hisyam terus-terusan mendesak. Dalam benci ada rindu. Bijak Hisyam memujuk, mereka akhirnya disatukan.

Salina hadir menjadi duri dalam daging. Bagi Hisyam, gadis itu ialah sahabatnya yang terbaik. Insan paling dipercayai. Namun, dalam diam, Salina meracuni hubungan mereka. Salina ada agenda yang tersendiri.

Semakin hari, semakin nipis rasa percaya Maria terhadap Hisyam. Namun, dia tidak mungkin menghindar rasa kasih yang sudah menebal. Demi menunaikan permintaan Maria, Hisyam tega melamar Salina walau ada luka di hati.

Sanggupkah Hisyam menduakan Maria yang pernah dicintai sepenuh hati? Dan, Maria, mampukah membiarkan suami tersayang jatuh ke tangan Salina? Atau, Mariakah orang ketiga yang tidak lagi diperlukan kehadirannya oleh Hisyam?

 

Baca bab awal dari bab 1-15 di www.takmungkinkuhindar.blogspot.com
 

Tajuk: Tak Mungkin Kuhindar
Penulis: Ana Sofiya
Terbitan: Fajar Pakeer

Harga: RM22.90
Ulasan:

 


       Karyaseni

www.karyaseni.my
www.karyaseni.com.my
       Menarik Klik Dibawah
    50 Karya Terbaru

  Info Karya Terkini

      Baca Karya Pilihan

  Pelukan Cinta - Novel cinta yang 90% adalah kisah benar, wujud lagikah manusia sebegini?

 

  Suami Aku Ustaz - Bila Suami Yang Merupakan ustaz kini menjadi suamiku, Sebuah novel yang banyak menekan nilai-nilai islamik

 

  Terlerai Kasih Sebuah novel yang heroinnya bertudung, novel yang begitu menarik. selamat membaca

 

  Kahwin Ganti - Novel yang pasti dapat memikat hati pembaca. bagaimana seorang yang sakit menjadi suamiku

 

  Kemilau Karya Kasih - Kisah  anti novel melayu, yang memandang jijik dan hina novel melayu. ikuti kisah menarik ini.

 

  Opps pintu hatiku - Kisah yang menarik pilihan yang mampu memberi keseronokan membaca

 

  Pilihan Mama - perlukah ikut pilihan mama, sedangkan pilihan mama umpama manusia yang tidak berperikemanusian

 

  Tak Mungkin Kuhindar - Novel yang mendapat sambutan dan popular di penulisan2u

 

  Dibius Cinta - Cucukan jarum cinta manakah yang mampu membius hatiku. Kalau sudah membaca novel ini kali pertama, pasti tidak akan berhenti.

 

 

klik pada tajuk untuk membaca karya pilihan di atas

 

      Iklaneka

 

125 

 

 

 

 

 

Berminat iklan di blog penulisan2u? hubungi kami di email : Bantuan@penulisan2u.net

      Tarikh Karya

 

Ikuti blog ini | Follow this blog

      Berita Hangat

Penulisan2u sedang berkerjasama dengan Penerbit Novel bagi memberi peluang kepada penulis-penulis berbakat dan karya yang menarik. Antara novel yang sudah di terbitkan

 

  Biarlah YM Berbicara

  Baju Pengantin Mak Andam

  Siapakah Di hatiku

  Hot Gimmick

  Pergilah Air Mata

  Sepupuku Suamiku

  Hadirmu Takdirku

  Cermin

  Tak Mungkin Kuhindar

  Bini Aku Tomboy Ke?

  Jodoh Atau Cinta

  Prince Charming

  AD + IZ 

 

Tunggu kemunculan novel-novel terbaru dari penulis penulisan2u setiap bulan di pasaran.

      Ingin Hadiah?

PERADUAN KUIZ . Tahniah kepada 10 Pemenang Kuiz, Hadiah ditaja oleh Syarikat Penerbitan Kaki novel Enterprise. Klik Disini untuk melihat Senarai pemenang.

 

UNTUK PENULIS. 5 Penulis terbaik pilihan pembaca setiap bulan. akan menerima hadiah sebuah novel. Blog pertama dan satunya2 blog yang memberi hadiah kepada penulis. Klik Disini untuk melihat senarai Penulis terbaik pilihan pembaca setiap bulan

 

UNTUK PENGULAS & PEMBACA?

2 Pengulas paling AKTIF dengan memberi komen yang ikhlas dan membina, pada setiap karya cerpen / novel  di penulisan2u akan menerima hadiah sebuah NOVEL.

 

      Bilik Sembang

Info
TAG

koleksi novel, koleksi novel cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik, novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru, teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram, cerita, cerita cinta, cerita melayu

UCAPAN

1/1/2009:
Tahun baru misi baru, cerpen dan novel pun baru. semoga terhibur bersama blog kami

KATA HIKMAH

1) Cara yang pasti untuk terlepas dari berjaya ialah terlepas peluang

2)"Jika saya ingin memulakan kembali perniagaan saya, maka saya akan memilih perniagaan network (MLM)"DONALD TRUMPH

3) "ada menyebut, 9/10 daripada rezeki berpunca daripada perniagaan" HADIS

4)Dalam tempoh lima tahun akan datang hanya wujud 2 jenis perniagaan iaitu perniagaan yang menggunakan INTERNET sebagai platform ATAU perniagaan tanpa internet yang akan terkeluar dari persaingan dunia perniagaan.” Apabila ditanya kepada beliau, bagaimana awak boleh jadi di antara orang yang terkaya di dunia? Jawab beliau,“Saya berada ditempat yang betul tepat pada masanya, saya melihat VISI dan yang sangat penting. Saya melakukan TINDAKAN!!”. BILL GATES

5) "Daripada 40 orang terkaya yang berumur di bawah 40 tahun, separuh daripada mereka berjaya melalui INTERNET."  -MAJALAH FORTUNE-

6) Jika anda mahu melakukan sesuatu anda akan mencari jalan dan jika anda tidak mahu melakukan sesuatu anda akan mencari alasan

7) Siapa yang tidak pernah gagal, dia tidak akan menjadi kaya -charles h.spungeon-

8) Ingatlah Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum melainkan kaum itu sendiri berusaha mengubahnya - al-Radu [13]: 11-

9) 99% kejayaan dibina dari kegagalan yang lalu, siapa yang mahu dan tidak bertindak, dia adalah haiwan perosak -willim blake-

9) Banyak hal yang kita sebut sebagai was-was untuk bertindak seringkali dapat diubah menjadi kejayaan dan keuntungan, hanya dengan mengubah sedikit sahaja sikap dalam diri seseorang daripada rasa takut bertukar untuk berjuang

10) semasa kita berhenti dari berfikir, kita biasanya terlepas satu peluang

11) Ilmu melalui bukunya, kemahiran melalui pengalamanya, kejayaan melalui usahanya


TAG

koleksi novel, koleksi novel cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik, novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru, teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram, cerita, cerita cinta, cerita melayu

Inspirasi kejayaan yang cemerlang di
www.kerjaya.net
      Chit-Chat Corner

online
     Rakan Niaga

Rahsia dari 8 Jutawan Malaysia

Rahsia penjimatan elektrik

117 Idea Bisnes Luar Biasa

Webhosting Terbaik Malaysia

Video Tutorial Bisnes Internet

Peluang Bisnes SMS

Google Adsense jana Duit

Rahsia perniagaan digital

Business Internet

Cara Format PC

Perkakasan membina website

Cara membina Blog wordpress

Buat Duit dengan Ebook

Rahsia sistem merekrut MLM

Menjana pendapatan di EBAY

Tingkatkan Traffik ke website

Tiada duit untuk kahwin?

Rahsia Bisnes di Internet

Panduan asas membina blog

Jana wang dgn unit trust

Belajar design grafik

Bengkel website

10 Model Bisnes internet

Pakej bisnes internet

Belajar HTML website

Rahsia teknik bisnes di EBAY

      Novel pilihan

sinopsis klik pada gambar

   Diari Penulis

    • Aisya Sofea

    • Anis Ayuni

    • Bikash Nur Idris

    • Damya Hanna

    • Dhiya Zafira

    • Eny Ryhanna

    • Salina ibrahim

    Dina Najat

    • Ahadiat Akashah

    • Norhayati Berahim

    • Aina Emir

    • Hafirda Afiela

    • Hani Fazuha

    • Dewi Sukma

    • Sri Diah

    • Zn Isa

    • Lily Suraini

    • Lily Haslina

    • Nia Azalea

    • Rose Harissa

    • Norzailina Nordin

    • Aleya Aneesa

    • Liza Zahira

    • Ida Nardiel

    • Eka fahara

    Syima Syawal

    • Meen Zulaikha

    • Rose harissa

    • Aleya Aneesa

    • Lynn Dayana

    • Mersik Romoyu

         Ingin Menjadi Penulis?

Creative Enterprise Sdn. Bhd., sedang mencari manuskrip kanak-kanak atau remaja. Ini kerana pihak kami ingin memperluaskan dan memperbanyakkan bahan bacaan untuk kanak-kanak dan remaja. Di samping itu kami juga ingin memupuk minat membaca dalam kalangan kanak-kanak dan remaja. ( klik disini )

Karyaseni Enterprise ingin memaklumankan kepada anda yang berminat untuk menghantar manuskrip anda kepada KS untuk penilaian, sila email kan sinopsis dan tiga bab awal ke alamat email berikut: Manuskrip@karyaseni.my

KarnaDya Solutions Sdn Bhd. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan? hantarkan karya anda. Sebelum anda menghantarkan manuskrip anda, sila hantarkan butiran berikut terlebih dahulu melalui emel/pos. untuk maklumat lanjut ( klik disini )

NB Kara Sdn Bhd dengan berbesar hati menjemput mana-mana penulis yang merasakan diri mereka layak menjadi penulis yang versatil, menghantar manuskrip mereka kepada NB Kara Sdn Bhd. Tulisan anda terlebih dahulu akan dinilai oleh penulis prolifik Norhayati Berahim dan juga beberapa panel editor sebelum diluluskan untuk terbitan.
 ( klik disini )

Jemari Seni Publishing. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan? Untuk tujuan pengiriman manuskrip, JEMARI SENI telah menggariskan panduan kepada penulis-penulisnya. untuk maklumat lanjut ( klik disini )

 

Alaf 21 Sdn Bhd. Tahun 2008 bakal menjanjikan sinar kecemerlangan seandainya karya anda terpilih untuk diterbitkan oleh Alaf 21, penerbit novel tersohor di Malaysia. Jika anda mempunyai salah satu manuskrip tersebut, kami ingin menatap dan menilainya. Sekiranya sesuai, pihak kami ingin menerbitkannya di bawah jenama ALAF21. ( klik disini)

   Ahli Pelawat
      Novel Di Pasaran

Kenangan Terindah - Hezzy Azra

Serasi di hati - Nora Ismail

Nama aku N - Aina Emir

Bunga Syurga - Anita Aruszi

Episod cinta luka - Fateen Najwa

Sandaran kasih - Aini Marisha

Fitrah kasih - Ilani Mysara

Bukan yg pertama - Salina Ibrahim

Ternyata cinta - Damya Hanna

Selagi ada dia - Aisya Sofea

Kembalikan cintaku - Norhayati NB

Warna hati - Meen Zulaikha

Seribu kali sayang - Anis Ayuni

Menanti kasih - Norzailina nordin

Cahaya - Nura zulaikha

Dakapan cinta - Eny Ryhanna

Hanya kita berdua - Aina emir

Ku Utus Rindu - Intan Arnida

Usikan rindu - Qaira Qasidah

Segalanya untukmu - A.Anessa

 

Dapatkan dikedai berhampiran anda

      Bantuan Carian

Dua cara asas untuk memudahkan anda melayari laman blog penulisan2u pada masa akan datang. pastikan anda set laman penulisan2u sebagai  "homepage utama" atau dengan "add to favorite" di pelayar komputer anda. caranya dgn klik dibawah:-

 

      Web & Blog Terbaik

Koleksi cerpen & novel online terbaik dari Malaysia, Indonesia, SIngapore & Brunei. Layari di http://penulisan2u.net

Koleksi artikel isu semasa, artikel yang menarik dan hangat http://semasa2u.blogspot.com

tip kehidupan, zodiak, horoskop, petua, tip, puisi, pantun, sajak, dan pelbagai artikel menarik layari di http://istimewa2u.blogspot.com

Blog Berkaitan agama, topik-topik tazkirah, audio, video ceramah, mendengar 114 surah Al-quran secara online, radio-radio dakwah, layari di http://dakwah2u.blogspot.com

Blog Media, Tv streaming online, radio streaming online, surat khabar, rakaman drama, radio era, hot.fm, tv1, tv2,tv3 dan lain-lain. layari di http://mymedia2u.blogspot.com

Blog Koleksi cerita lawak, lucu, kelakar dan video lawak, lucu dan kelakar. layari di laman http://kelakar2u.blogspot.com

Laman web penerbit novel KarnaDya Penerbitan Karyaseni Syarikat penerbitan yang dimiliki oleh Penulisan2u. Novel-novel dari laman penulisan2u akan diterbitkan oleh Karyaseni http://www.karyaseni.my

Laman web syarikat penerbit novel Creative Enterprise Sdn Bhd (CESB). Untuk melihat novel-novel terbaru yang berada di pasaran, layari di http://www.cesb.net.my

Laman web syarikat penerbit Kaki Novel Enterprise. Untuk melihat novel-novel terbaru yang berada di pasaran, layari di http://www.kakinovel.com

Laman web syarikat penerbit NB kara Sdn Bhd. Dimiliki oleh penulis terkenal Norhayati Berahim, Untuk melihat novel-novel terbaru yang berada di pasaran, layari di http://www.nbkara.com.my

Laman web syarikat penerbit Buku Prima Sdn Bhd. Untuk melihat novel-novel terbaru yang berada di pasaran, layari di http://www.bukuprima.com.my

Laman web syarikat penerbit novel jemari Seni Publishing (JS Publishing). Untuk melihat novel-novel terbaru yang berada di pasaran, layari di http://www.jemariseni.com

Laman web syarikat penerbit novel Alaf21 Sdn Bhd (alaf21). Untuk melihat novel-novel terbaru dari Alaf21 layari di http://www.alaf21.com.my

Laman web syarikat penerbit novel Fajar Pakeer Sdn Bhd). Untuk melihat novel-novel terbaru  layari di laman http://www.fajarnovels.com.my

      Kata Kunci

koleksi novel, koleksi novel cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik, novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru, teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram, cerita, cerita cinta, cerita pendek, cerita melayu, cerita online

      Malaysia Group