Kehidupan
adalah anugerah utama Illahi. Anugerah kehidupan memberi gambaran
kebesaranNya buat kita manusia, yang wajib kita syukuri dan hargai.
Internet adalah kemudahan buat umat manusia. Justeru itu,
manafaatkan ia untuk kesejahteraan diri kita dan umat sejagat.
Sentiasalah kita beringat, apa yang kita lakukan, akan dipertanggung
jawabkan pada kemudian hari.
Gunakan sebaik-baiknya kurnia Allah swt kepada kita. Halalkan
kegunaan akal, hati dan lidah pada perkara yang bakal membawa
kecemerlangan diri kita dunia dan akhirat. Kita hidup hanya sekali.
Sekali 'pergi' tak kan kembali. Buat baik berpada-pada, dan buat
jahat JANGAN sekali-kali. Kewujudan website penulisan2u dengan blog
sebagai wadah untuk meningkatkan nilai diri. Bermatlamatkan
penyatuan ummah dengan ciri-ciri kemurnian budi dan budaya. Walaupun,
dunia terus maju dengan teknologi, kita akan terus kekal dengan
akhlak dan jati diri insani.
HERLY DIANA sudah jauh meninggalkan kawasan rumahnya dengan berlari-lari anak menyusuri kaki lima jalan raya. Dia masih terus berlari sehingga tiba di kawasan di mana terdapat ramai orang yang juga melakukan latihan jasmani.
Teriknya sinar mentari pagi membakar kulit muka Herly Diana lalu mengeluarkan keringat. Herly Diana mengesat keringatnya dengan tuala kecil yang tersangkut di bahu. Rambut diikat cara Thailand dan ada saputangan hitam terlilit di dahinya.
Herly Diana masih berlari dan bersaingan dengan seorang pemuda berkulit cerah. Pemuda yang memakai Tshirt dan bermuda, berlari agak perlahan dan kadang-kadang seakan terhenti. Herly Diana ingin memotong jalan pemuda itu, tetapi seperti ada kuasa yang menahan keinginannya, membuatkan Herly Diana terpaksa turut berlari perlahan-lahan di belakang pemuda tadi. Gerak geri pemuda itu menarik perhatian Herly Diana.
Tiba-tiba pemuda itu kelihatan semakin lemah. Kepalanya mendongak ke langit dengan mulut yang terbuka. Tangan kanannya memegang pinggang sebelah kanan sementara lututnya semakin membengkok. Dan akhirnya pemuda itu terduduk di tengah-tengah jalan.
Herly Diana terhenti dengan wajah cemas memerhati pemuda itu. Jarak antara dia dengan pemuda itu hanya tiga langkah sahaja. Herly Diana menoleh ke sekelilingnya melihat kalau-kalau ada sesiapa untuk minta bantuan. Tetapi tiada siapa pun yang boleh diharapkan.
Sementara pemuda tadi semakin kelihatan tenat. Dia mengerang kesakitan sambil tangannya menekan pinggang kanannya. Timbul pula belas di hati Herly Diana. Tanpa berlengah dia merapati dan menyentuh bahu pemuda itu tanpa segan silu.
"Kenapa saudara!?"
Terkejut dan menoleh ke arah Herly Diana, pemuda tadi segera sedar dan sempat mengukir senyuman yang dipaksa. Dia menggeleng kepala sambil berusaha untuk berdiri. Tetapi keadaannya yang lemah menyebabkan dia terduduk kembali.
"Nampaknya saudara dalam kesakitan.. perlukan pertolongan saya..," Herly Diana semakin cemas.
"Saya bawa saudara berjumpa doktor ya?"
"Tak apa!" Pemuda itu memperdengarkan suaranya. Agak garau. Mungkin sudah semula jadi atau barangkali kerana sedang menahan kesakitan. Herly Diana semakin jadi serba salah.
"Jadi apa yang patut saya lakukan? Keadaan saudara tak boleh dibiarkan."
Pemuda itu melepaskan keluhan berat dan akhirnya meminta Herly Diana menghantarnya pulang sahaja. Dengan ikhlas Herly Diana menurutnya.
Pemuda itu tinggal berdekatan di kawasan itu juga. Herly Diana menghantar hingga di hadapan pintu rumah dengan mengikut arahan yang diberi. Sepanjang perjalanan Herly Diana membantu pemuda itu berjalan dengan membiarkan tangan pemuda itu melingkari bahunya. Sementara Herly Diana sendiri terpaksa memelok pinggang pemuda itu.
Ketibaan mereka disambut dengan wajah cemas oleh kedua orang tua pemuda itu. Mereka membiarkan Herly Diana masuk ke rumah dan membantu anak mereka duduk.
"Ya Allah! kenapa dengan kau ni nak?" Ibu pemuda itu bertanya sambil mengerutkan dahi.
"Tenanglah mak cik. Saya terserempak dengan dia di jalan tadi. Nampaknya dia kesakitan." Herly Diana bersuara lembut.
Ayah pemuda itu merenung wajah Herly Diana. "Anak ni kawannya ke?"
Herly Diana tersenyum. Dia menundukkan kepala dan dengan malu-malu dia menjawap.
"Tak pak cik. Secara kebetulan saja saya bertemu dengan anak pak cik. Kami saling tak mengenali."
Ayah pemuda itu melongo tanda mengerti. Sementara ibu pemuda tadi telah pun membawa anaknya masuk ke bilik. Tinggallah Herly Diana dalam keadaan serba salah di hadapan ayah pemuda tadi.
"Anak pak cik tu degil orangnya. Dah lah badan tu berpenyakit.. tak mahu dengar nasihat pula tu." Ayah pemuda itu bersuara lagi sambil membetulkan tali lehernya. Sedang bersiap untuk ke pejabat barangkali.
"Saya nak bawa saja dia ke doktor tadi tapi dia tak mahu dan minta dihantar balik saja." Herly Diana masih menerangkan.
Ibu pemuda tadi keluar dari bilik. Serentak dengan itu Herly Diana bangun diikuti dengan ayah pemuda tadi.
"Eh! kenapa berdiri pula, duduklah.." Kata ibu pemuda tadi.
"Terima kasih saja mak cik. Lain kali kalau ada masa saya datang lagi."
"Mungkin anak pak cik pun perlu bertemu dengan anak ni.. er.. namanya?"
"Herly.. Herly Diana, pak cik."
Kedua orang tuan rumah itu tersenyum mesra dengan tamu mereka. Herly Diana membalas dan menyalami keduanya.
"Kalau nak balik biarlah pak cik hantarkan. Kebetulan pak cik pun dah nak ke pejabat ni."
Mereka berjalan beriringan ke pintu.
"Tak payah susah-susah pak cik, rumah saya pun dekat saja dari sini." Herly Diana menolak dengan lembut.
Pertemuan singkat itu telah menimbulkan kemesraan di antara mereka. Herly Diana pulang dengan kenangan baru.
PADA mulanya Herly Diana ingin melupakan sahaja kenangan dia membantu pemuda itu. Tetapi bila setiap kali dia ingin melupakan, setiap itu juga hatinya resah. Fikirannya tidak tenang selagi dia belum mengetahui keadaan pemuda yang ditolongnya. Akhirnya dia nekad untuk mengunjungi rumah pemuda itu buat kali kedua.
Oleh kerana hari itu hari minggu, maka kedatangan Herly Diana disambut oleh kedua orang tua pemuda itu.
"Nasib baik Ana datang. Anak kami tu asyik bertanyakan Ana saja. Katanya, dia nak jumpa sendiri dengan Ana untuk ucapkan terima kasih."
"Alah berapa sangatlah pertolongan Ana tu pak cik." Kata Herly Diana sambil tersenyum segan.
Sambil mengecapi hidangan kuih lepat pisang dan air limau, mereka berbual mesra. Lebih dua-puluh minit Herly Diana duduk di rumah yang berada di tingkat lima blok itu, namun belum juga Herly Diana ditemukan dengan pemuda itu. \'Tiada di rumah ke?\' Fikir Herly Diana.
Untuk menghilangkan rasa bosan, Herly Diana bertanya jenis penyakit yang dihidapi oleh pemuda itu. Dari penerangan Encik Ahmad, ayah pemuda itu, rupanya pemuda yang ditolongnya mengidap penyakit darah tinggi dan keretakan tulang pinggang akibat kemalangan sedikit masa dahulu.
"Doktor dah beri nasihat supaya tidak membiarkan badannya kepenatan. tapi anak pak cik tu degil. Kalau tak dihalang, hari-hari dia berlari." Kata Encik Ahmad.
"Katanya berjogging tu boleh menyihatkan badan. Hai entahlah.." Isteri Encik Ahmad mengeluh mengenangkan kedegilan anak lelakinya.
Herly Diana tersenyum mendengar. Tetapi dalam hati, dia membenarkan cakap pemuda itu, berjogging memang menyihatkan. \'Teruk sangat agaknya sampai bawa penyakit.\' Itu yang difikir Herly Diana.
Setelah mereka diam beberapa ketika, baru Encik Ahmad mengingatkan isterinya.
"Eh! bila lagi awak nak panggilkan anak kita tu.., karang sampai balik budak ni, anak kita belum jumpa lagi."
"Eh tak ya! Tu lah mak cik ni Ana, kalau dah berbual sampai lupa pula," kata isteri Encik Ahmad sambil tergesa-gesa bangun. "Biar mak cik panggil dia dulu ya." Sambungnya lagi dan terus melangkah.
Encik Ahmad menggelengkan kepala dan memandang kepergian isterinya. Herly Diana hanya tertawa kecil melihat gelagat mereka.
"Ha.. nanti kalau Shah datang, berbuallah ya, pak cik nak ke dalam dulu." Encik Ahmad berkata sambil berdiri.
"Kenapa pula pak cik? Sama-samalah kita berbual nanti." Herly Diana serba salah. Tetapi Encik Ahmad memberi alasan ada kerja hendak dibuat. Dengan terpaksa Herly Diana membiarkan.
Orang yang dinanti pun keluar dan kini sudah berada di hadapan Herly Diana sambil terpegun menatap wajah gadis itu. Ibunya sudah tidak kelihatan lagi.
Herly Diana segera bangun dan bersalaman tanpa menghiraukan renungan pemuda itu.
"Apa khabar saudara? Er...?"
"Saya, Shah Effendi. Panggil Shah saja," pemuda itu menjawap lembut sambil menyambut salam Herly Diana. "Silakan duduk." Pelawanya sesudah itu. Mereka kemudian sama-sama duduk.
"Alhamdulillah.. sekarang saya sihat walafiat. Eh! siapa pula nama saudari ni?"
Herly Diana tersenyum melihat gelagat Shah Effendi yang lekas mesra dengan kata-kata. Lambat-lambat dia menjawap.
"Herly Diana." Dan pemuda itu mengulangi sebutan Herly Diana membuatkan senyuman Herly Diana semakin lebar.
"Cantik nama tu.. seperti orangnya juga." Puji Shah Effendi dengan suara seakan tidak kedengaran.
Herly Diana tertunduk malu. Sedangkan Shah Effendi tidak menghiraukan perasaan Herly Diana ketika itu. Dia berkata dengan bersahaja sambil membongkokkan badan. Kedua-dua sikunya ditekankan di atas peha. Sementara kedua tapak tangannya disatukan, dan sesekali didekatkan ke bibir. Matanya merenung air yang tersedia di meja.
Herly Diana galak memerhatikan Shah Effendi. Melihat dari raut wajah, sinaran matanya yang sayu dan dari tingkahnya, Herly Diana berpendapat, pemuda itu seorang yang keras hati dan bertanggung jawap. Herly Diana senang dapat mengenali orang seperti Shah Effendi.
Menyedari dirinya diperhati, Shah Effendi menoleh ke arah gadis berbaju kurung di hadapannya. Serentak mereka berdua tersenyum dan akhirnya terdengarlah suara tawa mereka.
Perkenalan itu membawa sinar kemesraan pada persahabatan mereka. Sempat mereka bertukar nombor telefon dan berjanji akan pergi berjogging bersama, satu hari nanti.
Lama kelamaan mereka sudah biasa dengan kemesraan. Setiap pertemuan pasti menghiburkan mereka. Mereka bergurau tidak ubah seperti adik beradik, saling mengena antara satu. Mentelah lagi mereka berdua sama-sama anak tunggal dalam keluarga. Perhubungan mereka telah diketahui oleh kedua belah pihak. Bukan Herly Diana sahaja yang sering ke rumah Shah Effendi, malah Shah Effendi juga selalu bertandang ke rumah Herly Diana. Keluarga Herly Diana dianggap tidak ubah seperti keluarganya sendiri.
Satu hal yang sangat digemari oleh Shah Effendi ialah apabila mereka berdebat pasal pelajaran. Kadangkala itu terjadi di hadapan Encik Ariffin. Itulah yang menyenangkan hati Encik Ariffin. Dia mahu dengan adanya Shah Effendi, Herly Diana akan berminat menyambung semula pelajarannya. Sebab itu Encik Ariffin selalu menyebelahi Shah Effendi, bila perdebatan berlaku.
Walaupun Herly Diana sering menemani Shah Effendi menghadapi buku-buku pelajaran, tidak sedikit pun hatinya tercuit minat untuk belajar lagi. Dia sekadar menemani dan menerima atau menolak sesuatu yang diperkatakan, yang pada pendapatnya, tidak benar. Terkadang sampai boleh terjadi pertengkaran. Disebabkan Shah Effendi tidak pernah kehilangan idea untuk bergurau, maka persengketaan mereka tidak berlarutan.
"Erly..," Shah Effendi memanggil dengan suara lembut pada satu hari.
Mereka baru lepas berperang mulut mengenai pelajaran. Shah Effendi menjadi juara dalam perdebatan kali ini, membuat Herly Diana bermasam muka.
"Hmm?" Panggilan Shah Effendi tidak dihampakan.
"Erly senang tak bersahabat dengan Shah?"
Herly Diana terkejut dengan pertanyaan itu.
"Pertanyaan apa ni!!? Kenapa tanya tu pula?" Herly Diana bertanya semula sambil menepuk mesra bahu sahabatnya.
"Tanya saja.. sebab Shah rasa tak sesuailah bersahabat dengan Erly." Shah Effendi mencari riaksi Herly Diana.
"Kenapa!?" Tanya Herly Diana pantas. Agak tersinggung perasaannya.
"Ha!! Itulah yang Shah tunggu.. Pertanyaan itulah."
Shah Effendi bangun dan berjalan berulang alik di hadapan Herly Diana. Kedua tangannya disilangkan ke belakang. Cara jalannya meniru seperti gaya orang bijak pandai. Kemudian dia menyambung kata.
"Sebab Erly seorang wanita dan Shah seorang lelaki. Lelaki mana boleh bergaul dengan wanita. Selain dari haram di sisi ugama, wanita juga mudah merajuk dan menyusahkan kaum lelaki…"
"Shaaahhh..!!!" Jerit Herly Diana sambil bangun dan menerkam dengan geram ke arah Shah Effendi.
Shah Effendi yang sudah menjangka itu akan terjadi, sempat mengelak. Dia ketawa mengejek serta melarikan diri dari di dekati Herly Diana. Terjadilah kejar-kejaran di ruang tamu rumah Herly Diana. Akhirnya Herly Diana turut tertawa riang. Mereka bergurau, melupakan persengketaan yang baru sebentar tadi terjadi.
Tidak mereka sedari bahawa di bahu masing-masing menyimpan tanggung jawap yang berbeza. Tanpa pengetahuan Herly Diana, Encik Ariffin meminta kerjasama Shah Effendi agar dapat memupukkan semula semangat di hati Herly Diana supaya mahu menyambung pelajarannya. Tentu sahaja Shah Effendi bersetuju kerana dia sendiri ingin melihat sahabatnya berjaya.
Sementara itu tanpa pengetahuan Shah Effendi pula, keluarganya meminta kerjasama Herly Diana agar menasihati Shah Effendi supaya tidak mengabaikan segala nasihat doktor, tentang kesihatannya. Bimbangkan kesihatan sahabatnya, Herly Diana berjanji tidak akan menghampakan keluarga itu. Masing-masing hanya menunggu masa yang sesuai untuk melaksanakan tugas masing-masing.
Satu hari Shah Effendi minta Herly Diana menemaninya ke perpustakaan. Mulanya Herly Diana enggan mengikut. Tetapi atas segala usaha Shah Effendi memujuk, akhirnya dia terpaksa menurut. Mereka mengambil tempat duduk yang agak terceruk.
Herly Diana mencapai buku sejarah dan membeleknya tanpa minat. Shah Effendi yang duduk di hadapan Herly Diana juga membelek sebuah buku. Tetapi matanya asyik mengawasi gerak laku sahabatnya.
"Buku apa tu?" Shah Effendi pura-pura bertanya.
"Buku Sejarah.." Jawap Herly Diana bersahaja.
"Masa sekolah dulu, Erly minat tak dengan mata pelajaran Sejarah?" Tanya Shah Effendi lagi, cuba memancing perbualan mengenai pelajaran.
Herly Diana menutup buku tadi dan mengeluh. "Minat juga.. tapi hanya pada masa pelajaran tu diajar sajalah.. lepas tu.."
"Hmm..," Shah Effendi menggelengkan kepala. "Mana boleh macam tu Erly. Mata pelajaran tu penting tau. Kalau tak mana kita tau tentang sejarah sesebuah negeri dan rakyatnya.."
"Em.. dah mulalah tu.." Herly Diana memalingkan mukanya ke lain.
"Mula apanya?" Shah Effendi kehairanan.
"Mulalah tu nak bersyarah! Ha.. ! Kejap lagi terjadilah peperangan hebat lagi."
Shah Effendi tertawa. Dia menutup buku yang dipegangnya.
"Terserahlah apa yang Erly nak kata," katanya dengan sisa-sisa tawa. "Tapi bukan Sejarah saja, malah semua mata pelajaran itu penting untuk menimba ilmu. Shah hairan.. ayah dan ibu Erly bersungguh-sungguh untuk beri Erly pelajaran. Tapi Erly seperti dah tak minat langsung. Sedangkan ada sesetengah orang kita tak mampu menyekolahkan anak mereka walaupun tahu sianak bercita-cita tinggi untuk ke menara gading." Shah Effendi memberi nasihat dengan panjang lebar. Membuat Herly Diana tambah bosan.
"Jadi apa kena mengenanya Erly dengan mereka?"
"Oh.. itu hanya sebagai contoh untuk menyedarkan Erly." Shah Effendi tersenyum.
"Dah habis?" Herly Diana bertanya dengan lagak bodoh. Dia merasa peluangnya sudah terbuka. Belum sempat Shah Effendi menjawap, dia menyambung kata.
"Sekarang dengar pula cakap Erly. Kalau Shah rasa pelajaran tu berguna, ada lebih baik Shah berehat dan mengadap saja semua buku-buku tu. Buat apa buang masa dengan kerap berjogging? Kalau kesihatan Shah tu normal, tak kisahlah! Tapi Shah tu berpenyakit.."
"Tapi Erly..," Shah Effendi memotong sambil tersenyum. "Kalau selalu sangat berehat pun boleh mendatangkan penyakit. Kan baik kita bersukan. Selain menghindari penyakit kita juga tambah sihat."
"Tapi tak semestinya sekerap itu…!! memerah sehabis tenaga sampai membebankan kesihatan. Kan ada lain sukan yang tak memberatkan." Herly Diana kehilangan idea ketika itu. Bercakap dengan Shah Effendi tidak akan ada menangnya. Dia hampir putus asa untuk melaksanakan tugas yang diberi padanya.
Shah Effendi merenung mata Herly Diana. Seketika kemudian dia bersuara. "Baiklah.. cakap pada Shah, sukan jenis apa yang tak payah menggunakan tenaga?"
Herly Diana mati kata-kata. Dia terperangkap dengan bicaranya sendiri. Untuk melegakan kegundahan hatinya, Herly Diana menoleh ke kiri, membuang pandangannya keluar jendela. Memerhati suasana petang yang indah.
Mendengar tiada jawapan, Shah Effendi tersenyum bangga. Untuk tidak menyinggung perasaan sahabatnya, Shah Effendi memegang tangan Herly Diana. Ketika Herly Diana menoleh. Shah Effendi mengenyikan mata kanannya bersama memek muka yang lucu. Membuat Herly Diana tidak mampu menyembunyikan senyuman. Mereka sama-sama tersenyum.
Begitulah telatah mereka. Walaupun masing-masing cuba memberi nasihat pada lawan masing-masing, tetapi keduanya tidak pernah menemui jalan penghujung. Keduanya sama-sama keras hati.
Walaupun sering terjadi perbalahan pendapat, namun tidak pernah sekali pun mereka menjarakkan persahabatan mereka. Semua perbalahan pasti akan diselesaikan ketika itu juga.
Ketabahan, kesabaran dan kesetiaan yang ada pada mereka dalam mengharungi dunia persahabatan sangat-sangat mereka harapkan. Masing-masing berdoa agar tali persahabatan mereka tidak teputus. Bahkan akan tetap terikat sepanjang masa.
Terima kasih kerana membaca cerita Lily.. InsyaAllah sambungannya pasti secepatnya dipostkan. Tunggu blogger kita yang budiman tu.. :)
Penulis ~Putri Lily~
Catat Ulasan
TINGGALKAN ULASAN DAN KOMEN, PADA SETIAP KARYA YANG ANDA BACA Penulis memerlukan ulasan dan komen, bagi memperbaiki penulisan dan memperbetulkan kesilapan. Komen dan ulasan anda akan memberi satu semangat kepada penulis, untuk terus menulis karya dan seterusnya menghasilkan karya yang menarik. Kerjasama & sokongan daripada pembaca amat kami hargai. Sebab itulah kami menyediakan HADIAH, sebagai penghargaan kepada penulis dan juga kepada pembaca yang aktif memberi komen & ulasan
"Dia
hidup bukan kerana cinta. Dia hidup kerana
kehadiran Prince Charming yang menyelamatkannya.
Semuanya gara-gara dia mengoyak Carta Prince
Charming—carta misteri yang tiada sesiapa tahu
dari mana datangnya. Yang pasti, memang dia
langsung tidak percaya dengan sumpahan yang
dikatakan berkaitan dengan Carta Prince
Charming.
"Sumpahan puteri? Kau ingat ini cerita dongeng
ke? Puteri apa yang nak sumpah aku ni? Puteri
bunian? Puteri lindungan bulan?”
Desakan daripada Sofea membawanya ke Kelab Bola
Sepak. Di situlah Prince Charming berkumpul.
Tetapi hanya seorang sahaja Prince Charming yang
dicari-carinya. Namun, untuk mencari Prince
Charming bukanlah mudah, namun dia yakin, antara
mereka, pasti salah seorang adalah penyelamatnya.
Orang tu pun satu! Dah selamatkan nyawa orang,
tak reti-reti ke nak munculkan diri? Bukan ke
lagi senang kalau datang berdiri depan aku dan
cakap, Sayalah yang selamatkan awak daripada
kena langgar semalam. Finish! Tak adalah nak
panjangkan cerita sampai beratus muka surat
semata-mata nak cari Prince Charming!
Tajuk:
Prince Charming
Penulis: Ratu Bulan
Terbitan: Fajar Pakeer
Harga:
RM19.90
Ulasan:
NOVEL
HANGAT DIPASARAN
Pertemuan
pertama memberi impak yang berbeza kepada dua insan. Maria
malu mengenang, sedang Hisyam mahu mendekat. Maria semakin
resah apabila Hisyam terus-terusan mendesak. Dalam benci
ada rindu. Bijak Hisyam memujuk, mereka akhirnya disatukan.
Salina hadir menjadi duri dalam daging. Bagi Hisyam, gadis
itu ialah sahabatnya yang terbaik. Insan paling dipercayai.
Namun, dalam diam, Salina meracuni hubungan mereka. Salina
ada agenda yang tersendiri.
Semakin hari, semakin nipis rasa percaya Maria terhadap
Hisyam. Namun, dia tidak mungkin menghindar rasa kasih
yang sudah menebal. Demi menunaikan permintaan Maria,
Hisyam tega melamar Salina walau ada luka di hati.
Sanggupkah Hisyam menduakan Maria yang pernah dicintai
sepenuh hati? Dan, Maria, mampukah membiarkan suami
tersayang jatuh ke tangan Salina? Atau, Mariakah orang
ketiga yang tidak lagi diperlukan kehadirannya oleh Hisyam?
Penulisan2u
sedang
berkerjasama dengan Penerbit Novel bagi memberi peluang kepada penulis-penulis berbakat dan karya yang menarik.
Antara novel yang sudah di terbitkan
2 Pengulas paling AKTIF dengan memberi komen yang ikhlas dan
membina, pada setiap karya cerpen / novel di penulisan2u akan
menerima hadiah sebuah NOVEL.
•
Creative Enterprise Sdn. Bhd., sedang mencari manuskrip kanak-kanak atau remaja. Ini kerana pihak kami ingin memperluaskan dan memperbanyakkan bahan bacaan untuk kanak-kanak dan remaja. Di samping itu kami juga ingin memupuk minat membaca dalam kalangan kanak-kanak dan remaja.
( klik disini
)
•Karyaseni Enterprise ingin memaklumankan
kepada anda yang berminat untuk menghantar manuskrip
anda kepada KS untuk penilaian, sila email kan
sinopsis dan tiga bab awal ke alamat email berikut:
Manuskrip@karyaseni.my
•KarnaDya Solutions Sdn
Bhd. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
hantarkan karya anda. Sebelum anda menghantarkan
manuskrip anda, sila hantarkan butiran berikut terlebih
dahulu melalui emel/pos. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•NB Kara Sdn Bhd dengan berbesar hati
menjemput mana-mana penulis yang merasakan diri mereka
layak menjadi penulis yang versatil, menghantar
manuskrip mereka kepada NB Kara Sdn Bhd. Tulisan anda
terlebih dahulu akan dinilai oleh penulis prolifik
Norhayati Berahim dan juga beberapa panel editor sebelum
diluluskan untuk terbitan.
(
klik disini )
•Jemari Seni Publishing. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
Untuk tujuan pengiriman manuskrip, JEMARI SENI telah
menggariskan panduan kepada penulis-penulisnya. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•
Alaf 21 Sdn Bhd. Tahun 2008 bakal menjanjikan sinar
kecemerlangan seandainya karya anda terpilih untuk
diterbitkan oleh Alaf 21, penerbit novel tersohor di
Malaysia.
Jika
anda mempunyai salah satu manuskrip tersebut, kami ingin
menatap dan menilainya. Sekiranya sesuai, pihak kami
ingin menerbitkannya di bawah jenama ALAF21.
( klik disini)
•
tip kehidupan, zodiak, horoskop, petua, tip, puisi,
pantun, sajak, dan pelbagai artikel menarik layari di
http://istimewa2u.blogspot.com
•
Blog Berkaitan agama, topik-topik tazkirah, audio, video
ceramah, mendengar 114 surah Al-quran secara online,
radio-radio dakwah, layari di
http://dakwah2u.blogspot.com
•
Blog Media, Tv streaming online, radio streaming online,
surat khabar, rakaman drama, radio era, hot.fm, tv1,
tv2,tv3 dan lain-lain. layari di
http://mymedia2u.blogspot.com
•
Blog Koleksi cerita lawak, lucu, kelakar dan video lawak,
lucu dan kelakar. layari di laman
http://kelakar2u.blogspot.com
•
Laman web
syarikat penerbit novel Creative
Enterprise Sdn Bhd (CESB). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.cesb.net.my
•
Laman web
syarikat penerbit
Kaki Novel
Enterprise. Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.kakinovel.com
•
Laman web
syarikat penerbit NB kara Sdn Bhd.
Dimiliki oleh penulis terkenal Norhayati Berahim, Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.nbkara.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit Buku Prima Sdn Bhd.
Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.bukuprima.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit novel
jemari Seni Publishing (JS Publishing). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.jemariseni.com
•
Laman web syarikat penerbit novel Alaf21 Sdn Bhd
(alaf21). Untuk melihat novel-novel terbaru dari Alaf21
layari di
http://www.alaf21.com.my
•
Laman web syarikat penerbit novel Fajar Pakeer Sdn Bhd). Untuk melihat novel-novel terbaru layari di
laman
http://www.fajarnovels.com.my
Kata Kunci
koleksi novel, koleksi novel
cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik,
novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen
cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru,
teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen
melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram,
cerita, cerita cinta, cerita pendek, cerita melayu, cerita online
Malaysia Group
Blog
Koleksi
Cerpen & Novel proudly powered by Blogger. Best display view 1024x768.
Google Inc
Koleksi Cerpen
& Novel dari Malaysia, Indonesia, Singapore & Brunei
BEST...AHHH TP CPT SKIT SMBG YE...