Kehidupan
adalah anugerah utama Illahi. Anugerah kehidupan memberi gambaran
kebesaranNya buat kita manusia, yang wajib kita syukuri dan hargai.
Internet adalah kemudahan buat umat manusia. Justeru itu,
manafaatkan ia untuk kesejahteraan diri kita dan umat sejagat.
Sentiasalah kita beringat, apa yang kita lakukan, akan dipertanggung
jawabkan pada kemudian hari.
Gunakan sebaik-baiknya kurnia Allah swt kepada kita. Halalkan
kegunaan akal, hati dan lidah pada perkara yang bakal membawa
kecemerlangan diri kita dunia dan akhirat. Kita hidup hanya sekali.
Sekali 'pergi' tak kan kembali. Buat baik berpada-pada, dan buat
jahat JANGAN sekali-kali. Kewujudan website penulisan2u dengan blog
sebagai wadah untuk meningkatkan nilai diri. Bermatlamatkan
penyatuan ummah dengan ciri-ciri kemurnian budi dan budaya. Walaupun,
dunia terus maju dengan teknologi, kita akan terus kekal dengan
akhlak dan jati diri insani.
Suapannya terhenti. Sudu dan garfu diletakkan di pinggan. Matanya lebih terarah pada Badrul. Pada menungan Badrul. Badrul lebih banyak termenung sejak akhir-akhir ini. Dia sedar akan perubahan itu. Teramat sedar. Namun, berat mulutnya untuk bertanya. Biarlah lelaki itu sendiri yang bercerita. Tetapi, setelah hampir sebulan, tiada juga cerita dari mulut Badrul, sedang hatinya sudah dilanda pelbagai persoalan. Sudah dihimpit segunung rasa ingin tahu. Ingin tahu punca perubahan Badrul. Lelaki itu sudah seperti hilang keceriaan. "Bad…," "Bad…,"sekali lagi dia bersuara sambil menyentuh jemari Badrul. Badrul tersentak. Dayana tersenyum. "Melamun…,"ujarnya perlahan. Badrul tersenyum kecil. "Sorry," "It’s okay. Kenapa ni? You ada masalah ke? Bergaduh dengan abah you lagi ya?," Badrul menggeleng perlahan. "Nothinglah. Kenapa tak makan? Tadi cakap lapar," "Tadi memanglah lapar. Tapi, bila tengok you asyik melamun aje, tiba-tiba jadi kenyang," Badrul tersenyum mendengar Dayana bercanda. "Kenapa ni? Dah dekat sebulan I tengok you macam ni. Kenapa? Kalau ada masalah, ceritalah kat I. Mana tahu I boleh tolong?," Badrul diam. Matanya memandang wajah Dayana. Rasa bersalah pada gadis itu, bagai tidak dapat dia buang. Dia ingin berterus terang, tetapi dia takut memikirkan penerimaan Dayana. Dia takut Dayana nekad meninggalkannya. Sedangkan dia tidak mahu kehilangan gadis itu. Dia takut Dayana akan membencinya, sedangkan cintanya melangit pada gadis itu. "Bad…I Tanya, sepatutnya you jawab. Bukannya pandang I macam tu,"Dayana bersuara sambil tersenyum segan. Malu ditatap lama dek Badrul. "You know?… I takut kehilangan you,"Badrul bersuara tiba-tiba. Dayana tergelak halus. Sedikit hairan dengan pengakuan Badrul. Selebihnya, dia lebih terkejut dengan pengakuan itu. Tiba-tiba Badrul berbicara seromantis itu. Padahal, dia tahu benar, itu bukanlah sifat Badrul. Badrul bukanlah seorang lelaki yang romantik. Yang suka bercakap soal hati dan perasaan. Yang suka bercakap tentang sayang dan rindu. Perlahan dia membawa jemarinya ke pipi Badrul. "Are you okay?,"soal Dayana masih bersama sisa gelaknya. Pantas Badrul mencapai jemarinya. Menggenggam erat jemari Dayana. Membuat tawa Dayana mati tiba-tiba. Reaksi serius Badrul bagai memberi isyarat yang lelaki itu tidak merayu sekadar untuk menceriakan suasana. Tidak merayu sekadar untuk mempamerkan rasa sayang dan cinta. "I’m serious," Dayana bungkam. Tanpa bicara, matanya tidak berkelip memandang wajah resah Badrul. "I know. You tak pernah macam ni. Of course I know you serious. Cuma, I pelik. What happened? Kenapa tiba-tiba you cakap macam ni? I’m here for you, sayang. Forever. You takkan kehilangan I. Jangan bimbang," Badrul tersenyum kelat. Benarkah Dayana akan berada di sisinya selama-lamanya? Sukarnya untuk dia percaya kata-kata itu. Mustahil Dayana dapat menerima berita buruk yang menimpanya ini dengan cukup positif. Mustahil. "Bad… kenapa ni? Takkan pasal I refuse untuk kahwin dengan you cepat-cepat you jadi stress sampai macam ni… Kalau pasal tu, I’m sorry okay? One day, kita pasti akan kahwin. I pun memang nak kita kahwin. Cuma bukan sekarang. Banyak benda yang belum I capai sekarang. Masih banyak benda yang I nak kejar. You cakap you faham. Tapi, kenapa jadi macam ni pula?,"dalam rasa hairan, Dayana bersuara. "No. bukan pasal tu," "Dah tu? Pasal apa? Kenapa stress sangat ni? Muka pun tak ceria saja. Janganlah berahsia dengan I," Badrul menarik nafas panjang. Wajah mulus Dayana dipandang sekali lagi. Dia perlu berterus -terang dengan Dayana. Semakin lama perkara ini menjadi rahsia, semakin akan menjadi masalah pada hubungan mereka. "Walau apa pun yang berlaku, you janji you akan tetap bersama I? You tak akan tinggalkan I?," "Bad… kenapa ni? Jangan buat I tertanya-tanya macam ni. Jangan buat I resah macam ni. Apa yang you cuba nak beritahu I? What happened?," "You ingat kan, I ke Cherating hari tu?," "Yup. You cakap you nak jumpa kawan lama kan? Kenapa pula?," Badrul kelu lagi. Mengeluh panjang sambil membuang pandang. Membuat Dayana semakin resah. "Kita kahwin sekarang?,"tiba-tiba terpacul kata-kata itu di bibir Badrul. "Bad…Tiba-tiba tukar topic pula. Cepat cerita. Apa berlaku di Cherating?," "I nak kita kahwin sekarang," "But, why? Sebelum ni you kata you boleh tunggu…," "Yana… I nak kita kahwin. I nak you tahu I benar-benar serius dengan you. And, I langsung tak ada niat nak permainkan you," "I tahu. I tahu you serius. I juga tahu you tak pernah permainkan I. jangan risau , okay. I takkan simpan rasa ragu pada you. I yakin dengan cinta you pada I," "Walau apa sekali pun yang berlaku pada I, you boleh percaya yang itu semua bukan kehendak I?," Dayana mengeluh panjang. Kata-kata Badrul yang berjela-jela dan berselirat, benar-benar membuat dia hilang sabar untuk terus menunggu. Tajam matanya merenung wajah Badrul. Menebak apa sebenarnya yang bersarang di hati lelaki itu. "I tak tahu apa. But, you’re hiding something from me. I’m very sure about it. Betul kan?," Badrul diam. Melihat kebisuan itu, Dayana sedar, tekaannya benar. "Tell me,"gesa Dayana kurang sabar. "I love you," "Apa yang you rahsiakan dari I?,"gesa Dayana lagi. "Promise me. You takkan salahkan I. You akan percaya pada I? dan, you tak akan tinggalkan I," Dayana sudah tidak betah lagi. Pinggan nasi ayamnya sudah ditolak jauh-jauh. Seleranya mati tiba-tiba. Saat ini, dia lebih gusar dengan bicara yang ingin Badrul luahkan. Rahsia apa yang Badrul simpan sehingga mendambakan perngertian sebegitu tinggi darinya? "Please Bad. You pun tahu I tak pernah suka kalau you berdolak-dalih. Just straight to the point," Badrul tunduk seketika. Mencari kekuatan untuk dia bersuara. Perkara ini tidak boleh lagi menjadi rahsia. Dia perlu berani berterus-terang. "Semasa I di Cherating, I kena…," "Kena apa? Please Bad. Jangan buat I tertunggu macam ni. Berterus-terang, okay!," "I ditangkap basah…," Dayana tergamam. Terkesima. Bulat matanya memandang wajah Badrul. Patutlah lelaki ini berubah. Lemah segala sendinya. Hancur luluh hatinya. Patutlah susah benar Badrul ingin bersuara. "How could you…,"hanya itu yang mampu dia luahkan. "Yana. Dengar dulu penjelasan I," "Sekarang baru nak jelaskan? Kenapa baru sekarang?,"suara Dayana sudah bertukar nada. Benar-benar dia berasa tertipu dengan Badrul. Hampir sebulan peristiwa itu berlaku, baru sekarang Badrul ingin berterus terang. "Please Yana. Jangan buat kesimpulan melulu. You mesti dengar semuanya," "Siapa perempuan tu?," "I tak kenal," "Pelacur? You langgan pelacur?," "No! I bukan macam tu. You pun tahu I bukan macam tu,"pantas Badrul menepis tuduhan melulu Dayana. "Kalau you tak kenal, macam mana perempuan tu boleh ada dalam bilik you? Or, you yang pergi ke bilik dia?,"sinis soalan yang meniti di bibir Dayana. Hatinya bagai dipanggang di atas bara. Panas! Tidak pernah menduga Badrul akan melakukan perkara seburuk itu. "Tiba-tiba dia muncul dalam bilik I. Sumpah I tak kenal dia. Tak pernah jumpa dengan dia," Dayana diam. Tidak mahu menyampuk. Dia perlu mencari kekuatan untuk berdepan dengan kenyataan yang amat menyakitkan ini. Lelaki yang dia cintai sepenuh hati, diatangkap berdua-duaan dengan perempuan lain. Terlalu menyakitkan. "So, dia datang dari langit, and muncul tiba-tiba depan you. Itu maksud you? Dan, you nak I percaya dengan kata-kata you tu? Sorry Bad. I tak percaya langsung," "You mesti percaya. Sebab I tak tipu. I tak kenal dia. You mesti percaya pada I Yana," Dayana merengus perlahan. Melihat wajah sedih Badrul, geramnya sedikit menghilang. "So, sekarang, macam mana?," "I married that girl,"perlahan Badrul bersuara. "What?!!,"kuat soalan itu keluar dari bibir Dayana. Membuat Badrul tersentak. Juga membuat beberapa pelanggan di dalam restoran turut tersentak. Kemudian saling berpandangan sesama sendiri. "I hate you!,"keras nada bicara Dayana sambil cepat-cepat dia mengangkat punggung. "Yana. Wait," Gadis itu terus berlalu. Membuat Badrul benar-benar menggelabah. Inilah yang paling dia tidak mahu hadapi. Dia sudah jangka pasti situasi akan menjadi rumit. Cepat-cepat dia mengeluarkan sekeping not RM100. Diletakkan di atas meja sebelum dia bergerak megejar Dayana. "Yana. Tunggu… Dengar dulu penjelasan I," Dayana terus melangkah laju. Namun tangan Badrul yang memaut lengannya membuat langkahnya terhenti. Badrul bergerak menghalang langkah Dayana. "Yana…," Gadis itu mengangkat muka. Air mata membasahi pipinya. Badrul terkedu. "Sampai hati you," "Please, jangan menangis. Ini semua bukan seperti yang you fikirkan, okay,"lembut suara Badrul berusaha menenangkan Dayana. Melihat air mata Dayana, dia menjadi tidak tentu arah. Tidak sama rasanya dengan melihat air mata Sabrina. Air mata Sabrina mengundang benci dan geram di hatinya. "I terpaksa. Abah I paksa kami kahwin. You pun faham kenapa, kan? Abah tak nak press tahu hal ni. tak nak hal ni dipanjangkan," Dayana mengangkat muka. Menentang renungan Badrul yang sayu. "So, you nak I buat apa sekarang? Wish selamat pada you? Okay. Selamat pengantin baru, Bad," "Jangan sindir I macam tu. I faham kalau you marahkan I. tapi, jangan sampai you tinggalkan I. I love you," "Dah tu, you nak buat apa sekarang?," "Kita kahwin?," "Senangnya. Perempuan tu, macam mana?," "I tak nak tahu pasal dia. I Cuma nak tahu pasal kita. I tak nak sebab dia, hubungan kita terjejas," Dayana menarik tangannya dari genggaman Badrul. Senang sungguh Badrul membuat keputusan. "Masa you berdua-duaan dengan dia, tak terfikir pula pasal hubungan kita ya?," "Yana. Sumpah. Bukan macam tu keadaannya. I keluar dari bilik air, I tengok dia dah ada dalam bilik I. Tak tahu dia datang dari mana. Semuanya terlalu pantas. Masa tu juga, ada orang ketuk pintu. And… you know apa jadi lepas tu. I betul-betul terperangkap," "Siapa dia? Kenapa dia nak perangkap you? Perempuan tu, exgirlfriend you ke? Sampai nekad macam tu sekali nakkkan you?,"soalan yang bertubi-tubi, jelas menunjukkan keraguan Dayana pada ceritanya. Dayana tidak percaya pada ceritanya. "Percayalah cakap I. and…kita kahwin ya?," "You nak I bermadu dengan perempuan? Sorry. I tak nak berkongsi suami," Badrul mengeluh panjang. "I tak akan pandang dia. I tak akan sentuh dia. Isteri yang betul-betul I inginkan, adalah you. Bukan perempuan tu," "Sudahlah. I tak nak dengar apa-apa," "Yana…," "Jangan ganggu I,"
salam kak hanni, br dua hari tak melawat blog kak hani, hr nie bukak tak boleh.. sedihnya.. kak hanni ade buka blog baru tak.. kongsilah di sini.. sehari tak lawat blog rasa mcm ade yg kurg dlm idup.. :(
salam kak hanni, br dua hari tak melawat blog kak hani, hr nie bukak tak boleh.. sedihnya.. kak hanni ade buka blog baru tak.. kongsilah di sini.. sehari tak lawat blog rasa mcm ade yg kurg dlm idup.. :(
TINGGALKAN ULASAN DAN KOMEN, PADA SETIAP KARYA YANG ANDA BACA Penulis memerlukan ulasan dan komen, bagi memperbaiki penulisan dan memperbetulkan kesilapan. Komen dan ulasan anda akan memberi satu semangat kepada penulis, untuk terus menulis karya dan seterusnya menghasilkan karya yang menarik. Kerjasama & sokongan daripada pembaca amat kami hargai. Sebab itulah kami menyediakan HADIAH, sebagai penghargaan kepada penulis dan juga kepada pembaca yang aktif memberi komen & ulasan
"Dia
hidup bukan kerana cinta. Dia hidup kerana
kehadiran Prince Charming yang menyelamatkannya.
Semuanya gara-gara dia mengoyak Carta Prince
Charming—carta misteri yang tiada sesiapa tahu
dari mana datangnya. Yang pasti, memang dia
langsung tidak percaya dengan sumpahan yang
dikatakan berkaitan dengan Carta Prince
Charming.
"Sumpahan puteri? Kau ingat ini cerita dongeng
ke? Puteri apa yang nak sumpah aku ni? Puteri
bunian? Puteri lindungan bulan?”
Desakan daripada Sofea membawanya ke Kelab Bola
Sepak. Di situlah Prince Charming berkumpul.
Tetapi hanya seorang sahaja Prince Charming yang
dicari-carinya. Namun, untuk mencari Prince
Charming bukanlah mudah, namun dia yakin, antara
mereka, pasti salah seorang adalah penyelamatnya.
Orang tu pun satu! Dah selamatkan nyawa orang,
tak reti-reti ke nak munculkan diri? Bukan ke
lagi senang kalau datang berdiri depan aku dan
cakap, Sayalah yang selamatkan awak daripada
kena langgar semalam. Finish! Tak adalah nak
panjangkan cerita sampai beratus muka surat
semata-mata nak cari Prince Charming!
Tajuk:
Prince Charming
Penulis: Ratu Bulan
Terbitan: Fajar Pakeer
Harga:
RM19.90
Ulasan:
NOVEL
HANGAT DIPASARAN
Pertemuan
pertama memberi impak yang berbeza kepada dua insan. Maria
malu mengenang, sedang Hisyam mahu mendekat. Maria semakin
resah apabila Hisyam terus-terusan mendesak. Dalam benci
ada rindu. Bijak Hisyam memujuk, mereka akhirnya disatukan.
Salina hadir menjadi duri dalam daging. Bagi Hisyam, gadis
itu ialah sahabatnya yang terbaik. Insan paling dipercayai.
Namun, dalam diam, Salina meracuni hubungan mereka. Salina
ada agenda yang tersendiri.
Semakin hari, semakin nipis rasa percaya Maria terhadap
Hisyam. Namun, dia tidak mungkin menghindar rasa kasih
yang sudah menebal. Demi menunaikan permintaan Maria,
Hisyam tega melamar Salina walau ada luka di hati.
Sanggupkah Hisyam menduakan Maria yang pernah dicintai
sepenuh hati? Dan, Maria, mampukah membiarkan suami
tersayang jatuh ke tangan Salina? Atau, Mariakah orang
ketiga yang tidak lagi diperlukan kehadirannya oleh Hisyam?
Penulisan2u
sedang
berkerjasama dengan Penerbit Novel bagi memberi peluang kepada penulis-penulis berbakat dan karya yang menarik.
Antara novel yang sudah di terbitkan
2 Pengulas paling AKTIF dengan memberi komen yang ikhlas dan
membina, pada setiap karya cerpen / novel di penulisan2u akan
menerima hadiah sebuah NOVEL.
•
Creative Enterprise Sdn. Bhd., sedang mencari manuskrip kanak-kanak atau remaja. Ini kerana pihak kami ingin memperluaskan dan memperbanyakkan bahan bacaan untuk kanak-kanak dan remaja. Di samping itu kami juga ingin memupuk minat membaca dalam kalangan kanak-kanak dan remaja.
( klik disini
)
•Karyaseni Enterprise ingin memaklumankan
kepada anda yang berminat untuk menghantar manuskrip
anda kepada KS untuk penilaian, sila email kan
sinopsis dan tiga bab awal ke alamat email berikut:
Manuskrip@karyaseni.my
•KarnaDya Solutions Sdn
Bhd. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
hantarkan karya anda. Sebelum anda menghantarkan
manuskrip anda, sila hantarkan butiran berikut terlebih
dahulu melalui emel/pos. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•NB Kara Sdn Bhd dengan berbesar hati
menjemput mana-mana penulis yang merasakan diri mereka
layak menjadi penulis yang versatil, menghantar
manuskrip mereka kepada NB Kara Sdn Bhd. Tulisan anda
terlebih dahulu akan dinilai oleh penulis prolifik
Norhayati Berahim dan juga beberapa panel editor sebelum
diluluskan untuk terbitan.
(
klik disini )
•Jemari Seni Publishing. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
Untuk tujuan pengiriman manuskrip, JEMARI SENI telah
menggariskan panduan kepada penulis-penulisnya. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•
Alaf 21 Sdn Bhd. Tahun 2008 bakal menjanjikan sinar
kecemerlangan seandainya karya anda terpilih untuk
diterbitkan oleh Alaf 21, penerbit novel tersohor di
Malaysia.
Jika
anda mempunyai salah satu manuskrip tersebut, kami ingin
menatap dan menilainya. Sekiranya sesuai, pihak kami
ingin menerbitkannya di bawah jenama ALAF21.
( klik disini)
•
tip kehidupan, zodiak, horoskop, petua, tip, puisi,
pantun, sajak, dan pelbagai artikel menarik layari di
http://istimewa2u.blogspot.com
•
Blog Berkaitan agama, topik-topik tazkirah, audio, video
ceramah, mendengar 114 surah Al-quran secara online,
radio-radio dakwah, layari di
http://dakwah2u.blogspot.com
•
Blog Media, Tv streaming online, radio streaming online,
surat khabar, rakaman drama, radio era, hot.fm, tv1,
tv2,tv3 dan lain-lain. layari di
http://mymedia2u.blogspot.com
•
Blog Koleksi cerita lawak, lucu, kelakar dan video lawak,
lucu dan kelakar. layari di laman
http://kelakar2u.blogspot.com
•
Laman web
syarikat penerbit novel Creative
Enterprise Sdn Bhd (CESB). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.cesb.net.my
•
Laman web
syarikat penerbit
Kaki Novel
Enterprise. Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.kakinovel.com
•
Laman web
syarikat penerbit NB kara Sdn Bhd.
Dimiliki oleh penulis terkenal Norhayati Berahim, Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.nbkara.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit Buku Prima Sdn Bhd.
Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.bukuprima.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit novel
jemari Seni Publishing (JS Publishing). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.jemariseni.com
•
Laman web syarikat penerbit novel Alaf21 Sdn Bhd
(alaf21). Untuk melihat novel-novel terbaru dari Alaf21
layari di
http://www.alaf21.com.my
•
Laman web syarikat penerbit novel Fajar Pakeer Sdn Bhd). Untuk melihat novel-novel terbaru layari di
laman
http://www.fajarnovels.com.my
Kata Kunci
koleksi novel, koleksi novel
cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik,
novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen
cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru,
teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen
melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram,
cerita, cerita cinta, cerita pendek, cerita melayu, cerita online
Malaysia Group
Blog
Koleksi
Cerpen & Novel proudly powered by Blogger. Best display view 1024x768.
Google Inc
Koleksi Cerpen
& Novel dari Malaysia, Indonesia, Singapore & Brunei
tmbh menarik..cepat2 smbung ya..
nak taw lg ni..