Kehidupan
adalah anugerah utama Illahi. Anugerah kehidupan memberi gambaran
kebesaranNya buat kita manusia, yang wajib kita syukuri dan hargai.
Internet adalah kemudahan buat umat manusia. Justeru itu,
manafaatkan ia untuk kesejahteraan diri kita dan umat sejagat.
Sentiasalah kita beringat, apa yang kita lakukan, akan dipertanggung
jawabkan pada kemudian hari.
Gunakan sebaik-baiknya kurnia Allah swt kepada kita. Halalkan
kegunaan akal, hati dan lidah pada perkara yang bakal membawa
kecemerlangan diri kita dunia dan akhirat. Kita hidup hanya sekali.
Sekali 'pergi' tak kan kembali. Buat baik berpada-pada, dan buat
jahat JANGAN sekali-kali. Kewujudan website penulisan2u dengan blog
sebagai wadah untuk meningkatkan nilai diri. Bermatlamatkan
penyatuan ummah dengan ciri-ciri kemurnian budi dan budaya. Walaupun,
dunia terus maju dengan teknologi, kita akan terus kekal dengan
akhlak dan jati diri insani.
HARI ini, aku menunggu seawal jam enam. Entah mengapa, keinginan aku untuk menatap wajahnya semakin membuak-buak. Lalu aku tercongok sambil menongkat dagu di koridor depan rumahku. Kaki yang lenguh juga tidak aku hiraukan. Namun jangankan wajahnya, bayangnya pun aku tak nampak. Yang ada hanya bangku rotan yang sering menjadi tempat dia selalu bersantai dengan buku ditangannya. Sungguh aku terasa gelisah. Resah yang tidak tertahan-tahan. Otakku pula dipenuhi dengan pelbagai persoalan. Lama aku menunggu. Bagai pungguk rindukan bulan. Hinggalah senja merah menampakkan wajahnya, baru aku melangkah masuk ke dalam rumah. Itupun setelah aku benar-benar yakin, dia tidak akan muncul petang ini.Kemana pula dia menghilang? Balik kampung? Atau sudah berpindah? Tanpa sedar, jiwaku terasa hiba. Sedih yang tidak terbendung. Agaknya inilah penyakit angau. Memang menyusahkan. Cuma aku tidaklah sampai menangis atau meraung-raung. Hisy..buat jatuh saham saja.Tapi itulah sebenarnya yang aku rasa. Memang aku rasa macam nak menangis. Nak meraung sekuat hati. Menangisi kebodohan aku. Bodoh kerana hanya memuja dalam diam. Bodoh kerana hanya memandang dari jauh.Tapi buat apalah nak dikenang-kenang akan kebodohan aku itu. Lagipun kalau dicongak-congak, aku bukan bodoh sebenarnya. Cuma aku ini seorang yang penyabar. Dalam ertikata lain, aku ini seorang yang mampu menahan keinginan yang meluap-luap dalam dada aku ini. Lagipun sabar itukan separuh daripada iman. Di kala beginilah, aku mula teringat kepada dua orang kekasihku itu. Mujurlah aku ada mereka, sekurang-kurangnya boleh juga mengubat rasa kecewa yang bersarang di dada aku ini. Kalau semalam aku sudah keluar dengan Alya, maka hari ini pula aku berniat untuk membahagiakan hati Nadia pula. Almaklumlah..aku ini memang seorang yang baik. Lagipun bila lagi aku nak praktikkan ciri-ciri seorang suami yang bertimbang rasa dan adil kalau tidak dari sekarang. Tapi entah apa malangnya nasib aku hari ini, pelawaan aku ditolak mentah-mentah. Kononnya emak dia datang dari kampung. Entah betul, entah tidak. Ah! Gasak dialah. Bukannya aku kemaruk sangat hendak berjumpa dengannya. Aku cuma mahukan seseorang menemani aku. Itu saja! Hendak tak hendak, aku mengambil keputusan untuk keluar bersendirian. Untuk menghubungi Alya pula, aku rasa macam tak ada selera. Malaslah hendak keluar dengan minah itu lagi. Lagipun semalam rasanya aku sudah puas melayan sifat manjanya itu. Selepas bersiap ala kadar, aku sengaja menuruni anak tangga, melewati tingkat satu yang menempatkan rumah milik gadis itu. Tak dapat tengok tuannya, dapat tengok pintu rumahpun jadilah. Cuma satu saja yang aku musykil. Rumahnya selalu nampak kosong. Macam tiada penghuni. Selama inipun, aku tidak pernah melihat kelibat orang lain selain dia. Mungkin dia juga seperti aku, lebih senang menyewa sendirian daripada berkongsi ramai-ramai. Aku melihat langsir berwarna kuning yang menghiasi tingkap rumahnya. Walaupun samar-samar, tapi cukup untuk membuat pandanganku seolah-olah tembus ke dalam rumahnya. Membayangkan dia sedang berbaring di atas sofa dengan kain yang terselak ke paras betis. Menampakkan betapa putih dan mulusnya sepasang kaki miliknya. Uff..terasa sesak nafasku. Apatahlagi bila bayangannya seakan-akan sedang menggoda aku. Mengajak aku untuk sama-sama berbaring di atas sofa itu. Mengajak aku untuk... "Hai awak.."Aku tersentak. Sekaligus mematikan khayalan nakalku. Sesusuk tubuh yang sedang berdiri dihadapan aku benar-benar membuat jantungku seakan hendak tercabut. Jika selama ini aku hanya memandang dari jauh, tapi kali ini wajahnya betul-betul di hadapan aku. "Uh..hai.." Aku membalas. Sedikit gelabah. Mahunya tidak, dia muncul macam hantu. Dan yang paling tidak menyeronokkan, dia muncul ketika aku sedang berdiri di depan tingkap rumahnya dan membayangkan aksi ghairahnya sendiri. Huk.huk.. "Awak tinggal di tingkat tiga,kan?" Dia bertanya. Perlahan. Merdu suaranya. Kalau jadi penyanyi, mesti album dia laku. Dan akulah agaknya orang yang pertama yang akan menjadi peminatnya. Aku mengangguk tanpa suara. Tiba-tiba saja lidah aku menjadi kelu. Macam ada batu yang terlekat dikerongkongku. Padahal kalau nak diikutkan hati, macam-macam aku nak cakap. Macam-macam aku nak tanya. "Err..awak tinggal seorang ke?" Entah bagaimana, aku bersuara juga akhirnya. Itupun setelah aku lihat dia mula mencari anak kunci rumah dari dalam begnya. Nasib baiklah mulutku ini cepat berfungsi semula. Kalau tidak..betapa ruginya aku kali ini. Membiarkan kesempatan yang datang bergolek. "A'ah. Suami saya sudah meninggal."Suami? Aku menelan ludah. Aduhai..sudah kahwin rupa-rupanya gadis idaman aku ini. Mujurlah dia kata suaminya sudah meninggal. Kalau tidak, boleh pitam aku dibuatnya. Memuja separuh mati, tup-tup hak milik orang lain. "Sorry to hear that. Anak-anak awak?" Aku balas bertanya. Itupun aku menyusun ayat dengan berhati-hati. Takut dia terasa hati. Maklumlah..kawan seorang balu. "Hmm..saya sendirian. Mungkin sudah ditakdirkan, kami tidak sempat menimang cahayamata. Dia pergi terlalu cepat. Mungkin Tuhan lebih sayangkan dia." Dia membuka cerita. Juga dengan suaranya yang merdu. Cuma kali ini, ada nada sebak di dalamnya.Hati kecil aku tersentuh. Kesian dia! Sudahlah ditinggal mati suaminya, tidak sempat menimang cahayamata pula tu. Namun dalam rasa kesian itu, terselit juga rasa lega. Sekurang-kurangnya aku masih ada peluang. Lagipun dia bukan calang-calang balu. Dia balu yang masih cantik. Balu yang masih menawan. Lagipun hati aku ini bukannya boleh dibuat main. Kalau sudah berkenan, soal balu atau anak dara bukanlah satu penghalang.Tambah-tambah jika balu seperti dia. Malah selama inipun, mati-mati aku ingatkan dia masih anak dara. "Kesian awak. Patutlah saya selalu lihat awak sendirian saja. Ingatkan awak sengaja sewa sendirian." Aku berbahasa sebaik mungkin. Selayaknya untuk seorang lelaki yang baik seperti aku. Heh..heh.. Dia tersenyum. Menyerlahkan sepasang lesung pipit yang menghiasi kedua belah pipinya. Mak oi! Lawa giler. Tak ubah macam lesung pipit Si Pretty Zinta, heroin filem hindustan itu. Cuma bezanya dia jauh lebih cantik. Lebih memukau. "Awakpun tinggal seorang, kan? Masih bujang atau isteri sengaja ditinggalkan di kampung?" Ada nada sinis dalam pertanyaannya. Aku tergelak kecil. "Isteri? Hmm..saya ni bujang lagi. Masih teruna." Aku menjawab sejujur-jujurnya. Lagipun dah memang aku bujang. Takkan nak mengaku sudah berpunya pula. "Hmm..tak bosan ke tinggal sendirian?" Dia bertanya lagi. Isy..patutnya dia bertanya soalan itu pada dirinya sendiri bukan pada aku. Maklumlah..dia sudah pernah hidup berdua. Tentu dia lebih arif tentang kebosanan dan tinggal sendirian. "Awak sendiri bagaimana?" "Entahlah. Saya dah biasa begini." Dia menghela nafas panjang. "Takpelah awak, saya masuk dulu." Aku cuma tersenyum. 'Cepatnya nak masuk, jomlah kita sembang-sembang dulu. berkenal-kenalan...' aku mengajak. Malangnya ajakan aku itu hanya bermain dalam hati aku saja dan bukannya terlafaz dibibir aku. "InsyaAllah..kalau ada masa, bolehlah kita berbual-bual. Itupun jika awak sudi jadi kawan saya,' terpacul ayat itu dimulutnya sebelum dia menghilang di balik pintu. Macam tahu-tahu saja isihati aku ini. Aku terasa macam nak cium pintu rumahnya. Seronok tak terkata. Sekaligus membuat aku rasa hidupku begitu bermakna. Walaupun belum tentu dapat memilikinya, paling-paling komanpun aku sudah mendapat lampu hijau darinya. Cuma satu saja yang aku kesalkan. Entah kenapa berat benar mulutku untuk bertanyakan namanya. Tapi tak apalah, esok-esok aku boleh bertanya, pujuk hatiku. Dan malam itu, aku tidak keluar ke mana-mana. Sebaliknya sibuk melayan angan-anganku bersama di dia.
TINGGALKAN ULASAN DAN KOMEN, PADA SETIAP KARYA YANG ANDA BACA Penulis memerlukan ulasan dan komen, bagi memperbaiki penulisan dan memperbetulkan kesilapan. Komen dan ulasan anda akan memberi satu semangat kepada penulis, untuk terus menulis karya dan seterusnya menghasilkan karya yang menarik. Kerjasama & sokongan daripada pembaca amat kami hargai. Sebab itulah kami menyediakan HADIAH, sebagai penghargaan kepada penulis dan juga kepada pembaca yang aktif memberi komen & ulasan
"Dia
hidup bukan kerana cinta. Dia hidup kerana
kehadiran Prince Charming yang menyelamatkannya.
Semuanya gara-gara dia mengoyak Carta Prince
Charming—carta misteri yang tiada sesiapa tahu
dari mana datangnya. Yang pasti, memang dia
langsung tidak percaya dengan sumpahan yang
dikatakan berkaitan dengan Carta Prince
Charming.
"Sumpahan puteri? Kau ingat ini cerita dongeng
ke? Puteri apa yang nak sumpah aku ni? Puteri
bunian? Puteri lindungan bulan?”
Desakan daripada Sofea membawanya ke Kelab Bola
Sepak. Di situlah Prince Charming berkumpul.
Tetapi hanya seorang sahaja Prince Charming yang
dicari-carinya. Namun, untuk mencari Prince
Charming bukanlah mudah, namun dia yakin, antara
mereka, pasti salah seorang adalah penyelamatnya.
Orang tu pun satu! Dah selamatkan nyawa orang,
tak reti-reti ke nak munculkan diri? Bukan ke
lagi senang kalau datang berdiri depan aku dan
cakap, Sayalah yang selamatkan awak daripada
kena langgar semalam. Finish! Tak adalah nak
panjangkan cerita sampai beratus muka surat
semata-mata nak cari Prince Charming!
Tajuk:
Prince Charming
Penulis: Ratu Bulan
Terbitan: Fajar Pakeer
Harga:
RM19.90
Ulasan:
NOVEL
HANGAT DIPASARAN
Pertemuan
pertama memberi impak yang berbeza kepada dua insan. Maria
malu mengenang, sedang Hisyam mahu mendekat. Maria semakin
resah apabila Hisyam terus-terusan mendesak. Dalam benci
ada rindu. Bijak Hisyam memujuk, mereka akhirnya disatukan.
Salina hadir menjadi duri dalam daging. Bagi Hisyam, gadis
itu ialah sahabatnya yang terbaik. Insan paling dipercayai.
Namun, dalam diam, Salina meracuni hubungan mereka. Salina
ada agenda yang tersendiri.
Semakin hari, semakin nipis rasa percaya Maria terhadap
Hisyam. Namun, dia tidak mungkin menghindar rasa kasih
yang sudah menebal. Demi menunaikan permintaan Maria,
Hisyam tega melamar Salina walau ada luka di hati.
Sanggupkah Hisyam menduakan Maria yang pernah dicintai
sepenuh hati? Dan, Maria, mampukah membiarkan suami
tersayang jatuh ke tangan Salina? Atau, Mariakah orang
ketiga yang tidak lagi diperlukan kehadirannya oleh Hisyam?
Penulisan2u
sedang
berkerjasama dengan Penerbit Novel bagi memberi peluang kepada penulis-penulis berbakat dan karya yang menarik.
Antara novel yang sudah di terbitkan
2 Pengulas paling AKTIF dengan memberi komen yang ikhlas dan
membina, pada setiap karya cerpen / novel di penulisan2u akan
menerima hadiah sebuah NOVEL.
•
Creative Enterprise Sdn. Bhd., sedang mencari manuskrip kanak-kanak atau remaja. Ini kerana pihak kami ingin memperluaskan dan memperbanyakkan bahan bacaan untuk kanak-kanak dan remaja. Di samping itu kami juga ingin memupuk minat membaca dalam kalangan kanak-kanak dan remaja.
( klik disini
)
•Karyaseni Enterprise ingin memaklumankan
kepada anda yang berminat untuk menghantar manuskrip
anda kepada KS untuk penilaian, sila email kan
sinopsis dan tiga bab awal ke alamat email berikut:
Manuskrip@karyaseni.my
•KarnaDya Solutions Sdn
Bhd. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
hantarkan karya anda. Sebelum anda menghantarkan
manuskrip anda, sila hantarkan butiran berikut terlebih
dahulu melalui emel/pos. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•NB Kara Sdn Bhd dengan berbesar hati
menjemput mana-mana penulis yang merasakan diri mereka
layak menjadi penulis yang versatil, menghantar
manuskrip mereka kepada NB Kara Sdn Bhd. Tulisan anda
terlebih dahulu akan dinilai oleh penulis prolifik
Norhayati Berahim dan juga beberapa panel editor sebelum
diluluskan untuk terbitan.
(
klik disini )
•Jemari Seni Publishing. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
Untuk tujuan pengiriman manuskrip, JEMARI SENI telah
menggariskan panduan kepada penulis-penulisnya. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•
Alaf 21 Sdn Bhd. Tahun 2008 bakal menjanjikan sinar
kecemerlangan seandainya karya anda terpilih untuk
diterbitkan oleh Alaf 21, penerbit novel tersohor di
Malaysia.
Jika
anda mempunyai salah satu manuskrip tersebut, kami ingin
menatap dan menilainya. Sekiranya sesuai, pihak kami
ingin menerbitkannya di bawah jenama ALAF21.
( klik disini)
•
tip kehidupan, zodiak, horoskop, petua, tip, puisi,
pantun, sajak, dan pelbagai artikel menarik layari di
http://istimewa2u.blogspot.com
•
Blog Berkaitan agama, topik-topik tazkirah, audio, video
ceramah, mendengar 114 surah Al-quran secara online,
radio-radio dakwah, layari di
http://dakwah2u.blogspot.com
•
Blog Media, Tv streaming online, radio streaming online,
surat khabar, rakaman drama, radio era, hot.fm, tv1,
tv2,tv3 dan lain-lain. layari di
http://mymedia2u.blogspot.com
•
Blog Koleksi cerita lawak, lucu, kelakar dan video lawak,
lucu dan kelakar. layari di laman
http://kelakar2u.blogspot.com
•
Laman web
syarikat penerbit novel Creative
Enterprise Sdn Bhd (CESB). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.cesb.net.my
•
Laman web
syarikat penerbit
Kaki Novel
Enterprise. Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.kakinovel.com
•
Laman web
syarikat penerbit NB kara Sdn Bhd.
Dimiliki oleh penulis terkenal Norhayati Berahim, Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.nbkara.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit Buku Prima Sdn Bhd.
Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.bukuprima.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit novel
jemari Seni Publishing (JS Publishing). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.jemariseni.com
•
Laman web syarikat penerbit novel Alaf21 Sdn Bhd
(alaf21). Untuk melihat novel-novel terbaru dari Alaf21
layari di
http://www.alaf21.com.my
•
Laman web syarikat penerbit novel Fajar Pakeer Sdn Bhd). Untuk melihat novel-novel terbaru layari di
laman
http://www.fajarnovels.com.my
Kata Kunci
koleksi novel, koleksi novel
cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik,
novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen
cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru,
teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen
melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram,
cerita, cerita cinta, cerita pendek, cerita melayu, cerita online
Malaysia Group
Blog
Koleksi
Cerpen & Novel proudly powered by Blogger. Best display view 1024x768.
Google Inc
Koleksi Cerpen
& Novel dari Malaysia, Indonesia, Singapore & Brunei
Catat Ulasan
TINGGALKAN ULASAN DAN KOMEN, PADA SETIAP KARYA YANG ANDA BACA Penulis memerlukan ulasan dan komen, bagi memperbaiki penulisan dan memperbetulkan kesilapan. Komen dan ulasan anda akan memberi satu semangat kepada penulis, untuk terus menulis karya dan seterusnya menghasilkan karya yang menarik. Kerjasama & sokongan daripada pembaca amat kami hargai. Sebab itulah kami menyediakan HADIAH, sebagai penghargaan kepada penulis dan juga kepada pembaca yang aktif memberi komen & ulasan