Kehidupan
adalah anugerah utama Illahi. Anugerah kehidupan memberi gambaran
kebesaranNya buat kita manusia, yang wajib kita syukuri dan hargai.
Internet adalah kemudahan buat umat manusia. Justeru itu,
manafaatkan ia untuk kesejahteraan diri kita dan umat sejagat.
Sentiasalah kita beringat, apa yang kita lakukan, akan dipertanggung
jawabkan pada kemudian hari.
Gunakan sebaik-baiknya kurnia Allah swt kepada kita. Halalkan
kegunaan akal, hati dan lidah pada perkara yang bakal membawa
kecemerlangan diri kita dunia dan akhirat. Kita hidup hanya sekali.
Sekali 'pergi' tak kan kembali. Buat baik berpada-pada, dan buat
jahat JANGAN sekali-kali. Kewujudan website penulisan2u dengan blog
sebagai wadah untuk meningkatkan nilai diri. Bermatlamatkan
penyatuan ummah dengan ciri-ciri kemurnian budi dan budaya. Walaupun,
dunia terus maju dengan teknologi, kita akan terus kekal dengan
akhlak dan jati diri insani.
"Abang perlu cari masa yang sesuai untuk minta izin daripada isteri abang," "Minta izin? Minta izin apa?,"Maisara bertanya dengan nada hairan. "Minta izin untuk kita kahwinlah. Untuk apa lagi?," Maisara tergelak kecil. Dia semakin mengerti akan maksud kata-kata Hisyam itu. "Mungkin abang silap. Memang Sara nak kita kahwin. Tapi, Sara tak nak ada orang ketiga. Abang tak tahu, mungkin sebab Sara tak pernah mention pasal ni. Since abang dah sebut, Sara akan beritahu abang. Sara tak nak berkongsi suami dengan perempuan lain," Mendengar kata-kata itu, wajah Hisyam jelas mempamerkan ekspresi terkejut. Ekspresi terkejut yang bukan sedikit. "Apa maksud Sara?," "Sara nak abang beritahu isteri abang tentang hubungan kita. Kemudian ceraikan dia. Lepas tu, kita akan kahwin,"ujar Maisara sambil tersenyum manis. "Mustahil. Abang tak akan buat macam tu. Itu cadangan mengarut. Abang tak setuju," "Tapi, bang… Abang cintakan Sara kan? Buat apa nak wujudkan gangguan dalam rumahtangga kita nanti?," "She is my wife. You have to respect that situation," Maisara tergamam seketika. Cukup tegas kata-kata yang meniti di bibir Hisyam. "But you didn’t love her…," Hisyam mengangkat punggung. "Listen to me, Sara. Kalau Sara betul-betul cintakan abang, Sara kena terima abang dengan keadaan abang sekarang. Kalau tidak, mungkin kita patut fikirkan semula tentang hubungan kita,"Hisyam bersuara perlahan. Namun, nadanya kedengaran cukup tegas di telinga Maisara. Sebelum sempat Maisara bersuara, Hisyam terus berlalu meninggalkannya bersama hidangan makan tengahari yang belum berusik. Hari ini, selepas dua hari berlalu, Hisyam belum menghubunginya. Malah panggilannya tidak pernah berjawab. Marah benar Hisyam dengan cadangannya itu. Barangkali cadangan itu, keterlaluan pada Hisyam. Ketegasan Hisyam bagai memberitahu yang, suka atau tidak, dia harus bersedia untuk berkongsi suami. Maisara mengeluh resah. Untuk entah ke berapa kali, jemarinya sekali lagi mendail nombor telefon Hisyam. Hasilnya tetap sama. Hanya peti pesanan suara yang menjawab panggilannya. Ternyata situasi itu membuat dia tidak senang duduk. Membuat dia menjadi resah. Perlukah dia meminta maaf pada Hisyam. Memang perlu kalau dia masih mahu meneruskan hubungan cintanya dengan Hisyam. Dengan kemarahan Hisyam tempoh hari, mustahil lelaki itu akan datang untuk memujuknya seperti selalu. "Sara… Sara… kenapa mesti kau tersalah cakap?,"Maisara merungut sendiri sambil bersandar pada pagar balkoni. Membiarkan angin malam menyapu wajahnya. Anis yang muncul bersama dua mug berisi milo panas, dipandang sekilas sebelum dia melemparkan pandangan pada keindahan bandaraya Shah Alam. Cuba mententeramkan perasaannya yang berserabut. "Dah dua hari aku tengok kau asyik berkepit dengan handphone tu. Bergaduh lagi ke?,"soal Anis sambil menghulurkan mug kepada Maisara. Maisara menyambut tanpa bersuara. Dia beredar ke kerusi besi yang memang diletakkan di bahagian balkoni apartment. Perlahan dia melabuhkan punggung di situ. Anis pula mengambil tempat di pagar balkoni. Bersandar sambil memandang wajah Maisara yang langsung tidak ceria. "Kalau dah muncung macam tu… betullah tekaan aku tadi, kan?," Maisara cuma mengeluh panjang. Pertanyaan Anis tidak dijawab. Anis menggeleng perlahan. Perlahan dia meneguk milo panas dari mugnya sambil melangkah menghampiri Maisara. Melabuhkan punggung di kerusi di sebelah Maisara. Menunggu kalau-kalau Maisara ingin bercerita tentang masalah cintanya lagi. "Kau tak keluar ke, malam ni?,"soal Maisara. Sengaja mencari topic perbualan yang agak menyimpang. Anis menggeleng cuma. "So, tak nak cerita ke?,"Anis bertanya sekali lagi. Melihat Maisara asyik termenung semenjak dua hari lalu, dia yakin masalah yang dihadapi gadis itu pasti serius. "Biasalah…,"Maisara menjawab dengan nada acuh tidak acuh. "Kenapa ni? sejak akhir-akhir ni, aku tengok kau selalu sangat bergaduh dengan Hisyam tu. Dulu… masa baru- baru bercinta tak ada pula bergaduh. Bahagia memanjang," "Entahlah. Aku pun tak tahu. Kadang-kadang aku jadi hairan bila fikir perangai Hisyam tu. Susah nak dijangka. Dalam pada baik… tiba-tiba boleh meletup. Pening kepala aku ni," Anis tersenyum lucu mendengar luahan Maisara. "Dah setahun lebih kau kenal dia. Takkan masih belum boleh baca perangai? Apa yang dia suka. Apa yang dia tak suka. Tak adalah terjadi kes terjolok sarang tebuan," "Ini bukan lagi kes terjolok sarang tebuan. Ini dah jadi kes terlanggar sarang tebuan,"Maisara bersuara selamba. Anis tergelak kecil. Menyedari jelingan tajam Maisara, dia mengangkat kedua-dua belah tangannya sebagai isyarat meminta maaf. "Bunyinya macam parah tu. Apa dah jadi sebenarnya? Apa kau dah buat? Atau… apa Hisyam tu dah buat?," "Hisyam marahkan aku," "Marah? Kenapa?," "Entah. Tiba-tiba dia jadi sensitive bila aku cakap pasal isteri dia," Anis mengerutkan kening. Wajah Maisara dipandang agak lama. "Kau cakap apa?," "Well…It’s only a suggestion actually. Aku berterus-terang dengan dia yang aku tak nak berkongsi suami dengan perempuan lain. aku tak sanggup. Itu saja," "Apa maksud kau? Kau minta putus dengan Hisyam ke? Atau… isteri dia jumpa kau? Minta kau tinggalkan suami dia?," "Bukan. Aku cuma nak dia kahwin dengan aku selepas dia ceraikan isteri dia. Itu saja. Tiba-tiba dia melenting bila dengar aku cakap amcam tu. Bukan main marah lagi. Tak pernah aku tengok dia marah macam tu," Anis ternganga. Terdiam seketika mendengar cerita Maisara. Tidak menyangka Maisara sanggup memberi cadangan sekejam itu. Sanggup Maisara meruntuhkan rumahtangga orang lain demi kebahagiaan dia sendiri. "AstaghrafillullahalAzim. Sara… sanggup kau buat macam tu? Sanggup kau cuba pisahkan mereka suami isteri?," "Aku cuma nakkan Hisyam jadi milik aku seorang. Itu saja. Aku ada hak dapatkan yang terbaik untuk diri aku, kan?," "Tapi, kau tak ada hak untuk pisahkan orang macam tu. Kalau kau tak sanggup nak berkongsi kasih, jangan bercinta dengan suami orang. Tak baik kau minta orang runtuhkan masjid, tahu?," Anis bersuara dengan nada ayang amat serius. Dia langsung tidak bersetuju dengan perbuatan temannya itu. Terlalu kejam permintaan Maisara. "Tapi, dia kan, tak cintakan isteri dia. Buat apa nak terus hidup dengan perempuan yang dia tak cinta? Dia cintakan aku. Jadi, dia patut tinggalkan isteri dia, dan hidup bahagia dengan aku. Because, we love each other. Aku tak fahamlah. Kenapa dia tiba-tiba melenting bila aku cakap macam tu," "Walau apa pun alasannya, kau tak patut minta dia buat macam tu, Sara. Kau tahu tak? Kau dah jatuhkan reputasi kau di mata dia," Maisara memandang wajah Anis. Walau sedikit geram dengan percanggahan pendapat temannya itu, hatinya meronta ingin tahu apa yang ada di dalam kepala Anis saat ini. "Apa maksud kau?," "Kau dah tunjukkan pada Hisyam keburukan kau. Langsung tak fikir perasaan orang lain. kejam. Tu semua tak elok untuk hubungan kamu berdua," "Excuse me. Aku tak kejam. Okay! Aku cuma realistik. Mana ada orang yang nak hidup bermadu? Cuba kau tanya semua perempuan dalam Malaysia ni… nak ke mereka hidup bermadu?," Anis tersenyum sumbing. Cukup cacat senyumnya di mata Maisara. Senyuman itu membuat Maisara tidak selesa. Berasa tersindir. "Kenapa kau senyum?,"soal Maisara perlahan. Kelantangannya hilang melihat senyum sumbing itu. "Kalau kau tak nak bermadu, kenapa kau bercinta dengan married guy? Kau tahu tentang itu dari awal lagi. Dan… seingat aku, kejujuran Hisyam yang tak pernah sembunyikan statusnya itu jugalah yang telah menawan hati kau, kan? Kenapa tiba-tiba sekarang kau bercakap pasal status pula?,’ "Sebab… kan aku dah beritahu tadi. Aku nak dia jadi milik aku sorang. Aku tak sanggup nak berkongsi dia dengan sesiapa. Aku tak sanggup," Maisara menjawab dengan nada yang sedikit keras. Hilang sabar dengan soalan Anis yang menghentamnya. "Okay. I understand. Tapi, kenapa sekarang? Kenapa baru sekarang kau bangkitkan isu tu? Dulu, kau macam tak kisah saja," "Entah. Mungkin sebab sekarang ni, kami dah mula fikir soal kahwin. Jadi, aku lebih hampir dengan kenyataan yang kalau kami kahwin, aku terpaksa berkongsi kasih sayang dia dengan orang lain. Aku rasa tergugat," "Sepatutnya isteri dia yang berasa macam tu. Bukannya kau," Maisara menjeling sambil mencebik. "So, betullah Hisyam tu serius dengan kau ya?," tokok Anis setelah agak lama berdiam diri. "Yalah. Kau masih tak yakin dengan Hisyam tu?,"Maisara menjawab dengan nada sedikit geram. Rupa-rupanya Anis masih lagi dengan persepsi lamanya. Masih juga menganggap Hisyam ingin mempermainkan perasaannya. "Sekarang aku yakin. Cuma aku tertanya-tanya, apa akan jadi selepas ni?," "You mean?," "Yalah.. kau berkeras tak nak bermadu. Dia pula, melenting bila kau suruh dia ceraikan isteri dia. So, macam mana kau nak selesaikan masalah ni? Kalau dia tetap dengan keputusannya, macam mana?," Maisara diam. Kata-kata Anis mengembalikan kerunsingannya tadi. Dia sendiri buntu memikirkan cara penyelesaian konflik yang melandanya itu. Perlahan dia menggeleng. "Entahlah. You have any idea?,"akhirnya dia bersuara sambil memandang wajah Anis. Dalam enggan dia terpaksa meminta pendapat Anis. Dia sudah buntu. Kalau boleh dia tidak mahu mengalah. Dia mahu Hisyam yang beralah. Hisyam perlu memilih dua. Dia atau isterinya… "Kau ada cuba call dia?," "Itulah yang aku buat sejak dua hari lepas. Dia tak jawab. Mesti dia marahkan aku," "Dia tak nak ceraikan isteri dia?," "Yalah. Kan aku dah cerita tadi. Berapa kali nak ulang ni? kau ni, slowlah," "Kau nak dengar pendapat aku ke tidak? Kalau tak nak tak apa. Aku masuk tidur," "Nak…Nak… Duduklah dulu. Jangan merajuk. I need your help. Please…,"pantas tangan Maisara mencapai lengan Anis yang sudah pun mula melangkah meninggalkannya. Anis tersenyum kecil sambil ,melangkah ke pagar balkoni. Bersandar sambil memandanh wajah Maisara yang mendung. "Mengalah sajalah. Terima hakikat dia tu suami orang. Lagi pun dia ada anak, kan? Mesti banyak perkara yang perlu dia pertimbangkan. Kalau kau betul-betul cintakan dia, kau tak boleh beri kata dua macam tu, pada dia. Keu kena belajar memahami dia. Kalau tidak, macam mana kau nak hidup dengan dia? Kau tak boleh selfish," "Maknanya, aku terpaksa bermadulah?," Anis menjungkit bahu. ,alas hjendak menjawab soalan Maisara. "But… he loves me. Dia tak cintakan isterinya tu. Kenapa dia nak pertahankan perkahwinan tu, kalau tak ada cinta? Itu yang buat aku rasa marah sangat tu," "Itu yang dia cakap. Yang dia simpan kat sini… kita tak tahu, kan?,"ujar Anis sambil meletakkan jeri telunjuk di dadanya. "What do you mean?," "Sorrylah. But, aku yakin sangat-sangat dia cintakan isteri dia tu. Sebab tu dia tersentap bila dengar cadangan kau tu. Lelaki… kalau nak beristeri lebih dari satu…ayat mesti power," "No! He’s not. Dia bukan lelaki macam tu. Dia cuma cintakan aku. And, aku percaya kata-kata dia tu," Anis mengeluh perlahan. "It’s up to you. Cinta tu buta kan? Aku rasa, kau pun sama-sama dah jadi buta sebab cinta buta kau tu. Kalau kau nak Hisyam, bersedialah untuk bermadu. Kalau kau tak nak bermadu, tinggalkan Hisyam. Cari, lelaki bujang yang bersepah lagi kat luar sana tu. Dah malam ni. Mata aku pun dah mengantuk. So, aku masuk tidur dulu," Maisara tidak menjawab. Dia cuma memandang Anis berlalu. Kata-kata Anis terngiang-ngiang di telinga. Tidak mungkin. Dia tidak percaya. Kata-kata Anis cuma satu andaian yang meleset. Dia tidak akan termakan dengan pendapat itu. Tetapi, selintas apabila dia teringatkan kemesraan Hisyam dan isterinya di restoran tempoh hari, kata-kata Anis kembali mengganggu fikirannya. Membuat kepalanya semakin sarat dengan rasa curiga.
citer nie best la... tp sy pling x suka si maisara tu... gedik betul.. x kn Hisyam x tau yg dia tu dh jtuh cinta ngan Idayu??? tu la brkeras sngt cnta kn Maisara.. kejam btul si Maisara... kang aq bnuh bru tau.. apapn good luck.. mmang best baca citer nie.....
mana ada org yg perasan ble dia jatuh cinta... ape r... bayangkan ini macam realiti... ini semua lumrah.. but nice the story.. -nua-
Catat Ulasan
TINGGALKAN ULASAN DAN KOMEN, PADA SETIAP KARYA YANG ANDA BACA Penulis memerlukan ulasan dan komen, bagi memperbaiki penulisan dan memperbetulkan kesilapan. Komen dan ulasan anda akan memberi satu semangat kepada penulis, untuk terus menulis karya dan seterusnya menghasilkan karya yang menarik. Kerjasama & sokongan daripada pembaca amat kami hargai. Sebab itulah kami menyediakan HADIAH, sebagai penghargaan kepada penulis dan juga kepada pembaca yang aktif memberi komen & ulasan
"Dia
hidup bukan kerana cinta. Dia hidup kerana
kehadiran Prince Charming yang menyelamatkannya.
Semuanya gara-gara dia mengoyak Carta Prince
Charming—carta misteri yang tiada sesiapa tahu
dari mana datangnya. Yang pasti, memang dia
langsung tidak percaya dengan sumpahan yang
dikatakan berkaitan dengan Carta Prince
Charming.
"Sumpahan puteri? Kau ingat ini cerita dongeng
ke? Puteri apa yang nak sumpah aku ni? Puteri
bunian? Puteri lindungan bulan?”
Desakan daripada Sofea membawanya ke Kelab Bola
Sepak. Di situlah Prince Charming berkumpul.
Tetapi hanya seorang sahaja Prince Charming yang
dicari-carinya. Namun, untuk mencari Prince
Charming bukanlah mudah, namun dia yakin, antara
mereka, pasti salah seorang adalah penyelamatnya.
Orang tu pun satu! Dah selamatkan nyawa orang,
tak reti-reti ke nak munculkan diri? Bukan ke
lagi senang kalau datang berdiri depan aku dan
cakap, Sayalah yang selamatkan awak daripada
kena langgar semalam. Finish! Tak adalah nak
panjangkan cerita sampai beratus muka surat
semata-mata nak cari Prince Charming!
Tajuk:
Prince Charming
Penulis: Ratu Bulan
Terbitan: Fajar Pakeer
Harga:
RM19.90
Ulasan:
NOVEL
HANGAT DIPASARAN
Pertemuan
pertama memberi impak yang berbeza kepada dua insan. Maria
malu mengenang, sedang Hisyam mahu mendekat. Maria semakin
resah apabila Hisyam terus-terusan mendesak. Dalam benci
ada rindu. Bijak Hisyam memujuk, mereka akhirnya disatukan.
Salina hadir menjadi duri dalam daging. Bagi Hisyam, gadis
itu ialah sahabatnya yang terbaik. Insan paling dipercayai.
Namun, dalam diam, Salina meracuni hubungan mereka. Salina
ada agenda yang tersendiri.
Semakin hari, semakin nipis rasa percaya Maria terhadap
Hisyam. Namun, dia tidak mungkin menghindar rasa kasih
yang sudah menebal. Demi menunaikan permintaan Maria,
Hisyam tega melamar Salina walau ada luka di hati.
Sanggupkah Hisyam menduakan Maria yang pernah dicintai
sepenuh hati? Dan, Maria, mampukah membiarkan suami
tersayang jatuh ke tangan Salina? Atau, Mariakah orang
ketiga yang tidak lagi diperlukan kehadirannya oleh Hisyam?
Penulisan2u
sedang
berkerjasama dengan Penerbit Novel bagi memberi peluang kepada penulis-penulis berbakat dan karya yang menarik.
Antara novel yang sudah di terbitkan
2 Pengulas paling AKTIF dengan memberi komen yang ikhlas dan
membina, pada setiap karya cerpen / novel di penulisan2u akan
menerima hadiah sebuah NOVEL.
•
Creative Enterprise Sdn. Bhd., sedang mencari manuskrip kanak-kanak atau remaja. Ini kerana pihak kami ingin memperluaskan dan memperbanyakkan bahan bacaan untuk kanak-kanak dan remaja. Di samping itu kami juga ingin memupuk minat membaca dalam kalangan kanak-kanak dan remaja.
( klik disini
)
•Karyaseni Enterprise ingin memaklumankan
kepada anda yang berminat untuk menghantar manuskrip
anda kepada KS untuk penilaian, sila email kan
sinopsis dan tiga bab awal ke alamat email berikut:
Manuskrip@karyaseni.my
•KarnaDya Solutions Sdn
Bhd. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
hantarkan karya anda. Sebelum anda menghantarkan
manuskrip anda, sila hantarkan butiran berikut terlebih
dahulu melalui emel/pos. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•NB Kara Sdn Bhd dengan berbesar hati
menjemput mana-mana penulis yang merasakan diri mereka
layak menjadi penulis yang versatil, menghantar
manuskrip mereka kepada NB Kara Sdn Bhd. Tulisan anda
terlebih dahulu akan dinilai oleh penulis prolifik
Norhayati Berahim dan juga beberapa panel editor sebelum
diluluskan untuk terbitan.
(
klik disini )
•Jemari Seni Publishing. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
Untuk tujuan pengiriman manuskrip, JEMARI SENI telah
menggariskan panduan kepada penulis-penulisnya. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•
Alaf 21 Sdn Bhd. Tahun 2008 bakal menjanjikan sinar
kecemerlangan seandainya karya anda terpilih untuk
diterbitkan oleh Alaf 21, penerbit novel tersohor di
Malaysia.
Jika
anda mempunyai salah satu manuskrip tersebut, kami ingin
menatap dan menilainya. Sekiranya sesuai, pihak kami
ingin menerbitkannya di bawah jenama ALAF21.
( klik disini)
•
tip kehidupan, zodiak, horoskop, petua, tip, puisi,
pantun, sajak, dan pelbagai artikel menarik layari di
http://istimewa2u.blogspot.com
•
Blog Berkaitan agama, topik-topik tazkirah, audio, video
ceramah, mendengar 114 surah Al-quran secara online,
radio-radio dakwah, layari di
http://dakwah2u.blogspot.com
•
Blog Media, Tv streaming online, radio streaming online,
surat khabar, rakaman drama, radio era, hot.fm, tv1,
tv2,tv3 dan lain-lain. layari di
http://mymedia2u.blogspot.com
•
Blog Koleksi cerita lawak, lucu, kelakar dan video lawak,
lucu dan kelakar. layari di laman
http://kelakar2u.blogspot.com
•
Laman web
syarikat penerbit novel Creative
Enterprise Sdn Bhd (CESB). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.cesb.net.my
•
Laman web
syarikat penerbit
Kaki Novel
Enterprise. Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.kakinovel.com
•
Laman web
syarikat penerbit NB kara Sdn Bhd.
Dimiliki oleh penulis terkenal Norhayati Berahim, Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.nbkara.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit Buku Prima Sdn Bhd.
Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.bukuprima.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit novel
jemari Seni Publishing (JS Publishing). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.jemariseni.com
•
Laman web syarikat penerbit novel Alaf21 Sdn Bhd
(alaf21). Untuk melihat novel-novel terbaru dari Alaf21
layari di
http://www.alaf21.com.my
•
Laman web syarikat penerbit novel Fajar Pakeer Sdn Bhd). Untuk melihat novel-novel terbaru layari di
laman
http://www.fajarnovels.com.my
Kata Kunci
koleksi novel, koleksi novel
cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik,
novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen
cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru,
teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen
melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram,
cerita, cerita cinta, cerita pendek, cerita melayu, cerita online
Malaysia Group
Blog
Koleksi
Cerpen & Novel proudly powered by Blogger. Best display view 1024x768.
Google Inc
Koleksi Cerpen
& Novel dari Malaysia, Indonesia, Singapore & Brunei
citer nie best la... tp sy pling x suka si maisara tu... gedik betul.. x kn Hisyam x tau yg dia tu dh jtuh cinta ngan Idayu??? tu la brkeras sngt cnta kn Maisara.. kejam btul si Maisara... kang aq bnuh bru tau.. apapn good luck.. mmang best baca citer nie.....