Kehidupan
adalah anugerah utama Illahi. Anugerah kehidupan memberi gambaran
kebesaranNya buat kita manusia, yang wajib kita syukuri dan hargai.
Internet adalah kemudahan buat umat manusia. Justeru itu,
manafaatkan ia untuk kesejahteraan diri kita dan umat sejagat.
Sentiasalah kita beringat, apa yang kita lakukan, akan dipertanggung
jawabkan pada kemudian hari.
Gunakan sebaik-baiknya kurnia Allah swt kepada kita. Halalkan
kegunaan akal, hati dan lidah pada perkara yang bakal membawa
kecemerlangan diri kita dunia dan akhirat. Kita hidup hanya sekali.
Sekali 'pergi' tak kan kembali. Buat baik berpada-pada, dan buat
jahat JANGAN sekali-kali. Kewujudan website penulisan2u dengan blog
sebagai wadah untuk meningkatkan nilai diri. Bermatlamatkan
penyatuan ummah dengan ciri-ciri kemurnian budi dan budaya. Walaupun,
dunia terus maju dengan teknologi, kita akan terus kekal dengan
akhlak dan jati diri insani.
*Menjadi insan yang lebih baik, muslimah yang lebih baik!
*Amalkan cara hidup sihat. Kira kalori setiap hari!
*Kekalkan tahap motivasi dan tenaga yang tinggi setiap masa. Kau perlukannya Hamra!
*Jangan membuang masa. Fikir sebelum bertindak! Buang tabiat bertangguh!
*Jangan membazir duit. Fikir sebelum membeli! Simpan sekurang-kurangnya RM1000 sehingga akhir tahun ini. Buat akaun!
*Fikirkan masa hadapan, yang lepas biarkan lepas!
*Baca sekurang-kurangnya sebuah buku sebulan.
*Pastikan bijak dalam membuat keputusan.
*Tulis diari, salah satu cara untuk luahkan perasaan dan juga merakam seribu-satu memori yang akan berlaku pada tahun ini.
*Dapatkan 4.0 flat untuk praktikum yang akan datang! You can do it!
*Mula fikirkan tentang masa depan dengan lebih serius. (kerja, hubungan istimewa, simpanan, impian, dll)
*Lapangkan waktu untuk menulis, berpuisi dan bersajak. Its another side of you that need to be polished!
*Berusaha Hamra! Semoga tahun ini mencipta suatu kenangan terindah!
Syawal datang setahun sekali,
Bermaaf-maafan dengan semua,
Tahun baru menjelma lagi,
Semoga membawa 1001 bahagia,
Penghujung tahun baru berakhir, memberi laluan buat tahun baru menjelmakan diri. Sepantas kilat masa berlalu, begitu banyak suka duka yang tercoret didada diari yang lepas. Ada yang baik untuk dijadikan pedoman dan ada yang tak berapa baik untuk dijadikan teladan.
Permulaan tahun yang lancar bagi aku. Harap-harapnya beginilah selalu. Baru sahaja melewati syawal, duit poket banyak juga yang terisi. Tak sangka, tua-tua bangka aku inipun dapat duit raya lagi. Bertuah betul. Kalau ikutkan Zodiak aku untuk tahun inipun, fulus akan banyak masuk. Minta-minta betullah ya Dee! So apa lagi kita enjoy untuk tahun baru ini!
Februari
Realiti = Sedikit boring! Cuti semester yang panjang! Nak kerja Along tak bagi!
Tugas = Memasak, kemas rumah, mencuci bla, bla, bla. Pembantu rumah tak bergaji!
Hari kekasih = sempurna!
Keputusan part 5 = 3.65, tersangat bagus!
Kehidupan sosial = Boleh tahan. Darwish dekat kampung dia, kurang berjumpa. Bulan depan baru dia balik K.L. Ada juga keluar dengan Isma, Asley, Azna dan Huda!
Persediaan praktikum = zero!
Awal Mac
Masa untuk panik! Balik kampus untuk lapor diri sebelum pergi praktikum. Malangnya internship ditolak! Apa nak buat ni! Ini semua Encik Jazman punya kerja! Argh!!! Masa untuk berdoa banyak-banyak! Semoga ada hikmah disebalik semua ini.
CERITA BERMULA…
CINTA TAK SEMESTI BERSATU,
KRONOLOGI WAKTU MENJADI PENENTU,
ANTARA DIA, KAU DAN AKU!
SATU
Ahad, 18 Mac
11.03pm…
Hai Dee! Baru balik dari makan malam dekat Restoran Hameed tadi (Sampai rumah pukul 10.05). Sorry sebab dah dua hari aku tak menulis. Rindulah pula! Faham-faham sajalah, hal-hal berkenaan praktikum ni memang memeningkan kepala. Semuanya gara-gara Saphire Blue Sdn. Bhd.! Kalau mereka tak batalkan internship aku hari tu, tak payah susah-susah nak sewa rumah. Nasib baik ada triple Na; Aina, Diana dan Yusrina, Ketiga-tiga minah ni saja dari jurusan aku yang tercampak kat K.L. (Termasuk aku, empatlah!) Kalau tak, aku nak duduk dengan siapa dekat K.L. ni? Waa! Kenapalah Ayah dengan Mak beli rumah dekat Shah Alam? Geng-geng aku semua dapat buat praktikum dekat-dekat Shah Alam. Senanglah diorang nak ulang-alik ke kampus. Rumah sewa pun tak payah susah-susah cari.
Argh!!! Think positive Hamra! Think positive! Bak kata ilmuwan, semua perkara yang berlaku ada sebabnya. Betul tak Dee? Mungkin ini peluang aku untuk bersinar di Widescale! Memang tuah aku agaknya dapat jadi intern dekat syarikat gergasi tu. Jadi aku mesti gunakan pengalaman praktikum ini sebaik mungkin. Gambareyo Hamra!
Esok hari pertama praktikum! Memikirkannya saja dah buat jantung aku berdebar. Senarai semak untuk esok:-
Apa lagi ya, Dee? Aku rasa itu saja kot. Doakan aku untuk esok ya! J…
Niat dihati membeli peria,
Peria dibeli dengan nyonya,
Praktikum bermula Hamra bersedia,
Akhir semester 4 flat punya.
* Wish tak telefonpun hari ni. Benci betul!
* Kawan serumah aku yang baru ni, peminat fanatik Siti Nuhaliza. Cerita Siti mengandungpun boleh jadi topik perbahasan. Ada ke patut? Hehehe…
* Gambareyo(jap) = berusaha (Dah lama tinggal kelas, banyak yang dah lupa! Sekarang terlalu banyak baca manga Jepun – pengaruh dari Wish!)
* Terlupa nak kira kalori hari ini. Pastikan esok catit, faham!
6.45pm…
Petang Ahad di Desa Pandan, walau agak asing tapi keadaannya boleh difahami dan dijangka. Kereta memenuhi setiap petak parkir yang ada, petanda betapa padatnya Kuala Lumpur. Anak-anak remaja berkeliaran di sana-sini, menghabiskan waktu hujung mingu mereka bersama rakan-rakan. Kedai-kedai makan dideretan kaki lima sentiasa penuh, tidak putus dikunjungi pelanggan yang kelaparan tak mengira masa. Sudah jadi tabiat rakyat Malaysia agaknya, mulut tak reti-reti nak berhenti. Kalau tak bercakap, apa lagi, makanlah! Trish tersengih menzahirkan fikirannya. Dari celahan tingkap bilik itu dia menghirup udara petang yang berpuput lembut diluar. Tamat sudah tontonan gelagat manusia yang dilihatnya tadi, Trish menutup rapat tingkap tersebut. Bunyi berkeriuk karat besi tingkap jelas kedengaran. Berpaling daripada sudut itu, senyuman Aina mengisi ruang pandang.
"Dah habis mengemas Trish?" Soal gadis hitam manis itu. Anak kelahiran Kedah itu rendah sahaja orangnya. Bermata galak dengan rambut panjang yang ikal mayang, si genit ini mempunyai perwatakan yang menarik. Sempurna bagi seorang yang bakal bergelar setiausaha
"Baru habis tadi. Tengok-tengok pemandangan dekat luar kejap, boleh tahan juga ya Desa Pandan ni." Trish ramah menguntum senyum. Punggungnya dilabuh pada katilnya yang kemas bercadar.
Tanpa diajak, Aina menuju kepada Trish, juga melabuhkan punggung di sebelah rakan biliknya itu.
"A ah! Orang-orang kat sinipun ramah. Ini rumah mak cik Diana. Mak cik dia pindah ke Bangi bulan lepas. Terus Diana cop! Pasal tu yang kitorang beria-ia nak buat praktikum dekat K.L. Rumah dah ada. Tak payah kecoh-kecoh berebut syarikat di Shah Alam tu untuk buat praktikum." Aina menerang satu persatu tanpa diminta.
"Oh! Ini rumah mak cik Diana. Patutlah seorang seratus je. Pelik juga aku bila kau cakap sewa rumah ni empat ratus. Mana nak dapat rumah tiga bilik dengan harga murah dekat K.L. ni. Fully furnished lagi! Nasib baiklah aku ada nombor telefon kau Aina! Kalau tak berpeluh aku nak mencari bilik sewa untuk seorang. Paling-palingpun, sewa mesti dua tiga ratus sebulan." Trish rancak meluahkan perasaannya. Lega sikit hati mak ayahnya di Shah Alam tu.
"Ye tak ye! Kau ni apa cerita sebenarnya? Rumah kau kan dekat Shah Alam, Trish! Setahu aku kau buat praktikum dekat Saphire Blue kan? Kenapa tercampak dekat K.L.?" Aina berkerut memandang Trish. Tubuhnya dipaling sepenuhnya mengadap gadis putih-merah itu. Bersungguh mahu mendengar penjelasan Trish.
"Saphire Blue tolak internship aku saat-saat akhir. Diorang kata ada masalah dalaman, tak nak ambil intern untuk semester ni. Nak pengsan aku dengar! Saphire Blue tu dah dekat sangat dengan rumah aku. Tup! Tup! Jadi macam ni pula. Mula-mula aku telefon Generasi IT, diorang kata diorang tak kisah ambil dua orang intern sekaligus. Aku ingat selesailah masalah, bolehlah aku buat praktikum dengan Isma. Tapi bila nak hantar borang praktikal dekat Encik Jazman, dia tolak!" Trish emosi.
"Memanglah dia tolak! Pensyarah kita yang seorang itukan tak nak dua orang pelajar buat dekat syarikat yang sama. Dia kata nanti kita tak buat kerja, main-main masa praktikum, sebab ada kawan. Dia ingat banyak sangat syarikat dekat kawasan Shah Alam tu, nak tempatkan satu pelajar satu syarikat! Pasal tu kitorang bertiga minta internship dekat K.L. tak banyak cerita!" Aina sinis, menyampuk kata Trish.
"Itulah masalahnya. Kekwatlah Encik Jazman tu! Dah jadi macam ni baru panik. Akhirnya dia sendiri yang carikan internship untuk aku. Pasal itu aku dapat buat dekat Widescale!" Trish bercerita. Bila teringatkan peristiwa dalam pejabat Encik Jazman hari itu, memang boleh dapat sakit jantung.
"O.K. lah Trish! Widescale itukan syarikat besar. Untung kau dapat buat dekat situ. Entah-entah dia bagi gaji untuk tiga bulan kau praktikum. Wah kaya! Kaya! Akupun mula-mula ingat nak minta dekat Widescale, tapi bila fikir-fikir balik takutlah pula! Mesti banyak kerjakan!" Aina mencebik, membayangkan kata-katanya.
"Kau inikan Aina, sekejap bagi semangat. Sekarang menakutkan aku pula!" Trish menepuk peha Aina. Rakannya itu tersengih, membalas usikan Trish.
"Hal tu aku tak kisah sangat. Dekat mana-manapun boleh, asalkan aku dapat buat praktikum. Tak nak aku extend semata-mata nak buat praktikum semester depan! Masalahnya nak mencari rumah sewa! Mengamuk mak dengan ayah aku bila aku kata kena buat dekat K.L. Risaulah diorang, aku inikan perempuan! Mujur Azna beritahu aku yang kau pun buat dekat K.L. Kalau tak, tak tahulah apa jadi. Aku dah masuk rumah ini, baru mak dengan ayah aku diam. Kalau tak, bising!" Trish menghabiskan ceritanya, bersungguh-sungguh.
"Oh macam itu! Kiranya aku penyelamat kaulah ye. Kau kena belanja akulah jawabnya kalau macam tu." Aina mengusik lagi.
"Eee… Tak ikhlas!" Trish menampar lagi peha Aina. Bilik itu bising dengan gurau senda mereka.
"Wah, wah! Seronok nampak." Yusrina dan Diana muncul entah dari mana.
"Korang borak apa ni?" Diana menyoal. Kedua mereka mendapatkan Trish dan Aina yang masih bersisa tawa.
"Tak ada apa. Dengar cerita Trish tentang kes internship dia kena tolak hari tu." Aina menjawab persoalan Diana.
"Oh!... Ala, Encik Jazman tu memang kekwat. Aku dengan Diana merayu-rayu dengan dia hari tu nak buat sama-sama. Dia tak layan langsung!" Yusrina memberi komen, kegeraman.
"Tak payahlah cerita pasal benda-benda ni. Buat aku berdebar je nak menunggu hari esok. Dah maghrib ni. Lepas sembahyang nanti kita pergi makan dekat kedai depan tu nak? Boleh survey kawasan ni sekali, dekat mana nak ambil bas esok pagi!" Diana memberi cadangan.
"Boleh juga. Tapi tunggu aku mandi kejap ye. Tengah masam ni, berpeluh masa mengemas tadi." Trish tersengih sambil mencium bajunya yang sudah kering dari lenjun peluh mengemas petang tadi.
"Eee… Masam! Pi mandi, pi mandi. Tercemar badan aku yang dah wangi ni." Aina berseloroh, cepat-cepat dia bangun dari duduknya. Tawa melanda. Sememangnya Aina memang suka bergurau. Trish tarik muka tapi akhirnya tergelak sama. Jauh disudut hatinya bersyukur kerana segala masalahnya dipermudahkan. Dapat buat praktikum dekat Widescale memang sudah cukup bagus. Ditambah pula dengan rumah sewa murah, dekat dengan tempat pratikum dan kawan-kawan serumah yang sekepala. What else can I wish for? Mungkin nasib baik menyebelahi aku. Pastinya esok menjanji sesuatu yang lebih baik lagi. Trish yakin, hatinya berbunga-bunga.
8.23pm…
Pengalaman pertama makan malam di restoran mamak. Boleh tahanlah! Tak hairan kenapa ramai India muslim berebut-rebut nak buka restoran, peminat makanan mamak memang ramai. Pelbagai ragam manusia menjadi pelakon bagi pentas Restoran Hameed itu. Daripada keluarga, kumpulan anak muda, pekerja-pekerja pejabat yang baru habis bekerja sehingga kepada kawanan pak cik-pak cik yang rancak berborak bersama secawan kopi yang melekat di tangan, memenuhi setiap set meja yang ada. Premis itu ternyata sangat meriah dengan pelanggan yang datang bukan sahaja untuk menjamu selera tetapi bising dengan agenda masing-masing. Namun ada juga dua tiga orang yang lebih suka bersendiri. Bisu tidak bersuara, termenung sendiri, mungkin memikirkan sesuatu.
"Kau makan roti bakar saja Trish?" Diana menegur, mulutnya yang comot dek mee goreng mamak dikesat dengan tisu.
"Aku tak biasa makan berat malam-malam. Inipun dah kenyang." Kepingan roti yang terakhir dimasukkan ke mulutnya. Trish tersenyum.
"Kau diet ye? Kurus kering macam inipun diet juga ke?" Aina mengomel. Berselera sungguh dapat pekena kuey tiaw goreng kerang.
"Bukan diet. Cuma badan aku ni jenis yang cepat naik. Kenalah jaga-jaga. Bak kata Miss Norizan, Healthy Eating! Makan kerana badan awak perlukan tenaga, bukan kerana makanan itu perlukan awak untuk menghabiskannya!" Trish mengajuk cara percakapan pensyarah etikanya dan tergelak sendiri.
"Dietlah tu! Rindu pula dekat Miss Norizan. Kalaulah dia nampak aku makan benda berminyak ni mesti dia menjerit. Diakan alergik dengan minyak. I can not stand just by looking at oily food! Yuks!" Giliran Diana pula mengajuk, mengundang tawa Trish, dan Aina.
"Orang tak betul saja yang tak suka tengok ayam goreng gareng macam ni. Memanglah banyak minyak. Kalau tak berminyak nak goreng ayam pakai apa?" Yusrina akhirnya bersuara. Nasi lemak kukus dan ayam goreng berempah di hadapannya hampir habis dijamu. Tiada gelak darinya, mungkin terasa dengan penampilannya yang agak berisi.
"Memang tak betul! Janji kita tahu apa yang kita makan dan selesa dengan diri kita sendiri itu yang paling baik. Asalkan tubuh cergas minda cerdas, barulah boleh nikmati hidup dengan bermakna. Betul tak Yus? Apa diorang ingat orang berisi tak lawa ke. Cute apa, macam kawan kita ni." Aina menyokong kata Yusrina sekaligus memujinya.
"Kau ni Aina, kalau bab membodek bagi dekat kau." Yusrina menggeleng.
"Eh mestilah! Bodek kan salah satu cara nak pikat bos. Aku tengah berlatih untuk esoklah ni. Ingat, bodek bos!" Tawa meja itu pecah lagi. Riak Aina melucukan sekali.
"Oh ye! Cakap pasal berisi, aku baca majalah tadi. Korang tahu tak yang Siti dah mengandung?" Diana menukar tajuk tiba-tiba.
"Ye ke!" Teriak Yusrina dan Aina mengejutkan Trish.
"Mesti badan dia naik kan." Aina memberi komen.
"Betul ke cerita tu? Macam, tak betul je. Datuk K tu dah tua, boleh dapat anak lagi ke?" Yusrina menyatakan keraguannya.
"Apa pasal tak boleh pula? For Men, life begins at forty tau!" Diana menyangkal.
"Eee… Mesti dia naik banyak kan! Gambar dia yang lepaspun dah tunjukkan ketembaman dia. Nasib baik dah semulajadi cantik. Anak diorang nanti mesti comel. Datuk K pun boleh tahan handsome orangnya." Aina mengomel sendiri.
Keadaan itu buat Trish tersenyum. Hardcore fans Siti Nurhaliza rupanya diorang ni.
"Trish, kau tak ada komen?" Diana bertanya. Tiga pasang mata beralih kepada Trish menunggu jawapan gadis itu.
"Aku dah tak minat dekat dia lepas dia kahwin dengan Datuk K hari tu." Trish jujur.
"Kenapa pula?" Tiga suara serentak menyoal.
"Aku tak setujulah dia kahwin dengan orang tua." Trish memberi alasannya. Tidak sabar menanti balasan daripada peminat-peminat Siti di depannya itu.
"Well, aku pun tak setuju juga mula-mula. Tapi dah jodoh diorang kan. Lagipun bukannya tak boleh dari segi agama." Diana mengulas.
"Ala kalau aku jadi Siti pun aku nak kahwin dengan Datuk K tu. Handsome satu hal, kaya, matang, mesti dia romantik. Lepas tu boleh kau dapat anak segera. Macam-macam ada! Em… Satu lagi tips untuk esok, godalah bos anda!" Aina berseloroh lagi. Yang lain tergelak.
"Bukan pasal itulah dia kahwin." Yusrina menyangkal isi percakapan Aina tadi.
"Habis tu pasal apa?" Trish ingin tahu. Baginya tiada alasan nak kahwin dengan orang tua. Bukan sahaja tak manis, kena fikir juga perasaan wanita yang pernah jadi isteri lelaki itu. Perasaan anak-anak mereka.
"Kerana cinta…" Ringkas jawapan Yusrina, tersenyum. Bunyi telefon Yusrina berbunyi kemudiannya.
"Korang tengok betapa kuatnya cinta. Sebut pasal cinta je, darling aku telefon." Yusrina girang.
"Lamalah berborak ni karang! Hai… Aku juga tak laku! Tapi tak apa sasaran aku sekarang adalah bakal bos aku. Manalah tahu aku boleh jadi macam Siti Nurhaliza lepas ni. Dapat kahwin dengan Datuk." Aina bersahaja menutur. Perwatakannya memang gila-gila.
"Kau ni kan Aina, gila tau!" Geleng Diana.
Trish sekadar tersengih melihat gelagat dua rakannya itu.
"Trish, pakwe kau Darwish kan?" Aina membuka topik baru membuatkan muka Trish merah padam.
"Ala janganlah malu-malu. Macamlah kitorang tak tahu. Kalau dating dekat kampus tu bukan main lagi. Kitorang lalu sebelahpun tak nampak." Aina mengusik lagi.
"Mana ada aku malu. A ah! Pakwe aku. Kenapa? Kau berkenan ke? Nanti aku bagi tahu dia ye?" Trish selamba. Sebut pasal Wish, geramnya kembali semula. Dahlah SMS tak balas, telefonpun tidak. Benci betul!
"Tak nak! Kan aku dah kata, sasaran aku sekarang adalah bakal bos aku, He! He! He!" Aina buat perangai gilanya lagi. Tidak berhenti ketawa dibuatnya setiap kali gadis itu membuka mulut.
"Tak payahlah kau layan minah ni Trish! Tak betul! Darwish tu budak grafikkan? Untunglah kau, budak grafik pandai cari duit tau!" Diana memberi pandangannya.
Pasal pandai cari duitlah sampai tak ada masa nak telefon mak we sendiri. Trish memendam rasa.
TINGGALKAN ULASAN DAN KOMEN, PADA SETIAP KARYA YANG ANDA BACA Penulis memerlukan ulasan dan komen, bagi memperbaiki penulisan dan memperbetulkan kesilapan. Komen dan ulasan anda akan memberi satu semangat kepada penulis, untuk terus menulis karya dan seterusnya menghasilkan karya yang menarik. Kerjasama & sokongan daripada pembaca amat kami hargai. Sebab itulah kami menyediakan HADIAH, sebagai penghargaan kepada penulis dan juga kepada pembaca yang aktif memberi komen & ulasan
"Dia
hidup bukan kerana cinta. Dia hidup kerana
kehadiran Prince Charming yang menyelamatkannya.
Semuanya gara-gara dia mengoyak Carta Prince
Charming—carta misteri yang tiada sesiapa tahu
dari mana datangnya. Yang pasti, memang dia
langsung tidak percaya dengan sumpahan yang
dikatakan berkaitan dengan Carta Prince
Charming.
"Sumpahan puteri? Kau ingat ini cerita dongeng
ke? Puteri apa yang nak sumpah aku ni? Puteri
bunian? Puteri lindungan bulan?”
Desakan daripada Sofea membawanya ke Kelab Bola
Sepak. Di situlah Prince Charming berkumpul.
Tetapi hanya seorang sahaja Prince Charming yang
dicari-carinya. Namun, untuk mencari Prince
Charming bukanlah mudah, namun dia yakin, antara
mereka, pasti salah seorang adalah penyelamatnya.
Orang tu pun satu! Dah selamatkan nyawa orang,
tak reti-reti ke nak munculkan diri? Bukan ke
lagi senang kalau datang berdiri depan aku dan
cakap, Sayalah yang selamatkan awak daripada
kena langgar semalam. Finish! Tak adalah nak
panjangkan cerita sampai beratus muka surat
semata-mata nak cari Prince Charming!
Tajuk:
Prince Charming
Penulis: Ratu Bulan
Terbitan: Fajar Pakeer
Harga:
RM19.90
Ulasan:
NOVEL
HANGAT DIPASARAN
Pertemuan
pertama memberi impak yang berbeza kepada dua insan. Maria
malu mengenang, sedang Hisyam mahu mendekat. Maria semakin
resah apabila Hisyam terus-terusan mendesak. Dalam benci
ada rindu. Bijak Hisyam memujuk, mereka akhirnya disatukan.
Salina hadir menjadi duri dalam daging. Bagi Hisyam, gadis
itu ialah sahabatnya yang terbaik. Insan paling dipercayai.
Namun, dalam diam, Salina meracuni hubungan mereka. Salina
ada agenda yang tersendiri.
Semakin hari, semakin nipis rasa percaya Maria terhadap
Hisyam. Namun, dia tidak mungkin menghindar rasa kasih
yang sudah menebal. Demi menunaikan permintaan Maria,
Hisyam tega melamar Salina walau ada luka di hati.
Sanggupkah Hisyam menduakan Maria yang pernah dicintai
sepenuh hati? Dan, Maria, mampukah membiarkan suami
tersayang jatuh ke tangan Salina? Atau, Mariakah orang
ketiga yang tidak lagi diperlukan kehadirannya oleh Hisyam?
Penulisan2u
sedang
berkerjasama dengan Penerbit Novel bagi memberi peluang kepada penulis-penulis berbakat dan karya yang menarik.
Antara novel yang sudah di terbitkan
2 Pengulas paling AKTIF dengan memberi komen yang ikhlas dan
membina, pada setiap karya cerpen / novel di penulisan2u akan
menerima hadiah sebuah NOVEL.
•
Creative Enterprise Sdn. Bhd., sedang mencari manuskrip kanak-kanak atau remaja. Ini kerana pihak kami ingin memperluaskan dan memperbanyakkan bahan bacaan untuk kanak-kanak dan remaja. Di samping itu kami juga ingin memupuk minat membaca dalam kalangan kanak-kanak dan remaja.
( klik disini
)
•Karyaseni Enterprise ingin memaklumankan
kepada anda yang berminat untuk menghantar manuskrip
anda kepada KS untuk penilaian, sila email kan
sinopsis dan tiga bab awal ke alamat email berikut:
Manuskrip@karyaseni.my
•KarnaDya Solutions Sdn
Bhd. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
hantarkan karya anda. Sebelum anda menghantarkan
manuskrip anda, sila hantarkan butiran berikut terlebih
dahulu melalui emel/pos. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•NB Kara Sdn Bhd dengan berbesar hati
menjemput mana-mana penulis yang merasakan diri mereka
layak menjadi penulis yang versatil, menghantar
manuskrip mereka kepada NB Kara Sdn Bhd. Tulisan anda
terlebih dahulu akan dinilai oleh penulis prolifik
Norhayati Berahim dan juga beberapa panel editor sebelum
diluluskan untuk terbitan.
(
klik disini )
•Jemari Seni Publishing. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
Untuk tujuan pengiriman manuskrip, JEMARI SENI telah
menggariskan panduan kepada penulis-penulisnya. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•
Alaf 21 Sdn Bhd. Tahun 2008 bakal menjanjikan sinar
kecemerlangan seandainya karya anda terpilih untuk
diterbitkan oleh Alaf 21, penerbit novel tersohor di
Malaysia.
Jika
anda mempunyai salah satu manuskrip tersebut, kami ingin
menatap dan menilainya. Sekiranya sesuai, pihak kami
ingin menerbitkannya di bawah jenama ALAF21.
( klik disini)
•
tip kehidupan, zodiak, horoskop, petua, tip, puisi,
pantun, sajak, dan pelbagai artikel menarik layari di
http://istimewa2u.blogspot.com
•
Blog Berkaitan agama, topik-topik tazkirah, audio, video
ceramah, mendengar 114 surah Al-quran secara online,
radio-radio dakwah, layari di
http://dakwah2u.blogspot.com
•
Blog Media, Tv streaming online, radio streaming online,
surat khabar, rakaman drama, radio era, hot.fm, tv1,
tv2,tv3 dan lain-lain. layari di
http://mymedia2u.blogspot.com
•
Blog Koleksi cerita lawak, lucu, kelakar dan video lawak,
lucu dan kelakar. layari di laman
http://kelakar2u.blogspot.com
•
Laman web
syarikat penerbit novel Creative
Enterprise Sdn Bhd (CESB). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.cesb.net.my
•
Laman web
syarikat penerbit
Kaki Novel
Enterprise. Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.kakinovel.com
•
Laman web
syarikat penerbit NB kara Sdn Bhd.
Dimiliki oleh penulis terkenal Norhayati Berahim, Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.nbkara.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit Buku Prima Sdn Bhd.
Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.bukuprima.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit novel
jemari Seni Publishing (JS Publishing). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.jemariseni.com
•
Laman web syarikat penerbit novel Alaf21 Sdn Bhd
(alaf21). Untuk melihat novel-novel terbaru dari Alaf21
layari di
http://www.alaf21.com.my
•
Laman web syarikat penerbit novel Fajar Pakeer Sdn Bhd). Untuk melihat novel-novel terbaru layari di
laman
http://www.fajarnovels.com.my
Kata Kunci
koleksi novel, koleksi novel
cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik,
novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen
cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru,
teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen
melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram,
cerita, cerita cinta, cerita pendek, cerita melayu, cerita online
Malaysia Group
Blog
Koleksi
Cerpen & Novel proudly powered by Blogger. Best display view 1024x768.
Google Inc
Koleksi Cerpen
& Novel dari Malaysia, Indonesia, Singapore & Brunei
Catat Ulasan
TINGGALKAN ULASAN DAN KOMEN, PADA SETIAP KARYA YANG ANDA BACA Penulis memerlukan ulasan dan komen, bagi memperbaiki penulisan dan memperbetulkan kesilapan. Komen dan ulasan anda akan memberi satu semangat kepada penulis, untuk terus menulis karya dan seterusnya menghasilkan karya yang menarik. Kerjasama & sokongan daripada pembaca amat kami hargai. Sebab itulah kami menyediakan HADIAH, sebagai penghargaan kepada penulis dan juga kepada pembaca yang aktif memberi komen & ulasan