Kehidupan
adalah anugerah utama Illahi. Anugerah kehidupan memberi gambaran
kebesaranNya buat kita manusia, yang wajib kita syukuri dan hargai.
Internet adalah kemudahan buat umat manusia. Justeru itu,
manafaatkan ia untuk kesejahteraan diri kita dan umat sejagat.
Sentiasalah kita beringat, apa yang kita lakukan, akan dipertanggung
jawabkan pada kemudian hari.
Gunakan sebaik-baiknya kurnia Allah swt kepada kita. Halalkan
kegunaan akal, hati dan lidah pada perkara yang bakal membawa
kecemerlangan diri kita dunia dan akhirat. Kita hidup hanya sekali.
Sekali 'pergi' tak kan kembali. Buat baik berpada-pada, dan buat
jahat JANGAN sekali-kali. Kewujudan website penulisan2u dengan blog
sebagai wadah untuk meningkatkan nilai diri. Bermatlamatkan
penyatuan ummah dengan ciri-ciri kemurnian budi dan budaya. Walaupun,
dunia terus maju dengan teknologi, kita akan terus kekal dengan
akhlak dan jati diri insani.
Perkara pertama yang aku lakukan bila masuk office, on semua suis yang ada. Lampu, aircond dan yang paling penting suis computer. Kalau tak on suis computer macam mana kerja nak jalan. Namaku Puteri Suffiyahanum binti Tengku Adzrein. Tapi cukuplah panggil aku Piya. Aku dah pun kerja. Baru je, kerja kat tempat yang pernah aku praktikal dulu. Sweet Vacation Travel and Services. Tak banyak kerja yang boleh aku lakukan di sini. Servicenya lebih kepada penjualan tiket kapal terbang, itupun Cuma untuk Air Asia. So, takkan tiap-tiap hari orang beli tiket kapal terbang kan. Untuk package, kalau kat sini, tak berapa nak aktif tapi kalau di head office, KL laju juga. Boleh dikatakan setiap bulan bos aku bawa orang pergi trip. Bosan juga kan kalau tiada kerja. Pergi kerja tapi tiada kerja. Macam mana tu ya. Hihi. Untuk elakkan kebosanan selalu aku surfing internet sehinggalah aku join forum. www.mysahabat.org guna nick name misz_honeydews sebabnya aku suka honeydews. Hihi. Seronok juga join forum ni. Banyak benda yang kami bincangkan. Hubungan kami pun erat. Tapi sekadar di alam maya. Forumer yang selalu bawa bertekak dengan aku, Jerangkung_Malam dan Da_Kings. Seronok. Jerangkung_Malam ni selalu bergaduh dengan Da_Kings berebutkan aku kononnya. Jangan salah faham just in da forum. Deringan telefon mengejutkan aku. Pantas tanganku mencapai telefon yang terletak di atas mejaku. "Hello, Sweet Vacation Travel and Services. May I help you ?" "Boleh saya tahu harga tiket untuk KUL-BKI untuk 14 December ?" Aku mencapai sekeping kertas lalu mencari maklumat diperlukan. Tidak sukar hanya perlu merlayari laman web Air Asia. Itulah kerjaku setiap hari. Selain menjawab panggilan telefon, juga issue ticket untuk customer. Tapi kalau time busy, tak usah cakap. Penat juga. Biasalah kalau dah namanya berniaga, busy tak tentu masa. Ada hari yang amat sibuk sampai aku sendiri tak sempat lunch dan adakalanya bosan tahap gaban. "Piya, kau tak nak lunch ke ni ?" Adella bertanya. Jam di dinding telah menunjukkan pukul 12 tengahari. Memang waktu lunch pun. Aku tersenyum dan menggeleng. "No thanks." "Diet ?" "Bukanlah…rasa macam kenyang lagi." Sebenarnya aku terpaksa berjimat. Ialah gajiku bukannya banyak sangat. Maklumlah, aku baru sahaja bekerja. Duit simpanan pun belum banyak. Kalau duit simpanan banyak pun takkan lah aku nak boros. Kena juga simpan untuk kahwin. Gatai. Hihi.
Adella memandang wajahku lama. Mungkin mencari keihlasan dan kebenaran pada kata-kataku. Atau Adella tidak percaya dengan apa yang didengarnya. Aku Cuma tersenyum. "Kau serius ?" Aku angkat bahu. Entahlah. Aku sendiri keliru dengan hatiku. Benarkah atau…. "Piya…kau tak kenal dia. Lagipun kat internet ni bukannya boleh percaya sangat." Aku diam. Mencari ayat yang sesuai sebagai balasan kata-kata Adella. Adella benar. Aku tidak pernah kenal dia. Tapi aku rasa amat dekat dengannya. Apakah maknanya itu. Adakah dia…. "Aku dah lama kenal dia Del. Dari semua comment dan pendapatnya aku tau dia jenis yang macam mana." "Hanya kerana membaca pendapat-pendapatnya di forum, kau sudah mengenali dia. Biar betul….." Adella masih tidak percaya. "Threads, post dan semua pendapatnya di forum menggambarkan dirinya, Del." Adella diam. Aku tahu dia masih tidak percaya denganku. Terlalu mudah. Mudah untuk aku jatuh hati pada seorang insane yang hanya ku kenal peribadinya melalui tulisannya. Itu kata Adella. Bagi aku….bukan mudah untuk aku jatuh cinta, tetapi aku sendiri tidak tahu dan tidak pasti kenapa aku boleh jatuh suka pada Da_Kings. Rasa seolah ingin sahaja aku menjadi Da_Queen untuk Da_King itu. Hihi. Pelikkan….
Da_King. Itu nicknamenya. Namanya, aku tak pasti. Peribadinya sudah ku tahu, melalui tulisan-tulisannya di forum. Semua memang menggambarkan peribadinya. Dia bijak dalam memberi pandangan. Ideanya hebat. Aku selalu menjadi penentangnya. Tetapi tewas bila dia keluarkan hujah-hujahnya. Terkesima aku sendiri. Lama memikirkan kebenaran kata-katanya. Dan akhirnya….aku terpaksa menyetujuinya. Sama seperti aku, Jerangkung_Malam juga selalu menjadi penentang Da_King. Jarang kami sama-sama bersetuju mengenai sesuatu pendapat. Tapi Jerangkung_Malam yang kukenal melalui postnya, bukanlah seorang yang mudah mengalah. Mulalah mamat itu memutarbelitkan cerita yang akhirnya meleret-leret dari topic asal. Hihi. Macam-macam.
Hari ini tidak seperti semalam yang sibuk. Semalam banyak tugas yang perlu diselesaikan. Menyediakan quotation untuk beberapa pakej yang diperlukan pelanggan. Menyediakan package yang sesuai dengan permintaan pelanggan dan seterusnya quotation dan package itu di kirim melalui fax kepada pelanggan untuk mereka membuat pilihan. Bukan itu sahaja, aku juga terpaksa bank in money memandangkan Adella sendiri sudah sibuk dengan kerja-kerjanya. Tidak mahu menyusahkan Adella, aku sendiri yang bank in duit. Masa free aku gunakan untuk berforum. Tidak sabar mahu melihat thread ‘mari berpantun’. Thread yang dikonker oleh aku dan Da_Great. Maklumlah, Jerangkung_Malam tidak pandai berpantun. Kalau tidak, dialah yang selalu menjadi teman pergaduhanku dan Da_Great.
Pergi kepasar membeli honeydews Istimewa buat buah hatiku Kemana perginya Misz_honeydews Terkenang-kenang aku merindu
Aku tersenyum membaca pantun dari Da_Great. Aku membalas…
Membeli honeydews dan juga budu Kerana itu makanan kegemaranku Janganlah engkau terlalu merindu Nanti jatuh smua bulu mataku
Hahaha
"Amboi….seronok nampak," Adella menegur. Dia tersenyum-senyum melihat telatahku yang senyum-senyum sendiri di hadapan computer. Macam orang gila lagaknya. "Tak de la. Kelakarlah baca thread ni." Adella menggeleng-gelengkan kepalanya dengan gelagatku. Tak dapek nak nolong. "Hati-hati. Nanti ada yang tak lena tidur." Adella mengusik. "Ala….dah dapat baca post dari dia confirm lena aku tidur. Selamba aku menjawab. Alahai…macam dah gila bayang. Macam mana ni.
Aku membuka threads baru. Tajuknya, Please Help Me. Isinya pula :
Korang….camana ni… Aku dah TERsuka kat sorang mamat ni la. What I have do ?????????
Waktu lunch aku dan Adella keluar makan kat sebuah warung sebelah office. Hari ni, aku tak sempat breakfast, so nak tak nak aku terpaksa lunch. Mak aih…lapar seyh kalau tak lunch. Nanti karang ada yang lembik sebelum pukul 5 petang. Aku order segelas horlick ais dan sepinggan kue tiaw goreng, makanan kegemaranku. Adella pula segelas teh tarik dan nasi goreng pattaya. Berselera aku makan, maklumlah orang tengah lapar. Makan tak hengat dunia. Hihi. "Hai…." Satu suara tiba-tiba sahaja menyapa kami. Aku mengangkat wajahku memandang ke arah orang yang menegur. Terhenti suapanku. "Hey…….Sharul." Terjerit aku. Seronok bukan kepalang. Maklumlah, sudah lama aku tidak berjumpa dengan Sharul. Teman sepergaduhan harmoniku di sekolah rendah sampailah sekolah menengah. Tidak pernah sependapat. Ada-ada sahaja yang membuatkan kami bertekak. Tapi persahabatan tetap jua utuh. Sebab itulah aku namakan persabatan aku dengannya sebagai teman sepergaduhan harmoni. Hihi. "Del, ni teman sepergaduhan harmoni aku dulu-dulu." Aku memperkenalkan Sharul kepada Adella. "Adella." "Sharul." Sharul menarik kerusi di hadapanku. Seronok kami bercerita. Makumlah sudah lama tidak berjumpa. Bermacam-macam cerita keluar. Dari kisah nakal aku sehinggalah kisah-kisah kejayaan yang kami pernah tempa bersama. "Amboi…..korang ni, bercerita tak hengat dunia. Macam aku tak wujud." Adella seperti berjauh hati dengan kami. Aku dan Sharul ketawa. "Sorry la fren. Kami dah lama tak jumpa. Last jumpa time Reunion form 5 batch 2005 SMKLT." "Ya lah, Del. Tak baik tau merajuk. Nanti cepat tua." Sharul pula mengusik. "Ye la tu. Korang ni memang best friend la kan ? Perangai pun sama, suka kenakan orang." "Haah…kan aku dah cakap teman sepergaduhan harmoni. Sharul ni suka bertekak dengan aku. Apa yang aku buat ada je tak kena di mata dia. Hehe. Kau nak tau, actually masa sekolah rendah kami rapat time darjah 4 sampai darjah 5. Then mamat ni pindah ikut ayah dia. Tapi sekolah menengah kami jumpa balik. Tak sangka kan. Apa lagi bersambung la pergaduhan kami. Hehe." Aku membuka cerita lama. Indah kenangan lalu. "Aku pula yang suka gaduh dengan kau. Kau tu yang suka cari pasal dengan aku Piya. Tengok, sekarang pun masih lagi nak tuduh-tudung aku. Nak mula lah tu." Sharul tidak mahu mengalah. Alamak bunga-bunga peperangan seolah-olah mahu berkembang. Adella tersenyum melihat gelagat kami. Dah besar panjang pun masih lagi mahu bergaduh. Kalau zaman-zaman persekolahan tu, bolehlah dimaafkan. "Sudah la korang ni. Sebelum korang bom mengebom, Piya….jom dah nak pukul 2 ni." Adella meredakan keadaan. Risau terlajak waktu rehat. Aku dan Shahrul Cuma ketawa mendengarkan kata-kata Adella. Kami sempat bertukar-tukar nombor telefon.
Masuk ke office, perkara pertama yang aku lakukan membuka thread yang aku post. Please Help Me. Sudah tiga hari aku tidak berforum. Maklumlah, dekat-dekat bulan puasa ni ramai pula pelanggan yang datang mahu menempah tiket pulang ke kampong halaman. Kebanyakannya dari warga Indonesia yang bekerja di sini. Sebaik sign in, aku menekan button forum dan mencari thread aku. 6 replies. Terakhir dari Sufi.
Da_Great :
Ala….ko bagitau je dia perasaan ko tuh Misz_honeydew. Accept or reject lain kira, yang penting ko dah luahkan perasaan ko.
Jerangkung_Malam :
Kalau ko tak nak bagitahu pun Misz_honedew, ko bagi je hints. Kalau bagitau direct mana tau, kau ni pemalu kan. Hahahahahah
Kete_control
Kalau bagi aku, ko kena make sure yang orang tu belum berpunya baru ko boleh bagitau dia misz. Nanti karang kalau dia dah ada awek….ko gak yang malu.
Dan semua replies kebanyakan menyokong pendapat ketiga-tiga forumers ini. Conclusionnya, luahkan perasaanku pada lelaki itu. Tidak…….malu seyh….camana ni. Aku membalas untuk thread itu,
Misz_honeydews :
Malu la. Lagipun aku tak kenal dia lol…hikhik…
Telefonku tiba-tiba sahaja berdering. Lantas aku menjawab panggilan itu tanpa melihat siapa si pemanggil. "Hello…assalamualaikum. Piya, kau bz ke ?" "Hey….Sharul. Waalaikumussalam. Tak bz sangat. Okey jer. Aku pun tengah bosan ni ?" "Tak de kerja ke ?" "Aku dah settlekan semua kerja lo. Kan ke aku ni pekerja yang cemerlang. Hehe." Sempat aku memuji diriku sendiri membuatkan Sharul ketawa besar. "Pekerja cemerlang sedang bergayut yea." Alamak ai…antu ko Sharul, selamba popeye mengenakan aku. Aku Cuma tertawa mendengar sindirannya. Tidak tahu apa yang mahu dijawab. "Anyway, aku nak ajak kau keluar la Sabtu ni. Free tak ?" "Ko rindu aku ea ?" Aku menembak. "Tau takpe. Rindu nak berperang dengan ko." "Rindu nak berperang ea? Dun worry aku dah terror sekarang. Tak kalah dengan kau lagi." "Iyalah tu cik Piya oi. Kau tak kalah dengan aku sebab aku yang bagi chane kau menang." "Sharulllllllll……." Terjerit aku mendegar kata-kata Sharul. Sengaja dia mahu kenakan aku. Adella memandangku. Mungkin terkejut dengan jeritanku yang agak kuat. "Opss…sorry." Aku mengangkat kedua belah tanganku ke dahi memohon ampun pada Adella. Dan dia hanya tersenyum melihat gelagatku. "So, Sabtu ni ea. Kat tempat biasa." Sharul mematikan talian. Aku tersenyum. Kat tempat biasa. Hm…rindunya aku pada tempat itu. Aku sendiri sudah lama tidak ke situ. Bagaimanakah agaknya tempat itu sekarang.
best2..hehe tp konfius ckit r...piya ni suke sape sbnrnyer??? da_king ker da_great???
Catat Ulasan
TINGGALKAN ULASAN DAN KOMEN, PADA SETIAP KARYA YANG ANDA BACA Penulis memerlukan ulasan dan komen, bagi memperbaiki penulisan dan memperbetulkan kesilapan. Komen dan ulasan anda akan memberi satu semangat kepada penulis, untuk terus menulis karya dan seterusnya menghasilkan karya yang menarik. Kerjasama & sokongan daripada pembaca amat kami hargai. Sebab itulah kami menyediakan HADIAH, sebagai penghargaan kepada penulis dan juga kepada pembaca yang aktif memberi komen & ulasan
"Dia
hidup bukan kerana cinta. Dia hidup kerana
kehadiran Prince Charming yang menyelamatkannya.
Semuanya gara-gara dia mengoyak Carta Prince
Charming—carta misteri yang tiada sesiapa tahu
dari mana datangnya. Yang pasti, memang dia
langsung tidak percaya dengan sumpahan yang
dikatakan berkaitan dengan Carta Prince
Charming.
"Sumpahan puteri? Kau ingat ini cerita dongeng
ke? Puteri apa yang nak sumpah aku ni? Puteri
bunian? Puteri lindungan bulan?”
Desakan daripada Sofea membawanya ke Kelab Bola
Sepak. Di situlah Prince Charming berkumpul.
Tetapi hanya seorang sahaja Prince Charming yang
dicari-carinya. Namun, untuk mencari Prince
Charming bukanlah mudah, namun dia yakin, antara
mereka, pasti salah seorang adalah penyelamatnya.
Orang tu pun satu! Dah selamatkan nyawa orang,
tak reti-reti ke nak munculkan diri? Bukan ke
lagi senang kalau datang berdiri depan aku dan
cakap, Sayalah yang selamatkan awak daripada
kena langgar semalam. Finish! Tak adalah nak
panjangkan cerita sampai beratus muka surat
semata-mata nak cari Prince Charming!
Tajuk:
Prince Charming
Penulis: Ratu Bulan
Terbitan: Fajar Pakeer
Harga:
RM19.90
Ulasan:
NOVEL
HANGAT DIPASARAN
Pertemuan
pertama memberi impak yang berbeza kepada dua insan. Maria
malu mengenang, sedang Hisyam mahu mendekat. Maria semakin
resah apabila Hisyam terus-terusan mendesak. Dalam benci
ada rindu. Bijak Hisyam memujuk, mereka akhirnya disatukan.
Salina hadir menjadi duri dalam daging. Bagi Hisyam, gadis
itu ialah sahabatnya yang terbaik. Insan paling dipercayai.
Namun, dalam diam, Salina meracuni hubungan mereka. Salina
ada agenda yang tersendiri.
Semakin hari, semakin nipis rasa percaya Maria terhadap
Hisyam. Namun, dia tidak mungkin menghindar rasa kasih
yang sudah menebal. Demi menunaikan permintaan Maria,
Hisyam tega melamar Salina walau ada luka di hati.
Sanggupkah Hisyam menduakan Maria yang pernah dicintai
sepenuh hati? Dan, Maria, mampukah membiarkan suami
tersayang jatuh ke tangan Salina? Atau, Mariakah orang
ketiga yang tidak lagi diperlukan kehadirannya oleh Hisyam?
Penulisan2u
sedang
berkerjasama dengan Penerbit Novel bagi memberi peluang kepada penulis-penulis berbakat dan karya yang menarik.
Antara novel yang sudah di terbitkan
2 Pengulas paling AKTIF dengan memberi komen yang ikhlas dan
membina, pada setiap karya cerpen / novel di penulisan2u akan
menerima hadiah sebuah NOVEL.
•
Creative Enterprise Sdn. Bhd., sedang mencari manuskrip kanak-kanak atau remaja. Ini kerana pihak kami ingin memperluaskan dan memperbanyakkan bahan bacaan untuk kanak-kanak dan remaja. Di samping itu kami juga ingin memupuk minat membaca dalam kalangan kanak-kanak dan remaja.
( klik disini
)
•Karyaseni Enterprise ingin memaklumankan
kepada anda yang berminat untuk menghantar manuskrip
anda kepada KS untuk penilaian, sila email kan
sinopsis dan tiga bab awal ke alamat email berikut:
Manuskrip@karyaseni.my
•KarnaDya Solutions Sdn
Bhd. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
hantarkan karya anda. Sebelum anda menghantarkan
manuskrip anda, sila hantarkan butiran berikut terlebih
dahulu melalui emel/pos. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•NB Kara Sdn Bhd dengan berbesar hati
menjemput mana-mana penulis yang merasakan diri mereka
layak menjadi penulis yang versatil, menghantar
manuskrip mereka kepada NB Kara Sdn Bhd. Tulisan anda
terlebih dahulu akan dinilai oleh penulis prolifik
Norhayati Berahim dan juga beberapa panel editor sebelum
diluluskan untuk terbitan.
(
klik disini )
•Jemari Seni Publishing. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
Untuk tujuan pengiriman manuskrip, JEMARI SENI telah
menggariskan panduan kepada penulis-penulisnya. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•
Alaf 21 Sdn Bhd. Tahun 2008 bakal menjanjikan sinar
kecemerlangan seandainya karya anda terpilih untuk
diterbitkan oleh Alaf 21, penerbit novel tersohor di
Malaysia.
Jika
anda mempunyai salah satu manuskrip tersebut, kami ingin
menatap dan menilainya. Sekiranya sesuai, pihak kami
ingin menerbitkannya di bawah jenama ALAF21.
( klik disini)
•
tip kehidupan, zodiak, horoskop, petua, tip, puisi,
pantun, sajak, dan pelbagai artikel menarik layari di
http://istimewa2u.blogspot.com
•
Blog Berkaitan agama, topik-topik tazkirah, audio, video
ceramah, mendengar 114 surah Al-quran secara online,
radio-radio dakwah, layari di
http://dakwah2u.blogspot.com
•
Blog Media, Tv streaming online, radio streaming online,
surat khabar, rakaman drama, radio era, hot.fm, tv1,
tv2,tv3 dan lain-lain. layari di
http://mymedia2u.blogspot.com
•
Blog Koleksi cerita lawak, lucu, kelakar dan video lawak,
lucu dan kelakar. layari di laman
http://kelakar2u.blogspot.com
•
Laman web
syarikat penerbit novel Creative
Enterprise Sdn Bhd (CESB). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.cesb.net.my
•
Laman web
syarikat penerbit
Kaki Novel
Enterprise. Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.kakinovel.com
•
Laman web
syarikat penerbit NB kara Sdn Bhd.
Dimiliki oleh penulis terkenal Norhayati Berahim, Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.nbkara.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit Buku Prima Sdn Bhd.
Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.bukuprima.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit novel
jemari Seni Publishing (JS Publishing). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.jemariseni.com
•
Laman web syarikat penerbit novel Alaf21 Sdn Bhd
(alaf21). Untuk melihat novel-novel terbaru dari Alaf21
layari di
http://www.alaf21.com.my
•
Laman web syarikat penerbit novel Fajar Pakeer Sdn Bhd). Untuk melihat novel-novel terbaru layari di
laman
http://www.fajarnovels.com.my
Kata Kunci
koleksi novel, koleksi novel
cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik,
novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen
cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru,
teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen
melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram,
cerita, cerita cinta, cerita pendek, cerita melayu, cerita online
Malaysia Group
Blog
Koleksi
Cerpen & Novel proudly powered by Blogger. Best display view 1024x768.
Google Inc
Koleksi Cerpen
& Novel dari Malaysia, Indonesia, Singapore & Brunei
best3-nurul suka pantun tu-hik3