Kehidupan
adalah anugerah utama Illahi. Anugerah kehidupan memberi gambaran
kebesaranNya buat kita manusia, yang wajib kita syukuri dan hargai.
Internet adalah kemudahan buat umat manusia. Justeru itu,
manafaatkan ia untuk kesejahteraan diri kita dan umat sejagat.
Sentiasalah kita beringat, apa yang kita lakukan, akan dipertanggung
jawabkan pada kemudian hari.
Gunakan sebaik-baiknya kurnia Allah swt kepada kita. Halalkan
kegunaan akal, hati dan lidah pada perkara yang bakal membawa
kecemerlangan diri kita dunia dan akhirat. Kita hidup hanya sekali.
Sekali 'pergi' tak kan kembali. Buat baik berpada-pada, dan buat
jahat JANGAN sekali-kali. Kewujudan website penulisan2u dengan blog
sebagai wadah untuk meningkatkan nilai diri. Bermatlamatkan
penyatuan ummah dengan ciri-ciri kemurnian budi dan budaya. Walaupun,
dunia terus maju dengan teknologi, kita akan terus kekal dengan
akhlak dan jati diri insani.
Angin bertiup sepoi-sepoi bahasa. Di bawah bulan purnama, berdiri Puteri Sayap Cinta dan Putera Bertopeng. Masing-masing kelu seribu bahasa. Cuma bertentangan mata untuk beberapa ketika. Seketika kemudian Puteri Sayap Cinta tertunduk malu. Tak berdaya menahan panahan anak mata berwarna ungu muda milik Putera Bertopeng.
"Putera Bertopeng, betul ke awak cintakan saya?" Soal Puteri Sayap Cinta perlahan.
Putera Bertopeng menggaru-garu kepalanya beberapa kali. Puteri Sayap Cinta tersenyum seraya menggerak-gerakkan kepaknya beberapa kali. Kepaknya kelihatan bersinar hasil pantulan cahaya sang rembulan.
"Kenapa Puteri Sayap Cinta? Awak tak percaya yang saya cintakan awak?"
"Saya percaya tapi saya nak awak buktikan yang awak cintakan saya..."
Putera Bertopeng terdiam seketika. Mungkin mencari cara bagaimana hendak membuktikan betapa dalamnya cintanya terhadap Puteri Sayap Cinta. Seketika kemudian dia mendapat ilham. Kedua-dua tapak tangannya dirapatkan. Kemudian dia menepuk tangan beberapa kali dan menghasilkan satu irama.
Puteri Sayap Cinta memandang alam sekelilingnya. Sunyi sepi. Segala-galanya seakan-akan mati. Tiada sebarang bunyi ataupun gerakan terhasil. Tiada tiupan angin. Tiada bunyi unggas-unggas yang selalu menemaninya bertemu Putera Bertopeng pada malam ini. Pandangannya dialihkan kepada Putera Bertopeng. Putera Bertopeng tetap tenang. Atau dia menyembunyikan keresahannya di sebalik topeng tersebut?
Belum sempat Puteri Sayap Cinta bersuara, dia terdengar bunyi bising di belakangnya. Dia segera berpaling. Dilihatnya pokok-pokok bergoyang-goyang. Tak lama kemudian kelihatan segerombolan kelip-kelip terbang ke arahnya. Pada mulanya Puteri Sayap Cinta menyangka yang kelip-kelip tersebut akan menyerangnya kerana jumlahnya berjuta-juta banyaknya. Namun ternyata sangkaan tidak berasas. Kelip-kelip itu langsung tidak menyerangnya. Bahkan cahaya yang dimilikinya menerangi suasana malam pertemuannya dengan Putera Bertopeng. Kelip-kelip tersebut mengelilinginya dan menghasilkan pelbagai bentuk.
Tidak lama kemudian datang sekumpulan burung. Setiap seekor membawa sesuatu di paruhnya. Puteri Sayap Cinta mengecilkan matanya. Cuba melihat apa yang dibawa oleh burung-burung tersebut. Kelopak bunga? Kemudian burung-burung tersebut menjatuhkan kelopak-kelopak bunga yang dibawanya. Puteri Sayap Cinta tertawa riang sambil menadah tangannya.
"Saya sanggup buat apa sahaja untuk menggembirakan hati awak. Sekarang awak tahu kan betapa cintanya saya terhadap awak, Puteri Sayap Cinta?"
Puteri Sayap Cinta tersenyum kemenangan. Dia tahu sayap cinta yang dimilikinya telah menjalankan peranannya. Hati Putera Bertopeng yang dahulunya dingin bak salju sudah berjaya dimilikinya...
"Eury!"
Panggilan Puan Oracle serta bunyi hentakan di meja membuatkan aku terjaga. Bayangan Putera Bertopeng dan Puteri Sayap Cinta hilang. Yang ada kini cuma Puan Oracle yang sudah merah mukanya serta rakan-rakan sekelas yang tersengih-sengih memandang ke arahku.
Semua mata tertumpu ke arahku. Puan Oracle bercekak pinggang di hadapan kelas. Alamak...! Aku tertido dalam kelas ke?! Huhu... Masak la aku \'kena\' dengan orang tua ni! Aku tundukkan kepala. Tak berani nak pandang muka Puan Oracle yang macam nak keluar asap dari telinga dan hidungnya akibat terlalu marah.
"Saya cukup tak suka kalo ada pelajar yang tak bagi tumpuan dalam kelas. Eury, awak jangan ingat saya tak berani nak marah awak…"
"Maaf, Puan Oracle..." Ujarku lembut. Cuba meraih simpatinya. Aku tau aku pernah cakap dengan dia supaya dia layan aku serupa dengan pelajar-pelajarnya yang lain. Tapi agak-agak la sket kalo nak denda @ mare aku kan... Dia sapa, aku sapa...
"Saya maafkan awak. Tapi saya terpaksa denda awak atas kesalahan awak. Saya nak kamu tulis mengenai sejarah kejatuhan Kerajaan Aryuthya secara lengkap dan terperinci. Saya bagi masa 2 minggu pada awak..."
Papp!! Aku rasa macam bangunan akademi ni runtuh dan menghempap kepala aku. Gila! Sejarah kejatuhan Kerajaan Aryuthia tu panjang giler. Aku pernah tengok buku-buku rujukan di perpustakaan. Semuanya tebal-tebal belaka. Setebal cermin mata Puan Oracle mungkin...Dah la susah nak faham. Agaknya penulisnya dewa kot?Aku pandang Ellisa di sebelahku. Meminta simpatinya. Ellisa, tolong la aku... Wawa... Matilah aku macam ni!
"Napa Eury? Saya tengok muka kamu berkerut-kerut. Tak puas hati? Ke tak cukup denda yang saya bagi?"
"Ha? Bukan..." Jawabku pantas. Takut denda yang diberi bertambah. Puan Oracle ni memang strict dan garang. Sebab tu kami kat akademi gelar dia \'killer\'.
"Okey... Kelas tamat!"
Semua menarik nafas lega sebaik sahaja Puan Oracle keluar dari kelas, termasuk aku.
*************
"Dah la tu! Tak payah buat muka cencorot ko tu lagi... Sapa suruh ko tido dalam kelas orang tua tu? Kan dah dapat \'hadiah\'..."
Ellisa di sisi aku jeling tajam. Minah ni kalo bab menyindir memang nombor satu. Cuba dia plak kena nanti, tau la dia laser tak lasernya mulut aku ni... Roti aku cubit besar-besar pastu aku sumbat ke dalam mulut. Aku kalo tengah tension memang macam ni, kuat makan. Nasib baik badan aku ni tak cepat kembang...
"Ala... Aku bukan sengaja la! Aku cuma bosan dengan cara dia mengajar..."
Ellisa menepuk lenganku. Ada senyuman nakal terlukis di bibirnya. Kemudian dia merapatkan mulutnya ke telingaku. Apahal pulak minah ni? Buang tebiat apa?
"Aku dengar ko sebut nama apa.. Putera.. Ha! Putera Bertopeng! Ko sebut Putera Bertopeng masa ko tido tadi... Sapa tu?"
Putera Bertopeng? Ooo... Putera yang selalu datang dalam mimpi aku tu ke yang dia maksudkan? Aku tersenyum simpul. Membayangkan Putera Bertopeng pujaanku.
"Putera Bertopeng tu pakwe aku..."
"Ha! Yeke? Ko tak pernah bagitau aku pun... Hensem tak?" Ellisa mula tertarik untuk mendengar cerita Putera Bertopengku.
"Hensem giler... Aku paling suka tengok mata dia. Mata dia warna ungu muda tau!"
"Wah, mesti cantik mata dia! Hidung dia mancung tak? Kulit dia cerah ke sawo matang?"
"Entah! Tak tau... Aku tak pernah tengok muka dia sebab dia selalu pakai topeng bila kami berjumpa..."
"La, siannya ko... Kat mana ko jumpa dia? Aku pernah jumpa dia tak?"
"Ko mana pernah jumpa dia. Aku jumpa dia dalam mimpi aje..."
"Ceh! Buang air liur aje aku bertanya. Aku ingat betul-betul la tadi… Hampeh betullah!"
Ellisa menonyoh kepalaku dengan jari-jemarinya yang runcing. Ni kes geram la ni… Sian kepala aku yang berdaulat ni…
"La... Memang la aku jumpa dia dalam mimpi aje tapi mimpi aku tu macam real je tau...!"
"Mimpi mana sama dengan realiti. Ko membayangkan aje Putera Bertopeng ko tu. Dia entah wujud entah kan tidak!"
"Ala... Ye ke? Tapi aku rasa dia memang wujud la..."
Perbualan kami terhenti bila kerusi di hadapan kami ditarik oleh seseorang.
"Hi, girls! Esmet in da house! Boleh join?"
Belum sempat kami menjawab, Esmet dah letak hidangan paginya dan mula makan. Chit, baik tak payah tanya! Suka hati mak bapak dia aje nak duduk kat meja orang. Muka tembok betul! Ellisa menyikuku. Bila aku pandang dia, dia jengilkan matanya. Pastu mulutnya terkumat-kamit. Isk... Nak cakap, cakap aje la... Ni dah macam kanak-kanak spastik+plastik aje aku tengok muka si Ellisa ni... Aku angkat kepala tanda tidak faham. Last-last Ellisa kenyit mata dan angkat tray makanannya.
"Aku tak nak kaco daun!" Bisiknya sebelum berlalu. Pastu menonong aje dia pindah ke meja Nexus yang selang tiga buah meja dari mejaku. Aik, apa ke halnya?
"Napa tiba-tiba ko nak makan dengan aku ni, Esmet? Mana kawan-kawan ko yang lain?"
Pelik aku. Selalunya Esmet, Dayes, dan Hemes macam kembar tiga yang melekat. Ke mana-mana pergi mesti bertiga... Tup-tup ari ni terpisah pulak? Boleh masuk rekod ni.
"Ko macam tak suka aje aku makan kat sini..." Kata Esmet. Sket pun dia tak pandang aku. Agaknya makanan dalam tray tu lagi menarik dari aku yang tercongok kat depan dia ni! Isk... Macam mana Eury boleh jatuh nombor dua ni? Belakang makanan pulak tu!
"Bukan tak suka ko makan kat sini. Aku cuma tak suka budak-budak ni pandang kita je..." Aku lihat Esmet memandang ke segenap ruang kafe. Pelajar-pelajar yang ada di situ memandang ke arah kami dan berbisik-bisik sesama sendiri. Bergosip? Pasti!
"Biar la... Mulut diorang. Lagipun ko kena biasakan diri ko. Dalam beberapa tahun akan datang ko akan kawin dengan aku..."
Uweks... Rasa nak muntah aku dengar! Roti yang aku pegang aku campak ke dalam pinggan semula. Hilang selera aku dah. Memang sejak masuk sekolah lagi aku dah tau yang aku dah ditunangkan dengan Esmet. Ni semua kerja ayahanda dan bonda aku la. Aku lahir-lahir aje terus ditunangkannya dengan si Esmet cikeding ni. Kalo Esmet ni hensem macam Putera Bertopeng dalam mimpi aku tu lain la cerita. Bila aku bising-bising, ayahanda dan bonda kata yang mereka buat semua tu atas wasiat nenda @ datuk aku. Kalo aku tau, aku dah bantah dah. Tapi masa tu aku baby lagi... Mana la boleh aku membantah.
"Dah la Esmet! Aku tak selera makan lagi dah. Ko makan la sorang-sorang!"
Aku bingkas bangun meninggalkan Esmet yang kelihatan terpinga-pinga dengan tindakan drastikku. Ellisa yang rancak berbual bersama Nexus dan yang lain-lain aku gamit. Ellisa berlari mendapatkan aku. Lenganku ditariknya tapi bukan menuju ke kelas. Eh, mana dia nak bawak aku ni? Aku segera mengerti arah kaki Ellisa sebaik sahaja aku terdengar bunyi pedang bergeseran dari bilik berdekatan. Ni tak ada keje lain nak menyekodeng si Egart la ni! Okey gak, dapat gak la aku ’cuci’ mata tengok heroes-to-be Eucralipse!
TINGGALKAN ULASAN DAN KOMEN, PADA SETIAP KARYA YANG ANDA BACA Penulis memerlukan ulasan dan komen, bagi memperbaiki penulisan dan memperbetulkan kesilapan. Komen dan ulasan anda akan memberi satu semangat kepada penulis, untuk terus menulis karya dan seterusnya menghasilkan karya yang menarik. Kerjasama & sokongan daripada pembaca amat kami hargai. Sebab itulah kami menyediakan HADIAH, sebagai penghargaan kepada penulis dan juga kepada pembaca yang aktif memberi komen & ulasan
"Dia
hidup bukan kerana cinta. Dia hidup kerana
kehadiran Prince Charming yang menyelamatkannya.
Semuanya gara-gara dia mengoyak Carta Prince
Charming—carta misteri yang tiada sesiapa tahu
dari mana datangnya. Yang pasti, memang dia
langsung tidak percaya dengan sumpahan yang
dikatakan berkaitan dengan Carta Prince
Charming.
"Sumpahan puteri? Kau ingat ini cerita dongeng
ke? Puteri apa yang nak sumpah aku ni? Puteri
bunian? Puteri lindungan bulan?”
Desakan daripada Sofea membawanya ke Kelab Bola
Sepak. Di situlah Prince Charming berkumpul.
Tetapi hanya seorang sahaja Prince Charming yang
dicari-carinya. Namun, untuk mencari Prince
Charming bukanlah mudah, namun dia yakin, antara
mereka, pasti salah seorang adalah penyelamatnya.
Orang tu pun satu! Dah selamatkan nyawa orang,
tak reti-reti ke nak munculkan diri? Bukan ke
lagi senang kalau datang berdiri depan aku dan
cakap, Sayalah yang selamatkan awak daripada
kena langgar semalam. Finish! Tak adalah nak
panjangkan cerita sampai beratus muka surat
semata-mata nak cari Prince Charming!
Tajuk:
Prince Charming
Penulis: Ratu Bulan
Terbitan: Fajar Pakeer
Harga:
RM19.90
Ulasan:
NOVEL
HANGAT DIPASARAN
Pertemuan
pertama memberi impak yang berbeza kepada dua insan. Maria
malu mengenang, sedang Hisyam mahu mendekat. Maria semakin
resah apabila Hisyam terus-terusan mendesak. Dalam benci
ada rindu. Bijak Hisyam memujuk, mereka akhirnya disatukan.
Salina hadir menjadi duri dalam daging. Bagi Hisyam, gadis
itu ialah sahabatnya yang terbaik. Insan paling dipercayai.
Namun, dalam diam, Salina meracuni hubungan mereka. Salina
ada agenda yang tersendiri.
Semakin hari, semakin nipis rasa percaya Maria terhadap
Hisyam. Namun, dia tidak mungkin menghindar rasa kasih
yang sudah menebal. Demi menunaikan permintaan Maria,
Hisyam tega melamar Salina walau ada luka di hati.
Sanggupkah Hisyam menduakan Maria yang pernah dicintai
sepenuh hati? Dan, Maria, mampukah membiarkan suami
tersayang jatuh ke tangan Salina? Atau, Mariakah orang
ketiga yang tidak lagi diperlukan kehadirannya oleh Hisyam?
Penulisan2u
sedang
berkerjasama dengan Penerbit Novel bagi memberi peluang kepada penulis-penulis berbakat dan karya yang menarik.
Antara novel yang sudah di terbitkan
2 Pengulas paling AKTIF dengan memberi komen yang ikhlas dan
membina, pada setiap karya cerpen / novel di penulisan2u akan
menerima hadiah sebuah NOVEL.
•
Creative Enterprise Sdn. Bhd., sedang mencari manuskrip kanak-kanak atau remaja. Ini kerana pihak kami ingin memperluaskan dan memperbanyakkan bahan bacaan untuk kanak-kanak dan remaja. Di samping itu kami juga ingin memupuk minat membaca dalam kalangan kanak-kanak dan remaja.
( klik disini
)
•Karyaseni Enterprise ingin memaklumankan
kepada anda yang berminat untuk menghantar manuskrip
anda kepada KS untuk penilaian, sila email kan
sinopsis dan tiga bab awal ke alamat email berikut:
Manuskrip@karyaseni.my
•KarnaDya Solutions Sdn
Bhd. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
hantarkan karya anda. Sebelum anda menghantarkan
manuskrip anda, sila hantarkan butiran berikut terlebih
dahulu melalui emel/pos. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•NB Kara Sdn Bhd dengan berbesar hati
menjemput mana-mana penulis yang merasakan diri mereka
layak menjadi penulis yang versatil, menghantar
manuskrip mereka kepada NB Kara Sdn Bhd. Tulisan anda
terlebih dahulu akan dinilai oleh penulis prolifik
Norhayati Berahim dan juga beberapa panel editor sebelum
diluluskan untuk terbitan.
(
klik disini )
•Jemari Seni Publishing. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
Untuk tujuan pengiriman manuskrip, JEMARI SENI telah
menggariskan panduan kepada penulis-penulisnya. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•
Alaf 21 Sdn Bhd. Tahun 2008 bakal menjanjikan sinar
kecemerlangan seandainya karya anda terpilih untuk
diterbitkan oleh Alaf 21, penerbit novel tersohor di
Malaysia.
Jika
anda mempunyai salah satu manuskrip tersebut, kami ingin
menatap dan menilainya. Sekiranya sesuai, pihak kami
ingin menerbitkannya di bawah jenama ALAF21.
( klik disini)
•
tip kehidupan, zodiak, horoskop, petua, tip, puisi,
pantun, sajak, dan pelbagai artikel menarik layari di
http://istimewa2u.blogspot.com
•
Blog Berkaitan agama, topik-topik tazkirah, audio, video
ceramah, mendengar 114 surah Al-quran secara online,
radio-radio dakwah, layari di
http://dakwah2u.blogspot.com
•
Blog Media, Tv streaming online, radio streaming online,
surat khabar, rakaman drama, radio era, hot.fm, tv1,
tv2,tv3 dan lain-lain. layari di
http://mymedia2u.blogspot.com
•
Blog Koleksi cerita lawak, lucu, kelakar dan video lawak,
lucu dan kelakar. layari di laman
http://kelakar2u.blogspot.com
•
Laman web
syarikat penerbit novel Creative
Enterprise Sdn Bhd (CESB). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.cesb.net.my
•
Laman web
syarikat penerbit
Kaki Novel
Enterprise. Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.kakinovel.com
•
Laman web
syarikat penerbit NB kara Sdn Bhd.
Dimiliki oleh penulis terkenal Norhayati Berahim, Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.nbkara.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit Buku Prima Sdn Bhd.
Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.bukuprima.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit novel
jemari Seni Publishing (JS Publishing). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.jemariseni.com
•
Laman web syarikat penerbit novel Alaf21 Sdn Bhd
(alaf21). Untuk melihat novel-novel terbaru dari Alaf21
layari di
http://www.alaf21.com.my
•
Laman web syarikat penerbit novel Fajar Pakeer Sdn Bhd). Untuk melihat novel-novel terbaru layari di
laman
http://www.fajarnovels.com.my
Kata Kunci
koleksi novel, koleksi novel
cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik,
novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen
cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru,
teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen
melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram,
cerita, cerita cinta, cerita pendek, cerita melayu, cerita online
Malaysia Group
Blog
Koleksi
Cerpen & Novel proudly powered by Blogger. Best display view 1024x768.
Google Inc
Koleksi Cerpen
& Novel dari Malaysia, Indonesia, Singapore & Brunei
...........wel ,can't wait 4 d nex chap .cite kat mne? cam nk sbot nme tmpt tu? utk pmulaan bg 2.5 star.