Kehidupan
adalah anugerah utama Illahi. Anugerah kehidupan memberi gambaran
kebesaranNya buat kita manusia, yang wajib kita syukuri dan hargai.
Internet adalah kemudahan buat umat manusia. Justeru itu,
manafaatkan ia untuk kesejahteraan diri kita dan umat sejagat.
Sentiasalah kita beringat, apa yang kita lakukan, akan dipertanggung
jawabkan pada kemudian hari.
Gunakan sebaik-baiknya kurnia Allah swt kepada kita. Halalkan
kegunaan akal, hati dan lidah pada perkara yang bakal membawa
kecemerlangan diri kita dunia dan akhirat. Kita hidup hanya sekali.
Sekali 'pergi' tak kan kembali. Buat baik berpada-pada, dan buat
jahat JANGAN sekali-kali. Kewujudan website penulisan2u dengan blog
sebagai wadah untuk meningkatkan nilai diri. Bermatlamatkan
penyatuan ummah dengan ciri-ciri kemurnian budi dan budaya. Walaupun,
dunia terus maju dengan teknologi, kita akan terus kekal dengan
akhlak dan jati diri insani.
Makan tengahari, semua ahli keluarga Villa Sri Permai, makan di rumah semata-mata mahu melihat dengan mata kepala sendiri wajah Laila yang dikatakan mirip Dewi. Laila masih kebingungan tentang siapa Dewi kerana cerita nenek tadi baru sampai separuh jalan. Asnida yang selalu sibuk pun mencari ruang agar dia boleh turut serta tengahari itu.
Semua mata asyik tertumpu pada Laila hingga lauk masak lemak cili api dengan ayam masak merah yang dahulunya menjadi rebutan sekarang sudah tidak laku lagi. "Er..hai. Selamat tengahari! Saya Laila..bukan Dewi tau!", kata Laila menutup malu yang menghantui diri. Malunya aku! Hampeh punya Mohamad, bukan dia nak beritahu awal-awal muka aku ni sama dengan Dewi. Sekurang-kurangnya beritahu lah aku siapa Dewi tu!
"Suara dia tak sama..Suara Dewi macam manja sikit..", terdengar bisik-bisik. "Eh, rambut Dewi lurus dan panjang sampai siku. Rambut dia ikal, sampai bahu je.." "Lagi satu, Dewi tinggi sikit lah aku rasa..". "Ehem..!", nenek bedehem. "Kamu semua nak ratah muka dia atau nak ratah nasi?". Semua kembali mengambil lauk.
Imran Iskandar kembali semula ke pejabat. Orang pertama yang mahu dijumpainya ialah Mohamad. "Ya, tuan panggil saya?". "Duduk..". Mohamad patuh. "Saya nak tanya awak fasal Dewi yang ada kat Villa Sri Permai. Mana awak jumpa dia?" "Oh..nama dia cik Laila..Dia ada masalah ke, tuan? Saya minta maaf kalau kehadiran dia mengejutkan tuan dan ahli keluarga tuan.." "Whatever lah namanya..! Mana awak kutip dia tu?". Mohamad menelan air liur lalu memandang majikannya. "Dia kawan saya. Kebetulan tuan cakap nak ambil orang gaji, saya pun syorkan pada dia. Dia pun setuju..Dia dari Pahang" "Awak tahu tak yang dia tu sama muka macam isteri saya, Dewi?". Mohamad menggeleng kepala. "Maafkan saya, tuan. Tapi, tuan tak pernah tunjukkan wajah isteri tuan. Saya pun kerja sini selepas isteri tuan pergi. Bukankah semua gambar dia tuan dah buang, jadi saya tak dapat gambaran tentang dia. Maafkan saya..maafkan saya kalau kehadiran dia membuatkan tuan teringat kembali kepada isteri tuan. Tapi, tiada apa yang boleh saya buat sekarang. Saya tak sampai hati menghalau dia pergi dan dia sudah terikat dengan kontrak. Kalau kita berhentikan dia sekarang, besar kemungkinan dia pula akan saman kita..". Imran Iskandar menyandar dan memangku kepalanya bagai masalah ini terlalu berat.
"Maafkan saya sebab tak berbincang dulu dengan tuan..Maafkan saya.." "..Cukuplah! Kalau awak minta maaf berjuta kali pun tak mungkin benda ini boleh diundur kembali. Sekarang saya nak tahu, dia ni ada keluarga atau adik beradik?" "Menurut butir pengenalan diri yang ada pada saya, dia ni anak tunggal dan tinggal bersama ibu saudaranya. Kemungkinan besar dia mak ayah dia sudah tiada.." "Eh, takkan kawan sendiri pun awak tak tahu?!" "Maafkan saya, tuan. Tapi, dia tak pernah cerita..". Imran Iskandar merengus kasar pada Mohamad. "Saya agak dia ada agenda dia sendiri. Mungkin dia kembar pada Dewi, nak balas dendam bagi pihak Dewi kepada saya?" "Tapi, kenapa pulak dia perlu bertindak begitu?" "Apa lagi, fasal duit lah! Orang boleh buat macam-macam sebab duit..!" "Tapi, takkan termasuk lah membunuh?". Imran Iskandar terdiam sejenak. "..Er, mungkin? Mana kita tahu..Sebab tu dia cuba hampiri awak dan bila peluang tiba, terus dia cuba untuk masuk ke Sri Permai.." "..Tapi.." "Eh, awak ni berapa banyak tapi, haa?! Aah, awak pergi buat kerja awak lah..". Mohamad bangun menapak untuk keluar. "Er..saya nak awak tolong perhatikan dia untuk saya. Saya tak yakin dengan kewujudan dia dalam Sri Permai. Tolong siasat asal usul dia jugak..Faham?". Mohamad mengangguk dan baru dia ingin bertanya, "No, tapi!". Mohamad membatalkan hasratnya dan keluar.
Laila terlentang di atas katilnya. Penatnya! Tak tahu pulak aku kerja yang bunyinya macam senang menyebutnya susah jugak nak buat. Orang gaji! Siapa tahu kerja ni memang letih. Alah..apa nak heran, tak ada benda yang senang dan percuma dalam dunia ni pun..! Asalkan dapat duit..apa-apa pun kenalah buat! Tapi, aku masih hairan dan pelik tentang Dewi ni. Siapa gerangan dia yang sebenarnya? Sebiji sangat ke muka dia dan aku? Kalau aku tahu muka dia sama dengan aku, aku akan gunakan keistimewaan itu untuk mengaut keuntungan tanpa berpenat lelah!
Pagi-pagi lagi sewaktu Laila ingin membuka pintu tingkap Sri Permai, terpacak Mohamad di muka pintu. Eh, awalnya mamat ni datang? Ada apa agenda hari ni? Mohamad terpandang Laila lalu senyum. Laila mendekatinya. "Assalamualaikum, cik Laila!" "Waalaikumusalam..awalnya kau muncul hari ni? Nak pergi kenduri ke?", Laila berseloroh. "Eh, tak adalah cik Laila. Tuan Imran ada mesyuarat hari ini di Klang. Itu yang saya datang awal sikit.." "Oh, kiranya, kau ni pembantu peribadi tuan besar lah, ek?" "Kira begitulah, cik Laila.." "Eh, kau ni kenapa skema sangat? Panggil aku Laila je..Tak payah lah nak buat ayat penuh, aku bukannya baru belajar bahasa Melayu. Aku kan orang Melayu..!". Mohamad tersengih. "Ehem..!". Laila berpaling dan dia terkejut apabila orang yang berdehem itu ialah Imran Iskandar. Mohamad tunduk tanda hormat.
Laila membulatkan mata terkejut lalu dia terus tunduk tanda minta maaf seperti yang dibuat oleh Tasya dan berjalan pergi. "Nanti dulu..". Laila berhenti di sisinya dan menunduk ke lantai. "Saya gajkan awak kat sini bukan untuk berborak, walaupun dia kawan awak dan banyak berjasa pada awak. Lagi satu, awak jangan fikir muka awak sama dengan orang yang saya dan semua orang dalam rumah ni kenal, saya akan bagi muka pada awak. Kerja tetap kerja!". Laila mengangguk dan bila Laila mendongak ingin memandang mukanya, Imran Iskandar sengaja tidak menatap wajah Laila. Laila berjalan pergi.
Eleh, aku tak cakap pun aku akan diberi muka oleh kau! Berlagak pulak! Mentang-mentang lah banyak duit, dia fikir dia bagus sangat! Aku tak heran lah! Muka je hensem, sombong buat apa? Kalau bukan sebab duit aku tak ingin pun hadap tempat kau ni!
Laila meneruskan kerjanya seperti biasa. Terus tidak memuja lagi lelaki yang kacak seperti biasa dilakukannya. Reputasi Imran Iskandar dalam hatinya merundum. Semakin lama, semakin dia biasa dengan kerjanya. Laila juga semakin akrab dengan mak cik Melah dan Tasya. Bagi mereka, Laila seorang yang senang didekati dan rajin bekerja.
"Ini dia minuman yang nenek minta..", kata Laila sambil menghulur dulang berisi kopi di taman. "Terima kasih". Laila mahu pergi tetapi nenek meminta dia menemaninya. "Senang rasanya berbual dengan kamu. Kamu banyak pengalaman..". Laila tersipu-sipu. "Tak adalah, nek. Sikit-sikit je. Belum cukup lagi pengalaman saya ni kalau nak banding dengan nenek". Nenek senyum.
"Nenek ada permintaan lah.." "Apa dia?" "Kalau nenek panggil kamu Dewi, boleh?". Laila menelan air liur. "Er..apa-apa je lah, nek. Kalau itu yang nenek suka, saya pun suka. Tapi, boleh saya tahu…" "Nenek! Kami dah balik!!", pekik Aliff dan Erisya sebelum sempat Laila menghabiskan ayatnya. "Eh..cucu nenek dah balik! Seronok pergi sekolah hari ni?", katanya sambil memeluk cucu-cucunya.
"Seronok sangat! Kak Dewi bila nak pergi tengok sekolah kami lagi? Boleh Aliff beritahu kawan-kawan Aliff kak Dewi dah balik sini!". Laila hanya sengih memikirkan alasan yang boleh diberi. "Er..bila-bila masa je untuk Aliff yang hensem dan Erisya yang cantik!", kata Laila sambil mencubit pipi gebu mereka. "Eii, kak Dewi ni selalu buat kami macam ni! Sakit, tau!" "Ok..nanti masa kita pergi sana, akak belanja aiskrim, nak?" "Ok!!", sorak mereka.
"Dulu..Dewi pun suka belanja mereka aiskrim. Em, kamu memang banyak persamaan dengan Dewi! Em, apa kamu nak tanya tadi?" "Er..dah lupalah, nek. Tak pelah, saya masuk dulu..". Laila berlalu pergi meninggalkan keriuhan Aliff dan Erisya.
"Dewi..!", Laila berpaling. "Ops..sorry! I dah terbiasa lah..", kata Puan Maria. Em, nampaknya aku pun dah terbiasa! Silap hari bulan aku sendiri pun lupa nama aku Laila. "Tak apa. Ada apa, puan?" "I want a glass of milk, please?" "Em, boleh. Tunggu jap". Laila menurut perintah. Aku dah makin serabut dengan Dewi ni!
Keesokannya, demi memenuhi permintaan Aliff dan Erisya, Laila terpaksa menemani mereka ke sekolah. Dalam perjalanan pergi itu, mereka dibelanja aiskrim oleh Laila.
"Haa..kawan-kawan! Ini kak Dewi kitaorang dah balik semula! Siapa kata dia dah mati?!", Aliff memekik di hadapan kelasnya. Membuatkan mereka semua terpinga-pinga memandang Laila. "Hantu!!", pekik mereka sambil bertempiaran lari. Laila khuatir kehadirannya lagi akan mewujudkan suasanan lebih tragis di situ, segera dia melarikan diri dari situ.
Dalam perjalanan balik ke Sri Permai, ada sebuah kereta memberikan hon dari belakang. Siapa yang sibuk sangat nak test hon ni? Kalau nak lalu pun, tak nampak ke jalan ni bukan main luas lagi?! Dah lah aku dimalukan depan budak-budak! Ada ke muka aku yang bukan main cantik macam Nisdawati ni dia kata hantu!
Kereta kancil itu memberhentikan kereta di sisi Laila. "Eh, ni bukan masa nak mengorat tau! Dah tak ada kerja sangat ke?!", jerit Laila belum sempat Mohamad membuka mulut. "Maafkan saya, cik Laila. Saya kebetulan lalu jalan ni, jadi saya nak tanya mungkin cik Laila nak tumpang balik ke Sri Permai sebab saya pun nak ke sana juga..". Laila tersengih-sengih malu. Dia segera masuk tanpa berfikir panjang. Tiba-tiba dia mencekik leher baju Mohamad.
"Kau nak kenakan aku, ke? Kau nak gunakan aku, ek?! Sekarang kau beritahu aku siapa Dewi tu sebenarnya? Aku dah penat fikir siapa dia.." "Sabar cik Laila. Saya boleh terangkan siapa dia sebenarnya..". Laila melonggarkan gengaman penumbuknya.
"Maafkan saya sebab saya tak beritahu awal-awal siapa dia. Saya pun baru tahu yang Dewi tu ialah bekas isteri tuan Imran Iskandar..Wajah cik Laila sama macam dia". Mohamad tunduk dan mukanya nampak sayu. "Oh..ok. Tapi, sekarang Dewi tu pergi mana?" "Dia..dah meninggal 6 bulan lepas dalam satu kemalangan jalanraya. Masa tu dia baru balik dari bercuti di Pangkor, tapi dia berseorangan. Tuan Imran Iskandar tak dapat terima hakikat tu, dan dia tidak membenarkan sesiapa pun menyebut atau menyimpan gambar Dewi. Dengar cerita, kemalangan itu disengajakan.." "Maksudnya?" "Ada orang nak bunuh dia, demi kekayaan harta peninggalan ibu bapa Dewi..". Ternganga Laila mendengarnya. Kan seronok kalau aku boleh ganti tempat Dewi? Besar kemungkinan aku boleh dapat harta Dewi..biarpun sikit! Laila senyum.
"Cik Laila? Cik Laila..?" "Er..ya? Kau tanya apa?" "Sekarang, Cik Laila dah faham dan tahu siapa Dewi?" "Ya..Aku dah faham! Sekarang, jom kita balik! Aku ada misi!". Mohamad mengangguk dan memulakan pergerakan. Stategi menarik bermain di dalam minda Laila.
Sampai sahaja di rumah, keadaan hangar-bingar kedengaran dari luar. Pekikan dari dalam rumah. Laila dan Mohamad yang saling berpandangan. "Macam suara Puan Aisyah dan Encik Musa!", segera mereka menerpa masuk bagi mengetahui perkara sebenar.
nk tgur ckit leh..bleh tak wat dialog tu biar kemas ckit. ni serabut otak aku nk bce.jaln cte dh mnrk cuma kena perkemaskn penulisan supaya pembaca senang nk bce..tak dela smpi berpinar biji mata.nway congrates!
Catat Ulasan
TINGGALKAN ULASAN DAN KOMEN, PADA SETIAP KARYA YANG ANDA BACA Penulis memerlukan ulasan dan komen, bagi memperbaiki penulisan dan memperbetulkan kesilapan. Komen dan ulasan anda akan memberi satu semangat kepada penulis, untuk terus menulis karya dan seterusnya menghasilkan karya yang menarik. Kerjasama & sokongan daripada pembaca amat kami hargai. Sebab itulah kami menyediakan HADIAH, sebagai penghargaan kepada penulis dan juga kepada pembaca yang aktif memberi komen & ulasan
"Dia
hidup bukan kerana cinta. Dia hidup kerana
kehadiran Prince Charming yang menyelamatkannya.
Semuanya gara-gara dia mengoyak Carta Prince
Charming—carta misteri yang tiada sesiapa tahu
dari mana datangnya. Yang pasti, memang dia
langsung tidak percaya dengan sumpahan yang
dikatakan berkaitan dengan Carta Prince
Charming.
"Sumpahan puteri? Kau ingat ini cerita dongeng
ke? Puteri apa yang nak sumpah aku ni? Puteri
bunian? Puteri lindungan bulan?”
Desakan daripada Sofea membawanya ke Kelab Bola
Sepak. Di situlah Prince Charming berkumpul.
Tetapi hanya seorang sahaja Prince Charming yang
dicari-carinya. Namun, untuk mencari Prince
Charming bukanlah mudah, namun dia yakin, antara
mereka, pasti salah seorang adalah penyelamatnya.
Orang tu pun satu! Dah selamatkan nyawa orang,
tak reti-reti ke nak munculkan diri? Bukan ke
lagi senang kalau datang berdiri depan aku dan
cakap, Sayalah yang selamatkan awak daripada
kena langgar semalam. Finish! Tak adalah nak
panjangkan cerita sampai beratus muka surat
semata-mata nak cari Prince Charming!
Tajuk:
Prince Charming
Penulis: Ratu Bulan
Terbitan: Fajar Pakeer
Harga:
RM19.90
Ulasan:
NOVEL
HANGAT DIPASARAN
Pertemuan
pertama memberi impak yang berbeza kepada dua insan. Maria
malu mengenang, sedang Hisyam mahu mendekat. Maria semakin
resah apabila Hisyam terus-terusan mendesak. Dalam benci
ada rindu. Bijak Hisyam memujuk, mereka akhirnya disatukan.
Salina hadir menjadi duri dalam daging. Bagi Hisyam, gadis
itu ialah sahabatnya yang terbaik. Insan paling dipercayai.
Namun, dalam diam, Salina meracuni hubungan mereka. Salina
ada agenda yang tersendiri.
Semakin hari, semakin nipis rasa percaya Maria terhadap
Hisyam. Namun, dia tidak mungkin menghindar rasa kasih
yang sudah menebal. Demi menunaikan permintaan Maria,
Hisyam tega melamar Salina walau ada luka di hati.
Sanggupkah Hisyam menduakan Maria yang pernah dicintai
sepenuh hati? Dan, Maria, mampukah membiarkan suami
tersayang jatuh ke tangan Salina? Atau, Mariakah orang
ketiga yang tidak lagi diperlukan kehadirannya oleh Hisyam?
Penulisan2u
sedang
berkerjasama dengan Penerbit Novel bagi memberi peluang kepada penulis-penulis berbakat dan karya yang menarik.
Antara novel yang sudah di terbitkan
2 Pengulas paling AKTIF dengan memberi komen yang ikhlas dan
membina, pada setiap karya cerpen / novel di penulisan2u akan
menerima hadiah sebuah NOVEL.
•
Creative Enterprise Sdn. Bhd., sedang mencari manuskrip kanak-kanak atau remaja. Ini kerana pihak kami ingin memperluaskan dan memperbanyakkan bahan bacaan untuk kanak-kanak dan remaja. Di samping itu kami juga ingin memupuk minat membaca dalam kalangan kanak-kanak dan remaja.
( klik disini
)
•Karyaseni Enterprise ingin memaklumankan
kepada anda yang berminat untuk menghantar manuskrip
anda kepada KS untuk penilaian, sila email kan
sinopsis dan tiga bab awal ke alamat email berikut:
Manuskrip@karyaseni.my
•KarnaDya Solutions Sdn
Bhd. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
hantarkan karya anda. Sebelum anda menghantarkan
manuskrip anda, sila hantarkan butiran berikut terlebih
dahulu melalui emel/pos. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•NB Kara Sdn Bhd dengan berbesar hati
menjemput mana-mana penulis yang merasakan diri mereka
layak menjadi penulis yang versatil, menghantar
manuskrip mereka kepada NB Kara Sdn Bhd. Tulisan anda
terlebih dahulu akan dinilai oleh penulis prolifik
Norhayati Berahim dan juga beberapa panel editor sebelum
diluluskan untuk terbitan.
(
klik disini )
•Jemari Seni Publishing. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
Untuk tujuan pengiriman manuskrip, JEMARI SENI telah
menggariskan panduan kepada penulis-penulisnya. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•
Alaf 21 Sdn Bhd. Tahun 2008 bakal menjanjikan sinar
kecemerlangan seandainya karya anda terpilih untuk
diterbitkan oleh Alaf 21, penerbit novel tersohor di
Malaysia.
Jika
anda mempunyai salah satu manuskrip tersebut, kami ingin
menatap dan menilainya. Sekiranya sesuai, pihak kami
ingin menerbitkannya di bawah jenama ALAF21.
( klik disini)
•
tip kehidupan, zodiak, horoskop, petua, tip, puisi,
pantun, sajak, dan pelbagai artikel menarik layari di
http://istimewa2u.blogspot.com
•
Blog Berkaitan agama, topik-topik tazkirah, audio, video
ceramah, mendengar 114 surah Al-quran secara online,
radio-radio dakwah, layari di
http://dakwah2u.blogspot.com
•
Blog Media, Tv streaming online, radio streaming online,
surat khabar, rakaman drama, radio era, hot.fm, tv1,
tv2,tv3 dan lain-lain. layari di
http://mymedia2u.blogspot.com
•
Blog Koleksi cerita lawak, lucu, kelakar dan video lawak,
lucu dan kelakar. layari di laman
http://kelakar2u.blogspot.com
•
Laman web
syarikat penerbit novel Creative
Enterprise Sdn Bhd (CESB). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.cesb.net.my
•
Laman web
syarikat penerbit
Kaki Novel
Enterprise. Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.kakinovel.com
•
Laman web
syarikat penerbit NB kara Sdn Bhd.
Dimiliki oleh penulis terkenal Norhayati Berahim, Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.nbkara.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit Buku Prima Sdn Bhd.
Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.bukuprima.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit novel
jemari Seni Publishing (JS Publishing). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.jemariseni.com
•
Laman web syarikat penerbit novel Alaf21 Sdn Bhd
(alaf21). Untuk melihat novel-novel terbaru dari Alaf21
layari di
http://www.alaf21.com.my
•
Laman web syarikat penerbit novel Fajar Pakeer Sdn Bhd). Untuk melihat novel-novel terbaru layari di
laman
http://www.fajarnovels.com.my
Kata Kunci
koleksi novel, koleksi novel
cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik,
novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen
cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru,
teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen
melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram,
cerita, cerita cinta, cerita pendek, cerita melayu, cerita online
Malaysia Group
Blog
Koleksi
Cerpen & Novel proudly powered by Blogger. Best display view 1024x768.
Google Inc
Koleksi Cerpen
& Novel dari Malaysia, Indonesia, Singapore & Brunei
waaaa
apa yang berlaku
cepatlah sambung