Kehidupan
adalah anugerah utama Illahi. Anugerah kehidupan memberi gambaran
kebesaranNya buat kita manusia, yang wajib kita syukuri dan hargai.
Internet adalah kemudahan buat umat manusia. Justeru itu,
manafaatkan ia untuk kesejahteraan diri kita dan umat sejagat.
Sentiasalah kita beringat, apa yang kita lakukan, akan dipertanggung
jawabkan pada kemudian hari.
Gunakan sebaik-baiknya kurnia Allah swt kepada kita. Halalkan
kegunaan akal, hati dan lidah pada perkara yang bakal membawa
kecemerlangan diri kita dunia dan akhirat. Kita hidup hanya sekali.
Sekali 'pergi' tak kan kembali. Buat baik berpada-pada, dan buat
jahat JANGAN sekali-kali. Kewujudan website penulisan2u dengan blog
sebagai wadah untuk meningkatkan nilai diri. Bermatlamatkan
penyatuan ummah dengan ciri-ciri kemurnian budi dan budaya. Walaupun,
dunia terus maju dengan teknologi, kita akan terus kekal dengan
akhlak dan jati diri insani.
"AWAK lagi?! Nak cari siapa pulak ni?!", bentak Laila bila pemuda yang mengacaunya kelmarin datang bertemunya semula. "Sa..Sa..saya…" "..Saya apa?! Cakap lah cepat, awak tak nampak ke saya banyak kerja ni?!" "Saya tak nampak pun sebab saya nampak awak tengah makan ni.."
Laila mendongak memandang tajam lelaki yang berdiri di sisinya. "Awak ni menjawab pulak sekarang, ek? Ingat lawak sangat ke?! Makan tu bukannya kerja ke?!" "Saya tak cakap pun saya tengah buat lawak dan saya tak cakap pun makan tu bukannya kerja?", kata lelaki itu sambil tersenyum kambing. Ingat hemsem ke buat muka macam tu? Aku tak cair lah dengan kau kalau ini cara kau nak tackle aku! Laila menghabiskan saki minumannya lalu menghempas gelas plastik itu dan menapak ingin meninggalkan lelaki itu untuk ke dapur.
"Eh..awak..! Saya tak habis cakap lagi..", dia mengekori Laila. "Apa dia?!", sergah Laila membuatkan dia terkejut dan hampir terjatuh. "Er..macam ni. Saya nak cakap terima kasih sebab tolong cari rumah cik Tipah bahulu hari tu. Sebenarnya, majikan saya yang suruh saya cari dia tu.." "Em..kasih tak diterima! Dah tu, jumpa ke?" "Er..saya salah kampung rupanya. Sekarang dah jumpa.." "Ok, kalau dah jumpa bisnes tamat!", kata Laila dan berpaling daripadanya. "..dan saya nak minta maaf sebab saya buang masa awak.." "Haa..dah tahu blah lah!" "Tapi..saya nak makan kat sini dulu sebelum balik..". Eii..geramnya aku mamat sengal dan banyak hal ni!! Laila berpaling. "Ok!!"
Laila menghantar pesanan mee goreng dan teh tarik. "Er..awak? Walaupun awak tak tanya tapi saya nak beritahu. Nama saya Mohamad. Mohamad bin Abdullah.." "Oh..aku Laila!", kata Laila sekilas dan mahu berlalu. "Er..cik Laila, sebenarnya sebagai tanda terima kasih saya nak tawarkan awak sesuatu.." "Haa..kau nak bagi aku duit, ek? Bonus? Kaya?! Eh, nanti dulu. Takkan senang-senang je kau nak bagi aku duit..? Oh..aku dah faham! Aku dah agak! Kau ni bapak ayam, ek?! Eh, bodoh, kau ingat aku apa, haa?! Perempuan murahan?! Kurang ajar!!", Laila mahu memukulnya.
"Eh, nanti dulu cik Laila! Bukan macam tu maksud saya..saya nak tawarkan kerja..". Laila berhenti memukul Mohamad. "Er..ye ke?". Laila berundur setapak dan berseringai senyum kambing. Aduh, malunya aku! "Er..boleh tak kau spesifikkan lagi kerja tu agar aku tak salah faham.." "Em..saya nak tawarkan kerja pembantu rumah dalam sebuah banglo di Kuala Lumpur..gajinya dua kali gaji di sini dan tempat tinggal disediakan" "Macam mana aku nak tahu kau tak tipu aku?" "Cik Laila boleh datang ke alamat ni..", Mohamad menghulurkan sekeping kad. Laila mengambil kad dan melihat alamat rumah berkenaan.
"Kalau cik Laila dah bersedia, barulah cik Laila hubungi saya. Cik Laila boleh datang ke rumah itu sebelum memulakan kerja. Saya akan bantu cik Laila kemudian..". Boleh percaya ke mamat ni? "Nantilah aku fikirkan dan siasat dulu tempat ni. Bukan boleh percaya sangat kau ni!" "Saya faham..cik Laila boleh hubungi saya bila-bila masa. Nombor telefon saya ada pada kad tu. Tapi, saya amat berharap cik Laila dapat pergi..Majikan saya amat memerlukan pembantu rumah.." "Kenapa pulak kau rasa aku boleh dapat kerja ni?" "Sebab saya nampak cik Laila boleh membuat kerja rumah dengan melayan pengunjung kedai ini.." "Eii..tak relevan langsung alasan kau tu! Kalau interview mesti kena reject kau ni! Nantilah aku beritahu kau. Kalau aku tak contact kau tu..paham-paham je la,ek?". Mohamad senyum sambil mengangguk.
"Habis tu, kau nak pergi ke, Laila?". Laila menongkat dagu memandang laut. "Entahlah..hati aku berbelah bagi. Nak pergi ke tak nak.." "Eh..kalau aku jadi kau, aku pergi je. Banglo beb..!! Kaya tu! Mana tau ada barang berharga dalam rumah tu, boleh berniaga sekali!", usul Atie. "Haa..entah-entah ada balak hensem dalam rumah tu, kau tackle lah dengan dia dan duit dia sekali!" "Eii..otak kau ni tak de benda lain lah! Asyik fikir duit dengan cinta je! Fikir duit cukuplah!", kata Atie sambil menolak kepala Iza. "Laa..aku cakap je! Bagus apa idea aku?!"
"Betul jugak, kan? Sampai bila aku nak hidup dengan mak saudara aku dan 3 ekor anak perempuan dia yang macam monyet tu! Aku kenalah buka minda dan hidup aku! Dalam masa yang sama boleh aku cari Haikal!" "Eii..ni yang aku malas dengar!", keluh mereka berdua. "Tapi, kalau mamat tu memang betul-betul bapak ayam?!", tanya Atie. "Em..eleh, perkara kecil. Macam lah aku tak pernah berhadapan dengan semua tu! Lebih dari tu pun pernah! Aku telefon polis.." "Haa..dengan kau sekali kena cekup!" "Eh..takkan lah. Percaya lah pada aku..aku boleh dan yakin aku boleh selesaikan masalah pelacuran di negara kita" "Eleh..macam orang tak tahu pulak kau ni lah sebenarnya dalang masalah kecurian di negara ni!", celah Iza. "Eh..tahu pulak dia bercakap!!" "Sudah lah, Iza! Kau pun terpalit sama!" "Eh, kau pun sama daa..!". Mereka bertiga sama-sama gelak meriuhkan suasana petang di tepi pantai itu.
Laila sampai ke rumah yang menjadi tempat dia berteduh bersama kakak kepada ibunya. Ibu bapa Laila meninggal semasa dia kecil dan Laila tinggal di rumah anak-anak yatim. Selepas bapa saudaranya meninggal dan ibu saudaranya kembali ke semenanjung dari Sarawak, dia mulai tinggal bersama mereka di tanah pusaka itu sejak berusia 15 tahun. Dari kampung itulah juga dia mengenali Iza dan Atie yang merupakan juga rakan sekolahnya. Ibu saudaranya membuka kedai makan, namun rela bekerja di kedai makan lain.
"Hoi..aku dah balik!!", jerit Laila sambil menolak pintu kayu rumah itu. "Woi, bagilah salam!", kata Ana, anak sulung berusia 24 tahun, tua setahun dari Laila. Dia kerja kilang sekali dengan Atie dan Iza. "Betul tu! Kau ingat ni rumah mat salleh ke?!", tempik yang kedua, Ani berusia 19 tahun, masih lagi belajar tingkatan 6 "Eh..siapa yang tendang pintu? Terkejut aku!!", kata Ina menerpa dari dalam bilik. Berusia 16 tahun dan masih lagi belajar. Laila mencekak pinggang sambil memandang mereka bertiga.
"Hei, tiga ekor anak ayam!! Korang ni tak habis-habis berkokok, kata aku memekak, tapi korang yang menyalak tak sedar! Kau Ana, aku punya sukalah aku nak bagi salam ke tak, yang dapat pahalanya aku, kau peduli apa? Kau ingat kau tu tua, aku takut?! Kau Ani, kau baru sedar ke yang aku ni anak mat salleh? Kau, Ina. Haa..aku yang tendang pintu! Kenapa, kau nak tendang aku balik ke? Tak padan kecik! Sibuk nak tahu hal orang dewasa!". Laila memandang mereka lalu senyum sinis. "Habis, kau nak cakap kitaorang ni anak ayam dan mak kami ibu ayam?", lawan Ana, berani. "Eh, aku tak cakap pun..! Kau yang sedang cakap tu!". Dia berlalu ke biliknya.
"Berlagak! Duduk rumah orang!! Tak sedar diri!", cebik Ana dan menyambung menonton televisyen. "Betul tu! Pakai baju rabak-rabak!! Sesak jugak!", sampuk Ani. "Woi, bedebah! Aku duduk rumah kau ni berbayar tau! Tak ada benda yang percuma dalam hidup, ingat tu!! Apa kau betul-betul Ani?! Suka hati aku lah nak pakai baju rabak ke tak, ini stail lah, bodoh!", tempik Laila dan muncul di depan Ani sambil menolak kepalanya. "Eh, apahal tolak orang ni?!" "Kenapa, kau nak tumbuk aku?! Berani tumbuklah..!". Laila mencekik leher Ani dan dihalang Ana.
"Eh, apahal kecoh-kecoh ni?! Sampai luar dengar tau!", pekik mak cik Salmah. "Laila ni mak. Dia nak tumbuk Ani!" "Eh, mana ada.. saya nak angkat dia sebab ada cicak bawah kaki dia. Salah faham je ni..Dah lah, saya nak mandi dulu!", katanya berlalu pergi. Mereka tiga-beradik hanya tercengang manakala mak cik Salmah hanya mampu menggeleng kepala.
Pulang malam itu, mak cik Salmah berada di ruang tamu sedang leka menonton televisyen. Sepupu-sepupunya tiada, mungkin berada di dalam bilik masing-masing. "Laila..ke mana lagi kamu malam-malam buta ni?" "Eh..mana ada buta, saya bawak touch light!". Ni mesti aku belajar dengan mamat sengal tu, menjawab! Mak cik Salmah memandangnya.
"Er, Mak Ngah.. Saya nak kerja tempat lain la.." "Mana pulak?" "Kat KL.." "Jauhnya! Berapa lama? Dengan siapa? Kerja apa?" "Memang jauh, tapi boleh naik bas. Dengan orang, kerja jadi orang gaji.." "Haa?! Mengarut lah! Mak Ngah tak bagi! Duduk sini pun macam-macam jadi, inikan pulak nak pergi KL!" "Ala, mana ada saya buat apa pun kat sini. Otak tak berkembang lah..Saya baik apa?" "Baik?! Cuba kamu cakap dengan Mak Ngah..mana pergi ayam Pak Abu satu reban tu?". Laila senyum kambing. "Mak Ngah ni pandai-pandai je tuduh saya tanpa bukti dan saksi! Kalau saya yang curi pun, kira dia nasib baik sebab tak curi satu kandang!". Teringat pula Laila sewaktu dia mencuri ayam tu untuk dijualkan semula di pasar sewaktu hari raya korban. Kira berkorban lah tu!
"Apa-apa pun, Mak Ngah tak setuju! Jangan nak buat hal pulak!".
TINGGALKAN ULASAN DAN KOMEN, PADA SETIAP KARYA YANG ANDA BACA Penulis memerlukan ulasan dan komen, bagi memperbaiki penulisan dan memperbetulkan kesilapan. Komen dan ulasan anda akan memberi satu semangat kepada penulis, untuk terus menulis karya dan seterusnya menghasilkan karya yang menarik. Kerjasama & sokongan daripada pembaca amat kami hargai. Sebab itulah kami menyediakan HADIAH, sebagai penghargaan kepada penulis dan juga kepada pembaca yang aktif memberi komen & ulasan
"Dia
hidup bukan kerana cinta. Dia hidup kerana
kehadiran Prince Charming yang menyelamatkannya.
Semuanya gara-gara dia mengoyak Carta Prince
Charming—carta misteri yang tiada sesiapa tahu
dari mana datangnya. Yang pasti, memang dia
langsung tidak percaya dengan sumpahan yang
dikatakan berkaitan dengan Carta Prince
Charming.
"Sumpahan puteri? Kau ingat ini cerita dongeng
ke? Puteri apa yang nak sumpah aku ni? Puteri
bunian? Puteri lindungan bulan?”
Desakan daripada Sofea membawanya ke Kelab Bola
Sepak. Di situlah Prince Charming berkumpul.
Tetapi hanya seorang sahaja Prince Charming yang
dicari-carinya. Namun, untuk mencari Prince
Charming bukanlah mudah, namun dia yakin, antara
mereka, pasti salah seorang adalah penyelamatnya.
Orang tu pun satu! Dah selamatkan nyawa orang,
tak reti-reti ke nak munculkan diri? Bukan ke
lagi senang kalau datang berdiri depan aku dan
cakap, Sayalah yang selamatkan awak daripada
kena langgar semalam. Finish! Tak adalah nak
panjangkan cerita sampai beratus muka surat
semata-mata nak cari Prince Charming!
Tajuk:
Prince Charming
Penulis: Ratu Bulan
Terbitan: Fajar Pakeer
Harga:
RM19.90
Ulasan:
NOVEL
HANGAT DIPASARAN
Pertemuan
pertama memberi impak yang berbeza kepada dua insan. Maria
malu mengenang, sedang Hisyam mahu mendekat. Maria semakin
resah apabila Hisyam terus-terusan mendesak. Dalam benci
ada rindu. Bijak Hisyam memujuk, mereka akhirnya disatukan.
Salina hadir menjadi duri dalam daging. Bagi Hisyam, gadis
itu ialah sahabatnya yang terbaik. Insan paling dipercayai.
Namun, dalam diam, Salina meracuni hubungan mereka. Salina
ada agenda yang tersendiri.
Semakin hari, semakin nipis rasa percaya Maria terhadap
Hisyam. Namun, dia tidak mungkin menghindar rasa kasih
yang sudah menebal. Demi menunaikan permintaan Maria,
Hisyam tega melamar Salina walau ada luka di hati.
Sanggupkah Hisyam menduakan Maria yang pernah dicintai
sepenuh hati? Dan, Maria, mampukah membiarkan suami
tersayang jatuh ke tangan Salina? Atau, Mariakah orang
ketiga yang tidak lagi diperlukan kehadirannya oleh Hisyam?
Penulisan2u
sedang
berkerjasama dengan Penerbit Novel bagi memberi peluang kepada penulis-penulis berbakat dan karya yang menarik.
Antara novel yang sudah di terbitkan
2 Pengulas paling AKTIF dengan memberi komen yang ikhlas dan
membina, pada setiap karya cerpen / novel di penulisan2u akan
menerima hadiah sebuah NOVEL.
•
Creative Enterprise Sdn. Bhd., sedang mencari manuskrip kanak-kanak atau remaja. Ini kerana pihak kami ingin memperluaskan dan memperbanyakkan bahan bacaan untuk kanak-kanak dan remaja. Di samping itu kami juga ingin memupuk minat membaca dalam kalangan kanak-kanak dan remaja.
( klik disini
)
•Karyaseni Enterprise ingin memaklumankan
kepada anda yang berminat untuk menghantar manuskrip
anda kepada KS untuk penilaian, sila email kan
sinopsis dan tiga bab awal ke alamat email berikut:
Manuskrip@karyaseni.my
•KarnaDya Solutions Sdn
Bhd. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
hantarkan karya anda. Sebelum anda menghantarkan
manuskrip anda, sila hantarkan butiran berikut terlebih
dahulu melalui emel/pos. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•NB Kara Sdn Bhd dengan berbesar hati
menjemput mana-mana penulis yang merasakan diri mereka
layak menjadi penulis yang versatil, menghantar
manuskrip mereka kepada NB Kara Sdn Bhd. Tulisan anda
terlebih dahulu akan dinilai oleh penulis prolifik
Norhayati Berahim dan juga beberapa panel editor sebelum
diluluskan untuk terbitan.
(
klik disini )
•Jemari Seni Publishing. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
Untuk tujuan pengiriman manuskrip, JEMARI SENI telah
menggariskan panduan kepada penulis-penulisnya. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•
Alaf 21 Sdn Bhd. Tahun 2008 bakal menjanjikan sinar
kecemerlangan seandainya karya anda terpilih untuk
diterbitkan oleh Alaf 21, penerbit novel tersohor di
Malaysia.
Jika
anda mempunyai salah satu manuskrip tersebut, kami ingin
menatap dan menilainya. Sekiranya sesuai, pihak kami
ingin menerbitkannya di bawah jenama ALAF21.
( klik disini)
•
tip kehidupan, zodiak, horoskop, petua, tip, puisi,
pantun, sajak, dan pelbagai artikel menarik layari di
http://istimewa2u.blogspot.com
•
Blog Berkaitan agama, topik-topik tazkirah, audio, video
ceramah, mendengar 114 surah Al-quran secara online,
radio-radio dakwah, layari di
http://dakwah2u.blogspot.com
•
Blog Media, Tv streaming online, radio streaming online,
surat khabar, rakaman drama, radio era, hot.fm, tv1,
tv2,tv3 dan lain-lain. layari di
http://mymedia2u.blogspot.com
•
Blog Koleksi cerita lawak, lucu, kelakar dan video lawak,
lucu dan kelakar. layari di laman
http://kelakar2u.blogspot.com
•
Laman web
syarikat penerbit novel Creative
Enterprise Sdn Bhd (CESB). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.cesb.net.my
•
Laman web
syarikat penerbit
Kaki Novel
Enterprise. Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.kakinovel.com
•
Laman web
syarikat penerbit NB kara Sdn Bhd.
Dimiliki oleh penulis terkenal Norhayati Berahim, Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.nbkara.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit Buku Prima Sdn Bhd.
Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.bukuprima.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit novel
jemari Seni Publishing (JS Publishing). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.jemariseni.com
•
Laman web syarikat penerbit novel Alaf21 Sdn Bhd
(alaf21). Untuk melihat novel-novel terbaru dari Alaf21
layari di
http://www.alaf21.com.my
•
Laman web syarikat penerbit novel Fajar Pakeer Sdn Bhd). Untuk melihat novel-novel terbaru layari di
laman
http://www.fajarnovels.com.my
Kata Kunci
koleksi novel, koleksi novel
cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik,
novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen
cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru,
teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen
melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram,
cerita, cerita cinta, cerita pendek, cerita melayu, cerita online
Malaysia Group
Blog
Koleksi
Cerpen & Novel proudly powered by Blogger. Best display view 1024x768.
Google Inc
Koleksi Cerpen
& Novel dari Malaysia, Indonesia, Singapore & Brunei
Catat Ulasan
TINGGALKAN ULASAN DAN KOMEN, PADA SETIAP KARYA YANG ANDA BACA Penulis memerlukan ulasan dan komen, bagi memperbaiki penulisan dan memperbetulkan kesilapan. Komen dan ulasan anda akan memberi satu semangat kepada penulis, untuk terus menulis karya dan seterusnya menghasilkan karya yang menarik. Kerjasama & sokongan daripada pembaca amat kami hargai. Sebab itulah kami menyediakan HADIAH, sebagai penghargaan kepada penulis dan juga kepada pembaca yang aktif memberi komen & ulasan