Kehidupan
adalah anugerah utama Illahi. Anugerah kehidupan memberi gambaran
kebesaranNya buat kita manusia, yang wajib kita syukuri dan hargai.
Internet adalah kemudahan buat umat manusia. Justeru itu,
manafaatkan ia untuk kesejahteraan diri kita dan umat sejagat.
Sentiasalah kita beringat, apa yang kita lakukan, akan dipertanggung
jawabkan pada kemudian hari.
Gunakan sebaik-baiknya kurnia Allah swt kepada kita. Halalkan
kegunaan akal, hati dan lidah pada perkara yang bakal membawa
kecemerlangan diri kita dunia dan akhirat. Kita hidup hanya sekali.
Sekali 'pergi' tak kan kembali. Buat baik berpada-pada, dan buat
jahat JANGAN sekali-kali. Kewujudan website penulisan2u dengan blog
sebagai wadah untuk meningkatkan nilai diri. Bermatlamatkan
penyatuan ummah dengan ciri-ciri kemurnian budi dan budaya. Walaupun,
dunia terus maju dengan teknologi, kita akan terus kekal dengan
akhlak dan jati diri insani.
Esak tangis Tina tidak dapat dibendung lagi. Hatinya pilu melihat keadaan majikannya Nazirah dihadapannya. Shamsul, suaminya cuba menenangkannya.
Nazirah masih belum sedar. Sudah dua hari dia pengsan.
"Tina tak sangka, masih ada lagi orang yang kejam terhadap menantu sendiri seperti yang terjadi pada Puan Nazirah ya bang," ujar Tina dalam esakannya.
"Sudahlah Tina. Tak ada gunanya Tina menangis. Bersyukurlah yang Puan Nazirah ini masih bernyawa. Lebih baik kita berdoa agar Puan Nazirah cepat sedar. Bak kata doktor jika Puan Nazirah masih tidak sedar lagi esok kandungannya akan berada dalam bahaya," kata Shamsul.
Tina mengelap air matanya. Hatinya sedikit terusik dengan nasihat suaminya itu.
"Marilah kita pulang. Petang nanti kita datang lagi ya," pujuk Shamsul lagi.
Tina menganggukkan kepalanya tanda setuju. Tangan Nazirah dipegang dan diusap perlahan.
Mulutnya menyebut, " Tina pulang dulu. Nanti Tina datang lagi".
Sebelum melangkah keluar dari wad mewah itu, Tina berpusing kembali melihat Nazirah. Tina terperanjat. Tangan Nazirah kelihatan bergerak perlahan. Dia berlari ke arah Nazirah. Shamsul segera memanggil doktor.
"Man..Man..abang kat mana?", ujar Nazirah pertama sekali.
Pandangannya yang agak kabur dan akhirnya jelas. Dia berasa begitu terasing dengan persekitaran tempat dia berbaring. Nazirah meronta-ronta.
Nazirah memandang ke arah tangan yang memegangnya. Dia cuba mengingati perempuan itu.
"Ya, dia Tina setiausahaku," desus hati kecil Nazirah.
46 "Tina..Tina saya di mana ni? Lokman mana? Saya nak jumpa dia. Kenapa saya di sini dan mana Lokman?" tanya Nazirah bertalu-talu.
Air mata Tina kembali gugur. Hatinya sebak untuk menceritakan segala kekejaman yang telah dilakukan oleh mertua wanita itu kepadanya.
"Sabar puan. Banyakkan bertenang. Saya akan ceritakan dengan jelas. Calm down," ujar Tina sambil tersedu-sedan menahan tangis.
Doktor tiba. Nazirah diperiksa segera. Setelah itu dia telah dinasihatkan agar bertenang untuk menjaga kandungannya itu.
Nazirah tenang. Kasih sayangnya pada kandungannya membuatkannya patuh pada arahan.
Setelah doktor keluar, Tina kembali duduk di sisi Nazirah.
Setelah dipaksa, dengan berat hati Tina menceritakan semua yang telah terjadi.
Bagaimana kekejaman Puan Suria yang telah memberinya sejumlah wang dan bertindak menghantar mereka semua ke London dan mengugutnya supaya tidak kembali semula ke Malaysia. Nasib baik kandungan Nazirah tidak digugurkan atas nasihat doktor dan rayuan Tina dan Shamsul sendiri.
Nazirah terdiam. Air matanya menitis. Hatinya sebak mengenangkan diri yang dibuang keluarga sendiri. Namun dia memanjatkan syukur kepada Allah kerana masih memberi dia peluang melahirkan benih kasih sayang antara dia dan Lokman ke dunia.
------------------------
"Mama, mana Nazirah ma? Kenapa mama menangis. Nazirah mana?" tanya Lokman bertalu-talu setelah menjejakkan kaki di rumah Puan Suria.
"Zira dah tak ada Man. Dia keguguran 5 hari lalu. Zira tak benarkan mama bagitahu Man. Maafkan ma, Man,"
"Hah??"
Lokman nyata terkejut dengan pernyataan Puan Suria. Dunianya bagaikan kelam. Wanita yang amat dicintai dan disayanginya telah pergi menemui yang esa sebelum mereka dapat mengecapi kebahagiaan yang sebenar.
47 3 hari Lokman meninggalkan rumah. Hatinya hancur. Tidak disangka wanita kesayangannya sanggup merahsiakan pemergian yang kekal itu. Rasa kesal menusuk dadanya kerana tidak menghubungi isterinya selama beberapa hari sebelum kepulangannya semata-mata untuk membuat kejutan. Lokman hilang pegangan. Dia bingung apa yang harus dilakukan.
Hampir sebulan Lokman hanya duduk di dalam bilik. Katilnya dipenuhi dengan semua gambar dan barang Nazirah.
Lokman tidak berselera untuk makan. Tiada semangat untuk ke pejabat. Badannya susut dengan teruk. Lokman hanya mengisi perutnya dengan air kosong. Sudah puas En. Hakim dan Pn. Suria cuba untuk menasihatinya namun tidak berjaya. Malah kadang-kadang mereka diherdik oleh Lokman.
Suatu hari Puan Suria datang ke rumah Lokman untuk menjenguk anaknya itu. Beliau beristighfar berkali-kali apabila melihatkan keadaan rumah itu yang bersepah dan tunggang-langgang. Tidak disangkanya yang Lokman akan kecewa sehingga bertindak sebegini sekali.
Puan Suria mengetuk pintu bilik Lokman.
"Tuk..tuk…Man, boleh mama masuk?" ujar Puan Suria.
Tiada jawapan. Lokman di dalam bilik berpura-pura tidur. Dia berselubung di dalam selimut.
Pintu bilik diselak perlahan-lahan. Puan Suria lebih terperanjat melihat keadaan bilik itu. Katil bersepah dengan segala macam baju dan perhiasan perempuan.
"Itu pasti barang perempuan sial itu," bisik Puan Suria sendirian.
"Man..mama bawakan makanan untuk Man. Kita makan ya," pujuk Puan Suria sambil mengusap-ngusap kepala Lokman.
Lokman hanya mendiamkan diri.
"Man..sampai bila Man nak terus begini nak, mama dengan papa risau tengok Man terus-terusan macam ni Man. Sudahlah Man. Zira dah lama pergi sampai bila Man nak menangisi pemergian Zira. Mama yakin Zira pun pastinya takkan tenang jika Man begini selalu," pujuk Puan Suria lagi.
"Man mahukan Zira," ujar Lokman perlahan.
48 "Astaghfirullahala’zim. Man, Zira dah tak ada. Dah sebulan lebih Zira pergi. Cukuplah Man. Sampai bila Man nak terus macam ni. Fikirlah baik-baik demi masa depan Man sendiri," ujar Puan Suria lagi.
"Tinggalkan Man sendirian Ma," kata Lokman perlahan. Lokman kemudian terus berpaling kearah lain.
Puan Suria mengeluh lagi. Tidak tahu apa lagi yang harus dilakukan untuk mengubah kelakuan anak lelakinya itu. Puan Suria menapak perlahan meninggalkan rumah Lokman itu.
Lokman bangun dari pembaringannya. Gambar perkahwinannya dengan Nazirah ditatap berulang kali. Terasa kehilangan yang teramat sangat walaupun cukup disedari sudah sebulan lebih Nazirah meninggalkannya.
Lokman membuka laci almari kecil di sebelahnya. Sekeping surat yang sudah renyuk dikeluarkan. Surat itu adalah surat daripada Nazirah yang ditulis beberapa hari sebelum kepulangannya ke rahmatullah. Puan Suria yang memberinya kepada Lokman sehari selepas kepulangannya ke Malaysia. Nazirah seakan-akan telah mengetahui yang dia akan pergi meninggalkannya. Apatah lagi surat itu ditaip menggunakan komputer kerana Lokman juga sedar keadaan isterinya itu yang cepat keletihan tindak balas daripada kandungannya.
Isi surat itu dibaca berulang kali. Lokman tidak pernah jemu walaupun hampir beratus kali kandungan surat itu dibacanya. Bait-bait yang amat menyentuh hatinya adalah,
"Abang…entah kenapa Zira merasakan yang Zira akan pergi jauh meninggalkan abang. Jika itu berlaku maafkan Zira bang. Percayalah yang kasih sayang Zira selama ini ikhlas dan tulus dari hati Zira bang. Jika Zira pergi janganlah abang bertindak bukan-bukan bang. Zira takkan aman jika itu berlaku. Jaga diri abang baik-baik dan bertindaklah demi masa depan abang. Zira sayang dan cintakan abang."
"Benar. Tak ada gunanya jika aku terus begini. Isteriku tidak akan aman. Maafkan abang Zira. Abang telah membuatkan Zira risau. Abang berjanji mulai hari ini abang akan merubah kehidupan abang demi Zira. Tapi percayalah bahawa kasih sayang abang pada Zira tidak akan pernah berubah," ujar Lokman sambil memandang tepat pada wajah isterinya pada bingkai gambar yang dipegangnya.
--------------------
Enam tahun telah berlalu.
"Mama..Mimi nak mainan tu,"ujar si kecil Syamimi.
49 "Kejap. Mama nak tengok barang kat kedai ni dulu," kata Nazirah pula.
"Cepatlah mama…please!!!,"ujar Syamimi lagi sambil menarik-narik hujung baju yang dipakai oleh Nazirah.
"Kejap. Cuba Mimi sabar sikit," kata Nazirah tegas.
Syamimi terdiam. Air matanya mula menitis perlahan.
"Mimi..Mimi...jangan menangis..mari Uncle Sham temankan Mimi pergi tengok mainan itu," ujar Shamsul setelah lama melihat perlakuan Nazirah dan Syamimi itu.
"Jangan dilayan sangat Mimi tu Sham..asyik kita je yang kena ikut cakap dia. Lagipun kamu nak jaga anak kamu berdua tu. Mimi ni biar kakak yang layan," ujar Nazirah.
"Tak apalah Kak Zira. Kesian saya tengok si Mimi ni. Biar saya teman akak tengok barang kat dalam kedai ni. Sham bawakan budak-budak tu pergi kedai permainan tu," ujar Tina pula.
"Hmm..suka hati kamulah Tina, Sham," kata Nazirah akhirnya.
Nazirah kadang-kadang rimas juga dengan perangai Syamimi. Mengada-ngada tak tentu masa. Namun bila mengenangkan itulah satu anaknya, hati Nazirah pasti cepat sejuk. Tina dan Shamsul pula rajin melayan kerenah anaknya itu.
Fikiran Nazirah tiba-tiba melayang ke masa lampau. Sewaktu dia dan Lokman sedang berehat-rehat di atas katil.
Lokman mengusap lembut perut isterinya. Lelaki itu amat bangga kerana bakal menjadi ayah.
"Sayang..bila anak kita lahir nanti, Man janji yang Man akan didik dia dengan penuh kasih sayang. Man akan tunaikan segala permintaannya," ujar Lokman.
"Man…Zira setuju agar Man didik anak kita dengan kasih sayang. Tapi janganlah kita terlalu memanjakan dia Man sebab nanti Zira takut dia akan angkuh dan sombong dengan kemewahannya yang akhir sekali akan memakan dirinya sendiri Man," kata Nazirah panjang lebar.
Lokman tersenyum. Nazirah memang sangat mementingkan masa depan anak mereka. Lokman mengangguk tanda setuju dengan kata-kata Nazirah itu.
Sekarang kata-kata itulah yang dipegang oleh Nazirah. Air matanya menitis mengenangkan detik itu. Hatinya pilu.
50 "Kakak….kakak menangis…," teguran Tina mematikan lamunan Nazirah. Air mata yang gugur disapu dengan pantas.
"Tak adalah…mata kakak masuk habuk,"nafi Nazirah.
"Kakak…tak usahlah tipu Tina. Dah enam tahun kita duduk bersama Tina cukup kenal tingkahlaku kakak…,"ujar Tina sambil tersenyum.
"Kakak cakap betul, Tina," ujar Nazirah masih menafikan.
Tina tersenyum lagi.
Nazirah mengeluh berat.
"Ya. Betul kata Tina. Tina memang cukup mengenali kakak. Tapi jangan risau. Kakak tak apa-apa. Kakak cuma teringatkan masa lampau, Tina,"ujar Nazirah perlahan.
"Sudahlah kakak…yang berlalu biarkan berlalu….yang penting sekarang ni adalah kakak perlu teruskan hidup kakak demi Mimi anak kakak itu," kata Tina sambil memegang tangan Nazirah.
Nazirah hanya menganggukkan kepalanya tanda membenarkan kata-kata Tina itu. Matanya terpaku kepada Mimi buah hatinya itu. Raut wajah anaknya itu tidak ubah seperti Lokman. Kerana itulah, tidur malam Nazirah sering dibayangi dengan igauan tentang Lokman. Perasaan rindunya pada lelaki itu amat menebal dalam dirinya dari sehari ke sehari. Benar, dia juga masih mempunyai kekuatan untuk hidup disebabkan oleh Mimi dan semuanya untuk Mimi.
salam. nape episod 8 n 9 citer nie same je....org nk thu pe jadi lepas nazirah tunjukkn surat 2 kat lokman tp tiba2 citer nazirah kena halau lak n mcnm ne lak tiba2 hamil lak.. tergantung ar....
np cite no 8 xde..?? sama plak dgn cita yg no 9 tu... xbest la lompat2.. tiba2 dh kne halau & mengandung plak.. hehe... nnt u tgk blk n btol2 kan yer... daaa.... thanxxx
ya Allah..ingatkan komputer sy sorang je yg x boleh bukak cite no 8...apa jadi nih..memang dissapointed betul la,part cite no 7 dah best,mesti no 8 lg best..aduhhh...
mybe slh kali ne..2x sya btulkah ne eps 8 or bukan..rupanya sma jer..
Catat Ulasan
TINGGALKAN ULASAN DAN KOMEN, PADA SETIAP KARYA YANG ANDA BACA Penulis memerlukan ulasan dan komen, bagi memperbaiki penulisan dan memperbetulkan kesilapan. Komen dan ulasan anda akan memberi satu semangat kepada penulis, untuk terus menulis karya dan seterusnya menghasilkan karya yang menarik. Kerjasama & sokongan daripada pembaca amat kami hargai. Sebab itulah kami menyediakan HADIAH, sebagai penghargaan kepada penulis dan juga kepada pembaca yang aktif memberi komen & ulasan
"Dia
hidup bukan kerana cinta. Dia hidup kerana
kehadiran Prince Charming yang menyelamatkannya.
Semuanya gara-gara dia mengoyak Carta Prince
Charming—carta misteri yang tiada sesiapa tahu
dari mana datangnya. Yang pasti, memang dia
langsung tidak percaya dengan sumpahan yang
dikatakan berkaitan dengan Carta Prince
Charming.
"Sumpahan puteri? Kau ingat ini cerita dongeng
ke? Puteri apa yang nak sumpah aku ni? Puteri
bunian? Puteri lindungan bulan?”
Desakan daripada Sofea membawanya ke Kelab Bola
Sepak. Di situlah Prince Charming berkumpul.
Tetapi hanya seorang sahaja Prince Charming yang
dicari-carinya. Namun, untuk mencari Prince
Charming bukanlah mudah, namun dia yakin, antara
mereka, pasti salah seorang adalah penyelamatnya.
Orang tu pun satu! Dah selamatkan nyawa orang,
tak reti-reti ke nak munculkan diri? Bukan ke
lagi senang kalau datang berdiri depan aku dan
cakap, Sayalah yang selamatkan awak daripada
kena langgar semalam. Finish! Tak adalah nak
panjangkan cerita sampai beratus muka surat
semata-mata nak cari Prince Charming!
Tajuk:
Prince Charming
Penulis: Ratu Bulan
Terbitan: Fajar Pakeer
Harga:
RM19.90
Ulasan:
NOVEL
HANGAT DIPASARAN
Pertemuan
pertama memberi impak yang berbeza kepada dua insan. Maria
malu mengenang, sedang Hisyam mahu mendekat. Maria semakin
resah apabila Hisyam terus-terusan mendesak. Dalam benci
ada rindu. Bijak Hisyam memujuk, mereka akhirnya disatukan.
Salina hadir menjadi duri dalam daging. Bagi Hisyam, gadis
itu ialah sahabatnya yang terbaik. Insan paling dipercayai.
Namun, dalam diam, Salina meracuni hubungan mereka. Salina
ada agenda yang tersendiri.
Semakin hari, semakin nipis rasa percaya Maria terhadap
Hisyam. Namun, dia tidak mungkin menghindar rasa kasih
yang sudah menebal. Demi menunaikan permintaan Maria,
Hisyam tega melamar Salina walau ada luka di hati.
Sanggupkah Hisyam menduakan Maria yang pernah dicintai
sepenuh hati? Dan, Maria, mampukah membiarkan suami
tersayang jatuh ke tangan Salina? Atau, Mariakah orang
ketiga yang tidak lagi diperlukan kehadirannya oleh Hisyam?
Penulisan2u
sedang
berkerjasama dengan Penerbit Novel bagi memberi peluang kepada penulis-penulis berbakat dan karya yang menarik.
Antara novel yang sudah di terbitkan
2 Pengulas paling AKTIF dengan memberi komen yang ikhlas dan
membina, pada setiap karya cerpen / novel di penulisan2u akan
menerima hadiah sebuah NOVEL.
•
Creative Enterprise Sdn. Bhd., sedang mencari manuskrip kanak-kanak atau remaja. Ini kerana pihak kami ingin memperluaskan dan memperbanyakkan bahan bacaan untuk kanak-kanak dan remaja. Di samping itu kami juga ingin memupuk minat membaca dalam kalangan kanak-kanak dan remaja.
( klik disini
)
•Karyaseni Enterprise ingin memaklumankan
kepada anda yang berminat untuk menghantar manuskrip
anda kepada KS untuk penilaian, sila email kan
sinopsis dan tiga bab awal ke alamat email berikut:
Manuskrip@karyaseni.my
•KarnaDya Solutions Sdn
Bhd. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
hantarkan karya anda. Sebelum anda menghantarkan
manuskrip anda, sila hantarkan butiran berikut terlebih
dahulu melalui emel/pos. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•NB Kara Sdn Bhd dengan berbesar hati
menjemput mana-mana penulis yang merasakan diri mereka
layak menjadi penulis yang versatil, menghantar
manuskrip mereka kepada NB Kara Sdn Bhd. Tulisan anda
terlebih dahulu akan dinilai oleh penulis prolifik
Norhayati Berahim dan juga beberapa panel editor sebelum
diluluskan untuk terbitan.
(
klik disini )
•Jemari Seni Publishing. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
Untuk tujuan pengiriman manuskrip, JEMARI SENI telah
menggariskan panduan kepada penulis-penulisnya. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•
Alaf 21 Sdn Bhd. Tahun 2008 bakal menjanjikan sinar
kecemerlangan seandainya karya anda terpilih untuk
diterbitkan oleh Alaf 21, penerbit novel tersohor di
Malaysia.
Jika
anda mempunyai salah satu manuskrip tersebut, kami ingin
menatap dan menilainya. Sekiranya sesuai, pihak kami
ingin menerbitkannya di bawah jenama ALAF21.
( klik disini)
•
tip kehidupan, zodiak, horoskop, petua, tip, puisi,
pantun, sajak, dan pelbagai artikel menarik layari di
http://istimewa2u.blogspot.com
•
Blog Berkaitan agama, topik-topik tazkirah, audio, video
ceramah, mendengar 114 surah Al-quran secara online,
radio-radio dakwah, layari di
http://dakwah2u.blogspot.com
•
Blog Media, Tv streaming online, radio streaming online,
surat khabar, rakaman drama, radio era, hot.fm, tv1,
tv2,tv3 dan lain-lain. layari di
http://mymedia2u.blogspot.com
•
Blog Koleksi cerita lawak, lucu, kelakar dan video lawak,
lucu dan kelakar. layari di laman
http://kelakar2u.blogspot.com
•
Laman web
syarikat penerbit novel Creative
Enterprise Sdn Bhd (CESB). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.cesb.net.my
•
Laman web
syarikat penerbit
Kaki Novel
Enterprise. Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.kakinovel.com
•
Laman web
syarikat penerbit NB kara Sdn Bhd.
Dimiliki oleh penulis terkenal Norhayati Berahim, Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.nbkara.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit Buku Prima Sdn Bhd.
Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.bukuprima.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit novel
jemari Seni Publishing (JS Publishing). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.jemariseni.com
•
Laman web syarikat penerbit novel Alaf21 Sdn Bhd
(alaf21). Untuk melihat novel-novel terbaru dari Alaf21
layari di
http://www.alaf21.com.my
•
Laman web syarikat penerbit novel Fajar Pakeer Sdn Bhd). Untuk melihat novel-novel terbaru layari di
laman
http://www.fajarnovels.com.my
Kata Kunci
koleksi novel, koleksi novel
cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik,
novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen
cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru,
teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen
melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram,
cerita, cerita cinta, cerita pendek, cerita melayu, cerita online
Malaysia Group
Blog
Koleksi
Cerpen & Novel proudly powered by Blogger. Best display view 1024x768.
Google Inc
Koleksi Cerpen
& Novel dari Malaysia, Indonesia, Singapore & Brunei
apa yang akan terjadi seterusnya ya?