Kehidupan
adalah anugerah utama Illahi. Anugerah kehidupan memberi gambaran
kebesaranNya buat kita manusia, yang wajib kita syukuri dan hargai.
Internet adalah kemudahan buat umat manusia. Justeru itu,
manafaatkan ia untuk kesejahteraan diri kita dan umat sejagat.
Sentiasalah kita beringat, apa yang kita lakukan, akan dipertanggung
jawabkan pada kemudian hari.
Gunakan sebaik-baiknya kurnia Allah swt kepada kita. Halalkan
kegunaan akal, hati dan lidah pada perkara yang bakal membawa
kecemerlangan diri kita dunia dan akhirat. Kita hidup hanya sekali.
Sekali 'pergi' tak kan kembali. Buat baik berpada-pada, dan buat
jahat JANGAN sekali-kali. Kewujudan website penulisan2u dengan blog
sebagai wadah untuk meningkatkan nilai diri. Bermatlamatkan
penyatuan ummah dengan ciri-ciri kemurnian budi dan budaya. Walaupun,
dunia terus maju dengan teknologi, kita akan terus kekal dengan
akhlak dan jati diri insani.
"Tuk…tuk…" ketukan pintu pejabatnya mematikan lamunan Lokman. Masuk hari ini telah tiga hari Nazirah pergi tiada berita.
"Masuk," ujar Lokman lemah.
Tina melangkah masuk dengan berhati-hati. Dia sedar majikannya itu berada dalam situasi yang amat tegang.
"Tuan….," ujar Tina untuk menarik perhatian Lokman.
"Ohh…Tina. Ada apa-apa?" Tanya Lokman sambil memandang setiausahanya itu.
"Tuan…ramai pegawai menanyakan tentang Puan Nazirah. Saya dan Anita sudah penat untuk menjawab pertanyaan mereka semua tuan," ujar Tina perlahan.
"Entahla Tina. Awak tahu bukan saya sendiri tidak tahu ke mana perginya isteri saya itu. Rajuknya mungkin belum sembuh Tina," ujar Lokman dengan berat sekali.
"Saya tahu di mana Puan Nazirah, tuan," ujar Tina lagi.
"Ha…awak tahu? Bagaimana?" Tanya Lokman terkejut dengan pernyataan Tina itu.
"Semalam Puan Nazirah ada menelefon pejabat untuk mengetahui keadaan syarikat dan tuan sekali. Dia melarang saya memberitahu tuan yang dia ada menelefon tuan,"
"Ada dia beritahu awak di mana dia sekarang?"
"Tiada tuan. Saya berulang kali bertanya tapi dia berkeras tidak mahu memberitahu saya kerana takut saya memberitahu tuan dan menjejakinya."
"Kalau begitu, bagaimana pula awak tahu di mana Puan Nazirah berada. Saya tak faham."
"Hmm…..begini tuan. Saya telah menyiasat nombor yang digunakan oleh Puan Nazirah, tuan. Pada mulanya susah untuk mengetahui situasi Puan Nazirah menelefon namun akhirnya saya berjaya tuan. Saya telah mengetahui di mana Puan Nazirah berada sekarang,"
"Di mana Tina? Saya sangat merindui isteri saya. Di mana dia sekarang?"
"Berdasarkan panggilan yang dibuat oleh Puan Nazirah………..Puan Nazirah sekarang berada di Pulau Langkawi,"
"Ha!!! Pulau Langkawi? Terima kasih Tina. Jasa awak tak dapat saya balas," ujar Lokman dengan mata yang bersinar-sinar. Dia gembira kerana akhirnya dapat juga dia bertemu dengan isteri kesayangannya itu.
"Sama-sama tuan. Saya keluar dulu,"
"Baiklah. Sebelum itu saya nak awak batalkan apa sahaja appointment saya dalam tempoh 5 hari dari sekarang. Namun begitu, jika ianya benar-benar penting minta tolong sesiapa untuk gantikan saya. Saya mahu mencari isteri saya dan berehat buat seketika. Segala urusan syarikat saya serahkan sepenuhnya kepada awak dan suami awak Shamsul,"
Tina mengangguk tanda memahami arahan Lokman itu. Dia terus keluar dari bilik majikannya itu.
Lokman tersenyum puas. Akhirnya dapat juga dia menemui isterinya itu. Rindu yang semakin menebal dalam diri tidak dapat ditahan-tahan lagi.
………………………………………………………………………………………………
Nazirah memandang ke arah laut. Ombak tidak pernah jemu menghempaskan dirinya ke pantai. Fikirannya bertambah tenang setelah 4 hari berada di sini.
Hatinya sebak mendengar pengakuan Tina tentang keadaan Lokman yang nyata tidak terurus selepas Nazirah meninggalkan. Keadaan Lokman tidah ubah seperti Fahmie selepas ditinggalkan. Dalam fikirannya Nazirah tidak mahu Lokman menjadi seperti Fahmie. Ingin rasanya dia pulang kepada suaminya itu kerana telah bertindak meninggalkannya. Namun hatinya benar-benar terluka setelah mengetahui yang Lokman punyai perempuan lain selain dirinya sendiri.
Nazirah merasakan kasih sayangnya yang mulai lahir itu tiada ertinya lagi. Nazirah benar-benar rasa kecewa. Bahkan kecewa kali ini lebih parah daripada luka yang dulu. Luka kali ini bagaikan ditabur dengan garam, hatinya bagai dihiris kecil-kecil hingga teramatlah sukar untuk Nazirah membinanya kembali. Kekuatannya benar-benar punah.
"Ahh….tiada gunanya lagi aku mengenang peristiwa lama. Aku perlu buka lembaran lalu. Allah pastinya punyai sebab yang terbaik untuk menduga aku sebegini rupa," Nazirah memujuk hatinya sendiri.
Nazirah melangkah ke chalet tempat dia menginap. Dia berasa amat lesu sekali.
"Zira…" perlahan sahaja perkataan itu diucapkan oleh Lokman. Dia nampak isterinya itu.
Hatinya rawan melihat Nazirah yang lesu dan tidak bermaya. Rasa bersalah menusuk-nusuk kalbunya.
"Aku akan kembalikan semula senyuman pada wajah itu," tekad Lokman di dalam hati.
"Tuk…Tuk….," ketukan pintu memeranjatkan Nazirah yang sedang menonton televisyen.
"Siapa pula yang mengetuk pintu….," desis hati kecil Nazirah.
Nazirah membuka pintu. Seorang lelaki terpacak di hadapannya.
"Maafkan saya. Nama puan… Nazirah?" tanya lelaki itu.
"Ya. Saya Nazirah. Ada apa boleh saya bantu," jawab Nazirah sambil tersenyum.
"Hmmm….saya membawa pesanan ada orang nak jumpa puan di restoran chalet sekarang…," ujar lelaki itu.
"Siapa?" Tanya Nazirah tidak puas hati.
"Saya tak tahu puan. Saya hanya ditugaskan untuk memberitahu puan," jawab lelaki itu jujur.
"Baiklah. Terima kasih. Saya datang sebentar lagi," ujar Nazirah masih tersenyum.
Lelaki itu memberi salam dan berjalan meninggalkan Nazirah.
………………………………………………………………………………………………
"Siapa yang mahu berjumpa aku?" desus hati kecil Nazirah sebaik sahaja sampai di restoran yang disebutkan oleh lelaki sebentar tadi.
"Puan Nazirah?" pelayan restoran menyapanya.
Nazirah menganggukkan kepalanya.
"Sila…saya tunjukkan meja puan," ujar pelayan itu. Nazirah mengekorinya.
Pelayan itu membawa Nazirah ke sebuah meja yang agak terselindung di beranda. Meja itu menghadap ke arah laut. Hiasan yang berupa air terjun memang mendamaikan hati dan perasaan sesiapa sahaja yang melihatnya.
"Sebentar ya, puan. Tetamu puan sedang dalam perjalanan," kata pelayan itu lalu beredar meninggalkan Nazirah keseorangan di situ.
Nazirah bingung. Hatinya meronta-ronta ingin mengetahui siapakah tetamu yang dimaksudkan oleh lelaki yang membawa pesanan dan pelayan tadi. Ingin sahaja Nazirah meninggalkan tempat itu namun ada sesuatu yang memaksa dia untuk terus sabar menunggu kedatangan tetamunya itu.
"Assalamualaikum," sapa satu suara dari arah belakang.
Hati Nazirah berdegup pantas. Dia cukup kenal akan suara itu. Suara yang telah melukakan hatinya banyak kali. Suara manusia yang amat dibencinya sekarang...Lokman.
"Zira pergi dulu. Ada hal yang harus diselesaikan," ujar Nazirah lantas bangun dari tempat duduknya. Kolam matanya digenangi air.
Sebelum sempat Nazirah pergi, Lokman lebih pantas menyentap tangannya.
"Tunggu dulu, Zira. Dengar penjelasan daripada Man dulu," rayu Lokman.
Nazirah memberanikan diri untuk menatap wajah lelaki itu.
"Ya, benar kata Tina. Dia terseksa selepas aku pergi. Namun dialah puncanya. Kerana sikap angkuh dirinya aku pergi," bisik Nazirah selepas melihat keadaan Lokman yang nyata berubah.
Jika dulu rambutnya sentiasa disikat dengan kemas tapi lelaki yang di hadapannya kini rambutnya kusut masai. Wajahnya pucat. Bibirnya kering. Walaupun baru 4 hari ditinggalkan susuk tubuhnya nampak susut.
"Apa lagi yang harus Zira dengar. Hati Zira sudah hancur berkecai sejak hari itu, Man. Zira sendiri tidak pasti sama ada Zira mampu untuk membina kembali kekuatan Zira, tinggalkan Zira...Zira mahu bersendirian," ujar Nazirah dengan suara yang bergetar.
"Tidak sayang… mana mungkin Man tergamak membiarkan Zira terus-terusan begini. Beri Man kesempatan untuk membetulkan kembali kesilapan yang Man lakukan," rayu Lokman lagi.
"Cukuplah Lokman…Zira bosan mendengar rayuan Man itu. Ia bagaikan duri dalam hidup Zira…leave me…," ujar Nazirah.
Dia mencuba untuk melepaskan pegangan tangan Lokman namun gagal.
Lokman bertindak memeluk Nazirah. Semakin lama semakin erat pelukannya pada isterinya itu. Nazirah meronta-ronta untuk melepaskan diri. Namun, apa sahajalah kudrat seorang perempuan jika ingin dibandingkan dengan seorang lelaki.
"Lepaskan Zira…lepaskan," jerit Nazirah.
Air mata Nazirah menitis laju.
"Berilah Man peluang untuk menerangkan hal yang sebenarnya…," ujar Lokman lembut.
"Lepaskan Zira dulu," rayu Nazirah pula.
Lokman merungkaikan pelukannya pada Nazirah namun tangannya masih memegang erat tangan isterinya itu. Dia tidak mahu Nazirah pergi lagi. Rindu yang ditanggung amat menyeksakan dirinya.
Tangisan Nazirah semakin laju. Nazirah ingin lari dari situ namun kakinya sendiri tidak berdaya untuk bergerak. Langkahnya bagaikan terhenti.
Lokman mendudukkan Nazirah di sebuah kerusi yang diletakkan betul-betul di tepi beranda. Lokman duduk di sebelahnya.
Lokman mengeluarkan sehelai sapu tangan dan mengelap air mata isterinya itu. Mata Nazirah hanya tunduk memandang lantai. Tidak sanggup dipandangnya wajah suaminya itu.
Lokman mengalihkan pandangannya ke arah laut dan mula berbicara.
"Zira….Man amat terseksa selepas Zira pergi,"
"Man minta maaf tapi semua yang Man katakan dulu adalah dusta sayang…Man amat marah ketika itu sehingga Man sendiri tidak sedar apa yang telah Man katakan. Percayalah pada Man, Zira. Kasih sayang Man hanya untuk Zira…tidak ada perempuan lain lagi selain Zira,"
"Usahlah berpura-pura Man… katakan sahaja yang sebenar-benarnya pada Zira. Zira tidak sanggup untuk mendengar apa-apa dusta lagi,"
"Tidak Zira…Man tak tipu…,"
"Kalau betul apa ini?"
Nazirah mengeluarkan sehelai kertas yang masih disimpan dalam poket seluarnya. Kertas itu telah renyuk seperti geramnya Nazirah pada Lokman.
aduhzzz..sedihnya citer ni N romantik..walaupun sy baru 12..sy fhm perasaan Zira tuh...sy bg 5 bintang untuk citer ni...Tahniah..
Catat Ulasan
TINGGALKAN ULASAN DAN KOMEN, PADA SETIAP KARYA YANG ANDA BACA Penulis memerlukan ulasan dan komen, bagi memperbaiki penulisan dan memperbetulkan kesilapan. Komen dan ulasan anda akan memberi satu semangat kepada penulis, untuk terus menulis karya dan seterusnya menghasilkan karya yang menarik. Kerjasama & sokongan daripada pembaca amat kami hargai. Sebab itulah kami menyediakan HADIAH, sebagai penghargaan kepada penulis dan juga kepada pembaca yang aktif memberi komen & ulasan
"Dia
hidup bukan kerana cinta. Dia hidup kerana
kehadiran Prince Charming yang menyelamatkannya.
Semuanya gara-gara dia mengoyak Carta Prince
Charming—carta misteri yang tiada sesiapa tahu
dari mana datangnya. Yang pasti, memang dia
langsung tidak percaya dengan sumpahan yang
dikatakan berkaitan dengan Carta Prince
Charming.
"Sumpahan puteri? Kau ingat ini cerita dongeng
ke? Puteri apa yang nak sumpah aku ni? Puteri
bunian? Puteri lindungan bulan?”
Desakan daripada Sofea membawanya ke Kelab Bola
Sepak. Di situlah Prince Charming berkumpul.
Tetapi hanya seorang sahaja Prince Charming yang
dicari-carinya. Namun, untuk mencari Prince
Charming bukanlah mudah, namun dia yakin, antara
mereka, pasti salah seorang adalah penyelamatnya.
Orang tu pun satu! Dah selamatkan nyawa orang,
tak reti-reti ke nak munculkan diri? Bukan ke
lagi senang kalau datang berdiri depan aku dan
cakap, Sayalah yang selamatkan awak daripada
kena langgar semalam. Finish! Tak adalah nak
panjangkan cerita sampai beratus muka surat
semata-mata nak cari Prince Charming!
Tajuk:
Prince Charming
Penulis: Ratu Bulan
Terbitan: Fajar Pakeer
Harga:
RM19.90
Ulasan:
NOVEL
HANGAT DIPASARAN
Pertemuan
pertama memberi impak yang berbeza kepada dua insan. Maria
malu mengenang, sedang Hisyam mahu mendekat. Maria semakin
resah apabila Hisyam terus-terusan mendesak. Dalam benci
ada rindu. Bijak Hisyam memujuk, mereka akhirnya disatukan.
Salina hadir menjadi duri dalam daging. Bagi Hisyam, gadis
itu ialah sahabatnya yang terbaik. Insan paling dipercayai.
Namun, dalam diam, Salina meracuni hubungan mereka. Salina
ada agenda yang tersendiri.
Semakin hari, semakin nipis rasa percaya Maria terhadap
Hisyam. Namun, dia tidak mungkin menghindar rasa kasih
yang sudah menebal. Demi menunaikan permintaan Maria,
Hisyam tega melamar Salina walau ada luka di hati.
Sanggupkah Hisyam menduakan Maria yang pernah dicintai
sepenuh hati? Dan, Maria, mampukah membiarkan suami
tersayang jatuh ke tangan Salina? Atau, Mariakah orang
ketiga yang tidak lagi diperlukan kehadirannya oleh Hisyam?
Penulisan2u
sedang
berkerjasama dengan Penerbit Novel bagi memberi peluang kepada penulis-penulis berbakat dan karya yang menarik.
Antara novel yang sudah di terbitkan
2 Pengulas paling AKTIF dengan memberi komen yang ikhlas dan
membina, pada setiap karya cerpen / novel di penulisan2u akan
menerima hadiah sebuah NOVEL.
•
Creative Enterprise Sdn. Bhd., sedang mencari manuskrip kanak-kanak atau remaja. Ini kerana pihak kami ingin memperluaskan dan memperbanyakkan bahan bacaan untuk kanak-kanak dan remaja. Di samping itu kami juga ingin memupuk minat membaca dalam kalangan kanak-kanak dan remaja.
( klik disini
)
•Karyaseni Enterprise ingin memaklumankan
kepada anda yang berminat untuk menghantar manuskrip
anda kepada KS untuk penilaian, sila email kan
sinopsis dan tiga bab awal ke alamat email berikut:
Manuskrip@karyaseni.my
•KarnaDya Solutions Sdn
Bhd. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
hantarkan karya anda. Sebelum anda menghantarkan
manuskrip anda, sila hantarkan butiran berikut terlebih
dahulu melalui emel/pos. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•NB Kara Sdn Bhd dengan berbesar hati
menjemput mana-mana penulis yang merasakan diri mereka
layak menjadi penulis yang versatil, menghantar
manuskrip mereka kepada NB Kara Sdn Bhd. Tulisan anda
terlebih dahulu akan dinilai oleh penulis prolifik
Norhayati Berahim dan juga beberapa panel editor sebelum
diluluskan untuk terbitan.
(
klik disini )
•Jemari Seni Publishing. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
Untuk tujuan pengiriman manuskrip, JEMARI SENI telah
menggariskan panduan kepada penulis-penulisnya. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•
Alaf 21 Sdn Bhd. Tahun 2008 bakal menjanjikan sinar
kecemerlangan seandainya karya anda terpilih untuk
diterbitkan oleh Alaf 21, penerbit novel tersohor di
Malaysia.
Jika
anda mempunyai salah satu manuskrip tersebut, kami ingin
menatap dan menilainya. Sekiranya sesuai, pihak kami
ingin menerbitkannya di bawah jenama ALAF21.
( klik disini)
•
tip kehidupan, zodiak, horoskop, petua, tip, puisi,
pantun, sajak, dan pelbagai artikel menarik layari di
http://istimewa2u.blogspot.com
•
Blog Berkaitan agama, topik-topik tazkirah, audio, video
ceramah, mendengar 114 surah Al-quran secara online,
radio-radio dakwah, layari di
http://dakwah2u.blogspot.com
•
Blog Media, Tv streaming online, radio streaming online,
surat khabar, rakaman drama, radio era, hot.fm, tv1,
tv2,tv3 dan lain-lain. layari di
http://mymedia2u.blogspot.com
•
Blog Koleksi cerita lawak, lucu, kelakar dan video lawak,
lucu dan kelakar. layari di laman
http://kelakar2u.blogspot.com
•
Laman web
syarikat penerbit novel Creative
Enterprise Sdn Bhd (CESB). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.cesb.net.my
•
Laman web
syarikat penerbit
Kaki Novel
Enterprise. Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.kakinovel.com
•
Laman web
syarikat penerbit NB kara Sdn Bhd.
Dimiliki oleh penulis terkenal Norhayati Berahim, Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.nbkara.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit Buku Prima Sdn Bhd.
Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.bukuprima.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit novel
jemari Seni Publishing (JS Publishing). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.jemariseni.com
•
Laman web syarikat penerbit novel Alaf21 Sdn Bhd
(alaf21). Untuk melihat novel-novel terbaru dari Alaf21
layari di
http://www.alaf21.com.my
•
Laman web syarikat penerbit novel Fajar Pakeer Sdn Bhd). Untuk melihat novel-novel terbaru layari di
laman
http://www.fajarnovels.com.my
Kata Kunci
koleksi novel, koleksi novel
cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik,
novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen
cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru,
teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen
melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram,
cerita, cerita cinta, cerita pendek, cerita melayu, cerita online
Malaysia Group
Blog
Koleksi
Cerpen & Novel proudly powered by Blogger. Best display view 1024x768.
Google Inc
Koleksi Cerpen
& Novel dari Malaysia, Indonesia, Singapore & Brunei
hhuuu.. sedih.. nape la nazirah x caya ckp lokman... sedih tau... tp apa pn gooooood luuukkkk!!! cpt smbng ye.......